𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 34


GEBAR putih yang membaluti tubuhnya ditolak ke tepi. Hawa mencelikkan matanya dan syiling berwarna putih itu dahulu menjadi santapan matanya. Dia menguap kecil seraya menutup mulut dengan belakang telapak tangan.

Kepalanya terasa memberat dan berdengung kuat semenjak solat subuh tadi. Disebabkan itu dia tidur balik selepas solat subuh berjemaah dengan Adam. Rasa seperti mahu pitam. Lebih baik dia melelapkan diri buat sementara waktu.

Hawa memandang kiri dan kanannya. Kosong. Maknanya anak terunanya sudah bangun terlebih dahulu. Bukan dia tak tahu anak lelakinya itu seorang yang liat bangun tidur. Kuat tidur!

"Morning bidadari abang..." Suara yang datang dari arah muka pintu itu pantas menerkam gegendang telinga Hawa.

Hawa menarik senyuman lebar. "Morning too kesayangan Hawa. Abang tak kerja ke hari ni? Bukan ke sepatutnya abang ada perjumpaan dengan klien yang penting? Kenapa abang masih tak pergi kerja? Dah lewat ni, bang..."

"Abang minta postpone." Ringkas jawapan yang diberikan oleh Adam. T-shirt berwarna putih yang tersarung di badan tegapnya sudah basah dengan peluhnya itu,ditanggalkan. Peluh dari aktiviti senaman yang dilakukan bersama Ian tadi. Dia memaksa anak terunanya itu turut melakukan senaman. Bising mulut Ian menjerit kesukaan.

Kening Hawa sedikit berkerut." But... Why?" Tegak badannya disandarkan di kepala katil bersaiz king itu.

"Because of you la. Hawa kan tak sihat hari ni. Takkan la abang nak tinggalkan Hawa. Abang takut sesuatu yang buruk aje berlaku dekat Hawa. Lagipun Hawa baru aje sembuh."

Hati Hawa sedikit terusik. "Tapi... Abang tak sepatutnya buat macam tu disebabkan Hawa. Kerja lagi penting, bang. Lagipun... Klien dari China tu kan antara klien yang paling terpenting dalam syarikat abang. Macam mana kalau abang kehilangan
kerjasama dengan mereka? Hawa tahu krisis yang abang tengah tanggung sekarang disebabkan kehilangan banyak projek sejak kebelakangan ini. Hawa tak mahu usaha abang selama empat tahun ini usahakan syarikat sendiri akan musnah... Itu titik peluh abang sendiri. Abang mula daripada bawah tanpa bantuan sesiapa malahan papa abang sendiri."

"Macam mana Hawa tahu semua ni?" Laju Adam menyoal.

"Artikel, abang. Tak bermakna Hawa duduk terkurung di dalam rumah ni... Hawa tak tahu apa yang terjadi dekat luar tu. Dan... Hawa tahu semua ini disebabkan papa kan? Dia masih marahkan abang. Hawa masih ingat apa yang dia kata dulu... Papa takkan biarkan abang hidup senang kerana abang telah memilih Hawa."

Riak wajah Adam berubah.

Papa...

"Anak tak guna! Sanggup kau kahwin dengan perempuan yang berasal dari keturunan pelacur! Ramai lagi perempuan yang lebih sesuai dari budak tu... Kau telah menconteng arang dekat muka aku."

"Kalau kau rasa nak merasai kemewahan yang kau ada sekarang... Baik kau ceraikan dia!" Memetir suara Tuan Naufal. Mencerlung matanya menikam wajah sepasang suami isteri yang baru diijabkabulkan itu.

Adam mengetap rahangnya. "Hawa isteri Adam, papa. Adam... Adam takkan ceraikan dia." Makin kuat dia memegang tangannya isterinya yang sudah berpeluh itu. Jelas menunjukkan Hawa sedang gemuruh. Gemuruh berdepan dengan Tuan Naufal yang tak ubah seperti singa yang mahu menerkam pemangsa.

Tuan Naufal tersenyum sinis. Wajah isterinya, Puan Melanie yang menangis teresak-esak itu dipandang sekilas.

"Kau sanggup pilih perempuan tak bermaruah ni daripada syurga kau sendiri?"

Zap! Bagaikan terkena tamparan kuat di pipinya. Puan Melanie yang duduk di atas sofa itu dipandang lama. Syurga buat seorang Adam. Bibirnya bergetar hebat.

"Adam takkan ceraikan Hawa. Hawa isteri Adam. Dan... Hawa bukan perempuan yang tak bermaruah. Dia ada maruah papa!"

Hawa mendongak memandang wajah Adam yakni suaminya . Wajah Adam bertukar garang. Adam mempertahankan dia?

"Jadi kau pilih perempuan ni lebih... Daripada mama kau sendiri?"

"Kenapa fikiran papa ni terlalu kolot? Cuba papa berfikir secara terbuka... Hawa tak pinta pun lahir dari hubungan yang terlarang. Dia tak salah. Kita ni siapa untuk menghukum orang, papa? Kita ni dah baik sangat ke? Terlalu baik seperti malaikat? Kami dah bernikah pun... Cuba terima takdir."

"Argh!" bentak Tuan Naufal. Kata-kata sinis daripada Adam sedikit sebanyak telah menusuk ke hatinya. Terlalu sinis. "Aku takkan sesekali menerima perempuan dari keturunan pelacur jadi menantu aku! Aku malu... Nanti apa orang akan kata."

Bergenang air mata Hawa.

"Cukup! Cukup! Cukup!" pekik Puan Melanie bagaikan orang terkena histeria sekaligus mematikan pertengkaran di antara dua anak beranak itu. Kedua-dua belah tangannya ditekap di telinga.

Adam pantas meluru mendapatkan mamanya. Dia memeluk mamanya erat. Cuba memenangkan mamanya di saat ini.

"Cukup..." Lirih.

"Adam ada dekat sini, mama."

Puan Melanie menolak sedikit tubuh anaknya. Dipandang lama wajah kacak anak yang nampak keresahan. Kedua-dua belah tangan membelai lembut serata wajah anaknya.

"Adam..."

"Ya mama..." Adam menarik senyuman lebar khas buat mamanya.

"Ceraikan dia."

Senyuman Adam terus mati. Tersentak Hawa mendengar butir bicara ibu mertuanya itu.

"Ceraikan dia kalau Adam sayang mama!"

Adam menunduk kepala sedikit.Tangannya dikepal menjadi penumbuk. Air mata jantannya menitis. Terhinjut-hinjut bahunya.Sangkanya Puan Melanie akan berpihak kepada dia namun sangkaannya meleset sekali.

"Dia perempuan yang kotor Adam. Mak dia pelacur.Layakkah dia nak jadi menantu mama?"

Turun naik nafas Hawa. Tidak betah dirinya berdiri di rumah agam yang mewah ini, dihina secukup-cukupnya oleh Tuan Naufal dan Puan Melanie. Seolah-olah dia tidak punya hati untuk dijaga. Setapak dia berundur.

Saat itu Hawa merasakan keputusannya melamar Adam menjadi suaminya adalah satu keputusan yang salah. Sangat salah! Tidak menyangka ini penerimaan mama dan papa Adam. Baru sehari menjadi suami isteri... Mereka sudah diuji dengan dugaan.

'Aku patut sedar diri aku... Aku... Aku... Memang tak layak untuk sesiapa pun... Adam patut... patut pilih mamanya daripada perempuan macam aku.'

"Adam pilih Hawa," putus Adam. Tekad.

Hawa terkedu. Kenapa... Kenapa Adam sanggup memilih dirinya daripada ibu sendiri?

"Adam!" Besar raungan Puan Melanie.

"Baiklah... Kau pilih perempuan tu daripada mama kau sendiri! Mulai sekarang... Tuan Muhammad Adam Ferhad, kau bukan anak aku lagi! Kau keluar dari rumah ini... Dan jangan berani munculkan wajah kau depan kami lagi. Segala kemewahan yang kau dapat... Aku akan tarik!"

"Ini perempuan yang kau pilih..." Saat itu jari Tuan Naufal dituding ke arah sebatang tubuh Hawa yang berdiri tegak bagaikan mannequin. "Aku nak lihat sejauh mana kau sanggup bertahan tanpa apa-apa... Ingat, aku takkan biarkan kau hidup senang dekat luar sana!"

"Kalau Hawa tak melamar abang jadi suami Hawa dulu... Pasti abang takkan dibuang keluarga. Pasti papa takkan membenci abang sehingga sekarang. Dan... Pasti mama akan hidup sehingga sekarang... Hawa ni memang pembawa malang, kan? Hawa sepatutnya sedar diri Hawa..."

Mama...

Insan yang bergelar ibu itu dan insan yang telah melahirkan seorang Tuan Muhammad Adam Ferhad di dunia ini sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu. Puan Melanie disahkan mengalami kemurungan yang teruk semenjak Adam dihalau oleh Tuan Naufal. Rindu Puan Melanie terlalu besar buat anaknya namun suaminya melarang keras daripada mencari Adam.

Kerana itu juga... Puan Melanie mulai kerap jatuh sakit. Lebih suka mengurungkan diri di dalam bilik dan menangis siang malam sehinggalah... Puan Melanie kembali ke rahmatullah. Kemudian, Tuan Naufal menyalahkan sepenuhnya Adam atas kematian isterinya. Kerana, itu juga makin membara dendam di dalam diri Tuan Naufal buat anak kandungnya sendiri.

"Abang mesti menyesal kan sebab kahwin dengan Hawa? Sebab Hawa... Abang kehilangan segalanya. Abang hilang mama...Papa abang sendiri benci abang sehingga kini."

"Abang tak pernah menyesal! Tak pernah! Abang anggap ini semua suratan takdir. Saat abang melafazkan akad nikah tiga tahun yang lalu... Abang dah berjanji kepada diri sendiri yang abang nak berubah... Abang nak jaga Hawa dengan sebaiknya. Layan Hawa selayaknya sebagai seorang permaisuri di dalam istana abang. Jadi... Berhenti salahkan diri Hawa."

"Hawa memang nampak kotor kan di mata orang?"

"Hawa..."

"Setiap kali Hawa cuba positifkan diri Hawa agar tak menyalahi diri Hawa sendiri... Hawa tak boleh. Kerana, Hawa punca segalanya."

"Papa takkan berhenti selagi... Hawa masih menjadi isteri abang." Sambung Hawa lagi membuatkan wajah Adam bertukar garang. Menyinga.

"Enough! Enough! Tiada apa akan berubah. Papa yang dibutakan dengan dendamnya!" Naik seoktaf nada suara Adam. Tidak seperti biasa. Kali ini dia tak dapat mengawal dirinya daripada menengking isterinya.

Pecah tangisan Hawa diiringi esak tangisan!

"Kenapa? Hawa memang nak abang ceraikan Hawa ke? Supaya... Papa dapat maafkan abang? Supaya papa hentikan semua kegilaan ini?" Adam mencekak pinggang. Nafas kasar dihelakan. Dia menghalakan pandangan ke tempat lain.

"Kalau abang ceraikan Hawa dan papa terima abang balik... Baru Hawa puas? Itu yang Hawa nak?"

Hawa terkedu. Ayat kedua daripada Adam itu menusuk ke hatinya. Adam mahu ceraikan dia? Dia cukup terasa dengan kata-kata Adam pagi ini. Tidak pernah lagi Adam menengkingnya sehingga ke tahap ini sepanjang perkahwinan mereka.

Kedua-dua belah kakinya mencecah lantai. Badan yang terasa tidak bermaya itu digagahkan jua melangkah. Setapak demi setapak, mengatur ke bilik air. Dia tahu kali ini... Marah Adam bukan di tahap biasa. Contohnya...Sehingga sekarang Adam langsung tidak memujuk dirinya.

Tombol pintu bilik air dipegang dan baru saja dipulas, ada kehangatan haba melekap di belakang badannya.Hawa sedikit tersentak.

Kemudian, Adam menunduk sedikit ingin menyamai ketinggian Hawa yang hanya paras dagunya itu. Adam melabuhkan dagunya di atas bahu kanan Hawa.

Cup!

Satu kucupan ringkas di tulang pipi kanan Hawa. Hawa cuba menjauhi Adam, masih lagi terasa dengan kata-kata Adam tadi.

Hawa akui yang Adam bukanlah seorang lelaki yang pandai memujuk bila dia merajuk. Adam takkan pujuknya melalui kata-kata manis tapi, melalui perbuatan.

"Hawa nak masuk bilik air la..."

"Jom,abang teman."

Meluas mata Hawa. Terasa membahang wajahnya di saat ini.













.













.













.

















SAMBIL melayan celoteh mulut seorang Tuan Ian Al - Fattah... Hawa menyuapkan cebisan roti coklat ke dalam mulut anaknya. Banyak pula perkara yang ditanya oleh Ian kali ini...

Suaminya, Adam duduk di hujung meja yang sedang bercakap dengan seseorang di dalam talian itu dijeling sekilas. Kelihatan sungguh serius riak wajah yang terpamer. Entah dengan siapa Adam sedang bercakap di talian.

Sejak pagi tadi... Hawa dan Adam kurang berinteraksi. Hawa pula tidak mahu menyentuh lagi isu yang mampu membangkitkan kemarahan Adam. Biarlah Adam sejuk dahulu.

"Umi..."

"Ya sayang?"

"Luna cantik tak?"

Hawa menahan ketawa daripada meletus. Hai la... Bapak borek anak rintik.

"Mestilah cantik. Umi suka dengan Luna tu. Baik budaknya... Sifat kakak-kakak dia tu terserlah."

"Eeee.Ian pun suka!" Laju Ian menjawab sedikit malu-malu sehingga mempamerkan sebaris giginya yang cantik tersusun.

Ian yang duduk di atas riba uminya itu kemudian,memusing badannya. Menghadap wajah uminya. Ditilik lama wajah Hawa mula dari kening sehinggalah ke dagu.

Cantik. Patutlah babah kahwin dengan umi. Eeeee.

"Umi..." panggil Ian lagi.

"Ya... "

"Umi... Luna kata kan kalau Ian nak adik kena oder aje dekat umi dan babah. Nanti adik akan sampai. Betul ke, umi? Ian nak adik. Umi dan babah buat la adik untuk Ian.Boleh la umi..." Ian membuat mimik muka comel. Dikerdip-kerdip matanya. Jari telunjuk disatukan dengan jari telunjuk.

Automatik mata Hawa meluas.

Adam yang duduk di hujung meja sudah tersedak! Elok sahaja air melepasi kerongkongnya... Kata-kata Ian menyapa halwa telinganya dan... Tersembur sedikit air keluar dari mulutnya. Dia terbatuk kecil dan menepuk sedikit dadanya.

Kemudian, Adam memandang Ian yang berada di pangkuan uminya dengan rasa tidak percaya.

Ian memandang wajah babah dan uminya bersilih-ganti. Kenapa muka umi dan babah macam tertelan cicak ni? Ian ada salah kata ke tadi?

"Bila babah dan umi boleh buat adik untuk Ian? Kalau boleh... Ian nak cepat sikit tau!" Sambung Tuan Ian Al - Fattah lagi.

Adam dan Hawa saling berbalas pandangan. Masing-masing terkelu seribu bahasa.

Luna oi... Apa yang kau dah ajar dekat Ian ni!

"On the way, Ian!" Dan itu pemilik suara seorang Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Hawa menjegil matanya ke arah Adam dan dibalas kenyitan mata daripada Adam.

"Ian nak adik lelaki tau," pinta Ian untuk kesekian kalinya.

Jatuh rahang Hawa. Tersandar lemah badannya di kerusi. Terus kehilangan kata-kata.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top