𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 43

Beberapa bulan kemudian...

"SAYANG!"

"Jom la berenang dengan abang sekali!"

"Yang mulut muncung sedepa macam mulut itik tu dah kenapa?"

Aku menunduk kepala, memandang sepasang kaki aku yang direndamkan di dalam air kolam ini. Kemudian, aku melilit tangan aku di dada. Kata-kata Adam tadi bagaikan angin yang menyapa telinga aku sahaja.

Mood tengah merajuk. Grrrr.

"Sayang..." Meleret.

Aku mencebik sekejap. Bukan aku tak tahu dia sedang psikologi aku sekarang dengan godaan tak seberapanya. Heh.

Potongan buah epal hijau yang tersusun di dalam piring itu, aku capai lalu masuk ke dalam mulutku. Sambil melihat keasyikan suamiku yang sungguh syok mandi kolam pada waktu malam macam ni.

"Hawa..."

Aku mengangkat keningku ke atas. 'Nak apa?'

"Hawa... Bidadari abang..."

"Shshsh... Hawa masih merajuk lagi dengan abang. Tak payah nak goda Hawa sangat la dengan godaan tak seberapa abang tu. Nanti Hawa gigit gigit abang baru tau. Dah la abang tengah mengancam sekarang..." Di hujung ayat itu aku sengaja berkata dengan nada suara yang rendah. Cukuplah aku sahaja yang dengar. Aku tak dapat nak kalihkan mata aku ini daripada 'merogol' badannya yang terdedah di bahagian atas tu. Pergh, ayat kau Hawa!

"Meh la masuk dalam ni... Buat apa duduk tercegat dekat situ aje. Jom la kita beromantik dalam kolam ni. Untung- untung Hawa terberanak terus dalam kolam ni."

Aku menayangkan penumbuk aku kepadanya. Acah gengster jap. Tapi, aku gengster yang comel.

Macam pernah dengar la ayat terakhir daripada Adam tu. Kening aku sedikit berkerut untuk memerah ingataan aku sebelum aku memberikan jelingan maut kepada dia.

Ceit, itulah kata-kata yang sama dinyatakan oleh Adam beberapa tahun yang lepas ketika aku mengandungkan Ian dan Riyadh. Kini, berbeza... Aku sekarang sedang berbadan dua. Anak aku dan Adam. Bila mengingatkan itu, senyuman aku terus mekar. Usia kandungan aku sudah mencecah lapan bulan.

Ian la antara manusia yang paling gembira apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan aku. Katanya, dia sudah membuat persiaapan terlebih awal untuk jadi seorang abang yang mithali kepada adiknya nanti. Hai la... Akhirnya permintaan anak teruna aku seorang itu berjaya juga dimakbulkan. Siapa sahaja tak penat kalau setiap hari, dia minta adik daripada aku dan Adam. Gayanya, seperti oder makanan dekat kedai mamak aje.

"Ha... yang tersenyum sorang- sorang tu dah kenapa? Ingatkan siapa? Mesti abang, kan? Abang dah ada dekat depan mata Hawa pun... Masih rindu. Macam mana la kalau abang tiada suatu hari nanti."

Adam sudah mengoyak senyuman nakal.

"Ish... Suka sangat cakap macam abang nak pergi jauh dari Hawa. Abang memang dah tak sabar sangat ke nak tinggalkan Hawa?"

Mulalah mata aku ni nak berkaca-kaca ingin merembeskan cecair hangat. Argh, aku memang sensitif sejak kebelakangan ini! Wajah aku terus bertukar mendung.

"Abang memang dah tak sayang Hawa. Huwaaaa... Abang nak tinggalkan Hawa!" Dan... Pecah la raungan besar daripada aku diikuti esak tanggisan. Bibir sudah terjuih ke depan. Mesti muka aku comel giler sekarang. Confident itu penting.

Segera Adam berenang menghampiriku yang sedang berdrama air mata ini. Riak wajah yang dipamerkan cukup pasrah melihat kecengengan aku ini. Bukan dia tak biasa melayan perangai aku yang macam musim ini. Sekejap garang macam mak singa, sekejap nak bermanja dengan Adam aje setiap masa.

"Pujuklah Hawa cepat... Tak nampak ke isteri abang tengah menangis ni," kataku dengan nada yang suara rendah. Kemudian, aku menguatkan lagi tangisan aku yang berlagu merdu ini.

"Tak nak abang pujuk Hawa." Adam berkata selamba. Selajur itu, dia keluar dari kolam meninggalkan aku termangu-mangu di sini.

Bibir aku sudah tercemik-cemik. Sampai hati...

"Abang tidur luar malam ni!"

Aku mendongkol kegeraman sambil mengelap sisa air mataku menggunakan belakang telapak tangan. Sekali dengan hingus aku lap. Yucks! Aku memandang belakang badan suamiku penuh dengan perasaan sebal. Dia boleh buat bodo aje...

"Abang tidur luar malam ni." Aku mengulang untuk kesekian kalinya dengan nada suara yang lebih kuat. Aku nak lihat reaksinya.

Pujuklah aku... Pujuklah aku...

Dan... Seperti yang aku jangka, dia menoleh memandang wajah cantik aku ini dan akan memujukku seperti selalu.

Strettt... Tetapi, sangkaan aku meleset jauh. Adam menjongket bibirnya ke atas. Smirk. Sambil itu, dia mengelap rambutnya yang basah itu dengan tuala kecil. Kemudian, mata derhaka aku ini jatuh pada bahagian bawah pusatnya. Lek, dia dah pakai tuala la.

"Are you sure, sayang? Hawa nak abang tidur luar malam ini?" ujinya sengaja. Dibawa langkah menghampiriku yang masih terduduk di tepi kolam ini. "Betul ni... Hawa nak abang tidur luar?"

Mata aku saling bertemu dengan mata birunya. Dia mengunci mataku dengan renungan hangatnya.

Aku meneguk air liur sekali. Tidak berkelip-kelip mata aku ini saling berbalas pandangan dengan dia. Mata yang cukup mengkhayalkan. Selalu melemaskan aku di dalam setiap godaannya.

Tanpa kata akhir daripada aku, bingkas aku berdiri dan memperbetulkan dahulu gaun tidurku yang berwarna putih salju ini. Aku membawa tangan kanan aku ke perut yang sudah mulai membukit ini. Terkedek-kedek aku berjalan masuk ke ruang santai yang menyambungkan laluan ke tangga. Aku tak boleh nak lari, kalau rasa nak kena marah dengan Adam... Berani la aku buat. Terus bertukar jadi bapak singa. Bapak singa yang mengancam. Rawr!

"Awak halau kita eh... Tengok la siapa yang akan datang cari kita nanti. Awak tu bukannya boleh tidur lena... Kalau tak tidur di celah ketiak kita!"

Pecah ketawa keji Adam!














.













.














.


















TIDAK. Aku nak keluar dari mimpi ini.

Aku takut.

Aku takut.

"Tidak!" Akhirnya terlepas jua jeritan maha kuat itu dari mulutku. Semerta, kedua-dua belah mataku tercelik luas.Terus tegak badanku, bersandar di kepala katil.

Hanya kegelapan sahaja yang mengisi kornea mataku sekarang.

Masih terasa lagi tamparan hebat yang terlayar di dalam mimpi ngeri aku sebentar tadi. Semua yang terlayar tadi dari permulaan bagaikan dejavu. Sehinggalah pengakhiran ceritanya yang membuatkan aku meraung bagai orang gila.

Insan-insan yang aku sayangi tinggalkan aku sendirian di dalam kegelapan yang tercipta. Aku bagaikan terkurung di dalam kegelapan itu. Apa yang aku nampak saat itu hanya la jasad mereka yang sudah tidak bernyawa lagi.

Air mata aku gugur.

"A... Abang. A... Abang... Tak! Tak! Ini semua hanya mimpi, kan? Tak... Abang bangun la. Bangun, bang! Ya Allah... Ian, anakku.Ian... Jangan tinggalkan umi!"

Masih aku ingat lagi ... Itulah kata-kata yang meluncur keluar dari mulutku diikuti esak tangisan saat melihat dua jasad itu sudah tidak bernyawa di dalam pangkuan aku.

Petunjuk apakah ini, Ya Allah?

Aku meraup kasar wajah aku yang sudah dicemari dengan mutiara jernih dan peluh yang turut membasahi dahiku. Kemudian, mata aku terarah ke ruang sebelah tempat tidurku.

Kosong.

Adam tak tidur dengan aku malam ini. Dia buat seperti yang aku arahkan.

Aku perlukan dia sekarang.

Aku keluar dari bilik tidurku, untuk mencari keberadaan suamiku. Aku tak pasti dia berada di mana sekarang. Sama ada dia sudah terlena ataupun dia sedang bersengkang mata menyiapkan kerjanya yang tidak berkesudahan itu. Aku mengikut kata hatiku.

Aku menuruni anak tangga satu persatu sehingga ke akhirnya. Dan ruang tamu, tempat pertama aku tuju. Dalam kesamaran cahaya lampu, aku dapati sebatang tubuh itu sedang berdiri membelakangi aku.

Berdirinya tegak sambil bercakap dengan seseorang di dalam talian. Perbualan yang cukup tegang dilihat melalui mata kasarku. Entah dengan siapa dia sedang berbual itu meninggalkan tanda tanya kepada aku.

Sesekali aku terdengar dengusan kasar daripada Adam.

"Aku tak boleh tinggalkan dia orang sekarang. Isteri aku tengah mengandung. Dia perlukan aku."

Aku berjalan perlahan menghampiri sebatang tubuh suamiku. Tanpa amaran, aku melingkarkan tanganku di pinggangnya.

Badan kami bersatu.

Aku mengetatkan pelukanku. Erat. Dapat aku rasakan tubuhnya sedikit mengeras. Barangkali sedikit terperanjat dengan kewujudan aku yang secara tiba-tiba ini. Hanya seketika, sebelum Adam mengusap lembut tangan kananku yang terletak di pinggangnya.

"Kenapa tak tidur lagi ni, sayang?" Suaranya automatik bertukar lembut. Tidak sekeras tadi, bila berbual dengan pemanggil di hujung talian itu.

"Jangan tinggalkan Hawa."

Aku menyembamkan wajahku di belakang badannya. Aku menghidu semahu-mahunya bau badan Adam.

Nyaman.

"Jangan tinggalkan Hawa... Jangan pernah tinggalkan Hawa. Kalau abang mati... Hawa pun mati."

Sungguh, aku tak mahu mimpi ngeriku itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Aku tak sanggup kehilangan cinta hati aku.

Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Tuan Ian Al- Fattah.














.













.













.



















Ada bau bau sad ending la. Nanti i update lagi eh. Malam ni ke... Kalau rajin la.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top