𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 53
AKU berjalan perlahan masuk ke dalam perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik Adam sebaik sahaja melangkah keluar dari perut kereta teksi yang dinaiki aku tadi. Aku sebenarnya secara sembunyi keluar dari rumah ibu hanya disebabkan aku ingin pulang ke rumah aku dan Adam.
Muhammad menghalang keras perbuatan aku, begitu juga dengan ibu. Tetapi, aku tidak peduli. Aku masih dengan keputusanku. Hati aku kuat mengatakan suami dan anak aku berada di sini.
Gelap.
Rumah banglo ini langsung tidak disimbahi dengan cahaya lampu. Hanya kepekatan malam sahaja. Sungguh, bulu roma aku meriding di saat ini. Angin sejuk pada malam ini membuatkan aku menggeletar kesejukan.
Kepala aku mendongak ke atas. Ada cahaya. Cahaya lampu yang muncul dari arah bilik tidur aku dan Adam. Tanpa membuang masa lagi, aku mempercepatkan lagi langkah aku. Pintu utama menjadi tujuan terlebih dahulu.
"Abang!" tempikku kuat. Gembira bukan kepalang apabila telahan aku tepat sekali. Kini, wajah Adam betul-betul memenuhi kornea mata aku. "Hawa dah agak abang ada dekat sini..."
Setapak aku melangkah. Ingin mendekatinya. Aku mahu memeluknya erat.
"Jangan mendekat." Suara garau itu menghalang. Keras.
"Hawa rindu abang... Hawa nak peluk abang," beritahuku seperti anak kecil. Ulas bibirku menarik senyuman lebar selepas sudah sekian lama aku berduka. Adam yang telah mengembalikan senyuman di wajah aku.
"Aku cakap jangan datang dekat."
Mata aku terkedip-kedip perlahan. Aku terbungkam dengan kata-katanya. 'Aku?'
Aku membuka langkah lagi tanpa mempedulikan amaran dia.
"Setapak lagi kau melangkah... Kau takkan dapat jumpa aku lagi, Hawa Arlani. Sampai bila-bila."
"A... Abang." Nafasku mulai sesak. Kenapa Adam berubah sampai tahap begini? Di manakah kelembutannya di dalam bicara?
Aku mahu melihat wajahnya yang di sebalik kesamaran cahaya lampu itu. Aku rindu mahu menatap wajah tampan itu. Wajah yang menjadi igauan aku selama ini.
"Aku lepaskan kau, Hawa Arlani."
Senyuman aku mati dengan sendiri.
"A...apa Abang cakap ni?" bisikku keras seiring dengan langkahku yang menghala ke arah Adam.
Aku tidak hiraukan renungan tajamnya. Aku ingin peluk dia. Merasakan kehangatan tubuh badan dia apabila tubuh kami bersatu. Nyaman.
"Jangan datang ke arah abang, sayang..." Suara Adam bertukar lirih tidak setegang tadi. Bahasa yang digunakan pun sudah berubah seperti sedia kala."Abang tak nak Hawa tengok keadaan abang sekarang..."
"Dengar sini, Hawa...Abang sayangkan Hawa. Cintakan Hawa. Hanya Hawa seorang sahaja wanita yang abang cintai. Abang tak pernah berhenti mencintai seorang Hawa Arlani. Dia la bidadari abang. Dia la umi kepada anak-anak kita. Terima kasih untuk segalanya sayang..."
"Hawa dah banyak tempuh pelbagai ujian. Hawa diuji dengan kehilangan Riyadh dan Jelita. Terima kasih kerana sudi melahirkan zuriat untuk abang."
Dada aku sempit mendengar butir bicaranya. Ya Allah... Air mata mulai bergelinangan di tubir mata.
"Hawa ingat apa yang abang pernah kata sebelum ini dekat Hawa?"
Aku menggeleng kepala.
"Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan abang, sayang... Bila dah sampai waktunya kita kena pergi. Dunia ini hanya la sementara. Hawa teruskan mengejar cinta Allah."
Aku menunduk kepala lalu aku mengesat pantas air mata aku yang masih terkumpul di kolam mata.
"Abang cintakan Hawa."
Mata kami saling bertemu.
Dan, dia tersenyum.
Senyuman yang takkan aku lupakan.
Lelaki bermata biru.
Dia la... Tuan Muhammad Adam Ferhad, satu-satunya lelaki yang aku cintai.
"Aku lelaki paling bersyukur kerana mampu memiliki kau sebagai bidadari dalam hidup aku. Terima kasih kepada-Mu Ya Allah kerana meminjamkan dia kepada aku walau untuk sementara."
.
.
.
DAN, aku tersedar bahawa itu hanya la mimpi semata-mata.
Again!
Mata aku melilau melihat sekeliling ruang bilik tidurku. Aku mencapai iphone aku dan melihat waktu yang tertera di skrin telefon.
Sudah jam 5 pagi. Aku pusing badan aku kiri dan kanan mahu menyelesakan kedudukan aku.
Luna.
Luna yang tidur nyenyak di tepi aku ini, aku pandang lama. Aku sudah jatuh sayang dengan budak ni. Sudah ku anggap seperti anak kandung aku sendiri. Biar aku yang membesarkan dia dengan sepenuh kasih sayang.
Rambut keriting semulajadi Luna itu aku usap perlahan.
Aku diam melayan perasaan aku sejenak. Baru aku perasan mata aku basah dengan air mata. Mimpi yang baru sahaja aku alami tadi cukup meninggalkan kesan.
Adam seolah-olah mahu meninggalkan aku. Semua kata-katanya. Bagaikan itu adalah pesanan terakhirnya.
"Aku lelaki paling bersyukur kerana mampu memiliki kau sebagai bidadari dalam hidup aku. Terima kasih kepada-Mu Ya Allah kerana meminjamkan dia kepada aku walau untuk sementara."
Tok!
Tok!
Tok!
Aku tersentak dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bertalu-talu dari arah luar bilik. Kenapa pula ni? Ada masalah ke?
Sebaik sahaja aku memulas tombol pintu bilik, wajah cemas Cik Bie memenuhi retina mata. Aku kebingungan melihat reaksinya lalu aku mengangkat kening aku membawa maksud 'kenapa?'.
Cik Bie menelan air liur sekali.
"Hospital."
Kening aku berkerut. Apa kaitan hospital dengan aku pula pada waktu-waktu macam ini?
"Hawa kena pergi hospital."
"Kenapa?" tanyaku lemah. Hati aku mula rasa tak enak. Jujur! Tambahan pula, dengan riak wajah Cik Bie sekarang. Seperti ada perkara buruk yang terjadi!
"Adam..."
Sebaris nama itu sudah cukup untuk menggoyahkan aku.
.
.
.
DARI jauh aku nampak banyak wartawan mengerumuni kawasan bangunan yang aku tujui. Aku menelan air liur perlahan dan mata aku kembali bergenang apabila Muhammad berjalan laju ke arah aku.
Mata Muhammad merah. Masih ada tanda basah di pipinya.
Pandangan sayu Muhammad memberikan jawapan kepada persoalan yang berlegar di fikiran aku sejak tadi. Aku dibawa masuk melalui pintu belakang, mengelak daripada diserbu wartawan yang laparkan informasi terkini.
Dua pintu ditempuh, suhu semakin sejuk. Aku pernah berada di sini, suatu ketika dahulu. Kini, aku kembali.
Terdapat beberapa orang di situ, salah satu pintu peti sejuk berisi mayat terbuka. Kain putih yang menutupi tubuh yang terkujur itu diselak oleh atendan hospital.
Air mata aku mengalir deras.
"Ya Allah, abang!" teriakku kuat.
Mataku terpejam erat dan tubuhku terasa longlai ingin menyembah bumi. Bukan ini yang aku harapkan! Bukan ini yang aku mahu lihat!
Muhammad menerpa ke arah aku dan memegang kemas kedua-dua belah bahu aku. Kemudian, dia menarik aku jauh sedikit dari peti sejuk berisi mayat tadi.
Tangisan aku pada kali ini tanpa bunyi. Pandangan aku masih pada jasad yang terbujur kaku itu.
Abang.
"Kau kena kuat Hawa..."
"Tak cukup lagi ke dengan ujian selama ini? Ya Allah... Saya penat, Muhammad. Dah penat," rintihku kelemahan.
"Hawa... Adam pergi kerana Allah sayangkan dia. Tiada satu pun dalam dunia ini milik kita. Semuanya hanya la pinjaman dari Dia. Yakin kepada Allah, Dia lebih mengetahui."
"Kenapa Adam? Saya perlukan dia..." ujarku mendayu.
Tak kusangka secepat ini Allah ambil Adam daripada aku.
"Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan abang, sayang... Bila dah sampai waktunya kita kena pergi. Dunia ini hanya la sementara. Hawa teruskan mengejar cinta Allah."
Pandangan aku terus kabur selepas itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top