Misi : Demam

3 hari sudah berlalu. Sudah hari Ahad.

Maka, dah lengkap 1 minggu Boboiboy tinggal bersama Ali.

Kelihatan Boboiboy berjalan ke bilik Ali sambil membawa sebekas kecil air dengan tuala di tangannya.

Boboiboy : Ali? Aku masuk ni.

Ali : *dari dalam* Hah? Oh, hah, masuk masuk.

Boboiboy pun masuk ke dalam bilik, dan terlihatlah Ali yang terlantar di atas katil.

Ali dah demam tiga hari selepas terpaksa mandi hujan semasa balik dari pinggiran tempoh hari.

Dah 3 hari lah Ali terlantas atas katil jawapnya. Nasib waktu dia demam tu dah hari jumaat. Jadi, satu hari jelah dia tak pergi sekolah.

Boboiboy meletakkan tangannya di dahi Ali.

Boboiboy : Panas dah mula turun. Tapi kau kena rehat lagi.

Boboiboy menukar tuala di dahi Ali dengan yang baru.

Boboiboy : Lemah jugak ketahanan imunisasi kau ni. Mandi hujan je dah demam tiga hari?

Ali : Diam lah kau.

Boboiboy : Ehehehehe.

Ali : Haih, tak suka lah demam ni! Aku nak main game dengan Viktor!

Boboiboy : Aip, jangan jerit kuat sangat. Nanti makin kering pulak tekak kau tu. Dah lah nak bangun pergi tandas pun tak larat.

Ali : Hm. *muka malas*

Boboiboy : Memang dah lama ke kau tak kena demam macam ni?

Ali : Haah. Yang last aku ingat demam seteruk ni pun 2 tahun lepas. Sebab terlajak skuter tak boleh break sampai jatuh sungai. Nasib Uncle ada ajar aku berenang. Kalau tak, dah lama aku tak ada.

Boboiboy : Hah, nah. Ni aku ada masak bubur ni untuk kau.

Ali : Kau yang masak? Boleh percaya ke ni?

Boboiboy : Apa? Kau ingat aku ada masa ke nak oder grab food untuk kau? Dah lah Ayah kau kerja, Uncle kau entah pergi mana, tinggal aku je kena jadi kuli tanpa gaji kau ni.

Ali : Hm. *muka malas* Kau letak jelah dulu atas meja. Aku nak tido.

Tiba tiba je Boboiboy jentik dahi Ali.

Ali : Adoi! Woi! Kau jentik dahi aku dah kenapa?!

Boboiboy : Padan muka. Tak ingat badan ke cik bang oi. Kau kan kena makan dulu. Lepas ni kau nak makan ubat pulak. Dah dah, jangan mengada ngada. Makan cepat!

Ali : Haih, yelah yelah.

Ali pun bangun dari baringnya, dan ambil mangkuk bubur tu dari tangan Boboiboy.

Ali : Fuh! Sedap jugak bubur ni. Pandai jugak eh kau masak.

Boboiboy : Tak adalah. Tu atok aku yang ajarkan. Dulu waktu kecik, aku pun selalu demam jugak. Last last dia ajar aku je terus cara nak mssak bubur ni kalau aku tiba tiba demam balik waktu tak ada dengan dia.

Ali : Atok kau?

Boboiboy : Haah. Tok Aba. Masakkan Tok Aba, fuhhhh, tip top! Dia ajar aku masak macam macam benda. Tom yam lah, nasi goreng lah, bubur yang kau tengah makan tu lah, ayam masak kicap lah, macam macam lah.

Ali : Fuhhhh, patutlah kau pandai masak. Macam macam benda dia ajar kau.

Boboiboy : Biasalah, satu satunya cucu dia.

Ali : Kalau kau lah yang tolong masakkan untuk aku hari hari, aku tak kisah demam seminggu.

Boboiboy : Banyak cantik.

Ali : Ehehehehehe.

Tiba tiba, kedengaran bunyi loceng rumah berbunyi.

Ali : Hm? Siapa pulak yang datang tu?

Boboiboy : Oh! Aku lupa nak bagitahu! Viktor datang nak tolong aku jaga kau hari ni.

Ali : Woh! Tapi kenapa dia nak jaga aku pulak?

Boboiboy : Kepala mangkuk kau lah nak aku jaga kau sorang sorang. Dah lah cerewet. Ni pun selamat dia tolong ikhlas, bukan aku yang mintak.

Ali : Ehehehehe.....

Boboiboy menggulingkan mata nya sahaja dengan sengihan kerang busuk Ali.

Tanpa buang masa, Boboiboy terus berlari ke bawah, dan bukakan pintu untuk Viktor.

Boboiboy : Viktor! Sampai pun kau.

Viktor : Hehehe, aku singgah pergi kedai yadi, nak belikan makanan untuk Ali.

Boboiboy : Oh, terima kasih lah. Penat aku nak masak untuk budak cerewet tu.

Alicia : Memang dari dulu dah cerewet.

Tiba tiba Alicia muncul dari belakang Viktor.

Boboiboy : Eh? Alicia?

Alicia : Hai.

Viktor : Ni, waktu habis beli makanan tadi, aku terserempak dengan dia. Lepas aku kata yang Ali demam, terus dia nak ikut sekali.

Alicia : Haah. *angguk*

Boboiboy : Terima kasihlah sebab nak tolong aku. Dah lah makanan dekat dapur dah nak habis. Aku pulak Bankrup. Pak cik Ghazali tak tinggalkan apa apa pun duit untuk kitorang. Uncle Bakar pulak hilang entah kemana sejak pagi tadi.

Alicia hanya mampu menahan ketawa sebab dia tahu Uncle Bakar tengah kena dera dengan Ejen Mentor yang lain, berlatih dekat M.A.T.A.

Boboiboy : Hah, jemput lah masuk. Walaupun ni bukan rumah aku, er...... buat macam rumah sendiri ya?

Viktor : Ok, bagus! Mana Ali? Aku nak tunjuk dekat dia game baru yang aku jumpa ni!

Boboiboy : Oh, dia dekat bilik dia. Hah, bagi sini makanan tu, aku susun kan dekat dapur.

Viktor : Ok, nah.

Viktor dan Alicia pun naik ke tingkat atas, sementara Boboiboy pergi ke dapur.

Viktor main terjah masuk bilik Ali, sebab memang dah biasa main dekat rumah budak ketot tu.

Viktor : Ali! Sihat tak?

Ali hanya memandang Viktor dengan muka malas.

Ali : Nak kena tanya tu jugak ke? Tak nampak ke aku terlantar atas katil macam mayat ni?

Viktor : Ehehehe, sorry sorry. Aku ada jumpa game baru yang seronok ni!

Ali : Ye ke?! Mana mana, aku nak te..... ngok......

Terus sahaja senyuman Ali kembali pudar selepas nampak Alicia bersandai di muka pintu biliknya.

Ali memandang malas ke arah Alicia.

Alicia : Hai. *senyum nakal*

Ali : Kenapa minah ni ada dekat sini?

Viktor : Aku terserempak dengan dia ma. Aku bagitahu yang kau demam dekat dia, terus dia nak ikut sekali.

Ali : Tiba tiba baik pulak kau nak jenguk aku.

Alicia : Ala, kenapa? Kita kan kawannnn~~~~~

Alicia berkata begitu sambil menekan perkataan kawan itu, dengan nada sarkastik.

Alicia : Tak percaya aku.

Alicia : Eheheh, macam lah kau tak kenal aku.

Mereka bertiga pun habis kan masa sepanjang hari itu, semantara Boboiboy sedang sensara di dapur sebab bersepah.






























937 perkataan

Author ada lukis persona Author.



































Buaya langit :v

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top