Misi : Hospital
Tidak tahu sudah berapa lama berlalu, tetapi ianya terasa sangat lama.
Bunyi siren masih lagi bergema di telinganya walaupun dia tidak mampu melihat apa apa.
Bahagian badan kanannya juga terasa sangat sakit.
Perlahan lahan, dia mulai membuka matanya, dan melihat cahaya kembali.
Boboiboy : Erm.....
Boboiboy menggunakan lengan kirinya untuk menutup matanya, akibat cahaya lampu yang berada di atasnya, terlalu terang.
Dia cuba untuk bangun, tetapi, dia tidak dapat merasakan tangan kanannya.
Bila dia menoleh, tangan kanannya sekarang sedang dibalut dengan simen, seperti kebiasannya sekiranya ada bahagian badan yang patah.
Boboiboy : Apa.... apa dah jadi?
Dia akhirnya sedar sekelilingnya. Dia sekarang berada di atas katil, dengan topeng oksigen di mukanya.
Boboiboy : Ini.... hospital ke?
Bila dia melihat ke hadapan, dia melihat seorang dokter berjalan mendekatinya. Dokter itu membantu Boboiboy menanggalkan topeng oksigen di mukanya.
Dokter : Hai adik Boboiboy. Akhirnya kamu bangun juga. Macam mana keadaan kamu sekarang? Ada rasa sakit mana mana ke?
Boboiboy sedikit tergagap ingin menjawap, disebabkan keadaan tiba tiba itu, terutamanya dia baru sahaja sedar.
Boboiboy : S-saya ok sekarang. Saya..... pengsan ke?
Dokter : Ya, Boboiboy. Asap api semalam membuat kamu tidak sedarkan diri. Tapi, selamatlah, kamu berjaya keluar sebelum kamu tidak sedarkan diri.
Dokter itu menulis sesuatu, sebelum melihat ke arah tangan kanan Boboiboy.
Dokter : Disebabkan kamu menghentakkan tangan kamu begitu kuat ke pintu itu malam semalam, ada beberapa tulang kamu yang retak. Tetapi, saya terkejut yang ianya tidak terlalu parah seperti yang saya jangkakan. Kamu begitu kuat untuk budak seumuran kamu.
Boboiboy menghembuskan nafas lega. Selamatlah dia aktifkan kuasa Gempanya sedikit, walaupun pernghujungnya tulangnya masih retak.
Dokter : Kemungkinan besar tulang kamu akan sembuh semula dalam satu bulan, disebabkan ianya tidak serius.
Boboiboy : T-terima kasih dokter.....
Perlahan lahan, memorinya mengenai malam semalam memasuki kepalanya secara tiba tiba.
Boboiboy : A-Ali?! Mana Ali Dokter?! Dia tak apa apa ke?!
Boboiboy ingin bangun dari katil itu untuk mencari Ali, tetapi ditenangkan oleh Dokter itu.
Dokter : Woh woh woh! Sabar Boboiboy, sabar. Kamu baru sahaja sedar. Ali tidak apa apa. Dia sudah lama terjaga. Kaki dia ada sesikit terseliuh, tetapi ianya akan sembuh dalam masa 1 minggu. Dia sedang ada di bilik menunggu sekarang bersama Encik Ghazali dan Encik Bakar.
Boboiboy terduduk kembali, mengambil nafas lega. Selamatlah Ali tak apa apa. Dia risau sangat semalam.
Boboiboy : Berapa..... berapa lama saya pengsan?
Dokter : Lama jugak. Sebab sekarang dah pukul 2 petang. Untuk masa sekarang ni, rehat jelah dulu ya? Saya akan panggilkan ahli keluarga kamu sekarang.
Boboiboy : Terima kasih dokter.
Dokter itu pun berjalan keluar dari bilik itu, meninggalkan Boboiboy bersendirian.
Perlahan lahan, Boboiboy baring semula, dan termenung kosong ke siling bilik itu.
Dia menoleh ke kanan, dan melihat jam kuasanya terletak di sana.
Dia mengangkat pula tangan kirinya, dan melihatnya lama.
Tiba tiba, dia menutup matanya dengan lengan kirinya, dan terketawa.
Boboiboy : Hahahahahaha!!!
Kalau ada orang yang lihat, mesti Boboiboy sudah dicop kurang waras kerana tergelak tiba tiba.
Ketawa itu tidak berlangsung lama.
Boboiboy : Haih..... nampaknya betullah apa yang Viktor katakan. Aku memang bertidak terburu buru.....
Perasaan seperti menjadi hero semula membuatkan hatinya akhirnya berjaya melepaskan rindu.
Kali ni, bukan sebab Adudu. Bukan sebab penjahat. Bukan sebab mahluk asing.
Tapi disebabkan oleh kehendaknya sendiri.
Dah lama dia tidak merasakannya. Walaupun tindakkannya tadi memanglah amat bahaya, terutamanya dia kemungkinan besar tidak boleh menggunakan kuasanya ketika itu. Dia masih tetap lakukannya.
Kerana yang difikirkannya ketika itu, hanyalah selamatkan Ali.
Dia dah terbiasa lakukannya, sampai dia lupakan kalau nyawanya juga menjadi taruhan ketika itu.
Kalau tersilap sikit sahaja, dia juga, Ali juga, aku mati dilahap api.
Boboiboy mengangkat lengannya, dan letakkannya di atas dahinya.
Boboiboy : Mungkin..... aku nak berhenti dari jadi hero seketika......
Perkataan itu terkeluar dari mulut Boboiboy, sehingga dirinya juga turut terkejut juga.
Boboiboy : A-apa aku kata ni? Jangan fikir pasal tu lagi!
Boboiboy duduk kembali dan menggelengkan kepalanya, mencuba mengeluarkan idea itu dari kepalanya.
Dia meramas ramas rambutnya, tetapi perkataan itu terus kembali ke kepalanya.
Dia tertunduk ke bawah, menerima kekalahannya.
Bukan sebab apa dia berfikir perkara itu.
Dia cuma, penat.
Dengan semua benda.
Dia tidak sabar mahu berhenti dari M.A.T.A, bila dia kembali semua ke Pulau Tintis tidak lama lagi.
Tetapi, sekarang......
Dia rasakan yang dia mahu berhenti dalam semua perkara.
Dia cuma mahu hidup dengan kehidupan biasa semula. Dimana dia tidak perlu risaukan tentang keselamatan orang lain, kerana ianya bukan tanggungjawapnya.
Kalau boleh, jam kuasa yang ada di sebelahnya sekarang ini, dia mahu buangnya jauh jauh.
Selepas itu, dia tidak perlu berahsia apa apa lagi dengan sesiapa.
Dia akan bebas.
Tanpa perlu risau yang akan ada orang atau alien yang akan kejar dia dan rosakkan hidup dia lagi.
Boboiboy : ....... Mungkin aku memang perlukan rehat. Ahaha......
.
.
.
Tidak lama selepas itu, pintu bilik terbuka. Boboiboy mengangkat kepalanya, dan melihat Ali, Pak cik Ghazali dan Uncle Bakar di muka pintu.
Ali berlari ke arah Boboiboy, dan memeluknya.
Ali : Boboiboy! Kau ok tak?! Kau ada tercedera kena api ke?!
Boboiboy : Hahahaha! Ali, aku ok, aku ok! Aku cuma pengsan je!
Boboiboy menolak Ali beberapa kali, sehingga akhirnya budak itu melepaskannya.
Ali melihat ke arah tangan kanan Boboiboy.
Ali : Tangan kau......
Boboiboy : Hm.... pintu depan runtuh waktu tu, dan aku paksa hempaskan diri ke runtuhan tu untuk keluar, dan.... beberapa tulang aku retak, ehehehe......
Ali memegang tangan kiri Boboiboy, membuatkan Boboiboy melihat ke arah Ali yang melihat ke bawah.
Ali : Aku minta maaf..... sorry..... sorry.....
Boboiboy tersenyum kecil, sebelum mengusap lembut kepala Ali.
Boboiboy : Tak apa Ali. Bukan salah kau. Perkara dah nak jadi. Aku yang pilih untuk pergi cari kau. Aku tak boleh nak tunggu sehingga bomba sampai, sebab aku tahu kau dalam bahaya. Sekarang, jangan sedih sedih. Angkat kepala kau tu. Meluat aku tengok kau sedih sedih.
Ali mengangkat kepalanya, tetapi wajahnya masih lagi nampak bersalah.
Ali : Tapi aku masih terlibat! Aku patutnya lebih cepat, dan selamatkan diri aku, selepas nampak api tu merebak, tapi aku terlalu lambat, dan aku kena hempap dengan bumbung! Aku lebih berpengalaman dari kau sebagai ejen, jadi sepatutnya aku yang selamatkan kau, dan bukan kau yang selamatkan aku!
Sejujurnya, ya, Ali rasa bersalah, sangat.
Ini melibatkan nyawa. Ali tahu yang dia sepatutnya lari lebih cepat, dan tidak fokus kepada api yang berada di sekelilingnya sebelum ianya merebak lebih jauh, tetapi dia terleka.
Dan sekarang, sepupunya pulak yang terlibat dalam masalahnya.
Dia juga marah pada diri sendiri, kerana tidak dapat tunjukkan pada Boboiboy, yang dia mampu jaga diri sendiri.
Boboiboy : Tak, kau tak salah apa apa.
Ali terkedu, dan berhenti. Boboiboy mengusap kepala Ali, sambil tersenyum.
Boboiboy : Tak ada sesiapa yang jangka perkara ini akan berlaku. Ianya berlaku secara tiba tiba. Kau juga tak mampu nak lari kemana mana. Kau juga tersekat, dihempap dengan batu batu tu.
Boboiboy benci.
Dia benci lihat Ali salahkan dirinya banyak kali.
Dia lebih tua, dan lebih berpengalaman dalam hal pertaruhkan nyawa ini untuk orang lain, jadi dia tahu, jika ianya adalah salahnya ataupun tidak.
Tetapi dia juga tidak salahkan Ali yang Ali rasa bersalah, kerana ianya adalah netural, untuk orang tidak berupaya, bila bila masa sahaja.
Tapi dia benci, lihat Ali salahkan diri dia untuk perkara yang bukan salah dia pun.
Boboiboy : Kau dah janji dengan aku, kan? Yang kau tak akan berkata perkara negatif pasal diri kau, kan? Sekarang, angkat kepala kau tu, dan senyum kembali.
Ali terkedu seketika, tetapi dia akhirnya mengikuti permintaan Boboiboy, dan senyum kepadanya.
Ali : Kau ni kan....... sekali sekala, bagilah aku menang pulak.
Mereka berdua terketawa, dan hanya dilihat oleh yang dewasa.
Mereka berdua menggelengkan kepala, berasa bersyukur yang mereka berdua tidak apa apa.
Bakar : Haahhhhh, Boboiboy mesti lapar, kan? Apa kata kita ambil makanan untuk Boboiboy dekat cafeteria?
Ali : Uuuuu! Nak nak! Kau nak makan apa?
Boboiboy : Apa apa je, aku tak kisah.
Bakar : Hah, apa lagi, jom lah!
Dua ekor tu pun berjalan keluar dari bilik itu, ingin ke tingkat bawah untuk ke cafeteria untuk membelikan makanan untuk Boboiboy.
.
.
.
Ghazali duduk di kerusi di sebelah katil Boboiboy, setelah adik ipar dan anaknya keluar dari sana.
Dia memasang muka bersalah, yang membuatkan Boboiboy melihat ke arahnya.
Ghazali : Maafkan Pak cik, Boboiboy..... ianya patut jadi hari yang seronok, untuk kita sekeluarga, tapi... tapi.......
Ghazali rasa bersalah kerana kejadian itu kena berlaku ketika hari istimewa mereka.
Dia cuma mahu menyambut hari jadi anaknya, dan menyambut kedatangan Boboiboy ke dalam keluarga kecil itu, tetapi, korang tahulah apa yang berlaku.
Boboiboy yang mendengar itu, terus menggeleng kepalanya.
Boboiboy : Tak tak! Ini bukan salah Pak cik! Ianya memang dah nak terjadi! Saya pun rela diri pergi salahkan Ali! Ini tak ada apa apa kena mengena dengan Pak cik!
Ghazali : Tapi disebabkan ia, kamu dan Ali dah tercedera, Boboiboy! Macam mana Pak cik tak rasa bersalah?!
Ghazali terberdiri akibat perasaan bersalahnya. Korang ingat dia boleh bertenang ke bila lihat ianya terjadi di depan matanya?
Boboiboy : Tak Pak cik! Boboiboy ok! Ianya cuba retak sahaja! Ianya akan sembuh bila bila sahaja! Boboiboy janji! Sekarang, Pak cik jangan salahkan diri Pak cik! Boboiboy janji, Boboiboy dan Ali ok!
Ghazali dipaksa duduk oleh Boboiboy, dan cuba tenangkan dirinya sendiri.
Tapi, korang ingat dia boleh bertenang ke?
Ghazali : Apa yang Pak cik nak katakan pada ayah kamu nanti........
Boboiboy melihat Ghazali yang tengah runsing itu.
Ghazali risau, Amato akan memarahinya, jika Amato dapat tahu apa yang berlaku pada Boboiboy, kerana tidak dapat jaga Boboiboy dengan baik.
Walaupun dia tahu Amato selalu jarang balik rumah untuk jenguk Boboiboy, gila lah kalau dia tak sayangkan anaknya sendiri.
Boboiboy faham perasaan Ghazali, tapi dia lebih memahami Ayahnya.
Boboiboy : Tak, saya tahu Ayah akan faham. Ianya bukan salah Pak cik. Ini bukan kali pertama saya sakit macam ni. Saya pernah kena lebih teruk. Jadi, tolong, jangan salahkan diri Pak cik, ya?
Boboiboy memegang tangan Ghazali, berusaha, supaya Ghazali maafkan dirinya sendiri.
Ghazali tertunduk, dan hanya mengangguk sahaja.
Dia tidak sangka yang anak buahnya sekuat ini.
Dia ayah Ali, tapi, Boboiboy lah orang pertama yang lari ke dalam banggunan hotel yang terbakar itu.
Ianya sepatutnya adalah dia. Dia yang sepatutnya selamatkan Ali. Kerana dia adalah anaknya.
Tapi, pada waktu itu, kaki dia seperti melekat pada tanah, dan fikirannya buntu.
Dia tak mampu mengejar Boboiboy, dan masuk ke dalam banggunan itu.
Dia takut, ya, dia takut. Apa yang dia mamph lakukan hanyalah tunggu sehingga Bomba datang.
Dia tahu dia lemah, dan tidak mampu berbuat apa apa.
Dia malu, bila anak buahnya lebih berani dari dirinya.
Boboiboy : Pak cik, boleh tolong Boboiboy tak?
Ghazali : Huh? Er... tolong apa?
Boboiboy mengambil jam kuasanya, dan menghulurkannya kepada Ghazali.
Boboiboy : Boleh tolong Boboiboy pakaikan jam ni tak? Tangan sebelah ni dah kena balut, hehehe.....
Ghazali terketawa kecil, dan mengangguk.
Sebaik sahaja jam kuasanya itu dipakai semula ke tangan kirinya, Boboiboy dapat rasakan kuasa itu mengalir ke dalam badannya. Dia merasa lega akhirnya.
Sementara mereka menunggu kepulangan Bakar dan Ali, Ghazali berjalan ke arah tingkap, dan menelefon seseorang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jauh di sejagat angkasa sana, kita berada di sebuah Planet yang nampak maju.
Kita terbang masuk ke dalam sebuah banggunan yang besar di sana.
Di dalam sebuah bilik di sana terlihat seorang lelaki sedang membuat kerjanya di sana.
Dialah Amato.
Mechabot sedang relex di sebelahnya makan karipap sementara melihat tuannya sengsara buat kerja.
Tiba tiba, telefon Amato berbunyi.
Amato : Mechabot, tolong jawapkan teleton tu.
Mechabot : Hah? Malaslah. Kau jelah jawap. Kan telefon kau. Aku tengah sibuk makan ni. *sambung kunyah*
Amato : Betuah punya robot. *muka malas*
Amato mengambil telefon itu, dan melihat siapa yang menelefonnya.
Ghazali.
Amato : Hm? Kenapa Zali telefon aku?
Amato pun mengangkat panggilan itu, dan mendnengar suara Ghazali.
Ghazali : Assalamualaikum, Abang.
Amato : Waalaikumusalam, Zali. Kenapa tiba tiba telefon Abang ni? Ada apa apa berlaku ke?
Ghazali menelan ludah kelat, sebelum membuka suara semula.
Ghazali : Ada kebakaran berlaku ketika kami bercuti di Cameron Highlands ni, dan..... anak Abang dan Ali terlibat juga, dan masuk hospital sekarang ni.
Mendengar sahaja apa yang Ghazali katakan, pegangan Amato menjadi longgar, dan hampir sahaja telefonnya terjatuh ke bawah.
Amato : Boboiboy, APA?!?!
Ghazali dah tahu akan jadi macam ni.
Ghazali : Tapi dia tak apa apa, hanya tulang retak dan-
Tak sempat Ghazali mahu menghabiskan ayatnya, Amato dah mencelah lagi.
Amato : Bagi lokasi, Abang akan terus ke sana esok.
Panggilan terus sahaja putus.
Amato : Mechabot, bersedia.
Mechabot : Hah? Kenapa?
Amato : Kita akan balik bumi.
2015 perkataan
Ehek-
Just gonna put this here, ehehehek-
Bye- *lompat masuk gaung*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top