Misi : Berseronok Part 2
Setelah penat bermain bowling di mall, mereka pulang ke rumah Ali, dan sambung bermain permainan lain pula.
Ali dan Gopal sedang berlawan Detektif Jebat di controller yang disambungkan ke televisyen milik Ali.
Ali : Serang dia Gopal! Serang lagi!
Gopal : Heh! Serahkan semuanya ke Gopalji!
Ali pernah ingat yang Boboiboy pernah kata salah satu kawannya adalah kaki game, dan akhirnya dia berjaya berjumpa dengannya secara berdepan, dan terus ajak Gopal teman dia main game sebaik sahaja mereka sampai di rumah.
Ini kali pertama Gopal bermain game Detektif Jebat itu kerana game itu hanya populer di Cyberaya sahaja. Tetapi, sama sama gamer berat, of course lah dia terima cabaran itu.
Sementara mereka berdua sedang bermain game, yang lain sedang bermain permainan lain di tepi mereka berdua.
Viktor tidak dapat bermain bersama Ali kerana Gopal telah mengambil tempatnya dan game itu hanya boleh dimain kan oleh dua orang sahaja.
Dia sedang bermain kad Uno bersama bersama Yaya dan yang lain.
Sekarang adalah giliran Boboiboy.
Boboiboy kelihatan sedang serius, tidak mahu memilih kad yang salah.
Kad yang berada di antara mereka semua adalah kad nombor tiga berwarna merah.
Manakala di tangannya ada dua kad berwarna merah, tiga kad berwarna merah, satu kad berwarna kuning, satu kad reverse dan satu kad empat warna.
Semuanya berjumlah lapan kad.
Yaya memiliki lima kad di tangannya, Ying pun sama, manakala Fang memiliki enam kad dan Viktor memiliki tujuh.
Boboiboy lah yang paling banyak kad di tangannya ketika ini.
Boboiboy berfikir serius, dan akhirnya tahu apa nak buat.
Boboiboy : Hah, nah!
Boboiboy meletakkan satu kad di tengah, dan ianyanya kad reverse.
Fang : Erk?!
Fang tidak dapat berjalan kali ini kerana diputarkan pusingan kepada Boboiboy semula.
Boboiboy kemudian meletakkan nombor tujuh berwarna merah di atas kad reversenya tadi.
Boboiboy : Hehehe~ aku dah setara dengan kau sekarang!
Viktor ternganga, sekarang dirinya yang paling banyak kad sekarang.
Fang kelihatan gelisah.
Di tangannya hanya ada warna hijau dan biru sahaja, dan dia tidak memiliki kad bernombor tujuh.
Fang : Ish! Yelah!
Fang mengambil kad baru di dek, tetapi ianya adalah kad berwarna kuning bernombor lapan.
Fang : Erk?!
Fang berakhir mengambil lagi sehingga dia terambil sepuluh kad sepenuhnya dan berjaya menjumpai kad yang dia boleh letakkan di tengah.
Jumlah kadnya sekarang adalah lima belas kad.
Fang murung di tepi. Sekarang dia yang paling jauh ketinggalan.
Fang : Huhuhu~ *mengenang nasib*
Viktor bersorak sendiri dalam hati dirinya tak jadi kalah.
Giliran Yaya pula.
Yaya meletakkan kadnya dengan tenang, meninggalkan lima kad di tangannya.
Yaya : Jadi, nama kau Viktor kan?
Yaya tiba tiba menegur budak itu.
Viktor : Hm? Oh, saya? Haah. Kenapa?
Yaya : Tak adalah. Selain daripada Ali, Boboiboy ada cerita pasal kau jugak.
Viktor : Hah? Ya ke?
Yaya : Hmmp! *mengangguk* Giliran kau.
Yaya menunjukkan ke arah kad yang berada di tengah.
Viktor : Oh-haah.
Viktor cepat cepat meletakkan kadnya di tengah.
Selamatlah dia ada kad warna merah di tangannya.
Viktor : Apa yang....Boboiboy kata fasal aku?
Dia tertarik juga mahu tahu apa yang budak beruban tu katakan pasal dirinya kepada kawan kawannya.
Yaya : Dia kata kau adalah kawan baik Ali, dan selalu bersama dengan mereka berdua. Kau pun selalu tolong mereka bila diorang perlukan sesuatu dan dalam masalah. Kau budak yang baik juga kan, Viktor?
Yaya memuji Viktor sambil tersenyum.
Disebabkan Viktor lebih muda dari dirinya, dia layan Viktor seperti adik kepadanya.
Terutamanya bila dia sendiri memang ada adik.
Viktor : O-oh....terima kasih....
Viktor tiba tiba memerah mukanya malu dipuji oleh Yaya.
Siapanya tak suka kena puji sebagai budak baik kan? Ohok-
Sementara mereka berdua sedang berborak, Ying, Fang dan Boboiboy sedang berperang antara satu sama lain.
Ying meletakkan kad bertukar warna, dan Boboiboy meletakkan kad block berwarna kuning.
Fang : Erk?!
Fang terasa dibuli. Dah lah kad warna kuning adalah kas paling banyak di tangannya sekarang, tetapi dia tidak boleh jalan kerana gilirannya di block.
Fang memberi jelingan tidak puas hati sambil mengetap giginya marah kepada dua kawannya itu.
Boboiboy dan Ying tersengih jahat ke satu sama lain, berjaya membuli Fang.
Permainan mereka itu berlansung dengan hangat, kerana tidak ada satu pun yang mahu kalah.
Gopal : Ish! Ali, lompat lah betul betul sikit! Kau ni reti main ke tak?!
Ali merasa dihina kerana itu adalah kali pertama Gopal bermain game itu, tetapi Gopal sudah pro dalam bermainnya.
Sampaikan Ali sendiri yang dah tiga tahun bermain game itu sendiri susah nak catch up dengan Gopal.
Ali : Ish, diamlah! Macam mana kau dah pandai main macam ni ni?!
Gopal : Heh! Aku dah bermain game gaya macam ni sejak aku lima tahun lah!
Sementara budak budak itu sedang bermain, Ayah Ali, Ghazali, muncul dari tingkat atas, dan menegur anak dan kawan kawannya itu.
Ghazali : Anak anak semua main apa tu?
Boboiboy : Hm? Oh, Hai Pakcik! Kitorang main kad Uno je, dan diorang berdua tu tengah main game.
Ghazali : Oh~ baiklah kalau macam tu. Kamu semua nak air ke? Boleh kita minum petang sama sama.
All-Ghazali : Nak nak!
Bila semua sudah bersetuju, Ghazali pun terus berjalan ke dapur untuk membancuh teh untuk mereka semua.
Bila sudah siap, mereka semua berkerumun di meja makan, termasuklah Uncle Bakar yang baru keluar dari tandas sebentar tadi.
Mereka semua berborak ringan sahaja sepanjang minum petang itu, mencuba mengenali satu sama lain lebih rapat.
Ghazali nak juga kenal dengan kawan anak buah dia itu.
Kawan kawan Boboiboy pun senang berborak dengan Ghazali kerana dia ramah.
Sedar tak sedar, dah pukul tujuh malam sudah.
.
.
.
Kawan kawan Boboiboy semua sudah berkemas kemas, dan berjalan keluar daripada rumah Ali dan Pakcik Ghazali itu.
Pakcik Ghazali dah hilang, naik ke atas semula, meninggalkan Ali dan Bakar sahaja di bawah.
Yaya : Bye korang! Jumpa esok!
Boboiboy yang sedang mengemas kad Uno yang mereka main tadi, terkejut melihat kawan kawannya seperti mahu beredar dari sana.
Boboiboy : Eh? Korang nak pergi mana?
Boboiboy sendiri tidak tahu mereka mahu ke mana.
Fang : Kitorang ada tempah hotel untuk bermalam malam ni. Lagi pun, kitorang tak nak susah kan Encik Ghazali.
Ramai ramai tidur satu rumah, memang agak padatlah.
Boboiboy : O-oh...
Boboiboy kelihatan sedikit kecewa, kerana dia ingatkan dia boleh bermalam dengan kawan kawan dia malam ni.
Yelah, dah dua bulan tak berjumpa kan? Dia belum puas berborak dengan kawan kawannya lagi.
Tapi, tiba tiba, Gopal menarik tangannya.
Gopal : Marilah ikut kitorang sekali Boboiboy!
Boboiboy : E-eh?
Ying turut memeganb bahu Gopal sambil melihat ke arahnya juga.
Ying : Yah lor! Boleh kita buat macam sleepover ke apa malam ni!
Boboiboy terkedu sementara.
Boboiboy kemudian memandang ke arah Uncle Bakar, kerna adia satu satunya yang dewasa di situ, dan Uncle Bakar sendiri dah bertanggungjawab untuk menjaganya.
Boboiboy : Boleh ke Uncle?
Sosok dewasa tersenyum ke arahnya.
Uncle Bakar hanya mengangguk, membenarkannya.
Bakar : Mestilah boleh~ jaga diri baik baik tau!
Uncle Bakar sendiri pun tidak mahu mengambil kebebasan budak tu. Lagipun Boboiboy dah cukup matang di matanya, jadi dia tidak terlalu risau.
Boboiboy pun, apa lagi, gembira lah nampaknya.
Boboiboy : Terima kasih Uncle!
Gopal melepaskan tangan sahabatnya itu.
Boboiboy cepat cepat naik ke atas, untuk mengambil beberapa baju untuk malam ni dan pagi esok.
Boboiboy : Dah lamanya tak buat macam ni! Hehehe!
Ya, disebabkan tugas mereka sebagai superhero, memang susah untuk mereka dapat kesempatan untuk berperangai seperti usia mereka yang sepatutnya.
Sampaikan penduduk sekeliling lupa yang mereka berlima masih budak sekolah menengah biasa.
Bila dah selesai, dia pun terus berlari ke bawah semula, dan bergabung dengan kawan kawannya.
Boboiboy : Bye Uncle! Ali! Jumpa esok!
Boboiboy melambai tinggi ke arah sepupu dan pakciknya itu.
Ali : Bye Boboiboy! Esok kau pandai pandai masuk rumah sendiri tau! Aku sekolah esok!
Ali membalas lambaian sepupunya itu dengan bersemangat juga.
Boboiboy : Ya ya! Aku tahulah password rumah kau!
Yaya : Kami pergi dulu!
Kedua dua Uncle Bakar dan Ali terus melambai budak budak Pulau Rintis itu, sehingga mereka semua hilang dari pandangan mereka berdua.
Ali : Huh......
Ali kelihatan melepaskan nafas lega.
Dia kemudian memandang ke arah Pakciknya itu.
Uncle Bakar mengangguk.
Bakar : Ya, Uncle tahu.
Mereka berdua kemudian mengeluarkan telefon bimbit mereka.
Ada panggilan dari M.A.T.A.
Mereka mendapat panggilan itu sepuluh minit yang lepas.
Salah satu sebab kenapa Uncle Bakar biarkan Boboiboy pergi adalah kerana dia tidak mahu Boboiboy curiga Ali dan dirinya tiba tiba hilang.
Uncle Bakar masih percaya yang Boboiboy sudah hilang ingatannya pasal M.A.T.A, sebab itu dia tidak mahu ambil risiko.
Bakar : Cepat. Uncle dah hantar message ke Papa yang kita keluar pergi rumah kawan Ali.
Ali mengangguk, dan mereka berdua pun terus bergegas untuk ke M.A.T.A.
.
.
.
.
.
.
Beralih ke Boboiboy semula, dirinya dan kawan kawannya masih berjalan menuju ke hotel yang dimaksudkan oleh Fang.
Boboiboy kelihatan gembira berjalan sama sama dengan kawan kawannya.
Boboiboy : Apa je yang korang buat sepanjang aku tak ada?
Boboiboy menanyakan soalan kepada mereka, untuk menghidupkan suasana.
Mereka sudah berjalan di kawasan bandar utama, dimana banyak banggunan kedai tepi jalan berada.
Walaupun hari sudah malam, bandar itu masih tetap hidup dengan masih banyak kenderaan dan penduduk yang lalu lalang di mana mana.
Lampu yang berasal dari kedai kedai juga membantu menerangi malam yang gelap itu.
Fang : Hm....tak ada apa sangatlah. Aku banyak kemas rumah terbiar aku tu je. Lepas dah siap, aku banyak lepak kedai Tok Aba je.
Boboiboy : Oh! Aku lupa nak tanya. Apa khabar Tok Aba?
Yaya : Tok Aba baik baik je! Setiap hari kitorang mengeluh dengar Tok Aba kata dia rindu kau.
Ying : Haah! Sampai Tok Aba terukir diri kau dengan doh cekodok coklat dia ahahaha!
Boboiboy tersenyum malu tambah gembira.
Dia gembira atoknya tetap merindukannya walaupun mereka berjauhan.
Tak sabar dia nak balik untuk berjumpa dengan atoknya itu.
Boboiboy : Kalau korang pulak? Korang buat apa je?
Boboiboy sambung bertanya soalan yang sama seperti tadi.
Ying : Selain dari sekolah, kami pergi pantai, jalan jalan dekat bandar, dan pergi bercuti dekat negeri lain waktu hujung minggu!
Yaya : Oh oh! Aku dengan Yaya pun ada belikan untuk kau cenderamata dari percutian kami! Lupa dah bagi tadi! Nah!
Yaya menghulurkan lima keping rantai kunci berbentuk bunga raya yang melambangkan warna utama mereka semua.
Jingga, merah jambu, kuning, hijau dan ungu.
Boboiboy mengambil kelima lima rantai kunci itu dengan wajah yang gembira.
Boboiboy : Wahhhhh! Comelnya! Terima kasih Yaya! Ying!
Yaya, Ying : Sama sama!
Fang dan Gopal juga dah menerima cenderamata itu dari dua gadis itu sendiri.
Boboiboy : Kalau kau Gopal?
Boboiboy bertanya kepada kawan baiknya itu pula.
Gopal kelihatan mengeluh.
Gopal : Appa aku tak bagi aku cuti. Sepanjang dua bulan ni, Appa suruh aku kemas rumah dan bantu dia jual ais krim je. Aku pun dapat main game waktu malam je.
Yang lagi empat hanya mampu tersweatdrop mendengar cerita Gopal itu.
Yaya : Tapi tak apa lah kan? Sekurang kurangnya, kau dapat bantu Appa kau. Tak adalah lah kau terperap je dalam rumah main game je kan~
Gopal hanya mampu mengangguk dengan kata kata Yaya itu sambil wajahnya masih kelihatan tidak puas hati.
Fang : Hah, kita dah sampai!
All-Fang : Wahhhhh!!!
Mereka berlima kini berdiri di depan sebuah banggunan hotel yang besar dan tinggi.
Banggunan hotel itu bersambung dengan banggunan gerai yang lainnya, memang lokasi yang strategik kerana dekat dengan pusat bandar dan banyak gerai makanan yang berada di sekelilingnya. Jadi penumpang holeh cari makan dan jalan jalan dengan senang.
Kelihatan seperti ada lima belas tingkat kesemuanya.
Ying : T-tingginya!
Boboiboy : Mana kau jumpa hotel ni Fang? Dan tak mahal sangat ke? Nampak macam hotel mahal je ni.
Boboiboy tahu kos hidup di Cyberaya itu tinggi, jadi mesti kos hotel pun sama juga kayangannya.
Sebab tu duit belanja dia selalu habis, ohok-
Duit yang dia dapat dari kerja sambilan dekat tempat cuci kereta tu pun tak cukup untuknya.
Fang : Aku jumpa dekat internet. Hotel ni sebenarnya murah je. Nampaknya je mahal, tapi harga berpatutan. Tambah lagi, mereka kira ikut bilik, bukan ikut kepala, jadi memang bagus.
Mereka berlima tersenyum pada satu sama lain mendengar penjelasan Fang itu.
Memang susah nak cari hotel yang tak kira ikut kepala.
Fang : Apa lagi? Jomlah masuk!
All-Fang : Jom!
Mereka pun akhirnya masuk ke dalam hotel itu.
.
.
.
Setelah Fang siap mendaftarkan tempahannya, mereka pun naik ke bilik mereka yang ada di tingkat sepuluh.
Fang menempah dua bilik yang bersambung dengan satu pintu di antara bilik mereka.
Satu bilik untuk lelaki, dan satu bilik untuk perempuan.
Mereka pun masuk ke dalam bilik itu, dan meletakkan semua barang barang mereka.
Boboiboy kelihatan terkasima dengan bilik mereka itu.
Boboiboy : Besarnya bilik ni! Pandai kau pilih, Fang!
Fang kelihatan gembira dirinya dipuji oleh sahabatnya itu.
Fang : Fufufu~mestilah! Ini kan Fang!
Mereka mengambil masa untuk menukar pakaian mereka kepada baju tidur dahulu.
Setelah selesai, kelihatan para perempuan datang ke bilik para lelaki menggunakan pintu yang menghubungkan bilik mereka itu.
Yaya : Hebatlah Fang! Katil hotel ni selesa betul! Seronok lah nak tidur malam ni!
Sekali lagi Fang tersenyum sambil hidungnya bertambah panjang ke atas akibat bangga.
Ini hanya kiasan, uhuk-
Selamat bukan betul betul. Kalau tak, jatuh imej landak ungu tu nanti hshshshs-
Mereka semuanya pun berkumpul di dalam bulatan di tengah tengah bilik budak lelaki itu.
Senyuman masih tidak lenggang dari wajah sang penguasa tujuh elemental itu.
Dan kawan kawannya sedar akan itu juga.
Mereka turut tersenyum melihat kawan mereka itu gembira.
Fang : Macam mana? Suka dengan kejutan kitorang?
Boboiboy : Mestilah suka! Aku rindu dengan korang sangat sangat!
Boboiboy memeluk leher kedua dua kawan lelakinya itu.
Gopal : Hahahaha! Bagus lah kau suka! Kitorang pun gembira dapat jumpa kau semula selepas dua bulan lamanya!
Ying pula masuk ke dalam konversasi.
Ying : Macam mana hari hari lu sepanjang di sini bersama sepupu lu tu? Mesti seronok kan?
Boboiboy : Macam mana tak seronok? Dia dah macam adik yang baru untuk aku. Semua orang di sini pun baik baik belaka. Mereka terima aku sebagai keluarga mereka dengan hati yang terbuka.
Kawan kawannya gembira mendengar itu.
Gopal : Mesti kau suka kan dapat tahu yang kau masih ada keluarga lagi selain Tok Aba dan Mak Ayah kau? Tambah lagi mereka tinggal di bandar yang canggih macam ni!
Boboiboy mengangguk dengan laju.
Boboiboy : Walaupun di sini seronok, aku masih tak sabar nak kembali ke Pulau Rintis semula nanti. Pulau Rintis masih lagi tempat asal aku. Tak sabar nak jumpa dengan Tok Aba semula.
Melihat Boboiboy seketika terleka memikirkan atoknya itu, kawan kawannya berpandangan kepada satu sama lain dan mengangguk.
Yaya : Sebenarnya, kitorang ada satu kejutan lagi untuk kau.
Boboiboy : Hm? Apa dia?
Yaya menanggalkan beg yang dari pagi dia galas, dzn membawanya ke ribanya pula.
Yaya membuka beg itu, dan menunjukkan isi di dalamnya.
Boboiboy kelihatan terkejut melihat isi beg itu.
Ianya adalah Ochobot.
Boboiboy : O-Ochobot?!
Ochobot dalam keadaan mati.
Yaya menekan satu butang yang berada di sisi badan Ochobot untuk menghidupkannya.
Perlahan lahan, Ochobot tersedar kembali.
Perkara pertama yang dia lihat adalah Boboiboy yang sedang di dalam ambang mahu menangis.
Ochobot langsung terbangun dan terbang setelah melihat wajah kawannya itu.
Ochobot : Boboiboy!!!
Boboiboy : Ochobot!!!
Boboiboy terus menerima Ochobot di dalam pelukkannya, dan memeluknya seerat eratnya.
Ochobot turut membalas pelukkan Boboiboy itu.
Masing masing melepas rindu yang sudah lama terbuku di dalam hati.
Ochobot : Aku rindu kau Boboiboy! Kau ok tak selama aku tak ada dengan kau ni?!
Boboiboy : Aku ok! Kau pulak macam mana?
Ochobot : Tak ok! Tok Aba selalu buli aku sepanjang kau tak ada!
Boboiboy tersweatdrop seketika mendengar apa yang Ochobot katakan.
Tapi, dia terus teringat Tok Aba pernah buat Ochobot timbang dulang air koko panas atas kepala kalau Ochobot nak gaji lebih.
Jadi dia dah boleh rasa apa maksud Ochobit dengan "buli" tu.
Boboiboy : M-macam mana...korang boleh bawak Ochobot ke sini?
Boboiboy kemudian berpaling ke arah kawan kawannya semula.
Yaya : Macam yang kau pernah cakap, orang di luar Pulau Rintis tidak tahu keberadaan Alien dan Power Sphera, tapi kami tetap nak bawak Ochobot bersama kami untuk buat kejutan untuk kau.
Ying : Jadi kami matikan Ochobot siap siap dan letakkan dia dalam beg Yaya. Waktu scane bag masa nak naik kapal terbang tu, kami kata je tu robot reka cipta kitorang yang nak bawak pulang ke Cyberaya, jadi diorang benarkan lepas periksa yang Ochobot tak ada benda bahaya padanya.
Fang : Bila dah sampai sini, kitorang tak sangka pulak yang tempat ni betul betul canggih dengan robot sana sini. Kitorang ingatkan nak hidupkan Ochobot waktu tu jugak, tapi bila ingatkan balik, Ochobot bukan robot ciptaan sini, jadi mungkin akan timbulkan kecurigaan penduduk, jadi kami tak jadi lakukannya.
Gopal : Tapi apa apa pun! Kita berenam dah bersama semula!
Mereka semua tersengih gembira.
Mereka pun memberikan high-5 yang tinggi di langit bersama sama.
All : Bersama semula!
Mereka pun habiskan waktu malam itu bermain bersama sama seperti kanak kanak kebanyakkan, melepaskan rindu yang mereka sudah simpan selama dua bulan.
Bila sudah malam, mereka pun tertidur di buai mimpi di bilik masing masing.
Kelihatan Boboiboy yang tidur sambil memeluk Ochobot dengan senyuman kecil di wajahnya.
Well,ni baru hari pertama.
Mereka masih ada dua hari untuk berseronok di Cyberaya ini.
Pada hari kedepannya, apa pula yang akan berlaku ya?
2780 perkataan
Kokotaim, Assemble!
Bye-*lompat masuk air, jadi ikan pari*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top