𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 19

WHEN tomorrow comes...

I'll be on my own...

Feeling frightened of...

The things that I don't know...

"You are special...There's only one of you in the entire universe," bisikan suara garau yang penuh gemersik itu menyapa halwa telinganya. Ada hembusan nafas sedikit kasar menampar pipi mulusnya.

Saat itu Hawa mencelikkan matanya luas. Tercungap-cungap nafasnya yang makin sempit di rongga dada. Titisan peluh mulai merenik di dahi ditambah dengan degupan ritma jantungnya yang tak stabil.

"You are special...There's only one of you in the entire universe." Sekali lagi bisikan itu bergema di segenap ruang biliknya. Anak mata Hawa meliar mencari arah suara itu muncul.

Suara seorang lelaki...

Siapakah?

Suara itu begitu asing di pendengarannya.

Mulutnya terkunci rapat.

"Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard ya hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done!"

Bagaikan terkena sentuhan listrik, Hawa tersedar bahawa ayat-ayat yang dibisikkan itu menyerupai hampir keseluruhan di dalam mimpi yang seringkali menjengah ke lenanya hampir setiap malam. Namun, sejak malam yang cukup mengerikan bersama dengan Adam, mimpi indah itu tidak pernah menjengah ke lenanya sehinggalah ke saat ini. Bisikan penuh syahdu yang membawa pelbagai rasa itu sudah kembali! Hadir membawa satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

When tomorrow comes...

Tomorrow comes...

Tomorrow comes...

And though the road is long...

Air mata Hawa gugur tanpa sedari.

"Hawa Arlani." Seruan nama itu menggamit perhatian Hawa. Dihalakan pandangannya ke arah balkoni biliknya. Kelihatan dua batang tubuh menghirup udara malam di balkoni.

Seorang perempuan dan seorang lelaki.

Melihatkan sahaja belakang badan wanita itu... Mengertilah Hawa itu merupakan dirinya sendiri.Namun, siapakah lelaki bertubuh tegap yang berdiri di belakangnya?

Hawa kebingungan. Pemandangan yang memenuhi kornea matanya itu hampir menyerupai di dalam mimpi yang selalu menjengah ke lenanya.

Bagaimana ini boleh terjadi?

"You are special...There's only one of you in the entire universe."

"Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard ya hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done!" Sambung suara garau itu lagi. Tangan kekarnya dilingkarkan di pinggang 'Hawa'.

I look up to the sky...

And in the dark I found...

I lost hope that I won't fly...

And I sing along, I sing along...

And I sing along...

I got all I need when I got you and I...

Hawa bangun dari katil bersaiz king itu. Sepasang kakinya terpasak di atas lantai beralaskan permaidani. Berat langkah yang diatur mendekati dua batang tubuh itu.

"Kenapa tak tidur lagi ni? Kan sejuk dekat luar ni."

'Hawa' mencipta senyuman nipis saat terasa kepalanya memberat akibat dagu lelaki itu ditampung atas kepalanya.

"Itu tanggungjawab untuk abang hangatkan sayang."

'Hawa' menyandar rapat ke arah tubuh lelaki itu. Sangat hangat didakap sebegitu. Ibu jari 'Hawa' mengelus perlahan tangan kekar yang melilit tubuhnya.

Masing-masing selesa mendiamkan diri. Mengabdikan masa yang cukup berharga ini.

"Dari bintang aku belajar untuk menjadi indah tidak boleh hanya dengan satu cahaya bintang. Namun,memerlukan ratusan malah ribuan bintang untuk menjadikan malam penuh sinar, terkadang mendung menjadi penghalang sehingga tampak suram. Begitu juga kehidupan, apabila sempurna sudah menjadi impian, tidak boleh hanya dengan satu kebaikan.Malah ia memerlukan ribuan kebaikan dan amal untuk menjadi insan dambaan Tuhan, meskipun niat tulus dipandang rayuan halus..." Ayatnya tergantung. Nafas ditarik sedalam-dalamnya kemudian dihembuskan perlahan.

'Hawa' mendongak kepalanya. Hatinya tersentuh melihat seraut wajah yang cukup mendamaikan hatinya itu. Ibu jarinya mengelus lembut dari rahang lelaki itu sehinggalah kepada sepasang mata yang menghayalkan itu.

I look around me, and see a sweet life...

I'm stuck in the dark but you're my...

Flashlight...

You're getting me, getting me through the night...

"Ku ingin seperti bulan,menemani rembulan... Menjadi indah dilangit bertaburan. Membuat hati tenang apabila dipandang,akan aku abaikan cercaan,kata hinaan...Untuk satu harapan iaitu hidup bermanfaat berbalut kasih Tuhan."

"Terima kasih abang... Kerana memperjuangkan cinta kita sehingga kini." Mata 'Hawa' mulai bertakung hanya menunggu saat empangan air matanya pecah sahaja. Bibirnya sudah bergetar hebat.

Pelbagai dugaan yang mereka tempuhi untuk sampai ke tahap ini... Semua memori pahit dan manis kembali menjengah di fikiran 'Hawa'.

'Hawa' memusingkan badannya,berhadapan dengan lelaki yang dicintainya.Badan mereka bersatu dalam kedinginan malam.

Dahi saling bertemu dahi. Mata merenung antara satu sama lain.

Kick start my heart when you shine it in my eyes...

Can't lie, it's a sweet life...

I'm stuck in the dark but you're my...

Flashlight...

You're getting me, getting me through the night...

"Never wipe your tears if you still wanna cry."

Dahi 'Hawa' dikucup penuh syahdu buat masa yang lama. 'Hawa' membalas dengan senyuman lebar. Tangisan terus dihamburkan perlahan,sebelum dirinya di masukkan erat ke dalam dakapan seorang lelaki bernama...

"A... Adam Ferhad?" Bergetar suara Hawa bagaikan tersekat di rengkungnya. Sepanjang dia mendengar perbualan 'Hawa' dan lelaki itu, Hawa mendapati sesuatu...

Suara lelaki itu...

Bauan maskulin lelaki itu...

Sentuhan lelaki itu...

Oh My Allah!

Itu Adam Ferhad!

Adam Ferhad. Lelaki yang telah meragut kesucian dirinya. Berbekal sedikit keberanian dan mahukan kepastian, dia mengintai wajah bakal suaminya itu.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

Tidak berkelip-kelip mata Hawa mengamati lama seraut wajah itu yang tampak begitu bahagia dengan 'Hawa'. Terketar-ketar tangannya maha hebat bagaikan terkena penyakit Parkinson.Spontan Hawa menekup mulutnya saat sepasang mata biru milik lelaki itu memenuhi kornea matanya. Dia menggeleng kepala penuh kesesalan.

Mustahil.

Renungan hangat lelaki itu...

Oh My Allah!

Apakah semua ini?

Kegilaan apakah ini?

"A... Adam..." Sekali lagi nama itu meniti di bibir. Air mata Hawa gugur lagi. Hatinya bagaikan dirobek-robek menyaksikan dirinya sendiri yang berada erat di dalam dakapan seorang Adam Ferhad yang telah...

Bergelar suaminya yang sah?

Sepasang suami isteri itu tampak bahagia di mata Hawa.

"Aku nikahkan dikau..." Tuk kadi itu berdehem kecil sebelum menyambung kembali.

"Aku nikahkan dikau...Tuan Muhammad Adam Ferhad bin Tuan Naufal dengan Hawa Arlani binti Farid dengan mas kahwin sebanyak RM 300,tunai!"

"Aku terima nikahnya Hawa Arlani binti Farid dengan mas kahwin sebanyak RM 300, tunai!"

Terngiang-ngiang lafaz akad nikah itu di gegendang telinga Hawa.

Cause you're my flashlight...

You're my flashlight...

You're my flashlight...












.











.











.














"HAWA, bangun!"

"Bangun!"

"Hawa mengigau ni! Bangun, Hawa!"

"Hawa Arlani!"

Satu goncangan kuat mengenai bahu Hawa,serentak itu Hawa mencelikkan matanya luas. Sekali lagi dia mengalami fasa yang sama. Nafas makin sempit di rongga dada. Mata meliar melihat sekeliling penuh kebingungan.Satu ruangan bilik yang agak asing buat dirinya.

"Hawa mimpi buruk lagi?"

"Are you okay,sayang?"

"Pandang mata abang..."

Hawa menggeleng kepalanya laju.

Air mata Hawa mengalir lagi dan pantas diseka oleh tangan kasar milik suaminya itu.Perlahan-lahan Hawa bangun dari pembaringannya, belakang badannya disandarkan di kepala katil. Kedua-dua belah lutut dibawa rapat ke dada. Mukanya disembamkan di kepala lutut dan lahirlah tangisannya untuk kesekian kalinya.

"Sayang abang?"

Soalan itu menyesakkan lagi dada Hawa.

"Sayang abang?"

Hawa mengangkat wajahnya dan wajah suaminya yang berada di dalam kesamaran cahaya lampu itu ditatap kosong.

Renungan kosong.

Satu renungan hangat dihadiahkan oleh si suami buat Hawa, menghadirkan satu perasaan halus di hatinya.

"Sayang abang?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top