Misi : Karoke

Loceng waktu balik sudah berbunyi. Semua pelajar pun dibenarkan balik ke rumah masing masing, termasuklah Ali.

Ali dan Viktor bertembung di pagar sekolah.

Ali : Erm-maaf Viktor. Hari ni aku tak boleh nak join kau main game. Tak apa kan?

Viktor yang tidak tahu apa apa, hanya memandang ke arah kawannya itu.

Viktor : Hm? Oh, tak apa ma. Aku pun ada hal jugak hari ni. Aku kena tolong mak aku kemas rumah dan jaga adik aku.

Ali bersorak dalam hati.

Ali : Ok cun! Kalau macam tu, aku tak adalah mengganggu kau kan? Ok lah, aku balik dulu! Bye!

Viktor : Bye Ali!

Ali pun terus mengeluarkan skuternya, dan terus memecut balik ke rumahnya.

.
.
.

Di depan rumah Ali, Ali yang menaiki skuternya, melihat ada sekempulan manusia di depan rumahnya.

Setibanya di rumah, Ali terus bertembung dengan Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang yang turut juga baru pulang daripada hotel.

Ali : Eh? Hi korang!

Yaya : Hm? Oh! Hi Ali!

Yaya yang pertama perasan akan kehadiran Ali, kemudian bersambung kepada kawan kawannya pula yang sorang satu satu mula memberi salam kepada Ali juga.

Boboiboy : Baru balik sekolah ke?

Ali : Haah. Tak banyak benda best pun hari ni. Sebab tu aku buru buru balik rumah.

Boboiboy : Oh~ ok lah kalau macam tu.

Sewaktu Boboiboy mahu membuka kunci pintu rumah sepupunya itu, Ali tiba tiba memegang tangannya.

Boboiboy : Hm? Kenapa ni Ali?

Ali : Kau ada sibuk tak dengan apa apa petang ni?

Bila Ali bertanya macam tu, Boboiboy meletakkan tangannya di dagunya seperti sedang berfikir.

Boboiboy : Hmmm...tak. Kenapa?

Ali kelihatan bertambah gembira dan bersemangat apabila dia mendengar itu.

Ali : Yes! Bagus lah kalau macam tu! Aku nak ajak kau pergi satu tempat ni kejap lagi!

Boboiboy turut kelihatan ingin tahu pasal perkara itu.

Boboiboy : Oh? Pergi mana?

Ali : Adalah. Nanti kau tahu!

Gopal tiba tiba muncul di belakang Boboiboy dengan wajah kecewa.

Gopal : Hah?! Boboiboy je ke?! Kitorang tak boleh ikut ke?!

Ali menggeleng beberapa kali sambil menghayunkan jari telunjuk tangan kanannya ke kiri dan ke kanan.

Ali : Tak. Kitorang berdua je boleh pergi. Orang lain tak boleh ikut. This is cousin bounding time.

Ali sengaja membuat muka menyakitkan hati untuk buat Gopal sakit hati dan jealous sebab dia dapat culik kawan baik budak berbaju hijau itu.

Dan nampaknya memang berkesan. Gopal kelihatan sakit hati.

Boboiboy hanya mampu tersweatdrop kerana tersangkut di tengah tengah pergaduhan ringan itu.

Mereka pun mula masuk ke dalam rumah untuk meletakkan barang mereka masing masing.

Dah ada yang melepak atas sofa, cari makanan kat dapur, dan ada yang pergi tukar baju mereka.

Mereka rehat sekejap, melepaskan lelah yang mereka rasai.

.
.
.
.

Dua jam kemudian, sudah pukul 2 petang.

Seperti yang dijanjikan, Boboiboy mengikuti Ali pergi ke suatu tempat yang dari tadi sepupunya itu sibuk mahu membawanya.

Mereka menaiki motor Boboiboy untuk pergi ke pusat bandar, berdekatan dengan Cyber Perdana dengan bantuan tunjuk arah oleh Ali.

Boboiboy : Kita nak pergi ke mana sebenarnya ni?

Mereka berdua sedang tersangkut di tengah tengah jalan raya besar dengan kereta kiri kanan depan belakang.

Ali : Adalah kau tahu nanti.

Ali mengulangi ayat yang sama.

Itu membuatkan Boboiboy mem-pout tak puas hati tidak diberikan jawapan yang sebenar oleh sepupunya itu.

Boboiboy : Hm, yelah.

Ali : Hah, sekarang belok kanan!

Dengan arahan dari Ali, Boboiboy memusingkan motornya ke arah kanan, dan mereka masuk ke kawasan banggunan kedai.

Boboiboy tak pernah pergi ke kawasan ini sebelum ini sebab biasanya dia merempit je kerjanya lepas tu balik rumah.

Kedai gunting rambut Ejen Bobby tu pun jauh dari tempat itu.

Boboiboy : Kita dekat mana ni?

Ali : Sabar. Kau parking dulu. Hah, tu sana ada parking!

Boboiboy pun dengan sigap memandu motornya masuk ke dalam kawasan parking yang ditunjukkan oleh Ali.

Boboiboy mematikan enjin motornya, dan menongkatkannya.

Kedua dua sepupu itu pun turun daripada motor itu.

Boboiboy : Hah, jadi ke mana kau nak bawak aku ni?

Ali tersengih teruja, sebelum memegang tangan budak beruban itu dan menariknya bersamanya.

Ali : Ikut aku!

Boboiboy : Wuoh?!

Mereka berdua berlari di sekitar kaki lima kawasan banggunan kedai itu dengan dipimpin oleh Ali.

Boboiboy hanya terpaksa pasrah sahaja sebab dia memang dah bersetuju untuk ikut budak kenit tu.

Ali : Aku pasti kau akan suka tempat ni!

Boboiboy : Tempat apa? Taman ke? Atas tempat permainan?

Ali : Lebih baik daripada tu!

Boboiboy hanya mampu tertelengkan kepalanya ke sisi, tidak faham dengan apa yang Ali cuba maksudkan, sambil dirinya masih ditarik oleh sepupunya itu.

Mereka tiba di hujung lorong kaki lima itu, dan membelok ke kiri.

Mereka masuk ke lorong kaki lima yang baru.

Tapi mereka berdua terus berhenti di kedai pertama yang mereka jumpa di kaki lima itu.

Boboiboy : Eh?

Ali mendepakan tangannya ke hadapan dengan wajah gembira.

Ali : Tadaaaaa!!!

Mereka sekarang berada di depan sebuah pusat karoke kecil.

Boboiboy kelihatan kagum melihat tempat itu.

Boboiboy : Woahhhhhh!!!!

Ali tersenyum bangga melihat sepupunya itu kagum.

Ali : Ini adalah pusat karoke kegemaran aku! Aku dah pernah pergi sini beberapa kali dengan keluarga Viktor masa Uncle Bakar dalam misi yang panjang dan aku dijaga oleh mereka!

Pusat karoke itu, tak adalah nampak megah.

Ianya hanya sebesar kedai tepi jalan biasa sahaja.

Nampak baru pun tak sangat.

Tapi Ali jelas kelihatan suka dengan tempat itu.

Ali : Jom! Aku dah tempahkan tempat untuk kita semalam!

Sekali lagi Ali menarik sepupunya itu bersamanya untuk masuk ke dalam pusat karoke mini itu.

Boboiboy : Woi woi! Ya pun tak yah lah tarik aku! Aku boleh jalan sendiri lah!

Ali tidak mengendahkan celoteh Boboiboy itu, dan terus pergi ke depan kaunter.

Ali : Pakcik! Bilik untuk pesanan dari Ali Bin Ghazali!

Dengar sahaja suara Ali, seorang lelaki tua muncul di sebalik kaunter dan memandang ke arah mereka berdua.

Terlihat dari tag namanya, nama Pakcik itu adalah Razi.

Razi : Oh, Ali rupanya! Lama Pakcik tak nampak kamu. Kenapa dah lama tak datang?

Ali mengusap belakang tengkuknya sambil tersenyum kaku ke arah Pakcik Razi itu.

Ali : Ehehehe.....Ali sibuk dengan sekolah kebelakangan ni, memandangkan Ali dah Tingkatan 1 sekarang ni.

Razi : Hah? Dah Tingkatan 1 dah? Pakcik ingat masih 9 tahun!

Tertusuk seketika hati Ali mendengar kata kata Pakcik Razi itu.

Ali : Pakcik.....

Pakcik Razi tersengih nakal.

Razi : Gurau je. Ni siapa dengan kamu ni? Tak pernah Pakcik nampak sebelum ni.

Boboiboy yang sedar dirinya di mention oleh Pakcik itu, hanya mampu tersenyum canggung sambil melambai kecil ke arah yang lebih tua itu.

Ali : Ni sepupu saya Pakcik! Pakcik boleh panggil dia Boboiboy! Pakcik memang tak pernah jumpa dia sebab dia baru sampai sini bulan lepas. Tu pun Ali baru tahu dia ni sepupu Ali.

Pakcik Razi hanya tersenyum mendengar jawapan Ali, sambil tangannya mengambil kad bilik karoke di bawah meja kaunternya itu.

Razi : Lah, ya ke? Nah. Kad bilik kamu berdua. Bilik nombor 5. Berseronok lah ya?

Ali dengan gembira menyambut kad itu daripada lelaki tua itu.

Ali : Terima kasih Pakcik! Jom weh!

Ali menyambung menarik tangan sepupunya itu bersamanya.

Mereka berdua berjalan ke arah bilik karoke mereka.

.
.
.
.

Seketika kemudian, mereka naik ke tingkat dua banggunan itu, dan terus menjumpai bilik mereka.

Ali : Kita dah sampai hahahaha! Macam mana? Suka tak?!

Walaupun di luar nampak sedikit tua, semua bilik dan benda di dalam banggunan itu terlihat baru.

Well, apa nak pelik kan? Ini kan Cyberaya, bandar modern. Mestilah kedai kedai di sana pun sama.

Boboiboy : Wow....cantik betul tempat ni!

Ali menggosok bawah hidungnya sambil tersenyum bangga.

Ali : Sebab ni lah aku suka tempat ni. Sebab ianya sunyi, dan tak sesak. Biliknya juga semua kedap bunyi, jadi kita boleh menyanyi dan menjerit sesuka hati tanpa ganggu sesiapa!

Ali pun melalukan kad pintu bilik itu pada mesinnya, dan pintu bilik itu pun terbuka.

Ali : Jom lah masuk!

Ali memalingkan kepalanya kepada sepupunya itu semula, tetapi apa yang dia melihat adalah wajah sepupunya yang seperti masih kebingungan.

Boboiboy : Tapi, sebab apa kau bawak aku ke sini? B-bukan aku tak suka! Cuma....

Ali hanya terdiam sahaja melihat wajah panik sepupunya itu, seperti mencuba meng-cover ayatnya sendiri.

Dia tahu budak itu cuma tidak mahu dia terasa hati.

Dia kemudian tersenyum kecil, sambil mengalihkan pandangannya daripadanya.

Ali : Aku rasa kita berdua dah tahu jawapannya.

Boboiboy : Huh?

Boboiboy hanya terteleng bingung mendengar kata kata Ali.

Tetapi, tidak lama kemudian, dia faham apa yang Ali cuba katakan.

Boboiboy : Oh.....

Ali mengangguk kecil, melihatnya akhinya faham.

Ali : Ini adalah hari terakhir kau di sini.

Wajah Boboiboy perlahan lahan bertukar menjadi riak bersalah.

Dia mengusap lengannya sendiri.

Mereka tahu dua bulan itu tidak cukup untuk mereka bersama sama.

Mereka dah mula merapat, tetapi sekarang mereka terpaksa berpisah lagi.

Dah siapa tahu bila lagi mereka akan bertemu.

Kalau ianya sendiri mengambil 13 tahun untuk mereka dipertemukan semula, ianya tidak mustahil untuk ianya menjadi 13 tahun lagi sebelum waktu yang seterusnya.

Bahkan boleh jadi lebih lama.

Boboiboy tahu pemergiannya itu akan membuat Ali kembali merasa sunyi.

Dia tahu Pakcik Gahzali tidak selalu dirumah untuk bersama dengan anaknya akibat kerja.

Uncle Bakar pun sudah mulai sibuk dengan kerja Ejennya.

Kawan diluar kehidupan ejennya hanyalah Viktor dan Alicia. Tu pun dia tetap tidak beberapa rapat dengan minah tu.

Dia juga adalah anak tunggal. Jadi dia tahu seberapa sunyinya rumah akan jadi.

Boboiboy : Maaf.....

Boboiboy sendiri tidak mampu lakukan apa apa. Ianya bukan kehendaknya sendiri untuk pergi ke bandar itu. Ayahnya yang aturkan semua benda.

Lagipun dia masih ada kerjanya sebagai ahli TAPOPS. Jadi dia tidak boleh lama lama di sana lagi.

Tinggal sebulan lagi sebelum cutinya habis.

Agak ajaib juga yang dia tidak dipanggil ke TAPOPS sama sekali selepas kejadian di Windara dulu.

Pada akhirnya, keluarga sendiri tidak mampu selamanya bersama, kan?

Ali tiba tiba memegang tangan Boboiboy kembali, yang membuatkan Boboiboy terkeluar daripada mengelamunnya.

Ali : Kenapa kau nak minta maaf?

Boboiboy : H-huh?

Ali kembali memandang kepadanya semula.

Ali memasang senyuman yang ceria di wajahnya.

Ali : Kita di sini untuk berseronok kan? Jadi, mari gunakan sisa sisa masa terakhir kita bersama.

Boboiboy terkedu sementara, sebelum senyuman kembali ke wajahnya. Dia pun mengangguk.

Mereka berdua pun masuk ke dalam bilik itu, dan pintu bilik itu pun akhirnya tertutup.

.
.
.

Ali yang pertama memilih lagu untuk dinyanyikan olehnya.

Boboiboy menggunakan remote kawalan untuk memilihkan lagu untunya pada skrin besar di hadapan mereka itu.

Ali : Yang ni weh! Yang ni!

Boboiboy pun menekan butang pilih, dan lagu itu pun berputar.

Ali mengangkat microfonnya, dan bersedia untuk melalak.

Ali : Kini diriku tidak bersempati~! Masa depan ku kabur, tetapi!

Ali memandang ke arah sepupunya itu sambil mulutnya masih tidak berhenti daripada menyanyi.

Ali : Mata ku cerah kian menyala! Semua halangan tak bermaya! Semangat ku~! Yeayyyy! Membara!

Ali memberi isyarat mata kepada budak itu, dan dia memahaminya.

Ali : Laungkan suara ku memanggilmu~ bersama lalu jalan berliku~.....

Boboiboy mengangkat mikcrofonnya sendiri, bersedia.

Ali : Walaupun tiada yang bersudi! Ku akan tetap berjuang sendiri! Sentiasa!

Boboiboy sudah meletakkan microfonnya didepan mulutnya.

Ali pun memetik jarinya.

Ali : Kita jaga kita!

Ali, BBB : Siapa lagi kalau bukan kami! Orang luar jangan kecil hati! Siapa lagi kalau bukan kami! Jemput datang kalau berani!!!

Mereka berdua berduet bersama, sampailah lagu itu tamat.

Bila sudah tamat, Ali mengambil nafas, kering tekaknya menjerit dari tadi.

Ali : Fuh....

Boboiboy pula menepuk tangannya.

Boboiboy : Wahhhh! Tak sangka aku kau boleh nyanyi rap!

Ali terus berubah daripada semput kepada bangga selepas sepupunya itu memujinya.

Ali : Heh! Mestilah! Ni kan Ali!

Yang sebenarnya dia hampir tergigit lidah dia beberapa kali waktu nyanyi tadi.

Boboiboy kemudian mengambil remote kawalan itu semula, dan memilih lagu untuk dirinya sendiri pula.

Boboiboy : Hmmmm~ yang mana eh aku nak pilih?

Dia scroll jauh jauh ke bawah untuk memilih lagu, sehingga dia jumpa apa yang dia mahukan.

Boboiboy : Hah, jumpa pun! Jom weh nyanyi sama sama!

Boboiboy pun mula memutar lagu itu, dan mereka berdua pun mengambil microfon mereka.

Setelah menunggu lama intro gitar lagu itu, lirik pun akhirnya sampai.

Ali, BBB : Jangan mudah menyerah~! Bangkit semula! Terbang menuju awan~! Kau dan aku~!!!

Boboiboy : Pecut pantas! Jangan lemassss a aa aaassss!!!

Ali : Pecut pantas, jangan lemasssss!!!

Ali, BBB : Bersama kita berjuang!!! Melangkah kedepan!!! Bersama kita tentukan~!!! Masa hadapan!!!

Ali : Dari mimpi!!! Hingga realiti!!! Huo oh oh ohhh~!!!

Boboiboy : Dari mimpi!!! Hingga realitiiii!!!

Ali, BBB : Kita masih di!!! Sini!!!

Mereka berhenti seketika bila part gitar datang semula, dan ketawa bersama sama.

Ali, BBB : Ahahahaha!!!

Boboiboy : Weh, best lah karoke ni!

Ali : Hah, kan aku dah kata!

Lirik pun datang kembali. Mereka sambung menyanyi semula.

Ali : Masa sudah pun tiba~! Pancar kuasaaaa!!!

Boboiboy : Engkau tetap lagenda~! Api kitaaa!!!

Ali : Pecut pantas! Jangan lemas!!!

Boboiboy : Pecut pantas, jangan lemasss!

Nyanyian itu berlangsung seketika kemudian lagi.

Ali : Kita lalu bersama~!

Boboiboy : Sejarah yang kan!

Ali : Kita!

Boboiboy : Binaaa!!!

Ali : Kau dan!

Boboiboy : Aku!

Ali, BBB : Selamanyaaaaa!!!

Mereka pun berhenti selepas lagu itu habis, dan mengambil nafas seketika.

Ali : Ahahaha!!! Memang tak sia sia aku bawa kau ke sini!

Memang kelihatan jelaslah yang mereka berdua berseronok.

Hanya mereka berdua sahaja. Macam mula mula dahulu.

Tak sangka dua bulan berlalu begitu pantas macam itu sahaja.

Boboiboy : Lain kali, bila kita ada masa lagi, kita patut buat macam ni lagi.

Ali : Bagus jugak tu! Kita berdua sahaja lagi! Macam waktu mula mula kita bertemu dulu!

Boboiboy mengangguk setuju dengan Ali.

Boboiboy : Hmp! *angguk*

Tiba tiba, ada yang menekan loceng bilik karoke mereka itu.

Ali : Huh?

Bila mereka melihat ke luar, ianya adalah Pakcik Razi yang memegang dulang dengan dua cawan di atasnya.

Ali : Oh! Dah sampai!

Ali terus bangun dan berlari ke arah pintu itu untuk mengambilnya.

Tadi diorang ada pesan air. Yelah kan, kalau asyik nyanyi je tekak mesti akan kering kan?

Ali membuka pintu itu.

Ali : Terima kasih Pakcik! Nanti saya bayar waktu balik nanti!

Razi : Sama sama. Pakcik pergi dulu ok?

Ali : Ok!

Selepas Pakcik Razi pergi, Ali pun menutup pintu itu semula dan membawa dulang air itu ke arah Boboiboy semula, dan meletakkanya di meja rendah yang ada di depan tempat duduk mereka itu.

Boboiboy melihatan masih mencari lagi baru untuk mereka nyanyikan.

Boboiboy : Hm.....

Ali : Nah weh. Karang tekak kita jadi padang pasir nanti.

Boboiboy : Oh, terima kasih!

Mereka pun minum air itu untuk melegakkan tekak mereka.

Boboiboy : Fuhhhh! Alhamdulillah, legaaaa!

Ali : Ahahaha! Jadi, nak lagu mana pulak ni?

Boboiboy : Hm....nak try nyanyi lagu lama lama tak?

Ali : Boleh je. Aku ikut kau je.

Boboiboy : Ok! Kejap ehhhhh....hah! Jom nyanyi yang ni!

Di screen, terpapar lagu yang dipilih oleh penguasa tujuh elemental itu.

Tinggal Kenangan.

Mereka berdua pun mengambil microfon mereka semula, dan lagu pun mulai berputar.

Boboiboy : Pernah adaaa~...rasa cinta~...

Ali : Antara kita...kini tinggal kenangan~...

Boboiboy melirik matanya kepada Ali. Tetapi Ali tidak sedar akan hal itu.

Boboiboy : Ingin ku lupakannnn....semua tentang dirimu....

Ali : Namun tak lagi...kan seperti dirimu~oh bintangkuuuu~

Ali memegang bahu sepupunya itu, sebelum memalingkan kepalanya ke arahnya sambil tersenyum nipis.

Boboiboy turut membalas senyuman sepupunya itu.

Mereka kemudian meletakkan lengan mereka di bahu satu sama lain sambil menghayati lagu itu.

Ali, BBB : Jauh kau pergiiiii~meninggalkan dirikuuuu! Oh oh! Di siniii aku! Merindukan dirimuuuu ohhh ohh!

Ali : Kini ku cubaaaa! Mencari pengganti muuuu!

Boboiboy : Namunnnn tak lagiii! Kan seperti dirimu oh kekasihhhh!

Mereka berdua menyanyikan lagu itu sehingga tamat.

Boboiboy : Pernah adaaaa! Rasa cintaaaa....antara kita....kini tinggal kenangannnnn~.....

Boboiboy menamatkan lagu itu.

Ali sudah meletakkan microfonnya ke bawah.

Ali : Hah.....lagu lama tak pernah mengecewakan.

Tetapi Boboiboy masih memegang microfonnya di depan bibirnya.

Boboiboy : Ali, kau kata yang bilik ni kedap bunyi, kan?

Suara Boboiboy bergema daripada microfon itu.

Ali yang memandang sepupunya itu pelik akibat soalan tiba tibanya itu.

Ali : Er...ya? Kenapa?

Boboiboy menutup microfon itu, dan meletakkanya di sebelahnya.

Boboiboy : Ada benda yang aku nak bagitahu kau.

Ali terkedu kecil, dengan semakin lama aura di tempat itu menjadi tegang.

Boboiboy : Ianya pasal hari aku curi IRIS.

Mata Ali membesar perlahan lahan apabila dia mendengar ayat sepupunya itu.

Ali : H-huh?


























2597 perkataan

AUTHOR DAH BEBAS DARI EXAM YAHUUUUUUUUU-

Ok bye-*lompat naik helicopter, jadi buaya langit*


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top