𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 37
SEPERTI yang dirancangkan oleh mereka sekeluarga iaitu meluangkan waktu hujung minggu dengan aktiviti bersama. Hanya disebabkan,satu panggilan telefon daripada setiausaha Adam iaitu Tania. Memaklumkan ada perkara mustahak yang terjadi, memaksa Adam untuk menghadirkan diri ke suatu mesyuarat tergempar melibatkan semua kakitangan TUAH GROUP.
Mahu tak mahu, Adam terpaksa mendahulukan hal kerjanya walaupun hatinya dipagut rasa bersalah kerana telah memungkiri janji kepada isteri dan anak tercintanya. Bukan selalu keluarga kecil mereka dapat keluar bersama, meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti beriadah seperti keluarga normal lain.
Bagi tidak menghampakan permintaan si anak kecil bernama Ian itu, Adam berjanji untuk menghantarkan seseorang untuk menjadi penggantinya pada hari ini. Secara tidak langsung 'seseorang' itu menjadi peneman Hawa dan Ian yang merancang untuk pergi ke Sunway Lagoon.
"Umi... Umi! Abi dah datang!" jeritan riang anak kecil bernama Ian itu memenuhi segenap ruang rumah itu.
Saat suara kecil Ian yang datang dari tingkat bawah itu menerkam gegendang telinga Hawa, sejenak dia bungkam. Dahi turut berkerut menimbulkan beberapa lapisan. Cuba dicerna sehabis baik bait-bait kata Ian beberapa saat yang lalu.
Abi? Abi mana pula ni? Ian ada ayah lain ke selain Adam?
Hawa melapiskan kembali lip balm di bibir mungilnya. Dia sememangnya tidak suka mengenakan solekan yang tebal di wajahnya, biarlah tipis sahaja asalkan muka tak nampak macam mayat hidup. Kemudian, diperbaiki sedikit selendang putih yang melekap di atas kepalanya agar tampak lebih kemas.
Cermin meja solek dilihat bagai nak tembus. Mencari apa-apa kekurangan yang ada. Pakaian yang dikenakan pada hari ini seperti biasa sopan. Blouse berwarna biru muda dan seluar palazzo.
Sejak dia menghawini Adam tiga tahun yang lalu, sejak itu juga Hawa perlahan-lahan memperbaiki dirinya dari segi pemakaian. Tak dapat disangkal lagi semasa zaman 'jahiliahnya' dahulu... Dia langsung tidak mengambil berat soal aurat.
Meskipun, Adam tidak pernah memaksanya dahulu untuk memakai tudung, Hawa tahu bahawa Adam mahu dia belajar menutup aurat dari hati sendiri. Ikhlas. Bukan daripada paksaan orang lain. Sejak bergelar isteri kepada seorang Tuan Muhammad Adam Ferhad, banyak yang Hawa pelajari.
Mereka sama-sama berubah untuk ke jalan Allah. Pendosa yang ingin ke syurga.
"Umi! Cepatlah..." Suara Ian mengembalikan Hawa ke alam nyata. Sedikit tersentak dia apabila menyedari suara Ian kian mendekat.
Dengan tergesa-gesa Hawa mencapai tas tangannya, lalu disangkutkan di bahu kanan. Sepintas lalu, dia membawa beg Hello Kitty milik Ian yang mengandungi pakaian anaknya untuk disalin kelak.
Makin kakinya menghampiri muka pintu, debaran kian terasa di dada. Membuak-buak perasaannya ingin tahu siapakah orang yang dihantar oleh Adam untuk menemaninya dan Ian hari ini ke Sunway Lagoon.
Sejujurnya Hawa kurang bersetuju dengan tindakan Adam untuk menghantar seseorang yang kononnya dirahsiakan oleh Adam untuk menjadi pengganti kerana ada perkara mustahak perlu dilakukan di TUAH GROUP melibatkan masa depan syarikat itu sendiri. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Saat permukaan tangannya menyentuh tombol pintu, badannya terus mengeras sendiri. Kemudian, ditarik kembali tangannya segera seolah-olah terkena renjatan elektrik lagaknya.
"Umi...Abi dah tunggu kita dekat bawah," beritahu Ian sedikit mendesak dari nada suara. Sebatang tubuh Ian betul-betul berdiri tegak di hadapan muka pintu bilik tidur Adam dan Hawa. Membuat keputusan untuk menunggu uminya.
"Iya Iya... Umi dah siap pun sayang." Sejurus itu daun pintu dikuak dari dalam dan Hawa terus menggendong anaknya. Pipi tembam Ian dikucup bertalu-talu. Geram la umi dengan Ian ni!
"Umi... Kenapa kita tak boleh bawa Luna sekali dengan kita hari ini? " Buat ke sepuluh kalinya soalan itu diasak oleh Ian. Menzahirkan rasa tidak puas hatinya.
"Sebab... Mama Luna nak bawa Luna keluar. Kita tak boleh nak pinjam Luna, Ian... Hari ini aje anak kesayangan umi ini tak dapat main dengan Luna. Esok pun boleh, kan? Takkanlah tak boleh nak berenggang langsung dengan Luna tu..."
"Tapi...Tak best la kalau macam tu. Tak ada kawan. Hurm..."
"Eeee... Mengada la anak umi ini!" Hawa menjegil anak matanya meluas lalu dia meletakkan kembali Ian ke bawah. Lenguh dah tangannya sebab Ian makin berat sekarang. Tak seperti dia baby dulu.
Memuncung mulut Ian ke depan. Kemudian, diraih pergelangan tangan uminya. Menarik tubuh kecil Hawa ke arah tangga. Menggesa lagaknya.
"Abi ada dekat bawah..."
"Siapa abi ni? Umi kenal ke?" soal Hawa senada,tentang mata dengan mata biru Ian.
Ian tersenyum. Penuh misteri.Rahsia.Eee...
Melangkah menuruni anak tangga satu-persatu sehingga ke akhirnya. Selendang berwarna putih yang melurut jatuh ke bahunya diselempangkan kembali di bahunya. Hawa menekan kepala lututnya di atas lantai. Melutut. Cuba menyamai ketinggian Ian.
Dipusingkan badan Ian agar bertentang dengannya. Lekas Hawa mengelap sedikit air liur Ian yang meleleh itu menggunakan sapu tangan.
"Comel anak umi hari ni."
Bukan comel la umi. Tapi, Ian kacak hari ini. Kacak macam babah.
"Lama lagi ke?"
Berubah terus riak wajah Hawa.
Hawa menelan air liurnya sekali.
Tak perlu dipalingkan kepalanya untuk melihat gerangan manusia itu. Kerana, suara itu sudah kebiasaan menyapa halwa telinganya semenjak dahulu lagi.
Kemudian, terdetik di hati Hawa... Mengapakah Adam membuat keputusan seperti ini? Keputusan yang dianggap hilang akal bagi seorang Hawa Arlani.
Apa yang Adam fikir sehinggakan sanggup menghantar Muhammad sebagai penggantinya hari ini?
Hawa menggeleng kepala sekali.
"Eee... Abi..."
"Mari sini Ian dekat abi."
"Berapa lama kau nak termenung dekat situ? Nak pergi ke tak ni?" Kening lebat Muhammad dijongketkan ke atas bersama soalannya. Mata hazel itu menikam seraut wajah Hawa sehingga menyerlahkan rona-rona merah di kedua-dua belah pipi gebu Hawa. Efek semulajadi tatkala direnung sedemikian.
"Erm... Erm... Sa... Saya..." Dia kehilangan kata-kata. Terasa berbelit pula lidahnya saat ini. Sungguh, dia tak tahu nak kata apa sekarang... Takut lain pula yang terpacul keluar dari mulutnya.
"Jom la..." putus Muhammad, selang beberapa saat melihat Hawa terusan membisu itu. Tangan besarnya yang sudah bersatu dengan tangan kecil milik Ian itu digoyangkan. Spontan bibirnya melengkung membentuk satu senyuman lebar khas buat Ian.
"Awak tak sibuk ke hari ini, Muhammad?" Soalan itu kedengaran sedikit dungu. Sudah terang lagi bersuluh, nyata. Bahawa Muhammad mempunyai masa terluang sehingga sanggup datang ke sini untuk mengganti tempat Adam.
"Kalau aku sibuk hari ini... Tak ada maknanya aku akan tercegat dekat rumah kau sekarang ni," balas Muhammad tenang.
"Saya nak call Adam kejap," putus Hawa senada tanpa menunggu kata-kata daripada Muhammad, dia terus membuat panggilan telefon terhadap suaminya. Beberapa kali cubaan dia lakukan namun hampa... Kerana masuk ke peti suara. Sesekali matanya mengerling ke arah Muhammad dan Ian.
Muhammad terusan merenung Hawa.
Hawa mengertap giginya. Sudah puas dia menelefon Adam namun langsung tidak berangkat. Dia memutuskan untuk menghantar pesanan ringkas kepada Adam melalui aplikasi WhatsApp. Dengan kelajuan pantas, jari-jemarinya menari di atas skrin telefon. Kemudian, dia terus menghantar pesanan ringkasnya menggambarkan perasaannya saat ini.
My hubby ♥️
Kenapa Muhammad? Abang tahu kan... Yang Hawa tak suka dia tu. Hawa lebih sanggup tak pergi Sunway Lagoon dengan Ian daripada duduk satu kereta dengan dia.
Double tick.
Online.
Buat seketika Hawa merenung skrin iPhone.Suaminya tengah online WhatsApp sekarang namun persoalannya sekarang... Mengapakah mesej dia masih belum berbalas sehingga kini?Dengan siapa Adam tengah berbalas mesej sekarang?Meninggalkan rasa musykil di hati Hawa.
Lagi sakit bila dapat bluetick, nyah. Rasanya seperti di-reject crush. Auw.
Adam masih online.
Sudah tiga minit dia menghantar mesej itu namun masih belum dibalas oleh encik suami sehingga kini. Menjadi tanda tanya siapakah orang yang sangat penting buat Adam itu berbanding dirinya. Kebiasaannya, Adam pasti akan cepat membalas mesej dia. Bukan seperti sekarang.
Keciwa hati ini. Beginilah perasaannya bila crush tak balas cinta kita balik. Auch.
"Haih... Penat aku bercakap dengan kau dari tadi. Kau buat derk aje? Kau tenung la skrin telefon tu sehingga pecah dengan renungan membunuh kau tu."
Sepasang mata Hawa beralih kepada wajah Muhammad dan Ian. Dipandang bersilih-ganti. Terlepas juga keluhan berat. Kedua-dua belah bahunya jatuh dengan sendiri. Membuka langkah kembali, mendekati dua batang tubuh itu.
"Jom?"
"Jom."
"Yeayy!" Dan itu adalah sorakan riang Tuan Ian Al-Fattah.
Sebaik sahaja mereka selamat masuk ke dalam perut kereta berjenama Mercedes-Benz milik Muhammad itu, Ian terus membuka lagu Didi&Friends,memenuhi segenap ruang dalam kereta itu. Tak perlu dipasang radio memandangkan volume lagu kanak-kanak riang itu sudah kuat mengatasi segalanya.
Mata Hawa lurus memandang jalan raya dari mula masuk kereta ini. Langsung tak berpaling ke tepi kecuali, tempat duduk belakang. Memastikan Ian baik-baik sahaja yang sudah tenggelam dalam dunianya sendiri.
Baru 20 minit perjalanan, Ian sudah tumbang. Melangkah masuk ke alam mimpinya. Lagu Didi&Friends terusan berbunyi mengisi keheningan suasana di dalam kereta itu. Sepanjang tempoh itu juga, Muhammad dan Hawa masing-masing tidak berbalas dialog.
Tidak lama selepas itu, lagu Didi&Friends sudah berhenti berbunyi. Barangkali battery I-Pad Ian sudah kehabisan.Kini, suasana menjadi sunyi sepi. Krik krik krik gitu. Apabila cangkerik berbunyi.
Sehinggalah bunyi notifakasi...
Ting!
Daripada telefon Hawa berbunyi sebanyak dua kali. Menghasilkan satu gegaran di dalam tas tangan Hawa. Lekas Hawa mengeluarkan iPhone dari tas tangan dan dilihat tertera nama 'My hubby ♥️' di skrin.
Spontan Hawa mencebik. "Lepas 30 minit baru reti nak reply? Hai la..." ngomelnya tidak puas hati.
Terus dibuka mesej terbaru yang dihantar oleh Adam beberapa saat yang lalu. Untuk seketika dia membaca bait-bait kata yang ditaip oleh Adam.
My hubby♥️
Hawa sanggup ke nak hampakan permintaan Ian? Pergi aje la dengan Muhammad ya, sayang?
Sekarang ni abang banyak kerja. Nanti kalau ada apa-apa abang akan update eh. Have a nice day, sayang! 😘
"Orang dah pergi pun... Baru reti nak reply."
"Husnodzon aje la yang suami kau tu tengah betul-betul busy dengan kerja dia... Pasti ada sebab kenapa dia lambat reply WhatsApp kau tadi," celah Muhammad penuh selamba.
Hawa mengangguk kepala. Setuju. Cuba berfikiran positif. Pandang dari sudut lain.
"Kak Puteri tak marah ke awak keluar dengan saya ni?"
Muhammad mengeleng kepalanya sekali. "Dia tak marah. Puteri sendiri yang bagi aku teman kau dan Ian hari ini. Aku ada juga la ajak dia sekali memandangkan dia tak kerja hari ini. Apa salahnya kan kalau aku ajak dia... Tapi, dia berkeras tak nak. Katanya... Dia tak bersedia lagi nak jumpa kau."
Hawa bungkam. Semerta, matanya terarah ke Muhammad yang duduk di sebelahnya. Pandang Muhammad dengan rasa tidak percaya. Dia tak salah dengar kan tadi?
"Kak Puteri dah tak benci saya?" Sungguh Hawa mengharapkan Muhammad akan menjawab 'ya' kepada persoalannya.
Muhammad mengangkat kedua-dua belah bahunya. Tidak pasti. "Aku rasa...Kakak kau dah sedar apa yang dia buat selama ini salah. Dia nak jumpa kau.... Tapi, ego dia yang tinggi tu menghalang. Aku yakin suatu hari nanti dia... Pasti akan turunkan ego dia tu. Berikan dia masa."
"Awak cintakan kakak saya?"
Tanpa ragu-ragu lagi Muhammad membalas tenang. "Aku ikhlaskan hati aku ni... Untuk cintakan dia."
.
.
.
SIAPA sangka setelah hampir tiga tahun tidak bersua muka.Akhirnya, Salsabila secara tidak sengaja ternampak Hawa yang sedang makan tengahari bersama dengan Ian dan Muhammad di sebuah restoran.
Bukan susah untuk Salsabila mengecam seraut wajah cantik itu meskipun tampak sungguh berbeza berbanding dahulu. Makin terserlah kecantikan apabila sudah berhijab. Juga bertambah matang selaras dengan usianya.
Sedikit melonjak kegembiraan hati Salsabila kerana tak perlu bersusah payah untuk dia bertemu dengan Hawa kerana segalanya sudah dipermudahkan. Inilah saat yang ditunggukan.
Melihat kebahagiaan yang terpancar dari seraut wajah itu, cukup membuatkan hati Salsabila membengkak. Tidak lama selepas itu, senyuman sinis menghiasi wajahnya.
"Hawa... Hawa... Dah ada anak dan suami pun masih ada hubungan terlarang dengan suami orang. Kau ni memang perempuan yang tak tahu malu betullah. Rupanya masih tak boleh lupakan cinta pertama walaupun dah jadi isteri Adam."
"Hai la... Hawa. Kau ingat, aku akan biarkan kau hidup senang?"
"Bagaimana aku mampu musnahkan kau dulu... Tak mustahil kali ini aku dapat... Jatuhkan kau dengan lebih teruk. Tersenyum la kau sekarang..."
"Sebab... Suatu hari nanti, aku akan pastikan hidup kau akan merana. Kau takkan mampu tersenyum lagi." Tekad. Itu yang sudah disemat di dalam hati seorang Salsabila.
Genggaman tangan dikepal erat menjadi tumbukan. Salsabila merancang untuk menegur Hawa terlebih dahulu.
Bingkas dia bangun dari meja makannya. Diatur langkah mendekati meja makan Hawa. Penuh lenggok dia berjalan dengan tight dress berwarna merah yang bertali halus dan menampakkan sebahagian lurah dadanya. Seperti biasa pemakaiannya cukup seksi. Rambut berwarna blonde itu disanggul tinggi ke atas. Menampakkan leher jinjangnya.
Salsabila berpura-pura tidak perasan akan kewujudan Hawa itu, mengambil keputusan untuk berjalan melepasi meja makan Hawa. Kemudian, dia brek kakinya secara mengejut.
"Hawa?" Penuh kepura-puraan. Ditambah sekali dengan pakej mimik wajah. Seolah-olah terkejut.
Mengeras badan Hawa. Sedikit tersentak.
"Hawa!Ya Allah.... Rindunya aku dengan kau ni!" Salsabila memantapkan lagi lakonannya. Dia mengelap sedikit air mata palsunya di bingkai mata. Sejurus itu dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Hawa yang ternyata kosong.
Tanpa amaran, Salsabila memeluk Hawa kejap.
Hawa membatukan diri di dalam pelukan Salsabila. Belum sempat dia berfikir secara rasional, Salsabila lebih pantas bertindak.
Muhammad dan Ian terkebil-kebil menyaksikan. Tak faham. Okay... Sambung makan balik.
"Ya Allah... Kawan aku ni. Kau apa khabar?" Lakonan masih diteruskan.
Hawa tersenyum sinis. Ditolak tubuh Salsabila menjauhi dirinya. Bauan minyak wangi Salsabila menusuk ke rongga hidungnya. Pening sekejap. Terlalu kuat baunya. Satu botol ke Si Salsabila ni pakai? Atau... Mandi minyak wangi?
"Comelnya anak kau Hawa..." Salsabila memuji Ian pula bila matanya terarah kepada Ian yang turut memandangnya penuh kebingungan.
Siapa aunty muka macam Selena Gomez ni?
Eh?
"Tak sangka anak kau dan Adam comel juga eh... Walaupun anak..." Suara kedengaran teruja kemudian ayat seterusnya perlahan dituturkan. Separuh berbisik. "Anak haram... Ops! Terlepas pula mulut ni."
Salsabila sengih. Tak rasa bersalah.
Menggelegak hati Hawa mendengar. Cuba bereaksi biasa. Tidak mahu cepat melatah. Dia tahu Salsabila sengaja mahu membangkitkan kemarahannya sekarang.
Semerta Muhammad memanggung kepala. Dapat dirasakan aura negatif sedang berterbangan di sekeliling mereka sejak perempuan berpakaian seksi yang tidak diketahui nama ini hadir.
"Apa masalah kau sekarang, Sal?" kata Hawa dari celah gigi. Mujur sangat Salsabila tak berkata kuat tadi. Cuba bayangkan kalau Ian terdengar perkataan anak haram tu? Nanti penat pula dia nak menjawab. Bukannya dia tak tahu sifat ingin tahu seorang Ian. Nanti keluar la soalan seperti ini...
Umi... Apa tu anak haram?
Anak garam eh?
Garam pun beranak eh?
"Engkau ni Hawa... Memang tak cukup dengan satu lelaki, kan? Dah ada Adam... Pasang skandal belakang Adam. Kemudian, bawa anak sekali. Kalau nak buat perkara tak senonoh pun... Jangan libatkan anak kau. Tak bagus untuk dia. Kecil-kecil lagi dah tengok mak dia menyundal dengan lelaki lain."
Hawa mengetap rahangnya. Kalau tak difikirkan sekarang mereka di tempat awam, pasti dia susah melayangkan satu tamparan kuat mengenai pipi seorang Salsabila. Namun, dia masih berfikiran waras, takkan sesekali melakukan perkara yang mampu memalukan sesiapa termasuk diri sendiri.
Ditarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membalas tenang. Cuba bersikap rasional."Salsabila..." Meleret sehingga mengundang tawa kecil daripada Salsabila.
"Bodoh kau ni memang pekat, kan?"
"Kalau aku keluar dengan lelaki lain di tempat awam pun... Dah dipanggil skandal ke? Lain la kalau aku keluar masuk hotel dengan lelaki lain. Kau pun nampak aku ada bawa anak aku sekali... Aku ni bukan perempuan murahan yang tiada harga diri seperti kau," ujar Hawa perlahan. Senada. Kemudian, dia memandang pakaian yang tersarung di tubuh Salsabila penuh jengkel. Dari atas ke bawah.
"Cara kau pakai baju sekarang ni cukup memalukan bagi seorang wanita beragama islam.Tak rasa malu ke? Ouh... Aku lupa yang kau ni tak rasa malu langsung. Sangat sedih bagi manusia yang sudah hilang rasa malu ini.Salsabila, sebelum nak kata dekat orang... Cermin diri kau tu dulu."
Bidasan dari Hawa cukup mengguris hati seorang Salsabila. Terus kehilangan kata-kata.
Tak rasa malu ke? Ouh... Aku lupa yang kau ni tak rasa malu langsung. Sangat sedih bagi manusia yang sudah hilang rasa malu ini.
Ayat itu yang lebih terkesan sehingga meninggalkan rasa yang dalam di dalam hati Salsabila. Buat beberapa ketika keadaan kembali senyap. Tiada lagi dialog daripada Hawa.
"Kau manusia yang paling berhati busuk...Pernah aku jumpa selama aku hidup.Aku harap takkan ada lagi pertemuan di antara kita selepas ini. Aku doakan kau akan berubah suatu hari nanti. Menjadi lebih baik. Semoga kau mendapat hidayah Allah," tutur Hawa lancar sebagai kata akhir, berura-ura mahu pergi setelah memberikan isyarat mata kepada Muhammad. Memandangkan mereka sudah selesai makan. Lebih baik angkat kaki dari restoran ini dengan kadar segera.
Ian dan Muhammad terlebih dahulu keluar dari restoran. Kemudian, diikuti dengan Hawa dari belakang.
Salsabila yang masih pegun di meja makan itu memandang belakang tubuh Hawa itu melalui ekoran mata. Nafasnya naik turun. Kencang. Masih tidak berpuas hati kerana serangannya tidak berjaya dibalas apabila Hawa mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Namun, tidak semudah disangka.... Salsabila bingkas bangun dari kerusi yang didukinya. Lantas, dia mengejar Hawa yang sudah melangkah keluar dari restoran. Dia cuba menyamai langkah Hawa sehinggalah dia berjaya berjalan mendepani Hawa, semerta kaki Hawa brek secara mengejut sebelum dia saling berlanggar dengan Salsabila.
"Kau nak apa lagi?" tanya Hawa malas. Kemudian, dililitkan tangannya di dada seraya menghayunkan dagunya ke atas.
"Adam." Sepatah balasnya. Diukirkan senyuman sinis.
"Kenapa dengan suami aku?"
"Kau mungkin dah lama bersama dengan Adam.... Tapi, kau tak kenal siapa diri dia yang sebenar."
Hawa sudah mengembangkan jari-jarinya ke atas, dihalakan di depan muka Salsabila. "Cukup, Sal," tegahnya garang.
"Aku ada satu rahsia besar pasal suami kau..." Meleret di hujung ayatnya. "Mungkin selepas kau dengar rahsia terbesar ni... Aku yakin kau pasti akan terkejut.Dan,mungkin kau akan bencikan Adam. Sangat-sangat."
"Cukup,Sal.Aku tak nak dengar kau mengarut. Kau fikir aku... Semudah-mudahnya akan percaya kata-kata kau? Aku bukan bodoh. Aku tahu siapa Adam yang sebenar. Aku tahu siapa dia di kisah silam yang lalu. Aku terima dia seadanya."
"Ouh...Really? Jadi kau tahu la yang aku pernah tidur dengan Adam?"
Terus berubah riak wajah Hawa.
"Dan kau tahu la... Yang aku pernah mengandungkan anak Adam?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top