Misi : Kampung
Ali, siapa tidak mengenalinya?
Anak kepada Encik Ghazali, salah satu orang penting kepada bandar Cyberaya.
Dia kelihatan sedang duduk di depan mejanya, sambil menongkat dagunya dengan tangan kanannya.
Dia sedang melihat ke arah tabletnya, yang dia letak di depannya, di atas meja.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.
Sejak Boboiboy berlalu pergi daripada Cyberaya pagi tadi, dia setia menunggu panggilan daripada sepupunya itu.
Boleh dikatakan, sudah hampir 5 jam dia menunggu maklum balas daripada sang penguasa elemental itu.
Ali : Haih....
Ali akhirnya mengangkat kepala daripada tangannya, dan termenung ke luar tingkap.
Angin bertiup sepoi sepoi bahasa, dan mampu terlihat beberapa helai daun ditiup olehnya.
Ianya kelihatan tenang.
Sungguh petang yang tenang.
......
Sejak Boboiboy pulang ke Pulau Rintis, rumahnya mula terasa sunyi kembali.
Sudah tiada sesiapa yang menemaninya ketika tiada sesiapa di rumah.
Sudah tidak kedengaran bunyi gelak ketawa, nasihat, amarah dan tangisan yang mampu didengarinya.
Kini dia benar benar kesunyian, ya?
Ali mula membuka tingkap, mahu membenarkan angin masuk ke dalam biliknya.
Sekurang kurangnya, suara daripada angin mampu membuatnya sedikit lupa akan rasa sunyi di hatinya.
Ali : Huh?
Apabila Ali membuka tingkap biliknya, dia mampu melihat dua kawannya, Alicia dan Viktor, sedang melambai ke arahnya daripada luar.
Viktor : Ali! *lambai*
Tampa membuang masa, Ali pun turun ke bawah.
.
.
.
Seketika kemudian, mereka bertiga sudah pun berada di Mamak Maju.
Masing masing daripada mereka sudah memesan makanan mereka, cuma tinggal menunggu.
Alicia pun membuka topik bicara.
Alicia : Aku dengar budak beruban tu dah balik. Betul ke?
Ali mengangguk.
Ali : Haah, pukul 9 pagi tadi. Dia balik dengan kawan kawan dia.
Alicia : Kawan kawan dia?
Alicia memang tidak mengetahui mengenai perkara ini, kerana dia sibuk dengan latihan di M.A.T.A. Sebab tu Ali tidak melihatnya selama 2 hari itu.
Viktor mengangguk, membantu menjawapnya untuk Ali.
Viktor : Ya, 2 hari lalu, kawan kawannya dari Pulau Rintis datang ke sini. Katanya untuk menjemput Boboiboy sendiri pulang ke sana.
Alicia meng-o-kan sahaja.
Alicia : Oooo~ macam mana kawan kawan dia?
Ali menongkat dagunya dengan tangannya.
Ali : Oklah, diorang semua tu baik. Nampak jelaslah yang mereka peduli pasal budak Boboiboy tu.
Sambil sambil tengah borak tu, Viktor tiba tiba merasa sakit perut.
Viktor : Erkk...korang, aku pergi tandas kejap tau!
Tidak menunggu balasan daripada mereka berdua, Viktor terus memecut pergi ke tandas kedai mamak itu.
Ali dan Alicia hanya mampu menggeleng melihat kawan mereka itu.
Alicia kembali melihat ke arah Ali.
Alicia dapat menangkap nada cemburu daripada kata kata Ali tadi.
Alicia : Kenapa? Kau cemburu ke dengan diorang?
Alicia meniru gaya Ali, dengan menongkat dagunya juga, sambil membuat nada sedikit menyindir.
Dia sengaja mahu menuang minyak kepada api Ali.
Wajah Ali memerah, mencuba untuk menahan rasa malu.
Ali : M-mana ada! Buat apa aku nak cemburu pulak?!
Ali memeluk tubuhnya, dan memandang ke tepi, mencuba untuk mengelak bertentangan mata dengan anak Jeneral itu.
Alicia tersengih kecil melihat riaksi kawannya itu.
Alicia tidak salahkannya untuk merasa cemburu, kerana melihat orang lain lebih rapat dengan sepupunya sendiri.
Terutamanya orang yang rapat itu langsung dia tidak kenali.
Alicia : Apa nak pelik? Diorang tu dah kenal Boboiboy lama daripada kau. Kau baru je kenal dia selama 2 bulan.
Alicia terpaksa jadi sedikit kasar dan tajam, kerana mahu Ali sedar akan hakikatnya.
Bukan dia tidak mahu menjaga perasaan Ali, tetapi, budak itu kena juga hadap realiti.
Walaupun diorang itu keluarga, diorang tidak kenal lama.
Ali : Aku-aku tahu lah pasal tu! C-cuma....
Ali tidak menghabiskan ayatnya.
Ali mendengus kasar, sambil mengusap mukanya dengan tangannya akibat frustasi.
Ali : Aku cuma masih tak puas habiskan masa dengan dia....
Dia mengemam bibirnya sendiri, mencuba menahan rasa amarahnya.
Itulah perasaan Ali yang sebenar selama Yaya, Ying, Gopal dan Fang berada di sana.
Walaupun dia kelihatan baik baik sahaja, dia sebenarnya sedikit sakit hati apabila mereka membawa Boboiboy pergi daripadanya, iaitu tidur di hotel, walaupun sepatutnya dia dan sepupunya itu luangkan masa masa terakhir mereka.
Dia tidak bencikan mereka, tak.
Dia cuma sakit hati, kerana masa mereka bersama diambil mereka.
Ali faham, mereka rindukan Boboiboy juga, kerana dah 2 bulan tidak berjumpa.
Tapi untuk dia, entah bila lagi dia boleh berjumpa dengan sepupunya itu lagi.
Inilah kekurangan apabila ahli keluarga tinggal berjauhan.
Kita tidak akan tahu bila kita akan berjumpa dengan mereka lagi.
Alicia, yang melihat perubahan pada wajah Ali, memilih untuk berhenti mengusiknya.
Alicia : Hey, tidak kira seberapa jauhnya dia tinggal daripada kita, dia masih keluarga kau.
Ali : Huh?
Ali tidak jangkakan balasan itu daripada kawannya itu.
Alicia : Memang sebelum ini korang saling tidak mengenali, tapi kini berbeza. Sebabkan korang dah berjumpa, kau tinggal perlu telefon dia bila bila kau sunyi.
Alicia menunjuk ke arah beg yang Ali bawa.
Dia tahu Ali ada bawa tabletnya di dalam sana.
Alicia : Dan kau kenal dia juga. Dia tak akan pulaukan kau hanya disebabkan korang berjauhan. Ini Boboiboy yang kita katakan.
Alicia menyilangkan tangannya semula, dan bersandar pada kerusi yang dia duduki itu.
Alicia : Kalau dia benar benar peduli, dia tidak akan berdiam diri lama lama daripada kau.
Ali terkedu, mendengar kata kata Alicia.
Alicia turut tersenyum melihat riaksi wajah Ali itu.
Betul katanya.
Dia terlalu terbawa hati, sambil terlepaskan perkara yang paling ringkas.
Ini Boboiboy yang mereka katakan.
Budak tu terlalu baik hati untuk lupakan dia begitu sahaja.
Dia boleh sahaja telefon dia bila bila masa apabila dia rasa kesunyian ataupun sedih.
Dia tahu sepupunya itu akan temankan dia, walaupun kini mereka berbatu jauhnya.
Dia terlalu risau kembali kesunyian sampai dia lupa siapa sepupunya itu.
Ali dapat merasakan cecair hangat hampir turun daripada matanya, tetapi dia cepat cepat lap, kerana tidak mahu menangis di depan perempuan.
Ali : Betul cakap kau tu. Terima kasih Alicia.
Alicia hanya tersenyum melihat kawannya itu sudah membaik.
Alicia : Kau patut bersyukur, yang kau masih ada keluarga lagi, selain daripada Encik Ghazali dan Uncle Bakar.
Alicia menongkat dagunya dengan tangan kanannya.
Alicia : Selain daripada mak dan ayah aku, aku tidak tahu sekiranya aku ada keluarga kandung yang lain. Kalau Jeneral tidak memilih untuk kutip aku, aku tak tahu apa yang akan jadi pada aku sekarang ni.
Ali mengangguk, faham sangat dengan apa yang Alicia katakan.
Tidak seperti Alicia, dia hanya kehilangan maknya sahaja.
Alicia kehilangan hampir segalanya, sampaikan Alicia tidak tahu latar belakangnya sendiri sebelum bertemu Jeneral.
Dunianya sudah dibentuk oleh M.A.T.A sejak kecil, membuatkan M.A.T.A sudah seperti keluarga kandungnya sendiri.
Sambil sambil berbual, makanan diorang pun akhirnya tiba.
Viktor pun sudah balik dari tandas.
Mereka pun menukar topik, dan habiskan masa mereka di sana.
.
.
.
.
.
.
.
.
Masa terasakan berlalu dengan sangat pantas.
Disebabkan hari itu Boboiboy balik, Tok Aba memilih untuk menutup kedainya untuk meluangkan masa bersama cucunya.
Ochobot turut telah dihidupkan semula.
Ochobot sedang cas dirinya di dalam rumah Tok Aba.
Mereka sedang berkumpul di kedai Kokotiam Tok Aba yang sedang tutup, dan menceritakan semua yang mereka alami semasa di Cyberaya.
Tentunya Boboiboy memiliki paling banyak cerita, kerana sudah di sana selama 2 bulan.
Kerisauan Tok Aba mulai memudar selepas melihat seberapa gembiranya cucunya itu bercerita.
Tok Aba : Tangan Boboiboy macam mana? Sakit lagi ke?
Tok Aba memegang tangan kanan Boboiboy yang masih terbaluti itu.
Boboiboy mengangguk.
Boboiboy : Hm! Doktor cakap yang dalam sebulan tangan Boboiboy akan sembuh! Jadi, mungkin dalam seminggu dua lagi tangan Boboiboy tak akan apa apa dah!
Tok Aba tersenyum lega, melihat cucunya masih bersemangat seperti biasanya.
Tok Aba sangat sangat terkejut apabila mengetahui mengenai apa yang telah terjadi kepada cucunya sewaktu di Cameron Highlands dulu.
Tangan cucunya retak, kerana selamatkan sepupunya dalam kebakaran.
Tok Aba mengusap kepala cucunya itu.
Tok Aba : Baguslah kalau macam tu. Kalau kamu sakit, berehatlah. Jangan paksa diri kamu ya? Kamu tu pun masih kecil lagi juga.
Boboiboy mengangguk, tidak mahu membantah arahan atuknya itu.
Yaya : Er.... dah nak magrib dah ni. Aku balik dulu tau. Takut mak aku risau pulak.
Yaya lah yang pertama berdiri, dan bersiap untuk pergi.
Ying : Aku pun! Aku kena tolong nenek aku siapkan makan malam!
Fang : Aku pun juga lah. Aku tak siap kemas bilik baru aku lagi.
Gopal : H-hei! Jangan tinggalkan aku!
Maka, satu persatu kawan kawan Boboiboy pun mula meminta diri untuk pulang ke rumah masing masing.
Kokotaim-Boboiboy : Bye Boboiboy!
Mereka melambai ke arah kawan mereka itu.
Boboiboy dan Tok Aba turut membalas lambaian mereka.
Boboiboy : Bye! Jumpa esok!
Mereka pun memerhatikan keempat empat mereka pergi, sehingga tidak kelihatan di mata mereka lagi.
Tok Aba pun mula berdiri, dan berjalan ke arah cucunya.
Tok Aba : Dah, jom masuk. Atuk nak kemas sikit kedai ni. Kamu masuklah dalam dulu ya?
Boboiboy mengangguk, dan berjalan menuju ke rumah antik itu.
Tok Aba melihat cucunya pergi, sambil terukir senyuman sayu pada wajahnya.
Sejujurnya, Tok Aba harap sangat Boboiboy tidak perlu menjadi superhero, dan mampu bersikap seperti remaja seumurnya.
Tiada tanggungjawab, tiada amanah, dan tiada beban.
Mampu bergelak ketawa, tanpa perlu ada air mata yang jatuh daripada matanya.
Sampaikan, Tok Aba harapkan yang keturunan keluarganya tidak perlu hidup di dalam dunia adiwira ini.
Tok Aba memegang kaunter kedainya, sambil melepaskan keluhan berat.
Tok Aba : Haih....Amato...Aisyah....bila kamu berdua nak balik ni?
.
.
.
.
.
Skip time, selepas solat magrib, Boboiboy sedang duduk di atas katilnya.
Dia menjatuhkan dirinya kebelakang, dan meregangkan badannya.
Boboiboy : Ermmmm!!! Rindunya bilik ni!
Setelah dua bulan tidak dapat tidur di dalam biliknya sendiri, dia melepaskan rindunya dengan berguling guling di atas katilnya itu.
Boboiboy : Weeeeeeee~!
Dah macam kanak kanak rebina pun ada.
Setelah dia berhenti berguling, dia pun masih terbaring menelentang di atas katilnya, sambil melihat ke siling.
Boboiboy : Hhhuuuuuhhhhh.....
Dia melepaskan nafas lega.
Akhirnya, tempat yang paling sempurna itu adalah rumahnya sendiri.
Tiba tiba, dia teringat satu perkara yang patut dia buat.
Dia pun duduk semula.
Boboiboy : Telefon Ali!
Dengan cepat, dia mencapai telefon bimbitnya yang dia letakkan di atas meja di sebelah katilnya.
Sebelum dia menekan nombor telefon Ali, dia mendapatkan idea bernas.
Dia memegang jam tangannya, dan cahaya yang terang mula menyelubungi seluruh bilik.
Apabila cahaya itu mereda, kelihatan seluruh Elemental sudah ada di sana, dan Boboiboy yang asli turut masih berada di sana.
Para Elemental juga terkejut diri mereka di keluarkan daripada jam oleh Tuan mereka.
Thorn dan Ice dah tertepar atas satu sama lain.
Thorn : B-berat lah kau ni! Bangun lah!
Thorn menolak Ice jatuh daripada badannya.
Blaze dan Solar pulak masih dalam gaya seperti mahu melawan satu sama lain.
Blaze, Solar : Eh?
Hali sedang membetulkan rambut Gempa dan Taufan.
Hali : E-eh? Tuan? Kenapa keluarkan kitorang?
Hali lah yang pertama bertanya.
Boboiboy tersenyum lebar, sambil menunjukkan jarinya ke arah telefonnya.
Boboiboy : Korang nak telefon Ali tak?
Thorn lah yang pertama kelihatan teruja.
Thorn : Telefon Ali?! Nak nak!
Dan turut diikuti oleh Elemental yang lain.
Mereka berkumpul di belakang Tuan mereka.
Boboiboy menekan nombor telefon Ali, dan muncul gambar camera pada screen.
Boboiboy : Bersedia?
Para Elemental semua mengangguk.
Elemental : Bersedia!
Boboiboy pun menekan gambar camera itu, dan menyambungkan video call kepada sepupunya itu.
○●○●○●
Pada hujung lagi satu, Ali sedang duduk di atas meja belajarnya, dan sedang mencuba menyiapkan kerja sekolahnya.
Tindakannya berhenti, apabila tabletnya berdering.
Ali : Hm? Siapa tu?
Ali pun berdiri, dan mencapai tabletnya.
Apabila dia membalikkan tabletnya dan melihat apa yang terpapar pada screen, matanya terbeliak apabila melihat photo profile milik Boboiboy terpapar dengan logo video call di bawahnya.
Terus sahaja dia berdiri dengan tabletnya di tangan, berlari ke arah katilnya, naik dengan tergesa gesa dan memandang screen tabletnya dengan teruja.
Tangannya seketika menggeletar, dan akhirnya menekan butang hijau itu.
Apabila screen bertukar, dia mampu melihat bukan satu, tapi lapan wajah orang yang akan dia rindui bermula dari hari itu.
Boboiboy : Ali!!!
Boboiboy, yang paling dekat dengan screen segera memanggilnya dengan gembira sebaik sahaja dia melihat wajah sepupunya itu di screen telefonnya.
Berpindah ke pov Boboiboy pula, kelihatan telefonnya yang di support oleh tiang tanah yang dibuat oleh Gempa supaya setiap daripada mereka mampu masuk ke dalam screen kecil telefon tuan mereka itu.
Ali : Telefon pun kau! Lama aku tunggu!
Boboiboy : Ehehehe....
Boboiboy menggaru pipinya malu.
Boboiboy : Sorrylah, aku teralik habiskan masa dengan atuk aku tadi, ehehe....
Ali hanya mampu mengeleng sambil ketawa ringan. Kenal sangat perangai sepupunya yang sering lupa itu.
Duri : Aliiii!!! Macam mana first day tak ada Tuan?!
Durian mengangkat tangannya dan menolak muka Solar ke tepi untuk meletakkan perhatian Ali pada dirinya.
Solar : Ish!!! Tak payah lah kau ni!!!
Solar menolak tangan Duri jauh daripada mukanya.
Ali : Ehehehe.... ada lah rasa janggal sikit sebab dah tak ada peneman kat rumah ni, tapi aku ok je.
Ali jelaskan sambil mengusap belakang kepalanya.
Ali : Aku ada keluar jugak dengan Alicia dan Viktor tadi pergi Mamak Maju, saje lepak lepak waktu petang.
Blaze : Oohhh!!! Tu kedai Mamak yang jalan masuk ke M.A-
Ali, Boboiboy : SSSSHHHHH!!!!!
Terkejut seluruh Elemental, lagi lagi Blaze apabila Tuan mereka dan Ali meng-shhh kuat kuat pada Blaze.
Ali : *separuh berbisik* Jangan cakap pasal tu kuat kuat! Tak ada sesiapa dekat sana yang tahu pasal tu kat sana!
Boboiboy turut menggeleng dan membuat X dengan tangannya.
Cepat cepat Blaze menutup mulutnya dan mengangguk laju laju.
Blaze : Sorry...!
Boboiboy hanya mampu menggeleng sambil tersenyum ke arah salah satu elementalnya itu.
Ali : Oh ya! Kau patut tangkap gambar rupa Pulau Rintis macam mana! Aku pun nak tengok jugak kat sana rupa macam mana!
Solar memastikan wajahnya berada di dalam screen sebelum membuka suara.
Solar : Betul ke kau nak tahu dekat sini macam mana? Sini tak adalah maju mana macam kat Cyberaya tu.
Solar berkata semedikian sambil meng-smirk jahil.
Ali yang sedar dengan gurauan Solar itu, menyilang tangannya dan meng-pout sebelum balas.
Ali : Alah, apa salahnya? Aku nak tahu jugak kampung Boboiboy macam mana.
Ice yang berada di sebelah Solar hanya mampu menggulingkan matanya malas melihat pertengkaran ringan mereka berdua itu.
Ice : Haih.....
Ice menggelengkan kepalanya, merasa serabut dengan semua bunyi bising ni.
Gempa : Ehehehe, tak apa, jangan risau Ali, kami pasti akan hantar banyak gambar dekat kau nanti.
Taufan : Pantai, hutan, kawasan perumahan, sekolah, semua kitorang akan bagi kau tengok!
Ali : Uuuuu nak nak!!!
Ali langsung tak tahu rupa Pulau Rintis macam mana, yang dia tahu di sana lebih kepada kawasan kampung.
Dia mahu juga tahu kehidupan sehari hari sepupunya macam mana di sana.
Hali : Macam mana kita nak tangkap gambar kat sekolah kalau kita tak boleh bawak telefon?
Hali memandang Taufan dengan tatapan kosong, sementara gear baru ter-klik di dalam kepala Taufan.
Taufan : Ah ya tak ya jugak....
Boboiboy terketawa ringan.
Boboiboy : Ehehe, takpe, kan kita boleh tangkap pakai jam kuasa kita.
Terus sahaja mood Taufan kembali ceria setelah mendengar itu.
Taufan : Bagus!
Ali yang melihat interaksi antara mereka berlapan daripada sebalik screen hanya mampu ketawa ringan sambil menggeleng.
Nampaknya yang paling banyak pegang brain cell diorang adalah Tuannya sendiri.
Mereka pun sambung berborak sehingga tibanya waktu solat maghrib tiba.
2420 perkataan
I'M BACKKKKKK-
*kena baling dengan terompah*
Sorrylah Author hilang 2 tahun. Spm dan Universiti really drain my energy 🥲
Author sekarang sambung belajar di UniKL MIIT! Author ambil course Animation :D
Untuk sambungan lepas ni, Author dah ada plot, cuma chapter di antaranya sahaja yang Author tak tahu nak tulis apa, sebab plot yang Author dah fikir kebanyakannya event besar. Kalau terus jump ke event tu cepat habis lah buku ni.
Korang rasa apa yang korang nak lihat berlaku di dalam buku ni semasa kedua dua sepupu ini terpisah? :D
Sila komen di bawah!
Ok, tata titi tutu, pergi dulu!
*ballet masuk gaung*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top