Misi : Kantoi Part 2
Ali : Kejap. Mana Comot?
Ali melihat ke sekeliling kakinya. Tak ada. Bila dia lihat kedepan dengan kebelakang, juga tiada.
Ali : Comot?
Ali tiba tiba gelabah. Pandang sana pandang sini, sampaikan Alicia perasan.
Alicia : Kau ni dah kenapa?
Ali : C-Comot hilang!
Alicia : Apa?! Hilang?!
Boboiboy yang sedang membawa budak budak ketakutan itu, merasakan yang belakangnya sunyi.
Bila dia berpaling ke belakang,, kelihatan Ali dan Alicia yang sedang mencari sesuatu sambil bergaduh.
Boboiboy : Korang dah kenapa tu? Ada apa apa yang tak kena ke?
Ali : T-tolong aku Boboiboy!
Boboiboy : Kenapa ni, kenapa?!
Ali : Kucing aku, Comot, hilang!
Boboiboy : Comot?
Ali : Haah! Kucing aku yang warna putih putih kelabu tu! Dia ada dengan aku tadi! Tapi tiba tiba tak ada!
Boboiboy : Macam mana boleh hilang?!
Ali : Manalah aku tahu! Kalau aku tahu, dah lama aku cari lahhhhh! Adoi, satu lagi kawan bodohhhhh!
Boboiboy : Hoi. *ketuk kepala Ali* Kau pun sama sama bodoh bawak kucing kau ke tempat merbahaya macam ni.
Ali : Dia pun Ejen sama macam kitorang lah dey!
Hoho, dah terjangkit dengan Alicia.
Boboiboy : Kucing jadi Ejen? Hebat zaman sekarang ni.
Ali : Kau tu tua 2 tahun jelah dari aku.
Boboiboy : Aku masih lagi tua.
Ali : Ah! Dah! Kita kena cari Comot cepat-
Tiba tiba, kedengaran suara kaki datang dari belakang mereka.
Pak cik : Oh~ jadi itu nama kucing ni~
Mereka menoleh ke belakang. Kelihatan Pak cik yang berada di pintu tadi, keseorangan, sedang memegang Comot di tangannya.
Ali : Comot?!?!
Pak cik : Heh. Kucing tak guna. Kacau orang je. Ambil lah balik. Menysahkan orang je.
Tanpa hati, Pak cik itu membaling Comot ke Ali. Ali menangkap Comot, dan terus berlari bersembunyi disebalik Uncle Bakar.
Melihat musuh di hadapannya, Boboiboy mengetapkan giginya, geram.
Boboiboy : Korang lari dulu! Biar aku yang habiskan Pak cik ni!
Ali : T-tapi Boboiboy-
Boboiboy : PERGI!!!!
Ali : Erm-
Nampaknya dia tak boleh nak tukar pilihan Boboiboy. Ali pun menolak Uncle Bakar dan yang lain untuk keluar dari situ.
Pak cik itu kelihatan berlari ke arah diorang, tapi, Boboiboy dengan pantas ambil satu batang besi yang ada di sebelah mereka dan balingnya ke arah Pak cik itu untuk memperlahankannya.
Pak cik : Adoi!
Batang besi tu kena betul betul dekat kepala Pak cik tu.
Padan muka.
.
.
.
Melihat yang mereka telah pergi, Boboiboy kembali berpaling ke Pak cik tadi, dengan senyuman nakal. Tanpa Pak cik itu sedar, mata Boboiboy bertukar menjadi warna jingga menyala.
Boboiboy : Baiklah! Diorang dah tak ada. Boleh lah aku bermain sekarang!
Pak cik : Heh. Bermain kamu kata? Kamu ingat ni taman permainan budak kecik ke apa?!
Boboiboy : Alah Pak cik ni. Jangan serius sangat. Nanti tumbuh uban.
Pak cik : Tumbuh uban kepala mangkuk kau lah. Aku akan lenyek lenyekkan kau sampai lumat dan jual kau ke China!
Boboiboy : Bapak jauh Pak cik nak pergi. Pak cik ada passport ke nak pergi sana?
Pak cik : Adalah! Kamu fikir Pak cik ni apa?!
Boboiboy : Ala, mana tahu. Mamat kepala lutut mangkuk hayun tak cukup kismis macam Pak cik ni nampak macam tak cukup duit nak beli passport sebab tak habis sekolah.
Pak cik : *tumbuh perkaki 10 atas kepala* ISH! BANYAK CAKAP KAU LAH ANAK SETAN TANJUNG RAMBUTAN! MARI SINI KAU!!
Boboiboy : Heh! Marilah! Saya dah tunggu seminggu penuh hanya untuk ni!!!
Maka, bermula lah perlawanan antara anak harimau dan atok gorilla.
Alicia yang ikut di belakang Ali, berpaling ke belakang selepas mendengar bunyi pergaduhan bermula.
Alicia : Korang pergi dulu. Nanti aku ikut sekali.
Ali : Tapi Boboiboy suruh kita keluar dulu!
Alicia : Budak beruban tu bukan boss aku. Nanti bila aku dah selasai, aku ikut lah korang. Dah dah, pergi!
Ali : I-ish, yelah! Tapi kalau kau kena tangkap, aku cakap kat General tu salah kau!
Alicia : Apa apa jelah! Nak ugut aku pulak!
Tanpa bertekak dengan Ali lagi, Alicia berlaridan bersembunyi di sebalik dinding, memerhatikan perlawanan itu.
Kelihatan Boboiboy bertarung tangan kosong dengan Pak cik tua tu tanpa kuasa.
Walaupun dalam keadaan teruja dikawal Blaze, dia masih cuba kekalkan warasnya untuk tidak menggunakan kuasa, kerana dia telah berjanji.
Alicia mengeluarkan satu jubah putih dan kamera. Dia memakai jubah itu, dan mengzipnya.
Alicia : Selamat aku sempat curi jubah ni dari Rudy masa tolong Ali gaduh dengan Rudy 2 minggu lepas.
Alicia menaikkan hoodie jubah itu, dan dia bertukar jadi Ultraman//PLAK!!!// maksud Author dia jadi Halimunan.
Alicia membuka cameranya, dan merakam perlawanan Boboiboy itu.
Boboiboy berjaya membuat Pak cik itu lengah. Maklum lah, dah tua.
Boboiboy menendang kaki Pak cik itu, membuatkannya terjatuh.
Pak cik : Adoi!
Boboiboy : Hahahahahaha! Mengaku kalah jelah Pak cik. Pak cik dah terlalu tua untuk semua ni.
Pak cik : Ceh! Jangan harap! Aku, baru berusia 47 tahun!
Boboiboy : Tu dah tua dah lah bongok.
Pak cik : Arhgh!!! Sudah!!! Aku dah malas nak main dengan kau!
Tiba tiba, Boboiboy terdengar bunyi kaki yang ramai datang ke arahnya.
Dia berpaling ke tepi, dan melihat 7 orang Pak cik terkutuk muncul dari tangga bawah, dan mengepungnya.
Pak cik 2 : Heh! Dah tak ada jalan nak lari, budak!
Pak cik 3 : Banyak kita boleh dapat dengan organ budak ni! Dia nampak sehat!
Pak cik 4 : Tak sebanyak 4 budak tadi, tapi cukuplah!
Pak cik 5 : Terima lah akibat lawan cakap orang tua!!!
Mereka semua menyerang Boboiboy serentak.
Alicia : Alamak?!?!
Alicia panik, dia mahu sahaja bangun, dan pergi tolong Boboiboy, tapi, bila lihat pada situasi, dia tahu dia hanya akan memburukkan keadaan sekiranya dia membantu.
Boboiboy, dengan cepat, mengelak ke bawah. Dia mengambil batang besi yang dia guna untuk baling ke Pak cik 1 tadi.
Boboiboy bangun kembali, dan menepis kesemua serangan Pak cik Pak cik itu tadi dengan batang besi itu.
Pak cik : Heh, masih nak lawan lagi?!
Seperti senjata, Boboiboy melawan semua Pak cik² terkutuk itu dengan batang besi itu.
Boboiboy : Heh, macam tombak Halilintar.
Membayangkan batang besi itu adalah senjata ciptaan kuasa Halilintarnya, Boboiboy melihat mereka seperti Alien jahat, dan dengan semangat, melawan mereka tanpa celah sedikit pun.
Akhirnya dia dapat peluang untuk lepaskan rindu dia dengan tugas superhero.
Alicia : Boleh tahan dia ni......
Boboiboy yang sudah perpeluh akibat kepenatan, berundur ke tepi, dan mengelap peluhnya.
Pak cik : Heh, kenapa? Dah penat? Tadi belagak muda sangat.
Boboiboy : Tak. Apa kata, kalau kita bawak perlawanan ni ke tempat yang lebih besar?
Tanpa menunggu reaksi dari Pak cik² terkutuk itu, Boboiboy dengan sigap, melompat ke atas mereka.
Secara Slow Motion, Boboiboy melambai ke mereka dari atas.
Boboiboy mendarat, dan berada di sebelah tangga.
Boboiboy : Cubalah kejar saya kalau Pak cik boleh!
Boboiboy berlari turun tangga, membuatkan Pak cik Pak cik itu naik darah tinggi.
Pak cik : Kejar budak tu sampai dapat!!!!
Alicia yang melihat semua telah pergi, menjadi bingung seketika.
Alicia : Mereka sambungnya ke luar?
Tak mahu terlepaskan pemerhatiannya, Alicia turut turun ke bawah, mencari mereka.
Apabila dia tiba di luar banggunan, dia terkejut, melihat Pak cik Pak cik tadi dah tumbang. Kelapan lapannya.
Mereka seperti direnjat dengan elektrik.
Tanpa dilihat Alicia, sebelum Alicia sampai ke sana, Boboiboy menggunakan kuasa Halilintarnya secara senyap senyap untuk kalahkan Pak cik² itu sekelip mata. Akibat kehabisan tenaga.
Boboiboy : Fuh, selesai.
Alician: A-apa dah jadi?
1163 perkataan
:v siapa sekolah hari ni?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top