𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 03 | miss you
"DENGAR sini, Hawa...Abang sayangkan Hawa. Cintakan Hawa. Hanya Hawa seorang sahaja wanita yang abang cintai. Abang tak pernah berhenti mencintai seorang Hawa Arlani. Dia la bidadari abang. Dia la umi kepada anak-anak kita. Terima kasih untuk segalanya sayang..."
"Hawa dah banyak tempuh pelbagai ujian. Hawa diuji dengan kehilangan Riyadh dan Jelita. Terima kasih kerana sudi melahirkan zuriat untuk abang."
Dada Hawa sempit mendengar butir bicara suaminya, Adam. Ya Allah... Air mata mulai bergelinangan di tubir mata.
"Hawa ingat apa yang abang pernah kata sebelum ini dekat Hawa?"
Hawa menggeleng kepala.
"Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan abang, sayang... Bila dah sampai waktunya kita kena pergi. Dunia ini hanya la sementara. Hawa teruskan mengejar cinta Allah."
Hawa menunduk kepala lalu mengesat pantas air matanya yang masih terkumpul di kolam mata.
"Abang cintakan Hawa."
Mata mereka saling bertemu.
Dan, Adam tersenyum.
Senyuman yang takkan Hawa lupakan.
Lelaki bermata biru.
Dia la... Tuan Muhammad Adam Ferhad, satu-satunya lelaki yang Hawa cintai.
"Aku lelaki paling bersyukur kerana mampu memiliki kau sebagai bidadari dalam hidup aku. Terima kasih kepada-Mu Ya Allah kerana meminjamkan dia kepada aku walau untuk sementara."
"Hawa..." Suara garau itu menerjah keras sekaligus mematikan lamunan Sang Hawa.
Hawa berdehem sejenak sebelum memandang lurus ke depan. Dua ulas bibirnya merekah membentuk senyuman kecil untuk dua tatapan mata itu. Muhammad dan Malique masing-masing menoleh kepala melihatnya yang duduk di bahagian belakang.
"Umi okay tak ni?" Ada rentak risau di hujung nafas Malique.
Hawa mengangguk sekilas. Bohong. Dia tak okay sebenarnya. Dadanya terasa sangat sempit sekarang. Barangkali penyakit lama dia kembali menyerang.
"Kau menangis Hawa." Kenyataan itu meluncur laju keluar dari mulut Muhammad. Panahan matanya tajam menikam seraut wajah Hawa yang masih lagi cantik seperti dahulu. Tiada banyak perubahan berlaku terhadap Hawa. Seorang wanita yang tabah mengharungi semua ujian-ujianNya. Kehilangan anak-anak dan suaminya bukan suatu perkara yang mudah untuk diterima dengan hati yang reda.
"Saya cuma rindukan dia." Tenang Hawa menjawab. "Setiap masa saya hidup dalam bayangan dia. Wajah dia sentiasa bermain di dalam fikiran saya. Saya cuba nak jadi wanita yang kuat... Tapi, saya tak mampu. Adakalanya saya tewas dengan perasaan ini."
Hawa menyeka perlahan titisan air matanya yang sudah mengalir laju membasahi pipinya.
Malique merasakan lebih baik dia berdiam diri sahaja. Hanya mampu mendengar luahan hati ibunya.
Luahan hati Hawa yang sarat dengan kerinduan terhadap suaminya, Tuan Muhammad Adam Ferhad.
Malique... Anak yang dibesarkan oleh seorang Hawa Arlani semenjak anak itu berusia sebulan lagi. Malique yang kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan jalan raya telah mengubah nasib anak itu. Aturan Allah sungguh indah apabila menemukan Hawa dengan Malique yang baru berusia sebulan itu di rumah anak yatim. Lantas, Hawa membuat keputusan untuk mengambil Malique sebagai anak angkatnya.
Hawa yang telah membesarkan Malique hampir tujuh belas tahun ini dengan sepenuh kasih sayang dan didikan agama. Kini, Malique sudah membesar menjadi seorang remaja lelaki yang mempunyai keperibadian yang cukup berwibawa.
Walaupun begitu, ingatan seorang Hawa tak pernah luntur buat Tuan Ian Al- Fattah, anak kandungnya. Anak yang dikandung selama sembilan bulan. Setiap masa dia akan memikirkan perihal anaknya. Doanya buat Ian tak pernah putus. Selalu mendoakan kesejahteraan anaknya walau di mana jua. Agar sentiasa di dalam lindungan Allah.
Hawa yakin anaknya, Tuan Ian Al- Fattah masih lagi hidup. Nalurinya sebagai seorang ibu tidak dapat disangkal lagi.
"Kalau kau tak sihat... Kita balik je la," putus Muhammad keras. Seperti biasa dengan ketegasannya dalam bicara. Sikapnya yang terlalu mengambil berat tentang Hawa tak dapat dikikis lagi.
Muhammad sudah berjanji dengan dirinya untuk menjaga Hawa selayaknya sebagai seorang adik. Ada kalanya Hawa akan mencipta jurang di antara mereka kerana mereka bukannya ada apa-apa ikatan pun.
Sebenarnya, Hawa segan dengan Muhammad kerana dia pernah menolak lamaran lelaki itu, namun... Muhammad masih lagi bereaksi selamba. Seperti langsung tidak terkesan dengan penolakannya suatu ketika dahulu.
Tuan Muhammad... Umurnya yang sudah mencecah separuh abad itu masih lagi tampak bergaya dengan penampilannya sebagai lelaki berkorporat. Kalau dah bawa title duda hot tu... Pergi ke mana-mana sahaja mesti ada gadis muda yang tergila-gilakannya. Usia bukan lagi isu utama apabila segala kemewahan yang dimilikinya dipandang tinggi. Rupa pun masih helok.
Muhammad tidak pernah merancang untuk berkahwin lagi selepas perkahwinannya dengan arwah isterinya, Puteri Aisya. Cukuplah setakat itu sahaja. Dia sudah cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Ada keluarga yang sempurna. Ada Luna dan Malique yang mengganggap dia sebagai seorang ayah. Abi. Itu gelarannya.
"Saya okay la, Muhammad. Kita kan dah janji dengan Luna."
Hawa tak mahu mengecewakan hati anak perempuannya, Arluna Insyirah. Sudah dia berjanji untuk menghadirkan diri ke event hari ini.
Hawa tidak mampu menghalang minat Luna yang lebih menjerumus ke arah bidang modelling itu sejak gadis itu berusia belasan tahun lagi.
"Malique... Jaga pandangan mata kamu ya di dalam nanti." Sempat Hawa menitipkan pesanan ringkas kepada anak lelakinya sebaik sahaja melangkah keluar dari perut kereta mewah berjenama Porche Macan itu.
Malique menarik senyuman lebar lalu merangkul manja lengan Hawa dari tepi. "Baiklah umiku sayang..." Bahu Hawa dipeluknya daripada tepi. Memimpin Hawa berjalan masuk ke dalam bangunan hotel bertaraf tinggi itu.
Muhammad terlebih dahulu sudah berjalan ke hadapan meninggalkan mereka berdua di belakang.
Hawa tersenyum senang dengan telatah manja Malique. Dia akui Malique seorang anak yang sangat baik akhlaknya. Patuh dengan segala arahannya dan mudah dibentuk daripada kecil. Tidak banyak karenah.
"Malam ni umi Malique cantik sangat," puji Malique.
Pada malam ini, Hawa mengenakan abaya filizzade mink dan shawl satin pearl white. Berpakaian cukup ringkas. Terserlah keanggunan seorang Hawa Arlani.
"Malique perlu sentiasa ada dengan umi kalau macam ni. Malique kena jadi bodyguard umi. Takut umi kena kebas dengan orang lain... Bahaya!"
"Kebas apa pulanya?"
"Yalah... Nanti ada orang dekat sini yang berkenan dekat umi macam mana? Umi Malique ni dah la masih cantik kebaboms. Awet muda gitu. Cuba umi kongsi dengan Malique apa petua rahsia kecantikan umi ni sehingga ramai pak Arab yang berkenan dekat umi masa umi duduk dekat Jordan dulu."
Pernah menetap di Jordan suatu ketika dahulu mengembalikan ingatan Hawa kepada memori yang tercipta di sana. Ada benar apa yang diperkatakan oleh Malique itu. Selalu sahaja ada rombongan meminang untuk Hawa. Ramai yang berkenan ingin memperisterikan Hawa Arlani. Namun, Hawa masih tetap dengan pendiriannya. Tidak akan ada perkahwinan selepas Adam. Cinta matinya hanya untuk Adam.
"Hawa masih muda, nak. Hawa perlukan seseorang untuk menemani Hawa di hari-hari tua nanti. Ada baiknya Hawa kahwin lagi."
"Hawa tak mahu, ibu. Hawa hanya nak Adam sahaja. Hawa mampu besarkan Luna dan Malique dengan tangan Hawa sendiri. Satu sahaja Hawa minta... Jangan pernah paksa Hawa untuk kahwin."
Sungguh, kehadiran Luna dan Malique telah melengkapkan hidupnya. Menceriakan hari-harinya. Benarlah... Di sebalik perkara yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Allah ambil orang yang kita sayang sebab nak gantikan dengan yang lebih baik.
Kehilangan suami. Tuan Muhammad Adam Ferhad.
Kehilangan anak-anak. Tuan Riyadh As-Siddiq dan Tuan Jelita Mikayla.
Digantikan pula dengan kehadiran Arluna Insyirah dan Muhammad Malique.
Aturan Allah sungguh indah.
Maka, kau bersabarlah dengan setiap ujian yang Allah turunkan kepada kau.
Tiada kehidupan yang sia-sia Allah berikan kepada hambanya. Pasti akan terselit kebahagian. Kebahagiaan akan menjadi milikmu kelak.
"ABI!"
Bersinar terang mata Luna apabila terpandangkan seraut wajah yang dirindui itu. Sudah hampir dua bulan dia tidak bersua muka dengan Muhammad dan kini Muhammad benar-benar mengotakan janjinya yang ingin menghadirkan diri ke event hari ini.
Luna faham dengan kesibukan kerja abinya sebagai lelaki berkorporat itu. Setiap masa ke hulur ke hilir demi mencari sesuap nasi. Begitu juga la dengan waktu Luna yang lebih banyak terbuang demi kerjaya yang dipilihnya suatu ketika dahulu.
"Bila Abi balik Malaysia? Kenapa tak beritahu Luna pun? Luna ingat Abi masih ada di Hong Kong..." Asak Luna dengan pelbagai soalan. Langsung tak bagi chance. "Ingatkan Abi takkan datang hari ini..." Sendu bunyinya di hujung ayat.
"Hey, cool down. I'm here, right?" Mudah Muhammad menjawab dengan sebelah kening diangkat ke atas.
"Erm... Umi dengan Malique mana?" Anak mata Luna melingas melihat sekeliling ruang dewan yang besar itu, dibanjiri dengan lautan manusia yang tak kurang banyaknya.
"Jap... Abi kena jawab call." Pamit Muhammad membawa diri keluar dari dewan itu mahu menjawab panggilan telefon daripada personal assistant nya, Khai.
"Itu ke bakal suami you?" tanya Eryna sinis. Muncul secara tiba dari arah belakang Luna. Sudah lama dia perhatikan Luna dan Muhammad yang berbual tadi.
Terangkat kening Luna. Bakal suami? Adakah Eryna memaksudkan Muhammad adalah bakal suaminya?
Ridiculous!
Tuduhan yang langsung tidak berasas. Muhammad tu dah macam bapak dia kot.
"Yang you sibuk sangat tu kenapa?" bidas Luna. Dia naik memeluk tubuhnya pula. Dagu diangkat tinggi dengan gaya angkuhnya, mencerlung tajam ke arah Eryna.
"Eleh... Cakap je la tu bapak gula you, Luna. I kenal bapak gula you tu. Jutawan... Duit berkepuk-kepuk. I tak pelik pun kalau you sanggup jadi mistress dia," bisik Eryna di tepi telinga Luna.
Mistress kepala lutut kau! bisik Luna di dalam hati.
"S... SO...SORRY." Kalut Luna memohon maaf sangat menyesali dengan tindakannya yang terburu-buru itu sehingga secara tak sengaja terlanggar seorang lelaki.
Muka Luna berkerut kerisauan. Sudah la jus orennya tertumpah di atas baju Tshirt berwarna putih yang kosong tanpa corak itu. Kesudahannya baju itu sudah dicemari dengan warna oren. Tangan Luna laju mengelap dada bidang lelaki itu tanpa sedar. Tindakan di luar kawalan.
"It's okay..." Tenang lelaki itu menjawab.
"Habis baju you dah kotor. Stupid Luna!" Luna mengomel sendirian, memarahi dengan kecuaiannya sendiri.
Luna mengangkat wajahnya memandang lelaki itu yang ternyata lebih kurang ketinggian dengannya. Untuk sesaat dia menilik ciptaan Allah itu.
Dup dap... Dup dap... Dup dap...
Saat ini Luna merasakan rama-rama di dalam perutnya sudah berkepak keghairahan. Perasaan apakah ini?
"Dress yang you pakai pun terkena orange juice ni," ujar Ian perlahan. Mata jatuh melihat dress berwarna putih salju yang tersarung di badan langsing Luna itu.
"Kita pernah jumpa ke sebelum ini?" Tanpa mengendahkan mata Ian yang melekat di bajunya itu, Luna terus mengajukan soalan yang terlintas di fikirannya. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan ini bukan kali pertama mereka bertemu. Ada pertemuan lain sebelum ini.
Sepasang mata biru itu benar-benar mengunci pandangannya. Mata yang cukup mengkhayalkan. Wajah Ian benar-benar mengingatkan Luna kepada seseorang. Seseorang yang dah lama pergi. Hampir mirip dengan...
Terangkat hujung bibir Ian. "Tak."
"Ian..."
"Abang..."
Serentak dua orang wanita bersuara dalam masa yang sama.
"Abang pergi mana? Puas saya cari abang tadi." Lembut Nawal bertanya sambil merangkul manja lengan Ian dari tepi. Kepalanya mendongak memandang Ian penuh rasa cinta. Begitu juga dengan Ian. Untuk sesaat mereka bertentangan mata tanpa menghiraukan ada sepasang mata lain yang turut menyaksikan.
Arluna. Lelaki ni dah kahwin ke? Itu sahaja soalan yang bermain di benak fikirannya.
"Eh, kenapa baju abang kotor ni?" Barulah Nawal perasaan bahawa baju suaminya terkena jus oren di bahagian dadanya.
"Salah saya. Saya tak sengaja tertumpahkan air saya pada baju encik ni," celah Luna. Dilayangkan senyuman nipis kepada wanita berhijab itu.
Cantik, detik itu di hati Luna.
"Saya Luna. Arluna Insyirah." Dia mengambil langkah seterusnya. Memperkenalkan dirinya. Salam perkenalan disuakan kepada Nawal. Untuk seketika matanya terhenti pada seraut wajah Ian yang masih merenungnya lama. Renungan Ian cukup menghantarkan satu getaran halus ke dalam hatinya.
Nawal menyambut mesra tangan Luna. "Nawal." Kemudian, dia merapatkan lagi jaraknya dengan Ian seolah-olah cuba memberitahu sesuatu. "Ini suami saya."
Senyuman Luna perlahan-lahan kendur dengan sendiri. Hatinya berdetak pedih. Jadi benarlah lelaki ini sudah berkahwin.
"Kami kena pergi dulu, Cik Luna," kata Nawal, mewakili suaminya yang sedari tadi langsung tidak berkata apa.
"Sekali lagi saya minta maaf, encik..."
Jeda.
Sengaja dia menggantungkan ayatnya, mahu menantikan sambungan. Apakah nama lelaki ini?
"Ian."
NUN jauh di sana ada sepasang mata lain yang menyaksikan adegan itu penuh minat. Akhirnya, Tuan Ian Al-Fattah dan Arluna Insyirah kembali dipertemukan setelah dua puluh tahun berlalu.
Sangat menarik.
Dia tidak sabar untuk melihat corak permainannya selepas ini. Pasti akan lebih menarik.
Kini, dia perlu mencari cara untuk menarik umpannya termasuk ke dalam perangkapnya. Dan, dia tahu itu bukannya suatu perkara yang mudah dilaksanakan.
"Adam... Kalau you masih hidup sekarang mesti lagi menarik. You boleh lihat macam mana I berjaya musnahkan keluarga you."
"Semoga you tenang kat sana..."
Tawa kejinya pecah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top