Misi : Festival Part 2
Siapa sangka, sudah hampir 2 bulan Boboiboy bersama dengan Ali, Uncle Bakar dan Dato' Ghazali.
Masa memang berlalu dengan pantas, ya, dia sedar akan itu. Tapi, entah mengapa....
Dia rasa macam tidak mahu pulang.
.
.
.
Kelihatan Boboiboy yang sedang menenung ke arah langit malam pada malam itu dan meja belajar Ali yang berada betul betul di depan tingkap.
Wajahnya kelihatan muram, sambil menongkat dagunya.
Kedengaran keluhan kecil datang dari Penguasa Elemental itu.
Boboiboy : Haih......
Dia tak mahu pulang bukan tanpa sebab.
Ianya cuma-
Haih.... kalau dia pulang semula ke Pulau Rintis, entah bila lagi dia dapat balik ke Cyberaya lagi, disebabkan kerjanya, yang membuatkan dia terpaksa kekal di angkasa sana hampir 3 bulan lamanya.
Lepas tu, bila diorang akhirnya dapat cuti, tiba tiba je, diorang kena panggil semula ke TAPOPS, tak sampai sehari pun diorang cuti.
Dia dah sayangkan Ali sangat sangat bila dia dapat tahu yang Ali adalah keluarga dia.
Yelah, anak tunggal kan?
Walaupun bukan adik beradik asli, mereka sayang satu sama lain dah macam adik beradik sendiri.
Bukan setakat sepupu atau adik beradik, tapi sebagai kawan juga.
Sebab tak semua adik beradik pandang sesama sendiri sebagai kawan.
Bergaduh lah, itu lah, ini lah.
Macam Fang dan Kaizo awal awal kemunculan diorang dulu.
Tiba tiba, Ali masuk ke dalam bilik setelah seharian duduk di depan TV dan main secara online bersama dengan Viktor.
Ali terkejut melihat sepupunya itu belum tidur lagi.
Ali : Boboiboy? Kenapa tak tidur lagi? Dah nak pukul 12 dah ni.
Boboiboy : Ah- Ali? Oh, tak ada apa apa lah. Aku cuma menikmati langit malam ni je.
Walaupun di kawasan bandar yang super maju, langit malam Cyberaya itu masih lagi mampu dihiasi oleh bintang bintang yang menemani mereka pada waktu malam.
Ali : Jarang aku tengok kau mengelamun sejauh itu. Kenapa? Rindu kampung halaman kau ke?
Soalan Ali tak adalah seratus peratus salah, tapi, Boboiboy masih tidak tahu macam mana mahu berterus terang dengan Ali tentang dunia superheronya di luar angkasa sana.
Ya, Ali dah tahu pasal kerja Boboiboy sebagai superhero.
Tetapi Ali masih tidak tahu pasal TAPOPS dan alien di luar angkasa sana.
Boboiboy tahu, kalau dia terdedahkan terlalu banyak pasal semua itu, ianya hanya akan memakan dirinya sendiri.
Boboiboy : Mungkin. Pejam celik pejam celik, masa aku dekat sini dah nak habis.
Ali tersentak sementara, melihat sepupu dia yang tiba tiba muram itu.
Ali : Kalau masa kau dekat sini dah nak habis pun kenapa? Kau kan boleh datang balik bila bila masa je.
Itulah yang Ali tak tahu.
Boboiboy mengumam kedua dua bibirnya, terpaksa menipu sekali lagi.
Boboiboy : Kau betul. Nampaknya aku je yang terlalu fikirkannya.
Ali : Hah, kalau macam tu, tidur tidur. Esok kau kena pergi sekolah aku kan?
Boboiboy : Hah, yelah yelah Tuan Kecik. Hamba tidur lah ni.
Sempat Ali membaling bantal ke arah Boboiboy. Sempat pulak ejek dia guna bahasa melayu lama.
Boboiboy : Ahahahaha! Terima kasih bantal baru~ hehe.
Boboiboy pun baring di atas cadarnya, dan memeluk bantal lebih yang Ali baling ke arahnya tadi.
Boboiboy : Selamat malam.
Ali : Hm, yelah. Selamat malam.
Mereka berdua pun dibuai mimpi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Malang punya pasal, perut Boboiboy di John Sina oleh Ali, yang menyebabkan perut Boboiboy senak pagi pagi pagi buta.
Dah macam orang pantang lepas beranak pulak Boboiboy dibuatnya pegang perut dari tadi sambil melirik marah ke arah Ali.
Ali : Hehe~ siapa suruh tak nak bangun waktu orang dah kejut?
Boboiboy : Ish! Ye pun nak kena himpap perut aku jugak ke?! Kalau usus aku longgar, aku suruh kau yang bayar bill hospital aku!
Boboiboy meluku kepala Ali menyebabkan budak ketot itu hampir kepalanya termasuk dalam singki.
Diorang berdua tengah letak pinggan kotor mereka di singki waktu kejadian luku kepala itu berlaku.
Ali : Hoi! Sakit lah!
Boboiboy : Heh. Padan muka. Dah dah, cepat pakai tali leher kau, galas beg apa benda. Karang aku batalkan nak hantar kau ke sekolah dan tolong kau kemas kelas kau hari ni, baru tahu.
Ali mengusap bahagian kepalanya yang diluku sepupunya itu tadi, sambil melirik tak puas hati ke arahnya.
Ali : Yelah Laksamana Hang Khairul. Tak kuasa aku nak layan kau pagi pagi ni.
Ali membuang mukanya sebelum berjalan pergi ingin mengambil begnya sambil mulutnya membebel tak puas hati.
Boboiboy pula hanya ketawa kecil, seronok dapat sakat balik sepupunya itu.
.
.
.
Selang 5 minit kemudian, jam sudah menunjukkan pukul tujuh tepat.
Boboiboy sudah berada di luar rumah dengan motornya, menunggu Ali bersiap.
Ali pun akhirnya menampakkan batang hidungnya dari arah pintu utama rumah itu, memakai kasut dengan kalut, dan terus kunci pintu, sebelum berlari ke arah Boboiboy.
Ali : Cepat wei! Aku dah janji dengan Alicia nak datang sebelum 7:20 untuk tolong dia angkat barang ke kelas! Mati aku wei kalau lambat!
Boboiboy hanya mampu bersweatdrop sebab dah terbiasa lihat sepupunya itu kalut setiap pagi sebelum ke sekolah.
Boboiboy : Hah, yelah yelah. Naik jelah cepat. Kata nak sampai awal. Tapi naik pun belum. Jangan lupa topi keledar. Jangan disebabkan kau aku tiba tiba ada record saman.
Membiarkan celoteh sepupunya itu, sepantas kilat, Ali memakai topi keledar, dan terus melompat membonceng di belakang Boboiboy.
Mereka berdua pun memecut menuju ke arah sekolah Ali.
.
.
.
Lebih kurang 10 minit kemudian, mereka pun tiba di depan sekolah Ali.
Seperti biasa, Ali turun dari motor, dan Boboibiy mencari tempat untuk simpan kembali motor dia.
Di sini, Boboiboy memakai baju sekolah dia.
(yang baca komik BBBGLXS2 isu 1 tahulah rupa baju dia macam mana.)
Ianya dikeranakan dia nak blend in dengan suasana sekolah. Yelah, kan kekok dia sorang je pelajar yang tak pakai baju sekolah, walaupun design baju sekolah dia lari jauh dari sekolah Ali.
Kelihatan Alicia yang sudah setia menunggu kedatangan Ali di depan pagar sekolah seperti biasa.
Alicia : Hah, Ali. Sampai pun. Nasib kau tepati janji kali ni.
Ali : Hehe.... *garu tengkuk*
Alicia : Hm? Kenapa Boboiboy datang sekali ni? Siap pakai baju sekolah ni?
Boboiboy : Oh, itu.... er....
Ali : Aku yang minta dia datang, untuk tolong kita kemas kelas. Aku dah minta kebenaran Cikgu dah untuk bawak dia datang hari hari ni.
Alicia : Ooo~ kalau macam tu, ok lah. Hah, cepat, ikut aku. Cikgu dah tunggu kita dekat kereta dah tu.
Ali : Ok boss!
Setelah perbualan pendek di depan pagar sekolah itu, mereka bertiga pun menuju ke arah tempat parking kereta milik guru sekolah itu, dan menuju ke arah sebuah kereta Myvi putih.
Alicia : Selamat pagi Cikgu, kami dah sampai.
Seorang Cikgu wanita kelihatan berdiri sambil separuh badannya berada di dalam keretanya, seperti mencari sesuatu.
Mendengar Alicia menyapanya, dia pun keluar dari kereta dan memandang ke arah mereka bertiga.
Dia adalah Cikgu Munah.
Cikgu : Hah! Sampai pun kamu berdua! Hm? Ni, sepupu Ali yang Ali katakan semalam ke?
Cikgu Munah menghalakan jarinya ke arah Boboiboy.
Boboiboy : Y-ya Cikgu! Cikgu boleh panggil saya Boboiboy!
Cikgu : Hah, bagus lah tu, ramai sikit yang boleh bantu kelas Cikgu! Hah, nah. Bawak semua ni ke kelas kamu!
Satu persatu, Cikgu Munah mengeluarkan kotak kotak yang penuh dengan barang barang keperluan hias kelas keluar dari keretanya, dan menghalakan kesemuanya ke arah tiga bebudak itu.
Sorang tiga kotak mat.
Terkial kial lah tiga bebudak tu cuba berjalan tanpa menjatuhkan kotak kogak itu dan terlanggar dinding atau pelajar lain.
Boboiboy : B-banyak jugak barang korang nak kena guna ni, ehehe.....
Alicia : Ini benda biasa. Hati hati sikit jalan tu. Jangan langgar dinding pulak.
Alicia dengan hebatnya tidak kelihatan terbeban dengan tiga kotak yang dia bawak sekali gus itu, dan berjalan dengan santai ke kelasnya.
Yang dua ekor jantan ni pulak? Dan macam angkat beban negara dah pulak jadinya//plak!!!//
Boboiboy : Haish! Rimasnya!
Ali, tiba tiba memasang muka terkejut apabila melihat muka sepupunya itu.
Ali : *bisik* pssst! Boboiboy! Mata kau berubah biru tu!
Boboiboy : Hah? Ye ke?!
Tanpa Boboiboy sedar, matanya tertukar kepada biru langit, akibat mengingati kejadian kuasa anginnya dipaksa beli barang untuk buat biskut Yaya dulu.
Sampai berkotak kotak dia kena bawak. Mana tak stress dibuatnya budak tu.
Cepat cepat Boboiboy cuba menenangkan dirinya, dan matanya berubah semula ke normal.
Ali : Fuh.... haih, kau kena belajar kawal perasaan kau Boboiboy. Kalau dengan aku tak apa jugak. Tapi kalau dengan orang lain?
Boboiboy : Aku tahu, tapi ianya tak mudah, ok?! Aku dah cuba, selama 5 tahun lamanya! Tapi perasaan aku masih tetap dapat kawal badan aku dengan mudah!
Boboiboy tahu hal itu akan merbahaya jika diluar kawalan sehingga orang awam di Cyberaya terlihat kuasanya, tapi pada masa yang sama, dia sudah mencuba, ok?
Kalau dipaksa sekali pun, ianya hanya akan membuatnya lebih tertekan.
Karang bertambah pulak uban atas kepala dia tu.
Tidak lama kemudian, mereka berdua pun tiba di kelas Ali.
Selamat kelas Ali tinggal bawah je, tak payah naik tangga.
Kalau tak, karang tak pasal pasal ada kes dua budak tergolek jatuh tangga pulak nanti dibuatnya.
Mereka meletakkan kotak kotak itu di atas meja guru.
Boboiboy : Fuh! Selesai jugak satu kerja!
Boboiboy melihat ke arah sekeliling kelas.
Di sana, ramai pelajar murid sekelas dengan Ali sedang melakukan kerja bahagian masing masing.
Kelihatan Viktor di salah satu sudut kelas itu dengan tablet di tangannya dan speaker besar di ssbelahnya.
Viktor kelihatan perasan dengan kehadiran mereka berdua.
Viktor : Hah! Ali! Boboiboy! Sini sini!
Melihat dirinya dipanggil oleh kawan baiknya, Ali pun dengan terujanya menarik tangan sepupunya itu, dan berjalan ke arah Viktor.
Viktor : Wahhhh, Boboiboy betul betul datang lah hari ni!
Ali : Hah, kan aku dah kata! Boleh lah Boboy tolong kita kemas hari ni!
Viktor : Power! Minta bantuannya ya, Boboiboy.
Boboiboy : Erm- ya! Seronok dapat membantu.
Boboiboy kelihatan terkasima dengan speaker besar yang kelihatan canggih yang berada di sebelah Viktor itu.
Boboiboy : *bisik* Untuk apa speaker ni?
Kelihatan Ali yang menyelit sebelah Viktor, ingin melihat tablet kawannya itu juga,
Ali : Hah, Viktor, macam mana dengan sound effect semua tu? Kau dah download ke?
Viktor : Sudah mestinya ma! Semua sound effect ni, Cikgu terima! Comfem semua pelajar takut punya! Tengok ni!
Viktor menekan satu butang yang berada di tabletnya, dan secara automatic, bunyi suara mengilai, jeritan, ngauman dan macam macam suara seram lagi keluar dari speaker besar di sebelah Viktor itu.
"HIHIHIHIHIHIHI~"
"AHHHHHHHHHHH!!!!"
"ARRRRRRRRGHHHHHHHH!!!!"
Hampir tercabut mat jantung Boboiboy dibuatnya.
Ali : Fuyooo! Cun gila! Pasti semua orang akan menjerit sampai terlari keluar dari pintu masuk macam ni! Hahahahaha!
Viktor : Kannnn! Aku pasti festival esok akan meriah!
Tiba tiba, Ali akhirnya perasan dengan keadaan sepupunya itu yang dah pegang dada macam nak pitam di sebelahnya.
Ali : Alamak! Boboiboy, kau ok tak?! Kau terkejut eh?! Sorry sorry, aku lupa nak bagi warning kat kau sebelum pasang tadi!
Boboiboy : T-tak pe, tak pe, aku ok! Jantung aku masih bersambung lagi, tak pe tak pe!
Boboiboy mengambil nafas dalam, cuba menenangkan dirinya.
Setelah baik semula, dia memandang ke arah Viktor dan Ali semula.
Boboiboy : Untuk apa semua bunyi seram ni sebenarnya?
Tak sempat Ali menjawap, Alicia datang menyampuk dari belakang.
Alicia : Tak kan tak sedar lagi?
Boboiboy : Sedar apa?
Alicia menampar dahinya sendiri.
Adoi, sepupu dua dua sama sama ngek.
Ali : Kitorang buat rumah hantu! Tengoklah sekeliling!
Boboiboy akhirnya memfokuskan ke arah setiap bahagian kelas itu.
Semua dekorasi adalah bertema seram, lusuh, dan terbengkalai.
Seperti rumah hantu pada umumnya.
Boboiboy : Oh! Baru aku perasan!
Ali : Best kan?! Apa itu festival sekolah tanpa rumah hantu?! Cikgu dah serahkan tanggungjawap besar ini pada kitorang!
Alicia : Betul. Kami kena pastikan rumah hantu ini seseram yang kami boleh lakukan untuk tarik minat pelajar. Ini adalah salah satu pertandingan juga.
Alicia menguis nguis jarinya pada tabletnya, dan menghulurkannya kepada Boboiboy.
Alicia : Kelas yang berjaya kumpul duit terbanyak, akan diberi hadiah berjumlah 50 ringgit satu pelajar. Jadi, 50×30, kau kira jelah sendiri.
Di tablet itu, menunjukkan kesemua detail mengenai pertandingan antara pelajar itu, yang tentunya membuatkan Boboiboy teruja.
Boboiboy : Fuhhhh, lumayan jugak hadiah dia! Siap ada hamper lagi!
Ali : Kitorang memang bukan kelas paling depan untuk kerja berat ni, tapi disebabkan kitorang ada "Cik SeMpUrNa", pelajar paling bagus dalam tingkatan 1 ni dalam kelas kitorang, jadi cikgu pilihlah kelas kami untuk kerja ni.
Ali sempat membuat nada suara menyampah dan melirik tak puas hati pada Alicia sambil mengatakan hal itu.
Boboiboy : Ooooo~
Alicia : Semua benda dah hampir siap, cuma tinggal kostum je.
Boboiboy : Bagus lah tu, kan?
Walaupun berkata begitu, tetapi, tiba tiba sahaja wajah Viktor, Alicia dan Ali kelihatan seperti ada masalah.
ViAliLicia : Erm.......
Boboiboy : Hm? Kenapa ni?
Ali : Ehehehe.... kita cuma ada masa yang KECILLLLL sahaja sekarang ni.
Boboiboy : Masalah kecil?
Viktor : Kami tak cukup pelajar untuk berlakon jadi hantu untuk esok ma.
Viktor menunjukkan daftar tugas setiap pelajar pada Boboiboy, dan menunjukkan hanya tiga pelajar sahaja yang ditetapkan sebagai hantu, termasuklah Alicia.
Viktor : Aku tak boleh jadi hantu, sebab aku kena jaga sound effect dekat luar.
Ali : Aku pulak kena jaga kaunter masuk, sekali dengan Amir dan Kamil. Yang lainnnnn~ er..... ada sebab masing masing.
Alicia : Tulah masalahnya sekarang. Aku cuba minta bantuan murid kelas lain dan yang dekat academy, tapi aku berjaya tarik Moon dengan Rudy je. Yang lain sibuk esok.
Hebat oh, Rudy kena jadi hantu? Fuhhhh-
Boboiboy : Jadi semua totalnya 5 orang jelah?
Alicia : Nampaknya macam tulah.
Boboiboy, tentunya rasa kesian dengan hal itu.
Dia cuba berfikir, macam mana nak bantu mereka.
Dia tak boleh nak panggil kawan kawan dia dekat Pulau Rintis, sebab diorang tak akan sempat sampai pada waktunya.
Boboiboy : Hm......
Tiba tiba, dia dapat satu idea.
Boboiboy : Hah! Jangan risau, aku rasa aku ada kawan yang boleh tolong korang.
Yang semestinya membuatkan Ali, Alicia dan Viktor terkejut mendengar hal baik itu.
Ali : Betul ke ni?! Cun lah kau, Boboiboy!
Alicia : Tak apa ke? Tak menyusahkan diorang ke nanti?
Boboiboy menggeleng, sambil mendabik dadanya.
Boboiboy : Tak, jangan risau. Diorang semua free esok. Malam ni aku contact diorang, bagitahu pasal hal ni, esok diorang datang punya.
Boboiboy memberikan thumb-up iconicnya pada mereka bertiga, menunjukkan yang semuanya berada di bawah kawalannya.
Viktor : Fuhhhhh, power! Kita kena maklum kan ni pada Cikgu!
Alicia : Hm. *angguk* Boboiboy, ikut aku.
Boboiboy mengangguk, dan mengikuti di belakang Alicia, berjalan pergi ke arah Cikgu Munah semula.
.
.
.
.
Petang itu, akhirnya kelas Ali sudah siap dihias dengan seramnya.
Costum semua telah disiapkan, jadi yang tinggal hanyalah pelakon sahaja.
Mereka telah maklumkan pelakon tambahan 6ang akan dibawa Boboiboy esok pada Cikgu mereka.
Kini, kelihatan Boboiboy yang tidak berada di rumah Ali.
Malahan, dia berada jauh, jauh sehingga berada di dalam hutan. Masih dengan baju sekolahnya.
Melihat dengan pasti yang sudah tiada orang lain selain dia di sana, Boboiboy menyentuh jam kuasanya.
Jam kuasanya bercahaya.
2370 perkataan
Hawoooo.
Dah berapa lama Author tak type cerita-
Sorry lah kalau dialog rasa kering. Writerblock nakkkkk 😍💔
Ok bye-*meroyan masuk baldi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top