𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 14


"CIK BEDAH.Ada nampak Hawa tak? Puteri ada masuk bilik dia tadi, tapi dia tak ada pun dalam bilik. Hawa dah keluar rumah, ke? Semalam pun Puteri tak nampak bayang Hawa langsung. Atau... Hawa tak balik rumah langsung sejak semalam, Cik Bedah?" Aju Puteri dengan pelbagai soalan dengan sehela nafas kepada Cik Bedah yang sedang mengatur pinggan di atas meja makan.

Cik Bedah memanggung kepalanya memandang Puteri sesaat sebelum menjatuhkan kembali pandangannya. Tangan ligat mengatur juadah untuk sarapan di atas meja makan.

"Cik Bedah tak tahu, Puteri." Hanya itu yang dibalas oleh Cik Bedah kepada persoalan Puteri. Kerana, dia sememangnya tidak tahu menahu mengenai keberadaan Hawa.

"Puteri tak payah sibuk sangat tanya pasal budak tu... Bukan ada faedah pun. Biasa la Si Hawa tu... Kalau semalaman tak balik tu ada la buat kerja tak senonoh dekat belakang kita," celah Rafidah yang tiba-tiba muncul di ruang makan seraya itu dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Sekeping roti dicapai dan disapu dengan nutella sebelum dimasukkan di dalam mulutnya.

"Kenapa ibu cakap macam tu? Tak baik berburuk sangka dengan anak sendiri." Dahi Puteri sedikit berkerut, tidak menyukai sikap ibunya yang terlalu prejudis dengan Hawa semenjak dahulu lagi.

"Ibu cakap benda yang betul lah, Puteri. Kita mana tahu Si Hawa tu buat apa dekat belakang kita... Entah-entah buat perkara tak senonoh. Ibu bukan nak cakap sembarangan la... Sebab, ibu kenal Hawa tu macam mana. Dia liar budaknya.Tak dengar cakap orang. Degil dan nakal. Ibu pun dah penat nasihat dia supaya jadi macam Puteri. Sepatutnya dia kena contohi sikap kakak dia..."

"Ibu.Puteri tak suka bila ibu cakap buruk pasal adik Puteri sendiri," tegur Puteri penuh lemah-lembut. Tangan kiri ibunya dielus lembut.

"Kamu ni pun satu... Suka sangat menyebelahi Si Hawa tu." Rafidah mendengus kegeraman.

"Sebab dia adik Puteri."

"Sudah.Kalau kita cakap pasal Hawa kesudahannya nanti kita yang bergaduh. Anak ibu yang cantik ni, nak pergi mana? Nak jumpa Hafiz ke?" Cepat-cepat Rafidah mengubah topik perbualan. Dia turut tersenyum lebar melihatkan Puteri yang melorekkan senyuman manis.

Puteri sekadar mengangguk kepala perlahan. Mengeyakan persoalan ibunya.

"Puteri kena ingat.Tinggal lagi sebulan aje sebelum Puteri dan Hafiz bakal bernikah. Tak sabar ibu nak tengok anak kesayangan ibu ni naik pelamin nanti. Kalau ada barang hantaran tak cukup, beritahu ibu cepat-cepat. Ibu tak suka last minute.Ibu kalau boleh nak yang terbaik masa majlis nanti.Jangan lupa ajak Hafiz beli cincin nikah. Jangan nak asyik tangguh aje.Kalau dia sibuk sangat, paksa juga dia spend time dengan Puteri. Jangan biarkan dia utamakan kerja sangat sebab Puteri ini bakal isteri dia, bukannya dia yang nak kahwin dengan pekerjaannya nanti," leter Rafidah panjang lebar.

"Kalau Hafiz sibuk sangat dengan kerja dia, Puteri tak nak la paksa dia. Puteri faham bagaimana pekerjaan Hafiz tu. Biar la dia kumpul duit-duit banyak. Bila dia betul-betul free. Baru la Puteri ajak dia beli cincin nikah ya, ibu?" Puteri kalau boleh tidak mahu mendesak tunangnya dalam soal sebegini.

Mengenali seorang Hafiz hampir tiga tahun itu membuatkan Puteri amat menyayangi dan memahami lelaki itu. Baru empat bulan mereka mengikat tali pertunangan setelah Rafidah mendesak katanya benda yang elok tak baik dilewat-lewatkan. Seafdalnya Puteri dan Hafiz mengikat tali hubungan yang sah.

"Kamu ni selalu sangat mengalah, Puteri. Jangan biarkan Si Hafiz tu pijak kepala kamu.Adakalanya kita kena bertegas bukannya ikut telunjuk orang."

"Iya la, ibu." Puteri sekadar mengeyakan sahaja tak mahu memanjangkan perkara remeh-temeh seperti ini. Saat itu retina matanya dapat menangkap kelibat Hawa yang melintasi ruang makan.

"Hawa!" panggil Puteri sedikit kuat. Tangannya dilambai kepada Hawa yang kakinya sudah terpasak di atas lantai.

"Hawa... Dari mana ni?" celah Cik Bedah. Tubuh genit Hawa dihampiri dan bahu kanan Hawa disentuh lembut.

Hawa diam tidak berkutik.

"Hawa mar..."

"Hawa masuk bilik dahulu," Hawa memintas laju percakapan Cik Bedah itu. Langkah kembali dibuka dan terus dia berlari-lari menaiki anak-anak tangga satu persatu. Selang beberapa saat kedengaran bunyi pintu dihempas kuat.

Cik Bedah memandang tingkah laku Hawa itu penuh tanda tanya begitu juga dengan Puteri.

"Biarkan aje budak seperti dia tu."

"Puteri nak jumpa Hawa sekejap," putus Puteri senada. Kemudian, dia membawa dirinya ke hadapan bilik Hawa. Dia mengetuk pintu bilik Hawa beberapa kali. Saat itu dia cuba memulas tombol pintu namun berkunci.

"Hawa... Can we talk?"

Senyap.

"Hawa pergi mana semalaman tak balik? Hawa tidur dekat rumah siapa?Benarkan akak masuk bilik Hawa..." Telinganya dilekapkan di permukaan pintu namun tidak kedengaran sebarang bunyi pun dari dalam bilik.

"Tak apa la kalau macam tu. Hawa jangan lupa turun makan.Akak pergi dulu..."

Di dalam ruang mandi, sebatang tubuh Hawa sudah rebah di atas lantai berjubin itu. Belakang badannya disandarkan di dinding. Air hangat dari shower mencurah-curah mengalir membasahi setiap lekuk tubuhnya yang masih tersarung pakaian.

Hawa merapatkan kepala lututnya di dada.

"K... Kau manusia yang bertopengkan syaitan! Kau la syaitan sebenarnya. Atas nama Allah... Aku akan... akan benci kau seumur hidup,Adam Ferhad."














.













.















.


















"MAMA!I'm home!" ucap Adam sedikit lantang sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Dengan langkah yang longlai dia terus menghenyak kasar tubuhnya di atas sofa baldu di ruang tamu itu. Dia baru sahaja pulang dari hotel.

Adam menyebak rambutnya yang sedikit kusut masai itu ke belakang. Kedua-dua belah tangannya di depakan. Kakinya pula disilangkan.

Buat seketika Adam melelapkan matanya. Masih terasa sisa kantuknya.

"Woi! Ah Meng!" Satu sentuhan lembut mengenai bahunya dari arah belakang.

Adam mencelikkan matanya.

Ah Meng?

Setelah sekian lama nama 'manja' itu terkubur di dalam hidup seorang Adam. Kini, nama itu kembali meniti di mulut seseorang.

Suara yang menampar gegendang telinganya cuba diproses. Dekat mana eh aku pernah dengar suara ini?

Saat itu Adam menoleh dan wajah...

Tok Ma yang merenungnya tajam memenuhi kornea matanya. Adam tersentak bila mengamati wajah tua yang berdiri di hadapannya sekarang.

" T... tok Ma?"

"Kenapa kau tengok Tok Ma macam tengok hantu ni, Ah Meng?"

"B.... bil... bila Tok Ma balik Ma... Malaysia ni?" Tergagap-gagap Adam mengajukan soalan. Dia hampir tidak percaya yang neneknya sudah pulang ke Malaysia. Persoalannya bila? Kenapa dia tidak dimaklumkan?

"Kau dari mana ni, Ah Meng?" Tok Ma terus melabuhkan punggung di atas sofa,bersebelahan cucunya, Adam Ferhad. Soalan Adam itu tidak diendahkan.

Ah Meng?

Itu antara nama manja seorang Adam Ferhad yang diberikan oleh Tok Ma semenjak kecil. Sama seperti Muhammad yang mempunyai nama manja iaitu Aboy.Nama Ah Meng diberikan kerana wajah Adam yang seperti Cina itu kerana matanya yang sepet mewarisi dari mama Adam, Puan Melanie seorang wanita berbangsa Cina.

Aboy dan Ah Meng.

Adam menggaru belakang tengkuknya.

"Bila Tok Ma balik Malaysia ni? Ajaib.Tiba-tiba aje muncul dekat rumah ni."

"Tok Ma dah lama balik.Kau aje yang tak nak ambil tahu pasal Tok Ma, Ah Meng. Aboy... Cucu kesayangan Tok Ma tu yang jemput Tok Ma dekat KLIA beberapa hari yang lepas." Tok Ma sedikit mencebik.

"Tok Ma... Jangan la panggil nama Ah Meng tu.Orang dah besar la sekarang. Eeee.Tak suka tau!"

Tok Ma mengecilkan matanya. Geram.

"Kau dengan Aboy sama aje. Kau orang jangan nak mengada-ngada... Nama Ah Meng dan Aboy tu nama manja kau orang yang Tok Ma bagi. Dan terpulang pada Tok Ma nak panggil nama apapun."

"Iya lah.Tok Ma balik Malaysia ni lama ke?" Tidak lama kemudian, hinggap cubitan ketam di perut Adam.

Adam mengaduh kesakitan. Berbisa!

"Kau macam nak halau Tok Ma aje? Tak sabar tengok Tok Ma pergi.Takkan tak rindu langsung dekat Tok Ma kau yang masih awet muda ini?Tok Ma nak tunggu Aboy kahwin dulu baru la Tok Ma rasa tenang nak tinggalkan dunia ini..."

"Gaya cakap macam Tok Ma ni nak mati aje..." Selamba Adam berkata.

"Eeee.Geram aku dengan kau ni, Ah Meng. Daripada kau kecil sampai sekarang perangai kuat melawan tu tetap ada."

"Eh eh eh,Tok Ma ni..." Adam mencebik. Dia melingkarkan tangannya di bahu neneknya itu dan dia melabuhkan kepalanya di atas bahu kanan Tok Ma.

"Hubungan kau dan Aboy macam mana?" Tiba-tiba soalan itu terpacul laju dari mulut tua itu. Tok Ma cuba mengintai reaksi cucunya itu.

"Macam itu la, Tok Ma. Nak macam mana lagi?" jawab Adam malas. Hubungan di antaranya dengan seorang Muhammad daripada dahulu memang dingin.

"Kau orang kena sedar yang kau orang ini sepupu. Satu keluarga. Sampai bila nak biarkan hubungan dingin macam tu? Ah Meng... Kau yang muda dari Aboy sepatutnya cuba berbaik dengan dia. Tok Ma tak suka tengok cucu-cucu Tok Ma ini sombong antara satu sama lain."

"Tok Ma tak habis-habis menyebelahi cucu kesayangan Tok Ma tu... Asyik-asyik Aboy... Aboy baik la... Semua benda yang baik tu ada dekat dia..." Adam sedikit membentak.

"Ah Meng..." Keras. Dahi Tok Ma sedikit berkerut, dia tidak menyenangi bila Adam berkata sedemikian. Dia menyayangi Adam dan Muhammad sama banyak. Adil.

"Kau dah berapa lama tak bertegur sapa dengan Aboy? Kau orang ni duduk dekat negara yang sama... Negeri yang sama. Tapi, sombong masya-Allah.Tok Ma nak sebelum Tok Ma hembuskan nafas terakhir... Tok Ma nak lihat hubungan kau dan Aboy baik. Itu sahaja permintaan Tok Ma."


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top