𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 16


WAJAHNYA yang dikenakan sedikit solekan tipis itu dipandang lama melalui pantulan cermin meja solek.Dia mahu kelihatan cantik di mata lelaki yang bernama Muhammad itu. Takkan nak pakai selekeh kan? Sempat dia mengoles gincu berwarna pink di bibir nipisnya itu.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Puteri mencapai tongkat yang berada di tepi meja solek. Puteri terpaksa menggunakan tongkat disebabkan keadaan kakinya yang belum sembuh itu.

Dengan langkah terkial-kial Puteri mengapit tongkat itu di celak ketiaknya dan tombol pintu dipulas lalu dikuak sedikit luas. Sejak kaki kanannya yang mengalami keretakan, Puteri sudah mulai biasa menggunakan tongkat ke mana-mana sahaja. Semenjak itu juga, Puteri beristirehat di rumah sepenuhnya manakala kedai bunganya diberikan kepercayaan kepada pekerja-pekerjanya untuk menguruskan sementara kakinya pulih seperti sedia kala.

Seperti kebiasaan Muhammad pasti akan datang bertandang ke rumah agam itu setiap petang. Dan, itulah detik yang paling ditunggu oleh seorang Puteri. Melihat wajah Muhammad sudah cukup membuatkan harinya gembira.

Sepanjang tempoh itu juga Hafiz langsung tidak pernah datang melawat melihat keadaan dirinya. Puteri tidak rasa berkecil hati langsung dengan sikap Hafiz itu barangkali hatinya sudah tawar dengan Hafiz. Asalkan Puteri dapat menatap sepuasnya sepasang mata hazel milik Muhammad.

Hubungan Puteri dan Muhammad kian rapat berikutan kemalangan beberapa hari yang lalu. Muhammad tidak merasakan kekok untuk berbual mesra dengan Puteri kerana Puteri seorang yang open minded.

Sebaik sahaja kakinya terpasak di atas rumput di halaman rumah, Puteri menghalakan pandangannya ke arah Muhammad yang sedang berbual dengan Cik Bie di gazebo. Sungguh mesra di mata Puteri.

Setapak demi setapak sehinggalah Puteri melabuhkan punggungnya di atas lantai gazebo itu. Semerta dua pasang mata itu dihalakan ke arahnya.

Puteri mencipta senyuman nipis.

"Akak masuk dulu la kalau macam tu..." pamit Cik Bie tatkala matanya bersabung dengan mata Puteri. Isyarat mata.

"Nanti kita berbual lagi, kak." Muhammad memandang kelibat Cik Bie yang kian menghilang melalui ekoran mata dan wajah Puteri pula menjadi tatapan matanya.

"Hari ini awak pakai makeup eh..." usik Muhammad dengan siulan nakal. Dia menilik serata wajah Puteri. Dia memang tidak dinafikan yang Puteri ini seorang gadis yang jelita meskipun tidak mengenakan sebarang solekan.

Semerta Puteri memegang kedua-dua belah pipinya. Malu diusik sedemikian.

"Kenapa? Saya tak cantik ke?"

Muhammad mengangkat kedua-dua belah bahunya. Bersahaja.

Aku tak cantik ke?detik di hati Puteri. Sedikit terasa melihat reaksi Muhammad.

"Awak cantik dengan gaya awak yang tersendiri, Puteri. Awak cukup jelita tanpa sebarang alat solekan pun."

Puteri terkedumJantungnya sudah menggila. Tidak keruan dibuatnya apabila berada berdua-duaan dengan Muhammad pada saat ini.

Semakin lama Puteri mengikat tali pertunangan dengan Hafiz,Puteri merasakan dia dengan Hafiz tidak mempunyai keserasian. Langsung. Ini mungkin disebabkan Puteri sudah terjatuh cinta kepada lelaki lain meskipun tidak lama lagi bakal bergelar isteri kepada Hafiz.

Kejamkah Puteri jikalau dia menyatakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan kerana sudah tiada perasaan terhadap Hafiz? Sejak akhir-akhir ini Puteri sudah fikirkan sebaik-baiknya hala tuju hubungannya dengan Hafiz. Satu sahaja jawapan yang Puteri temui iaitu...

Tiada cinta.

Tiada cinta kerana hatinya sudah berubah kepada lelaki lain.

Hanya satu yang bermain di minda Puteri iaitu memiliki seorang Muhammad.

Bagaimana caranya?

Namun, persoalan utamanya adakah Muhammad sudah berpunya?

Bila memikirkan hal itu, Puteri rasa kedudukannya tergugat. Mustahil lelaki seperti Muhammad masih belum berpunya atau lebih tepat ada teman istimewa.

"Erm...Muhammad saya nak tanya sesuatu boleh?"

Anggukan kepala beserta senyuman manis diberikan oleh Muhammad.

Selang beberapa saat,pasti Muhammad akan melirikkan matanya ke arah balkoni tingkat dua iaitu bilik tidur Hawa.Kelihatan sebatang tubuh Hawa duduk bersila di atas lantai.Wajah gadis itu kelihatan sungguh pucat,seperti mayat hidup bersama gaun tidur putih yang masih tersarung di badannya meskipun hari sudah menjelang ke petang dan tak lama lagi tugas sang bulan untuk menyinari langit malam.

"Awak dah ada teman istimewa ke, Muhammad?" Soalan Puteri bagaikan angin lalu di telinga Muhammad. Tumpuannya hanya la Hawa. Hati Muhammad kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis cantik itu.

Buat beberapa ketika, Muhammad terusan merenung Hawa yang masih di dalam dunia ciptaannya. Langsung tidak menyedari yang segala tingkah lakunya dilihat penuh minat oleh Muhammad.

Hawa mendongak kepalanya,memandang lama awan yang berarak di langit. Fikirannya kosong. Kosong.

"Muhammad..." Puteri menegur perlahan, semerta sepasang matanya turut memandang sesuatu yang telah berjaya menarik perhatian Muhammad iaitu seorang Hawa Arlani.

Kenapa Muhammad pandang Hawa macam tu? detik di hati Puteri.

"Muhammad..." Keras. Dia tidak suka renungan Muhammad terhadap adik perempuannya.

"Hah?Kenapa?" soal Muhammad acuh tidak acuh. Dia memandang wajah cemberut Puteri kembali.

"Tadi saya tanya awak soalan.Jawablah..." Sedikit desak.

Soalan? Soalan apa eh? Muhammad langsung tidak mendengar soalan yang diaju oleh Puteri beberapa saat yang lalu kerana terleka sangat memandang Hawa Arlani.

"Erm... Puteri awak tanya apa eh?" Dia menggaru belakang tengkuknya.

Puteri menarik muka masam. "Leka sangat pandang adik saya sampai soalan saya tanya pun tak dengar," sindir Puteri selamba.

"Kenapa dengan Hawa tu, Puteri?" Memandangkan perbualan mereka sudah mulai berkisarkan Hawa, lebih baik Muhammad terus tanya kepada Puteri mengenai perubahan sikap Hawa itu yang sedikit aneh. Hatinya dipagut risau.

Puteri mengangkat kedua-dua belah bahunya. Tidak tahu. Sudah lima hari adik perempuannya mengurungkan diri di dalam bilik dan tak mahu diganggu sepanjang tempoh itu.

"Saya nak pinjam tandas sekejap eh. Tak tahan nak membuang ni." Muhammad memberikan alasan untuk melarikan diri dan melaksanakan misinya dengan segera. Dia melekap tangan di perut seraya itu mimik wajah dibuat.

Pecah ketawa Puteri melihat gelagat Muhammad yang mencuit hatinya.

Tanpa bertangguh lagi Muhammad mengatur langkah laju ke ruang tamu yang menyambungkan laluan di antara laman rumah. Saat kakinya terpasak di atas lantai ruang tamu itu, anak mata Muhammad melingas ke kiri dan kanan untuk memastikan line clear sebelum melaksanakan misi.

Muhammad mendaki anak tangga satu-persatu penuh selamba kerana line sekarang memang clear memandangkan tiga sekawan 'B' itu sedang berperang di dapur manakala Rafidah tiada di rumah.

Sebaik sahaja berada di tingkat dua, Muhammad berfikir sejenak mencari bilik tidur Hawa. Hanya satu sahaja yang berada di dalam otaknya iaitu bersemuka empat mata dengan Hawa tak kira apa jua sekalipun. Hatinya takkan tenang selagi tidak bertemu dengan gadis itu. Hampir seminggu tidak bersemuka dengan Hawa, Muhammad tidak keruan.

Bilik pertama menjadi sasarannya kemudian dia memulas tombol pintu dan berjaya dibuka. Muhammad menolak perlahan daun pintu.Dia menjengul sedikit kepalanya di sebalik pintu untuk meninjau keadaan di dalam bilik. Tiada orang. Kosong.

Bilik kedua pula menjadi sasaran, saat tangannya memulas tombol pintu,ia berkunci. Muhammad berfikir sebarang kemungkinan yang ini merupakan bilik tidur Hawa Arlani. Lantas, Muhammad mengetuk menggunakan kekura tangannya di atas permukaan pintu dan menghasilkan satu bunyi.

Tuk!

Tuk!

Tuk!

Cukup tiga kali ketukan di muka pintu, satu suara menampar gegendang telinganya.

"Jangan ganggu Hawa, Cik Bedah!"

Tok!

Sekali lagi Muhammad mengetuk muka pintu itu. Sengaja.

"Jangan kacau, Hawa." Mendatar.

Muhammad tidak berputus asa. Makin galak dia mengetuk pintu sehinggalah...

"Cik Bedah ni memang degillah..." Meluncur laju kata-kata itu dari mulut Hawa namun saat dia menguak daun pintu...

Terhenti nafasnya atau lebih tepatnya Hawa lupa cara untuk bernafas pada saat genting itu kerana tidak menyangka Muhammad ada di depan matanya sekarang.

Tergamam.

Wajah bersih Muhammad memenuhi kornea matanya.

"M... Muha... Muhammad?"

Buat seketika dua insan itu saling berbalas pandangan.

"Let's talk."

Hawa menggeleng kepala. Dia mengigit dinding pipinya. Setapak demi setapak dia berundur, tangan kanannya sudah memegang tombol pintu bersiap-sedia untuk menutup pintu. Hawa merasakan ini bukan waktu yang sesuai untuk dia berbual kosong dengan Muhammad. Emosinya masih tidak stabil.

"Hawa..." Keras.

"Tak nak."

"Kau tak okay ni. Sampai bila kau nak berkurung dalam bilik ni?Kau ada masalah,kan?Aku nak bawa kau hirup udara luar. Dah berapa lama kau tak tengok dunia luar. Kau nak jadi katak bawah tempurung ke?Dunia semasa pun kau tak tahu..."

"S... Saya tak nak." Berkeras.

"Aku tak terima jawapan lain. Melainkan yes.Jom ikut aku." Muhammad mendekati Hawa seraya itu pergelangan tangan Hawa direntap perlahan.

"Jangan la pegang!" Hawa menegah keras, dia menarik kasar tangannya dari tautan tangan Muhammad. Dadanya berombak marah dengan perlakuan Muhammad itu.

"Aku bagi kau masa untuk mandi dan kau kena ikut aku ke suatu tempat. Jikalau dalam masa 30 minit kau tak keluar dari bilik, aku terjah masuk bilik kau dan dukung kau masuk kereta. Jangan cabar aku. Ataupun, kau memang suka kalau aku, dukung kau ala-ala princess?" Kemudian Muhammad meninggalkan Hawa bersendirian.

Hawa memandang belakang tubuh Muhammad itu dengan perasaan yang sebal.














.












.













.

















"KITA dah sampai.Jom," maklum Muhammad senada sebaik sahaja keretanya diparking di dalam garaj sebuah rumah banglo yang tampak mewah. Wajah Hawa dipandang sekilas, kemudian dia memboloskan diri dari perut kereta diikuti Hawa.

Anak mata Hawa melingas melihat sekeliling. Mewah. Satu sahaja perkataan yang menggambarkan keadaan rumah yang terbentang di depan matanya itu. Berkali ganda mewah dari rumahnya.

Muhammad membuka langkah besar.Muhammad sedikit terpempan saat hujung baju kemeja putihnya dipintal-pintal sekaligus mematikan langkahnya itu. Hawa menekur ke lantai.

"Kau kenapa?" tanya Muhammad sedikit kasar. Pandangannya jatuh melihat tangan kecil Hawa itu memintal hujung baju kemejanya.Hai la...

"Rumah siapa ni, Muhamad?"

"Kenapa kau pintal baju aku ni? Daripada kau pegang baju aku...lebih baik kau buka terus baju aku ni. Kalau nak peluk aku...Aku rela."

Muhammad bersiul nakal.

Hawa menarik muka masam. "Kenapa bawa saya datang sini? Jom la balik..."

"Kau tak payah nak mengada. Kita dah sampai pun. Ikut aje aku masuk... Tuk kadi dah lama tunggu dekat dalam. Ramai tetamu tengah tunggu kita. Kita masuk dalam...Kemudian, aku salam tangan tuk kadi dan kita secara sah dah jadi suami isteri. Tak sabar pula aku nak tunggu malam pertama kita nanti."

Muncung sedepa mulut Hawa. Main-main betul lah Muhammad ni! Satu tamparan kuat mengenai bahu lelaki itu.

Muhammad menjegil matanya sebelum senyuman nakal diukir.

"Cakap aje la yang kau tak sabar nak tunggu malam pertama kita... Aku pun nervous juga sekarang. Aku lagi nervous berbanding nak salam tangan tuk kadi nanti. Mujur aku dah banyak kali praktis semalam dekat depan cermin."

Hawa mengetap giginya kuat. Sedikit geram dengan sikap Muhammad itu.

"Jangan nak buat lawak la. Siapa yang nak kahwin dengan awak? Tuk kadi ada dekat dalam konon. Lawak awak tu dah basi la!"

"Siapa cakap aku bergurau?" Serius. Matanya menikam seraut wajah Hawa Arlani.

Hawa menekup kedua-dua belah telinganya dengan telapak tangan.Malas mahu melayan perangai Muhammad yang sengal tu! Dia menonong berjalan masuk ke dalam rumah yang sudah terbuka luas pintunya seolah-olah mengalu-alukan kedatangannya.

Terhenti nafas Hawa saat melihat keadaan sekeliling di dalam rumah mewah itu. Kedua-dua belah tangannya melurut jatuh ke sisi.

"Kau dah bersedia, sayang?" Satu bisikan lembut menampar gegendang telinganya.

Muhammad tidak bergurau!

Retina mata Hawa dihadiahkan dengan pemandangan yang cukup menggetarkan hati wanitanya. Terasa longlai kepala lututnya ingin menyembah ke bumi.

"Aboy..." Serentak dua suara memanggil nama manja seorang Muhammad.

Hawa tersentak. Suara itu...

Dia kalihkan kepalanya dan wajah bersih Adam Ferhad menyapa pandangan. Ini lagi satu kejutan buatnya.

"A... Ad... Adam?" Bibirnya bergetar hebat saat menutur nama lelaki yang telah merosakkan dirinya.

Riak wajah Adam sedikit berubah tatkala terdengar satu suara lunak menyeru namanya. Pandangannya dilabuhkan kepada sebatang tubuh Hawa yang berdiri bersebelahan sepupunya, Muhammad.

"Mana pengantin lelaki dan perempuan ni? Lambat lagi ke majlis nak berlangsung ni?" Suara tuk Kadi mencelah.













.













.













.



















Kahwin! Kahwin! Kahwin! Jom kita kahwin!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top