Misi : Balik 2
Leon : APA BISING BISING NI?!?!
Mereka semua terkaku, melihat ke arah Ejen Leon dan Ejen Geetha yang telah berada di sana.
Mereka berdua berjalan ke arah mereka, dengan muka serius.
Jet : E-E-Ejen Leon?! Ejen Geetha?! Apa yang Tuan berdua buat dekat sini?!
Ejen Leon memberi tatapan tajam ke arah Jet, membuatkan Jet merinding satu badan.
Leon : Soalan bodoh apa yang kamu tanya ni? Masyuarat kami dah tamat. Semestinya kami kembali ke sini untuk sambung latihan kamu semua!
Kegarangan Ejen Leon membuatkan kesemua Ejen Muda merinding ketakutan.
Dah macam Jeneral pun ada.
Dah lah sama sama ketot, uhuk-
Geetha : Kami dapat dengar jeritan dari pintu keluar tadi. Kamu semua ada bergaduh ke?
Itu sememangnya apa yang Ejen Geetha fikirkan pertama kali selepas mendengar jeritan itu, kerana dia sudah biasa dengan perangai Ejen Muda yang tak pernah nak akrab tu.
Tetapi, mereka semua menggeleng laju.
Alicia : Tak-tak adalah Ejen Geetha! Kami tak bergaduh! Kami janji!
Ok, satu nahas nak kena cari idea nak menipu.
Mereka dari awal, memang tidak mahu para Mentor tahu rancangan mereka, kerana mereka tidak mahu memperbesarkan hal itu.
Tambah lagi, tekaan mereka betul.
Tapi sekarang ni, mereka berhadapan dengan dua Ejen Mentor yang pandai, dan semestinya boleh lihat disebalik topeng menipu mereka.
Leon : Kamu ingat kami lembab? Tak akan ada jeritan kalau tak ada sebab. Baik kamu semua mengaku cepat, atau saya tambah latihan kamu semua hari ni sampai malam!!!
Mereka semua dah mula berpeluh.
Aduh, apa nak buat ni?
Diorang tak mahu bagitahu hal sebenar.
Tapi mereka juga tak mahu latihan sampai malam.
Leon : Rudy. Kamu yang bertanggungjawap kan? Bagitahu saya apa yang berlaku.
Rudy dah berpeluh satu dahi, panik.
Dia cuba kekalkan coolnya sebab tak nak kena syak, sebab ini semua idea dia.
Rudy : Saya..... er......
Rudy menjeling kepada yang lain, meminta pertolongan.
Tapi mereka yang lain pula mengalihkan pandangan mereka ke tempat lain, tidak mahu membantu Rudy.
Rudy dah tumbuh perkaki empat atas kepala dia.
Rudy : *dalam hati* 'Bertuah punya kawan......'
Rudy menelan air ludah kelat.
Leon : Rudy! Saya tanya ni kan?!
Mereka semua ter-flinch akibat takut.
Rudy baru sahaja ingin membuka mulut, sebelum seseorang tiba tiba memegang bahunya, dan mengangkat tangannya.
Boboiboy : Ianya saya, Ejen Leon.....
Boboiboy berdiri tengak di sana, dengan wajah bersalah.
Para Ejen Muda semua terkejut bila Boboiboy tiba tiba sahaja berkata begitu.
Terutamanya kerana ianya tidak benar.
Mereka yang bersalah.
Kenapa Boboihoy nak menipu untuk mereka?
Ali : T-tapi Boboiboy-ep?!
Boboiboy menutup mulut Ali dengan jari telunjuknya, dan tersenyum kecil.
Boboiboy : Saya gaduh dengan Ali disebabkan Intel tadi. Tapi saya terbawa bawa, sampai..... er.... huh.... maafkan saya.....
Wajah Boboiboy memang kelihayan bersalah.
Walaupun bukan salahnya, dia masih lagi rasa bersalah kerana tidak mampu mengawal emosinya sehingga menyerang mereka.
Ejen Geetha tersenyum, sebelum berjalan ke arah Boboiboy.
Geetha : Tak apa Boboiboy. Sekurang kurangnya kamu mengaku kesalahan kamu. Tapi...... kamu ok ke?
Boboiboy terteleng sedikit mendengar pertanyaan Ejen Geetha.
Boboiboy : A-apa maksud Puan?
Geetha : Mata kamu..... kamu ada menangis ke?
Boboiboy terkejut Ejen Geetha mengetahui hal itu.
Ejen Geetha mengangkat tabletnya, dan membuka kamera, dan tunjukkan ke Boboiboy, wajahnya.
Matanya merah dan sembam, akibat tadi.
Wajahnya juga masih lagi basah akibat air matanya.
Dia tidak sangka yang wajahnya akan kelihatan sebegitu sekali.
Boboiboy : Ah- saya.... saya.....
Ejen Geetha menyentuh dahi Boboiboy, membuatkan dia terkaku.
Ejen Geetha mampu rasakan bahang yang datang dari dahinya.
Mesti ini effect terkejut, kerana tindakan tiba tiba Ejen Muda kepadanya tadi.
Geetha : Kamu tak sihat ni... mari saya bawa ke bilik sakit ya? Ataupun kamu mahu balik rumah terus untuk berehat?
Boboiboy : B-balik rumah? Rehat? Tapi latihan masih belum tamat?!
Boboiboy memandang ke Ejen Leon, tapi apa yang dia dapat darinya hanyalah gelengan.
Leon : Tak. Kamu boleh pulang. Kalau Ejen Geetha lah yang kata kamu tak sihat, bermakna ya. Kesihatan para Ejen juga perlu diutamakan. Kamu dibenarkan untuk pulang awal hari ni.
Boboiboy tidak mahukannya.
Dia mahu membantah, tapi, dia tiba tiba teringatkan atasannya di TAPOPS.
Dia sudah trauma kerana tidak mengikuti arahan atasannya ketika itu. Sampaikan arahan kecil sekali pun membuatnya takut untuk mungkiri.
Boboiboy : B-baik, Ejen Leon.....
Geetha : Baiklah, jom kita pergi ya, Boboiboy?
Boboiboy mengangguk, dan mengikuti Ejen Geetha, berjalan ingin ke pintu masuk semula.
Geetha : Jadi, kamu mahu duduk di rumah sakit, atau terus pulang ke rumah?
Boboiboy menurunkan sudu topinya. Tidak mahu Ejen Geetha melihat wajahnya yang sedang mencemberut, menahan diri dari menangis kembali.
Boboiboy : Balik..... rumah......
Ali, ingin mengejar Boboiboy, ingin meminta maaf.
Dia baru sahaja ingin melangkah, dan mengangkat tangannya, ingin memanggil Boboiboy, tapi....
Ali : B-.........
Suaranya seperti tersekat. Kaki dan badannya kaku.
Dia tidak mampu bergerak, seperti kakinya digari pada tanah.
Fikirannya buntu, hanya mampu melihat Ejen Geetha membawa Boboiboy pergi.
Perlahan lahan, dia menurunkan tangannya, dan memegang bahagian pipinya yang di tampar Boboiboy tadi, sambil memandang ke tanah.
Perlahan lahan, satu persatu mutiara jernih mengalir turun dari matanya.
Ali : *bisik* Maafkan aku Boboiboy........
Ejen Geetha dan Boboiboy menghilang disebalik pintu, meninggalkan kesemua Ejen Muda diam di tempat bersama dengan Ejen Leon.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beralih ke malam hari, Boboiboy duduk di atas katil di bilik Ali, memeluk kakinya, sambil memandang ke luar tingkap.
Dia memakai Cool Fever di dahinya akibat demamnya.
Mechabot yang pergi kalut beli lepas tahu anak buahnya sakit.
Selepas dia persiapkan Boboiboy dan suruh dia makan ubat dan baring atas katil, dia turun bawah, untuk bagitahu hal itu kepada Amato.
Tapi, Boboiboy tidak selesa, dan memilih untuk duduk di sana, mengelamun ke dunjanya sendiri.
Tiba tiba, dia mendengar bunyi ketukkan di pintu.
Ianya adalah Amato.
Amato : Sayang? Boleh Ayah masuk?
Amato tidak dapat balasan dari anaknya.
Amato : Ayah masuk ya?
Amato membuka pintu, dan melihat anaknya termenung keluar tingkap.
Amato, perlahan lahan, duduk di sebelah anaknya.
Tapi, Boboiboy langsung tidak melihat ke arah Ayahnya.
Amato mengeluh kecil, sudah mengetahui hubungan mereka tidak baik, dan tak tahu macam mana mahu memulakan perbualan.
Amato : Sayang dah makan ubat?
Boboiboy hanya mengangguk.
Amato : Dah rasa lebih sihat?
Boboiboy mengangguk lagi.
Amato tersenyum, dan mengusap perlahan kepala anaknya.
Amato : Boboiboy tahu macam mana Boboiboy boleh tiba tiba sakit ni? Mechabot sendiri pun terkejut bila mak cik yang hantar kamu tu kata kamu sakit.
Boboiboy terdiam sebentar, sebelum menggeleng perlahan.
Amato mengeluh kesal.
Anaknya langsung tidak mahu bercakap dengannya.
Tapi, tangannya masih tidak berhenti mengusap kepala anaknya.
Biarlah dia tidak membalasnya. Asalkan dia mampu luangkan masa dengan anaknya.
Amato : Bulan malam ni cantik, kan?
Cahaya bulan menyinari masuk ke dalam bilik yang gelap itu.
Amato : Teringat pulak waktu kamu kecil kecil dulu. Kamu selalu tak nak masuk rumah sebab tak mahu Encik Bulan tinggalkan kamu setiap malam.
Amato terketawa kecil mengingati kenangan lama itu.
Amato : Sampaikan mak kamu kena pancing kamu dengan air koko Tok Abah kamu, baru kamu nak masuk rumah.
Boboiboy tidak berkata apa apa, membuatkan Amato sedikit kecewa.
Amato : Masa kamu sedang pergi rumah kawan kamu tadi, Mak ada telefon tadi, tanya khabar kamu. Mak kamu terkejut besar tau dapat tahu kamu dan Ali terlibat dalam kebakaran.
Amato tak sampai hati mahu tinggalkan isterinya di angkasa sana, tapi mereka faham keadaan.
Ghazali tak mampu berhadapan dengan kakaknya lagi.
Amato : Dia bersyukur sangat yang kamu dan Ali tidak apa apa. Dia mahu ikut Ayah jugak balik sini, tapi dia terpaksa tinggal di sana. Tapi, dia sudah cukup gembira dalam tahu khabar kamu.
Amato tersenyum sayu, memikirkan keluarga mereka yang sudah terpisah sana sini disebabkan kerja mereka berdua. Tapi, dia tidak dapat berbuat apa apa. Kerana itu kerjanya.
Tengoklah. Nak dapat cuti pun kena acu pistol dahulu.
Dia harap keluarganya dapat kembali dahulu seperti sedia kala.
Tapi, untuk masa sekarang, ianya mampu menjadi harapan dia sahaja.
Tiba tiba.....
Boboiboy : Ayah..... boleh.... Boboiboy tanya sesuatu?
Boboiboy akhirnya membuka suara, walaupun suaranya kedengaran serak.
Amato terpangu sementara, terkejut akhirnya anaknya bercakap dengannya. Dia tersenyum kecil.
Amato : Tanyalah. Ayahnya ada disini untuk mendengarnya.
Boboiboy menenggelamkan kepalanya ke kakinya, sebelum berkata semula.
Boboiboy : Kalau Boboiboy terlanggar arahan Ayah..... Ayah akan marah pada Boboiboy ke?
Soalan itu akhirnya keluar dari mulutnya.
Amato tidak sangkakan soalan itu.
Amato tidak tahu pasal perkara yang berlaku siang tadi, tapi, dia hanya tersenyum.
Amato : Oh, ya. Ayah akan marah sangat. Sebab Boboiboy sudah langgar arahan Ayah.
Boboiboy memeluk kakinya lebih kuat, sudah menduga jawapan itu akan keluar dari mulut Ayahnya, takut Ayahnya akan memarahinya ketika itu jika dia tahu perkara sebenar.
Amato tahu anaknya takut, tapi, dia kembali mengusap kepala anaknya.
Amato : Tapi Ayah akan tetap maafkan Boboiboy. Sebab Boboiboy adalah satu satunya anak Ayah, dan Ayah sayangkan kamu.
Boboiboy akhinya mengangkat kepalanya, dan melihat ke wajah Amato dengan wajah seperti tidak percaya dengan kata kata Amato.
Amato : Kenapa? Tak percaya? Mana mungkin Ayah sanggup memarahi anak bujang satu satunya Ayah ini. Tambahan lagi, Ayah dapat anak berani macam kamu ni.
Boboiboy akhirnya tersenyum.
Boboiboy : Terima..... kasih......
Amato tersenyum kecil.
Tetapi, tiba tiba, wajahnya menjadi muram, yang membuat Boboiboy terkejut.
Amato : Sebenarnya..... ada sesuatu yang Ayah nak bagitahu kamu...... harap kamu tak marah lah, ya?
Amato memaksa senyum, tidak mahu membuat anaknya risau.
Boboiboy : A-apa dia?
Amato memandang ke luar tingkap semula, dengan senyuman sayu.
Amato : Esok pagi.... Ayah terpaksa balik semula ke tempat kerja Ayah.......
Amato sudah menutup wajahnya dengan tangannya kerana berasa bersalah kerana tak mampu tinggal lama.
Amato : Maafkan Ayah, Boboiboy........ Ayah cuba untuk dapatkan cuti lebih panjang untuk jaga kamu, tapi.... kamu tahu lah boss Ayah macam mana....
Boboiboy terdiam.
Senyuman di wajahnya serta merta hilang.
Dia tidak merasakan apa apa.
Dia dapat rasakan air mata mahu keluar dari matanya. Tapi, dia cepat cepat mengelapnya, dan tersenyum ke arah Ayahnya.
Boboiboy : Tak. Ayah tak salah. Boboiboy faham. Ayah tak perlu risau. Boboiboy boleh jaga diri sendiri.
Boboiboy dah memang tahu dari awal yang Amato tak akan dapat tinggal lama kerana dia tahu pekerjaan Ayahnya.
Dia sudah tetapkan dirinya yang dia tak akan berharap besar kepada semua perkara, kerana dia tahu akibatnya.
Tapi ianya masih sakit.
Dia masih tak mahu lepaskan Ayahnya.
Tapi dia terpaksa.
Amato tersenyum, tahu yang anaknya memang sangat matang.
Boboiboy terpaksa cepat matang dikeranakan pekerjaannya.
Siapa je yang suka hero mereka berperangai seperti kanak kanak, kan?
Mereka mahu hero mereka matang, kerana mahu hero mereka itu dapat menyelamatkan mereka.
Sampai mereka lupa yang dia pun hanya sekadar budak sahaja.
Amato : Ayah tahu.
Mereka berdua melihat ke luar tingkat semula.
Boboiboy meletakkan kepalanya di atas bahu Ayahnya seperti dia selalu buat bersama dengan Tok Aba.
Boboiboy : Ayah..... akan balik waktu raya nanti ke?
Boboiboy memegang tangan Ayahnya yang diletakkan di atas katil.
Amato : Ayah tak tahu..... tapi Ayah akan cuba kalau mampu.....
Amato sudah tahu yang dia tak akan dapat menunaikan janji itu.
Boboiboy juga tahu.
Tapi mereka berdua hanya mampu berharap sahaja.
Boboiboy : Kami semua rindukan Ayah dan Mak...... Tok Aba rindukan Ayah dan Mak....... Boboiboy nak keluarga kita kembali menjadi satu semula......
Amato dan rasakan genggaman tangan anaknya semakin kuat.
Amato merasa bersalah tidak mampu tinggal lama lagi di sana. Tapi, dia terpaksa pergi juga.
Amato : Ayah pun sayang...... Ayah pun......
Boboiboy mengangkat kepalanya, dan memeluk badan Ayahnya, erat.
Amato terkejut dengan tindakkan tiba tiba anaknya itu. Tetapi, dia biarkan sahaja, dan membalas pelukkan anaknya itu.
.
.
.
Di luar bilik, kelihatan Ali bersandar di pintu bilik, mendengar kesemua perbualan Boboiboy dan Amato.
Ali memeluk Comot di tangannya, membuatkan Comot mendengarnya juga.
Mechabot terbang di sebelahnya, kerana menunggu Tuannya di dalam itu selesai memberitahu berita itu kepada anak buahnya itu.
Tiada sesiapa yang bercakap untuk masa yang agak lama.
Comot : Jadi.... kau dengan Encik Amato akan balik lah esok?
Itulah soalan pertama yang ditanyakan Comot, mencuba memecahkan suasana sunyi itu.
Mechabot : Haih..... nampaknya macam tulah....
Comot : Bila kita akan bertemu lagi?
Mechabot : Aku pun tak tahu. Jangan terlalu berharap yang kami akan pulang dalam masa terdekat.
Comot : Aku tahu.
Ali tidak berkata apa apa. Comot dalam merasakan pelukkan Ali semakin kuat.
Dia tak tahu apa yang terjadi antara Ali dan Boboiboy sejak siang tadi, tapi, dia tahu ada benda yang tak kena.
Comot : Aku pergi dulu. Kalau nak cari aku, aku kat dapur.
Comot melompat turun dari pelukkan Ali, dan berjalan pergi, meninggalkan Ali dan Mechabot sahaja.
Ali : ........
Ali, tidak tahu apa yang patut dia rasakan ketika itu.
Dia tahu yang Boboiboy sayangkan Ayah dia, tapi, bila dapat tahu yang Amato tak pernah pulang selepas 3 tahun lamanya, dan akhirnya terpaksa pergi sekali lagi, membuat dia rasa tidak adil.
Ya, dia pun sama ada hubungan yang tak beberapa nak baik dengan Ayahnya juga, tetapi, dia masih dapat lihat Ayahnya setiap hari kecuali Ayahnya ada kerja out-station.
Tambah lagi, dia tahu yang emosi Boboiboy memang tidak stabil dari awal kerana yang dia telah buat siang tadi, tapi Boboiboy berjaya handle berita mengejutkan yang semestinya mampu buatkan perasaan Boboiboy makin bercampur baur dengan baik, membuatkan dia merasakan dirinya memang lagi lemah dari Boboiboy.
Mechabot yang tidak suka dengan suasana tegang itu, menghelakan nafas berat.
Mechabot : Aku tak tahu apa masalah yang kau hadapi dengan anak buah aku tu, sebab kau tak bercakap dengan dia langsung sejak kau balik petang tadi, tapi, yang paling penting yang kau kena ingat adalah, jangan tangguh terlalu lama untuk minta maaf. Percayalah. Kalau sudah lambat nanti, kau pasti akan menyesal.
Ali akhirnya memandang Mechabot dengan wajah terkejut, sebelum Mechabot berpusing membelakanginya dan ingin terbang pergi.
Ali : K-kejap!
Ali tiba tiba memanggil Mechabot, yang membuatkan Mechabot berhenti, dan memusing ke arahnya.
Mechabot : Apa?
Ali : Aku.... masih belum tahu kau robot jenis apa lagi....
Mechabot terdiam sementara, memandang Ali, sebelum dia memusingkan badannya menghadap Ali, dengan senyuman di wajahnya.
Mechabot : Aku adalah Robot Tempur, dicipta khas untuk peperangan. Mereka gelar aku, Robot Pemusnah.
Ali terkejut mendengar itu, siap menelan ludah kelat lagi.
Mechabot tahu yang Ali terkejut. Memang apa yang dia nak kan.
Mechabot : Tapi jangan risau. Aku kini sudah diprogramkan untuk melindungi manusia. Apa apa pun, terima kasih kerana dah jaga Boboihoy untuk kami.
Mechabot mengusap kepala Ali kasar sebelum terbang pergi kembali, ingin menurun tangga.
Mechabot : Jangan lupa panggil Amato dan Boboiboy sekali. Ayah kau ada goreng karipap kat bawah.
Mechabot pun pergi meninggalkan Ali di sana, membetulkan rambutnya.
Dia memasang wajah cemberut seketika.
Dia melihat muka pintu biliknya, ingin masuk untuk memanggil dua beranak itu turun, tetapi, dia berhenti.
Dia mahu membiarkan mereka berdua menghabiskan sisa masa yang mereka ada dulu.
Dia turun ke bawah, dan terus ke dapur.
Dia melihat Ayahnya sedang berdiri di depan kabinet dapur.
Ali tersenyum, sebelum menyerang Ayahnya dengan pelukkan dari belakang.
Ghazali : E-eh?! Ali? Kenapa peluk Papa tiba tiba ni?
Ghazali menyakat Ali dengan mengusap kepala Ali kasar, sama seperti Mechabot buat tadi.
Ali : Hehe. Tak ada apa. Cuma nak manja dengan Papa je.
Ali bersyukur yang dia masih boleh luangkan waktu sepanjang masa bersama Ayahnya, walaupun Ayahnya sibuk dengan kerja, kerana Ghazali selalu pulang ke rumah semula.
Ghazali : Kenapa tiba tiba ni? Selama ni kamu tak nok manja dengan Papaaaaaa pun?
Kerana dia tahu yang dia kemungkinan besar tak akan dapat lakukannya lagi kalau Ayahnya pergi sama macam Amato satu hari nanti.
Ali : Saja. Papa masak apa? Nak Ali tolong?
Ghazali : Goreng karipap dengan ayam je. Hah, tolong letak pinggan yang dah siap tu atas meja, lepas tu panggil kedua dua Pak cik kamu dan Boboiboy tu turun nanti, ok?
Ali : Baik boss!
Ali pun terus lakukan apa yang Ayahnya suruh.
Malam itu riuh dengan gelagat semua ahli keluarga kecil itu di meja makan, meraikan malam sebelum Amato dan Mechabot terpaksa pergi pagi nanti.
2551 perkataan
Idea : You want to write Fluff or ANGST for this chapter?
Me : Yes.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top