Misi : Festival
Boboiboy yang baru sahaja dapat tidur tengah hari selepas kelas onlinenya, dikejutkan dengan pintu bilkk Ali yang dibuka secara kasar dari luar oleh Tuan Punya bilik itu sendiri yang baru balik sekolah.
Dengan bad moodnya kerana tidurnya diganggu, hampir sahaja sisi Halilintarnya keluar, tapi nasib baik dia sempat kawal. Kalau tak, hah, mampus sepupunya jadi tikus mondok panggang nanti.
Boboiboy : Kau ni dah kenapa? Tak boleh bukak pintu tu baik baik ke?
Tapi, Boboiboy memandang sepupunya itu pelik selepas melihat wajah teruja Ali yang tiba tiba itu.
Hari itu Ali balik sendiri guna skuter dia dengan alasan dari Boboiboy, malas, ngantuk.
Kita flashback kejadian semalam kenapa Boboiboy kelihatan terlalu penat sekarang ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
Flashback~
Malam semalam, selepas majlis tidak sah itu tamat, Ali dan Boboiboy memilih untuk jalan kaki balik ke rumah mereka, dikeranakan mahu menikmati embun malam pada malam itu.
Ali : Erghhhh! *menggeliat* Seronoknya party tadi! Tak sangka pulak diorang sanggup buat semua tu semata mata nak minta maaf pada kau je.
Boboiboy, tersenyum kecil melihat sepupunya itu gembira.
Boboiboy : Itu maksudnya diorang kawan yang baik.
Boboiboy tergelak kecil, melihat riaksi Ali yang tidak jangkakan balasan itu darinya.
Ali : Hm, boleh tahan baiklah. Rudy pun dah ada tanda tanda nak berubah jugak.
Ali meletakkan kedua dua tangannya di belakang kepalanya.
Ali : Sejujurnya, aku tak sangka yang diorang akan berubah sebanyak ni.
Boboiboy : Hah? Apa maksud kau?
Ali : Memang itu maksud aku. Kau tak tahu, seberapa teruknya perangai mereka waktu mula mula aku masuk Academy dulu.
Kedengaran keluhan kecil datang dari Ali.
Ali : Haih.... dan kau dah boleh lihatnya pada Rudy. Dialah yang paling lambat nak berubah, walaupun dah macam macam cara aku lakukan untuk buat dia terima aku.
Ali masih lagi tidak puas hati dengan perkara itu, walaupu Rudy akhirnya ada peluang nak berubah kepada yang lebih baik.
Jangan salahkan Ali merasakan sebegitu sekali. Kalau korang di tempat Ali, mesti korang rasakan benda yang sama.
Ali : Aku cuma- haih.... harap yang orang pertama yang dia tunjukkan yang dia cuba berubah, adalah aku, bukan kau. Maaflah kalau ayat aku kasar sikit.
Ali memang nak sangat terima hal itu, tapi ada sesuatu dalam diri dia masih tidak puas hati.
Dia merasa tidak adil. Kenapa sepupu dia boleh dapat layanan baik dari Rudy tapi bukan dia?
Boboiboy, bukan ahli dalam memujuk orang ni. Dia panik bila tiba tiba sahaja Ali bad mood.
Boboiboy : T-tapi, sekurang kurangnya dia mencuba kan?
Ali : Aku tahu! Tapi- ish!
Ali menyepak batu batu kerikil yangada di atas laluan jalan kaki mereka itu dengan tidak puas hatinya.
Ali : Mungkin aku cuma.... haih.... nak rasa jugak dilayan baik oleh Rudy macam kau. Maaf lah kalau kedengaran pentingkan diri sikit, tapi, ini lah aku. Hanya seorang budak yang mahukan kasih sayang sahaja.....
Dia tahu sebab kenapa Rudy buat itu pada Boboiboy, sebab dialah yang rancamg rancangan untuk buat Boboiboy marah sehingga terkeluarkan kuasa dia itu, dan mahu meminta maaf, tapi-
Kenapa hanya Boboiboy, dan bukan dia sekali? Dia pun dihasut untuk lakukan benda yang tidak patut itu juga, jadi kenapa Rudy tak minta maaf pada dia sama?
Tapi, tiba tiba, Boboiboy memeluk leher Ali dari belakang, dengan menggunakan tangan kanannya, yang semestinya buatkan Ali terkejut.
Boboiboy : Mungkin sebab dia masih tak berani nak berhadapan dengan kau.
Ali : Tak berani nak berhadapan dengan aku? Maksud kau?
Boboiboy : Yelah, kan dia dah banyak buat salah dengan kau. Tapi, sekarang dia cuba untuk berubah, dengan BANTUAN korang, membuatkan dia masih tidak tahu macam mana dia nak berhadapan dengan korang semua, dan minta maaf untuk kesemua kesalahan dia.
Boboiboy sengaja menekan perkataan "Bantuan" itu, untuk mengingatkan Ali siapa yang telah membantu Rudy untuk berubah.
Sebab dia tahu, berapa susahnya untuk meminta maaf kepada orang yang dia telah buat salah.
Macam waktu dia kecil dulu, masa dia terlupa pasal janji mereka untuk berkhemah dulu tu.
Kalau bukan disebabkan Ochobot kena culik, mungkin kawan kawan dia masih marah pada dia.
Boboiboy : Aku tahu, bunyi macam tak masuk akal, tapi, ini Rudy yang kita katakan. Dia kan tiada sesiapa yang dia pandang sebagai keluarga dia selain UNO. Bila tahu UNO dah tak ada, kau rasa apa je yang dia rasakan, kan?
Ali, terdiam mendengar penjelasan Boboiboy.
Dia tak terfikir pula pasal benda tu.
Apa yang dia tahu pasal Rudy, hanyalah dia salah satu daei penduduk pinggiran, dan diselamatkan oleh UNO.
Tapi dia tak terfikir pula pasal hubungan Rudy dengan UNO yang dia dah pandang macam ayah dia sendiri.
Keadaan ni.... macam....
Dia dan Aliya.....
Ali : M-maaf, sebab aku kedengaran macam pentingkan diri...
Boboiboy hanya tersenyum, dan mengusap kepala Ali lembut.
Boboiboy : Tak apa. Sekurang kurangnya kau akhirnya sedar.
Ali tersengih malu, sebelum teringat sesuatu.
Ali : Oh! Baru aku teringat! Kau kata, yang hari jadi kau dah lepas kan?
Boboiboy : Haah, kenapa?
Ali memberi senyuman lebar pada Boboiboy.
Ali : Anggaplah yang majlis ni sebagai majlis hari jadi lewat untuk kau daripada kitorang, hehe.
Boboiboy terpangu sementara, melihat wajah sepupunya itu.
Dia tiba tiba terketawa kecil.
Boboiboy : Pfff- hehehe.
Boboiboy memandang langit malam yang penuh bintang itu sementara, sebelum membuka suara semula.
Boboiboy : Yelah. Terima kasih.
Dalam 20 minit kemudian, mereka pun tiba di rumah Ali.
Disebabkan keletihan berjalan, mereka berdua tak sempat pun naik ke bilik, dah tertidur di atas sofa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan itu lah al-kisahnya kenapa Boboiboy kelihatan macam tak tidur sebulan.
Kembali ke cerita semula, Ali kelihatan terlompat lompat gembira macam baru menang pingat emas marathon, membuatkan sepupunya itu tersweatdrop.
Boboiboy : Kau dah kenapa Ali? Gembira semacam aku tengok.
Ali : Tu lah yang nak tunjuk dekat kau ni! Bangun lah!
Dengan tak relanya, Sang Penguasa Elemental itu ditarik bangun dari tangan kanannya oleh Ali.
Kemudian, sehelai kertas ditampar ke arah mukanya.
Ali : Tengok lah weh! Best ni weh! Best!
Dengan saltynya Boboiboy menepis tangan Ali yang tak semena menanya menampar wajahnya, dan mengangkat kertas itu turun dari wajahnya dengan wajah bad mood.
Boboiboy : Ya pun kena ke tampar muka aku?! Aku terajang kau keluar dari tingkap tingkat dua ni karang baru tahu!
Ali : Ah- sorry weh, sorry! Aku terlebih teruja!
Boboiboy : Ish! Apa benda nya yang speacial sangat pasal kertas ni-
Tak sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya, dia terhenti kerana membaca tajuk utama di atas kertas yang berbentuk poster itu.
"Festival Sekolah Sekolah Menengah Cyberaya"
Tajuk itu membuatkan Boboiboy tertarik, dan membaca keseluruhan poster itu.
Boboiboy : Festival Sekolah Sekolah Menengah Cyberaya? Hari sabtu ni? Kau biar betul weh?!
Ali : Macam mana aku nak tipu weh?! Benda dah terang terang depan mata kau kot! Cikgu cakap boleh bawak keluarga sekali, jadi, sebab tu aku nak ajak kau!
Boboiboy : Wuish! Kelas kau buat apa?!
Ali : Itu rahsia lah~ kau akan tahu esok punya! Hari esok kan hari Jumaat, jadi aku nak minta tolong kau tolong kitorang siapkan bahagian kitorang! Sikit je lagi dah nak siap!
Boboiboy : Tapi, macam lambat sangat ke nak inform benda ni ke murid murid. Korang ada satu hari je nak berkemas ni.
Me-mention sahaja perkara itu, terus membuat Ali tersweatdrop dan ketawa tak jelas.
Ali : Ahahahaha..... sebenarnya Cikgu dah bagitahu jumaat minggu lepas..... tapi aku kan tak pergi sekolah jadi...... aku tak tahu. Aku dapat tahu sekarang ni je pun bila Cikgu kitorang suruh kitorang siapkan kelas kitorang untuk Sabtu ni. Aku tanya Viktor, untuk apa? Dia pun kata, untuk Festival sekolah hari Sabtu ni lah. Dia kata dia lupa nak bagi poster tu ke aku semalam. Sebab tu aku teruja sangat ni! Ni tahun pertama aku buat Festival Sekolah dekat sekolah baru!
Of course lah Ali teruja sebegitu sekali. Siapa je tak excited kalau ada festival kat sekolah ni kan? >:D
Boboiboy : Lah, pulak. Hm, yelah. Tapi, Cikgu benarkan ke aku datang sekolah waktu sekolah esok? Aku kan bukan pelajar sana.
Ali : Tak apa, aku dah minta kebenaran Cikgu dah untuk bawak kau ke sekolah esok, sebab, seharian esok sampai petang sebelum magrib, kitorang tak akan balik, sebab nak kena siapkan sebelum Sabtu.
Boboiboy : Hm, ok lah. Aku setuju.
Ali : Yes! Terima kasih Boboiboy! Sayang kau!
Ali pun memeluk Boboiboy, sebelum berlari keluar dari bilik sebab tak mandi lagi selepas balik sekolah tadi.
Boboiboy pun hanya mampu menggeleng melihat perangai sepupu dia itu.
1341 perkataan
Sorry lah pendek, sebab macam Author kata dekat conversation Author, Author sakit, demam, tak larat nak tulis panjang panjang 😔
Jangan marah tau, tau tau tau? Ehek-
Ok, bye- *lari masuk bawah selimut*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top