Misi : Cyberaya

3 hari dah berlalu, tiba harinya Boboiboy melakukan misi tak sah yang diberikan oleh ayahnya.

Ochobot : Boboiboy.... kau betul ke okey pergi sorang sorang ni?

Mereka kini berada di Lapangan Terbang Pulau Rintis. Mereka sedang duduk di kerusi menunggu sementara tunggu kapal terbang Boboiboy ingin berlepas.

Boboiboy : Aku ok jelah Ochobot. Macam lah aku tak pernah pergi mana mana tempat bahaya sendiri.

Ochobot : Aku cuma risau je. Kau tak ingat ke apa ang jadi dekat Planet Volcania, Planet Junkbert, Retak'ka semua tu dulu?

Boboiboy : Ahahahaha! Aku pergi ke Cyberaya jelah. Bukan nya ke Planet yang bahaya pun. Aku janji, aku akan ok!

Boboiboy mengangkat tangan kanannya, mengangkat janji sumpah.

Tok Aba : Ok lah tu, Ochobot risau kan kamu je. Hah, ayah kamu tu dah bagi ke apa yang dia kata hari tu?

Boboiboy : Belum Tok. Bah kan dia tak pernah Whatsapp Boboiboy sejak 3 bulan lepas.

Boboiboy menunjukkan Whatsappnya dengan Amato yang memiliki tarikh dari 3 bulan lepas. Tanpa ada messages yang baru.

Tok Aba : Hm, bertuah punya anak.

Tiba tiba, Gopal muncul dari tepi.

Gopal : Huhuhuhuhu, aku nak ikut kau Boboiboy! Aku sunyi kalau tak ada kau dekat sisi aku, huhuhuhuhu!

Gopal yang dok berdrama swastanya, memeluk Boboiboy dari tepi. Yang dipeluknya rimas, sampai sisi Halilintarnya hampir terkeluar.

Melihat petir merah yang datang dari Boboiboy, terus Gopal melepaskan pelukkannya,

Gopal : Sorry sorry! Jangan tukar jadi Halilintar weh?!?!

Yelah, risau tetibe kena renjat. Dia tak nak mati lagi. Masih ada banyak game yang dia belum cuba.

Boboiboy : Haih. Macam lah aku tak pernah tinggal kau. Kan waktu aku first datang sini kan aku kena balik KL balik. Ni pun aku pergi Cyberaya je. Lagi pun kita cuti 3 bulan je. Tak ada nya aku hilang lagi sampai 6 bulan.

Gopal hanya mampu merengek dalam diam di tepi. Karang kalau dia berdrama lagi, karang tak pasal pasal kena tendangan seribu laju dengan Ying yang dah keluarkan aura seram dia tu dekat tepi.

"Pengunguman. Kapal Air Asia MH238 yang akan menuju ke Cyberaya akan berlepas sebentar lagi. Para penumpang diminta datang ke dek 7 dengan segera"

Tok Aba : Hah, tu kapal kamu tu.

Boboiboy : Baik. Boboiboy minta diri dulu ya Tok. Assalamualaikum.

Boboiboy pun menyalam tangan Tok Aba, tanda perpisahan sementara.

Tok Aba : Waalaikumusalam. Jaga diri baik baik. Tak ada satu pun kawan kamu yang boleh tolong kamu kalau kamu dalam bahaya dekat sana.

Boboiboy : Hehe, baik Tok.

Boboiboy pun berlari ke arah dek yang dia perlu pergi. Sebelum masuk ke keramaian, dia sempat toleh ke belakang dan berlari secara mengundur dan melambai ke arah yang lain.

Boboiboy : Bye semua!

All-BBB : BYE BOBOIBOY!!!

Boboiboy pun akhirnya hilang dari pandangan dan masuk ke dalam keramaian.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Flashback, 1 hari sebelum itu, kita terbang ke Cyberaya. Kelihatan seorang lelaki, hampir memasuki usia 40-an nya, sedang minum kopi di atas meja makannya.

Dia nampaknya sedang menyiapkan kerjanya di laptopnya.

Tiba tiba, telefon rumahnya berdering.

??? : Hm? Siapa tu? Tiba tiba call.

Lelaki itu pun bangun, dan terus berjalan ke ruang tamu rumahnya, dan mengangkat telefon itu.

??? : Hello?

Amato : Waalaikumusalam.

Terus tersentap hati lelaki itu.

??? : A-Assalamualaikum.....

Amato : Aku dah jawap.

??? : A-abang Mato! Lama tak dengan khabar! Apa khabar abang? Kenapa tiba tiba Abang telefon ni?

Amato : Kenapa? Tak boleh ke?

??? : Tak adalah. Cuma, tiba tiba je telefon. Dah 3 bulan tak dapat khabar.

Amato : Sengaja. Nak dengar suara adik angkat ipar Ghazali abang ni.

Ya, Ghazali. Ayah Ali. Dia adalah adik angkat isteri Amato. Walaupun sekadar adik angkat, dan adik angkat ipar, Amayo dah pandangnya sebagai adik sendiri, walaupun tiada pertalian darah yang betul dengan isterinya.

Ghazali : Hehe. Macam mana Kak Aisyah?

Amato : Baik je. Ni hah ada dekat bilik sebelah ni.

Ghazali : Oooooo.

Amato : Ni, ada sebab kenapa Abang telefon ni.

Ghazali : Hah, apa dia?

Amato : Kau tahu kan yang anak kita berdua tak pernah bertemu. Dan tak tahu pun sesama sendiri ada mak cik, pak cik ataupun sepupu kan?

Ghazali : Haah. Kenapa?

Amato : Macam ni. Esok, anak aku, aku mintak dia datang ke Cyberaya. Nak suruh dia jumpa dengan Ali.

Ghazali : Y-ye ke? Kenapa tiba tiba sangat ni?

Amato : Memang sengaja pun begitu. Nak bagi kejutan.

Ghazali : Tapi..... esok Zali kerja. Tak dapat nak ambil budak tu nanti.

Amato : Ala, suruh jelah anak kau tu yang ambil.

Ghazali : Boleh ke nak harapkan dia?

Amato : Boleh je. Dia kan 2 tahun lagi muda je dari Boboiboy.

Ghazali : Kenapa lah Abang masih panggil budak tu dengan nama manja dia.

Amato : Alah, biarlah. Baby bucuk Boboiboy kesayanganAbang tu. 😚

Ghazali : Pulak.

Amato : Ehehehehe. Tapi, jangan bagitahu Ali dulu yang Boboiboy tu sepupu dia. Kita biar jadi rahsia dulu.

Ghazali : Hm? Kenapa?

Amato : Ala, nak biar diorang terkejut. Kalau dah bagitahu nanti, jangan lupa rakam riaksi diorang tau. Ehehehehe. Kita biar seminggu 2 dulu.

Ghazali : Hm, yelah. Berapa lama Boboiboy akan duduk sini?

Amato : Dalam 2 bulan. Dalam masa tu, boleh lah dia teman Ali. Kau kan selalu sibuk dengan kerja kau sebagai salah satu orang politik. Jadi, aku nak bagi lah peluang ke diorang berkenalan. 

Ghazali : Hm, baiklah. Kirim salam ke Akak tau.

Amato : Yelah. Assalamualaikum.

Ghazali : Waalaikumusalam.

.
.
.
.
.

2 jam kemudian, Ali akhirnya balik ke rumah, selepas menjalani latihannya rahsianya di M.A.T.A.

Senyap senyap, Ali membuka pintu, dan masuk ke dalam rumah. Dia lihat sekeliling, tiada ayahnya.

Ali : Fuh, selamat.

Ghazali : *muncul entah dari mana* Ali!

Ali : OHMAKBADAKBERENDAMMASUKPARIT!!!

Akibat terkejut, Ali sampai terlentang. Hebat melatahnya tu.

Ali : Huh.... huh..... kusssss semangat.....

Ghazali : Hah, balik rumah pun. Lama betul kamu main dengan kawan kamu tu.

Ali : Heh, biasalah Papa. Diorang tu, kalau dah sampai gol ke 3, memang tak akan berhenti sampai beza 2 poin dari team lawan.

Ali terpaksa menipu, sebab tak mahu lakukan kesalahan yang smaa lagi. Ayahnya hampir syak yang Ali berada di tempat kejadian waktu serangan Niki hari tu, tapi berjaya ditapis oleh Uncle Bakar dan Alicia.

Ghazali : Hm. Yelah tu. Hah, ni, Papa ada satu tugas untuk kamu.

Ali : Hm? Hah, apa dia?

Ghazali : Esok, ada anak kawan Papa datang ke sini. Dia akan tinggal dengan kita untuk 2 bulan. Papa kerja esok, jadi tak dapat nak ambil dia esok. Boleh tak kalau kamu gantikan Papa?

Ali : Anak kawan Papa?

Ghazali : Haah. Dia dari Pulau Rintis. Dekat Perlis sana.

Ali : Ooooo, kalau macam tu, boleh!

Ghazali : Terima kasih ya sayang.

Ghazali pun berjalan pergi dari situ.






























1046 perkataan

Dan, oh ya, Ayah Ali tak tahu pasal TAPOPS, Power Sphera, Alien dan semua tu tau. Jadi, dia tak tahu yang Amato kerja dengan TAPOPS. Ok, bye-*lesap*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top