Misi : Jogging

Flashback, kembali semula ke waktu tepat ketika Boboiboy dan kawan kawannya pergi dari rumah keluarga Ghazali itu.

Seperti yang kita tahu, Ali dan Uncle Bakar bergegas pergi ke bilik masyuarat M.A.T.A selepas dipanggil oleh Jeneral Rama.

Ali : Huh! Huh! Huh! Uncle rasa....kenapa Jeneral panggil kita? Sebab ni bukan panggilan latihan. Lebih kepada latihan kecemasan.

Bakar : Uncle pun tak tahu. Tapi yang pastinya, Jeneral ada misi yang mahu diberikan kepada kita.

Mereka sudah tiba di bilik masyuarat.

Bila mereka masuk sahaja ke dalam bilik itu, mereka disambut oleh hologram milik Jeneral.

Bakar : Kami melaporkan diri Jeneral!

Ali dan Uncle Bakar memberikan tabik hormat kepada atasan mereka itu.

Ali : Kami-melaporkan....diri....

Ali kelihatan melilau ke sekeliling ruangan itu.

Hanya mereka berdua sahaja yang ada di sana.

Bahkan Alicia dan Comot yang sepatutnya menjadi satu pasukan denan mereka tiada di sana juga.

Jeneral : Terima kasih kerana datang secepat mungkin ke sini, Ali, Bakar.

Ali dan Uncle Bakar menurunkan tangan mereka, dan kemudian berdiri tegak.

Jeneral memandang mereka berdua dengan pandangan serius, jadi mereka berdua tahu yang mereka akan diberi misi yang berat.

Jeneral : Ali....macam mana dengan sepupu kamu tu?

Ali terkedu seketika apabila namanya disebut.

Ali : Dia....dia ok. Seperti yang dijanjikan, dia sudah melupakan M.A.T.A. Tapi, hanya itu. Segala memorinya yang lain seperti namanya, kawan kawannya, tempat asalnya dan keluarganya masih ada.

Jeneral kelihatan menghembuskan nafas lega.

Kali ini mesin itu tidak berlebihan mengambil memori mangsanya.

Jeneral : Baguslah kalau macam tu. Jaga dia baik baik. Jangan biarkan dia mengetahui pasal M.A.T.A lagi.

Ali mengangguk, bertanda dia memahami arahannya.

Ali merasakan rasa yang sangat pahit di lidahnya.

Dia tidak suka menipu, tetapi dia terpaksa juga.

Dia tidak mahu sepupunya berurusan dengan benda merbahaya seperti itu lagi. Apa lagi betul betul kehilangan memorinya kali ini.

Jadi inilah apa yang Boboiboy lalui selama ini.

Ali : *dalam hati* 'Pasti berat bagi kau kan, Boboiboy......'

Bakar kelihatan tidak senang berdiri di sana.

Bakar : Apa lagi selain itu, Jeneral?

Jeneral : Hm?

Ali dan Jeneral Rama memandang ke arahnya.

Bakar : Mesti Jeneral tidak memanggil kami hanya untuk mengatakan itu. Misi apa yang Jeneral mahu berikan kepada kami sebenarnya?

Sudah lama di bawah atasannya itu, dia sudah boleh baca apa yang Jeneralnya itu mahukan.

Jeneral mengusap ngusap misainya, sebelum tersenyum nipis.

Jeneral : Penglihatan yang tajam, Bakar. Seperti kamu berdua sudah pun sedar, tiada sesiapa di sini selain kamu berdua.

Ali dan Bakar mengangguk. Mereka sudah menyedarinya sejak saat pertama mereka melangkah masuk ke dalam ruangan itu.

Jeneral : Misi kamu berdua kali ini tidak terlalu susah. Jadi kamu berdua tak perlu risau.

Kata kata Jeneral membuatkan mereka berdua kebingungan.

Ali : A-apa maksud Jeneral?

Jeneral memetik jarinya, menyuruh mereka berdua untuk diam.

Jeneral : Saya mahu Ejen Tekno untuk menguatkan sistem pertahanan M.A.T.A.

Ali, Bakar : .......

Kedua dua mereka terdiam mendengar permintaan atasan mereka itu.

Memperkuatkan sistem pertahanan M.A.T.A?

Itu sememangnya bukan permintaan yang mudah.

Ali : T-tapi, kenapa Jeneral?

Jeneral mengeluh kecil.

Jeneral : Kamu tahu kan macam mana sepupu kamu tu boleh godam sistem M.A.T.A dengan sebegitu mudahnya?

Ali terkedu sementara, sebelum mengangguk.

Jeneral : Kalau sistem keselamatan M.A.T.A mampu digodam dengan sebegitu mudahnya oleh budak mentah sepertinya, bermakna kelemahan berada di pihak kita sendiri.

Jeneral terpaksa mengaku dengan perkara itu.

Ini bukan kali pertama mereka dikhianati oleh ahli mereka sendiri.

Dan setiap kali itu juga, dengan senangnya mereka godam masuk ke dalam sistem mereka, dan pernah sekali sehingga banggunan utama mereka itu meletup dan hancur akibatnya.

Dan sekarang, budak berumur 15 tahun, dan juga bukan pakar komputer dan teras kombat mampu lakukannya juga?

Sudah jelas situasi itu membuatkannya cemas.

Dia harus dengan segera memperbaiki masalah itu, sebagai salah satu atasan organisasi pelindung itu.

Tetapi, Ali kelihatan tidak setuju dengan arahan Jeneral itu.

Ali : T-tapi Jeneral! Saya tak pandai lakukannya! Kenapa tak minta dekat Ejen Tekno lain yang lebih pandai dalam hal ni dari saya?! Macam Ejen Geetha ke, Ejen Fit ke?! Viktor ke?!

Bukan dia mahu merendahkan diri sendiri, tapi memang itu kenyataannya.

Dia memang di dalam Teras Tekno, tetapi dia tidak pandai hal komputer komputer ni.

Kawannya lebih pandai dalam hal ni berbanding dirinya.

Jeneral : Ejen Tekno yang lain sudah pun berada di bilik peng-programan. Dan kalau kes kawan kamu tu...dia masih lagi bukan ahli rasmi M.A.T.A, jadi saya tidak boleh benarkan dia tahu terlalu banyak benda pasal organisasi ini padanya sebelum dia jadi ahli yang rasmi.

Nak jadi ahli M.A.T.A bukannya senang, terutamanya kalau nak jadi Ejen Tekno.

Teras Tekno memiliki kemampuan yang sedikit unik dari Ejen Ejen yang lain.

Walaupun kes Ali sedikit, er....berbeza.

Jadi sebab itulah Ketua Teras mahu melihat sedikit lebih lama kemampuan budak bernama Viktor itu sebelum merasmikannya sebagai Ejen M.A.T.A.

Bakar masih kelihatan tidak setuju dengan idea itu walaupun sudah diterangkan sebabnya oleh atasannya itu.

Bakar : T-tapi Jeneral, itu masih tidak menjelaskan kenapa Jeneral mahu Ali melakukannya jugak! Kalau Ali cuba sekalipun, dia masih tidak tahu caranya!

Jeneral : Saya tahu. Sebab itu saya panggil kamu ke sini juga, Bakar.

Bakar : E-ek......

Jeneral masih dalam keadaan tenang, tidak mahu memarahi dua bawahannya itu kerana apa yang mereka katakan tidak salah.

Jeneral : Kamu mungkin Ejen Kombat, tetapi kamu masih mempunyai kakak yang merupakan Ejen Tekno, bukan?

Bakar dan Ali tersentak apabila Jeneral mencuba mengatakan pasal Aliya.

Jeneral : Mungkin dia tidak banyak tinggalkan perninggalan dia, tetapi mesti ada beberapa video yang mengajarkan cara memprogram alatan yang tersimpan. Mungkin kamu berdua boleh belajar daripadanya.

Bila Jeneral mengubah topik kepada itu, terus Ali dan Bakar memahami apa yang atasan mereka itu cuba sampaikan, dan terus menjadi bersemangat.

Ali, Bakar : Baik Jeneral! Kami akan lakukannya!

Jeneral pun mengangguk, dan mereka berdua pun bersurai pergi.

.
.
.
.
.
.
.

Time skip, keesokkan paginya, kelihatan Boboiboy dan kawan kawannya sudah berada di Taman Rekriasi Cyberaya, walaupun jam masih menunjukkan pukul 8 pagi.

Mereka kelihatan memakai baju sukan sekolah mereka untuk melakukan aktivitas pada pagi yang cerah itu.

Yaya : Jom semua! Kita Jogging dari sini sampai tasik depan sana!

Yaya yang mengetuai aktiviti ber-jogging itu, memberi arahan kepada kawan kawannya.

All-Yaya : Baik, ketua!

Walaupun mereka kelihatan bersemangat, mereka sebenarnya masih mahu tidur di atas katil hotel mereka, tetapi Yaya tiba tiba sahaja mengejutkan mereka semua tiba tiba.

Bahkan Ying sekalipun masih tertidur pulas di atas katilnya, masih dibuai mimpi, sebelum dikejutkan secara tiba tiba oleh Yaya.

Memang mamai lah sekor sekor kena paksa mandi pagi pagi pukul 6.

Yelah, bukan selalu dapat rasa tidur atas katil yang empuk yang berasa seperti hotel lima bintang walaupun hakikatnya tiga bintang sahaja.

Yaya kata, pagi pagi ni, kenalah mulakan dengan aktivitas yang berfaedah dan boleh menyihatkan diri walaupun mereka di kawasan bandar yang padat dan sibuk.

Jadi Boboiboy pun merekomendasikan Taman Rekriasi itu kepada mereka, kerana, walaupun di tengah tengah bandar, tetapi ianya tetapi terasa selesa dan juga luas.

Mereka pun mulakan aksi jogging mereka, sambil menikmati permandangan sekeliling.

Boboiboy menarik nafas dalam dalam, dan menghembuskannya.

Boboiboy : Hah....segarnya udara dekat sini.

Ying : Yah lor! Tak terasa macam dekat tengah tengah bandar pun!

Fang : Well, tengoklah sekeliling. Tempat ni penuh dengan pokok, dan ianya juga ditutupi dengan sebuah pelindung plasma. Rasanya pelindung tu yang kekalkan semua udara segar di dalam taman ni.

Bila Fang berkata macam tu, mereka berempat pun mula memandang ke atas.

Memang benar apa yang Fang katakan. Ada pelindung yang mengelilingi taman yang luas itu.

Ianya cuma dalam keadaan hampir lut sinar, jadi memang senang untuk orang tidak perasan dengan kehadiran pelindung itu.

Boboiboy : Woh....macam mana kau boleh perasan dengan benda tu? Aku yang dah beberapa kali datang sini pun tak perasan.

Fang : Aku tak salahkan kau, aku pun hampir hampir tak perasan dengan pelindung tu.

Sementara mereka semua berborak, Gopal sudah kelihatan lesu dan kepenatan.

Gopal : Lama lagi ke kita kena lari ni Yaya~? Kaki aku dah rasa macam nak tercabut dah ni~

Yaya : Jauh lagi. Kita baru jogging 10 minit kot. Tu pun kau dah penat?

Gopal : Huh...huh....kalau aku kata ya?

Boboiboy memperlahankan sedikit lariannya untuk samakan kepantasannya dengan Gopal.

Boboiboy : Bersabar ya, Gopal? Kalau kau sampai dulu, nanti aku belanjakan kau ais krim. Kau nak?

Bila mendengar pertukaran Boboiboy itu, terus mata Gopal yang tadinya lesu tak bermaya, terus menjadi bersemangat.

Gopal : AKU AKAN SAMPAI DULUUUUU!!!!

Gopal tiba tiba sahaja memecut meninggalkan mereka dibelakang.

Yang tertinggal hanya mampu tersweatdrop melihat Gopal yang semakin lama semakin meninggalkan mereka di belakang itu.

Fang : Hm....bertuah punya budak.

Ying memberikan thumb-ups kepada kawan bertopi jingganya itu.

Ying : Pandai lu umpan si Gopal tu. Hehehe!

Boboiboy masih lagi tidak hilang dengan sweatdropnya.

Boboiboy : Itu sahaja cara nak bagi dia bersemangat. Tapi ni dah terlebih bersemangat dah ni. Karang tak pasal pasal belum sampai sana dah pengsan nanti si Gopal tu.

Seketika Boboiboy menangis di dalam hati kerana dia terpaksa mengeluarkan duit lagi untuk penuhi janjinya kepada kawan baiknya itu.

Yaya : Dah lah. Jom kita sambung jogging. Nanti jauh kita ketinggalan di belakang nanti.

Ying, Boboiboy dan Fang mengangguk, dan mereka berempat pun meneruskan larian kecil kecilan mereka itu.

.
.
.

Sudah tiba di kawasan yang dijanjikan, iaitu di depan tasik besar, kelihatan Gopal yang sudah terkulai lemas di atas tanah.

Gopal : Penatttttt......

Yaya dan Ying hanya mampu menggeleng melihat kawan mereka itu.

Ying : Ish ish ish. Tulah! Kan kita dah cakap nak jogging je! Yang lu berlari macam nak merentas desa tu kenapa?! Kan dah kepenatan sudah ni!

Gopal langsung tidak terkesan dengan bebelan Ying kerana dia sudah terlalu kepenatan untuk bercakap sekalipun.

Yaya : Dah dah, bangun. Kotor baring atas tanah macam tu.

Yaya membantu Gopal bangun, dan mereka bertiga pun duduk di atas sebuah kerusi kayu panjang, sementara menunggu kawan mereka yang lagi dua itu.

Tidak lama kemudian, kelihatan Boboiboy dan Fang kembali semula ke mereka bertiga dengan membawa ais krim di tangan mereka.

Boboiboy : Nah Gopal! Seperti yang aku janji!

Gopal : Hah?! Ais krimmmm!!!

Terus sahaja Gopal kembali bersemangat semula, dan terus berlari ke arah Boboiboy untuk mendapatkan makanannya.

Boboiboy terketawa kecil melihat Gopal memakan ais krim itu dengan gelojoh.

Boboiboy : Jangan makan laju laju sangat. Nanti otak beku.

Baru sahaja Boboiboy menasihatinya, terus Gopal mendapat otak beku.

Gopal : Erk?!

Boboiboy dan tiga kawannya lagi hanya mampu menggeleng dengan perangai kawan mereka itu.

Ying : Haiya! Kan dah kena lu!

Gopal : Erk....yelah yelah, aku salah.

Gopal mencebit, tak puas hati dirinya dimarahi oleh Ying.

Yaya : Dah dah. Jom kita habiskan makan dulu, lepas tu boleh lah kita pergi jalan jalan sekeliling tasik ni!

Mereka berempat mengangguk setuju dengan cadangan Yaya, dan cepat cepat menghabiskan ais krim mereka.

Boboiboy : Baiklah! Kita dah boleh pergi sekarang-

"TOLONGGGGGGG!!!!"

All : Huh?!

Tiba tiba, mereka berlima mendengar suara jeritan orang meminta tolong tidak jauh dari mereka.

Yaya : Siapa tu?!

Fang : Suara tu datang dari sana!

Mereka berlima pun berlari ke arah suara jeritan itu datang.

Mereka melihat ramai orang berkumpul di satu tempat.

Gopal : Kenapa ramai sangat orang berkumpul ni dey?!

Mereka mencuba menerebos masuk ke dalam lautan manusia itu untuk melihat apa yang sebenarnya telah terjadi.

Bila mereka berjaya sampai ke bahagian depan sekali, mereka semua tersentak berat, sama dengan semua orang berada di sana.

Di hadapan lautan manusia itu, terdapat seorang lelaki yang sedang menahan seorang wanita di tangannya sambil meletakkan pisau pada lehernya.

Sangat jelas wajah wanita itu sedang ketakutan.

Di sebelah tangan lelaki itu lagi, dia memegang seorang budak lelaki kecil, mungkin dalam lingkungan 7 tahun. Lelaki itu mengcengcam budak itu daripada kolar bajunya.

Budak : Ergh....Mama....

Budak itu mencuba menggapai ibunya, tetapi dia tidak berdaya.

Wanita : Tolong!!! Jangan!!! Jangan apa apakan anak saya!!!

Wanita itu cuba menggapai anaknya, tetapi dia tidak mampu bergerak kerana pisau yang berada tepat di lehernya.

Lelaki itu kelihatan tersenyum jahat.

Lelaki : KORANG SEMUA JANGAN MENDEKAT!!! ATAU TIDAK, WANITA DAN BUDAK INI AKAN MATI!!!

Budak lelaki itu diangkat betul betul di atas jurang yang menuju ke tasik yang berada di bawah mereka.

Ketinggiannya lebih kurang 2.5 meter.

Kalau pun budak tu selamat daripada jatuh ke dalamnya, budak itu masih mampu mati lemas.

Semua penduduk yang berada di sana terkaku ketakutan, tidak tahu mahu melakukan apa.

Mereka semua terpaksa patuh atas arahan lelaki itu kerana tidak mahu wanita dan budak kecil itu mati.

Mereka tidak tahu apa motif lelaki itu melakukan ini, tetapi yang jelas ianya melibatkan nyawa.

Para Kokotaim semua melilau ke segala arah, melihat kearah semua manusia di sana.

Mereka semua masih tidak percaya dengan kejadian yang terjadi tiba tiba ini.

Mereka memandang ke semua orang dewasa yang berada di sana.

Kenapa mereka tak menolong wanita itu?

Kenapa tiada satu pun orang dewasa yang menolong ibu dan anak itu?

Kenapa mereka diam sahaja dan mengikut arahan lelaki itu.

Mereka mahu menyerang, tetapi mereka pernah ingat apa yang Boboiboy katakan pada mereka di chat.

Manusia di sini tidak tahu pasal kuasa, Power Sphera, mahupun alien.

Tersilap langkah, dan mereka hanya akan membuat keadaan semakin huru hara.

Mereka berada di kedudukan yang tidak menguntungkan.

Fang menggenggam tangannya marah.

Fang : Tch...kenapa tiada sesiapa yang bergerak?!

Pandangan yang mereka mampu lihat hanyalah kesemua orang di sana ketakutan untuk melangkah bahkan seinci sekalipun.

Itu hanya membuat lelaki itu semakin besar kepala.

Lelaki : HAHAHAHAHA!!! Bagus...macam tulah! Jangan bergerak langsung! Korang sayangkan nyawa anak dan perempuan ni kan?!

Lemah.

Wanita : Ergh! Tolong! Ambil sahaja nyawa saya! Asalkan jangan anak saya! Tolonglah!

Menyusahkan.

Lelaki : Heh! Mana boleh! Jangan maknya pergi....anaknya mesti sekali lah kan?!

Tak boleh diharap.

Budak : Ergh! Mama!

Orang dewasa tidak boleh diharap.

Siuuuu-

Lelaki : ERGH-

All : Huh?!?!

Tiba tiba, ada yang datang dan menendang wajah lelaki itu.

Lelaki itu terus rebah ke tanah, dan terlepaskan wanita dan budak itu.
























2238 perkataan

Ahahahak-

Bye-*masuk lubang cacing*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top