𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 10
BEBOLA mata Hawa tertancap lama pada bingkai gambar yang terletak di atas meja soleknya. Seorang pemuda tampan yang berusia dalam lingkungan 30 tahun sedang mendukung seorang bayi kecil.
Itu... Farid dan Hawa.
Hawa menarik ulas senyuman lebar sehingga menimbulkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Itu satu-satunya gambar ayahnya yang dia miliki.
Lesung pipit itu. Kedua-dua lesung pipit yang jelas kelihatan di seraut wajah Farid. Senyuman Farid mampu menghilangkan gelora di hatinya. Itu la ubat penenang buatnya di saat dirinya di kala kesedihan.
"Hawa rindu ayah..." tuturnya penuh sebak.
Bibir bergetar hebat.
"Masa ayah tinggalkan Hawa... Hawa masih bayi lagi. Hawa tiada langsung memori dengan ayah.Masa Hawa kecil, Hawa cemburu sangat apabila lihat kawan-kawan Hawa yang ada ayah. Ayah mereka selalu ambil mereka bila balik sekolah. Ayah mereka pasti akan cium dahi mereka setiap kali nak hantar ke sekolah. Hawa nakkan semua itu kerana, ibu langsung tak pernah nak peluk atau cium Hawa."
"Hawa rindukan ayah sangat-sangat."
Mutiara hangat mengalir deras membasahi setiap lekuk wajahnya. Bibir diketap kuat tidak mahu melahirkan bunyi tangisan pilu.
Hawa kuat.
Hawa seorang wanita yang kuat.
"Kenapa ayah tinggalkan Hawa terlalu cepat?"
"Hawa dah tidur ke?" tanya Puteri perlahan dari arah luar bilik bersama ketukan di pintu.
Pantas Hawa menyeka air matanya, cuba menghampuskan sisa air mata yang telah menodai wajahnya. Dia malu jikalau ada sesiapa nampak dia menangis sekarang. Dia seorang wanita yang kuat dan tak mudah untuk mengalirkan air mata untuk sesiapa pun.
Hawa berdehem perlahan."M... masuk la, Kak Puteri."
Selang beberapa saat, pintu biliknya dikuak kecil dari arah luar. Hanya kepala Puteri sahaja yang terjengul di muka pintu, anak matanya melingas mencari kelibat adiknya. Sebaik sahaja, nampak sebatang tubuh Hawa yang sedang berdiri di balkoni, Puteri memboloskan dirinya di dalam bilik tidur Hawa.
Derapan langkah kedengaran semakin menghampiri dirinya yang tengah membuang pandangan ke laman rumah. Hawa menghirup udara segar malam. Bauan wangi yang terbit dari tubuh Puteri menusuk sehingga ke rongga hidungnya.
"Hawa..."
Puteri merenung belakang badan Hawa penuh dengan makna yang tersirat. Dia ada agendanya sendiri mahu bertemu dengan Hawa pada lewat malam sebegini. Jiwanya takkan tenteram selagi tidak mengajukan soalan ini kepada Hawa.
Puteri bagaikan sudah terkena jampi sejak matanya bersabung pandangan dengan mata hazel milik seorang lelaki yang datang ke rumah ini bersama uncle Zin nya tadi. Dilihat melalui mata kasarnya adiknya iaitu Hawa dan lelaki mata Hazel itu mempunyai hubungan yang akrab. Seperti sudah lama berkenalan antara satu sama lain.
"Akak nak tanya apa?"
"Erm... Lelaki yang datang dengan uncle Zin tadi. Siapa? Hawa macam rapat aje dengan kawan uncle tu.Siapa nama dia?
"Dia teman lelaki, Hawa.Atau... Lebih tepatnya bakal suami Hawa." Serius.
Puteri terkesima. Riak wajahnya berubah mendung.
Hawa menoleh dan ledakan ketawanya pecah saat wajah muram Puteri itu memenuhi kornea matanya.
"Buu. I'm joking la!" Hawa mencubit geram pipi gebu si kakak. Sakan dia mentertawakan Puteri yang seperti putus harapan bila dia mengatakan Muhammad itu miliknya. Bahu Puteri dirangkul erat dari sisi.
Puteri pula masih kebingungan.
"Dia Muhammad. Kawan sepermainan uncle Zin dari bayi lagi. Mereka pernah terpisah masa sekolah menengah dahulu dan, mereka jumpa kembali masa dekat Mekah setelah beberapa tahun berlalu.Indah bukan takdir mereka berdua? Persahabatan mereka begitu ukhuwah sekali. Uncle Zin dan Muhammad pulang ke Malaysia bersama setelah lama berhijrah ke bumi orang..."
"Jadi... Hawa dah lama la ke kenal Muhammad tu?" Aju Puteri sedikit cemburu.
Hawa berfikir sejenak, mengira tempoh perkenalannya dengan Muhammad."Lebih kurang sebulan juga la. Dia tu otak kuning,kak.Sakit kepala Hawa nak melayan perangai tak semenggah dia tu."
"Kenapa Hawa tak pernah cerita langsung pasal dia dekat, akak?" Tidak berpuas hati.
Eh?
Hawa mengecilkan matanya merenung sekilas wajah Puteri yang merah padam tu."Kenapa Hawa kena cerita dekat akak pula?" duganya sengaja.
"Di antara kita mana ada boleh rahsia. Ingat janji kita?"
Senyuman sinis tersungging di bibir tebal Hawa."Hawa ingat. Tetapi, kenapa dengan akak ni? Akak macam cemburu aje... Akak cemburu sebab Muhammad dengan Hawa ke?"
"Mana ada!" sanggah Puteri laju.
"Kalau akak sukakan dia...Baik akak lupakan. Hawa tak suka kalau hubungan kita renggang hanya disebabkan seorang lelaki."
Puteri terdiam sejenak. Bayangan wajah Muhammad kembali terlayar di ruang mata.
"Akak gurau ajelah.Takkan la akak dah jatuh cinta dekat dia.Mustahil! Akak cuma nak tanya nama dia aje... Lagipun akak kan dah ada Hafiz." Puteri merenung pula sebentuk cincin permata yang tersarung elok di jari manisnya."Lagipun akak tunangan orang..." katanya perlahan.
Ya Allah... Teguh kan la iman aku. Kerana, tidak lama lagi seluruh jiwa dan raga aku milik Hafiz. Ya Allah... Aku terleka kerana hanyut dengan pandangan lelaki lain, detik di hati Puteri.
"Sedar pun diri tu tunangan orang... Ada hati pula main mata dengan lelaki lain," sindir Hawa selamba.
Puteri tersenyum hambar.
.
.
.
"HAWA... Rindukan Adam tak?"
"Wrong number." Hawa menguap mulutnya kecil.
"It's you, Hawa Arlani. My future wife."
Hawa menjulingkan bebola matanya ke atas. Loya tekak dia mendengar suara seksi Adam. Sebaik sahaja bangun dari tidur, Hawa dikejutkan dengan panggilan dari seorang pemanggil yang tidak dikenali. Dalam keadaan mamai, Hawa menjawab panggilan tersebut tanpa ragu-ragu.
Dengar sahaja perkataan pertama yang terbit dari mulut pemanggil tersebut, Hawa amat yakin itu ialah Adam.
Adam Ferhad. Lelaki spesies miang macam Muhammad.
"Suara you seksi juga eh... Bila baru bangun tidur. Untung I dapat jadi first wish untuk you pada hari ini. Nanti dah halal... Every morning you akan dapat morning kiss dari I, Hawa."
Astaghfirullah Al-Adzim. Dadanya diurut lembut.Hawa mengetap giginya kuat. Bayangkan kalau Adam di hadapannya sekarang, dah lama dia cekik leher lelaki tu sampai biru. Mampus pun tak apa!
"Asal you senyap aje, Hawa? Ouh... You pun mesti rindukan suara I. Sebab tu you senyap aje? Kalau macam tu... Sepanjang hari la kita on call..."
Adam memang sengal!
"Grrr. Dari mana awak dapat nombor saya ni, hah?"
"Sal. I yang minta dekat dia nombor you. Kan mudah minta dekat dia.Kalau macam tu I letak call dulu la. Terubat juga rindu I pada you sebab dapat dengar suara you. Bye, sayang!" Dan panggilan terus dimatikan.
Terpinga-pinga Hawa.
What the heck!
.
.
.
"ABOY...Kau ambil Tok Ma dekat KLIA sekarang. Tok Ma ada bawakan bakal isteri kau sekali."
Muhammad mengurut pelipisnya. Sesekali dia akan memandang sekilas jam di pergelangan tangannya. Dia menyandarkan badannya di belakang badan kereta berjenama Nissan Almera itu.
Sudah sepuluh minit berlalu namun bayangan wanita tercinta itu belum kelihatan berlegar-legar di ruang mata.
"Tok Ma ni biar betul. Takkan la dia bawa balik bakal isteri untuk aku? Aduh. Tak mahu aku!"
"Aboy!Cucu Tok Ma!" tempik satu suara kuat dari arah belakang diikuti bunyi roda bagasi ditarik laju.
Muhammad memejam matanya rapat.
Malu!
Kenapa Tok Ma menjerit? Dah lah dia panggil nama manja aku kuat-kuat. Malu! detik di hati Muhammad.
"Iya, Tok Ma.Kenapa Tok Ma panggil nama manja Aboy kuat-kuat?"Senyuman paksa diukir seraya itu dia menyalami dan mengucup tangan tua itu.
"Eh eh eh... Suka hati Tok Ma la nak panggil kau Aboy... Dah dari kau kecil lagi tu nama manja kau."
Tok Ma menampar kuat dada bidang cucunya. Terpamer riak wajah bangga melihat ketampanan cucunya itu."Aboy Tok Ma ni makin kacak la! Aboy makan apa sampai kacak macam Francisco Lachowski ni?"
Muhammad mendabik dada. Kembang kempis hidungnya mendengar pujian melangit dari neneknya itu."Aboy... Makan nasi la, Tok Ma. Biasa la nak buat macam mana... Seorang Muhammad memang dilahirkan dengan ketampanan bak bidadara."
"Engkau dari dulu sampai ke tua ni pun... Perangai tetap sama. Dari mana la kau mewarisi perangai tak semenggah tu? Mak dengan bapak kau elok aje orangnya..."
"Tua? Apa Tok Ma ni? Aboy masih muda lagi la..."
Tok Ma menjeling tajam cucunya itu."Engkau ni harap aje muka segak tapi satu perempuan pun tak lekat dengan kau.Aboy... Aboy..."
Jeritan Muhammad pecah saat Tok Ma mencubit kuat cuping telinganya itu. Dia menyeringai kesakitan.
"Mana bakal isteri yang Tok Ma bawa balik tu... Kononnya untuk Aboy?"
Tok Ma tersengih.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top