Misi : Geram

Mereka tiba di taman yang dimaksudkan oleh Khai dan Bulan Kelihatan Moon yang sedang menimbang bola dengan kakinya, dan Alicia yang duduk di tepi sambil minum air kelapa dan pakai spek mata hitam macam mat salleh.

All-Girls : Hai korang!

Moon : Hm? Hah! Sampai pun korang! Lama aku tunggu!

Moon berlari ke arah mereka, meninggalkan bolanya di belakang.

Moon melihat Boboiboy di belakang Ali, yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Moon : Hm? Ali, siapa ni? *tunjuk Boboiboy*

Ali : Ni Boboiboy. Anak kawan ayah aku. Dia tinggal dengan aku buat sementara waktu.

Boboiboy : *lambai ke Moon* :D👋🏻

Moon : Hai Boboiboy! *lambai balik*

Bulat : Jadi, apa lagi! Jom main!

All-BBB,Alicia : Jom!

Tapi, sebelum sempat Ali berlari ke arah yang lain sama, Alicia berjalan ke arahnya, dan memberhentikannya.

Alicia : Ali! Jap.

Ali : Hm? Alah, apa yang kau nak pulak ni?

Alicia : Ni Boboiboy kan, namanya?

Boboiboy : Haah. Kenapa?

Alicia : Kau tak cakap pun dekat aku yang ada tetamu dekat rumah kau.

Ali : Alah, aku lupa. Lagipun, kenapa aku kena bagitahu kau?

Alicia : Entah. Untuk keselamatan.

Ali : Yelah tu.

Alicia : Erm, Boboiboy. Boleh tak kalau saya mahu cakap dengan Ali, sorang sorang? Kamu boleh pergi main dengan yang lain dulu.

Boboiboy : Erm.... ok? Jumpa kau nanti Ali.

Boboiboy pun berjalan ke yang lain untuk sertai mereka.

Alicia : Ok, betul ni sekarang. Kenapa kau tak bagitahu aku yang ada tetamu dekat rumah kau?

Ali : Kenapa? Salah ke?

Alicia : Tak kan kau tak sedar lagi. Kita ni ahli M.A.T.A. Kau tu bukannya pandai jaga rahsia. Kau dah dua kali hampir pecahkan rahsia M.A.T.A ke seluruh Cyberaya.

Ali : Alah, yang tu, bukannya aku sengaja. Aku ingatkan Niki tu orang baik. Manalah aku tahu sebab asli dia.

Alicia : Ali. Kau tolong dia mencuri. Tak kan tu tak bagi hint lagi?

Ali : Tsk......

Alicia : Kau kena ingat. M.A.T.A tugaskan aku untuk awasi kau, suapaya kau tak ulangi kesilapan yang sama.

Ali : Tsk..... Yelah yelah! Kalau ya pun, aku nak buat apa?! Tu anak kawan ayah aku! Bukannya aku boleh halau dia balik tempat dia balik pun!

Ali dah mula hilang sabar.

Well, dari mula dia masuk M.A.T.A, pada dia, semua benda yang dia buat langsung tak betul pada mata semua orang.

Dia dah cuba bersabar, untuk jadi lagi kuat.

Tapi, sejak kejadian dengan Niki, dia dah mula mahu memberontak. Dia dah tak mahu berada di bawah kaki semua orang lagi.

Dia bukan budak yang dulu lagi.

Alicia : Bukan apa. Aku just tak mahu kau bocorkan rahsia kita. Aku tak mahu kau dimarahi atasan lagi. Kau ingat aku suka sangat ke lihat kau kena marah? Aku sendiri pun yang membesar dengan General, tak tahan nak dengan bebelan dia yang berleter tak sudah tu. Apa lagi kau.

Ali : *tak mahu lihat ke mata Alicia, masih mencebik* ........

Alicia : Haih.......

Alicia berjalan merapat ke Ali, dan memegang bahunya.

Alicia : *bisik ke telinga Ali* Jangan rosakkannya lagi.

Alicianpun berlalu pergi, meninggalkan Ali.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ali : Ali geram tahu tak, Ali geram~!!! *hentak meja belajarnya*

2 jam dah berlalu. Dia dah habis bermain bola dengan kawan kawannya, walaupun sedikit tak seronok sebab masih merajuk dengan Alicia.

Boboiboy sedang tak ada di rumah. Dia pergi ke kedai untuk beli barang dapur selepas Ali kata yang ada barang kat dapur yang dah habis.

Bakar : Dia risaukan kau je tu Ali. Dia sendiri yang katakannya kan?

Ali : Ali tahu. Tapi Ali bukan budak kecik lagi! Ali dah 13 tahun! Dah 1 tahun berlalu sejak Ali join M.A.T.A! Tam kan lah Ali kena diawasi lagi?!

Bakar : Uncle tahu. Tapi, ini untuk kebaikkan kamu juga. Bukan Uncle yang kata eh? Uncle ada terdengar Jeneral bagi arahkan ke Alicia hari tu, dan dia kata begitu.

Ali : Tapi kena ke setiap benda yang berlaku Ali kena bagitahu dia?! Papa sendiri pun yang tetibe bagitahu yang akan ada anak kawan dia nak melawat ke sini! Apa yang Ali boleh buat?!

Bakar : Ok kalau bab tu, Uncle sokong kamu. Tapi, kamu kena janji jugak dengan Uncle jugak eh, jaga rahsia kita tau. Tapi, kalau rahsia kita terbongkar secara tak sengaja..... Uncle tahu yang Boboiboy tu budak baik. Jadi, kita tak perlu risau apa apa. Ok, dah dah. Senyum senyum! Meluat Uncle tengok muka masam kamu tu.

Ali mengeluh kesal sementara, tapi akhirnya senyum juga.

Tiba tiba, dari pintu biliknya, kedengaran ada yang ketuk dari luar.

Boboiboy : *dari luar pintu* Erm, Ali! Uncle! Boboiboy dah siap beli barang dah! Boboiboy letak semuanya di atas meja dapur tau!

Bakar : *bukak pintu* Hah! Ya ya! Terima kasihlah dah tolong beli!

Ali : Jadi, Uncle nak masak apa untuk hari ni?

Bakar : Heh, yang tu, serahkan je pada Uncle! Dah dah! Korang pergi tengok TV sana!

Tak pasal pasal dua dua budak tu kena halau ke ruang tamu. Mereka pun boleh buat apa. Tengok TV jelah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokkan harinya, Ayah Ali pun balik dari kerja.

Ghazali : Ahah! Jadi kamu lah Boboiboy ya? Dah besar panjang dah anak kawan pak cik ni.

Boboiboy : Eh? Pak cik pernah jumpa saya eh?

Ghazali : Ada~. Masa kamu kecik kecik, masih minum botol susu, isap puting masa baby dulu.

Boboiboy : Ehehehe..... *sweatdrop*

Ali : Jadi Papa, kenapa Boboiboy kena tinggal dengan kita sebenarnya?

Ghazali : Oh, tu, kami berdua nak kamu berkenalan je. Kami kan kawan, jadi kami pun nak lah anak kami berdua ni berkawan jugak. Lagi pun, usia korang berdua tak adalah jauh mana.

Pandai eh kamu menipu, Ghazali.

Walaupun dah seharian bersama, mereka berdua masih kekok untuk berkawan sebenarnya. Terutamanya dengan jarak umur mereka.

Walaupun Gopal dan Ying berbeza 1 tahun darinya, tapi mereka masih sekelas masa darjah 5 dulu. Jadi, tak adalah kekok mana.

Boboiboy : Jadi, apa yang Boboiboy boleh buat sepanjang di sini, Pak cik?

Ghazali : Oh, buat jelah apa apa. Kamu dialu alukan di sini. Ali, kalau kamu nak bawak Boboiboy ke kawan kamu, bawak lah. Itu pun kalau Boboiboy nak lah.

Ali : Betul ni?!

Ghazali : Betul.

Boboiboy : Ehehehe.....

Ghazali : Buatlah rumah ni macam rumah kamu sendiri ya. Sambil tu, tolong lah jaga Ali sekali. Pak cik ni memang sibuk, sampai tak ada masa nak duduk rumah. Boleh Pak cik harapkan kamu?

Boboiboy : Ya! Pak cik boleh percayakan saya!

Ghazali : Terima kasih Boboiboy.

Ali kelihatan teruja. Tak sabar dia nak tunjukkan semua benda ke Boboiboy, terutamanya, bila Boboiboy tak pernah ke Cyberaya sebelum ini.

Ali : Baiklah Boboiboy. Selama 2 bulan kau bersama aku ni......

Ali mengangkat tangannya dan menggenggam tangannya ke Boboiboy.

Ali : Kita kawan.

Boboiboy hanya melihat ke Ali, dan akhirnya terketawa kecil.

Boboiboy : Ya. Kita kawan.

Ali,BBB : *fist bump*

Dan sejak itu, mulalah masa Boboiboy bersama Ali di Cyberaya itu.
























1084 perkataan

Hehe :v

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top