𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 51
MUHAMMAD.
Baru kali ini aku dapat melepaskan nafas lega saat dimaklumkan oleh Cik Bambam tentang kehadirannya hari ini ke rumah ibu. Dia baik-baik sahaja berikutan dari peristiwa malam itu. Bunyi das tembakan yang dilepaskan malam itu merupakan bunyi tembakan yang mengenai tangan Muhammad.
Kini, aku dapat melihat tangan kanan lelaki itu berbalut. Aku memanjatkan rasa kesyukuran kerana Muhammad tidak mengalami kecederaan yang teruk demi menyelamatkan aku pada malam itu. Aku tidak boleh bayangkan andai kata... nyawa Muhammad yang melayang pada malam itu. Pasti sahaja rasa bersalah aku makin menggunung.
Sehingga kini, aku tidak dapat melupakan setiap rentetan peristiwa yang berlaku pada malam itu.
Pak Ahmad... Mak Nah dan mama Luna.
Nyawa mereka terkorban angkara dendam lelaki itu terhadap aku. Dan, disebabkan itu didapati ada perubahan di dalam diri Luna. Luna bukan lagi kanak-kanak riang yang dengan celotehnya tanpa henti. Dia suka menyendiri.
Cuba kau bayangkan kalau kau di tempat Luna pada malam itu? Kanak-kanak perempuan yang masih kecil itu telah menyaksikan segala pembunuhan ahli keluarganya penuh kejam. Pasti sahaja itu akan meninggalkan impak yang mendalam di dalam diri Luna.
"Hawa..." Muhammad mulakan dahulu sebagai pembuka bicara di antara kami.
Aku mengangkat kepalaku memandangnya dari sisi memandangkan kami berdua duduk bersebelahan di atas bangku berhadapan kolam ikan yang terletak di laman belakang.
Muhammad turut mengangkat kepala memandangku. Lama.
Renungannya cukup melembutkan dan menghangatkan.
Aku menggangukkan kepalaku dan ulas bibirku mengoyak senyuman kecil. Kemudian, mataku jatuh pula pada tangannya yang berbalut.
"Aku okay je, Hawa. Small matter la." Muhammad tertawa kecil, memahami sangat pandangan mataku itu membawa erti apa.
Aku risaukan dia.
"Terima kasih, Muhammad. Saya dah terhutang nyawa dengan awak. Terima kasih. Saya takkan dapat lupakan pertolongan awak malam itu... Awak sanggup gadaikan nyawa awak untuk selamatkan saya." Sebak itu mula hadir.
Sejak kebelakangan ini mudah sangat aku mengalirkan air mata... Tak kira malam atau siang.
"Jangan nangis. Aku tak suka," tegah Muhammad keras. "Kau tak rasa bodoh ke nak nangis benda-benda kecil macam ni? Kau tak penat ke asyik menangis siang malam?"
Dia masih lagi Muhammad yang dulu.
Kasar dalam percakapannya. Tiada apapun yang berubah.
Aku tak hiraukan amaran dia apabila aku menangis juga di depan matanya.
Aku menangis untuk apa?
Entah.
"Kalau kau nak nangis... Aku blah dulu la. Asyik-asyik nangis... Inilah perempuan! Huh! Banyak sangat kut air mata sampai setiap masa nak nangis. Simpan je la air mata korang tu..." rungut Muhammad sambil menayang wajah jengkelnya itu. Baru sahaja dia mahu mengangkat punggung, aku pantas menghalang.
Tak sangka pula dia memang berpegang pada janjinya mahu pergi jikalau aku terusan menangis.
Aku tak mahu dia pergi. Aku perlukan insan seperti dia di saat ini walau mulutnya agak laser... Aku tak peduli. Dia tidak berpura-pura di dalam bicaranya malahan dia jujur walau adakalanya 'berbisa'. Auw...
"Jangan pergi," rayuku lemah.
Muhammad merengus kuat. "Lap air mata kau." Dia masih lagi belum berpaling ingin memandangku.
Aku menyeka kasar air mata aku yang masih bersisa ini.
"Sumpah muka kau buruk, Hawa." Itu komen pertama Muhammad. Air mukanya masih lagi serius. "Kalau Adam tengok bini dia sekarang ni pun mesti tak cam... Muka pucat macam mayat hidup."
Aku menyentuh kulitku. Bila dia cakap macam tu baru aku sedar yang muka aku terlalu pucat. Sudah lama aku tak melihat wajah aku sendiri di hadapan cermin sebab atas kehendak aku sendiri.
"Dengan mata sembapnya... Ya Allah, dia ni. Kalau kau duduk sebelah cik Bambam tu, Cik Bambam nampak lagi cantik. Berkali-kali juta lagi cantik dari kau." Muhammad dengan eksyennya siap menggawang tangannya ke atas menceritakan 'berjuta-juta kali tu'.
"Serious la Muhammad." Mata aku membulat besar. Takkan la teruk sangat muka aku sekarang?
"Tak tipu je." Muhammad tersengih sesaat sebelum muka ketat dia ditakluki semula. "Kau perempuan paling cantik pernah aku jumpa."
"Tapi... tu dulu la." Sambung Muhammad perlahan. "Look Hawa... Aku ni jenis direct tau. Aku malas nak berkias-kias... Aku risaukan kau weh. Aku risau tengok keadaan kau. Ibu selalu call aku cakap yang dia risau sangat tengok keadaan anak dia. Ibu kata... Kau ni liat nak makan. Selalu nangis siang malam..."
"Kau nak jadi Kassim Selamat ke apa? Nak jadi yang versi perempuan? Minah Selamat?"
Hawa menggeleng kepalanya lemah.
"Kalau kau dah rasa tak nak tengok dunia ni... Kau pi la cucuk mata kau dengan garpu tu. Untung-untung kau buta terus."
Patut tak aku halau je Muhammad ni?
Menyesal pula suruh dia stay dekat sini. Free free je aku dapat leteran berbisa dia tu.
"Hawa... Setiap masalah tu ada jalan penyelesaian dia. Susah macam mana pun masalah yang kau hadapi, pasti ada jalan keluar dia. Kau kena tahu ini adalah sebahagian daripada ujian kau. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku pernah ada di tempat kau. Aku hilang kedua-duanya. Aku hilang isteri dan anak aku dalam sekelip mata... Saat itu aku mula rasa diri aku ni tak berguna. Aku menyesal sebab aku tak pernah mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada aku. Aku juga rasa sangat kecewa sebab aku tak layan arwah Puteri selayaknya sebagai seorang isteri."
"Aku ada di sisi kau... Aku akan tolong kau. Tolong semampu yang aku boleh. Aku akan cari Adam. Aku akan bawa Adam kembali kepada kau. Itu janji aku, Hawa." Tekad Muhammad.
Aku tersentak dengan butir bicaranya.
Muhammad...
Kenapa dia baik sangat?
Kenapa dia masih mahu menghulurkan pertolongan kepada aku?
Dia buat aku nak nangis lagi.
"Simpan air mata tu untuk hari esok. Satu je yang kau perlu buat untuk aku..."
"A... apa?"
"Aku nak Hawa yang dulu. Bukan yang sekarang ni. Hawa yang degil... Suka melawan cakap aku. Paling penting dia sangat kuat. Kau lemah sekarang, Hawa. Saat ini... Kau kena sedar yang ramai ada di sisi kau. Kau ada ibu... tiga B tu dan..."
"... Kau ada aku."
Muhammad menyungging senyuman lebar.
Air mata aku menitis...
Di hadapannya.
"Kau dibenarkan menangis kali ini. Aku pun nak nangis sebab aku bodoh kerana masih..."
"...Mencintai isteri orang..."
Kekasih Bayangan.
.
.
.
"LUNA... Mari sini, sayang."
Luna menggeleng kepalanya laju. Tidak mahu. Dia langsung tidak mahu bercakap dengan aku.
"Umi rindu Luna... Mari sini dekat umi." Aku memanggilnya lagi tanpa putus asa. Aku yang sedang duduk di atas katil ini menggamitnya yang sedang menyorok badannya di sebalik pintu itu. Hanya kepalanya sahaja terjengul. Dia seperti ketakutan melihat aku.
"Kenapa Luna? Umi rindu anak umi ni. Luna dah tak sayang umi ke?" Suara aku bertukar lirih.
Aku rindukan Luna dan dalam masa yang sama aku rindukan anak aku yang lagi seorang itu.
Tuan Ian Al - Fattah.
Apakah khabar anak aku itu? Adakah dia baik-baik sahaja?
Aku kesepian. Wanita yang kesepian.
Aku dah pernah berjanji dekat Muhammad untuk tidak menangis lagi. Namun kali ini aku tak dapat lagi menahan rasa...
Aku menangis teresak-esak menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Efeknya, kedua-dua tanganku bergetar hebat.
Selang beberapa saat kemudian, aku dapat merasakan ada tangan kecil lain yang tolong menyeka cecair hangat yang melimpah keluar dari mataku ini. Penuh keprihatinan.
L... Luna.
Luna tanpa kata dia tolong mengelap semua sisa air mata aku dan kemudian dia menggelengkan kepalanya, mengisyaratkan kepadaku agar berhenti menangis. Tangan kecil itu pula naik ke atas kepalaku dan dia mengusap lembut rerambutku seperti aku ini anak kecil.
Dia mencium tepi dahiku pula. Lama.
Aku tersentuh dengan layanannya.
"Terima kasih, sayang." Aku mencapai tangan kecilnya dan aku mengelus lembut.
Luna mengulum senyuman kecil. "Jangan nangis. Uncle Adam akan balik. Dia janji dekat Luna."
"Uncle perlukan masa, umi. Dia suruh Luna jaga umi. Jangan biarkan umi bersedih."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top