Misi : Bencana

Malam telah tiba. Boboiboy sedang baring di katilnya, sedang membaca cerita di telefonnya.

Boboiboy : Huh.......

Kepenatan setelah sepanjang hari bermain di macam macam tempat di Cameron Highlands itu.

Uncle Bakar yang duduk di sebelah Boboiboy, tersenyum nakal, dan pergi kacau anak buah dia itu.

Bakar : Buat apa tu~

Boboiboy : Hm? Oh, Uncle. Tak ada apa apa. Cuma baca cerita je.

Bakar : Cerita pasal apa tu?

Boboiboy : Pasal Pocong tersangkut dekat troli pasar raya lepas tu terbawak balik sebab ada satu manusia ni ingatkan yang pocong tu batal peluk gergasi.

Habis sweatdrop satu dahi Uncle Bakar jadinya mendengar penjelasan Boboiboy mengenai cerita itu.

Bakar : Pelik bebenor cerita nya.

Boboiboy : Memang pelik, tapi best lah jugak.

Bakar : Apa jadi dekat pocong tu sekarang?

Boboiboy : Dia kena lamar dengan Kak Ponti dari rumah orang tu dan sekarang dah bahagia dekat dunia lain. Dah dapat anak dah.

Bakar : Cepat nya-*sweatdrop*

Boboiboy : Cepat apa nya. 30 chapter Boboy baca baru nak sampai adegan ni!

Bakar : Lah. Bagilah Link, Uncle nak baca jugak!

Ghazali yang baru keluar dari tandas, melihat adik ipar dan anak buahnya sedang berborak di atas katil.

Ghazali : Buat apa tu?

Boboiboy : Tak ada apa apa, cuma tengah cakap pasal buku je. Tajuk dia Pocong Troli Dari Mall. Tu pun masih ada 40 chapter baru habis buku ni Boboiboy baca.

Ghazali : Lah?

Boboiboy : Tak pe lah, tak yah cakap. Oh ya. Mana Ali?

Boboiboy melilau satu bilik, tidak melihat keberadaan sepupunya itu.

Kusyuk sangat membaca sampai tak sedar sepupu sendiri hilang.

Bakar : Dia cakap nak pergi cari makanan kat dapur hotel ni. Pekerja cakap boleh beli makanan kat sana kalau lapar malam malam.

Boboiboy : Lah? Bukan kita baru makan ke 1 jam yang lepas?

Bakar : Budak tu memang. Badan je kecik. Tapi perut macam lori minyak petrol.

Boboiboy hanya mampu bersweatdrop mendengar Uncle Bakar mengutuk Ali.

Boboiboy : Berani pulak dia pergi sendiri. Sebelum ni, sampai nak pergi tandas malam malam pun mintak Boboiboy teman.

Bakar : Alah, tu dia saja je nak manja dengan kamu tu. Sebelum ni, dia berani tau tidur dekat luar rumah sebab balik lambat memalam buta dan lupa bawak telefon dan kunci rumah. Waktu tu pulak Uncle dan Papa tak ada kat rumah.

Boboiboy : Pulak dah?

Boboiboy menggelengkan kepala, sebelum meletakkan telefonnya di sebelahnya.

Dia kelihatan tersenyum, membuatkan Uncle Bakar memandangnya pelik.

Bakar : Boboiboy? Kenapa tersenyum senyum tu?

Boboiboy : Tak ada apa apa.

Bakar : Alah~ bagitahu lah Uncle~

Boboiboy tersweatdrop, sebelum tersenyum semula.

Boboiboy : Boboiboy cuma gembira..... dapat rasa jadi budak semula........

Uncle Bakar terkedu, tidak memahami apa yang Boboiboy cuba katakan.

Tetapi, dia tidak menanyakan soalan lagi, setelah melihat muka gembira bercampur sedih Boboiboy itu.

Dia menguap besar, dan mengusap matanya.

Boboiboy : Haih....

Boboiboy pun bangun dari katil, ingin mencuci mukanya.

Tapi, tiba tiba, dia terhidu sesuatu yang aneh.

Bau yang sangat tidak asing padanya, tetapi pada masa yang sama, ianya membuatkan Boboiboy tidak senang hati.

Boboiboy : Huh? Bau apa ni?

Dia hidu kembali, dan baunya lebih jelas.

Boboiboy : Bau asap?

Tiba tiba, kedengaran suara jeritan yang kuat dari dari luar.

"TOLONG!!!! TOLONG!!!"

Boboiboy terus segera membuka tingkap, dan melihat ke luar.

Ramai orang berlari sambil menjerit.

Boboiboy : Apa-

Dia melihat ke tepi, dan melihat sesuatu yang dia langsung tidak sangkakan.

Matanya terbeliak besar, seperti masa silamnya terlintas di depan matanya ketika itu juga.

Boboiboy : Api?!?!

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy, Uncle Bakar, dan Pak Cik Ghazali dan para penumpang yang lain yang masih berada di tingkat atas semua berlari turun ke tingkat bawah, selepas melihat kebakaran yang berada di beberapa bilik ketepi dari mereka.

Selamat. Api cepat merebak, sehingga hampir tiba ke kawasan bilik mereka.

Ghazali : Huh! Huh! *semput* M-macam mana boleh terbakar ni?!

Seorang penumpang dari sana datang ke arah mereka.

Penumpang 1 : Dari apa yang saya dengar, tong gas dari dapur meletup, dan disebabkan hotel ni dipenuhi dengan karpet di merata rata tempat, api mula mereka dengan cepat.

Penumpang 2 : Para pekerja dah mula panggil bomba dan ambulans, tetapi tidak tahu akan tiba bila sebab kita jauh dari hospital!

Uncle Bakar tiba tiba muncul di sebelah mereka, dengan muka yang serius, tambah panik.

Bakar : Apa apa pun, kita kena pastikan semua penumpang dapat turun dengan selamat dahulu!

Uncle Bakar dengan naluri Ejen nya, terus berlari ke arah banggunan semula, menunggu para penumpang lain turun dengan segera.

Ghazali : Aduh, macam mana boleh jadi macam ni!

Rencana Ghazali untuk bersenang senang dengan keluarganya seketika hancur akibat kejadian kebakaran itu.

Boboiboy yang tadinya senyap, tiba tiba merasa tidak sedap hati.

Boboiboy : Kejap. Kenapa Boboiboy rasa macam ada yang tertinggal ni?

Ghazali yang berada di sebelah Boboiboy, melihat ke arahnya dnegan muka penuh tanda tanya.

Ghazali : Apa maksud Boboiboy?

Mereka berdua melilau ke seluruh tempat, sebelum akhirnya mereka berdua sedar.

Ghazali, BBB : ALI!!!!!

Ghazali : Apa yang dah jadi dekat Ali sekarang ni-

Tanpa amaran, Boboiboy mula berlari menuju ke arah banggunan hotel yang hampir hancur dilahap api yang dikatakan ada dapur di sana itu.

Ghazali : Boboiboy! Tunggu!!!

Boboiboy tidak mendengar Ghazali, dan terus masuk ke dalam banggunan itu.

Boboiboy menolak pintu kasar, dan hilang disebalik api.

.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy : Huh, huh, huh! Ali, mana kau ni!

Dia langsung tidak memikir dua kali sebelum meluru masuk ke dalam banggunan yang sudah dilahap Api hampir sepenuhnya itu.

Dia berlari tanpa arah tuju, mencuba mencari sepupunya itu.

Tetapi malangnya, hotel itu besar, membuatkan dia sesat, tidak dapat menjumpai Ali.

Boboiboy : Aduh, macam mana nak cari Ali ni! Fikir, Boboiboy, fikir!

Tiba tiba, dia teringat sesuatu.

Hampir sahaja dia melupakannya. Terus sahaja dia melihat ke arah jam kuasanya.

Boboiboy : Please Ali, please tolong pakai jam tu sekarang!

Boboiboy menetaip sesuatu di keyboard holo yang muncul dari jamnya, dan muncul sebuah isyarat yang berasal dari dalam banggunan itu di jam kuasanya.

Boboiboy : Bagus!

Boboiboy berlari mengikut arahan jam kuasa itu, pada masa sama, mengelak segala bumbung yang runtuh dan api di sepanjang perjalanannya.

.
.
.

Boboiboy melusuri, melompat dan berlari, melawan segala api yang mencuba melahapnya.

Dia kini  tiba di dapur akhirnya. Dia membuka pintu dengan kasar, dan melulu masuk ke dalamnya.

Dia melihat sekeliling, dan akhinya menjumpai sesuatu di sebalik meja dapur di sana.

Boboiboy : Ali!!!

Mata Boboiboy terbeliak melihat Ali yang kakinya ditimpa oleh oleh batu di hadapannya.

Ali : Boboiboy- uhuk! Uhuk!

Asap sangat tebal, sehingga membuatkan Boboiboy susah bernafas, terutamanya Ali yang memang sudah terperangkap disitu dari tadi.

Boboiboy : Bertahan! Aku akan tolong kau!

Boboiboy melilau mencari benda yang dia boleh gunakan untuk hancurkan baru itu.

Dia melihat sebuah pemadam api kosong yang tergeletak di sebelah Ali.

Nampaknya Ali sudah menggunakan pemadam api itu untuk cuba keluar sebelum ini, tetapi nasib malangnya, bumbung di atasnya runtuh dan menimpanya.

Boboiboy mengambil pemadam api itu. Dia melompat ke arah belakang, jauh dari kawasan Ali ditimpa, dan mehentak pemadam api itu ke atas batu itu.

Boboiboy : Ergh! Ergh!!!

Setelah beberapa hentakkan, batu itu akhirnya pecah. Cepat cepat Boboiboy menarik Ali keluar dari batu itu.

Boboiboy : Kau ok tak?! Boleh jalan tak?!

Ali mencuba untuk bangun, tetapi kakinya berasa sangat sakit, sehingga dia jatuh kembali. Selamat Boboiboy selamat menangkapnya sebelum dia jatuh ke tanah.

Ali : Ergh! Kita kena-uhuk! Keluar-uhuk! Cepat!

Tambah lagi, asap tebal itu membuatkan pendangannya kabur.

Boboiboy mengetap giginya, sebelum menduduk Ali di belakangnya.

Dia panik, mencuba mencari cara untuk keluar dari sana. Tetapi, ada sahaja Api yang menghalangnya dari bergerak.

Dia sudah buntu, tidak tahu mahu berbuat apa.

Dia melihat ke arah Ali yang hampir pengsan di dukungannya, sebelum menutup matanya.

Boboiboy : Maafkan aku untuk ni Ali.........

Jam kuasa Boboiboy bersinar, dan muncul sebuah logo di jam kuasanya itu.

Sebelum Ali pengsan, Ali melihat sebuah cahaya biru muncul, dan dia merasa sejuk secara tiba tiba.

Dia melihat ke atas, dan melihat baju Boboiboy sudah berubah.

Ali : *suara lemah* Bo....boi....boy.......

Selepas itu, semuanya menjadi hitam untuknya.

.
.
.
.
.
.

Akibat api yang tebal itu, Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Ice.

Dia merasakan Ali sudah pengsan di belakangnya, jadi dia sedikit lega. Sekurang kurangnya, Ali tidak perlu melihat dia dalam keadaan itu sekarang.

Ice : Ergh! Ergh!

Ice menembak ais ke merata rata arah, sehingga beberapa api beku akibat kuasanya.

Ais itu terus sahaja cair akibat api yang lain yang dia tidak mampu padamkan, tetapi, ianya cukup untuk membuka laluan untuk mereka lari.

Sambil dia berlari mencari jalan keluar dari sana, dia sempat melirik ke arah Ali.

Pandangan kosong diberikan ke arahnya. Dia melihat ke hadapan semula, dan membuka mulutnya.

Ice : Aku tak pernah kenal siapa kau, Ali. Tetapi, kalau kau betul betul sangat istimewa untuk Tuan, aku tidak kisah tawarkan nyawa aku untuk lindungi kau.

Ice tidak berhenti dari menembakkan ais ke merata rata tempat, untuk memadamkan api api itu.

Itu sahaja apa yang dia boleh lakukan ketika itu. Dengan seorang budak di belakangnya, dia tidak boleh melebih lebih.

Dia bernasib baik tidak sesiapa yang berada di sana ketika itu, jadi dia boleh guna kuasanya dengan bebas.

Saat yang dinanti nantikannya selepas sekian lama Tuannya berada di Cyberaya.

Walaupun bukan keadaan itu yang dia harapkan, kerana dia tahu Tuannya hanya mahu berseronok bersama keluarga baharunya sahaja di sana.

Ice : Ali, aku cemburu dengan kau. Kami semua cemburu. Tuan sangat rapat dengan kau.

Satu tembakkan dilepaskan lagi, dan Ice menerobos masuk ke arah pintu, dan mendarat di tanah.

Ice : Tapi, sekarang, kami cuma mahu kau selamat, untuk Tuan.

Ice kembali berlari, mencari jalan keluar.

.
.
.
.
.
.
.
.

Kembali ke luar banggunan, semua penumpang sudah dibawa keluar dengan selamat, dan hanya sedang menunggu kedatangan Bomba di sana.

Ghazali, dah tak senang berdiri. Anak dan anak buahnya sekarang sedang berada di dalam banggunan terbakar itu, dan tiada sesiapa boleh bantu.

Bakar baru sahaja kembali ke Ghazali selepas berjaya membantu para penumpang hotel yang lain.

Bakar : Abang! Boboiboy dan Ali mana?!

Ghazali memberi pandangan ketakutan kepada Bakar, dan terus sahaja Bakar memangkapnya.

Bakar : Jangan kata yang......

BOOMMMM!!!!

Semua orang melihat ke arah banggunan hotel itu.

Bahagian pintu depan runtuh, membuatkan semua orang terpaksa berundur jauh dari sana.

Ghazali : TIDAKKKKKK!!!!

Mendengar jeritan Ghazali, terus dapat ditangkap oleh para pekerja.

Pekerja 1 : Masih ada orang lagi dekat dalam?!

Pekerja 2 : Aduhhhhh bila Bomba nak sampai ni?!?!

Pekerja 3 : Hellooooo?!?! Yang di dalam, boleh dengar tak?!?!

Semua orang kelam kabut tidak tahu mahu berbuat apa.

Kembali ke dalam banggunan semula, Ice dah terhuyung hayang, sudah hampir dikuasai rasa pening akibat asap yang tebal itu.

Ice : Ergh..... sikit lagi......

Tidak sempat, dia sudah bertukar semula ke Boboiboy biasa. Dia memeluk Ali, ketakutan, takut dia terpengsan sama sebelum dapat keluar dari sana.

Dia melihat ke arah pintu utama. Sikit sahaja lagi mampu keluar.

Tetapi, ianya sudah tersekat, akibat runtuhan.

Boboiboy : Ergh........

Boboiboy memaksa dirinya untuk bangun, walaupun sempat beberapa kali terjatuh semula, akibat kehabisan tenaga.

Boboiboy : Tolong..... jangan sekarang......

Boboiboy memperkuatkan diri, dan berdiri, sambil memegang Ali dengan tangan kirinya.

Tangan kanannya mula disaluti tangan tanah milik Gempa, dan Boboiboy berlari menerobos reruntuhan batu itu, dan berjaya keluar.

Boboiboy : Ergh!!!!

Boboiboy terjatuh tepat di depan banggunan itu.

Dia mampu mendengar samar samar suara memanggil namanya, tetapi dia terlalu penat untuk teruskannya.

Perkara terakhir yang dia lihat sebelum pengsan adalah orang ramai mengerumuninya dan lampu merah dan biru yang semakin lama semakin pudar telak matanya terlelap sepenuhnya.


































1833 perkataan

Hehehehehehek-

*guling masuk alam mimpi*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top