Misi : Berjumpa

Boboiboy tertidur sepanjang perjalanan. Bila dia sedar, dah satu setengah jam berlalu.

Dia lihat ke luar, dan melihat sebuah pulau besar, sangat sangat besar, yang dipenuhi oleh bangunan bangunan tinggi yang modern dan megah. Tapi, yang buat Boboiboy makin kagum, pulau itu ditutupi dengan sebuah kubah lutsinar.

Kapal terbang yang dinaikinya menembusi kubah itu, dan mereka akhirnya masuk ke dalam pulau itu.

Melihat yang dia akhirnya hampir tiba, dia terus mengeluarkan telefonnya, dan beritahu kepada ayahnya, yang dia dah nak tiba.

Inilah balasan Amato.

"Baguslah yang Boboiboy dah tiba"

"Boboiboy akan tinggal bersama kawan ayah selama 2 bulan"

"Dia juga ada anak lelaki. 2 tahun lebih muda sahaja dari kamu"

"Pastikan yang kamu tidak menunjukkan kuasa kamu. Tiada sesiapa di sini yang tahu kamu ada kuasa. Ayah takut kamu akan ditangkap pihak kerajaan sekiranya kamu menggunakan kuasa kamu sesuka hati"

"Kalau ada apa apa yang berlaku, tolong bagitahu ayah"

"Harap kamu berseronok di sana, anak Ayah"

Boboiboy hanya mampu membalas, baiklah.

Dia berada di sebuah bahagian Malaysia yang lajn, dimana tidak ada satu pun manusia yang mengenalnya, termasuklah yang digelar kawan ayahnya itu.

Betul kata Amato, dia tidak boleh terus mempercayai sesiapa di sana dengan kuasanya. Dianperlu sembunyikannya sebaik mungkin.

Boboiboy : Tempat ni nampak sangat sangat maju dari Pulau Rintis dan Kuala Lumpur.

"Para penjmpang terhormat. Kita akan mendarat tidak lama lagi. Semua diminta memakai tali pinggang keselamatan. Terima kasih"

Boboiboy : Baiklah Cyberaya. Here I come.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kedengaran bunyi berdengkur, datang dari sebuah bilik yang agak bersepah.

Nampaknya dia tertidur pulas. Bahkan seekor kucing kelabu yang tidur di atas perutnya, tidak mampu mengejutkannya.

Tiba tiba, telefonnya, yang diletakkan di atas meja di sebelah katilnya, berdering.

Dengan mamai, dia bangun dari tidurnya, dan menggapai telefonnya, dan menjawap panggilan itu.

??? : Hello........ *mamai*

Ghazali : Hello Ali. Tak bangun lagi?!?!

Ali : *hampir terbaling telefon, terus segar* P-Papa?!?!

Ghazali : Ish kamu ni. Kan Papa dah kata suruh bersiap awal! Anak kawan Papa tu dah sampai dah dekat Cyberaya ni!

Ali : Hah?! Dah sampai?! Alamak alamak alamak! Sorry Papa! Ali akan bersiap sekarang! 

Ghazali : Haih..... apalah nak jadi dengan kamu ni. Orang yang kamu perlu jemput tu, dia pakai topi warna oren, dengan baju vest oren juga. Kamu boleh memanggilnya, Boboiboy. Kamu boleh jemput dia dekat stesyen kereta api yang tak jauh dari rumah kita tu.

Ali : Baik Papa! Ali siap sekarang!

Dengan sepantas kilat, Ali bersiap, dan terus keluar dari rumah. Ali menyampai skuternya, dan terus memecut keluar rumah, ingin ke stesyen kereta api yang dimaksudkan ayahnya.

Berpindah ke Boboiboy pula, dia masih berada di dalam kereta api, menunggu tiba di destinasi yang sudah diberi ayahnya.

Boboiboy : Mavam manalah anak kawan ayah nanti ya? Dapat ke aku berkawan dengan dia? Harapnya lah.

Di dalam jam tangan Boboiboy, para Elemental dah teruja, nak pergi ke tempat baharu.

Blaze : Wuhuuuuu! Yay, tempat baru!

Gempa : Walaupun kita dah pernah menjelajar ke serata Galaxy, kita tak pernah pun melawat setiap tempat di Bumi ni.

Taufan : Kau rasa, macam mana tempat baru ni nanti, Lin? *tolak bahu Hali dengan siku dia*

Hali : Manalah aku tahu.

Solar : Dari apa yang dilihat Tuan, tempat ni kelihatan Modern. Mesti akan ada banyak benda baru yang aku boleh belajar kat sini!!! Eeeeeee, tak sabarnya!!!

Thorn : Harap harap jelah orang orang kat sini baik.

Ice : Kita dah sampai.

Dengar sahaja apa yang dikatakan Ice, mereka semua melihat ke sebuah screen, yang merupakan apa yang Boboiboy lihat. Mereka sudah keluar dari kereta api itu.

Mereka telah tiba. Cyberaya.

Boboiboy melihat ke sekeliling. Tempat ini memang sibuk dan padat. Padanlah dengan sebuah bandar yang maju.

Boboiboy : Tempat ni.... memang baru.

Boboiboy berjalan keluar dari stesyen kereta api itu.

Boboiboy : Ergh!

Boboiboy menghadang matanya dengan lengannya, akibat cahaya matahari yang terang. Memang sudah dah nak tengah hari pun.

Boboiboy : Wow.......

Dia akhirnya berjaya melihat banggunan banggunan pencakar langit dan banggunan banggunan maju yang berada di bandar itu dengan lebih jelas. Dia kagum, dengan seberapa berbezanya tempat ini dengan tempat asalnya.

Boboiboy : Baiklah, sepatutnya, aku kena berjumpa dengan anak kawan ayah dekat sini. Arhg! *tampar dahi* kenapa aku tak tanya ayah nama budak tu!

Boboiboy melihat di tepi. Ada sebuah kerusi panjang kosong. Boboiboy pun berjalan ke sana dan duduk di atasnya. Dia meletakkan 2 bagasinya di tepinya.

Boboiboy : Nampaknya aku kena tunggu dekat sini dulu lah. Harap haraplah budak tu tahu rupa aku macam mana. Habis bateri lah pulak fon aku ni. Haih.....

Beralih ke Ali pulak, dia masih dalam perjalanan dengan skuternya. Dia memecut macam tiada halangan langsung di depannya. Ramai jugak penduduk lain yang marah sebab Ali hampir terlanggar diorang.

Ali : Habislah~! Mesti kena marah dengan Boboiboy nanti ni!

Dengan satu putaran simpang lagi, akhirnya, Ali sampai di depan Stesyen kereta api itu.

Ali : Huh!

Ali melihat ke sekeliling, cuba mencari Boboiboy. Sedikit susah dikeranakan terlalu ramai orang di sana ketika itu. Tapi, dia berjaya melihat sesuatu yang menonjol.

Ali : Hah! Tu mesti Boboiboy!

Dengan cepat, Ali berlari ke arahnya. Ali melihat topi oren dinosaur milik Boboiboy dari jauh. Selamat dia diberitahu detail dari ayahnya. Kalau tak, tak terjumpalah Boboiboy.

Ali : Boboiboy!

Boboiboy : Hm? Oh! Hai! Er.....

Ali : *semput* Huh! Hah! Selamat aku dapat jumpa kau! Huh!

Boboiboy : Er..... kamu ok?

Ali : Ok.... ok..... fuh! Semput jap! Aku terus naik skuter aku dari rumah sampai sini dalam masa 10 minit je! Hah!

Boboiboy : Er..... nah, er.... air? *hulur air*

Dengan cepat Ali rembat botol itu dari tangan Boboiboy. Dengan gelojoh, dia minum air itu.

Ali : Fuh! Terima kasih.

Boboiboy : Erm.... boleh aku tahu nama kau?

Ali : Huh? Ayah kau tak bagitahu eh? Nama aku Ali! Selamat berkenalan! *hulur tangan*

Boboiboy : Selamat berkenalan Ali. *berjabat tangan dengan Ali*

Ali : Hehe. Jadi, betul lah yang kau ni 2 tahun dari tua dari aku. Aku kena panggil kau Abang Boboiboy ke?

Boboiboy : Tak pe, tak perlu. Haah, aku 2 tahun lagi tua. Aku 15 tahun.

Ali : Ok, Cun! Jadi, jom lah kita balik rumah.

Boboiboy : Ok. Jauh ke rumah kau dari sini?

Ali : Tak jauh mana pun. Hah, apa kata kita naik teksi. Kau ada duit tak?

Boboiboy : Ada. Kenapa?

Ali : Aku tergesa sangat keluar tadi sampai lupa nak ambik duit, eheheheh......

Boboiboy : Hm, yelah. Hah, dekat mana kita nak cari teksi?

Ali : Kat depan tu je. Jom lah.

Boboiboy : Ok, terbaik!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Skip kemudian, mereka pun akhirnya tiba di rumah Ali. Boboiboy meletakkan barang barangnya di ruang tamu, setelah mendapat kebenaran Ali. Ali, dengan cepat, membuat kopi panas segera, untuk menyambut tetamu nya itu.

Ali : Hah, nah. Sorrylah aku dapat buat air ni je. Aku terbangun lambat tadi. Tak sempat nak hidang apa apa, ehehehehe....

Boboiboy : Tak apa. Ni pun dah memadai. *minum air kopi tu*

Ali : Erm.......

Boboiboy : .........

Mereka berjaya melaluinya sejauh itu. Sekarang, mereka dah mula kekok. Yelah, first time berjumpakan. Mereka sesama sendiri tak tahu nak bualkan apa.

Ali : Er..... jadi..... macam mana kehidupan kau dekat Pulau Rintis?

(Ali : *dalam hati* yes!)

Boboiboy : Oh, tak adalah menarik sangat. Pulau Rintis ni lebih kepada kampung. Tak macam sini, yang modern dan maju. Kau tinggal dengan siapa je dekat sini?

Ali : Aku tinggal dengan Ayah aku. Uncle aku kadang kadang pun tumpang tinggal sini jugak. Kau pulak? Tinggal dengan siapa dekat Pulau Rintis sana?

Boboiboy : Aku tinggal dengan atok aku. Mak dan ayah aku pulak kerja luar negeri.

Ali : Hoh? Jadi kau tak tinggal sekali dengan diorang?

Boboiboy : Tak. Aku sendiri yang minta pindah Pulau Rintis pun sebenarnya.

Diorang pun berborak sakan jelah sepanjang tu, kenal satu sama lain. Macam sekolah kat mana, hobi apa, makanan kegemaran apa, macam macam lagi lah. Tapi, Boboiboy tak mention langsung pasal kuasa, Power Sphera, lagi lagi pasal TAPOPS dan alien. Ayah dia dah pesan. Sebab tu lah dia kena diamkan diri pasal semua tu.

Tiba tiba, loceng pintu rumah Ali berbunyi.

Ding Dong~

Ali : Kejap!

Boboiboy : Hm? Siapa tu?

Ali : Entah.

Ali pun bangun, dan berjalan ke arah pintu rumahnya, dan membukanya.

Rupa rupanya, tu Khai dan Bulat.

Ali : Eh? Korang!

Khai, Bulat : Hai Ali!

Ali : Apa korang buat dekat sini? Dan macam mana korang boleh tahu rumah aku?

Khai : Alicia yang bagi alamat rumah kau.

Ali : Eh? Alicia? Dia ada ke dengan korang? *pandang sana sini cari Alicia*

Bulat : Ada tadi. Ni hah kitorang nak ajak kau main bola ni! Alicia dengan Moon pun ada! Tapi diorang dah gerak dulu ke taman lah. Hah, kau nak tak?

Ali : Semestinya lah aku nak!

Khai : Naisu!

Ali : Jap eh. Boboiboy!

Mendengar namanya dipanggil, Boboiboy pun terus bangun dan berjalan ke arah Ali.

Khai : Eh? Siapa ni Ali?

Ali : Ni anak kawan ayah aku! Korang boleh panggil dia Boboiboy!

Boboiboy : Hai!

Khai, Bulat : Hai!

Bulat : Boboiboy? Peliknya nama kau.

Boboiboy : Bukan nama betul. Tapi nama famous aku lah. Kawan kawan aku dari tempat asal aku pun panggil aku Boboiboy jugak.

Bulat : Oooooo.

Ali : Kau nak ikut kitorang main sekali tak? Main bola.

Boboiboy : Boleh je. Aku pun dah lama tak main bola.

Ali : Dia 2 tahun lagi tua je dari kita. Dia akan tinggal di sini selama 2 bulan.

Khai : Bagus lah tu! Boleh kita tunjuk dia sekeliling Cyberaya! Jadi, apa tunggu lagi! Jomlah! 

Mereka berempat pun akhirnya berjalan menuju padang yang dimaksudkan Bulat dan Khai.





































1513 perkataan

✌🏻*lesap*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top