Misi : Demam Part 2
Viktor : Kau betul betul ok ke ni? Serabut je aku nampak?
Selepas main dengan Ali, malam sudah tiba. Viktor dah minta kebenaran Puan Ong untuk bermalam di rumah Ali.
Alicia pulak dah balik ke rumahnya.
Viktor bertanya begitu ke Boboiboy, kerana Boboiboy kelihatan kelam kabut dan tak boleh duduk diam.
Boboiboy : T-tak ada apa lah. Aku ok je.
Viktor : Kalau kau ok, kenapa kau nampak macam ada masalah je.
Boboiboy : Aku...... aku penat je kot. Yelah, jaga budak cerewet tu sepanjang hari.
Viktor : Oh, ye ke? Nak aku buatkan air untuk kau?
Boboiboy : Tak apa ke ni? Aku yang sepatutnya hidangkan benda untuk kau, sebab kau tetamu.
Viktor : Ada ada hal lah. Aku selalu lepak sini ma. Setiap kali Ali sakit, aku yang jaga dia semasa Uncle Ghazali kerja.
Boboiboy : O-ok.
Viktor pun pergi ke dapur dan buatkan air rebina untuk Boboiboy.
Viktor : Macam mana sekolah kau? *hulur air ke Boboiboy*
Boboiboy : Ok je. Cuma Cikgu Papa suka buat ujian mengejut. Hari ni pun tiba tiba je dia buat ujian.
Viktor : Hari ni? Bukan hari ni hari ahad ke?
Boboiboy : Kelas tambahan. 2 minggu sekali setiap hari ahad. Sejak bulan lepas. Kitorang kan PT3 tahun ni.
Viktor : Ohhhh, haah, lupa pulak yang kau ni Tingkatan 3.
Boboiboy : Hm. *muka malas* Ali dah tidur ke?
Viktor : Dah. Aku rasa dia buat telenovela Puteri Gunung Ledang dalam mimpi dia, sebab dia asyik cakap "Ayahanda pasti ke?" dan "Puteri, Puteri, Puteri" sampai jatuh katil. Tu pun tak bangun bangun. Tidur mati.
Boboiboy hanya mampu menepuk dahinya, tak terkejut pun, sebab Ali pernah tergolek jatuh katil jatuh atas dia memalam buta. Senak perut kena siku Ali. Tu pun Ali tidur mati, tak bangun bangun.
Viktor : Oh, kan kau cakap kau ada kawan yang pro main game tu kan? Kau cerita lah pasal dia!
Boboiboy : Oh, dia. Nama dia Gopal. Ya, dia India. Ayah dia Pak cik Kumar. 1 tahun lagi tua dari aku, tapi dia satu kelas dengan aku.
Viktor : Hah, macam mana tu?
Boboiboy : Dia kata ayah dia lupa dia umur berapa waktu nak daftarkan dia masuk sekolah rendah dulu. Last last dia masuk darjah satu. Patutnya dia masuk darjah dua.
Viktor : Hah? Boleh pulak macam tu?
Boboiboy : Lumrah hidup dia.
Viktor : Lah.
Boboiboy : Dia tu, perangai macam tak guna sikit, penakut, percaya benda tahyul, fikir pasal makanan je, asyik main game je, kerja sekolah selalu tak siap, macam macam lagi lah.
Viktor : Pergh. Macam kenal pulak orang yang macam tu.
Korang kenal lah siapa.
Boboiboy : Ya. Tu lah hakikatnya.
Viktor : A-
Boboiboy : Tapi..... dia kawan yang baik.
Viktor : Huh?
Boboiboy : Dia selalu ada untuk aku, walaupun aku ni orang yang teruk. Aku selalu tak dengar arahan, selalu fikir pasal diri sendiri, kawan yang teruk, tak selalu ada untuk dia, tapi dia masih nak kawan dengan aku.
Viktor : ........
Boboiboy : Selain dari dia, aku ada kawan lagi. Nama dia Yaya dan Ying. Mereka berdua tu pelajar terbaik di sekolah rendah aku dulu. Diorang tu, tak habis habis nak bergaduh je setiap kali ujian. Kalau ada yang ambil tempat pertama dari diorang, hm, masuk kubur jelah.
Viktor : S-sebegitu sekali?
Boboiboy : Kan.
Viktor : Macam tak adil je. Kita dah penat penat cuba dapat nombor satu, tapi diorang nak marah kita pulak?
Boboiboy : Tulah masalah nya. Tapi, nak buat macam mana. Nasib kitorang.
Viktor : Hm.....
Boboiboy : Tapi diorang masih kawan baik. Kalau ada benda lain selain dari ujian, mereka selalu ada untuk sesama sendiri.
Viktor : Tapi bunyinya masih tak adil.
Boboiboy : Ahahahaha! Oh, dan satu lagi. Aku tak boleh nak panggil dia kawan sangat. Dia lebih kepada Rival dan Frienemy aku. Nama dia Fang. Ada je benda yang dia tak puas hati dengan aku. Pasal ujian lah, pasal bola sepak lah, pasal donut lobak merah lah, macam macam lah. Sampai dia nak cari gaduh dengan aku hari hari.
Viktor : Wuish, tak patut, tak patut.
Boboiboy : Hm, tapi, dia orang yang baik. Walaupun dia suka cari gaduh dengan aku, dia masih lagi tolong aku waktu aku kesusahan. Dia jadi macam tu sebab dia gilakan populeriti, dan tekanan dari abang dia. Tapi, kitorang berjaya leraikannya. Aku dengan dia dah berbaik dah.
Viktor : Wow. Boleh tahan jugak eh kawan kawan kau tu.
Boboiboy : Kan. Walaupun aku bukan penduduk asli sana, diorang masih layan aku macam keluarga sendiri.
Boboiboy menggenggam kedua dua tangannya, seperti tidak mahu melepaskan kawan kawannya.
Viktor : Eh? Kau bukan dari Pulau Rintis?
Boboiboy : Haah. Aku dari Kuala Lumpur sebenarnya. Tapi aku pindah ke sana waktu aku 11 tahun. Waktu tu lah aku berkawan dengan diorang semua, sampai sekarang. Diorang, dan macam rumah aku, tempat aku berteduh, tempat aku luah perasaan, keluarga kedua aku.
Viktor melihat tiba tiba sahaja wajah Boboiboy menjadi sayu.
Viktor : Er..... Boboiboy? Kau ok tak ni?
Boboiboy : *tersedar* A-ah, apa? Oh, aku ok je, tak ada apa apa lah.
Jelas sangat yang Boboiboy menipu.
Viktor : Hm. *muka malas* Tak payah menipulah. Wajah kau tu, nampak sangat ada sesuatu yang tak kena.
Boboiboy : E-erm..... *berpeluh satu badan*
Viktor : Kau boleh bagitahu aku. Aku janji, aku tak akan bagitahu sesiapa.
Boboiboy : Erm... y-yelah! Aku tak suka tempat ni!!!!
Boboiboy akhirnya katakannya. Viktor sedikit terkejut dengan jawapan Boboiboy.
Boboiboy : A-aku takut ok?! Aku tak ada sesiapa yang aku kenal yang boleh tolong aku! A-aku bahkan masih tak boleh nak percaya kan korang- ops- *tutup mulut*
Boboiboy terlepas cakap. Dia mula gelabah.
Boboiboy B-bukan aku tak pandang korang sebagai kawan aku, c-cuma, ah- er...... huh..... aku perlukan masa untuk percayakan korang sepenuhnya......
Viktor : .........
Boboiboy : Aku perlukan masa lebih setahun untuk sesuaikan diri dengan Pulau Rintis, apa lagi dekat sini, yang jauh berbeza dengan sana! Aku bukan tak nak percayakan korang, tapi aku selalu percaya kan seseorang terlalu cepat, sampai aku sendiri yang kena padah! Aku tahu korang budak baik, tapi aku tak nak ambil risiko! Aku dah cuba, untuk kekal gembira supaya korang terima aku, tapi aku tak boleh ok?!
Boboiboy lepaskan semuanya. Dia dah cuba sedaya upaya untuk kekal, tenang, untuk sesuaikan diri dengan suasana sana, orang sana, dan Ali. Tapi, ianya bukan mudah, ok?
Macam korang pindah ke sekolah baru, dengan tiada sorang pun yang korang kenal. Korang pun akan rasa terpinggir dan susah nak percayakan semua orang baru yang korang jumpa.
Viktor tak sangka Boboiboy rasa sebegitu sekali. Dia lihat Boboiboy macam dah boleh sesuaikan diri dengan Cyberaya tu, tapi rupanya dia silap.
Boboiboy : M-maaf..... aku cakap melebih pulak....
Viktor meletakkan tangannya di bahu Boboiboy, membuatkan Bonouboy terpandang ke arah Viktor.
Viktor : Tak apa ma. Aku cuma gembira yang kau cukup percayakan aku untuk luahkan semua itu.
Boboiboy : A-aku cuma....
Viktor : Kau tak perlu terus cuba untuk percayakan kami semua terus macam tu. Aku pun dulu, masa baru kenal Ali, aku pun tak percayakan dia sepenuhnya. Tapi, lepas tahu yang dia tu budak yang baik, dan mudah dibuat kawan, aku mula rapat dengan dia sikit sikit, sehinggalah kami jadi kawan macam sekarang.
Boboiboy : .......
Viktor : Kau baru 1 minggu di sini, kau masih ada banyak masa untuk semua itu. Aku tahu kau akan selesa dengan kitorang bila kau dah sedia. Jangan terburu buru. Ok?
Boboiboy : ....... terima kasih......
Viktor : Hm? Ehehehehe. Sama sama. Jom lah kita masuk tidur. Dah nak pukul 12 ni.
Boboiboy : J-jom.
Mereka berdua pun akhirnya naik ke atas dan tamatkan hari mereka dengan lelapkan mata.
1215 perkataan
🐊🧚♀️🎉 Yahooo *lesap balik*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top