Misi : Kantoi
Kotak kotak itu bergerak, sehinggakan tiada lagi boleh nak sorok yang adanorang di dalam timbunan itu.
Alicia : Siapa kat dalam tu hah?! Keluar sekarang! Aku tak takut!
Tak, Alicia tipu. Dia takut, tapi dia terpaksa jadi berani. Kerana dia ejen.
Alicia bersedia dengan lastiknya, sekiranya ianya memang betul orang jahat.
Kotak kotak itu makin bergegar, membuatkan satu persatu darinya hampir jatuh.
Ali : K-keluar lah Pak cik hodoh sekalian! S-saya tak takut!
Ok, tu memang nampak tipunya.
Ali : Hati hati.......
Mereka bertiga berjalan makin menddkat dengan kotak itu.
Kotak yang paling atas jatuh ke dalam akibat gerakkan yang di dalam.
??? : ADOI!!!
Kotak itu menimpa kepalanya. Cepat cepat dia tutup mulutnya, tapi sudah tidak holeh di cover.
Ali tiba tiba berhenti. Menyebabkan Alicia terlanggar bahunya.
Alicia : Hoi, kenapa pulak kau ni?
Ali : Suara tu......
Alicia : Kenapa dengan suara dia?
Ali : Aku macam kenal......
Bakar : Hah? Siapa?
Ali : Tak tahu, suara dia tak jelas sebab kotak tu, tapi, aku macam pernah dengar......
Alicia : Kalau macam tu, paksa dia keluar. Keluar!
??? : T-tunggu! Jangan serang aku!
Alicia : Kalau kau tak nak kitorang serang kau, kau kena keluar! Sekarang!
??? : Y-yelah.
Satu persatu kotak ditolak ke tepi dari yang di dalam. Sehingga tiada ang menghalahgnya dari bergerak lagi.
Seseorang keluar dari sebalik kotak kotak itu.
Ianya membuatkan mereka bertiga terkejut.
??? : Puas seka- eh, Ali?
Ali sampai ternganga sampai lantai.
Baju hitam vest oren, dengan helaian rambut putih.
Ali : B-Boboiboy?!?!
Ali sampai terjatuhkan yoyonya akibat terkejut.
Ya, dia adalah Boboiboy. Topinya terjatuh ke bawah. Boboiboy memakai balik topinya yang terjatuh.
Boboiboy melihat setiap satu dari mereka secara bergilir gilir.
Boboiboy : Uncle Bakar dengan Alicia pun ada sekali?
Bakar : M-macam mana kau boleh cam kitorang?
Boboiboy : Korang tak pakai topeng kot. Kalau korang pakai topeng boleh lah nak kata jugak. *muka malas*
Bakar : O-oh, haahlah......
Ali berjalan terus ke Boboiboy dan pegang bahunya, kasar.
Ali : Apa kau buat dekat sini?!
Boboiboy : Aku pun boleh tanya soalan yang sama. Apa korang bertiga buat dekat sini? Siap pakai baju macam superhero dunia lagi tu.
Ali : I-itu......
Tiba tiba, pintu bilik store itu berdegang dari luar.
Alicia : J-jangan tanya soalan dulu. Kita kena lari dulu.
Boboiboy melihat setiap penjuru bilik itu, dengan cemas.
Pintu itu makin di degang kuat.
Boboiboy : Er- ah, hah!
.
.
.
.
.
Pintu berjaya dibuka dari luar. Semua kotak kotak itu diruntuhkan ke dalam.
Pak cik 2 : KORANG TAK DAPAT SEMBUNYI- eh? Mana diorang?
Bilik itu kosong. Mereka tiba tiba hilang.
Pak cik : Haish! Cari mereka cepat!
Semua lelaki lelaki itu berjalan keluar dari bilik itu semula.
Beralih ke mereka kembali, mereka sedang berada di dalam lubang udara di atas.
Ali : Fuh.... selamat......
Alicia : Tak, belum lagi. Kita kena cepat bebaskan mangsa cepat.
Boboihoy : Baik, ikut aku.
Ali : Eh, kejap Boboiboy.
Boboiboy : Apa?
Ali : Cepat jawap sekarang. Apa kau buat dekat sini?
Boboiboy : Er..... tu.....
.
.
.
.
.
.
.
Flashback~
Hari ini PDPR ditangguhkan, jadi, Boboiboy memilih untuk berjalan jalan di sekitar kawasan perumahan itu akibat kebosanan.
Boboiboy : Haih, lama lagi pulak nak tunggu Ali balik sekolah. Kalau tak, aku dah ajak dia pergi main boling dah.
Hari tu, masa jalan jalan dekat Mall dengan Ali dan Uncle Bakar, Boboiboy ternampak sebuah pusat boling dekat sana.
Dia ingat nak pergi main, tapi, bila dia tengok duit dia, tak jadi.
Sekarang, dah ada masa lapang, dengan ada duit yang ditransfer ayahnya ke account bank dia, dia ingat nak pergi main, tapi Ali pulak tak ada.
Boboiboy : Viktor dengan Alicia pun sekolah. Uncle Bakar pun apa lagi. Pak Cik Ghazali pun kerja. Hm, sedih hidup.
Boboiboy mencari tempat untuk keluarkan motornya, dan memecut ke bandar.
Boboiboy lepak di mamak sambil face camera dengan kawan kawannya.
Yaya : Macam mana dekat sana?
Boboiboy : Ok je. Tak adalah teruk sangat macam yang aku bayangkan. Aku je yang terlalu overreact.
Ying : Jangan sedih loh! Kau kan boleh sentiasa call kitorang!
Gopal : Haah! Kalau boleh balik je Pulau Rintis terus! Aku rindu nak main dengan kau, huhuhuhu-
Ying : Ish! Woi! *tampar belakang Gopal*
Setelah puas berborak dengan kawan kawan dia, Boboiboy putuskan untuk pergi round round satu Cyberaya ni.
Boboiboy naik motornya, dan terus pandu pergi.
Sementara melalui satu lorong perumahan, Boboiboy terdengar suara jeritan kanak kanak.
Boboiboy : Bunyi apa tu?
Boboiboy terus berjalan ke hadapan dan bersembunyi di sebalik dinding.
Dia melihat 4 budak budak tu kena culik depan mata dia.
Boboiboy : *bisik* Penculik?!
Akibat sudah melihat perkara itu, dia cuba untuk selamatkan mereka.
Dia ikut dari belakang van itu senyap senyap sampailah tiba di banggunan itu, dan bersembunyi di bilik store itu sampai masa yang sesuai.
Flash back end~
.
.
.
.
.
.
.
.
Boboiboy : Begitulah kisahnya~
Ali, Bakar : Ohhhhhhhh.
Alicia : Tapi kau tak sepatutnya ada dekat sini! Kau tahu tak tempat ni bahaya?!
Boboiboy : Jadi?! Kau lagi muda dari aku! Korang yang tak sepatutnya ada dekat sini!
Bakar : Betul jugak cakap dia tu.....
Alicia : Tapi kita dah dilatih untuk ni!!! Apa yang budak luar ni tahu pasal misi pernyelamatan!!!
Bakar : Sabar Alicia!
Alicia : M.A.T.A harapkan kita untuk selesaikan misi ni! Bukan dengan bantuan budak luar-
Alicia menutup mulutnya dengan tangannya cepat cepat.
Dia terlepas cakap.
Ali : Alicia!
Alicia : Maaf! Aku terlepas cakap!
Mereka bertiga melihat ke arah Boboiboy perlahan lahan.
Boboiboy yang tidak faham apa apa, hanya menelengkan kepalanya ke kanan.
Boboiboy : Misi penyelamatan? Dilatih? M.A.T.A?
Bakar : Erm- erm.... kau tak pernah dengar pasal ni~ *cuba pukau Boboiboy* Ini semua mimpi~
Boboiboy hanya melihat ke arah Auncle Bakar dengan muka malas.
Boboiboy : Saya tak bodoh lagi lah Uncle.
Bakar : Alamak...
Boboiboy : Apa maksud korang ni? First, korang tiba tiba ada dekat banggunan ni. Kedua, korang pakai baju pelik macam superhero dunia. Ketiga, apa maksud korang M.A.T.A harapkan korang untuk selesaikan kes ni?
Ali : I-itu..... *pukul bahu Alicia, bisik* salah kau lah ni!
Alicia : *bisik kembali* Aku terlepas cakap lah! Macam lah kau tak pernah terlepas cakap jugak!
Boboiboy yang melihat mereka berdua tiba tiba bergaduh, tumbuh perkaki empat di kepalanya.
Boboiboy : Woi! Jawap soalan aku ni!
Bakar : Ah- ar.......
Nampaknya mereka bertiga dah tak boleh nak sembunyikannya lagi.
Ali : Erm- Boboiboy! Tolong jangan bagitahu pasal ni pada sesiapa! M.A.T.A adalah agensi rahsia yang ditubuhkan untuk melindungi Cyberaya! Tak ada sesiapa patut tahu pasal kami!
Boboiboy : Jap, agensi rahsia pelindung Cyberaya?
Bobojboy tiba tiba sahaja mengeluarkan telefonnya, dan slide sesuatu benda ke tepi.
Bobouboy : Jadi betul lah ni kau?!
Boboiboy menunjukkan satu gambar Ali sedang melawan Niki yang kelihatan ditangkap oleh drone dari atas.
Ali yang melihat gambar itu, sangat sangat terkejut, sampaikan dia hampir terjatuh ke belakang.
Ali : M-mana kau dapat gambar ni?!
Boboiboy : Viktor ada bagitahu aku pasal penyerangan di Cyber Perdana tahun lepas. Disebabkan bunyinya menarik, aku pergi kaji pasal benda ni, cari setiap bahan yang ada. Dan aku jumpa gambar ni. Aku nampak gambar ni nampak macam kau, tapi aku fikir benda itu mengarut mula mula. Tapi, nampaknya aku betul.
Ali menggigit jarinya akibat rasa cemas.
Bakar : Erm........
Alicia : Ah-
Boboiboy : Tapi kenapa korang kena rahsiakannya? Bukannya kerja korang tu baik? Selamatkan orang?
Ali : Erm, tu.....
Alicia : Kami tak boleh.
Boboiboy : Hah? Kenapa pulak?
Alicia : Boss kami, tak benarkannya. Kami berkerja di sebalik bayang. Tak ada sesiapa patut tahu identiti kami. Sepatutnya.....
Boboiboy : ........
Boboiboy tiba tiba merasa bersalah membuat mereka jelaskan semuanya, bila melihat wajah mereka yang serba salah.
Dia terbuatnya lagi.
Boboiboy : M-maaf.....
Ali : Huh? Kenapa kau minta maaf?
Boboiboy : Aku buat korang jelaskan perkara yang tak sepatutnya. Aku patut faham yang ianya rahsia......
Ali : Erm.... tak apa Boboi-
Boboiboy : Tunggu. Kita kena cepat selamatkan budak budak tu dulu. Kita tak boleh lengahkan masa lagi.
Alicia : Betul cakap kau tu. Tapi, macam mana? Walaupun kita berjaya masuk ke sana melalui ruang udara ni, kita masih kena keluar ikut pintu. Mereka tambah kita tak akan muat nak masuk ke sini lagi.
Boboiboy : Jangan risau.
Boboiboy mengeluarkan satu kunci dari dalam poket seluarnya.
Ali : Woh?! Mana kau dapat ni?!
Boboiboy : Semasa aku masuk sini, aku jumpa orang yang ada kunci bilik tu, dan belasah dia, dan ambil kuncinya. Aku dah ikat dia dekat tandas, jadi, jangan risau.
Ali : Fuh! Hebat betul kau! Cun!
Alicia : Kita dah ada kunci, jadi kita boleh mulakan sekarang.
Boboiboy : Baiklah. Tapi, first, aku rasa korang patut tutup muka korang dulu dengan topeng ke apa. Korang katakan identiti korang ni, rahsia.
Bakar : Ho, haahlah.
Alicia memberi setiap satu dari mereka, topeng, termasuk Boboiboy.
Boboiboy : Baiklah, jom pergi sekarang.
Mereka merangkak menerusi ruang udara itu, sehingga sampai di atas bilik yang ada budak budak tu, dan turun ke bawah.
Mereka berempat terkejut dengan kehadiran mereka, tapi, selamat mereka tak mampu menjerit, dikeranakan mulut mereka diikat.
Ali : Shhh! Jangan takut! Kami di sini untuk selamatkan korang!
Boboiboy : Cepat bukak ikatan diorang! Aku bukak pintu sekarang.
Boboiboy membuka pintu dengan kunci yang ada padanya, dan budak budak itu sudah dibukakan ikatan pada tangan dan mulut mereka.
Boboiboy : Cepat! Kita kena keluardari sini!
Bakar : Bagus!
Mereka semua berjaya keluar dan selamatkan empat budak yang jadi mangsa penculikkan itu.
Ali : Bagus! Misi berjaya!
Alicia : Jangan gembira dulu. Kita kena keluar dari banggunan ini dulu.
Ali : Baik! Eh, kejap. Mana Comot?
1499 perkataan
Kantoi sudah :v
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top