𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 05
"HAWA. Kita dah sampai." Suara serak basah milik Adam memecahkan keheningan suasana di dalam kereta.Kereta Mercedes-Benz miliknya diberhentikan betul-betul di hadapan sebuah rumah agam tiga tingkat iaitu rumah yang dihuni oleh Hawa sekeluarga.
Meniti ulas senyuman lebar di wajah Adam tatkala bebola matanya melihat gadis itu sudah terlena di sebelahnya. Kepala Hawa terlentok di cermin kereta sambil berpeluk tubuh.
Comel, detik di hati Adam.
Hawa masih lagi belum terjaga daripada tidurnya. Lena sangat sehingga tidak perasan dengan renungan misteri Adam itu. Di dalam keadaan kesempitan itu Adam mengambil kesempatan.Seatbelt Hawa dibuka perlahan dan kepala Hawa yang terlentok di cermin itu dialihkan perlahan, diganti dengan bahunya pula sebagai tempat untuk Hawa mengalas kepalanya.
Hawa menggumam sesuatu, sebelum kembali terdiam. Rasa enak pula tidurnya apabila beralaskan bahu bidang Adam. Di luar kewarasan Hawa,tangan kekar milik Adam itu dipeluk erat.
Adam terkedu...
Ya Allah... Kuatkan la iman hamba-Mu ini.
Adam buntu. Matanya tidak dapat dilarikan daripada melihat tubuh Hawa itu. Cukup menyeksakan jiwa seorang Adam. Meskipun, tight dress berwarna hitam itu sudah diganti dengan baju kurung berwarna biru muda itu, dia tidak dapat mengusir imaginasi liar yang bermain di benak fikirannya. Masih terakam jelas lagi di dalam ingatan Adam, setiap lekuk tubuh Hawa yang berpakaian 'seksi' di 'parti liar' tadi.
"Erm...Kita dah sampai?"
Hampir meluruh jantung Adam mendengar suara Hawa itu. Seksi di pendengarannya. Amboi Abe Adam habis semua pasal Hawa seksi. Hang dah kempunan sangat ke dengan dia?
Hawa menggeliat badannya dan menguap kecil. Terbuntang besar biji mata Hawa melihat kedudukannya dengan Adam.Pantas dia menjarakkan diri dan melilitkan tangannya di dada. Sebagai langkah berjaga-jaga.Jikalau Adam ada niat buruk terhadap dia, Hawa akan wacha sama Adam.
"Tadi you sedap-sedap aje peluk I.Sekarang muka macam beruk tertelan biji durian tu dah kenapa?"
"Haram!"
"Tahu pula pasal halal dan haram ni... Ingatkan jahil sangat." Adam memerli pedas. Kedua-dua belah tangan diletakkan kembali di atas stereng kereta.
"Nak penampar?" Hawa menyoal garang.
"You ni ganas la, Hawa. Sikit-sikit nak tampar anak orang. You punya tamparan hari tu pun masih berbekas. Berbekas di hati I. Siapa nak bertanggungjawab?" Adam mengungkit kejadian tempoh hari. Dijeling tajam ke arah Hawa.
"Bila bercakap tu bertapis la sikit, encik Adam. Saya ini memang jahil agama tapi saya tak pernah berbuat zina apatah lagi nak berpelukan dengan bukan yang mahram. Saya ada maruah sebagai seorang perempuan. Dan... Tolong hormat."
"Then, kahwin la dengan I. Setiap masa you boleh peluk I. Halal dan dapat berganda pahala pula tu."
Adam tersengih nakal si hujung ayat.
"Haha.Saya tunangan orang. Awak boleh shuh... Shuh. Pergi main-main jauh."
Kan, bijak. Haha. Hawa mencipta suatu pembohongan walhal daripada dulu dia berstatus single gitu. Dia tersenyum bangga sambil mendabik dada ke hadapan.
Reaksi wajah Adam sedikit berubah. Badannya kelihatan sedikit mengeras.
"Nice try... Hawa. You must be joking."
"Haha. It's up to you la."
Seronok juga eh menipu orang ni.
"Lagipun... Awak ini bukan ciri-ciri lelaki idaman saya. Lambat lagi." Makin galak Hawa mengenakan Adam. Dia suka melihat reaksi wajah Adam sekarang.
"Then, tunang you tak marah ke yang you keluar dengan lelaki lain ni?" Adam masih tidak mahu mengalah. Separuh hatinya kuat mengatakan yang Hawa masih single bukan milik orang lain.
Hawa tersenyum sinis.
"Saya tipu la cakap keluar dengan kawan perempuan. Hidup ini kena pandai menipu baru boleh hidup, encik Adam."
Adam mengecilkan matanya.
"Dah la. Saya masuk dulu. Kalau duduk berdua-duaan dalam kereta ini takut kena tangkap basah aje. Saya tak nak kahwin free dengan awak. Kesian tunang saya nak campak dekat mana pula nanti. Terima kasih, Adam."
Hawa berura-ura mahu keluar dari perut kereta namun pergelangan tangannya direntap laju oleh Adam. Menghalang perbuatannya sekaligus.
Hawa membalas renungan Adam. Lelaki bermata biru. Tidak dinafikan Adam mempunyai sepasang mata yang sangat indah. Igauan semua wanita.
"Tidak semestinya you tunangan orang... I tak boleh merampas you daripada dia. Sebab you hanya tunang orang, bukan isteri orang. I likes you. I do."
.
.
.
SUIT hitam tersarung kemas di tubuh tegapnya.Kaki yang panjang laju mengorak ke hadapan. Tangan kanan di masukkan ke dalam seluar slacknya, manakala tangan kiri menjijit beg bimbing.
Segak. Berkarisma. Maskulin.
Wajahnya bereaksi biasa. Beku. Seorang lelaki yang mahal dengan senyuman. Pekerja-pekerja yang lalu lalang di kawasan itu hanya mampu menekur pandangan ke lantai.Gerun.Tidak mampu bertentangan mata dengan sepasang mata hazel itu.
Kaum wanita pula kelihatan begitu teruja melihat figura tersebut. Tersengih gedik.
The boss!
"Good morning, encik Muhammad," sapa Riana girang salah seorang pekerja di situ.
Muhammad menoleh. Kaca mata hitam yang terletak elok di atas batang hidung mancungnya itu ditanggalkan. Renungan Muhammad menikam tajam pakaian yang tersarung di tubuh Riana dari atas ke bawah. Terukir senyuman sinis.
"Aku tak rasa Malaysia ini terlalu panas sehinggakan kau kena pakai baju macam pelacur ni." Meluncur laju ayat itu keluar dari mulut Muhammad.
Riana bungkam. Hilang terus warna di mukanya apabila disindir begitu.
Pedih.
Sampai betul ke hati.
Ouch!
Riana berdehem.Dia malu apabila ada segelintir kaum wanita mentertawakan dirinya apabila ditegur begitu 'pedas' dari seorang Muhammad.
Muhammad tidak mengendahkan renungan Riana itu, lalu dia melangkah masuk ke dalam lif yang sudah terbuka luas.
Riana kekal berdiri statik di situ. Tidak berkelip-kelip memandang sebatang tubuh Muhammad.
Muhammad tersenyum sinis, sempat dia menghadiahkan kenyitan mata. Sebelum pintu lif itu tertutup rapat, Muhammad bersiul nakal. Lif yang dinaikinya itu khas untuk dirinya sahaja. Kerana, Muhammad tidak suka bersesak seperti di dalam tin sardin untuk menaiki lif. Para pekerja di dalam syarikat itu sudah memahami dengan prinsip seorang Muhammad. Tiada siapa pun yang berani break the rules!
Muhammad melihat sekilas jam di pergelangan tangannya. Masih awal lagi untuk dia memulakan kerjaya sebagai pengurus besar di Ferhad Holdings.
Sebaik sahaja Muhammad menjejakkan kaki di tingkat 15,kaki diatur melangkah ke pejabat. Pintu biliknya dikuak besar dan meja kerjanya dituju. Beg bimbit yang sedari tadi dijinjit diletakkan elok di atas meja. Punggung dihenyak kasar di atas kerusi,lantas badan disandarkan dan kaki disilang gaya bossy.
Hari ini mood seorang Muhammad sedikit baik setelah nombor telefon Hawa Arlani berjaya didapati.
"Hawa Arlani."
Muhammad menyeru nama pujaan gadisnya itu dengan hati yang girang. Muhammad teringat kembali bagaimana pertemuan mereka.
Iphone miliknya dikeluarkan dari kocek seluar slack. Dia mencari nombor telefon seseorang di senarai nama di dalam telefon. Tatkala nama tersebut sudah berjaya ditemui, Muhammad tanpa teragak-agak untuk mendail nombor tersebut.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Empat saat.
Lima saat.
Enam saat.
Muhammad menjulingkan bebola matanya ke atas. Lama naw.
What? Dia tak angkat call aku, detik di hati Muhammad. Ini tak boleh jadi!
Dengan perasan berbolak-balik, Muhammad menaip sesuatu dengan pantas dan terus dihantar kepada seorang Hawa Arlani.
Muhammad.
Baik kau angkat call aku sebelum aku culik kau bawa jumpa tuk kadi.
Terukir senyuman kemenangan menghiasi wajah Muhammad apabila WhatsApp yang dihantar itu sudah di bluetick. Sekali lagi Muhammad mencuba nasib untuk mendail nombor tersebut.
Apabila panggilannya diangkat oleh pemanggil di hujung talian, Muhammad bersuara girang. "Uhuk... Bismillah. Assalamualaikum,jodoh."
.
.
.
Adam or Muhammad?
Pilih cepat. AHAHAHAHAHAHAH *devil laugh*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top