Misi : Ejen
Boboiboy telah dibenarkan keluarkan dari bilik utama, bersama sama dengan Ali, Alicia dan Uncle Bakar.
Boboiboy masih lagi kelihatan terkejut dengan apa yang baru berlaku di dalam bilik itu tadi.
Mereka sedang menuju ke Academy M.A.T.A, untuk Boboiboy tinghal untuk sementara Waktu sementara tunggu khabar dari Jeneral.
Bakar : Selamat datang ke Academy!!!
Boboiboy : Waaaaa!!!
Boboiboy terpukau dengan keluasan dan kemordenan tempat itu.
Mereka berjalan menuju ke dalam Academy itu.
Beberapa Ejen Muda yang lain sedang berada di sana juga. Salah satu dari mereka berjalan ke arah Boboiboy.
Moon : Hai korang!!!
Alilicia : Hai Moon!
Moon : Macam mana dengan misi korang?
Para Ejen muda yang lain tak tahu pasal perkara tadi.
Ali : Baik! Ianya berjaya!
Moon : Wahhhh! Hebatlah! Macam mana dengan musuh baru ni?!
Alicia : Tak bahaya mana pun. Hanya sekumpulan Pak cik Pak cik Tua yang tak sedar diri je.
Moon : Pak cik tua? Haih, Pak cik tu tak ada kerja lain ke? Cari kerja yang halal ke, pergi umrah ke, masjk Universiti balik ke. Ni pergi buag kerja haram.
Bakar : Kan Moon, kan. Memang tak patut! Dah lah jual organ!
Moon : Jual organ?! Ewwwww, jahat nya!
Alicia : Biasalah, Manusia.
Moon : Kan kan kan. Hm?
Moon akhirnya melihat Boboiboy yang bersembunyi di belakang Uncle Bakar.
Moon : Hello! Selamat datang ke M.A.T.A! Abang ni siapa? Penceroboh ke?
Alicia mengetuk kepala Moon dengan tangannya.
Moon : Adeh!!!
Alicia : Ish kau ni! Hormat lah sikit! Dia tetamu kita! Dan kau dah lupa ke? Dia kan Boboiboy.
Moon : Oh, haahlah, lupa. Eheheheh. Eh, jap. Tetamu? Sejak bila kita ada tetamu?
Alicia : Haih..... sebenarnya..... dia tertahu pasal M.A.T.A.
Moon : Tertahu pasal M.A.T.A? Maksudnya....... BUDAK TOPI HODOH NI MASIH ORANG LUAR?!?!
Alicia mengetuk kepala Moon lagi.
Moon : Adeh!!!
Alicia : Diamlah. Nak satu Cyberaya dengar ke apa?
Moon : Hehe, sorry. Tapi betul ni, macam mana dia boleh tahu?
Moon memandang ke Boboiboy lagi, dengan pandangan macam Boboiboy ni penjenayah. Yang tentunya buat Boboiboy tak selesa.
Boboiboy : Jangan tengok aku macam tu boleh tak? Aku bukannya ada buat salah apa apa pun.
Moon : Kalau kau tak buat salah apa apa, macam mana kau boleh tahu pasal M.A.T.A? Ke kau ni pengintip musuh?!?!
Boboiboy : Bukan aku lah!!! Tiba tiba je nak fitnah orang!!! Kau ni dah kenapa?!?!
Hampir sahaja sisi Blaze Boboiboy terkeluar. Bukan Alicia sorang sahaja yang kena kawal emosi dia nampaknya.
Ali : Bukan Boboiboy. Alicia je yang terlepas cakap kat Boboiboy sampai tercakap pasal M.A.T.A.
Alicia : Yang kau pergi cakap pasal tu kenapa?!
Ali : Apa? Dah memang perkara betul. Kalau aku buat salah, kau bagitahu satu banggunan boleh pulak!!! Kalau aku tak boleh?!?!
Alicia : Ish!
Hah, mula gaduh lagi dua ekor tikus mondok tu. Uncle Bakar yang cemas tiba tiba diorang bergaduh, cuba untuk redakan keadaan.
Bakar : C-cukup korang. Jangan bawak besar besar benda ni. Perkara dah lepas. Relax relax dulu. Tak boleh nak buat apa dah.
Ali : Dia ni Uncle! Tak habis habis macam dia je yang betul! Macamkita je yang selalu buat salah!
Alicia : Dah memang kau selalu buat salah masa misi kan?!
Alj : Habis tu, kau tak pernah langsung ke?! Hah?! Macam kau tu suci sangat, tak ada kesalahan?! Boboiboy tak patut ada dekat sini! Tapi sebab mulut dia ni tak reti jaga kata, habis Boboiboy termasuk sekali dalam hal ni!!!
Boboiboy datang ke antara diorang, dan tolak mereka berdua jauh jauh dari satu sama lain.
Boboiboy : Dah dah! Jangan gaduh! Kan Uncle Bakar kata perkara dah lepas?! Aku pun satu, tak patut ada dekat sana, tapi aku nampak diorang kena culik, jadi aku nak bantu lah. Alicia pun betul, orang luar macam aku yang tak ada pengalaman ni tak patut masuk campur dalam perkara yang merbahaya. Korang pakarnya, jadi aku yang patut dipersalahkan.
Boboiboy terpaksa menipu lagi, dan mengalihkan tuduhannya ke diri sendiri. Kalau dia tak buat, memang sampai ke besok lah diorang berdua ni tak berhenti bertekak. Berdarah telinga dia nanti.
Dua ekor ni bergaduh lagi dasyat dari Ying dengan Yaya dan Ying dengan Fang. Nasib diorang tak ada kuasa. Kalau tak, fuh, riwayat tamat.
Bakar : Tak Boboiboy, kau tak salah. Kau cuma mahu membantu. Kau tahu kau patut tolong diorang, sebab kau boleh. Kami pun sama, dah ada tanggungjawap untuk jaga rahsia ni. Kan Alicia?
Uncle Bakar memberi pandangan lembut ke Alicia, berharap dapat redakan keadaan ni.
Alicia : Haih, yelah. Betul, aku terlepas cakap masa dekat misi tadi. Aku salah. Aku terbawak perasaan sampai terlepas kata.
Ali : Hah, mengaku pun minah ni. Macam ni baru betul. *tepuk bahu Alicia berkali kali*
Alicia : *tumbuk perut Ali*
Ali : Adeh!!!
Moon : Kejap. Kalau Boboiboy tahu pasal tempat ni, adalah bermaksud, Jeneral nak hapuskan ingatan Boboiboy.
Ali : Aduh...... *gosok perut dia senak* Sepatutnya. Tapi, Jeneral mempertimbangkannya selepas Alicia tunjuk video clip Boboiboy berlawan. Cun siak! Jeneral sedang bincangkannya dengan ketua terus sama ada nak jadikan Boboiboy Ejen ataupun tidak.
Moon : Ye ke?! Hebat sangat ke dia bertarung? Macam Ejen Fit ke?
Ali : Tolong.... jangan sebut nama dia. Muak aku dengar.
Moon : Oppss. Sorry. Lupa pulak kau benci Ejen Fit.
Bakar : Baiklah, sementara Boboiboy ada dekat sini, apa kata kita pergi cari makan dekat cafeteria Academi ni? Boboiboy nak?
Boboiboy : Boleh je kalau Uncle sudi.
Ali : Wohuuuu! Jom!
Moon : Kejap! Aku nak ikut!
Mereka berlima pun berjalan pergi ke cafeteria Academi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 jam kemudian, mereka berlima berborak borak selepas Uncle Bakar belanja diorang makan. Baru dapat gaji jadi cleaner sekolah katanya.
Yep, kalau nak makan kat sana kena bayar. Macam kantin sekolah lah.
Ali : Fuhhhhh, kenyang...... *usap perut buncit*
Moon : Best jugak kau ni sebenarnya! Tak sempat aku nak kenal lebih dekat dengan kau hari tu.
Boboiboy : Haahlah. Mana kau lepas hari tu?
Moon : Aku sekolah dekat sekolah lain dari Ali dan Alicia. Tambah lagi kitorang ada Exam pertengahan tahun minggu depan. Jadi, aku tak noleh nak main sangat lah. Cikgu dan Mak paksa study. Sedih hidup. *hetuk kepala atas meja*
Ali : Eh, jap. MINGGU DEPAN PUN SEKOLAH AKU ADA EXAM!!!!
Alicia : Baru ingat ke?
Ali : Ish, kau ni. Macam mana ni macam mana ni macam mana ni-
Bobojboy : Woh, woh, tak pe, tak pe. Aku boleh tolong kau study. Tu pun kalau ingatan aku masih ada lah.
Ali : YEAH, TERIMA KASIH- oh, haah. *kembali murung*
Moon : Haih, sayangnya nanti bila kau dah hilang ingatan kau. Kemungkinan besar kau tak akan ingat kitorang dan diri kau lagi.
Boboiboy : Hah? Apa maksud kau? Tak ingat diri aku?
Moon : Mesin hilangkan memori tu berlaku secara rawak. Tak tahu sejauh mana dia akan hilangkan ingatan kau. Kalau kau bernasib malang, kau tak akan ingat nama kau sendiri.
Boboiboy dah mula makin cemas dengan apa yang dikatakan Moon.
Kalau hilang ingatan pasal kawan kawan dia dekat Cyberaya ni je pun dah teruk, apa lagi, dia akan kemungkinan besar akan hilang ingatan pasal Pulau Rintis, ayah dan maknya, dan paing teruk, dirinya sendiri.
Moon : Tapi tak apa! Kau boleh je jadi Ejen kat sini! Kami pasti akan alu alukan kau, tambah lagi Jeneral sendiri yang pertimbangkan nak jadikan kau Ejen. Mesti kau kuat kan?
Boboiboy : T-tu........
Dahi Boboiboy mula dibanjiri peluh.
Bukan pasal jadi Ejen yang dia risaukan sekarang. Tapi, pasal TAPOPS.
Kalau dia jadi Ejen, macam mana dengan TAPOPS? Dia dah kerja dekat sana dah dekat 1 tahun. Dah lah dia kena rahsiakan keberadaan TAPOPS dari semua orang kat sini, tambah lagi M.A.T.A kalau dia pilih untuk jadi Ejen.
Dia tak boleh nak jadi kedua duanya. Kalau dia keluar dari TAPOPS, siapa nak kerjakan Alien Alien jahat? Dia tak boleh nak bergantung pada kawan kawan dia je.
Tapi kalau dia tolak jadi Ejen, dia akan lupa pasal Ochobot, pasal kuasanya, pasal kawan kawannnya, pasal..... Tok Aba.
Tiba tiba, ada yang pegang bahunya.
Boboiboy : Argh!!!
Seperti tindak balas spontan, Boboiboy mengambil pengapu yang berada di sebelahnya, dan tujukan bahagian pemegang ke orang yang memegangnya.
Boboiboy : E-Ejen Fit?
Rupa rupanya ianya hanyalah Ejen Fit. Terus Boboiboy menurunkan penyapu itu.
Alj : *bisik* Hmph. Mamat ni lagi.
Boboiboy : M-maaf. Ejen Fit perlukan apa apa dari saya ke?
Fit : Jeneral panggil. Perbincangan dah selesai.
Boboiboy : O-oh. B-baik.
Fit : Korang semua tunggu di sini dulu. Jeneral hanya mahukan Boboiboy yang pergi.
Moon : Alahhhhh, tak best lahhhhhh.
Ejen Fit pun memegang bahu Boboiboy kembali dan membawanya pergi.
1354 perkataan
🧚♀️💔 serbuk kilauan kesenduannnnnn ✨💫
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top