𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 15
"MIA.Akak nak keluar sekejap. Tolong jagakan kedai ya..." maklum Puteri seraya itu dia menyangkut beg tangan miliknya di bahu kanan.
"Baik, akak!" sahut Mia dari arah belakang iaitu salah seorang pekerjanya.
Puteri mengatur langkah keluar dari kedai 'The Flowers'. Kemudian, kereta Honda Civic Hybrid miliknya dituju. Baru sahaja tangannya ingin membuka pintu kereta,ada satu lagi tangan besar menahannya.
Semerta Puteri memanggung wajahnya menatap wajah itu. Wajah hanya bereaksi biasa.
"Can we talk,Puteri?"
Puteri menggeleng kepalanya seraya itu dia menolak sedikit tangan lelaki itu dengan berlapik. Dia membuka pintu kereta di tempat pemandu. Namun suara lelaki itu membantutkan niatnya ingin memboloskan diri ke dalam perut kereta.
"Puteri. Abang nak cakap dengan Puteri. Sekejap pun boleh la.Abang sanggup korbankan waktu kerja abang hanya untuk jumpa Puteri..."
Diam.
Puteri tak berkata apa-apa pun. Dia mengemam bibirnya. Hanya matanya meliar melihat sekeliling, tidak mahu menatap wajah itu. Dia masih berasa marah dengan lelaki itu.
"Puteri please say something.Jangan buat abang macam ni." Hafiz kebuntuan melihat kebisuan seorang Puteri. Kedua-dua telapak tangannya disatukan, memohon maaf atas perbuatannya yang telah mengguriskan hati wanita ini sekaligus menyebabkan Puteri bermasam muka dengannya. Dia jadi tak keruan melihat Puteri yang mula berjauhan hati dengannya.
"Maaf. Puteri sibuk sekarang. Abang kena ingat bukan abang seorang aje sibuk dengan pekerjaan abang itu. Puteri pun boleh buat sibuk dengan pekerjaan Puteri sekarang. Kadang-kala Puteri selalu tanya dekat diri sendiri yang abang ini nak kahwin dengan Puteri atau pekerjaan abang itu."
"Kenapa Puteri cakap macam tu?" Jelas terpamer riak ketidakpuasan di wajah Hafiz mendengar butir bicara tunangnya. Hafiz datang berjumpa Puteri semata-mata mahu memujuk bukannya bertikam lidah.
"Sudah la, bang. Jangan nak berpura-pura lagi. Setiap kali Puteri minta abang luangkan sedikit masa dengan Puteri... Beribu-ribu alasan yang abang berikan hanya kerana tak nak keluar dengan Puteri. Ini bukan kali pertama abang buat Puteri macam ini. Puteri ini pun ada perasaan. Puteri bukan barang yang abang boleh campak dan kutip bila-bila masa aje. Puteri ini bakal isteri abang. Tapi, abang lebihkan kerja abang dari Puteri."
Puteri mengemam bibirnya.Sebelum melanjutkan kata-katanya kembali."Abang serius tak dengan hubungan kita ni?"
Riak wajah Hafiz sedikit berubah. Badannya kelihatan sedikit mengeras. Bibir bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu namun tiada suara yang terlontar keluar.
"Abang serius tak dengan hubungan kita ni?" Ulang Puteri lagi. Serius.
"I loves you..." Lain yang dijawabnya.
"Puteri tak minta abang lafazkan perkataan tu. Kerana, lafaz cinta itu tak bermakna bagi Puteri kalau abang tak memaksudkannya langsung.Abang seperti tak bersedia lagi untuk membina mahligai dengan Puteri.Sepanjang kita ikat tali pertunangan ini macam Puteri yang sahaja nakkan terbaik untuk kita. Seperti Puteri seorang sahaja terhegeh-hegeh nak dekat abang."
"Abang kena ingat yang perkahwinan bukan satu perkara yang kita boleh ambil mudah. Kalau abang masih dengan perangai abang yang macam ini... Macam mana Puteri nak pertahankan hubungan kita? Puteri nakkan yang terbaik. Puteri memang serius dan dah lama bersedia untuk jadi isteri abang." Sambung Puteri lagi.
Hafiz kehilangan kata-kata.
"Tinggal lagi sebulan, bang. Kita dah besar dan boleh berfikir secara matang. Ambil masa ini untuk abang fikir secara waras.Adakah abang dah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan?"
Helaan nafas kasar dihembuskan.
"Puteri akan tunggu jawapan abang."
.
.
.
"SAYA Puteri." Puteri menyapa ramah sekaligus memecahkan keheningan suasana di antara mereka yang sedang duduk di tempat menunggu setelah melakukan pemeriksaan di dalam bilik doktor sebentar tadi.
Muhammad sekadar menjongketkan kening kanannya walaupun dia sudah tahu nama wanita di sebelahnya ialah Puteri Aisya. Dia mengamati lama wajah gadis ayu yang bertudung litup itu. Dia seperti pernah berjumpa dengan gadis itu namun di mana eh?
Selang beberapa saat barulah Muhammad dapat mencari jawapannya. Wanita yang duduk di sebelahnya sekarang merupakan kakak kepada Hawa Arlani!
"Baru saya ingat... Awak kakak Hawa, kan?" duga Muhammad. Dia melemparkan senyuman manis khas buat Puteri.
Wajah Puteri terasa sangat membahang melihat senyuman yang diukir oleh lelaki bermata hazel itu. Jantungnya sudah berdetak kencang atau lebih tepat menggila.
"Terima kasih Puteri sebab selamatkan saya tadi." Pandangan Muhammad jatuh kepada pergelangan kaki kanan Puteri yang sudah berbalut. Dia jatuh simpati kerana dia, gadis itu tercedera.
Sejam yang lalu,Puteri secara tidak langsung telah menyelamatkan nyawa seorang Muhammad dari dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju di bawah pengaruh alkohol.Sebaliknya, kaki Puteri yang tercedera dari eksiden tersebut.
Kini, Muhammad dan Puteri saling berbalas pandangan.
"Lain kali kalau nak melintas jalan tu pandang kiri dan kanan. Jangan terlalu leka sangat main telefon. Nyawa awak hampir sahaja terancam tadi."
"Terima kasih, Puteri. Saya nak minta maaf sangat-sangat sebab saya, awak yang tercedera. Saya dah terhutang nyawa dengan awak." Rasa bersalah itu makin kuat mencengkam dirinya. Mana mampu dia lupakan jasa seorang Puteri yang telah selamatkan hidupnya.
"Tak apa la, Muhammad."
Sekali lagi Muhammad menjongket kening kanannya. Sedikit terkejut. Bagaimana gadis cantik ini tahu namanya sedangkan dia belum pernah mengenalkan dirinya?
"Macam mana awak tahu nama saya?" Musykil.
"Adik saya. Hawa Arlani. Saya pernah bertanya tentang awak dekat dia." Jujur. Tidak berselindung.
Muhammad menggaru belakang tengkuknya.
Buat seketika keadaan kembali sunyi sepi.
Kekok.
Sangat kekok berada dengan Puteri, gadis yang baru dikenalinya itu.Walaubagaimanapun dia harus bertanggungjawab terhadap Puteri sehingga gadis itu sembuh sepenuhnya. Hanya itu sahaja caranya untuk mengurangkan rasa bersalah itu.
"Nanti saya hantarkan awak balik rumah..." putus Muhammad.
"Eh tak perlu, Muhammad."
"Saya kena bertanggungjawab. Benarkan saya hantar awak balik ke rumah.Insya- Allah, setiap hari saya akan datang melawat awak.Ini sahaja caranya untuk saya balas jasa baik awak."
Tanpa sedar tersungging senyuman lebar di bibir Puteri saat mendengar kata-kata Muhammad itu.
.
.
.
"SEKARANG macam mana ni? Hawa dah benci I. Dan makin bencikan I." Adu Adam, kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas stereng kereta. Wajah Salsabila di sebelahnya itu dipandang sekilas sebelum helaan nafas berat di lepaskan.
Kedua-dua bahunya jatuh. Setiap masa wajah seorang Hawa Arlani akan bermain di fikirannya sehingga membuatkan dirinya hilang kewarasan. Angau.
Adam kusut memikirkan tentang Hawa, gadis pujaan hatinya. Dia sudah lama meminati gadis itu sejak kes salah faham yang berlaku di antaranya dengan Hawa beberapa bulan yang lalu. Hawa yang telah menuduh Adam mencabul kehormatan dirinya di tempat awam, walhal Adam mahu menyelamatkan gadis itu.
Sejak kejadian Hawa melayangkan tamparan kuat di wajahya, Adam berasa sangat tidak berpuas hati kerana seorang gadis seperti Hawa telah memalukan dirinya di khalayak ramai. Kejadian itu amat berbekas di hatinya. Mana mungkin dia dapat lupakan. Bermula dari situ la segala gerak-geri Hawa berada di dalam perhatian Adam.
Adam mulai merangka satu rancangan untuk membalas dendam kepada Hawa namun tak sampai beberapa hari,mekar bunga-bunga cinta di dalam hati seorang lelaki yang bernama Adam. Sungguh dia jatuh ke dalam pangkuan Hawa .
Adam dan Hawa.
Heh.
Salsabila hanya bereaksi biasa. Dia secara tidak langsung bersubahat dengan Adam untuk mendapatkan Hawa menggunakan cara keji. Tiada langsung rasa bersalah di dalam diri Salsabila meskipun dia turut bersubahat pada malam itu... Malam yang penuh derita buat insan bernama Hawa.
Salsabila tersenyum puas. Setiap kali mengingati malam di mana Hawa 'dirosakkan', Salsabila berasa sangat puas. Setiap rintihan dan jeritan Hawa meminta pertolongan merupakan melodi yang begitu indah menampar gegendang telinganya.
Malahan, Salsabila sempat merakam semua kejadian pada malam itu... Dari saat Hawa dimandikan dengan air haram itu dan sehingga Hawa berubah agresif setelah diletakkan pil perangsang di dalam minuman. Rakaman video yang berdurasi lebih kurang 12 minit itu masih berada di dalam genggaman Salsabila.
Salsabila boleh gunakan video itu memeras ugut Hawa suatu hari nanti. Senyuman sinis dicipta.Salsabila tak sabar untuk menanti saat kejatuhan Hawa dan reaksi Hawa apabila video itu disebarkan.
Salsabila kejam?
Sanggup mengkhianati rakan baiknya sendiri demi kebaikan diri sendiri... Tiada istilah persahabatan di dalam kamus hidup Salsabila.
'Rasakan, Hawa.Kau dah tak suci... Sama seperti aku.'
"Sal... Kau kena tolong aku."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top