Misi : Kecewa
Kita kembali ke malam hari ketika Boboiboy menunjukkan kuasanya kepada Viktor.
Tepat ketika Gempa mendapat isyarat pada jam kuasanya.
Gempa : A-apa?
Isyarat itu adalah isyarat datangnya mahluk bukan dari bumi, lebih spesifiknya, alien.
Tetapi apa yang membuatkan Gempa terkejut adalah, isyarat itu turun ke Cyberaya.
Ali : Gempa?
Gempa tersentak akibat panggilan dari sepupu tuannya itu.
Gempa : Y-ya?
Ali : Kau ok ke? Nampak semacam je tu.
Gempa : Oh, tak ada apa lah. Aku ok je. Hah, Viktor! Nak tengok satu lagi trik tak?!
Gempa cepat cepat cuba cover kepanikkanya, tetapi itu tidak mengurangkan kecurigaan Ali kepadanya.
Gempa cuba berpura pura gembira di depan mereka, termasuklah elementalnya, kerana tidak mahu mereka tahu pasal perkara itu.
.
.
.
Semakin jauh larut malamnya, jam sudah menunjukkan pukul satu pagi.
Ali sudah tidur di atas katilnya, manakala Boboiboy baring di atas toto yang diberikan oleh Ali sejak pertama kali dia tinggal di sana.
Boboiboy berpura pura tidur, menunggu Ali tertidur sepenuhnya untuk dia mulakan kerjanya.
Boboiboy bangun dari pembaringannya, dan perlahan lahan, berjalan keluar dari bilik itu, supaya tidak membangunkan Ali.
Setelah berjaya menutup pintu perlahan lahan, Boboiboy berlari ke arah tandas, yang berada di tingkat bawah rumah itu, dan mengunci pintu.
Dia tidak mahu ada sesiapa yang mendengarkannya.
Bila sudah di dalam, Boboiboy duduk bersandar pada pintu, dan menekan jam kuasanya.
Boboiboy : *bisik* Boboiboy kuasa tujuh....
Badannya mula bercahaya, dan muncullah 6 lagi klon dirinya yang memakai baju berbeza beza warna.
Kesemua dari mereka kelihatan terkejut diri mereka dikeliarkan kecuali Gempa.
Taufan : A-apa dah jadi Gempa?
Setiap dari mereka mengesot mendekati penguasa elemental tanah itu.
Gempa : Aku tak tahu macam mana, tapi....penggera pengesan alien kita mendeteksi ada alien di sini.
Memang terkejut lah dibuatnya mereka semua bila Gempa berkata begitu.
Hali : Tunggu tunggu tunggu. Maksud kau dekat bandar ni? Dekat Cyberaya?!
Hali terus mencuba memeriksa jam kuasanya, melihat jika jamnya turut mendeteksi isyarat itu.
Dan ya. Cuba ianya tidak berbunyi seperti Gempa sebentar tadi.
Hali : Tch....apa yang kita nak buat sekarang?
Blaze : Buat apa lagi?! Kita kena kalahkan alien tulah!
Blaze sudah kelihatan bersemangat mahu berlawan, tetapi Taufan memberhentikannya.
Taufan : Kau gila ke?! Kalau Adudu sendiri kita tak boleh lawan berseorangan tanpa kawan kawan kita, apa lagi alien yang kita sendiri tak tahu asal usulnya ni?!
Bila Taufan mention perkara itu, mula mereka semua, termasuk Taufan sendiri, mata mereka membulat.
Mereka akhirnya ingat kembali.
Mereka tiada kawan kawan mereka bersama mereka ketika itu.
Mereka berseorangan.
Hali : Tch...kenapa mesti sekarang....
Solar : Kita mungkin dalam masalah besar. Kita tak tahu seberapa kuat alien ni.
Blaze : A-apa jadi kalau alien ni sama kuat macam Borara dan Retak'ka?!
Taufan : J-jangan lah cakap macam tu! Kalau jadi betul betul macam mana?!
Blaze : Opp- *tutup mulut sendiri dengan tangan*
Ice : Kita juga tak tahu tujuan dia di sini. Sama ada dia baik atau jahat, kita hanya boleh berharap sahaja.
Hali : Tambah lagi, di sini penduduknya tak tahu pasal alien. Kalau mereka terlihat dia.....
Gempa mengeluh melihat kembar kembarnya panik. Dia pun sebenarnya sama juga.
Thorn : J-jadi, macam mana ni?
Gempa : Kita kena berhati hati kalau macam tu. Kita tak boleh biarkan penduduk lihat pertarungan kita dengan dia, apalagi lihatkan wajahnya kepada mereka.
Solar : Kita juga tak boleh mempertikaikan kepandaiannya. Semestinya dia tidak akan sewenang wenangnya tunjukkan diri di khalayak ramai begitu sahaja. Apa lagi kepandaian bertarungnya.
Blaze : Memang kita patut lakukan tu, tapi masalahnya sekarang ini adalah berlawan! Macam mana kita nak lawan dia kalau kita sendiri tak kenal dia?!
Hali : Kau cuba kata yang kau mempertikaikan kekuatan Tuan lah ni?
Blaze : B-bukan macam tu lah!
Gempa menepuk tangannya, memberhentikan mereka semua daripada bergaduh.
All-Gempa : U-uh.....
Gempa : Tak, Blaze betul. Walaupun kita dah banyak lawan alien sebelum ni, Tuan kita masih lagi manusia. Badan ni, masih lagi badan manusia.
Bila Gempa mengatakan itu, Blaze mulai merasa bersalah, dan kembali duduk bersila kerana telah membawa topik itu.
Ice : Betul. Kita tak boleh ambil risiko. Bukan sahaja kita kena kalahkan dia, kita juga tak boleh tinggalkan jejak apa apa daripada kuasa kita.
Thorn : Kalau lagi bagus, jauh dari pusat bandae dan kawasan yang tiada orang! Dengan itu, kalau kita terbuat kesalahan, penduduk masih tidak akan sedar!
Blaze : Aduh, macam menyusahkan je macam tu. Tak boleh ke dia bawa diri dia ke tempat macam tu sendiri?
Gempa : Jangan nak mengada ngada. Ini dah memang tugas kita untuk kalahkan alien sebagai ahli TAPOPS.
Blaze : Tapi kan kita juga ahli M.A.T.A sekarang. Bosanlah masuk banyak organisasi ni!
Gempa : Well.... kau tak salah....
Solar : Haih.... tak ada ke alatan yang kita boleh pinjam untuk kalahkan mamat mahluk asing ni?
Solar merungut.
Keadaan cuma menjadi semakin lama semakin kacau dengan semakin dekat dengan waktu untuk mereka pulang semula ke Pulau Rintis.
Bermula dengan hotel terbakar, tangan Tuannya retak, dan sekarang alien mendarat di Cyberaya ketika dia berseorangan?
Ice : Siapa kata tak ada?
Tumpuan semua orang mula berubah kepada Ice.
Hali : Hah? Apa maksud kau?
Ice tersenyum sinis, yang membuatkan kembarnya yang lain mulai meremang.
Solar : Ok, apa kejadah yang kau nak rancangkan ni?
Ice : Heh. Korang tahu pasal IRIS kan?
Tanpa menunggu Ice menghabiskan apa yang dia mahu katakan, para elemental sudah tahu apa yang kembar beku mereka itu mahu lakukan.
Taufan : Weh, kau gila ke?! Nak kita gunakan IRIS?! Tu kan ciptaan arwah mak Ali?! Terutamanya yang penting sekarang IRIS tu dah jadi milik M.A.T.A! Mesti diorang tak akan benarkan kita pinjam IRIS macam tu je!
Sebodoh bodohnya Taufan dalam menyerang lawannya tanpa berfikir dahulu akibatnya, dia masih lagi waras.
(Entah kenapa perkataan waras dalam ayat yang sama dengan Taufan rasa aneh-)
Dia tahu apa yang betul dan salah, apa yang patut dilakukan dan tidak.
Mereka semua tahu.
Hali : Betul apa yang kepala angin tu katakan. Terutamanya sekarang kita masih baru di dalam organisasi ni. Mereka tak akan percayakan kita semudah mudahnya macam tu dengan alatan sekuat itu.
Elemental yang lain turut mengangguk dengan apa yang Taufan dah Hali katakan.
Walaupun ideanya ditolak sementah mentahnya oleh elemental yang lain, Ice masih kelihatan tenang tanpa terasa dengan ayat mereka sama sekali.
Ice : Aku tahu. Tapi sekarang, apa yang kita boleh buat? Nak kalahkan Laksamana Tarung sendiri kita tak mampu, ada hati nak lawan alien lain sendiri?
Thorn kelihatan tidak suka dengan ayat Ice.
Thorn : T-tapi kita bukan berseorangan! Kita kan bertujuh!
Tapi Ice terus memotong ayat Thorn.
Ice : Tujuh pun, kita masih orang yang sama. Kita hanya ramai kerana Tuan kita mampu pecahkan kita semua menjadi nyata. Tapi kau kena ingat apa yang Retak'ka katakan. Kau pun ingatnya kan, Thorn?
Thorn : Ek-
Bukan hanya Thorn yang tersentak. Bahkan mereka semua.
Siapa sahaja tidak ingat dengan ayat itu.
"Berpecah membuatkan kuasa elemental lemah!"
Diri mereka sendiri sekarang sudah lemah, apa lagi bila sudah berpecah.
(Dan sebab inilah kenapa Boboiboy hanya bertukar menjadi satu elemental sahaja masa first first lawan Vefa)
Gempa : Tch....Baiklah, aku menyerah kalah.
All-Gempa, Ice : HAH?!
Gempa mengangkat kedua dua belah tangannya, menandakan dia terima dengan cadangan Ice untuk gunakan IRIS.
Solar : Kau biar betul Gempa?! Kau nak guna idea gila polar bear ni?!
Solar menunding jarinya kasar ke wajah Ice, yang ditepis kasar oleh Ice juga menggunakan tangan ais nya.
Solar : Oi-sejuk!
Gempa : Haih...apa benda lain yang kita boleh buat? Kalau pun kita ada Solar, Blaze dan Hali, kita masih tak boleh bertindak berlebihan. Tuan sendiri yang tak mahu lakukan kerosakkan lagi ketika bertarung. Kita tak ada senjata ejen kita. Yang kita ada hanya penjara digital yang ayah Tuan kita bagi ni je.
Gempa mengeluarkan telefon bimbit pemberian Amato itu.
Amato sudah pernah tunjukkan kepada Boboiboy macam mana Mechanizer miliknya berfungsi dulu, jadi mereka smeua tahu macam mana nak gunakan alat itu.
Blaze : Hmmmm~ kalau macam tu kita terus tangkap jelah alien tu tanpa berlawan kan? Senang?
Tapi Hali malah mengetuk kepala Blaze.
Blaze : Adeh! Woi, apa ni?!
Hali : Jangan bengap sangat boleh tak? Alat ni bukan boleh terus tangkap orang macam tu je. Mereka boleh elak daripada masuk ke dalam benda tu semudah lompat ke tepi sahaja, dan mereka ada kesempatan untuk larikan diri. Kau sendiri dah tengok kan seberapa senangnya para Koncho Koncho tu elak dari masuk ke dalam Mechanizer sebab terbuat parit besar tengah tengah bandar masa Tuan 11 tahun dulu?
Walaupun ketika itu Blaze, atau lebih tepatnya Api masih belum wujud kerana Tuan mereka belum
Tak pasal pasal Blaze terpaksa menadah telinganya mendengar bebelan Hali.
Blaze : Erk! Yelah yelah, tutup lah mulut kau tu. Penat dengar kau membebel.
Sekali lagi Hali mengetuk kepala Blaze.
Blaze : Erk!
Thorn : Jadi..maksudnya kita memang kena berlawan jugak lah kan? Aduhhhh!
Yang mereka tidak suka adalah mereka kena menahan diri dari menggunakan kuasa penuh mereka kerana mereka sudah lihat dengan mata sendiri seberapa besar kehancuran kuasa elemental mereka mampu lakukan.
Boboiboy tahu.
Dia dah banyak kena marah dan dikecam disebabkan itu.
Macam mana dia nak jadi pelindung, kalau dia berakhir mencederakan orang lain dalam proses.
Hali : Jadi....apa rancangan kau?
Hali menoleh ke arah Ice kembali.
Ice tersenyum nipis, melihat kembarnya mulai menerima rancangannya.
Ice : Kita curi IRIS.
Hampir Blaze mahu berdiri dan mencekik kembarnya itu, tetapi Gempa menahannya.
Blaze : Kau gila ke?! Kau nak buat benda terkutuk tu?! Kita ni hero Ice, bukan penjahat!!!
Semestinya Blaze tidak suka dengan idea itu kerana dia sudah rasa diperlakukan sebagai penjenayah oleh penduduk kampung Tuannya sendiri.
Sakit, itu pasti.
Ice tidak bergerak sama sekali, walaupun sudah ditengking oleh Blaze.
Dia nampaknya memang sudah tekad dengan rancangannya.
Ice : Aku tahu. Tapi anggaplah seperti kita pinjamnya untuk sementara. Bila kita dah berjaya tangkap alien tu, kita akan terus kembalikannya ke tempat asalnya semula.
Blaze pun bertenang sedikit, sebelum mengalah dan duduk semula.
Ice : Macam apa yang Uncle Bakar dan Ali pernah katakan, IRIS mampu meningkatkan kebolehkan pemakainya. Jadi mungkin kita masih dapat bertarung walaupun tidak mampu mengeluarkan kekuatan penuh kita.
Solar : Dan juga dapat tahu kelemahan musuh kita dengan senang.
Ice dan Solar berpandangan. Ice tersengih melihat Solar berfikiran sama dengannya.
Blaze mengeluh.
Blaze : Baiklah baiklah! Aku terima. Tapi kalau kita dalam masalah, ini semua salah kau.
Ice hanya mengangguk, setuju dengan syarat itu.
Gempa : Hali, Taufan, Thorn? Korang setuju tak?
Yang sudah setuju melihat ke arah lagi tiga.
Hali : Aku tak kata aku setuju. Tapi... kalau ianya untuk keselamatan Cyberaya, aku terpaksa.
Thorn menggaru pipinya yang tidak gatal, rasa tidak selesa kembar melihatnya sebegitu rupa.
Thorn : Erm....kalau semua dah setuju, aku pun kena setuju jugak lah kan?
Yang keenam sudah setuju.
Mereka melihat ke arah yang terakhir.
Taufan tersweatdrop kembarnya melihatnya seperti mahu terkam dirinya.
Taufan : Haih...yelah yelah, aku pun setuju! Tapi dengan satu syarat! Akulah yang pertama akan serang si alien tu!
Mereka berpandangan sama sendiri, dan mengangguk sambil tersenyum dengan syarat Taufan itu.
Mereka bertujuh pun melakukan high-5 bersama sama.
.
.
.
1 jam kemudian, pukul 3 pagi, ketika Academy sudah sunyi, Boboiboy memulakan aksinya.
Dengan memakai baju serba hitam, Boboiboy memecah masuk ke dalam kawasan Academy tanpa sesiapa perasan akannya.
Dia masuk ke dalam banggunan itu, dan bersembunyi di sebalik dinding apabila melihat beberapa droid pengawal yang bejaga di laluan ingin ke bilik pengamanan.
Boboiboy : *bisik* Tch....macam mana ni?
Mata kiri Boboiboy berubah menjadi Silver.
Solar : *bisik* Hah!
Solar berlari ke arah sebuah tempat yang jauh dari laluan yang dijaga oleh droid pengawal itu.
Dia tiba di sebuah ruangan sunyi, yang seperti sudah lama tidak digunakan.
Solar memasuki salah satu bilik di sana, dan duduk di tepi dinding bilik itu.
Di dinding itu, ada sebuah plate yang dikunci menggunakan skru.
Menggunakan kuasanya, Solar mencipta hujung pemutar skru kecil pada jari telunjuknya, dan mencuba membuka plate besi itu.
Dia berjaya.
Solar : Bagus!
Boboiboy : A-apa yang kau cuba buat ni, Solar?
Boboiboy dan Solar bercakap secara beruntun, tetapi di dalam badan yang sama.
Itu kerana Solar hanya mengawal separuh kesedaran Boboiboy, sebab itulah hanya sebelah matanya yang berubah menjadi warna silver.
Boboiboy masih lagi boleh sedar dan berkomunikasi terus dengan Solar ketika itu juga.
Solar : Apa lagi? Godam sistem banggunan ni lah!
Solar menarik plate besi itu sehingga ianya jatuh ke tanah.
Ada banyak wayar di sana.
Boboiboy : A-apa?
Boboiboy kenal dengan bilik itu, kerana dia pernah sesat ketika masih baru di sana.
Kawasan itu sudah tidak digunakan oleh pihak Academy, jadi tiada sebarang CCTV yang dipasang di sana.
Dan ketika itu, Boboiboy jumpa plate besi itu, dan pernah cuba membukanya kerana rasa ingin tahunya yang kuat.
Alah, korang tahukan perangai budak beruban satu ni macam mana. Semua benda dia nak tahu.
Dan dia terjumpa wayar wayar itu semua.
Bila dia gunakan kuasa Solae untuk mengkajinya, Solar dapat tahu yang wayar itu bersambung ke seluruh sistem Academy.
Tak sangka yang Solar akan gunakan kesemlatan itu sekarang.
Solar : Alah, kan kita nak pergi pinjam IRIS. Tapi kita tak akan boleh kalau kita tak melepasi semua droid dan CCTV itu tanpa dikesan.
Solar memasangkan salah satu wayar itu kepada jam kuasanya, dan mula muncul banyak hologram biru dengan nombor nombor yang Tuan punya badan tidak mampu fahami.
Selamatlah ada Solar di sana.
Dia mula menggodam masuk ke dalam sistem Academy.
Ambil masa juga kerana banggunan itu besar.
Selepas lima belas minit, dia berjaya mematikan semua droid dan CCTV begitu sahaja.
Boboiboy : Haih....nampaknya aku dah jumpa gang Viktor.
Solar : Hehehe.
Solar pun mula melepaskan kawalannya, dan Boboiboy berubah menjadi Halilintar.
Bila Hali melihat ke sekeliling, memang kesemua droid dan CCTV sudah dimatikan.
Dengan cepat dia menggunakan gerakkan kilatnya dan masuk ke dalam bilik pengamanan.
Hali berjalan mendekati mesin yang melindungi semua alatan alatan tempur milik M.A.T.A.
Hologram penggodam mula muncul lagi dari jam kuasanya.
Hali : Maafkan aku Ali...
Pelindung plasma biru itu mula semakin lama semakin hilang, sehingga mati sepenuhnya.
Kesemuanya hilang, dan membebaskan alatan yang dia cari cari.
Hali mengangkat tangannya ke atas alatan merbahaya itu.
Hali : Aku cuma pinjam sekejap....
Hali mengambil IRIS itu, dan mula berlari keluar dari sana.
Bila Boboiboy sudah keluar dari Academy, dia mematikan sistem godaman, dan Academy berfungsi seperti sedia kala, tidak terlihat seperti sudah dipecah masuk sama sekali.
Tetapi, Boboiboy tidak sedar dia sudah meninggalkan sesuatu yang sangat penting yang akan membocorkan identitinya sebagai penggodam Academy.
Flashback off.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali ke masa sedia kala, Boboiboy masih lagi dikepung oleh para Ejen Muda dan Ejen Mentor.
Dia tidak ada jalan untuk lari dari sana, kerana pintu belakangnya sudah dikunci oleh Ejen Geetha menggunakan tabletnya.
Boboiboy : Ehehehe....
Ejen Leon berjalan ke depan, dan menatap tajam setajam tajamnya ke dalam mata Ejen Muda itu.
Leon : Kemana sahaja kamu, Boboiboy? Kenapa kamu tak masuk latihan hari ni?
Boboiboy sudah mula menggelabah, tidak tahu mahu menipu macam mana.
Boboiboy : M-maaf Ejen Leon! Saya sibuk dengan kelas Online tadi! Cikgu saya buat kelas online sampai malam, sampai saya tak sempat nak datang latihan!
Boboiboy hampir tergigit lidah sendiri mencuba untuk menipu.
Tetapi nampaknya Ejen Leon tidak memakan alasan Boboiboy.
Leon : Kamu pasti?
Boboiboy : U-uh....
Boboiboy tidak tahu harus menjawap apa.
Leon : Kamu tahu apa yang telah terjadi di Academy ketika kamu tiada?
Boboiboy terpaksa berlakon kalau dia mahu menyelamatkan dirinya sendiri.
Boboiboy : T-tidak tahu, Tuan...
Leon menolak cermin matanya, kelihatan seperti kecewa dengan jawapan anak muridnya itu.
Leon : IRIS..... telah dicuri.
Boboiboy terkejut. Bukan sebab IRIS dicuri, kerana IRIS ada padanya, tetapi kerana mereka tahu yang IRIS telah hilang.
Boboiboy : A-apa?!
Riaksi terkejut Boboiboy itu hanya membuat Ejen Leon semakin bengang.
Leon : Kamu tak perlu berpura pura, Boboiboy. Hanya kamu sahaja yang tiada di Academy ketika itu.
Boboiboy : H-huh?
Leon : Lagi pun, buat apa kamu datang ke mari malam malam buta selepas latihan tamat?
Boboiboy : S-saya....
Boboiboy sudah terpojok. Dia sudah tiada idea untuk menipu lagi.
Leon : Tak apa Boboiboy. Kamu hanya perlu tenang. Zass.
Leon memberi isyarat ke arah salah satu anak muridnya itu.
Zass mengangguk, memahami arahan Ejen Leon.
Dia tiba tiba memecut dengan kasut ejennya itu, dan mengelilingi Boboiboy.
Boboiboy : E-ergh?!
Bila Zass berhenti, dirinya sudah diikat dengan tali.
Boboiboy : A-apa ni?!
Ke semua Ejen kembali memandangnya dengan pandangan menakutkan.
Boboiboy : K-korang?
2645 perkataan
Hohoho-
Bye-*lompat masuk aquarium*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top