𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 26
"DASAR perempuan sundal!"
"Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... Tak sangka perangai tak senonoh mak kau itu menurun pada kau!"
"Aku malu. Aku jijik.Macam-macam yang aku rasa sekarang. Sepatutnya daripada dulu lagi aku buang kau!Kenapa la aku bodoh sangat bela kau lepas mak dan ayah kau mati!"
"Kau bukan anak aku."
"Mak kau tu pelacur!"
"Kau keturunan pelacur!"
Cemuhan demi cemuhan yang diterima. Diri ini tidak kuat, Tuhan. Walau dia menangis air mata darah sekalipun wanita yang bergelar ibu ini tidak akan sama sekali jatuh kasihan terhadap dirinya.
Ya Allah... Aku tak kuat.
Dinding pipi digigit kuat. Lantai beralaskan permaidani ini setia memenuhi kornea matanya sedari tadi. Kedua-dua belah lutut ditekan di atas lantai. Melutut.
Puteri. Sebatang tubuh itu berdiri tegak bagaikan mannequin di anak tangga. Senyuman penuh sinis ditarik dalam diam menyaksikan sebabak drama yang cukup... Menyedihkan buat insan bernama Hawa.
Siapa berani kacau Muhammad aku... Inilah balasannya.
"I... Ibu..." Giliran Hawa pula bersuara namun hanya seketika sebelum...
"Jangan panggil aku ibu!" jerkah Rafidah lantang. Mahu bergegar isi alam. Wajahnya yang beku tadi bertukar garang. Lagaknya seperti harimau yang ingin menerkam mangsa, hanya menunggu masa sahaja.
Ternaik bahu Hawa ke atas dek jerkahan lantang Rafidah. Punca api kemarahan Rafidah meletus disebabkan seorang Salsabila.
Salsabila.
Sebaris nama yang telah menyebabkan Hawa dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Banyak tohmahan yang dilemparkan.
Rafidah menapak mendekati Hawa.
"Kau ni memang tak ada harga diri langsung, kan? Dengan mudahnya kau jual badan kau dekat sepupu Muhammad. Kau ni pandai juga kan... Cari lubuk emas. Kau tau budak tu anak orang kaya. Kau sanggup jadi perempuan simpanan dia. Murahnya kau, Hawa."
Bergetar hebat bibir Hawa. Seumur hidupnya inilah hinaan dan fitnah yang maha hebat diterimanya. Penumbuk dikepal erat.
Jangan nangis Hawa. Kau kuat.
Kau jangan tunjuk lemah.
Allah sentiasa ada dengan kau.
Bukan Hawa tak mahu memperjelaskan keadaan yang sebenar, walhal dia la mangsa atas perbuatan keji Adam dan Salsabila. Setiap kali Hawa ingin bersuara, Rafidah pantas meningkah.Semua yang keluar dari mulut Hawa bagaikan dusta belaka. Dirinya tidak diberikan peluang langsung untuk membela nasib.
Video yang berdurasi selama sepuluh minit itu telah di viralkan oleh Salsabila sendiri. Jelas apa yang berlaku di dalam video itu akan menampakkan betapa murahnya harga diri Hawa sebagai seorang wanita. Semua orang yang melihat pasti akan mengata perkara yang sama.
"Bukan setakat budak tu kau layan atas katil... Tapi, kau sanggup pula nak cuba si Muhammad tu pula, kan? Murahnya kau ni, Hawa." Penuh sarkastik. Tepukan tangan bergema di segenap ruang tamu.
Hawa... Di mana keberanian kau?
Sampai bila kau nak dicemuh seperti ini?
Kau nampak sungguh lemah Hawa.
"Benarkah kau mencintai Muhammad?" Terus topik perbualan beralih kepada soal hati. Soalan diajukan kepada Hawa namun tunak mata Rafidah menikam wajah anaknya, Puteri. Saling berbalas pandangan yang mempunyai seribu satu muslihat.
Hawa terpempan sejenak. Tanpa berfikir lagi Hawa terus menjawab tanpa teragak-agak.
"Hawa tak cintakan Muhammad, ibu." Senada.
Rafidah membuat muka jengkelnya diikuti Puteri. Puteri melilit tangannya di dada. Makin seronok pula dia menyaksikan drama air mata ini. Lebih menyedihkan melihat keadaan Hawa yang mengemis kemaafan dari Rafidah.
"Hawa..." Rafidah mendekatkan mukanya dengan muka Hawa. Merenung Hawa sarat dengan kebencian. "Kau tahu kan... Aku sangat sayangkan Puteri sebab dia satu-satunya anak aku. Lain la kau, Hawa. Aku paling tak suka tengok anak aku bersedih. Dan...Sesiapa sahaja yang merampas hak anak aku... Aku takkan biarkan begitu sahaja. Termasuk kau!"
"Hawa memang tak cintakan Muhammad."
"Buktikan dengan kata-kata kau!" Memetir suara Rafidah.
Sejurus itu, Rafidah mengheret kasar tubuh kecil Hawa sehingga ke muka pintu. Cik Bambam, Cik Bie dan Cik Bedah yang mengintip di sebalik dinding itu terus memunculkan diri. Dapat meneka selanjutnya perbuatan Rafidah.
Daun pintu dibuka dan ditolak kasar tubuh Hawa keluar. Tak cukup dengan itu, Rafidah mengheret lagi tubuh Hawa di atas jalan bertar sehingga ke pintu pagar. Hawa langsung tidak melawan, bagaikan boneka menurut.
Baru sahaja tiga sekawan 'B' ingin menolong Hawa yang kejam diperlakukan oleh Rafidah itu, Puteri cepat menghalang.
"Kau orang jangan nak berani tolong perempuan tu! Sekali kau orang melangkah keluar dari rumah ini... Aku akan pastikan ibu pecat kau orang selepas ini!" Naik seoktaf nada suara Puteri. Jari telunjuknya dituding kepada tiga sekawan B. Arahan berbaur ugutan diberikan.
Ketiga-tiga pembantu rumah itu kaget. Masing-masing tidak berani berkata.Tetapi, mereka tak sanggup melihat Hawa diperlakukan sebegitu.
"Jangan berani jejakkan kaki kau ke rumah ini lagi! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kalau mampus lagi bagus." Serentak itu Hawa bagaikan kucing kurap dicampak kasar ke luar pintu pagar rumah.
Rafidah tersenyum puas kerana telah berjaya menyingkirkan Hawa dari rumahnya setelah hampir berpuluh tahun.
Hawa merenung dada langit yang mulai bertukar warna. "Kau kuat Hawa. Allah sentiasa ada dengan kau."
"Puteri..."
"Puteri kita dah sampai rumah. Jom la keluar dari kereta. Sampai bila kita nak duduk dalam kereta ni?"
Muhammad menjeling sekilas isterinya yang duduk di sisinya. Pelipis diurutnya perlahan. Selang beberapa saat, Puteri masih membatukan diri.
"Puteri..." Muhammad mendecit kegeraman.Bahu isterinya dicuit.
"Hah?" Puteri menoleh dan memandang Muhammad kebingungan. Dahinya berkerut sehingga menimbulkan beberapa lapisan.
"Awak mengelamun apa?"
"Pasal Hawa." Senada.Sengaja dia mahu melihat reaksi wajah Muhammad bila nama 'first love' diseru.
Seperti yang dijangka, wajah Muhammad berubah.Hanya seketika sebelum dia meneutralkan kembali air mukanya agar nampak tidak terlalu ketara. Lagak seperti tiada apa yang berlaku.
"Dah... Jom keluar."
"Rasa tergugat ke bila Hawa dah sedar dari koma? Iyalah... Cinta pertama tu. Dapat la tadi melepas rindu dekat perempuan tu masa dekat rumah Tok Ma tadi. Saya nampak dia makin cantik..."
"Tapi... Saya lagi cantik kut dari dia. Apa guna kalau muka cantik macam tu tapi murah sangat. Tiada harga diri langsung. Macam..."
"P.E.L.A.C.U.R." Eja Puteri satu-persatu penuh sinis. Puteri menyenget kepalanya mahu mengintai riak wajah Muhammad.
Sedikit berombak dada Muhammad menahan api kemarahan yang bakal terletus. Hinaan Puteri terhadap adik kandungnya sendiri cukup menguji kesabarannya. Lancang sungguh mulut Puteri.
"Padan muka betul perempuan tu sebab hilang ingatan. Bukan setakat hilang ingatan... Anak pun mati sekali. Itulah kifarah untuk perempuan jahat macam tu."
"Kakak jenis apa awak ni, Puteri?" Wajah Muhammad bertukar garang. Masih terasa lagi sisa kepenatan. Sejujurnya, Muhammad tak mahu bertikam lidah dengan Puteri saat ini.
"Apa, Muhammad? Nak bela bekas kekasih awak tu? Tak payah la... Sedar diri awak tu sikit, Muhammad. Awak tu dah ada isteri. Jangan nak teringat-ingat sangat dekat perempuan macam tu. Masa dia selingkuh belakang awak dengan sepupu awak sendiri... Ada dia fikir perasaan awak masa tu? Kalau darah keturunan pelacur tu mengalir dalam badan dia... Perangai tetap sama macam mak dia tu!"
"Puteri, jaga mulut kau!"
"Darah yang kau kata mengalir dalam badan dia tu juga... Darah yang mengalir dalam badan kau sekarang. Kau orang berkongsi ayah!"
"Kau memang dah melampau!"
Terus hilang panggilan saya - awak. Kesabaran Muhammad hanya senipis kulit bawang aje. Muhammad tak boleh membiarkan Puteri terusan menghina Hawa yang tak bersalah itu. Baginya, Puteri sudah melampaui batas.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top