Misi : Jogging Part 2

All : Huh?!

Seseorang berlari keluar daripada keramaian itu, dan menendang wajah lelaki itu.

Dia adalah Boboiboy.

Fang : Boboiboy?!

Kawan kawannya tidak jangka yang kawan mereka itu akan bertindak melulu seperti itu.

Terus menerobos pergi dan mengincar muka lawannya.

Lelaki : Ergh!

Wanita : Aduh!

Budak : Wargh!!!

Lelaki itu melepaskan budak dan wanita itu akibat serangan mengejut itu.

Boboiboy kelihatan marah.

Dia dah terlalu lama menunggu untuk orang menyelamatkan mereka berdua.

Kalau tak ada sesiapa yang mahu melakukannya, biar dia sahaja yang pergi.

Setiap detik itu berharga.

Orang jahat tidak akan menepati janjinya.

Dia boleh sahaja membunuh kedua dua insan itu sementara semua orang takut untuk mendekati mereka.

Akibat serangan itu, lelaki itu terlepaskan pisaunya, dan jatuh ke tanah.

Ianya jatuh tepat di depan penguasa tujuh elemental itu.

Boboiboy memijak pisau itu, dan menolaknya ke arah keramaian supaya lelaki itu tidak akan mengambilnya kembali.

Fang yang tidak sedap duduk dan melihat perlawanan itu, mencuba melepaskan diri daripada lautan manusia itu untuk menolong kawan nya.

Para Kokotaim yang lain pun sama.

Tak menunggu lelaki itu untuk bangun, Boboiboy terus berlari ke arahnya dan memijak kedua dua tangan lelaki itu, kuat, untuk tidak membiarkannya bergerak.

Lelaki : ARK-

Selepas memijaknya, Boboiboy terus merendahkan dirinya kebawah, dan menumbuk kuat, tepat pada wajah lelaki itu.

Boboiboy : ERGH!!!

Bila Boboiboy mengangkat tangannya dari wajah lelaki durjana itu, dia melihat matanya sudah putih keseluruhannya. Bermakna dia sudah tidak sedarkan diri.

Beberapa gigi miliknya juga turut tercabut.

Tempatnya fatal, yang membuatkan lelaki itu terus pengsan akibatnya.

Semuanya berlaku terlalu pantas, sehinggakan belum sempat para Kokotaim yang lain melepaskan diri mereka, Boboiboy sudah mengalahkan lelaki itu.

Yaya : B-Boboiboy berjaya!

Boboiboy : Fuh....

Boboiboy melepaskan nafas lega kerana dapat tumbangkan musuh kurang dari satu minit tanpa ada yang terluka.

Boboiboy berasa sedikit kecewa kerana lawannya tidak sekuat yang dia sangkakan.

Dia hanya terlihat kuat kerana membawa senjata.

Hakikatnya dia ketahanannya lebih lemah daripada Ali.

Manusia berbajukan ketakutan manusia.

Dia tahu manusia takutkan benda tajam yang boleh membuat mereka kehilangan nyawa, jadi dia gunakan ketakutan itu untuk kebaikkan dirinya sendiri.

Malang untuk dirinya, di sana ada manusia yang sudah banyak kali merasakan kesakitan yang lebih tajam daripada pisau semasa melawan musuh musuhnya.

Boboiboy memandang ke arah wanita dan anak kecil itu tadi, mahu melihat jika mereka tidak apa apa.

Boboiboy : Puan ok?

Wanita : S-saya ok. Terima kasih dik....

Boboiboy perpaling ke arah budak kecil itu pula.

Boboiboy : Adik macam mana?

Budak itu terjatuh sipi sipi di hujung juram ke dalam tasik itu.

Budak : Saya ok! Terima kasih bang!

Perlahan lahan, Boboiboy mendengar bunyi sorakkan orang ramai, sebelum kesemua lautan manusia itu mendekati dirinya.

Orang 1 : Terima kasih dik!

Orang 2 : Adik ada hero kami!

Orang 3 : Terima kasih terima kasih terima kasih!

Orang 4 : Tengok! Budak pun lagi berani daripada kau!

Orang 5 : Diamlah! Kau pun sama tercegat macam nampak hantu!

Orang ramai itu membantu wanita tadi untuk berdiri, dan mengikat lelaki tadi yang sudah pengsan supaya dia tidak boleh lari.

Budak : Ahahaha!

Bila budak itu mahu bangun untuk pergi kepada ibunya, tiba tiba.....

Budak : Eh?

Krakk!

Budak : AHHHHHHHH!!!!!

Tanah di bawahnya retak, dan dirinya mula terjatuh masuk ke dalam tasik.

Mereka semua yang disana terkejut. Ianya berlaku sepantas kilat tanpa mereka semua mampu berbuat apa apa.

Wanita : SAYANGGGGGGGG!!!!

Budak itu sudah mulai terkapai kapai cuba menyelamatkan diri.

Tasik itu sangatlah dalam, bahkan orang dewasa sendiri boleh lemas jika berada di dalamnya, apa lagi seorang budak kecil berusia tujuh tahun.

Budak : MAMA!!! MAMA!!! TOLONG!!!

Orang ramai mulai panik, tidak tahu mahu berbuat apa.

Ying : Kita kena selamatkan budak tu-huh?

Belum sempat Ying menghabiskan ayatnya, kawannya yang bertopi oren itu sudah pun melompat masuk ke dalam tasik itu.

Dia tidak berfikir dua kali. Dia bahkan tidak sempat menanggalkan kasutnya sama sekali.

Orang 1 : Dia lompat!!! Dia lompat!!!

Orang 2 : Cepat kita kena cari pengawal keselamatan atau siapa je- arghhh!!! Cari jelah!!!

Sementara semua orang panik tidak tahu mahu buat apa, apa yang ada difikirannya hanyalah selamatkan budak itu.

Difikiran manusia biasa, adakah ada yang sanggup lompat masuk ke dalam sungai, tasik, laut sekalipun jika anda melihat ada orang yang lemas dalam ketinggian sebegitu rupa?

Manusia terikat akan perasaan takut, apa lagi jika orang itu memang takut kepada ketinggian.

Tapi bila dah dah tekad, tinggi macam mana sekalipun, apa yang orang itu akan fikir hanyalah nyawa orang yang ada didepannya.

Fang : Boboiboy?!?!

Kawan kawannya terus berlari ke arah tebing itu, untuk melihat keadaan kawan mereka.

Boboiboy sudah pun menyelam masuk ke dalam tasik itu, dan bergerak ke arah adik itu.

Boboiboy : Ergh!

Boboiboy berenang ke atas, dan berjaya mendapatkan budak itu.

Budak : Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Boboiboy : Huh...huh...

Boboiboy memegang dadanya, kerana masih terkejut dengan kejadian itu sambil mencuba untuk kekal mengapung.

Dia kemudian melihat ke arah budak itu semula.

Boboiboy : Adik....adik tak apa apa?

Budak itu pun turut memandangnya.

Budak : Saya...saya ok. Abang macam mana?

Boboiboy : Abang pun ok. Pegang kuat kuat ya? Abang akan bawa kita berdua ke daratan semula.

Budak : Hmmp! *mengangguk*

Boboiboy pun perlahan lahan berenang menuju ke tebing sungai itu.

Selamatlah masih ada sedikit darat di bawah sana untuk dia panjat dan keluar daripada dalam air itu.

Boboiboy : Huh...huh...huh....

Orang 4 : Adik! Tangkap ni!

Boboiboy : Huh?

Boboiboy dan budak itu melihat ke atas. Orang ramai tadi berserta kawan kawannya berada di sana sambil memberikannya tali untuk dirinya panjat.

Boboiboy pun tidak cakap banyak, terus mendukung budak itu kembali, dan memegang tali itu.

Mereka berdua pun ditarik naik oleh orang ramai di sana.

.
.
.

Keadaan sudah kembali tenang.

Boboiboy dan kawan kawannya sedang berada di sebuah kerusi kayu panjang.

Boboiboy diberikan tuala oleh kawan kawannya untuk dia keringkan diri.

Gopal meletakkan sehelai daripadanya di atas kepalanya.

Boboiboy : Brrrrr....

Jelas kelihatan dia menggeletar akibat kesejukkan.

Fang : Haih, kau ni. Memang tak pernah berubah kan? Melulu je pergi untuk selamatkan orang lain. Lain kali fikir pasal nyawa kau sendiri juga.

Fang mengusap kasar kepala kawannya yang tertutup tuala itu, mahu peringatannya masuk ke dalam kepalanya.

Jadi teringat ketika Boboiboy gunakan badannya sendiri untuk lindungi Cattus daripada peluru milik Adudu dulu.

Boboiboy : Ehehehe....

Boboiboy melihat ke hadapan.

Orang ramai tadi semua sedang berkumpul di tempat Wanita dan Budak kecil itu tadi untuk memastikan mereka tidak apa apa.

Lelaki tadi sudah diserahkan kepada pihak polis dan akan disoal lebih lanjut di balai polis.

Yaya : Kau memang berani Boboiboy! Kau berjaya kalahkan orang jahat tu seorang diri tanpa guna kuasa! Mesti kau dah terbiasa lakukannya selama kau tinggal di sini kan?

Yaya dapat melihat yang ini bukan pertama kali Boboiboy lakukan serangan kombat sebegitu rupa.

Dia juga tahu kawannya itu bukan jenis menyerang secara fizikal kepada musuhnya kecuali dia di dalam bentuk Halilintar ataupun Blaze.

Boboiboy : E-erm...kau boleh katakan macam tulah.

Sejujurnya latihannya di M.A.T.A sebagai Ejen Kombat dah banyak membantunya meningkatkan kebolehannya dalam berlahan secara jarak dekat dan juga tanpa kuasa.

Nampaknya latihannya selama ini tidak sia sia.

Ying : Ahah! Nampaknya biarkan lu sendirian di Cyberaya ni ada gunanya juga! Hehe!

Boboiboy hanya mampu tersenyum dengan pujian Ying ke atas dirinya, sebelum dirinya perlahan lahan memandang kembali ke arah keramaian itu.

Dia melihat ke arah wanita dan anak kecil itu tadi.

Mereka kelihatan lega yang kejadian menakutkan bagi mereka itu sudah berakhir.

Tetapi, mata sang penguasa tujuh elemental itu hanya mampu melihat satu perkara sahaja.

Di tubuh badan mereka berdua...ada luka.

Wajahnya kelihatan memuram setelah memastikan yang dia tidak salah lihat.

Boboiboy : Tch....

Fang dan Gopal sedar dengan perubahan mendadak kawan mereka itu.

Gopal : Boboiboy? Kenapa ni?

Boboiboy tidak mengangkat kepalanya, tetapi dia mengangkat tangannya, dan jarinya menunjuk ke arah dua orang yang dia baru sahaja selamatkan itu.

Fang : Mereka? Kenapa dengan mereka?

Boboiboy mengeluh kesal seketika.

Boboiboy : Luka....

Fang : Huh?

Fang melihat kembali ke arah mereka berdua, dan dia baru menyadari yang kaki dan siku wanita itu terluka.

Manakala ada kesan calar pada muka dan luka pada lutut budak kecil itu.

Fang : Luka....

Boboiboy kembali berdecih kesal setelah kawannya itu menyadarinya juga.

Boboiboy : Bahkan dengan kes seringan ini....aku masih tidak dapat selamatkan orang tanpa mereka mengalami luka.....

Boboiboy mengetap giginya, sambil perlahan lahan menurunkan tangannya kembali.

Boboiboy : Nampaknya aku gagal lagi....macam mana aku nak jadi hero kalau nak selamatkan orang tanpa tercedera pun aku tak mampu....

Boboiboy menarik tuala yang ada di atas kepalanya, mencuba sedaya upaya untuk menutup wajahnya daripada kawan kawannya melihatnya.

Dia tidak mahu mereka lihat wajah menyedihkannya.

Bahkan dengan semua latihannya di TAPOPS dan di M.A.T.A, dia masih gagal menjadi seorang pelindung.

Memang tipulah kalau dia kata dia tidak kecewa dengan dirinya sendiri.

Kawan kawan Boboiboy terkedu seketika, apabila mereka mendengar ayat itu keluar dari mulut kawan baik mereka itu.

Fang hanya memandang penguasa tujuh elemental itu dengan pandangan yang.....Author sendiri tidak mampu jelaskan.

Fang : ......

Tiba tiba, Fang mengangkat tangannya ke udara, dan....

Pak!

YaYiGo : Erk?!

Fang meluku kepala Boboiboy dengan keras, sehingga membuatkan budak itu hampir terjatuh ke hadapan.

Boboiboy : .....

Fang : Dah, jangan sedih sedih lagi. Naik muak aku tengok muka muram kau tu.

Fang menyilang tangannya, sambil mengalihkan pandangannya daripada budak bumi itu.

Dia memandang kembali kepada dua ibu dan anak itu.

Fang : Dunia ni luas. Bahkan bukan di bumi ini sahaja. Ada ramai orang yang akan memerlukan pertolongan. Tapi tak semua orang mampu untuk menolong.

Boboiboy masih lagi tidak menjawap. Dia hanya menunduk sahaja, masih di dalam posisi selepas Fang melukunya.

Fang : Kau hanya mampu tolong beberapa daripadanya sahaja. Memang akan ada yang akan tidak puas hati dengan bantuan kita kerana tidak sampai ke ekspetasi mereka, tetapi akan ada juga yang tersenyum gembira, ketawa, kerana kita telah menolong mereka.

Fang kembali memandang ke arah penguasa tujuh elemental itu semula.

Dia meletakkan tangannya di atas kepala kawannya itu yang masih tertutup oleh kepala, dan perlahan lahan, mengusapnya lembut.

Fang : Yang penting, tiada nyawa yang melayang, kan?

Walaupun Fang tidak mampu melihatnya, dia tahu yang mata perang milik kawannya itu sudah lembab dibasahi mutiara jernih yang terus mengalir.

Budak bumi itu tidak mampu menahannya daripada mengalir lagi.

Boboiboy : Hic...hic....ya...tiada nyawa....hic....yang melayang....

Kawan mereka yang lagi tiga tersenyum lega melihat situasi itu tamat dengan indah.

Ya, dia tidak boleh sia sia kan pengalaman yang Cyberaya telah berikan kepadanya ini.

Pengalaman ini, digunakan untuk melindungi semua mahluk hidup di dunia ini.

Walaupun dja bukan lagi Ejen M.A.T.A, dan Cyberaya bukan lagi keutamaannya, dia masih lagi ahli TAPOPS, dan pelindung sejagat raya.

Melihat orang lain tersenyum selepas diselamatkan olehnya adalah keutamaanya.

Dia mahu kembalikan kegembiraan ke setiap insan di alam semesta ini.

Boboiboy berusaha mengelap pergi air matanya, kerana tidak mahu kawan kawannya melihat wajahnya yang sekarang ini.

Boboiboy : Hic....terima....kasih....

Fang menutup matanya seketika, menghembuskan nafas kecil, sebelum membukanya kembali.

Fang : Ya...sama sama...dah, jom kita kembali ke hotel. Tukar baju kau tu. Nanti selesema pula kau nanti.

Boboiboy mengelap airnya matanya, sebelum mengangguk.

Lima sekawan itu pun mula berjalan kembali ke tempat kediaman mereka.

.
.
.
.
.
.

Sebelah tengah harinya pula, masih di sekolah Ali, pukul 12 tengah hari.

Alicia kelihatan sedang memerhatikan kawan sekelasnya, iaitu Ali, sejak dari pagi tadi.

Alicia : Hm....

Dia memerhatikan kawannya itu kerana Ali kelihatan mengantuk sejak dari pagi tadi.

Terangguk rangguk budak tu cuba kekal terjaga sepanjang waktu kelas tadi.

Budak dia sahaja yang perasan, Viktor juga sama.

Dia bertanya pasal perkara itu kepadanya, tetapi Viktor berkata dia tidak tahu kenapa.

Ejen dari Teras lain kecuali Ejen Bakar tidak tahu pasal penguatan kode sistem keselamatan M.A.T.A pada hari kemarinnya, termasuk Alicia sendiri, walaupun dia anak Jeneral.

Jeneral melakukan ini kerana mahu mengambil sedikit langkah extra dalam memastikan keselamatan organisasi itu terjaga.

Musuh yang paling teruk adalah musuh yang paling rapat dan yang dah tahu segala perkara mengenai kita, dan akan guna pengetahuan itu untuk mempergunakan kita.

Ali kelihatan sedang duduk di mejanya, masih terlihat seperti mengelamun mencuba untuk tidak tertidur sambil menongkat dagunya.

Alicia pun akhirnya memberanikan dirinya untuk mendekati kawannya itu.

Alicia : Ali.

Ali : Hm? Oh, kau. Kenapa?

Ali tidak menggerakkan kepalanya sama sekali, hanya menggerakkan matanya sahaja untuk melihat ke arah Alicia sebelum melihat ke depan semula.

Nampak sangat Ali malas nak layan si Alicia tu.

Alicia : Kau ok tak? Mengantuk semacam aku nampak. Kau main game sampai malam lagi ke?

Jeneral sudah beritahu semua Ejen Tekno yang terlibat dan Ejen Bakar untuk tidak memberitahu hal ini kepada sesiapa yang lain.

Ali sendiri pun kelihatan malas nak terangkan.

Ali : Lebih kurang macam tulah.

Memang dia terpaksa berjaga sampai pagi pun semata mata nak memperbaharui sistem M.A.T.A dan Academy.

Alicia : Haish kau ni. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Jaga kesihatan diri sendiri juga. Tak baik berjaga malam malam.

Ali hanya membuat bunyi "hmm" sahaja, malas nak menganggukkan kepalanya.

Dia tak sabar nak tunggu loceng waktu balik berbunyi supaya dia boleh serbu balik rumah dan dating dengan katil dia.

Lagi pun, hari ni hari Jumaat. Bermaksud, mereka balik awal setengah jam hari ini.

Ali : Aku tak nak pergi Academy hari ni tau. Jadi, kalau aku tak datang, jangan cari aku.

Alicia : Hm?

Alicia memandang kawannya itu pelik dengan permintaan tiba tiba Ali itu.

Alicia : Kenapa pulak?

Ali akhirnya menurunkan tangannya daripada dagunya, dan memandang ke arah luar tingkap kelas mereka itu.

Ali : Hari ini adalah hari terakhir Boboiboy di sini. Esok dia dah kena balik ke kampung dia semula.

Alicia : A-oh...

Alicia tidak boleh untuk melawan dalam hal itu, kerana itu adalah hal keluarga, dan dia tidak boleh menyampuk dalam hal itu.

Lagipun, dia tahu seberapa sayangnya Ali dekat sepupunya itu. Mestilah dia tidak mahu menganggu masa masa berharga itu daripadanya.

Ali : Kau pasti faham kan?

Alicia hanya mampu mengeluh kecil, sebelum tersenyum tipis.

Alicia : Suka hati kau lah.

Ali membalas senyuman Alicia itu dengan senyuman yang lebih lebar.

Ali : Aku tahu aku boleh harapkan kau. Ehehe!

Seketika kemudian, loceng waktu balik pun berbunyi, dan semua pelajar pun mula pulang ke rumah masing masing.

























2287 perkataan

HAPPY NEW YEARSSSSSSS!!!!

Ok bye-*bertukar jadi mercun, terbang ke bulan*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top