Misi : Jalan-Jalan

Kelihatan Ali dan Viktor yang sedar berjalan balik sekolah bersama sama di tengah hari hari isnin itu.

Mereka berjalan sama sama sambil bermain dengan tablet mereka.

Ali : Hah! Serang dia! Serang!

Viktor : Ya ya! Aku cuba lah ni!

Aih, tak bahaya ke main sambil jalan?

Tahulah jalan dekat jalan pejalan kaki. Tapi, masih bahaya nak oiiii.

Ali : Eh- eh eh eh?! *tersadung batu*

Hah, kan padan muka hampir jatuh tersadung batu.

Viktor : Eh Ali?! Jaga jaga weh!

Selamat Viktor sempat capai tangan kecik Ali tu.

Ali : Huh... huh....

Hah, kan dah cuak muka hampir bercium dengan jalan tar.

Viktor pun menarik Ali sehingga dia berdiri seperti normal semula.

Ali : Fuhhhh! Selamat kau sempat pegang aku! Kalau tak, dah penyek muka hensem aku!

Viktor : Hm. Poyo.

Viktor jentik dahi Ali.

Ali : Adoi! Woi! Apa ni jentik jentik dahi orang?!

Viktor : Dah mu tu yang perasan sangat. Muka hauk macam tu kata hensem. Meluat aku ma.

Ali hanya mampu tersengih malu kena sound dengan kawan baik dia.

Viktor : Dah lah. Kita sambung main dekat rumah jelah nanti. Bahaya main sambil jalan.

Ali : Hah, yelah yelah.

Mereka berdua pun menyimpan tablet mereka semula ke dalam beg masing masing.

Selepas itu, mereka sambung berjalan balik semula, sambil berborak sepanjang jalan.

Tapi, sepanjang perjalanan, Viktor perasan yang Ali tak habis habis tiup bangs rambutnya macam nak bagi melayang sampai ke kayangan rambutnya tu.

Viktor : Ali? Rimas ke dengan rambut mu tu?

Ali : Hm? Oh, haah. Dah makin panjang pulak rambut aku ni. Aku tak ingat last bila aku potong. Nak potong sendiri pun, aku tak pandai.

Viktor : Dah tu? Kenapa tak pergi kedai?

Ali : Hm. Tak ada sesiapa nak bawak aku. Ayah aku kan sibuk.

Viktor : Boboiboy?

Ali : Dia sanggup bawak aku pergi sekolah je. Yang lain lain tu, kalau ada benda penting je. Tambah lagi, dia tengah sibuk dengan sekolah. Tak sanggup aku nak kacau dia.

Viktor hanya mampu mengangguk, tak dapat melawan apa apa yang Ali katakan.

Viktor : Sekurang kurangnya, buat sesuatu dengan rambut kau tu dulu untuk sementara waktu. Macam pakai cekak ke apa. Sekurang kurangnya halang dari masuk mata.

Mendengar apa yang Viktor katakan, tiba tiba, dia mendapat idea.

Ali : Hah! Aku tahu nak buat apa!

Viktor yang tidak faham apa yang Ali katakan, hanya mampu melihat kawannya itu sahaja.

Ali mula menyelak rambutnya ke atas, dan secara ajaibnya, tanpa gel rambut atau apa, rambutnya mula tegak, macam rambutnya selalu ketika di M.A.T.A.

Ali : Hah, amacam? Segak tak?

Ali mengangkat kening dua kali, dengan muka acah acah bangga.

Viktor : Wooohhhh!!! Power! Makin segak lah rupa kau macam ni! Kan kemas je tu tak masuk mata!

Ali : Hehehe.... terima kasih, terima kasih....

Ali buat acah acah malu malu kucing.

Viktor : Kenapa kau tak stylekan rambut kau macam ni je hari hari? Kan kemas je tu nak pergi sekolah.

Mendengar soalan Viktor itu, membuat Ali mengusap belakang tengkuknya dengan wajah bingung, sebelum mengeluh kecil.

Dia memang pakai gaya rambut tu selalu, tapi ketika di M.A.T.A sahaja. Dia tak tahu macam mana nak terangkan ke kawan baiknya itu.

Ali : Bukan aku tak nak, tapi, kau tahulah. Aku kan selalu kalut waktu pagi pagi. Aku sikat rambut pagi pagi pun jarang, apa lagi nak gayakan rambut macam piramid ni.

Alasan itu sahaja yang dia boleh fikirkan.

Viktor : Ohh~ tak apa lah kalau macam tu. Asalkan rambut kau tak jejaskan pembelajaran kau, sudah baik ma.

Nasib Viktor makan alasannya itu.

Ali : Ehehehe.....

.
.
.

Tiba tiba, mereka mendengar bunyi motor yang kuat seperti menuju ke arah mereka dari belakang.

Mereka terkejut jugak.

Yelah, mana tak nya. Dari tadi tak ada kenderaan lalu langsung, tiba tiba bunyi motor tiba tiba muncul.

Mereka berdua melihat ke belakang, dan melihat motor yang tidak asing pada mereka.

Motor itu berhenti di sebelah mereka, dan tuan punya motor membuka helmetnya, melihatkan wajahnya.

Siapa lagi kalau bukan Boboiboy.

Boboiboy : Hai budak sekolah berdua~ borak apa tu~

Ali yang tak sangka bertemu sepupunya ketika itu, sudah tentunya kelihatan teruja.

Ali : Eh Boboiboy! Apa kau buat dekat sini? Bukan kau kelas online ke?

Mendengar soalan Ali, terus muncul titisan keramat di atas dahi budak bertopi oren itu.

Boboiboy : O-oh.... er........

Melihat respon Boboiboy, Ali dah tahu dah jawapannya. Terus dia pasang muka malas.

Ali : Kau kelat eh?

Boboiboy : Ehehehe...... ya......

Ali menampar wajahnya sendiri.

Ali : Ish kau ni. Aku ingatkan baik sangat. Rupanya sama sama je perangai macam aku.

Boboiboy : Ehehehe..... alah, jangan marah. Subjek terakhir sejarah~ kau tahu kan aku lemah bab sejarah ni! Ehehehe.... hai Viktor.

Untuk cuba lari dari topik, dia cuba sapa Viktor buat kali kedua.

Viktor pulak, hanya mampu menggeleng sambil tersenyum melihat dua ekor sepupu itu bergaduh di depannya, sebelum mengangkat tangan, membalas salam Boboiboy.

Viktor : Hai Boboiboy. Ahah! Alang alang kau dah ada dekat sini, boleh tak bawak Ali pergi gunting rambut?

Viktor akhirnya mulakan gerakkannya.

Boboiboy : Hm? Potong rambut? Kenapa? Dah panjang sangat ke?

Ali : Haih.... haah. Sebab tu aku tegakkan macam ni. Rimas, masuk mata.

Boboiboy : Oh~ ok lah kalau macam tu. Hah, Viktor! Naik lah sekali! Kita jalan sama sama je terus!

Viktor : Eh? Boleh ke?

Boboiboy : Mestilah boleh! Kau kan kawan Ali!

Viktor : Tapi, muat ke nak naik tiga orang sekali gus atas motor ni?

Boboiboy : Hehe, tak apa. Ali kecik je. Muat je dia duduk tengah tengah.

Sempat dia mengumpat depan depan mata sepupunya itu.

Ali memandang Boboiboy dengan muka tak puas hati.

Ali : Woi! Mengata depan depan mata nampak!!!

Boboiboy : Ahahahaha!!! Hah, apa tunggu lagi? Naik lah cepat! Hah, nah! Helmet!

Boboiboy mengeluarkan dua helmet dari hologram jam kuasanya.

Alah, Cyberaya kan. Tak pelik punya.

Dua ekor tu pun akhirnya membonceng di belakang Boboiboy.

Boboiboy depan, Ali tengah, Viktor belakang.

Masalahnya, muat muat pulak tu.

Nampak sangat yang Ali kecik AHAHAHAHAK-

Boboiboy : Dah pakai?

Ali, Viktor : Dah!

Boboiboy : Baiklah!!! Jom kita pergi!!!

Boboiboy pun memulas pemegang motornya.

.
.
.
.
.
.

Boboiboy : WUHUUUUUUUUUUU!!!! AHAHAHAHAHAHA!!!!

Kelihatan motor Boboiboy yang sedang memecut laju di atas jalan raya dan sekali sekala memintas beberapa kereta di hadapannya.

Viktor : JIWA REMPIT BETUL KAU NI!!! AHAHAHAHA!!!

Viktor berkata begitu sambil mengangkat tangannya dan memegang helmetnya.

Dia berbuat begitu kerana dia membelakangkan sedikit badannya, untuk melihat ke hadapan.

Boboiboy kelihatan memandang ke belakang ke arah Viktor dengan senyuman nakal.

Bobouboy : KAN?!?! MACAM NI BARU TERBAIK!!! AHAHAHAHA!!!

Ali pulak, dah peluk kuat kuat badan sepupunya itu kerana mereka bergerak terlalu laju untuknya.

Ali : TERBAIK KEPALA HOTAK KAU?!?!?! ROH AKU HAMPIR TERKELUAR DARI BADAN KAU TAHU TAK?!?!?!

Hah, tak pasal pasal dapat maki setepek.

Viktor : ALAH, RELAX LAH ALI!!! BUKAN SELALU!!!

Ali : NAK RELAX MACAM MANA OI KALAU AKU HAMPIR TERTERBANG KE ALAM SEBELAH OI?!?!?!

Dua ekor tu pun ketawakan Ali sepanjang perjalanan sebab Ali tak habis habis marah diorang sebab takut.

Tak lama kemudian, diorang tiba di kawasan bandar utama, berdekatan dengan Cyber Perdana.

Boboiboy dengan sigap parking motornya di sebelah kedai gunting rambut yang ada di sana, dan terus menongkat motornya.

Dua ekor tikus mondok di belakangnya pun turun dari motornya sebelum dia.

Ali dah terhuyung hayang dah, kakinya jadi lembik, sampaikan dia terpaksa berpaut dekat salah satu tiang batu yang ada dekat sana sehingga dia mampu berdiri tegak semula.

Ali : Aku... aku dah tak nak ikut kau naik motor dah!

Ali menundingkan jarinya ke arah sepupunya itu dengan marah.

Tapi Boboiboy hanya tersenyum sinis.

Boboiboy : Bahkan ke sekolah?

Ali tersentak.

Ali : K-kecuali ke sekolah! Kalau pergi tempat lain, aku taubat tak nak ikut dah!

Boboiboy terketawa kecil melihat dia berjaya serang Ali balik.

Boboiboy : Tapi aku nak kau biasakan diri pergi ke sekolah sendiri tepat pada waktunya selepas ni. Kau tahu kan aku tak mampu hantar kau ke sekolah selamanya.

Boboiboy akhirnya mengeluarkan ayat itu.

Ali kelihatan terdiam sementara, melihat ke bawah, sebelum mengeluh kecil.

Ali : Huh...... aku tahu. Aku akan cuba lepas ni.

Boboiboy hanya tersenyum, sekurang kurangnya Ali ada niat untuk berubah.

Boboiboy : Kau masuklah. Kitorang tunggu kau dekat luar.

Ali : Ok.

Ali pun mengambil langkahnya, dan masuk ke dalam kedai gunting rambut itu.

.
.
.

Di dalam, Ali melihat Tuan punya kedai sedang membelakanginya, seperti mencari sesuatu di dalam sebuah kotak plastik di bucu kedai.

Ali : Er..... hello?

??? : Ahah! Pelanggan ya? Hah, duduk duduk!

Ali hanya mampu menganggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal, sebelum berjalan ke salah satu kerusi di depan cermin, dan duduk di atasnya.

Tidak lama kemudian, Tuan punya kedai datang, dan terus menyelimutkan Ali dengan plastik putih.

Alah, korang tahulah plastik apa, yang selalu pergi gunting rambut dekat kedai tu.

??? : Hah, nak guting gaya apa- eh?!

Ali : Eh?!

Masing masing terkejut bila melihat wajah masing masing di cermin depan mereka.

??? : Hei hei hei!!! Ali!!!

Ali : Ejen Bobby-

Bobby : Shhhhh! *bisik* jangan panggil ejen dekat sini! Panggil je,  Abang Bobby!

Ya, dia tidak lain dan tak bukan, Ejen Bobby, member ejen poyo tu.

Ali : Apa yang Abang Bobby buat dekat sini?

Bobby : Lah, ni kedai Abang lah! Hah, hebat tak, hebat tak?

Ali : Macam mana Abang boleh bukak kedai gunting rambut pulak ni?

Bobby : O-oh, tu... er... panjang ceritanya.

Ali : Pendekkan.

Bobby tersentak, dan terus mengalah.

Bobby : Yelah yelah. Secara ringkasnya, sepanjang dua bulan ni, Abang cuba cari kerja, tapi baru sehari kerja dah kena buang. Bukan sekali. Sepuluh kali mat! Mana tak barai!

Ali : Lah, sebegitu sekali?! Macam mana boleh sampai sepuluh kali kena buang kerja?

Bobby : Er.... ehehehe..... Abang terbuat silap hari pertama. Macam...... tertukar garam dengan gula.....

Ali : Lah-

Bobby : Dan terbaling tomato dekat seorang pelanggan sebab terkejut dia sergah dari belakang.....

Ali : Pulak-

Bobby : Dan tertolak satu rak dekat kedai serbaneka sampai terjatuh..... ehehehe....

Terus Ali pasang muka malas.

Ali : Patutlah kena buang kerja.

Bobby : Ehehehe..... *garu pipi*

Tiba tiba, Bobby terus mengangkat sikat dan guntingnya.

Bobby : Hah, Ali nak gaya rambut macam mana ni?

Nampak sangat nak cuba lari dari topik. 

Ali : Potong sikit je bahagian depan ni. Janji tak masuk mata dah.

Oh ya. Lupa nak kata. Rambut Ali dah kembali normal sebab pakai helmet tadi.

Bobby : Oooook! Bereh boss!!!

Bobby pun memulakan kerjanya.

.
.
.

Berpindah ke luar, kelihatan Boboiboy dan Viktor yang sedang bersandar pada dinding sambil berborak sementara menunggu Ali.

Mereka berdua sedang melihat ke dalam tablet Viktor.

Boboiboy : Fuyoooo!!! Betul ke kau yang ejas sendiri tablet ni?!

Viktor : Haah. Adalah sikit sikit aku bolak tambah dalam ni. Tapi aku dapat bantuan dari Ali juga.

Apa yang mereka maksudkan adalah, fungsi tersendiri yang berada di dalam tablet itu yang diporgramkan sendiri oleh Viktor ke dalamnya.

Macam, ianya mampu bersambung dengan alat elektronik berdekatan, seperti CCTV, Televisyen, pengisar, oven, dan macam macam lagi.

Keypad yang dibuat khas untuk hack ke dalam sistem sesuatu benda.

Dan hologram yanbboleh digunakan untuk membuat pelan awal sesuatu barang atau project.

Viktor : Tapi semua ni untuk kerja sekolah kami. Aku dan Ali selalu satu kumpulan setiap kali ada project, jadi semua ni hasil kerja kitorang.

Boboiboy, jelasnya kagum dengan budak budak Cyberaya ni.

Kecil kecil lagi dah pandai cipta benda.

Boboiboy : Korang budak budak Cyberaya ni memang lain dari yang lain. Aku harap aku dapat jadi pandai macam korang jugak.

Boboiboy memeluk dirinya sendiri sambil mengatakan hal itu. Yang jelasnya Viktor sudah mampu dengar apa yang Boboiboy cuba katakan.

Viktor : Kau.... cemburu ke?

Mendengar itu, wajah Boboiboy tidak berubah langsung. Dia malah perlahan lahan memandang ke hadapan, sebelum melihat ke langit.

Boboiboy : Mungkin ya. Mungkin aku memang.... cemburu....

Boboiboy sudah mulai berasa selesa mengatakan perkara sebenar selepas Ali mengetahui kuasanya.

Tetapi, mungkin dia terlalu selesa.

Yelah, siapa je yang tak cemburu jika orang yang lagi muda dari kita, lebih pandai dari kita, kan?

Bahkan, Boboiboy sudah cemburu dengan Ying sejak hari pertama.

Tapi disebabkan dia ada benda yang lebih penting untuk dirisaukan, iaitu keselamatan Galaxy, perlahan lahan, perasaan cemburu itu mulai hilang, digantikan dengan perasaan kesal.

Mungkin dia memang sudah ditakdirkan untuk jadi tidak sepandai yang lain.

Viktor, terasa kekok, bila Boboiboy tiba tiba mengatakan hal itu.

Viktor : Er......

Boboiboy perasan akan hal itu, dan hanya tersenyum kecil.

Boboiboy : Tak apa. Aku tak marah pun. Kau memang layak pun, dengan kepandaian kau tu.

Boboiboy menurunkan tangannya, dan mula berjalan pergi dari dinding itu, dan menghadap ke arah Viktor.

Boboiboy : Ahah! Aku dengar, dekat dekat dengan pelabuhan sana, ada kedai ice cream bar bukak! Nak pergi try tak lepas Ali siap nanti?

Boboiboy mencuba menukar tajuk, kerana tidak mahu Viktor merasa kekok.

Viktor : Uuuu! Boleh jugak! Tapi.... duit aku dah habis. Habis guna dekat sekolah tadi.

Boboiboy : Tak apa. Aku belanja. Lagipun, aku baru dapat gaji semalam ni.

Viktor : Betul ke ni?! Kau memang power lah Boboiboy!!!

Mereka sama sama ketawa gembira bersama.

.
.
.

Entah berapa lama kemudian, Ali akhirnya keluar dari kedai gunting rambut itu.

Ali : Hai korang!

Boboiboy dan Viktor melihat ke arah Ali.

Langsung tidak ada kelihatan sebarang perubahan di rambut Ali.

Viktor : Leeehhhhh. Punya lama kau dalam tu, tak ada perubahan langsung?

Ali : Ehehehe.... aku mintak pendekkan sikit dengan nipiskan sikit je.... tapi yang lama sangat tu sebab aku borak dengan Tuan kedai. Ehehe.....

Boboiboy dan Viktor memandang Ali dengan muka malas.

Boboiboy : Ye ye jelah kau ni.

Ali : Ehehehe.... jangan marah. Dah Tuan kedai ramah. Aku horak jelah.

Boboiboy : Hm, yelah. Hah! Ni, kau dah keluar ni, aku ngan Viktor nak pergi kedai Ice cream baru berdekatan dengan pelabuhan sana! Kau nak ikut sekali tak? Kalau tak nak, aku boleh bawak kau balik rumah dulu.

Ali : Wuuuu!!! Mestilah aku nak-

Tak sempat Ali nak habiskan ayatnya, tiba tiba, telefonnya berbunyi.

Bila Ali mengambilnya, tiada nama lain tertera di sana kalau bukan Alicia.

Ali : Er... sorry jap korang.

Ali berpusing membelakangi mereka, dan terus mengangkat panggilan itu.

Ali : Ish! Tak pandai timing betul lah kau ni!

Alicia : Pandai timing apa pulak ni?

Ali : Boboiboy baru je ajak aku nak pergi beli ice cream, dah kau menyibuk!

Alicia : Lah, tu je?

Ali : Yelah tu je! Hah, apasal kau call aku?! Cepat jawap sebelum aku letak fon ni!

Viktor dan Boboiboy hanya mampu tersweatdrop melihat Ali menjerit ke arah telefon.

Alicia : Aku nak minta tolong kau. Boleh tak kau datang ke M.A.T.A sekarang?

Ali : Hah? Kenapa pulak?

Alicia : Kau tahulah nanti. Ni lebih ke masalah personal, jadi tak perlu ajak sepupu kau tu.

Ali : Kalau masalah personal, kau selesaikan jelah sendiri!!!

Alicia : Kalau aku boleh, tak adanya aku call kau lah pendek!!! Datang jelah!!! Malas aku nak bertekak dengan kau!!!

Dan dengan itu, panggilan itu pun tamat.

Ali dah dengan muka geramnya.

Ali : Ish minah ni!!! Mintak tolong orang, tapi tak pandai mintak baik baik!!!

Ali menghentamkan kakinya ke tanah beberapa kali, menarik nafas dalam dalam, sebelum berputar badan memandang ke arah Boboiboy dan Viktor semula.

Ali : Sorry lah korang. Aku tak boleh ikut. Alicia ada minta tolong aku. Aku terpaksa pergi dulu. Sorry eh, ehehe....

Boboiboy : Oh ye ke? Kalau macam tu, tak apalah. Sini aku hantar kau balik dulu-

Ali : Eh, tak apa, tak apa! Aku boleh balik sendiri! Nanti aku sewa je skuter mana mana untuk balik! Aku dah lambat ni, bye!!!

Tanpa menunggu respon dua ekor itu, Ali sudah memecut pergi meninggalkan mereka berdua yang masih tercegat di sana.

Viktor, BBB : Er........

Mereka memandang sesama sendiri dengan wajah tertanya tanya.

Boboiboy : Er..... nak pergi sekarang ke?

Viktor : Aku ok je. Jom lah.

Boboiboy pun memberi helmet kepada Viktor, dan mereka berdua pun naik ke atas motor Boboiboy dan berlalu pergi.

























2518 perkataan

Hehe :v

Siapa excited untuk esok? Dah download webtoon belum?

Ok, buhbye- *lari masuk sangkar kucing*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top