𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 47

ALANGKAH indahnya jikalau ini hanya la mimpi semata-mata. Mimpi yang cukup ngeri buat aku. Berkali-kali aku yakinkan kepada diri aku sendiri bahawa ini hanya la mimpi. Tetapi, mengapa sehingga kini aku belum terjaga?

Aku buntu.

Tiada benda yang lain yang bermain di fikiran aku sekarang melainkan si dia.

Dia...

Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Aku mahu menghentikan masa dan hanya mahu hidup di sebalik kisah bayangan dahulu iaitu detik-detik terindah yang tercipta di antara aku bersama si dia. Siapa tahu mungkin pada malam inilah merupakan detik terakhir buat aku untuk bernafas di atas muka bumi ini.

"Kesian suami saya ni... Balik kerja aje terus nak bermanja dengan kita ya..."

Aku sungging senyuman lebar sambil jari-jemari aku dilarikan di atas rambut hitam suami aku yang beralun cantik itu. Lembut. Aku menjatuhkan hidung aku di atas rambutnya dan dihidu sedalam-dalamnya. Kemudian, aku mengucup ringkas tepi dahinya.

Aku dapat menangkap senyuman miangnya itu terukir sesaat.

"Hrmmm... Sayang..." Dia menggumam manja. Suka sangat apabila aku melayannya seperti ini. Seperti anak kecil yang hauskan kasih sayang dari seorang ibu. Tetapi, dia lain... Dia seorang suami yang selalu dahagakan kasih sayang dari isterinya.

"Eeee... Abang kita ni busuk la! Dah la tak mandi lagi. Balik kerja aje terus nak menempel dengan kita."

Aku mencebik dalam diam.

"Argh, kita tak kira la awak nak kata kita busuk ke apa. Kita tak kesah pun." Adam menempelak manja.

Kepala Adam yang elok terletak di atas riba aku terus dialihkan. Mujur la dia reti nak alih kepala. Sakit dah kaki aku ni kena tampung kepalanya yang berat itu sejak tadi lagi. Tanpa amaran dengan selambanya dia menyelak baju aku ini ke atas dan menampakkan bahagian perut aku yang membukit besar ini. Ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahim aku sekarang.

Aku tak cepat melatah dengan perbuatannya yang satu itu. Ini bukan kali pertama. Aku sudah terbiasa. Dalam sehari itu pasti dia akan buat macam ni dan dia akan cuba untuk berkomunikasi dengan anak di dalam kandungan aku ini. Anak aku ni punya tahap eksaitednya itu bila dapat bermanja dengan babahnya pasti akan aktif menendang!

Perut aku dikucup sekilas. Dan tangan kasarnya melekap di bahagian perut aku.

Hangat.

"Assalamualaikum... Puteri babah. Tuan Jelita Mikayla," bisiknya dalam kelelahan.

Tuan Jelita Mikayla.

Itulah pilihan nama Adam sebaik sahaja dia mengetahui jantina anak di dalam perut aku ini. Gembira sungguh Adam apabila mendapat tahu tak lama lagi akan hadir puteri kecil di dalam keluarga kami.

Fetus di dalam rahim aku terus bertindak balas apabila mendengar suara babahnya. Dia menendang!

Serentak mata aku dan Adam bertemu. Aku mengerti dari maksud renungannya itu.

Aku mengangguk kepala sekali sebelum membuka mulut aku. "Dia tendang, abang. Happy betul dia dapat dengar suara babah dia." Kemudian, aku menjatuhkan sedikit kepala aku. "Jelita sayang... Rindu dengan babah ya?" Aku seolah-seolah sedang berbicara sendiri dengan dia.

Dia menendang lagi!

Pecah tawa kami.

"Puteri kita pun rindu dekat babah dia tau... Tapi, umi dia tu langsung tak rindu dekat babah dia."

Memuncung mulut Adam ke depan.

"Siapa kata umi ni tak rindu dekat babah? Hrmmm..." Aku mengusap lembut dagunya yang terbelah itu. Bebola mata aku ni langsung tidak terkalih mengamati keindahan ciptaan Tuhan ini. Kenapa la suami aku ni makin lama makin mengancam? Aura dia... Pur meoww.

"Iya lah tu..." Sengaja Adam menarik wajah masam. "Kalau umi rindu dengan babah... Umi kena la kiss babah."

Ha, mula dah!

"Kiss dekat sini..." Jari telunjuknya mengetuk muncung bibirnya beberapa kali. "Cepatlah kalau umi sayang kat babah..." rengeknya lagi persis seorang Ian apabila kehendaknya tidak dituruti.

Aku tersenyum segaris.

"I love you abang sayang. Love you soooo much. Remember... Cinta Hawa untuk abang tak pernah berkurangan dari dulu sehingga sekarang. Ingat tau. Tau tau."

Jeritan aku pecah!

Dia gigit pucuk hidung aku!

Huwarghhh. Aku baru aje nak buat sesi luahan hati dengan dia... Boleh pula dia gigit hidung aku yang comel ni. Grrrr. Tak sporting betul la laki aku ni.

"Hidung awak sedap la!"

Aku merenungnya tajam. Apakah dosa hidung aku ni sehingga dinodai olehnya juga? Dah la sakit. Dia memang betul-betul gigit kut. Bukan gigit biasa. Ingat hidung aku ni makanan ke apa?

"Nak gigit lagi!"

Mula dah... Dia dah on suis mengada dia. Kau orang jangan ingat aku aje yang mengada, Adam ni sama aje dengan aku.

Hesteg sawittt kapel.

Gitchewww.

"Jelita... Puteri babah..."

Dia mendekatkan kembali mukanya ke arah perut aku.

"Jelita jangan nakal-nakal tau dalam perut umi... Jelita nanti lahir mesti cantik macam umi. Umi ini diibaratkan bidadari buat babah tau. Walaupun ramai lagi wanita dekat luar sana beribu kali ganda cantik daripada umi..." Meleret.

Jeda. Sempat lagi dia kenyit mata dekat aku.

Fikir aku tergoda?

"Tapi, umi la wanita yang paling cantik sekali di mata babah. Dan... Paling menggoda sekali."

Aipp aipp aipp.

Aku meluaskan mata aku. "Apa cakap macam tu depan anak!"

Adam tersengih nakal. "Okay okay. Chill la sayang." Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda menyerah apabila nampak aku yang mula bersedia nak mencubit telinganya itu.

Adam berdehem sedikit sebelum menyambung. "Dia seorang wanita yang kuat. Cukup kuat. Babah tak sabar sangat nak tunggu kelahiran puteri comel babah ni."

Kemudian, aku merasakan dahi aku basah bila ada satu ciuman lama dilabuhkan di situ. Dan, ada cecair jernih hangat yang melekat.

Adam menangis?

"Terima kasih, Hawa. Untuk segalanya."

"Jelita tolong jagakan umi untuk babah ya sayang bila babah dah tak ada suatu hari nanti..."

Dan... Aku harus sedar yang tak selamanya kisah hidup seseorang itu akan sentiasa dihiasi bunga-bunga cinta. Pasti akan tiba juga saatnya. Saat kemusnahan kehidupan seseorang itu.

"Kaki kau cantik... Mungkin aku patut ukir sikit. Betul tak?"

Aku segera beralih ke alam nyata, membiarkan lamunanku tergantung tanpa tali. Tanpa sedar, aku menelan air liur sekali.

"S...Siapa kau?" Dalam ketakutan itu masih ada sedikit keberanian di dalam diri aku. Sungguh, aku tak dapat mengecam lelaki berhoodie hitam ini. Adakah dia seorang yang aku kenali? Tetapi, aku dapat menangkap sesuatu bahawa dia cukup mengenali aku. Dia bukan diupah oleh sesiapa pun untuk membunuh aku pada malam ini namun, dia la ketua segala perancangan ini. Dia mahu membunuh aku dengan tangannya sendiri.

"Siapa aku?" Dia membongkok sedikit badannya. Cuba menyamai kedudukannya dengan aku.Tanpa amaran, dia mencengkam kuat pipi aku. "Siapa aku? Siapa aku?"

Makin kuat dia mencengkam.

"Bagaimana kau boleh lupakan aku dengan semudahnya Hawa?"

Aku meringis kesakitan. Aku cuba untuk menolak dadanya agar menjauh sedikit daripada aku namun dia lebih cekap mengilas tangan aku ke belakang. Aku tak selesa dengan kedudukan sekarang. Nafas kasarnya menampar kulit aku. Terlalu dekat.

"Aku dah lama perhatikan kau... Dan, hari yang aku nantikan selama ini akhirnya tiba juga. Suami dan anak lelaki kau bakal mampus tak lama lagi. Kau ingat pengakhiran hidup kau akan jadi happy ending? Sungguh klise! Kau fikir akan ada hero yang selamatkan kau malam ini? In your dream, Hawa! Kau menjeritlah macam nak terkeluar anak tekak sekali pun... Tiada sesiapa yang akan dengar. Bagus juga suami kau pilih rumah dekat kawasan bukit macam ni."

Lelaki ini cukup licik. Cukup. Dia sudah mengatur rancangan yang cukup rapi untuk jayakan rancangannya.

"Gi...Gil...Gila." Dengan bersusah-payah aku cuba untuk berkata sambil pipi aku ini dicengkam kuat olehnya.

"Memang aku gila, sayang... Banyak lagi kegilaan yang aku nak tunjuk dekat kau malam ini. Aku akan pastikan kau akan melutut dekat kaki aku. Kau akan merayu-rayu dekat aku."

Serentak itu dia melepaskan cengkamannya dan tangan besarnya itu pantas selamat mendarat di pipi aku dan menghasilkan bunyi yang cukup kuat.

Pang!

Pipi kanan aku menjadi habuannya. Terteleng kepala aku ke tepi. Berpijar rasa pipi ini.

Pang!

Dan, sekali lagi pipi aku menjadi mangsa keganasannya. Rasa sakitnya itu sukar untuk diungkap. Rasanya seperti pipi kau ditampar oleh tapak kasut. Mungkin begitulah 'keenakan' rasanya.

Tidak lama kemudian, aku dapat merasakan sesuatu benda asing. Masin. Nyata bibir aku sudah pecah dan berdarah.

"Sakit tak sayang? Sakit tak?" jerkahnya lantang, memaksa untuk aku berikan jawapan kepada soalannya yang nyata bodoh itu. "Macam itulah ... Sakitnya hati aku selama ini!"

"Argh!" Aku menjerit lantang bagai nak terkeluar anak tekak apabila pisau yang bermain di tangannya sedari tadi dilarikan di atas permukaan kulit aku. Di bahagian betis aku.

Berdarah.

Panjang ukirannya, lebih kurang 6 sentimeter. Walaupun ia tak dalam namun, meninggalkan rasa yang cukup sakit. Hampir putus nafas aku melihat tingkah lakunya itu.

Dia memang gila!

Sesak nafasku. Dia mampu buat aku lupa bagaimana cara untuk bernafas.

Aku ditendang, ditampar dan sekarang kaki aku diperlakukan kejam olehnya. Selepas ini, apakah lagi nasib aku?

"Sayang... Tengoklah kaki kau dah cantik. Ada darah. Aku suka darah." Matanya lama terpaku bada bahagian betis aku. Dan, dia menjilat bibirnya. Bagaikan tidak sabar untuk 'menikmati' sesuatu yang begitu 'enak' terhidang di depan matanya.

Meremang bulu roma aku. Berderau darah aku menangkap butir bicaranya itu.

Dia mengangkat wajahnya. Mata kami saling bertemu untuk sesaat. Aku hanya dapat melihat bahagian matanya sahaja kerana dia memakai topeng muka.

Renungannya bertukar lembut sebelum dia menggeleng kepalanya laju dan renungan membekunya kembali memenuhi kornea mata aku.

Aku seperti pernah melihat sepasang mata itu suatu ketika dahulu. Tetapi, di mana ya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top