Misi : Ejen Part 2

Ejen Fit membawa Boboiboy kembali ke bilik utama yang disuruh Jeneral.

Tiba tiba, di pertengahan perjalanan, Ejen Fit tiba tiba berhenti.

Boboiboy : Ejen Fit?

Fit : Hei, budak. Dengar sini.

Ejen Fit melutut sehingga kepalanya bertemu dengan Boboiboy. Dia memegang kedua dua bahu budak tu.

Fit : Aku ada benda nak bagitahu kau ni.

Boboiboy : A-apa dia?

Fit : Sini, mungkin kawan kamu tu bencikan aku, tapi aku nak kamu percayakan aku sekarang ni.

Boboiboy : Ok?

Fit : Apa apa pun yang berlaku, tolong, aku nak kau pilih sahaja untuk jadi Ejen.

Ejen Fit menggoyangkan badan dia, membuatkan nampak lebih jelas yang dia sedang serius.

Boboiboy tak tahu mengapa, dia tahu kesan daei mesin penghiang memori tu, tapi kenapa Ejen Fit macam bersungguh sungguh nak suruh dia jadi Ejen ni?

Boboiboy : Kenapa Ejen Fit macam terdesak sangat ni?

Fit : Aku ada masa orang sebelum kamu dihilangkan ingatan. Kamu bertuah sahaja yang kamu reti berlawan. Dia hampir hilang waras bila nampak kami semua sebab dia dah lupa dia di mana. Selamat kami sempat pengsan kan dia dan hilangkan memorinya lagi.

Boboiboy makin kecut perut dengar apa yang Ejen Fit katakan.

Fit : Tapi itu bukan apa yang aku nak katakan pada kau.

Boboiboy : H-habis tu, apa dia?

Fit : Aku tahu yang mesin tu belum siap.

Boboiboy : B-belum siap?!

Fit : Ya. Mesin tu tak sempat siap semasa orang pertama yang kena mesin tu dapat tahu pasal M.A.T.A. Itulah apa yang aku tahu. Tapi mungkin kau dah tahu pasal apa yang ianya akan buat. Kalau mesin tu tak berjaya, kau nak ke lupakan segalanya? Kau nak lupakan keluarga kau? Kau nak lupa pasal diri kau? Kau nak ke, nak?

Boboiboy : T-tak nak, tak nak!

Fit : Itu apa yang aku nak dengar.

Ejen Fit pun berdiri kembali.

Boboiboy : Erm..... Ejen Fit, boleh saya tanya sesuatu?

Fit : Tanyalah. Apa dia?

Boboiboy : Pasal Ali..... kenapa dia macam benci sangat dengan Tuan?

Fit : Itu...... aku tak boleh bagitahu.

Boboiboy : Kenapa?

Fit : Aku dah janji dengan dia untuk rahsiakan hal ini daei orang lain yang tak tahu. Maaf.

Boboiboy : T-tak apa! Saya faham.

Fit : Tapi, apa yang aku boleh katakan, aku terbuat bend ayang buat dia marah. Tapi, dia juga buat benda yang buat aku marah juga. Senang kata, kalau kau ada dekat tempat aku, kau pun akan lakukan benda yang sama.

Ejen Fit berjalan pergi, meninggalkan Boboiboy yang terdiam, kehilangan kata, tak tahu nak balas apa dengan apa yang Ejen Fit katakan.

Fit : Apa tunggu lagi? Jeneral dah tunggu kamu dah tu.

Boboiboy : A-ah, ya!

Mereka berdua pun terus sambung berjalan ke bilik utama.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy kini sedang berdiri di depan 3 hologram.

Jeneral Rama.

Ketua Teras Tekno, Ejen Dayang.

Dan Ketua Teras Kombat, Ejen Ganz.

Boboiboy sedang berdiri dalam gaya jaga sedia, dengan kedua dua tangannya di belakangnya, dan memandang ke bawah, sedikit kekok, kerana bertemu dengan 3 atasan.

Dengan Laksamana Tarung pun dia takut, apa lagi dengan mamat hindustan garang depan dia ni.

Dayang : Jadi, inilah Boboiboy ya?

Boboiboy : Y-ya saya, Puan!

Ganz : Hm, tak nampak kuat pun macam dalam video. Kurus kerempeng macam batang penyapu.

Boboiboy : M-maafkan saya, Tuan! *tunduk 90° darjah*

Dayang : Haip! Jangan cakap macam tu.

Ganz : Apa? Dah nyata depan mata.

Dayang : Anak anak teras kau tu pun ramai je yang kurus kerempeng.

Ganz : Betul jugak......

Jeneral : Ehem! *berdehem* Kalau saya boleh dapatkan perhatian Tuan dan Puan semula, kita masih ada tetamu di depan kita.

Dayang : Ah, ya, Jeneral. Silakan.

Jeneral : Boboiboy, setelah lihat video bertarung kamu, dan telah berbincang dengan 2 petinggi M.A.T.A, kami bercadang untuk memberikan kamu peluang untuk menjadi Ejen di sini.

Boboiboy : B-betul ke ni?

Walaupun tersenyum, ianya palsu. Boboiboy sebenarnya rasa takut dan cemas sekarang ni.

Dayang : Benar. Kami telah lihat video itu, dan mampu lihat potensi kamu untuk jadi Ejen yang hebat.

Boboiboy : T-tapi, saya hanya orang luar. Bahkan, saya bukan dari Cyberaya.

Ganz : Itu tidak jadi masalah. Apa yang kami mahukan, hanya Ejen yang hebat dan mampu berbakti kepada Cyberaya. Tugas kami, adalah melindungi negeri ni. Tak kira kamu datang dari negeri luar ataupun tidak.

Dayang : Betul. Kamu bertuah Boboiboy, kerana diberi pilihan untuk jadi Ejen. Tak semua orang mampu dapat peluang ni.

Boboiboy : S-saya.......

Ganz : Fikirkan Boboiboy. Berhidmat dengan kumpulan pelindung Cyberaya! Seperti mimpi, tapi kini, kamu berdiri di sini, mendapat peluang yang nyata!

Boboiboy : I-itu.... saya..... saya......

Dayang : Dah lama kami tak jumpa anak muda yang berbakat seperti kamu! Kamu telah membantu Ejen Muda kami dalam misi sebelum ini. Kami sangat terhutang budi. Jadi, fikirkanlah benda ini sebagai hadiah terima kasih untuk kamu.

Boboiboy nak je cakap tak nak. Tapi, pilihannya tiada jalan keluar.

Sekiranya dia pilih untuk jadi Ejen, macam mana dengan TAPOPS? Dia masih setiap. Tak kan lah dia nak belot orang orang yang dah bagi dia peluang menjadi superhero?

Tapi, sekiranya dia menolak, bendanya masih sama. Dia akan kehilangan ingatannya.

Seperti yang Ejen Fit kata, mesin tu tak sempurna. Kalau dia bernasib malang, dia kemungkinan akan kehilangan semua ingatannya.

Ochobot.

Commander Kokoci.

Laksamana Tarung.

Kawan kawannya.

Kuasanya.

Tok..... Tok Aba......

Boboiboy : S-saya.... saya.....

Boboiboy melihat wajah atasan M.A.T.A yang melihatnya dengan wajah penuh harapan. Macam mana dia nak tolak kalau dia dilihat seperti itu?

Boboiboy *dalam hati* 'j-jangan lihat saya macam tu..... kalian hanya buat saya makin serba salah.....'

Jeneral : Jadi, Boboiboy. Apakah pilihan kamu?

Boboiboy : Saya.... s-saya......

Boboiboy melihat ke bawah. Dia terlihat wajah Tok Aba dan Mak ayahnya di dalam kepalanya.

Boboiboy : ........... TERIMA.........































905 perkataan

Hoho- :v *masuk lubang cacing*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top