Misi : Hotel
Ali, BBB : WAAAAAAAA!!!
Mereka kini sudah tiba di hotel mereka setelah 2 hingga 3 jam merentas menaiki Gunung itu.
Boboiboy kelihatan segar bugar sebab masa dalam kereta tadi dia sambung tidur balik sebab mual naik kereta pulak.
Macam Author AHAHAHAK-
Ali, hanya mampu memberi muka malas kepada Boboiboy sebab tak teman dia langsung sepanjang perjalanan. Dia borak dengan Uncle Bakar dengan ayah dia je sebab Boboiboy awal awal dah pengsan.
Ali : Bertuah punya sepupu.
Boboiboy hanya mampu memberi muka dengan suara gedik mak cik sebelah rumah
Boboiboy : Habis tu? Nak aku muntah atas kau ke?
Ali dah tumbuh pekaki empat atas kepala. Pandai menjawap pulak budak ni-
Ali : Mesti lah tak. Cuma aku pelik. Kau ni dah lah ada lesen motor, selalu bawak motor kau ke mana mana, tapi masuk je naik kenderaan lain, terus pening?
Boboiboy hanya mampu ketawa canggung sebab Ali dah tatap dia dengan wajah kecewa.
Boboiboy : Hahaha...... kalau motor tak pe lah. Kalau aku tertidur atas motor, innalilah dah aku. Kenderaan lain tu lain ceritalah, perjalanan yang lama, ambil beberapa jam, buat aku pening.
Ali hanya mampu mengeluh kesal.
Boboiboy : Alah, jangan marah. Kita baru sampai atas gunung kot ni. Masam masam pulak. Meluat aku tengok.
Ali : Ada jugak yang aku baling masuk longkang ni karang.
Kedengaran Ghazali yang memanggil mereka. Dari kereta.
Ghazali : Ali! Boboiboy! Sini, angkat beg kamu berdua ni! Papa dah dapat kunci bilik dah!
Ali, BBB : Baik Papa/Pak cik!
Mereka berempat pun mengangkat beg mereka semua dan berjalan ke arah bilik mereka.
Bilik mereka berada di tingkat dua hotel itu.
Bila masuk, pergh, dah macam besar rumah dah! Ada 3 bilik, dua tandas, sofa, Tv pun ada!
(Ni betul eh. Author pergi hari tu)
Tak sampai sesaat masuk bilik, dua bebedak tu dah serbu katil.
Ali, BBB : WUHUUUUU!!! SEJUK!!!
Yang dewasa pulak hanya mampu menggeleng melihat dua bebudak tu jakun pergi tempat baru itu.
Ali : Jauh beza siak suhu dekat sini dari kat Cyberaya. Masih tengah hari lagi kan?
Mereka melihat keluar tingkap, terang menderang lagi. Bila Boboiboy tengok jam dia, baru pukul 1 petang.
Boboiboy : Tu sebab kita dekat atassssss gunung nak oiiii! Mestilah sejuk!
Ali : Sepanjang perjalanan tadi aku nampak kabut je dekat luar.
Bakar : Tulah, Uncle nak lihat pemandangan luar pun susah.
Ghazali masuk ke dalam bilik, dan meletakkan begnya di lantai.
Ghazali : Baiklah, korang rehatlah dulu. Nanti petang kita nak round round, jalan jalan sekeliling.
Mereka bertiga berkata baik, dan terus meneroka satu bilik hotel mereka itu.
Pasang TV lah, jelajah tandas lah, guling guling atas katil macam tak ada kerja lah, sehinggalah akhirnya tiba pukul 3 petang.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka sekarang berada di dalam kereta, sedang turun dari kawasan hotel mereka, mahu pergi ke sesuatu tempat.
Ali : Kita nak kemana ni Papa?
Ali dah tak duduk diam sebab teruja sangat punya pasal.
Ghazali : Adalah. Banyak tempat kita boleh pergi ni. Papa ada minta bantuan pekerja hotel tadi, ada tempat menarik apa je dekat sini, dan Papa dapat banyak pilihan dekat sini!
Ghazali mengeluarkan pamplet dan memberinya ke Ali dan Boboiboy.
Ali, BBB : Wuuuuu!
Macam macam tempat ada di atas kertas pamplet itu. Dan semestinya yang paling populer adalah ladang tehnya yang memadang di atas gunung itu.
Uncle Bakar menyelah sama pergi tengok pamplet tu.
Bakar : Hah! Nak pergi mana dulu? Uncle dah tak sabar dah ni!
Ghazali : Sabar lah Bakar. Abang tengah cuba cari lah ni.
Beralih kepada dua bebudak tu, dua dua tak senang duduk sebab tak sabar nak buat semua aktiviti yang berada di sana.
Korang perasan tak yang buku ni tak fokuskan sangat ke misi M.A.T.A, tak macam buku lain?
Sebab Author nak buat interaksi penuh antara dua bebudak ni. Semestinya diorang tak akan dapat terus menerima dan hadam bila tiba tiba je dapat tahu yang diorang adalah sepupu tiba tiba sahaja.
Boboiboy : Jadi, Ali. Kau paling berminat nak buat yang mana dulu?
Ali : Entah lah. Aku rasa yang petik strawberi ni kot. Kalau kau?
Boboiboy : Aku ikut kau je. Aku pun tak sabar jugak sebenarnya ni!
Ali tergelak melihat Boboiboy yang berperangai seperti budak budak di sebelahnya itu.
Bukan selalu dia dapat tengok Boboiboy lepaskan sisi dia yang ini.
Sebab selalunya dia berlagak seperti abang, sebab dia lebih tua daripadanya.
Terlalu serius, sampaikan dia susah nak memahami budak di depannya ini, walaupun selalunya dia buat buat faham sahaja.
Sampaikan.... dia rasakan yang budak ini ada simpan sebuah rahsia besar daripadanya.
Boboiboy : Ali?
Tanpa sedar, dia termengelamun sementara.
Ali : Ah- ya?
Boboiboy : Kau tak apa apa ke? Tiba tiba je mengigau?
Ali : Tak tak, cuma aku dapat bayangkan aktiviti yang kita boleh buat dekat sana nanti! Tak sabarnya aku!
Dia terpaksa menipu sebab tak mahu Boboiboy curiga dengannya.
Boboiboy pun, tak sedar apa apa, dan hanya setuju dengan Boboiboy.
Mereka merasakan kereta mereka berhenti, dan melihat ke luar tingkap.
Ghazali : Hahhhh, siapa rasa nak petik buah strawberi?
Terus melompat budak budak tu keluar kereta, melihat akhirnya mereka tiba di tempat aktiviti pertama mereka.
Boboiboy : Wuhuuuu! Aku akan petik banyak banyak!
Ghazali : Kamu semua pergi lah dulu. Papa nak bayar dulu.
Boboiboy : Jom lah Ali! Jom lah!
Boboiboy sudah berlari masuk dulu ke dalam kedai itu, kerana ketidaksabarannya menunggu lagi.
Ali : Ye ye, tunggu lah aku!
Baru sahaja Ali mahu melangkah mengejar Boboiboy, kaki Ali tiba tiba kaku, dan dia terdiam di tempat.
Dia menarik balik kakinya, dan hanya melihat Boboiboy dan ayahnya masuk ke dalam kedai.
Uncle Bakar yang baru sahaja mengunci pintu kedai, terperasan Ali yang masih tidak berganjak dari tempatnya.
Bakar : Ali? Kenapa tak masuk lagi?
Ali : O-oh, er......
Bakar : Ada benda tak kena ke?
Ali : B-bukan, cuma......
Bakar yang melihat Ali kehilangan kata, menghelakan nafas berat, sebelum memegang bahu Ali, dan melihat ke atah Boboiboy juga.
Bakar : Sebab Boboiboy ke?
Ali yang tersentak, mengganggukkan kepalanya.
Ali : Ali bukan apa, cuma...... semuanya berlaku tiba tiba.
Bakar : Hm? Maksud Ali?
Ali : Boboiboy tiba tiba datang ke sini, kami habiskan masa bersama sama, dia tertahu pasal.... M.A.T.A..... dan sekarang tiba tiba dia adalah sepupu Ali sekarang?
Ali mengdengus, sebelum menyambung kembali.
Ali : Bukan Ali tak seronok. Ali gembira, dapat tahu yang Ali masih ada keluarga lagi, walaupun tiba tiba. Cuma, sekarang ni, Boboiboy dah tahu hampir semuanya pasal Ali. Tapi Ali..... masih tak tahu satu benda pun pasal latar belakang Boboiboy. Dia macam, wujud. Itu sahaja. Tanpa kita tahu apa apa pasal dia.
Ali kelihatan berpeluk tubuh, sambil mencebit.
Bakar yang melihat tingkah Ali itu, hanya mampu ketawa kecil, sebelum mengusap lembut kepala Ali.
Bakar : Nanti kita tahu lah tu. Mesti ada sebab kenapa kita masih tak tahu lagi. Nanti, bila dia dah bersedia, dia bagitahu lah tu.
Ali : Yelah, tapi sampai bila? Dia hanya akan ada dengan kita untuk sebulan sahaja lagi.
Bakar : Entahlah Ali. Uncle pun tak tahu.
Ali mengeluh perlahan, sebelum berpaling pada Uncle Bakar.
Ali : Uncle pun tak tahu apa apa ke pasal Boboiboy? Yelah, mesti Uncle pernah jumpa dengan Ayah Boboiboy kan?
Bakar mengeluh juga.
Bakar : Uncle hanya pernah jumpa dengan Uncle Amato sekali sahaja. Itu ketika Papa kahwin dengan Mama dulu. Uncle tak tahu pulak yang Uncle Amato dan Aunty Aisyah adalah Kakak dan Abang Ipar Papa waktu tu. Uncle cuma tahu, mereka rapat dengan Papa, sangat sangat. Dan.......
Ayat Bakar tergantung membuatkan Ali menaikkan sebelah keningnya.
Ali : Dan?
Bakar : *geleng* Itu apa yang Ali kena tunggu. Dah, jom. Mesti Papa dan Boboiboy dah tunggu tu.
Ali : Alahhhhh.... yelah, jom.
Mereka pun mengikuti masuk ke dalam juga.
.
.
.
.
Mereka berseronok memetik buah di sana.
Satu orang boleh penuhkan satu bakul di tangan mereka.
Boboiboy dah jakun tak sudah berlari sana sini cari strawberi yang besar besar dan masak nak petik.
Bukan selalu dia dapat buat macam ni sejak sibuk dengan TAPOPS. Dah dapat peluang nak berseronok ni, dia gunakannya lah dengan sepenuhnya.
Boboiboy : Wuuu! Ali Ali! Aku jumpa buah yang besar ni!
Ali pulak, dah penat kejar Boboiboy yang lari macam supersonik terlebih panasonik itu.
Ali : Yelah yelah! Aku dah penat ni!
Boboiboy : Aik? Baru 15 minit kot. Tak kan dah penat?
Ali : Aku penat kejar kau! Nak tercabut kaki aku kalau macam ni terus!
Dah macam atok atok dah Boboiboy tengok Ali yang pegang belakang dia macam patah pinggang.
Boboiboy : Hah, sebab tu kau kena tingkatkan stamina kau! Macam mana nak kejar penyangak kalau lari sikit dah pancit?!
Boboiboy membebel. Sisi Gempa dia terkeluar sikit.
Ali memandang Boboiboy dengan muka menyampah. Dapat sepupu pun, perangai macam ni.
Ali : Haih.... macam mana lah keadan Comot sekarang?
Ali berikan Comot ke Alicia, minta tolong dia jagakan sebab tak boleh nak bawak Haiwan naik kapal terbang.
Walaupun Comot boleh je nak jadi halimunan, tapi Comot sendiri cakap dia tak nak ikut. Tambah lagi dengan kollar baru yang Boboiboy bagi dia tu, berperang mulut lah Ali dengan Comot sebelum naik kapal terbang.
Boboiboy : Alah, dia ok je tu. Alicia kan bertanggungjawap. Entah entah dia lagi suka duduk dengan Alicia dari kau, ehehe...
Sempat lagi menyekat pulak budak beruban ni.
Kepala Ali dah berasap sebab Boboiboy cakap macam tu.
Ali : Mana ada! Tak pernah pun sekali seumur hidup aku pernah tengok Alicia jaga kucing! Ni pun pertama kali aku suruh dia duduk dengan minah tu sebab tak boleh nak bawak haiwan naik kapal terbang!
Ali pukul pukul manja badan Boboiboy sebab pergi sakat dia.
Padan muka.
Boboiboy : Ow ow ow ow! Ow! Ow! Yelah yelah! Aku minta maaf!
Ali hanya mendengus, sambil buang muka ke tepi.
Boboiboy : Dah dah! Jom sambung petik strawberi! Kalau boleh, kita boleh bagi sikit ke kawan kawan kita nanti!
Ali memalingkan kepalanya ke Boboiboy.
Tanpa Boboiboy sedar, Ali terlihat matanya berubah hijau sesaat.
Ali : Ah.....
Ali mahu membuka mulut bertanya, tetapi dia rasakan soalannya seperti akan membawa masalah.
Masalah yang besar untuk diri dia dan Boboiboy.
Jadi dia hanya diam sahaja.
Boboiboy : Hm? Ali? Kenapa?
Ali : Tak, tak ada apa apa. Dah, jom!
Dua sepupu itu pun sambung memetik strawberi, sambil diawasi oleh Ghazali di tepi.
Uncle Bakar? Join sekali petik. Penuh satu bakul dia sumbat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selepas puas memetik buah, mereka berhenti minum petang di tepi Ladang Teh.
Memang sesak, tapi mereka berjaya cari tempat untuk diri mereka.
Sementara yang dewasa pergi pesan makanan, Boboiboy dan Ali berborak di meja, pasal tadi.
Boboiboy : Banyak siak kau petik. Nasib duit cukup nak bayar.
Ali : Hehehehe.... alah, sorry lah. Strawberi tu nampak sedap ok.
Mulut Ali dah memuncung siap main jari lagi sebab antara semua bakul, bakul dia paling mahal. Kalah Uncle Bakar.
Boboiboy : Yelah, tapi lain kali kawal diri. Kalau tiba tiba yak cukup duit nak bayar? Siapa nak tanggung?
Ugutan ringan Boboiboy itu membuatkan Ali menganggukkan kepalanya cepat cepat.
Ali : Haih kau ni. Kalah mak mak. Kenapa perangai kau macam ni sebenarnya?
Dah naik sebelah kening Boboiboy kena tanya macam tu.
Boboiboy : Macam mak?
Ali : Yelah. Kau bebel kalah mak cik bawang siot. Kau ada termakan benda benda pelik ke sampai mulut kau macam peluru ni?
Boboiboy dan tampar dahi sendiri kena panggil Mak Cik Bawang.
Boboiboy : Manalah aku tahu. Tapi kawan aku yang dua lagi tu memang raja dan ratu berleter. Hah, kau buatlah diorang marah, memang auto K.O telinga kau sampai pagi.
Ali dah bersweatdrop mendengar penjelasan Boboiboy.
Pergh, mengumpat kawan nampak.
(Ying, Fang : Hacummmm!!!)
Tengah tengah sambung membawang tu, Boboiboy teringat sesuatu.
Dia keluarkan sesuatu dari poketnya, dan letakkannya di atas meja.
Boboiboy : Nah, untuk kau.
Ali yang tak faham apa apa, hanya melihat ke arah kotak hitam kecil yang diberikan oleh Boboiboy itu.
Ali : Kotak apa pulak ni?
Boboiboy : Kau bukak jelah. Kang aku ambil balik kotak tu baru tahu.
Ali : Yelah yelah. Jangan marah. *pout*
Ali pun buka kotak itu perlahan lahan, dan melihat sebuah jam kecil berada di dalam kotak itu.
Ali : Jam? Untuk apa ni?
Boboiboy : Ni adalah jam penjejak. Bila kau pakai, aku boleh jejak kau ada di mana, so senang lah kalau kita sesat waktu misi.
Boboiboy dah tersengih jakun, tak sabar sabar nak lihat riaksi Ali dengan hadiah baru dia untuk Ali itu.
Ali : Wuish! Sejak bila ada ni?
Boboiboy : *bisik* Aku minta bantuan Ejen Geetha untuk buatkan benda ni. Dan aku siapkan selebihnya dekat rumah semalam. Baru siap satu jelah.
Ali : Fuuuhhhh Cun gila! Cayalah! Tak sangka pulak kau pandai reka barang!
Boboiboy : Ehehehe...... Tak adalah, aku tolong sikit sikit je. Selebihnya semua Ejen Geetha dan Ejen Tekno yang lain. Aku belajar sikit sikit dari ayah dan Pak cik tak sah aku je.
Korang tahu lah siapa, uhuk-
Ali : Tapi ni dah boleh jadi pencampaian pertama kau lah kan?
Boboiboy : Erm.... rasanya macam tu lah kot.
Ali : Jadi, aku ucapkan taniah untuk ciptaan pertama kau!
Ali mengangkat tangannya, mahu membuat fist-bump dengan Boboiboy.
Boboiboy : Hehehe. Terima kasih.
Boboiboy membalas fist-bump Ali.
Sebaik sahaja Ali memakai jam itu, Pak cik Ghazali dan Uncle Bakar tiba di meja bersama makanan mereka.
Selepas habis makan, mereka pun pulang semula ke hotel mereka.
2125 perkataan
Nak tercabut kaki Author dekat sekolah tadi.
Dah lah Sains pagi pagi, kena turun makmal biologi BAWAH SEKALI-
Kelas kitorang atas sekali, tingkat 4.
Lepas tu berjalan naik turun tangga cari cikgu nak kita nadi.
Lepas tu kitorang pulak kena berlari. Kira nadi berlari.
Dah lah, Author nak tidur sampai tahun depan dulu. Tata titi tutu~ pergi dulu~ *terus pengsan*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top