𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 13
SAYUP-SAYUP kedengaran tangisan pilu seorang gadis menusuk ke gegendang telinganya. Sinaran cahaya matahari dari balkoni bilik berlumba-lumba masuk saat ada tangan yang menyelak langsir luas. Dia yang baring meniarap di atas katil itu mulai menggerakkan sedikit badannya. Perlahan-lahan dia berpusing, badannya mengiring ke arah kanan.
Terpisat-pisat Adam mencelikkan matanya.Kelihatan ada sebatang tubuh berdiri tegak membelakangi dirinya memenuhi kornea matanya saat mencelikkan matanya.
Itu... Hawa Arlani.
Adam tersenyum puas.
Tersedu-sedan Hawa menekup mulutnya dengan telapak tangan tidak mahu tangisan pilunya akan mengejutkan lelaki yang sudah meragut kesuciannya itu. Bergelinangan kolam mata Hawa dengan air mata.
"Good morning,sayang," sapa Adam girang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara dia dan Hawa semalam. Walhal, di dalam hatinya dia sudah rasa sangat bahagia kerana dapat meragut kesucian Hawa dengan cara yang paling keji sekali.
Sembap mata Hawa kerana sudah banyak dia mengalirkan air mata atas perbuatan keji Adam. Saat dia terbangun pada pagi itu, alangkah terkejutnya Hawa apabila wajah tampan Adam begitu dekat dengan dia. Hanya beberapa inci lagi sahaja sebelum bertemu. Mata Hawa pula dilarikan ke arah tangannya yang melingkar di pinggang Adam. Hawa sudah termati kata. Mereka tidur dalam keadaan berpelukan tanpa ada sebarang fabrik melekat di tubuh.
Air mata Hawa gugur lagi apabila dia merasakan di bahagian ari-arinya terasa pedih sekali. Ternyata... Mahkota yang dijaga rapi untuk bakal suaminya kelak sudah diragut penuh kejam oleh seorang Adam, bukan suaminya yang sah.
Bagaikan pita video memori semalam di kelab malam berlayar di ruang matanya,Hawa diperlakukan begitu kejam oleh Adam dan Salsabila dengan memaksa dirinya meneguk air haram sehingga dia dan Adam dalam keadaan mabuk check in sebuah hotel berdekatan.
"Kenapa you nangis, Hawa?"
Hawa mengigit dinding pipinya. Bibirnya bergetar hebat.
"K... kenapa?" Perlahan sahaja Hawa bertanya. Dia dalam kebuntuan. Semua yang terjadi padanya dalam sekelip mata ini sukar untuk diproses dek akal. Dia masih dalam fasa kejutan.
"Kenapa apa, sayang? Apa yang terjadi pada malam semalam atas kerelaan you sendiri, Hawa. You yang goda I..."
Hawa menggeleng kepalanya. Menidakkan.Dia menoleh kepalanya. Matanya merah menyala mencerlung tajam Adam yang menyandarkan badannya di kepala katil dan bahagian atas badannya terdedah.
"Saya mabuk, Adam. Jikalau betul saya goda awak sekalipun itu di bawah pengaruh alkohol.Di luar kewarasan saya."
"Iya memang betul you mabuk, sayang. Dan... I letakkan satu pil dalam minuman you untuk merangsang nafsu you. Sebab itu you tiba-tiba aje rasa sangat bernafsu dan ghairah bila I cium you." Satu pengakuan dibuat oleh Adam penuh selamba.
Hawa terkesima.
Mata Adam meliar melihat tubuh Hawa dari atas ke bawah yang tersarung baju yang dipakai semalam. Kemudian,senyuman sinis menghiasi wajah tampannya.
"You seksi sangat, Hawa. I rasa sangat bertuah dapat menjadi orang pertama yang merasmikan you semalam. I tak dapat lupakan bagaimana tubuh kita bersatu dan semua desahan manja you. Terutama sekali layanan you dekat I, Hawa."
Adam bersiul nakal.
Darah panas menyerbu ke wajah Hawa.Dia jijik mendengar semua kata-kata yang terlahir dari seorang Adam.
Kau dah tak suci, Hawa.
"Apa salah saya dekat awak, Adam? K... kenapa saya? Kenapa saya harus menjadi mangsa?" lirih.Hawa cukup penat. Wajahnya bertukar sayu. Dia inginkan jawapan kepada persoalannya. Kenapa harus dia menjadi mangsa atas perbuatan keji Adam? Apa salah dia terhadap Adam?
"You nak video malam pertama kita? Sebab I ada rekod... Mana tahu you nak tengok, sayang..." Adam tidak hiraukan persoalan Hawa malah dia sengaja mahu membangkitkan kemarahan Hawa.
Hawa terkedu.Rasa longlai lututnya ingin menyembah bumi. Kesabarannya makin menipis hanya tunggu saat dia mahu meletupkan api kemarahan ini.
"Kau manusia paling tak guna!" Bersama jeritan itu Hawa menyerang Adam yang masih berada di atas katil. Dia tidak dapat menahan lagi rasa marah yang sudah memuncak itu.
Jeritan Hawa pecah diikuti esak tangisan.
Dada Adam yang terdedah itu dipukul kuat secara bertalu-talu untuk melepaskan semua amarah di hatinya sehingga meninggalkan kesan merah di dada putih lelaki itu. Tidak cukup dengan itu Hawa mencakar kuat dada lelaki itu dengan kukunya yang panjang.
Adam mencengkam kuat pergelangan tangan sehingga gadis itu meringis kesakitan.
Mata birunya bersabung dengan mata gadis pujaannya itu untuk sesaat.
"Ya... Memang aku tak guna! Aku rancang semua ini dengan Salsabila sebab aku nak kau jadi milik aku... Bukan lelaki lain! Kau hanya tercipta untuk aku, Hawa Arlani!Aku nakkan kau... Tetapi, kau jual mahal sangat. Sombong dengan aku. Banyak dah cara aku lakukan untuk dapatkan perhatian kau, tetapi kau tak pernah nak nampak. Ini sahaja caranya... Untuk aku dapatkan kau, sayang." Jerkah Adam lantang. Rahang Hawa dicengkam kuat dan bibir nipis Hawa itu dilumat penuh nafsu.
"Emph... Emph... Emmm."
Selang beberapa saat baru la Adam melepaskan kucupannya di bibir nipis Hawa. Dia masih tidak puas. Baru sahaja dia ingin melumat bibir yang begitu seksi di matanya itu, ada telapak tangan yang sudah melekat di pipinya. Terteleng kepala Adam ke tepi. Sungguh kuat tamparan Hawa terhadap dirinya sehingga berdarah sedikit tepi bibirnya. Kebas.
Telapak tangan Hawa turut terasa sakit sehingga terketar-ketar.Hawa menikam tajam seraut wajah Adam itu. Rambutnya yang sudah serabai itu disebak ke belakang.
"Aku cintakan kau, Hawa.Aku cintakan kau!Aku nak kau jadi milik aku seorang... Bukan lelaki lain! Kenapa susah sangat untuk kau faham perasaan aku ni?"
"Itu bukan cinta,Adam... Itu nafsu. Awak bukan cintakan saya tetapi... Awak hanya bernafsu dengan saya. Awak manusia paling keji pernah saya jumpa. Saya sangat jijik dengan awak, Adam. Sangat."
Hawa rasa sangat kecewa. Dia memang tidak menyangka Adam mampu pergi sejauh ini sehingga meninggalkan parut yang amat mendalam di dalam hatinya.
Kesal.
Sakit.
"Tiada siapa yang boleh menerima you lagi Hawa kerana you dah tak ada virgin. Lelaki lain tak sanggup memperisterikan you sebab you dah tak suci! You dah tiada harga diri... You rasa ada ke jantan lain sanggup terima 'bekas' orang?Lagipun you sangat enjoy pada malam itu. Itu malam pertama kita secara rela tiada paksaan langsung. I masih ingat lagi setiap inci tubuh you, sayang."
Hawa sudah kematian kata. Dia lelah. Dirinya tidak betah lagi untuk tinggal di bilik ini.
"Apa yang terjadi pada malam itu... Akan kekal menjadi rahsia. Buat selama-lamanya. Mulai hari ini... Saya tak kenal awak. Awak tak kenal saya.Apa yang terjadi pada malam itu bukan atas kerelaan saya. Saya mabuk... Awak dan Sal yang sendiri paksa saya teguk air haram itu. Saya mabuk malam tu!"
"I akan bertanggungjawab, Hawa," pintas Adam.
Hawa tersenyum sinis.Bertanggungjawab?
"Saya jijik nak kahwin dengan lelaki seperti awak... Awak seorang player Adam, awak dikelilingi perempuan-perempuan yang seksi. Dan... Sekarang awak nak bertanggungjawab? Ikat saya dengan perkahwinan yang takkan bahagia? Awak boleh mimpi aje la sebab saya tak pernah cintakan awak!"
Adam sedikit terkesan dengan kata-kata Hawa itu.
"You kena ingat Hawa... Siapa nak jadikan you isteri?" bidas Adam. Sengaja mahu melihat reaksi Hawa. "Adam hanya milik Hawa. Dan... Hawa hanya milik Adam. I ada video malam pertama kita... Bagaimana kalau I sebarkan video tu? Biar semua orang tahu yang you dan I dah pernah bersama... You tak boleh lari dari I, Hawa."
Hawa tiba-tiba meledakkan ketawanya. Matanya dilarikan dari menatap wajah Adam yang mula menyinga itu. Dia bangun dari katil itu dan terus menyangkut tas tangannya di bahu kanannya. Tanpa kata akhir, Hawa meninggalkan bilik itu selepas dapat menangkap kata-kata terakhir yang diucapkan Adam.
"Hawa tetap milik Adam."
Bayangan Hawa yang makin menghilang itu dipandang dari ekoran mata.
Adam menunduk kepalanya dan terlahir tangisan yang dipendam semenjak tadi. Bahunya terhinjut-hinjut. Rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana telah merosakkan seorang gadis yang tak bersalah itu. Dia tak dapat melupakan raut wajah Hawa yang penuh dengan api kemarahan itu.
Baru sekarang kau nak rasa bersalah? Dah terlambat... Adam.
"I cintakan you, Hawa."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top