𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 32
DENGAN langkah yang longlai, Muhammad mendaki anak tangga satu-persatu sehingga ke akhir. Diatur langkah ke bilik tidurnya. Saat melangkah masuk ke rumah agam ini tadi, tiada sesiapa didapati di ruang tamu. Atau lebih tepatnya gelap gelita, tiada cahaya lampu langsung menerangi. Keberangkalian semua penghuni di rumah ini sudah dilena dibuai mimpi kerana jarum jam sudah masuk ke angka 12.Agak mustahil untuk sesiapa masih terjaga pada waktu sebegini.
Muhammad sengaja pulang lewat ke rumah. Kalau boleh dia tak mahu bersemuka dengan isterinya. Jiwanya sekarang galau,gusar kesudahannya dia akan bertengkar lagi dengan Puteri hanya kerana hal remeh temeh sahaja.
Daun pintu dikuak perlahan, seboleh-bolehnya Muhammad tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi yang mampu mengejutkan isterinya dari lena.Dia pasti Puteri pasti sudah tidur, namun sangkaannya meleset sekali saat suara milik isterinya menerkam gegendang telinga.
"Lambat balik."
Muhammad mengunci mulut. Bola matanya jatuh pada seraut wajah isterinya yang duduk berlunjur di atas katil. Menikam matanya dengan pandangan yang penuh mencurigakan.
Muhammad bereaksi selamba.
"Awak pergi mana tadi? Tolong jangan bagi alasan bodoh kononnya awak kerja hari ini. Awak pergi ke mana daripada pagi tadi? Jam 12 malam baru reti nak balik... Takkan tak ingat jalan balik rumah?"
"None of your business."
"What? Bukan urusan saya? Saya ini isteri awak, Muhammad. Saya kena la tahu awak buat apa dan pergi mana."
"I'm tired."
"Awak cari perempuan tu, kan?" Tebak Puteri. Bingkas dia berdiri dan mendekati Muhammad yang masih berdiri tegak di muka pintu.
Muhammad meraup wajahnya kasar. Cukup penat melayani karenah Puteri selama hampir tiga tahun.
"Betul, kan? Muhammad... Hawa tu dah kahwin dengan sepupu awak sendiri! Dan... Dia dah bahagia pun! Tolonglah Muhammad. Saya tak faham.Sehingga sekarang tak faham. Apa lebihnya Hawa tu daripada saya? Saya tak cukup cantik untuk awak, ke? Saya tak layak untuk jadi isteri awak, ke? Sampai bila kita nak hidup macam ni?"
"Saya ni isteri awak, Muhammad dan...Saya sepenuhnya milik awak."Tunak mata hitam Puteri merenung Muhammad. Bertukar kepada renungan lembut. Tangannya mulai menjalar ke dagu Muhammad yang terbelah cantik.
Puteri merapatkan jaraknya di antara Muhammad. Sebelah lagi tangannya mulai mengusap lembut dada suaminya yang sedikit berombak kasar itu. Matanya nakal melirik, mengintai riak wajah suaminya. Kelihatan halkum Muhammad sedikit bergerak-gerak. Seperti menahan rasa.
"Hmmm... Trying to seducing me, Puteri?" Smirk.
"Saya milik awak, Muhammad. Milik awak." Sensual suara itu berkata. Puteri terasa kemenangan berpihak kepadanya saat Muhammad seakan-akan terpukau dengan sentuhan dia. Namun...
Muhammad menolak tubuh Puteri kasar, menjauhi dirinya. Renungan lembut tadi sekelip mata bertukar dingin.
"Nice try, Puteri!"
Puteri menarik wajah masam.
"Puteri... Awak ingat saya tak tahu yang awak masih ambil pil perancang tu?" Topik perbualan terus bertukar dan itu menyentakkan Puteri. Riak wajah sedikit cuak dipamerkan.
"M... Mana ada. S... Saya dah tak ambil pil perancang tu," sangkal Puteri.
"Jangan nak bohong la. Fine! Kalau awak masih belum bersedia nak ada anak... Saya sendiri yang akan nikah lain untuk dapatkan zuriat. Saya ni bukan tunggul kayu. Dah lama kita kahwin... Sampai bila saya harus tunggu awak bersedia? Sampai saya tua kerepot?"
Puteri tersentak untuk kesekian kalinya. Semerta dia memanggung kepalanya. Rasa tidak percaya yang Muhammad sanggup berkata begitu. Nikah lain? Oh no! Dia tidak mahu hidup bermadu! Takkan sesekali!
"Awak jangan bergurau, Muhammad." Perit.
"Ada nampak saya bergurau, Puteri Aisya? Lagipun saya ada hak untuk nikah lain. Lelaki ada empat kuota." Sinis Muhammad berkata, terus dia melangkah masuk ke dalam bilik air meninggalkan Puteri termangu.
Jeritan Puteri pecah!
"Get ready la... Nak hidup bermadu nanti! Orang kata hidup bermadu sangat manis.Semanis madu," laung Muhammad lantang dari dalam bilik air.
Untuk kesekian kalinya, Puteri menjerit melepaskan rasa amarahnya. Berani betul Muhammad nak menduakan dia. Sakit hatinya. Bertambah bengkak. Walaupun dia merasakan itu satu gurauan kasar dari Muhammad, namun dia takut jikalau perkara itu bakal menjadi kenyataan.
Hidup bermadu ni manis?
Gila!
.
.
.
"NENEK...Nenek...Nenek..." Luna berlari anak-anak sambil tangannya bercantum dengan tangan kecil milik Ian. Diatur langkah laju ke arah dapur untuk mendapatkan neneknya, Mak Nah.
Ian tersengih. Air liurnya meleleh sehingga dagu. Begini rupanya rasa sedang bercinta. Hehe. Ian dah tak single akak-akak semua!
"Iya,Luna!" sahut Mak Nah perlahan sebaik sahaja wajah Ian dan Luna menyapa kornea matanya. Dia tersenyum senang melihat keakraban dua anak kecil ini. Comel aje.
Sejak kebelakangan ini, hubungan Luna dan Ian makin rapat. Tidak pernah berenggang langsung. Ditambah lagi, dengan perangai Luna yang macam akak-akak itu. Sikap Luna yang terlalu prihatin dan mesra alam itu membuatkan Ian suka berkawan dengan Luna.
"Luna dan Ian kenapa?" Kening Mak Nah sedikit berkerut apabila dua orang budak itu terusan membisu berdiri di hadapannya.
"Tak ada apa-apa la, nenek. Mue he he he. Saja aje Luna panggil nenek." Luna tersengih sambil menguis kakinya.
"Ada-ada aje kamu berdua ni. Ian dan Luna main la sekali dengan Zinnirah tu. Kesian dia tak ada kawan. Nenek nak hantarkan air ke depan untuk tetamu umi Ian." Pamit Mak Nah sambil menatang dulang yang berisi minuman dan sedikit kuih-muih untuk dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung.
"Ian... Jom kita ajak Zinnirah main sekali dengan kita. Baru syok main. Jom!"
Wah untungnya Ian bakal dikelilingi bidadari-bidadari yang cantik. Arluna Insyirah dan Zinnirah. Hehe. Ian mengangguk kepala laju. Teruja. Ian terus membuka langkah besar ingin mendapatkan Zinnirah di ruang tamu. Ditinggalkan aje Luna dibelakang.
Luna mencekak pinggang. "Eh eh eh... Dia ni. Ian tunggu la Luna!"
Luna memecut ingin menyamai langkah besar Ian itu. Berdesup budak pendek tu lari. Sebaik sahaja kaki Luna mencecah lantai ruang tamu, dilihatnya Hawa dan Hazel sedang berbual manakala Ian cuba mendekati Zinnirah yang malu-malu menyorok di belakang mommynya,Hazel Nur.
"Hi, awak!" Ian sebagai seorang lelaki yang sejati membuka bicara terlebih dahulu, menyapa Zinnirah terlebih dahulu. Babah cakap kalau nak jadi lelaki sejati kena la berani. Berani mulakan langkah dulu nak tackle awek! Hehe.
Makin kuat pegangan tangan Zinnirah pada hujung baju mommynya. Dia takut, masih tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Sepenuh badan kecilnya itu disorok di belakang Hazel.
"Zinnirah sayang... Jangan malu-malu. Tu kawan baru Zinnirah. Dia nak ajak Zinnirah main bersama." Hazel meraih pergelangan tangan anaknya yang menyorok di belakang badannya. Ditarik perlahan agar Zinnirah keluar dari tempat persembunyiannya.
"Nama kita kacak. Hehe," celah Ian laju. Dia tersenyum lebar menyerlahkan sepasang lesung pipitnya. Babah kata lagi kena selalu senyum dekat awek cantik supaya akan tergoda dengan senyuman Ian yang manis bak gula ni! Thank you babah kerana jadi doktor cinta Ian!
Hawa sudah menepuk dahinya kuat. Tersandar badannya di badan sofa. Bawa mengucap dirinya melihat tingkah-laku anak teruna sorang dia ni. Anak aku ke ni? Inilah padahnya kalau dah terlebih ikut perangai babahnya.
Zinnirah menunduk memandang kakinya sendiri. Masih takut bercampur malu. Tambahan pula, dengan orang yang pertama kali bertemu.
Setapak Ian melangkah mendekati Zinnirah yang sudah memunculkan diri. Luna yang berdiri tegak menyaksikan sebabak drama itu mula membuka langkah kembali.
"Hi, Zinnirah. Saya Luna! Arluna Insyirah!" sapa Luna riang. Dengan penuh selamba dia terus memeluk Zinnirah erat tanpa amaran.
Terkejut Zinnirah apabila tubuh kecilnya dipeluk secara tiba-tiba oleh gadis berambut keriting itu. Terus tenggelam tubuh kecilnya di dalam pelukan Luna memandangkan Luna lebih jauh tinggi dan berbadan sedikit besar.
Terkebil-kebil Ian melihat Luna dan Zinnirah berpelukan lama itu. Kalau Luna boleh peluk Zinnirah, maknanya Ian pun boleh la peluk Zinnirah juga? Boleh ke?
Belum sempat apa-apa lagi... Hawa sudah memberikan jelingan tajam, seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di fikiran anak lelakinya itu.
"No, Ian." Larang Hawa sekaligus mematikan hasrat Si Ian.
Ian terus menarik muka masam. Ish umi ni, macam tahu aje apa yang Ian fikir! Kan dah melepas.
"Ian... Luna dah ajak Zinnirah main dengan kita. Dia dah setuju! Jom la! Luna nak main kat luar pula. Bosan la main dekat dalam ni. Kalau dekat luar boleh kita main dengan baby." Beria-ia Luna berkata, terus dia merentap kasar pergelangan tangan milik Ian dan Zinnirah. Bersatu.
Zinnirah langsung tidak berani memandang wajah Ian itu, membuatkan Ian sedikit musykil. Kenapa Zinnirah tak mahu pandang wajah kacak Ian ni? Takkan Ian tak kacak kut? Sebab babah kata muka Ian dah cukup kacak sebab ikut babah.
Ini aneh!
Mungkin Ian perlu membuat pembedahan plastik untuk kacakkan lagi muka Ian ni kut. Supaya Zinnirah pandang Ian tak berkelip-kelip nanti.Hehe.
Tapi...
Sudah Tuan Ian Al - Fattah! Kamu jangan nak mengarut! ABC pun tak reti lagi, ada hati nak usha awek baru!
"Hazel apa khabar?" Baru sempat Hawa ingin bertanya khabar Hazel Nur iaitu isteri kepada Zin Hanania,merangkap mak ciknya. Kalau diikutkan Hawa kena memanggil Hazel dengan panggilan aunty tetapi Hazel menegah kerana nampak terlalu tua sangat untuk gelaran itu kerana Hazel lebih jauh muda dari Hawa.
"Alhamdulillah sihat, Hawa." Terukir senyuman kecil di bibir merah Hazel. Matanya masih tak lepas dari melihat tiga orang kanak-kanak itu sedang bermain sorok-sorok di laman rumah. Sangat mencuit hati melihat telatah masing-masing.
"Uncle Zin mana, Hazel? Hawa rindu dekat uncle Zin la. Sejak Hawa sedar dari koma... Dia tak pernah langsung datang melawat Hawa. Dia sibuk dengan kerja ke, Hazel?" kata Hawa sedikit berjauhan hati. Dalam masa yang sama sarat rindu buat pak ciknya.
Soalan Hawa itu menyentakkan Hazel. Raut wajahnya terus bertukar. Kelat.
"Tak apa la. Hawa faham. Mungkin uncle sibuk dengan kerja dia. Kalau dia dah free mungkin dia akan datang melawat Hawa nanti. Hazel jangan lupa kirim salam Hawa dekat uncle tau. Cakap yang anak buah kesayangan dia ni selalu merindui dia."
Mata Hazel mulai berkaca-kaca.
"Hawa dah tak dapat jumpa uncle Zin."
"Apa maksud Hazel ni?" Kening Hawa sedikit berkerut. Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Hazel.
"Ouh... Maksud Hazel, uncle ada dekat luar negara sekarang?" tebak Hawa.
"Bukan." Senyuman manis Hazel terus bertukar kepada senyuman hambar. Ya Allah... Rasa berat hati ini mahu menyatakan perkara yang sebenar. Dia masih lagi terasa kehilangan. Kehilangan cinta hatinya.
"Hawa takkan dapat jumpa uncle Zin buat selamanya."
Bergetar bibir Hawa.
"Dia dah tak ada."
Allahu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top