Misi : Ahli Baru

Sementara keadaan masih kelam kabut di kawan para ejen berada, di pondok pengawal tak baik sama sekali juga.

Rupa rupanya, masih ada satu lagi mamat motor yang tertinggal, dan sedang menyerang Viktor.

Malang tak berbau, Viktor dengan tak cukup tanahnya berlari sambil mengelak mamat motor yang tak habis habis baling hanger ke arahnya.

Viktor : MANA PULAK DIA DAPAT HANGER NI?!?!

Dah lah hanger besi. Tebal pulak tu. Kalau kena kepala, boleh benjol ohhhh.

M8 : JANGAN LARI LAH BUDAK!!! AKU TAK AKAN BIARKAN KAU JADI SAKSI!!!

Viktor : WAHAHAHAHAHA!!! *nangis* TOLONG AKU ALIIIIII!!!!

Viktor sempat mengedrift ke tepi, dan masuk ke antara tengah tengah semua kontena itu.

M8 : KAU DAH DIKEPUNG-eh?

Tiba tiba, Viktor hilang dari pandangannya.

M8 : Eh? Mana pulak budak ni pergi? Arhgg! Lantaklah! Aku kena cari dia sampai dapat! Kalau nama kita masuk dalam list penjenayah, habislah gaji aku kena potong!

Mamat motor itu pun mula berlari kembali untuk mencari Viktor.

Kedengaran bunyi nafas berasal dari salah satu kontena di situ.

Viktor : Huh...huh...huh...

Rupa rupanya, Viktor bersembunyi di dalam sana.

Viktor : Hah....selamat jugak aku.....

Viktor pun mula bangun, ingin mencari Ali dan yang lain kembali.

Dia memegang salah satu kotak di sana, dan kotak itu terjatuh ke bawah.

Viktor : Eh eh?! Alamak?!

Kotak itu terbuka, dan benda di dalamnya tergolek keluar.

Ianya adalah tali lompat.

Viktor : Tali lompat? Ah, lantaklah! Aku kena cari-

Tiba tiba, ayat Viktor terhenti.

Perlahan lahan, dia melihat semula ke arah tali lompat itu.

Dia pun mengangkat salah satu daripadanya.

Viktor : Kalau aku lari pun....lelaki tu akan terlepas....

Dia melihat kotak yang terjatuh itu semula. Tertera di situ, "Tali Lompat Elektrik".

Sempat tersweatdrop sementara Viktor di situ. Macam mana nak main kalau macam tu?

Viktor : Aku....aku nak jadi berguna jugak....

Tangan Viktor pun mula menggenggam tali lompat itu, dengan wajah serius.

Viktor : Aku tak boleh biarkan Ali sahaja yang uruskan benda ni! Aku kena tolong jugak! Hm!

Viktor pun mula berlari keluar daripada kontena itu, bersama sama dengan tali lompat di tangannya.

.
.
.
.
.
.

Kembali ke Ali, dia sedang berlari menuju ke pondok pengawal semula.

Ali : Harap haraplah dia tak apa apa....

Sesampai sahaja dia di sana, dia terus menghentak pintu itu sehingga terbuka.

Ali : VIKTOR-

Tapi malangnya, Viktor sudah tiada di sana.

Tempat itu juga sudah seperti tongkang pecah. Dengan dinding retak, papan kekunci hancur, tv cctv pecah, dan pengawal yang pengsan tadi dengan mulut yang sudah berbuih.

Ali : A-apa....

Boboiboy : Ali!!!

Boboiboy mengekori Ali dari tadi setelah dia mengikat mamat motor yang dilempar Ali tadi.

Boboiboy turut terkejut melihat situasi pondok pengawal itu juga.

Boboiboy : A-apa dah jadi dekat sini?!

Ali : Aku tak tahu! Tapi apa yang penting sekarang adalah Viktor tak ada dekat sini! Kita kena cari dia! Mesti dia dalam bahaya!!!

Ali risau dengan keselamatan kawan baiknya itu kerana Viktor tidak dibekalkan sama sekali alat perlindungan dengan dia. Apa sahajalah jenis bahaya yang dia dalam bahaya sekarang ni.

Boboiboy : B-baik! Kita berpecah! Aku utara, kau selatan! Jom jom!

Mereka pun mula berpecah untuk mencari kelibat Viktor.

.
.
.

Kembali ke Viktor semula, dia bersembunyi di sebalik sebuah kontena.

Dia sedang mengintai seseorang.

M8 : Ish! Budak sengal! Kecik kecik dah menyusahkan orang! Keluarlah!

Viktor menelan ludah kelat sendiri.

Dia sebenarnya masih takut dengan keputusan dia ni.

Tapi dia nak jadi kuat depan idolanya juga.

Viktor : Baiklah Viktor. Kau boleh.

Dia pun melompat keluar daripada tempat persembunyiannya.

Viktor : Hah! Jomlah lawan sini!

Viktor membuka kekudanya, sambil melastik tali lompatnya ke hadapannya, acah acah berani.

M8 : Ohhhhh~ situ pun kau budak!!!

Tiba tiba, mamat motor itu memacukan dua pistol ke arahnya.

Viktor : HUH?!?!

Viktor tak sangka pula yang mamat motor tu ada senjata api pula dengan dia. Dia ingatkan hanger sahaja.

M8 : MATILAH KAUUUU!!!

Mamat motor itu melepaskan beberapa das ke arah Viktor.

Habis kelam kabut Viktor mengelak satu satu das itu.

Viktor : OK, INI TAK POWER!!! INI TAK POWERRRRRR!!!

Ingatkan akhirnya dapat jadi hero, tapi dia terpaksa lari kembali.

M8 : JANGAN HARAP NAK LARI!!!

Maka, berlakulah kembali aksi kejar mengejar. Tapi kali ni, dengan pistol.

Viktor : HUHUHUHUHUHU!!! AKU TAK NAK MATI MUDA!!! AKU TAK NAK MATI MUDAAAA!!!!

Lari punya lari pun, Viktor masih dapat dikejar, tidak seperti tadi.

Sambil kelam kabut lari, Viktor membelek belek tali lompat itu, mencari cara untuk mengaktifkan tali lompat elektrik itu.

Viktor : Ish! Macam mana benda ni berfungsi?!

Menyesal jugak sebab tak ambil sekali manual sekali dengan dia tadi.

Tulah, acah acah nak jadi hero sangat.

Viktor : Ish! Mana dia-eh?

Viktor menjumpai satu butang kecil yang berada di pemegang tali lompat itu.

Viktor : Rasanya.....

Viktor teruskan berlari. Dia membelok ke kiri, dan hilang disebalik kontena.

Tapi mamat motor itu dah dapat baca gerakkan dia.

M8 : Heh! Jangan ingat kau dapat lari kali ni!

Mamat motor itu turut mengikuti jalan yang sama yang Viktor ambil.

M8 : HAHAHAHAHHA!!! JAGALAH KAU BUDAK-ehhhhh?!?!

Sebuah meja pelajar melayang ke arahnya.

M8 : Op op op op?!?!

Dengan gelabah, dia menembak beberapa das peluru ke arah meja itu, sehingga ianya berkecai.

M8 : Heh!

Tiba tiba...

M8 : HUH?!?!

Sebuah tali melayang ke arahnya.

Rupa rupanya, ianya datang dari Viktor.

Viktor : Heh! *smirk*

Tali itu mampu dipanjangkan, dan ianya pun mengikat badan mamat motor itu.

M8 : Woi woi?! Apa ni woi?!

Viktor : Hehe! Pengsan lah kau!

Viktor menekan butang yang dia jumpa pada pemegang tali lompatnya tadi itu.

Tali lompat itu mula bernyala berwarna biru, dan mengalirkan renjatan elektrik, dan merenjat mamat motor itu.

M8 : AHHHHHHHHH?!?!?!

Mamat motor itu pun hangus, dan akhirnya pengsan, dan jatuh ke tanah.

Viktor memenangi pelawanan itu.

Viktor : Wuhuuu!!! Aku menang!!!

Tanpa membuang masa, dia pun berlari ke arah mamat motor itu, dan mengikat kemas mamat motor itu supaya dia tidak boleh lari.

Viktor : Hehe. Satu kerja selesai!

Ali : VIKTOR!!!

Viktor melihat ke arah atas salah satu kontena.

Kelihatan Ali dan Boboiboy yang berlari ke arahnya.

Viktor : Ali! Boboiboy! Situ pun korang!

Ali dan Boboiboy mendarat di sebelah Viktor.

Ali : Viktor! Kau ok tak-eh?

Ali melihat mamat motor yang sudah hangus yang terbaring di sebelah mereka dalam keadaan sudah terikat.

Ali : Er....Viktor. Kau ke yang buat ni?

Viktor kelihatan tersengih bangga.

Viktor : Hehe. Mestilah ma.

Mata Ali terus bersinar mendengar itu.

Ali : Wuuuhhhh!!! Cun lah Viktor! Kau memang power!!!

Ali memeluk Viktor dengan keadaan teruja, siap terangkat Viktor lagi dibuatnya.

Ali pun melepaskan dia.

Viktor : Ehehehe....aku tak nak duduk diam sahaja lihat hanya korang sahaja yang kalahkan mereka. Aku....aku nak tolong hero aku jugak.

Viktor bermain jarinya sendiri, malu mahu mengatakan benda itu kepada Ali.

Ali : Hehe. Baguslah kalau macam tu! Sekarang, kau pun Cyberwira jugak!

Ali menepuk bangga bahu Viktor, bangga yang kawannya mampu berlawan juga.

Wajah Viktor sudah memerah akibat malu. Tapi, dia juga gembira kerana dipuji idolanya.

Boboiboy, yang dari tadi hanya diam sahaja, gembira melihat persahabatan dua juniornya itu.

Boboiboy : Hehehe. Terbaik.

Boboiboy memberikan thumbs-up iconicnya.

Boboiboy : Tapi....sekarang macam mana?

Ali, Viktor : Huh?

Ali dan Viktor beralih memandang ke arah Boboiboy.

Ali : Maksud kau?

Boboiboy : Sekarang Viktor dah tahu pasal M.A.T.A, dan....identiti kau. Apa yang M.A.T.A akan buat pada Viktor?

Sedar sahaja akan hal itu, terus sahaja wajah Ali memucat.

Ali : Alamak.....

Viktor yang melihat Ali panik, turut menjadi panik juga.

Viktor : A-apa maksud kau? Apa apa kan aku?

Ali : K-kita kena sorokkan Vik-

Tak sempat Ali mahu menghabiskan ayatnya, suara yang dikenalinya, memanggilnya.

Bakar : ALIIII!!!

Uncle Bakar datang berlari ke arah mereka.

Ali : U-Uncle?!

Ah sudah.

Bakar : K-korang tak apa apa?

Boboiboy : Kami....kami tak apa apa. Tapi, apa yang Uncle buat dekat sini?

Bakar : Nak cari korang lah! Kita dah kena balik sekarang!

Uncle Bakar tidak sedar akan kehadiran Viktor yang berdiri di belakang Ali dan Boboiboy.

Tapi, Viktor juga kelihatan terkejut melihat kehadiran Uncle Bakar.

Viktor : U-Uncle Bakar?

Bakar : Hm?

Bakar yang akhirnya mendengar suara Viktor, memandang dari atas kepala Ali dan Boboiboy, dan melihat Viktor yang berada di belakang mereka.

Terus sahaja terbeliak mata Uncle Bakar dibuatnya.

Bakar : V-Viktor?! Apa kamu buat dekat sini?! Ali?!

Uncle Bakar mencuba mendapatkan penjelasan dari Ali, tapi Ali sama sahaja kehilangan kata, tidak tahu mahu menjelaskan macam mana.

Ali : S-saya...saya...

Uncle Bakar yang melihat yang dia tidak akan dapat jawapan dalam masa terdekat, menggeleng.

Bakar : Sudah sudah. Kita kena sorokkan dia sebelum-

??? : EHEM.

Bakar : Ek?!

Perlahan lahan, Uncle Bakar memandang ke belakang, ke arah asal suara itu.

Kelihatan Ejen Karya yang berdiri di sana, membetulkan cermin matanya, dengan wajah yang serius.

Bakar : K-Karya?

Karya menjeling ke arahnya.

Karya : Sorokkan siapa, Bakar?

Ah sudah. Sudah berpeluh dahi masing masing.

All-Karya : Er.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Time skip, setengah jam kemudian.

BOOM!!!

Viktor : Ergh?!

Lampu besar dinyalakan ke arah wajah Viktor.

Sama seperti kes Boboiboy, Viktor diikat di atas kerusi besi di dalam bilik masyuarat milik M.A.T.A.

Semua Ejen Muda berada di sana. Termasuk Ejen Mentor juga.

Alicia turut terkejut melihat sosok rakan sekelasnya di situ.

Alicia : *bisik* Viktor?

Alicia memberi isyarat mata kepada Ali yang duduk berselang satu orang dengannya, iaitu Boboiboy di tengah tengah.

Tetapi Ali hanya memberi wajah gelisah ke arahnya.

Boboiboy pun sama, dah seperti cacing kepanasan, tahu apa yang akan terjadi kepada Viktor.

Boboiboy : *dalam hati* 'habislah......'

Hologram Jeneral Rama pun mula muncul di depan Viktor.

Viktor : Ahhhh.....

Jeneral menjeling tajam ke dalam mata Viktor. Habis naik semua bulu romanya.

Viktor : Err....hai?

Viktor dah tak tahu apa yang dia patut lakukan. Apa yang dia tahu, dia bukan dalam keadaan yang selamat.

Jeneral masih menenungnya dengan wajah marah.

Viktor : *dalam hati* 'Huhuhuhu~ matilah aku~'

Setelah lama menenung Viktor, Jeneral beralih memandang Ali pula.

Jeneral : ALI!!!!

Habis satu bilik ter-flinch akibat jeritan Jeneral itu.

Ali : Y-ye saya?

Jeneral : Kamu lakukannya lagi!!! Ni dah masuk kali ke berapa dah kamu bocorkan rahsia M.A.T.A?!?!

Kalau bukan sebab ianya hanya sekadar hologram, rasanya rambut Ali dah terbang kena jerit dengan Jeneral dengan package air liur sekali.

Ali : Er.....

Boboiboy nampaknya tidak mahu Ali sahaja yang dimarahi.

Boboiboy : T-tapi Jeneral! Ini bukan salah Ali! Saya yang telah bawa Viktor ke Ali sebab nampak Ali hampir diserang dengan bom daripada geng motor tu!

Tapi nampaknya Jeneral tidak memakan alasan Boboiboy.

Jeneral : Sudah! Kamu sepupu berdua sama sahaja! Nampaknya, kita terpaksa hapuskan ingatan kawan kecil kamu ni juga.

Habis semua ejen yang berada di dalam bilik itu terbeliak matanya mendengar apa yang Jeneral katakan.

Bakar : T-tapi Jeneral, tak kan lah sampai begitu sekali?! Dia dah tolong kita lawan geng motor Komeng tu kot?!

Ejen Mentor, termasuk Bobby dan Fit yang sudah tahu seberapa tidak stabilnya mesin penghilang ingatan itu, tidak setuju dengan tindakkan Jeneral itu.

Jeneral : Tolong tolong pun, dia masih sudah tahu pasal rahsia identiti M.A.T.A. Dan kamu ingat saya akan biarkan ianya sahaja?

Fit : Tapi Jeneral, Jeneral tahu kan alat tu tak siap?! Macam mana kalau ada effect sampingan yang teruk selepas menggunakannya?!

Jeneral : Kamu fikir saya tak tahu? Saya ada ketika mesin itu dicipta, Ejen Fit.

Perkara sebenarnya, Mesin itu telah dicipta oleh Jenny, atau lebih tepatnya Cinco.

Pada asalnya, niat dia cipta alat tu adalah untuk hilangkan kesemua ingatan ejen selepas dia dan UNO berjaya tawan M.A.T.A, tetapi mesin itu tidak sempat disiapkan kerana identitinya terbongkar terlalu awal, dan tidak dapat membawa mesin itu bersamanya untuk disiapkan.

Jeneral yang masih kecewa dengan pembelotan Jenny, terpaksa juga gunakan alat buatan pengkhianat itu untuk jaga identiti M.A.T.A daripada dunia, walaupun dia tahu risikonya.

Bukan dia tak suruh Ejen Tekno lain untuk siapkannya, tetapi teknologi yang digunakan Jenny untuk cipta mesin itu lain dari apa yang mereka boleh jumpa di Cyberaya, membuatkan mesin itu tidak dapat disiapkan sehingga kini.

Jeneral sudah melihat satu satu langkah Jenny mencipta alat itu, tanpa mengetahui tujuan sebenar alat itu dibina adalah untuk menikam belakangnya.

Geetha : J-Jeneral.....

Walaupun Viktor nampak tenang, tetapi dahinya sudah menjadi lautan pasifik, tidak dapat membaca apakah nasib yang dia akan terima selepas ini.

Karya : Saya tahu Tuan terdesak, Jeneral, tetapi fikirkanlah. Dia mungkin mampu jadi senjata yang hebat untuk M.A.T.A. Terutamanya dengan kemahiran dia untuk menggodam ke dalam sistem Perlabuhan itu.

Memang Karyalah yang tangkap Viktor, tapi dia masih rasakan tindakkan Jeneral sedikit tidak adil untuk Viktor. Dia cuma lakukan tanggungjawab dia sebagai Ejen sahaja.

Jeneral : Kamu nak saya jadikan seorang budak lagi sebagai Ejen? Saya mahukan ejen yang kuat dan gagah untuk organisasi ni!!! Bukan seorang budak mentah!!!

Viktor dah tertelan beberapa ludah kelat tak sudah dari tadi sambil melihat pergaduhan di depan matanya itu sambil tersenyum paksa sambil dahinya sudah basah akibat risau dan gelisah akan nasibnya.

Bakar : Alah, Budak mentah apa yang pandai godam, Jeneral?

Jeneral memberi jelingan tajam ke arah Bakar selepas Bakar memberi jawap spontan yang sedikit tidak sopan ke arahnya.

Bakar : Ergh?!

Habis Uncle Bakar berlari dan sembunyi di belakang anak buahnya.

Ali : Errr....*tengok Uncle Bakar*

Bakar : Ehehehe.....

Jeneral memandang Bakar dengan pandangan kecewa.

Bakar : Alah Jeneral~ bagilah dia peluang ~ tambah lagi, kasihanilah dia~ dia tak habis belajar lagi Jeneral~

Bakar mencuba membodek Jeneral, tapi Jeneral masih dengan pandangan yang sama.

Jeneral : Kalau saya nak sekali pun, ianya bukan di tangan saya untuk sesuka hati untuk mengambil ahli baharu begitu sahaja tanpa kebenaran ketua teras.

Bakar : Alah, Jeneral bincang je dengan Ketua Teras sana! Saya comfem diorang akan terima! Tak kan lah diorang nak bazirkan bakat macam si Viktor ni kan?

Bodek punya bodek, Uncle Bakar sudah kehabisan ayat nak bodek.

Dia hanya mampu menunggu dengan gelisah jawapan daripada Jeneral.

Jeneral Rama kelihatan sedang bermain dengan misainya.

Jeneral : Hm......saya boleh cuba, tapi malangnya, kedua dua Ketua Teras sedang sibuk untuk saat ini.

Bakar : Erk?!

Retak kejap hati Uncle Bakar disitu.

Jeneral : Tai, apa yang saya boleh lakukan adalah, menjadikan Viktor sebagai Ejen Muda dalam latihan, yang akan diserahkan di bawah kamu, Ali dan Boboiboy, memandangkan ianya disebabkan oleh kamu berdua, dia telah tahu pasal M.A.T.A, sementara saya dapatkan kebenaran daripada Ketua Teras. Setuju?

Seketika, harapan kembali semula ke dalam hati mereka.

BoBaLi : SETUJU JENERAL!!!

Viktor, tak kalah bersemangatnya.

Viktor : Aku...jadi Ejen?

Kalau boleh dia nak pengsan dalam kegembiraan ketika itu tapi dia masih ingat dia masih bukan Ejen sebenar lagi jadi roh dia masuk dalam badan semula.

Jeneral : Tapi, Viktor.

Viktor : Erk?!

Jeneral kembali memandang ke arah Viktor dengan tatapan serius.

Jeneral : Kamu kena janji yang kamu kena simpan rahisa M.A.T.A daripada sesiapa sekalipun, termasuklah ibu bapa kamu sekali. Setuju?

Walaupun kedengaran terpaksa, Jeneral tetap menerima cadangan bawahannya itu.

Viktor, mengangguk laju dengan wajah gembira.

Viktor : Saya setuju Tuan-eh, maksud saya Jeneral!!!

Viktor memandang ke arah Ali dan Boboiboy.

Mereka berdua memberikan double thumbs-up pada kedua dua belah tangan mereka kepada Viktor.

Viktor gembira. Walaupun masih belum jadi ejen sebenar, sekurang kurangnya, dia boleh berlatih bersama dengan idolanya, sang Cyberwira.





























2425 perkataan

Hoho-

Nah rupa suit ejen Viktor :v

Ok, bye-*lesap menusuk kalbu*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top