Misi : Kejutan Part 2
Entah sudah berapa lama waktu berlalu, tetapi pasti, mereka berdua berdiri di depan pintu bilik Alicia itu.
Boboiboy semakin rasa tidak sedap hati, kerana Alicia mengambil masa yang lama di dalam sana.
Boboiboy : Ali..... aku rasa tak sedap hati balik lah....
Ali juga rasakan yang sama, tetapi, untuk buatkan hati sepupunya itu lebih tenang, dia buat sambil lewa sahaja.
Ali : Alah, perasaan kau je tu. Ni Alicia je. Aku pasti tak akan ada benda tak baik berlaku.
Tak, dia tahu ada benda yang tak baik akan berlaku, tetapi dia tidak tahu apa itu.
Dia kenal Alicia lebih dari sesiapa, dan dia tahu yang kawan baiknya itu sedang rancang sesuatu, tetapi dia tidak tahu untuk niat apa.
Niat baik atau niat jahat? Siapa tahu.
Ali : Tapi, kalau betul ada benda yang buat kau tak suka berlaku, kau tampar muka diorang macam yang kau buat dekat aku hari tu.
Tersweatdrop pulak budak Boboiboy itu dibuatnya mendengar cadangan Ali.
Boboiboy : Kalau itu yang kau cadangkan, er......
Ali : Alah, jangan jadi baik sangat, Boboiboy. Kau tahu kan, diorang masih tak minta maaf dekat kau lagi. Bermaksud sekarang, selagi mereka tidak lunaskan hutang itu pada kau, mereka bukan kawan kau.
Ali tahu itu kedengaran kasar, tapi dia lebih kenal Ejen Muda lebih dari sepupunya itu.
Boboiboy tidak tahu apa yang mereka semua telah lakukan di masa lalu, jadi dia mahu lindungi Boboiboy dari semua yang dia lalui itu.
Boboiboy : Tapi.... tak ke tertalu kasar kalau macam tu? Diorang tu kawan kau, jadi.....
Ali : Tak apa, aku tahu apa yang aku lakukan. Kali ni, aku nak kau pertahankan pendirian kau sendiri. Dengar kata kepala kau kali ni. Kau marah kan? Kau nak mereka perbaiki kesalahan mereka kan?
Ali memegang bahu kiri Boboiboy, mahu Boboihoy berterus terang dengan dirinya sendiri.
Bukan apa, dia tahu, walaupun Boboiboy lebih tua darinya, tapi hati Boboiboy terlalu baik walaupun untuk dirinya sendiri.
Dia mahu Boboiboy mampu lihat dunia sebenar, dimana tiada sesiapa mampu jadi kawan kamu selamanya.
Sentiasa ada benda yang berlaku yang akan menyebabkan ikatan itu terputus, tidak kira secara sengaja ataupun tidak.
Boboiboy, well, Boboiboy. Walaupun Ali sudah mengatakan perkara itu, dia masih rasa bersalah, untuk membenci mereka.
Boboiboy : Ya, aku marah, tapi.......
Ali : Jadi itu dah cukup sebab untuk kau bencikan mereka. Jangan risau, aku tahu kau tak sukakannya, tapi ini hanya sehingga mereka minta maaf pada kau ok? Aku janji.
Suara Ali lembut, membuatkan Boboiboy tenang mendengarnya.
Boboiboy tiba tiba terketawa kecil.
Boboiboy : Pff-
Yang sejelasnya membuatkan Ali memandang Boboiboy pelik.
Ali : Kenapa kau tiba tiba ketawa pulak ni?
Boboiboy : M-maaf. Aku cuma, kelakar pulak tengok kau pulak yang bertingkah macam yang lebih tua sekarang ni.
Ali : Huh?
Ali tidak jangkakan respon itu daripada Boboiboy.
Tapi, bila dia fikir balik, ya, dia baru sahaja bertingkah macam abang abang tadi pada Boboiboy, walaupun dia lebih muda.
Ali : Tu sebab- sebab..... haih..... mungkin kerja aku sebagai ejen...
Boboiboy : Ejen?
Ali : Yelah, untuk menyelamatkan semua penduduk, aku kena jadi lebih matang, kalau tidak, aku tak akan mampu lindungi sesiapa. Aku tahu, sebab aku pernah laluinya.
Ali membetulkan kedudukkan berdirinya, sebelum mengeluh sekali lagi.
Ali : Waktu aku first jadi ejen dulu, aku selalu bertindak terbolah, selalu lakukan kesalahan waktu misi, rosakkan misi, macam macam lah.
Boboiboy, sedikit terkedu dengan pemberitahuan Ali itu. Tidak sangka yang Ali akan begitu terbuka padanya sampaikan mahu menceritakan keburukkannya padanya.
Tapi, Boboiboy tersenyum kecil, sambil menutup matanya, sebelum membuka suara.
Boboiboy : Nampaknya kerja kita memang mengubah diri kita, kan?
Ali : Huh?
Boboiboy bersandar pada dinding, dan menyilangkan tangannya, memeluk tubuhnya.
Boboiboy : Terpaksa menjadi matang untuk orang lain, sehingga mereka lupa yang kita hanyalah sekadar budak sahaja.....
Dahi Boboiboy berkerut dibuatnya, merasa sedikit marah dengan kenyataan itu.
Boboiboy : Kita lakukan kerja yang sepatutnya orang dewasa yang lakukan. Mereka paksa kita menjadi sebauh mesin untuk menyelamatkan semua. Tapi apa yang kita dapat? Dicaci maki jika tidak dapat lakukannya dengan betul? Haih.....
Ali, terpaksa setuju dengan apa yang Boboiboy katakan, kerana ianya benar.
Dia juga turut bersandar pada dinding, sambil melihat bawah.
Ali : Itu sebab semua orang mahukan hero mereka "Sempurna". Mahu mereka mampu selesaikan masalah tanpa sesiapa tercedera kecuali dia. Tak rasa lelah dan tiada celah. Tapi mereka lupa yang "Hero" mereka itu juga manusia biasa seperti mereka.
Boboiboy akhirnya sudah tidak tahan lagi. Dia terhentakkan kakinya tanpa sedar akibat amarahnya, sehingga membuatkan Ali terkejut.
Boboiboy : Lepas tu, bila kita buat silap sikit, mula lah diorang tu! "Hero apa macam kau ni", "budak ni merbahaya, tak pandai kawal kuasa sendiri", "lemah", blah blah blah, ish! Geram aku!
Boboiboy mengambil nafas, cuba kawal kemarahannya, tidak mahu kemarahannya menguasai dirinya sehingga Blaze keluar.
Boboiboy : Ya, aku faham, ianya salah aku sebab tak dapat kawal diri aku, tapi sebab siapa kuasa api aku tu keluar? Diorang! Mereka semua! Tak habis habis! Ergh!
Boboiboy mencuba tidak melebihi batas, dan mengurut kepalanya.
Ali juga cuba membantu, dengan mengurut belakang badan sepupunya itu.
Boboiboy : Maaflah Ali kalau aku terlepas cakap. Aku cuma.... haih.... ada masalah nak maafkan mereka semua......
Ali, hanya memandang wajah Boboiboy sahaja, sebelum berpaling ke depan, dan tersenyum kecil.
Ali : Tak apa, aku faham. Aku tahu, susah nak maafkan orang yang dah buat salah dengan kita.
Ali faham, sebab dia pun sama. Susah nak maafkan orang lain.
Ianya kena perlahan lahan, tak boleh dipaksa, kerana kepercayaan tak boleh didapatkan begitu sahaja.
Boboiboy : Dan Ali, sama macam yang kau kata, aku tak mahu kau tolong aku.
Ali : Hah?
Ali memandang Boboiboy, dengan wajah tertanya tanya. Dia sama sekali tidak lihat ayat itu akan datang.
Boboiboy tahu akan itu, dan hanya tersenyum kecil.
Boboiboy : Sama macam kau, aku nak mereka minta maaf ke aku sendiri, dengan ikhlas, tanpa disuruh sesiapa. Aku nak permintaan maaf itu datang dari hati mereka sendiri. Kau faham maksud aku, kan?
Senyuman canggung diberikan Boboiboy kepada sepupunya itu.
Kedengaran seperti pentingkan diri, tapi siapa sahaja yang tak mahukan benda itu, kan?
Orang yang buat salah kepada kamu, minta maaf kepada kamu sendiri, dari lubuk hatinya, dan tidak disuruh sesiapa.
Sama yang macam Ali mahukan. Papanya membaiki hubungan mereka sendiri, tanpa bantuan Boboiboy, Uncle Bakar, atau sesiapa.
Ali : Pfff-
Ali tiba tiba sahaja terketawa, sebelum kednegaran keluhan kecil datang darinya.
Ali : Haih.... pada akhirnya, kita berdua punya harapan yang terlalu besar untuk menjadi kenyataan, kan?
Boboiboy terkedu sementara, sebelum turut terketawa.
Boboiboy : Pfff- hahahaha! Haih.... kau betul.
Boboiboy tiba tiba menaikkan tangan kirinya separas kepalanya, dan memandang ke arah Ali.
Boboiboy : Dan kita berdua akan laluinya bersama, kan?
Ali memandang Boboiboy buat sejenak, sebelum tersenyum, dan mengangkat tangan kanannya sama dengan Boboiboy.
Tangan mereka berdua pun bersentuhan, dan mereka berdua tersengih kepada satu sama lain.
Lahai, kenapa comel sangat-
.
.
.
.
.
Lebih kurang 2 minit kemudian, Alicia akhirnya bersuara dari dalam biliknya.
Alicia : Masuklah! Pintu tak kunci tu!
Mendengar sahaja arahan daei Cik Harimau mereka, Ali pun mengambil langkah pertama, berjalan ke arah pintu, dan memegang tombol pintu.
Tapi, sebelum Ali memulasnya, Ali melihat kebelakang, melihat Boboiboy masih tidak berganjak dari tempatnya.
Ali : Boboiboy. Cepatlah. Alicia dah panggil tu.
Boboiboy : Ah- ah, ya ya.
Boboiboy pun berjalan ke arah Ali.
Ali pun mula membuka pintu bilik Alicia.
Gelap.
Bahkan tiada cahaya yang datang dari tingkap sama sekali.
Bahkan Alicia tidak kelihatan.
Ali : Eh? Icha? Mana kau? Jangan cakap kau lari ikut tingkap pulak!
Ali memasang muka marah tambah stress sebab marah kalau betul betul Alicia tinggalkan mereka selepas mereka datang jauh jauh naik motor tambah tunggu depan pintu lama macam tunggu jodoh//plak!!!//
Boboiboy yang tadinya hanya mengintip dari belakang Ali, berjalan ke depan, mencuba menjadi berani, melangkah masuk ke dalam bilik yang gelap itu.
Tiba tiba, dia tertendang sesuatu, tetapi dia tidak dapat melihat apa yang dia tendang kerana kegelapan bilik itu.
Boboiboy : Eh?
??? : SEKARANG!!!!
Kedengaran suara yang datang dari kegelapan, dan tiba tiba, suiz lampu dibuka.
POM!!!
POM!!!
POM!!!
POP!!!
POP!!!
POP!!!
Confetti dan belon diletupkan, memperlihatkan semua Ejen Muda ada di sana, termasuklah Alicia.
E.M-Ali, BBB : SELAMAT BOBOIBOY!!!
Masing masing dengan kon confetti dan belon yang sudah meletup di tangan masing masing.
Di belakang mereka, ada meja yang penuh dengan makanan, dan lantai yang penuh dengan belon.
Ali, comfem lah terkejut sebab tiba tiba je muka dia kena sambar dengan confetti.
Ali : Apa ni wei?!
Soalan Ali tidak dijawap.
Malahan, semua Ejen Muda yang lain terdiam, melihat ke arah seseorang.
Tuan punya majlis kejutan, kelihatan mencangkung di atas lantai, sambil kedua dua tangannya menutup telinganya dengan wajah ketakutan.
Boboiboy : *suara tidak jelas* .........
Respon pelik Boboiboy itu membuatkan mereka semua memandang ke arah satu sama lain.
Moon : B-Boboiboy? Kau ok?
Moon cuba untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan Boboiboy, tetapi dipotong oleh Jet.
Jet : Kau takut bunyi belon meletop ke weh?
Boboiboy mengangkat kepalanya, memandang ke arah Jet, masih denan wajah ketakutan bercampur marahnya.
Boboiboy : Mestilah aku takut bongok!!! Siapa je yang tak takut kalau ada benda tiba tiba meletop depan muka kau?!
Ah sudah.
Niat mereka mahu membuat kejutan untuk Boboiboy, tetapi terbuat dia takut pulak.
Iman : M-maafkan kami Boboiboy! Kami tak ada niat pun!
Mika : Haah! Kami cuma nak buat kejutan sebagai permintaan maaf kami pada kau je!
Ali, yang pertama mengambil langkah, membantu Boboiboy bangun.
Badan Boboiboy masih terketar ketakutan, tetapi, dia sudah lebih baik.
Boboiboy : K-kejutan? Permintaan maaf?
Kelihatan Rudy yang muncul dari belakang Khai dan Christ.
Rudy : Haah. Ini semua salah aku kerana rancang rancangan mengarut tu. Dan aku tak tahu macam mana nak minta maaf ke kau. Kami semua. Jadi, aku rancang untuk buat party kejutan ni....
Bukan Boboiboy sahaja, bahkan Ali terkejut dengan pengakuan Rudy itu.
Rudy? Buat party? Untuk minta maaf pulak tu?
Ali : Bi-biar betul? Kau yang rancang semua ni? Kau? Rudy yang maha perkasa rancang party? Aku hidup lagi ke tak ni?
Tak pasal pasal Ali kena penumbuk dekat kepala dari Rudy, sampai terjatuh ke lantai.
Ali : Adoi!
Rudy : Diam lah kau pendek.
Selepas pergaduhan tiba tiba itu, Rudy pandang Boboiboy semula dengan wajah bersalah kembali.
Rudy : Aku tak boleh nak paksa kau maaf kan kami, tapi, ini sahaja yang aku boleh buat.
Alicia : Dan kami buat dekat rumah aku sebab aku kena pancing Ali datang sekali. Tapi aku boleh buat benda ni dalam bilik aku jelah, sebab kalau buat dekat ruang tamu, nanti jeneral marah.
Rudy dan Alicia kelihatan seperti rasa bersalah sebab rancangan mereka tidak berjaya, kerana telah buat Boboiboy takut dengan bunyi belon meletup itu.
Tapi, Boboiboy hanya diam, berdiri kaku, hanya memandang mereka dengan tatapan datar.
Ali yang berdiri di sebelah Boboiboy, turut merasa pelik, melihat tiada respon datang dari sepupunya itu.
Ali : Boboiboy?
Ah sudah, makin panik lah Ejen Muda yang lain sebab ingatkan Boboiboy marah pada mereka.
Tetapi, apa yang berlaku selepas itu, sangat tidak dijangkakan oleh mereka.
Setitis demi setitis mutiara jernih mulai mengalir turun dari iris coklat milik penguasa elemental itu.
Mereka semua terkaku, tidak menjangkakan riaksi itu datang daripadanya.
Bulat : B-Boboiboy? Kau ok?
Masih dengan keadaan kaku dan air mata mengalirnya, Boboiboy membuka suara, walaupun kedengaran terbata bata.
Boboiboy : Ko-korang buat-buat semua ni un-untuk aku?
Mereka semua berpandangan pada satu sama lain, tidak bersedia dengan soalan tiba tiba itu.
Boboiboy tidak dapat mengawal dirinya.
Air mata itu mengalir, kerana tidak menjangkakan yang para Ejen Muda akan meminta maaf kepadanya dengan cara seperti itu.
Dia cuma jangkakan permintaan maaf sahaja, bukan dengan confetti, belon, atau pun makanan di atas meja seperti itu sekali.
Boboiboy : Aku- aku......
Boboiboy cepat cepat mengelap air matanya, dan memberikan senyuman yang besar pada mereka.
Boboiboy : Terima kasih.... aku-aku.... tak tahu macam mana nak katakannya......
Dia terharu, itu pasti.
Para Ejen Muda semua kelihatan tersenyum teruja, melihat yang Boboiboy menyukai kejutan mereka itu.
Tanpa buang masa, Khai, melompat ke belakang melepasi semua belon belon itu, dan mencapai sebuah kotak dari atas meja, dan membawanya ke depan Boboiboy.
Khai : Tengok kek apa yang kitorang belikan untuk kau ni Boboiboy! Sedap~! Meh lah rasa!
Bulat : Betul betul! Aku pun dah lapar ni!
Ali : Apa lagi! Jomlah kita makan!
Yang lain hanya mampu tersweatdrop melihat 3 ekor tikus mondok merah itu terlebih teruja mahu makan kek itu.
Tetapi, mereka turut mencapai pinggan, dan mula membahagikan kek itu kepada semua.
Majlis itu nampaknya berjalan mulus.
Boboiboy menerima permintaan maaf mereka, membuatkan mereka semua lega.
Boboiboy : Jadi, siapa je yang tahu pasal rahsia aku ni?
Boboiboy memandang ke arah mereka semua, dengan wajah serius, mahukan kepastian.
Roza lah yang pertama merespon pertanyaan Boboiboy.
Roza : Jangan risau. Kami memang rancangkan yang tiada sesiapa selain kami yang tahu pasal perkara ini. Kami janji yang kami akan simpan rahsia ini dari semua orang. Kau tak perlu risau.
Para Ejen Muda yang lain mengangguk, mengiakan perkataan Roza itu, dengan wajah serius juga.
Moon : Jangan risau Boboiboy! Rahsia ini kami akan simpan seketat ketatnya! Walaupun pada para Mentor sekali pun! Kan, Ali?
Moon mengarahkan ayatnya pada Ali, sebab Ali sahaja tiada di dalam perbincangan majlis itu, kerana sibuk menjaga Boboiboy, sehingga tidak datang ke Academy.
Ali : Betul! Aku pun kan dah janji pada kau jugak pasal hal ni.
Mereka semua mengangguk.
Boboiboy dapat rasakan kejujuran di dalam ayat mereka itu. Membuatkan dia merasa lega.
Boboiboy : Terima kasih....
Parti itu berlangsung dengan meriahnya.
Mereka semua gembira yang Boboiboy menyukainya. Nampaknya rancangan mereka tidak sia sia.
Kelihatan Ali berjalan ke arah Rudy, dan duduk di sebelah.
Rudy juga terkejut Ali tiba tiba duduk di sebelahnya,
Ali : Aku nampak kau dah ada perkembangan.
Rudy : A-aku tahu... aku mencuba je.... sebab aku dah janji untuk berubah....
Ali tersenyum mendengar itu, dan memegang bahu Rudy.
Ali : Aku tahu, kalau kau terus mencuba, semua orang akan mulai suka dengan kau akhirnya. Kita mula perlahan lahan. Sekarang ini pun dah cukup bagus.
Ali menghulurkan tangannya pada Rudy, seperti mahu bersalaman dengannya.
Ali : Dan selama tu, aku akan cuba bantu kau sebanyak yang aku mampu, ok?
Rudy kelihatan menatap lama tangan Ali.
Dia teragak agak mahu menyambut tangan Ali, tetapi akhirnya dia melakukannya.
Mereka berdua bersalaman.
Ali tersenyum lebar, manakala Rudy mencuba menutup malunya.
Persahabatan mereka berdua nampamnya semakin erat.
Majlis tidak rasmi itu berlangsung sehingga malam, dan akhirnya mereka semua balik ke rumah masing masing, selepas menolong Alicia mengemas biliknya.
2338 perkataan
Suka pulak Author tulis interaksi antara Ali dengan Boboiboy ni, uhuk-
Ok, bye- *lompat atas katil, katil roboh*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top