Misi : Kecewa Part 2
Leon : Tak apa Boboiboy. Kamu hanya perlu tenang. Zass.
Leon memberi isyarat ke arah salah satu anak muridnya itu.
Zass mengangguk, memahami arahan Ejen Leon.
Dia tiba tiba memecut dengan kasut ejennya itu, dan mengelilingi Boboiboy.
Boboiboy : E-ergh?!
Bila Zass berhenti, dirinya sudah diikat dengan tali.
Boboiboy : A-apa ni?!
Ke semua Ejen kembali memandangnya dengan pandangan menakutkan.
Boboiboy : K-korang?
.
.
.
Boboiboy kini sudah dibawa ke bilik masyuarat Academy.
Dirinya masih di dalam keadaan diikat, dan dia diikat di atas sebuah kerusi supaya dia tidak boleh larikan diri.
Boboiboy : Tch....
Boboiboy mampu merasakan pegelangan tangannya sakit kerana diikat terlalu ketat.
Di depannya, sudah ada hologram Jeneral Rama, dan kedua dua Ketua Teras, Ejen Ganz dan Ejen Dayang.
Ketiga tiga atasannya itu turut menatapnya dengan tatap yang tajam. Bahkan lebih tajam daripada Ejen Mentor dan Ejen Muda kepadanya.
Ejen Mentor dan Ejen Muda semua ada di sana, mengelilinya kiri dan kanan.
Kalau dia cuba memberontak pun dia tidak akan dapat lari.
Situasi itu memang sudah jelas membuatnya gelisah.
Boboiboy : Er.....
Jeneral Rama memeluk tubuhnya sendiri, sambil memandang ke arah bawahannya itu.
Jeneral : Ejen Khairul. Kamu tahu sebab kenapa kamu berada di sini?
Jeneral Rama melepaskan soalan pertama kepadanya.
Nada sudah sangat jelas kedengaran serius.
Boboiboy tidak sanggup mengangkat kepalanya menghadap ketiga tiga atasannya itu, dan hanya mampu mengangguk.
Ganz : IRIS telah dicuri. Dipercayai, ianya dicuri ketika malam hari semalam, ketika tiada satupun manusia yang berada di dalam banggunan ini, kecuali droid pengawal sahaja.
Ejen Ganz menyambung maklumat seterusnya, yang membuatkan Boboiboy semakin tidak mampu mampu mengangkat kepalanya.
Dia mencebit.
Boboiboy : Tch....
Ejen Dayang turut membuka suara.
Dayang : Dan telah dikenal pasti yang sistem Academy sudah digodam.
Boboiboy hanya diam sahaja, tanpa menjawap apa apa sekalipun.
Jeneral mengeluh melihat tahanan mereka itu tidak memberi kerjasama.
Jeneral : Huh..... Pada awalnya kami menyangka ianya adalah Ejen Tekno, kerana tidak mungkin akan ada orang luar yang mampu menggodam masuk sistem semudah itu tanpa....
Dayang : Mereka sendiri tahu sistem M.A.T.A bekerja macam mana.
Dayang menghabiskan ayat untuk Jeneral, sementara dia semakin menatap tajam ke arah penguasa tujuh elemental itu.
Tak, bukan.
Ke arah salah satu ejen pemulanya.
Viktor, yang turut berada di sana walaupun dia masih belum menjadi Ejen sebenarnya, sudah seperti cacaing kepanasan, dengan aura ketegangan yang mampu dia rasakan di dalam ruangan itu.
Dia sememangnya dari mula sudah tidak percaya yang mereka tuduh Boboiboy sebagai pencurinya.
Kerana dia tahu seberapa baiknya budak yang dipersalahkan itu.
Dia dah banyak luangkan masa dengan budak itu untuk tahu semua perangainya, yang membuatkan ianya kelihatan mustahil untuk budak baik sepertinya melakukan perkara terkutuk itu.
Tetapi dengan ketegangan ini, apa sahaja boleh terjadi.
Kalau Viktor sendiri boleh berasa seperti itu, apa lagi Ali dan Uncle Bakar.
Keluarganya sendiri.
Darah daging mereka sendiri.
Walaupun Boboiboy berasal daripada kakak angkat ayahnya, itu tidak mengurangkan haknya sebagai ahli keluarga mereka.
Mata Uncle Bakar dan Ali dari tadi sudah membulat dan dahi mereka dibanjiri peluh mereka sendiri sambil mendengar Boboiboy dimarahi oleh tiga atasan mereka itu.
Masing masing tidak sanggup mengangkat kepala mereka untuk melihat ke arah Boboiboy.
Walaupun mereka masih tidak mahu mempercayainya, tetapi bukti sudah jelas menunjukkan ke arah siapa.
Kembali ke Boboiboy semula, ketegangan masih berlangsung.
Ejen Dayang meneruskan ayatnya tadi.
Dayang : Memang mustahil kalau nak percaya yang Ejen selain Teras Tekno mampu menggodam masuk sistem M.A.T.A semudah itu jika tidak pernah berkerja dengan komputer dan teknologi yang lain secara berdepan, macam kamu, Khairul.
Ejen Dayang cuba mengatakan yang dia tidak percaya Teras yang spesilitasnya berlawan jarak dekat seperti Teras Kombat seperti Boboiboy boleh menggunakan komputer dengan baik.
Boboiboy tetap menundukkan kepalanya tanpa menjawap lagi.
Giliran Ejen Ganz pula menyambung ucapan Ejen Dayang.
Ganz : Tapi ada satu benda yang kami kena ingat pasal kamu. Yang kamu adalah Ejen baru.
Boboiboy sedikit tersentak dengan apa yang ketua teras kombat itu katakan.
Jeneral : Betul kata Ejen Ganz. Latar belakang kamu juga kurang jelas. Apa yang kami tahu hanyalah yang kamu berasal dari Pulau Rintis dan kamu adalah sepupu Ali.
Ejen Dayang menyilang tangannya ke dadanya.
Dayang : Tapi itu adalah apa yang kami tidak patut lepaskan. Yang kamu berasal dari Pulau Rintis. Bermaksud kamu berasal dari luar. Kamu bukan penduduk Cyberaya. Kamu pendatang luar.
Boboiboy mampu rasakan hatinya sedikit tergores bila mendengar Ejen Dayang memanggilnya "pendatang luar".
Dia tidak sukakan gelaran itu.
Ianya seperti mereka mengatakan dia seperti mahluk asing yang tak layak berada di sana.
Dia sudah pernah digelar begitu ketika Ejen Muda berlakun jadi kejam untuk membuatkan dirinya menunjukkan kuasanya.
Dia masih tidak mampu melupakan kejadian itu.
Dia hanya mampu mengetap giginya sambil mencuba mengawal perasaannya.
Ganz : Kamu boleh sahaja jadi mata mata dari agensi lain yang cuba mencuri maklumat mengenai M.A.T.A. Kami dah pernah lalui benda itu, jadi ianya tidak mustahil untuk terjadi buat kedua kalinya.
Boboiboy tidak salahkan Ejen Ganz untuk berfikir begitu. Dia tahu pengkhianaan itu pedih dan susah untuk dilupakan.
Dia sudah pernah merasakannya, tiga kali. Jadi dia tahu macam mana rasa dikhianati.
Jeneral : Tambah lagi, seperti apa yang Ejen Mentor katakan, hanya kamu sahaja tiada di Academy ketika mereka sedar IRIS sudah dicuri.
Boboiboy hanya memejamkan matanya. Dia tahu itu adalah kecuaian dirinya. Dia patut sudah boleh agak mereka akan curiga bila dia tiba tiba hilang tanpa khabar.
Ejen Ganz tiba tiba menghentak meja di tempatnya.
Ganz : Jadi apa yang kami mahu tahu adalah dimana kamu sembunyikan IRIS?! Kamu tahu tak seberapa merbahayanya alat yang kamu dah curi tu hah?!
Boboiboy sedikit ter-flinch mendengar jeritan Ejen Ganz itu.
Tetapi sebelum sempat Boboiboy menjawap, Ejen Dayang cuba menenangkan temannya itu.
Dayang : Sudah, Ganz. Kamu tak perlu memarahinya.
Ejen Ganz mencebit, sebelum kembali duduk seperti normal semula.
Ejen Dayang kembali melihat ke arah bawahannya itu.
Tetapi, matanya kali ni terlihat lebih.... lembut?
Dayang : Kami tahu kamu cuba menyembunyikan hal sebenar, Khairul. Kamu tidak perlu bersembunyi. Kami dah dapat bukti sebenar yang ianya kamu.
Bila mendengar perkara itu, terus sahaja mata Boboiboy membulat, dan dia terus mengangkat kepalanya ke arah ketiga tiga atasannya itu.
Dia melihat Jeneral memegang sesuatu.
Sehelai rambut.
Boboiboy : A-apa......
Rambut itu berwarna putih.
Jeneral : Comot menjumpainya di bilik pengamanan ketika Ejen Mentor melaporkan kehilangan IRIS kepada saya.
Ya kawan kawan. Itulah apa yang Comot terjumpadi bilik pengamanan di chapter sebelum ini.
Disebabkan penglihatannya yang lebih tajam berbanding manusia biasa, dia terus dapat kesan sehelai rambut putih itu terbaring cantik di atas tanah.
Terutamanya kerana warnanya yang mencolok kalau nak bandingkan dengan lantai berwarna biru gelap di bilik itu.
Dengan menghidunya sahaja, dia sudah mampu menghidu bau Boboiboy.
Dia mulanya tidak mahu percaya, jadi dia bawanya kepada Jeneral bersama sama dengan Ejen Muda yang lain.
Sehelai rambut itu di-trasferkan kepada Jeneral untuk uji kaji DNA.
Jeneral : Setelah saya melakukan uji kaji DNA, memang sudah sah tidak diragukan lagi yang ianya milik kamu. Walaupun sudah jelas dengan melihatnya sahaja kerana kamu satu satunya yang memiliki rambut putih di sini.
Boboiboy kembali menundukkan wajahnya.
Tetapi, kali ini, wajahnya kelihatan frustasi.
Dia ceroboh.
Dia tidak perasan dia telah terjatuhkan sehelai rambutnya ketika berlari keluar daripada bilik itu.
Benda yang halus dan kecil, tetapi mampu menjadi bukti yang besar ke atas identitinya.
Jeneral mampu merasakan perasaan anak itu tanpa melihat ke arah wajahnya.
Jeneral : Kamu tak perlu berlawan lagi, Boboiboy. Kami tidak akan apa apakan kamu. Kamu hanya perlu menyerah dan kembalikan IRIS kepada kami semula.
Nada suara Jenera kali ini kedengaran lembut.
Dia tidak marah kepada budak itu.
Mendengar apa yang Jeneral katakan, Boboiboy terdiam sementara.
Jeneral pun turut melakukan hal sama, menunggu balasan dari anak muda itu.
Perlahan lahan, Boboiboy tersenyum.
Dia akhirnya mengangkat kepalanya.
Boboiboy : Baiklah, saya menyerah. Saya mengaku, sayalah yang telah curi IRIS.
Pengakuan Boboiboy itu membuatkan keseluruhan Ejen Muda terkejut.
Ejen Muda : Hah?!
Sejak awal mereka tidak percaya yang ianya Boboiboy, tetapi, di sini, Boboiboy sendiri yang mengaku kesalahannya.
Jeneral tersenyum dengan pengakuan Boboiboy tanpa perlawanan itu.
Jeneral : Karya, kamu dah boleh buka ikatannya.
Ejen Karya menunduk hormat, sebelum berjalan ke belakang kerusi Boboiboy.
Dia pun mula membuka ikatan tali pada tangan dan badan Boboiboy sehingga lerai.
Setelah lerai, Boboiboy pun berdiri, dan berjalan mendekati meja yang memancarkan hologram ketiga tiga atasannya itu.
Boboiboy mengeluarkan sesuatu daripada poketnya, dan meletakkannya di atas meja itu.
IRIS.
Uncle Bakar dan Ali masih tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.
Ianya benar benar sepupunya, anak buahnya, yang mencuri alatan ciptaan Aliya itu.
Ali : B-Boboiboy.....
Boboiboy memandang ke arah Ali.
Senyuman kecil terukir di wajahnya.
Tetapi boleh dirasakan perasaan bersalah dan penyesalan di sebalik senyuman itu.
Boboiboy menggerakkan bibirnya, tanpa bersuara.
Tetapi Uncle Bakar dan Ali mampu membacanya.
"Maafkan saya".
Kedua dua Ketua Teras melepaskan nafas lega kes itu akhirnya selesai tanpa sebarang pemberontakkan dan sesiapa yang cedera.
Dayang : Terima kasih kerana memberi kerjasama, Ejen Khairul.
Boboiboy memberi tunduk hormat kepada Ejen Dayang.
Tetapi, wajah Ejen Ganz masih lagi kelihatan tidak berpuas hati.
Ganz : Kamu mungkin telah mengembalikan IRIS tanpa melawan. Tetapi, walau bagaimanapun, tindakkan kamu itu masih salah.
Boboiboy kembali memandang ke atas semula sambil wajahnya kelihatan terkejut.
Ganz : Kamu tetap telah melakukan perbuatan terkutuk. Kamu mencuri alatan milik M.A.T.A. Bahkan, bukan alatan biasa biasa. Ianya alatan tempur yang mampu merosakkan pelbagai benda.
Kata kata Ejen Ganz memang kedengaran sedikit kasar, tetapi Boboibiy tahu apa yang Ejen Ganz katakan adalah benar.
Ganz : Maafkan saya, Ejen Khairul. Tetapi saya, Dayang dan Jeneral telah pun berbincang mengenai hal ini.
Boboiboy kembali berdiri tegak, sambil menelan ludah kelatnya.
Boboiboy : A-apa dia?
Boboiboy mampu melihat riak wajah bersalah pada wajah Jeneral Rama.
Jeneral : Maafkan saya, Khairul, tetapi.....kamu telah dibuang dari M.A.T.A......
Satu ruangan itu, termasuklah Ejen Mentor tidak percaya dengan apa yang Jeneral baru sahaja katakan.
Mereka semua tidak percaya dengan keputusan atasan mereka itu.
Bakar : Woh woh woh, Jeneral! Tuan tak rasa ke yang itu terlalu berlebih? IRIS bahkan dipulangkan dengan keadaan baik dengan tiada kerosakkan sama sekali! Kita bahkan tidak tahu sebab utama kenapa Boboiboy curi IRIS tu!
Uncle Bakar mencuba mem-back-up anak buahnya itu.
Walaupun dia masih mara dengannya kerana telah mencuri alat ciptaan kakaknya, dia masih lagi keluarganya.
Ali masih lagi terdiam, tanpa mengeluarkan satu patah perkataan sama sekali.
Tetapi Jeneral kelihatan serius kembali.
Jeneral : Saya tahu. Tetapi tindakkan mencuri itu sendiri sudah menjadi kesalahan yang besar yang sepatutnya sudah membuatkan dia masuk ke dalam penjara.
Jeneral memandang tepat ke arah Bakar, mahu Bakar memahami apa yang dia cuba katakan.
Jeneral : Dan seorang pelindung tidak patut melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk kepentingan peribadi sendiri. Kamu sendiri pasti marah dengan dia kan, Bakar? Dia dah curi ciptaan kakak kamu.
Jeneral menggunakan kelemahan Bakar untuk membuat dia tidak melawan.
Dan ianya berkesan. Bakar kelihatan terkesan dengan apa yang Jeneral katakan.
Walaupun Ejen Ganz dan Ejen Dayang berpangkat lebih besar, dialah yang lebih mengenali kesemua Ejen yang berada di dlam organisasi itu kerana selalu berdepan dengan mereka semua, temasuklah Ali dan Bakar.
Jeneral : Dan saya melakukan ini supaya kita tidak mahu ada Ejen yang berkemungkinan besar untuk khianati kita di dalam organisasi ini. Dan kamu pun faham benda itu, kan?
Bakar, Ali dan Alicia kelihatan seperti diserang oleh kata kata Jeneral itu.
Jeneral tahu mereka masih lagi tidak mampu melupaka Jenny dan Rizwan.
Bakar, Ali dan Alicia melihat ke arah Boboiboy yang masih lagi berdiri diam di depan mereka.
Tetapi, tiba tiba, mereka melihat senyuman tipis di wajahnya.
Boboiboy kemudian melutut hormat seperti seorang kastria di depan ketiga tiga atasannya itu
Boboiboy : Jika itu memang sudah keputusan Tuan untuk keluarkan saya, saya tidak boleh menolaknya.
Kesemua Ejen Muda seperti tidak percaya Boboiboy menerima dirinya dibuang dengan senang hati.
Rudy : Boboiboy?!
Boboiboy : Saya memang sudah patut agak segala akibat kepada semua tindakkan saya sebelum melakukan benda bukan bukan. Jadi semua benda ini berlaku memang murni dari kesalahan saya.
Jeneral, Ejen Dayang dan Ejen Ganz kelihatan tersenyum lega ejen muda itu berjaya menerima keputusan terdesak itu hati terbuka.
Boboiboy kelihatan tersenyum lagi.
Boboiboy : Tetapi saya mahu Tuan dan Puan tahu sesuatu.
Tiga Atasan : Huh?
Boboiboy menundukkan badannya lagi ke depan sambil menutup matanya.
Boboiboy : Yang tujuan saya curi IRIS bukanlah kerana niat jahat. Saya cuma mahu meminjam IRIS untuk satu perkara. Tetapi saya janji perkara itu baik. Saya cuma takut Tuan dan Puan tak akan benarkan saya pinjam IRIS kerana kepentingan IRIS kepada M.A.T.A dan kerana pangkat saya yang hanya sekadar Ejen Muda. Saya telah membuat keputusan yang salah dengan mencurinya.
Jeneral tersenyum mendengar pengakuan Boboiboy. Dari nada suaranya, dia tahu budak itu tidak menipu.
Jeneral : Baguslah kalau macam tu. Kalau begitu, maafkan saya, tapi, mulai sekarang, kamu, Ejen Khairul. Kamu bukan Ejen M.A.T.A lagi.
Boboiboy sekali lagi menunduk hormat, menerima perkara itu dengan hati terbuka.
Boboiboy : Terima kasih atas tunjuk ajar semua selama saya berada di dalam agensi ini walaupun hanya sementara.
Boboiboy memandang ke arah Ejen Mentor.
Keempat empat mereka mengangguk, sebagai tanda sama sama.,
Boboiboy kemudian memandang ke arah Ali, tetapi Ali malah mencuba untuk tidak bertantang mata dengannya.
Boboiboy merasa sedikit sedih akan itu, tetapi dia tidak salahkan Ali.
Kalau dia jadi Ali, dia juga akan marah pada dirinya.
Dia kemudian memandang kembali kepada ketiga tiga atasannya itu.
Boboiboy : Jadi....Tuan dan Puan akan gunakan mesin penghilang ingatan tu ke?
Mata mereka bertiga membesar bila Boboibog berkata begitu.
Ganz : Macam mana kamu tahu?
Boboiboy : Saya sekarang bukan ahli M.A.T.A lagi, jadi, bahaya kalau lepaskan saya begitu sahaja dengan semua maklumat pasal M.A.T.A yang ada pada saya. Jadi saya tidak pelik jika Tuan dan Puan mahu menggunakan mesin itu sekarang.
Kesemua Ejen Muda dan Ejen Mentor panik dengan seberapa tenangnya Boboiboy mengatakan perkara itu.
Jet : B-Boboiboy, kau gila ke?! Kau nak lepaskan ingatan kau macam tu je?!
Boboiboy sekali lagi dengan tenang memandang ke arah kesemua Ejen Muda.
Terutamanya Ali.
Boboiboy : Aku tahu, tapi aku kena hadapi segala akibatnya. Aku dah buat kesalahan di tempat ini, jadi aku mestilah kena terima hukuman yang setimpal dengannya.
Boboiboy tahu Ali sekarang sedang melihat ke arahnya dengan wajah yang hampir mahu menangis.
Boboiboy : Tak apa, lepas aku hilang ingatan, korang masih boleh berteman dengan aku, tapi sebagai kawan biasa, dan bukan ahli M.A.T.A.
Ali marah seberapa senangnya Boboiboy mampu mempertaruhkan ingatannya macam tu sahaja.
Dia mahu memarahi Boboiboy, tetapi mulutnya seakan akan terkunci.
Dia tidak sanggup mengeluarkan suaranya.
Boboiboy kembali melihat ke arah tiga atasannya itu.
Boboiboy : Saya rasa lebih baik Tuan dan Puan lakukannya sekarang. Selagi masih awal pagi ini.
Jeneral melihat ke arah jam tangannya. Masih pukul 2 pagi.
Jeneral : Baiklah kalau kamu sudah bersedia. Leon, tuntun Khairul ke bilik hukuman.
Bahkan Ejen Leon sendiri teragak agak mahu berjalan ke arah Boboiboy.
Dia tidak mahu lakukannya, kerana dia sendiri takut dengan mesin itu.
Tetapi, arahan atasan masih lagi sebuah arahan.
Leon : Boboiboy. Ikut saya.
Boboiboy hanya mengangguk dengan tenang sambil mengikuti Ejen Leon dari belakang.
Ejen Muda semua masih teragak agak mahu pergi kerana tidak diberi arahan dari atasan mereka.
Ejen Dayang perlahan lahan tersenyum melihat seberapa pedulinya mereka kepada ejennya yang satu itu.
Dayang : Korang boleh pergi juga. Mungkin sebagai kenangan terakhir sebelum dia berubah jadi orang baru.
Sudah mendapat kebenaran, masing masing pun terus berlari mengikuti Boboiboy dan Ejen Leon.
Ejen Geetha dan Ejen Karya pun pergi.
Meninggalkan Bakar seorang sahaja di sana.
Ganz : Kenapa Bakar? Kenapa kamu tak pergi sama? Itu anak buah kamu yang akan dihilangkan ingatannya.
Bakar hanya diam sahaja, sambil menggenggam kedua dua belah tangannya.
Bakar : Saya mahu bagi ruang kepada Ali.
Walaupun jawapannya ringkas, tetapi ketiga tiga atasan itu faham maksud Uncle Bakar.
.
.
.
Berpindah ke bilik hukuman, Boboiboy sudah di dudukkan di atas sebuah kerusi.
Ada mesin yang besar di belakangnya.
Dan di atasnya, ada seperti mangkuk besar, seperti yang ada di salon gunting rambut itu semua yang untuk keringkan rambut tu.
Itulah sumber utama yang akan tarik ingatan Boboiboy keluar dari kepalanya.
Ejen Leon sudah memasangkan beberapa wayar ke kepala Boboiboy, dan menurunkan mangkuk itu.
Semua Ejen Muda duduk sedikit jauh dari mereka atas atahan Ejen Leon sendiri.
Seperti yang Ejen Fit pernah kata, mesin itu tidak pernah siap. Boleh berlaku apa sahaja yang mereka tidak inginkan jika mesin itu gagal.
Boboiboy masih kelihatan tenang.
Leon : Kamu pasti dengan ini Boboiboy?
Leon mahu memastikannya kerana dia sendiri pernah lihat orang lain dihilangkan ingatannya.
Orang itu menjerit kesakitan yang amat sangat.
Dan pada akhirnya dia bahkan tidak mengingati namanya sendiri.
Tetapi, Boboiboy berbeza.
Dia tidak terlihat takut langsung.
Boboiboy : Saya pasti, Ejen Leon. Saya dah buat kesalahan, jadi saya patut terima hukumannya.
Walaupun sejak dari awal Boboiboy takut ingatannya di ambil kerana dia tidak mahu melupakan Ali, kawan kawannya, Tok Aba dan mak ayahnya, tetapi kali ini adalah sebab kesalahannya sendiri.
Dia patut bersedia terima akibatnya.
Ejen Leon mengeluh melihat tekat Boboiboy.
Leon : Baiklah kalau macam tu. Saya mulakan sekarang.
Ejen Leon berjalan ke arah mesin kawalan yang akan menghidupkan mesin itu.
Ejen Leon menarik padel pada mesin itu, dan mesin itu pun bergerak.
Ejen Leon mengundur beberapa langkah, dan bersatu dengan Ejen Muda dan Ejen Mentor yang lain.
Boboiboy memandang ke arah Ali yang kelihatan masih tidak percaya Boboiboy dengan senang hati serahkan dirinya sendiri untuk ini.
Boboiboy memberi senyuman menyesal ke arah Ali.
Boboiboy : Maafkan aku Ali....
Seperti saluran elektrik mengalir pada tiup yang disambungkan ke arah mesin yang berada di atas kepala Boboiboy.
Elektrik itu mula menyambar mesin itu, dan Boboiboy menjerit kesakitan.
Boboiboy : A-AAAAAAHHHHHHHHHH!!!!
Kesemua Ejen Mentor dan Ejen Muda menutup mata mereka, tidak sanggup melihat Boboiboy yang di dalam kesakitan.
Boboiboy : AHHHHHH!!! ARGHHHHHH!!!
Boboiboy meronta ronta, menahan kesakitan yang dia rasakan.
Bilik itu hanya dipenuhi dengan bunyi jeritan dia sahaja.
Ali hampir sahaja mengalirkan air mana mendengar jeritan sepupunya itu.
Perlahan lahan, jeritannya mula memudar.
Bila Ejen Leon membuka matanya, Boboiboy sudah kehilangan kesedarannya di atas kerusi itu.
Mesin itu sudah berhenti, bermaksud ingatan Boboiboy sudah ditarik keluar.
Ejen Leon pun berjalan mendekatinya semula, dan menangglkan semua wayar dari kepala anak malang itu.
Dia pun mendukung anak muridnya itu di belakang badannya.
Leon : Ianya dah tamat. Korang boleh muka mata.
Mereka semua membuka mata mereka, dan melihat Ejen Leon yang sedang mendukung Boboiboy.
Ali : B-Boboiboy.....
Ejen Leon berjalan mendekati Ali.
Leon : Saya rasa lebih baik hantarnya pulang ke rumah.
Ali mengangguk, dan mengambil Boboiboy daripada Ejen Leon.
Leon : Mulai sekarang, dia bukan Ejen M.A.T.A lagi. Jadi, saya harap kamu semua boleh lupakan dia juga.
Walaupun mereka tidak mahukan itu, tetapi mereka terpaksa kerana Boboiboy sudahpun bukan sebahagian dari mereka lagi.
Ali : .....
Ali dan Uncle Bakar pun membawa Boboiboy pulang ke rumah mereka, dan menamatkan pagi yang tak seberapa nak indah itu.
3056 perkataan
Ahahahahak-
Bye-*curi kapal angkasa Adudu, terbang pergi pluto*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top