𝓔𝓹𝓲𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

"Aku cintakan kau, Hawa.Aku cintakan kau!Aku nak kau jadi milik aku seorang... Bukan lelaki lain! Kenapa susah sangat untuk kau faham perasaan aku ni?"

"Itu bukan cinta,Adam... Itu nafsu. Awak bukan cintakan saya tetapi... Awak hanya bernafsu dengan saya. Awak manusia paling keji pernah saya jumpa. Saya sangat jijik dengan awak, Adam. Sangat."

"Hawa tetap milik Adam."

"Saya tak menyesal. Saya terima awak seadanya sebagai suami saya. Saya melamar awak dulu jadi suami saya atas kehendak-Nya juga. Saya yakin awak mampu bimbing kita bersama ke jalan Allah. Manusia layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri. Atas sebab itu... Saya memilih awak. Saya pilih awak jadi suami saya tanpa keraguan."

"Bidadari abang... Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu."

"I'm telling the truth... Setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti. Teruskan hidup Hawa... Teruskan mengejar cinta Allah."






.











.











.





















"HAWA..." Salsabila mencuit bahuku sambil mulutnya memuncung ke depan. Menghala ke suatu tempat nun jauh di sana. Sebuah meja yang masih belum berpenghuni.

Kami baru sahaja melangkah keluar dari dewan kuliah. Terus kafeteria menjadi hala tuju kami untuk mengisi perut kami yang sudah berkeroncong hebat ini. Dah buat konsert kut perut aku ni.

Kening aku terangkat. "Kenapa?"

"Kau haus kan tadi? Pergi la beli air dulu. Aku pergi jaga tempat jap. Okay?" Salsabila sempat mengenyit mata kepada aku sebelum dia meninggalkan aku terpinga-pinga di sini.

Vending machine menjadi pilihan aku. Ketika aku sedang membuat pembayaran air, aku merasakan ada sesuatu yang 'aneh' melekap ni bahagian punggung aku.

Seperti diramas. Aku meneguk air liur sekali.

Gangguan seksual!

Aku pusing dan tanpa membuang masa lagi tangan aku diangkat ke atas dan...

PANG!

Argh, berpijar tangan kecil aku ni saat melekap di pipinya. Aku tahu tamparan aku beberapa saat tadi agak padu kerana bunyi yang terhasil cukup kuat.

"Dasar pervert!"

"Jantan gila seks!"

Gila betul! Berani jantan keparat ni meraba aku!

"W...wh...what?" tanya lelaki itu kebingungan sambil dia menggosok pipinya yang jelas kemerahan itu. Mata dia merenungku geram. Barangkali tidak percaya gadis seperti aku baru sahaja menampar muka tampannya tadi.

Aku bercekak pinggang dan tangan aku diangkat tinggi ke atas mahu menampar mukanya buat kesekian kalinya. Hati aku meradang apabila dia dengan muka tak bersalahnya boleh tanya 'what?'

Kepala lutut dia!

PANG!

Terdengar bunyi sorakan orang ramai.

"Gila betul perempuan ni..." gumam dia.

Dia kata aku gila? Hei, aku boleh dengar la! Kau tunggu!

Terus aku mengangkat kakiku melangkah keluar dari kafeteria tanpa memandang lelaki yang baru meraba aku tadi buat kali terakhir.

Itu merupakan pertemuan pertama di antara aku dan seorang Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Bukan pertemuan yang indah.












.












.












.














"HEY, I suka you la."

Aku merengus kuat. Penumbuk kecilku terus aku suakan di hadapan muka tampannya. Teringin nak merasa tumbukan padu aku pula?

Tak senang aku nak study dekat perpustakaan ini apabila dikejutkan dengan kehadiran Adam yang secara tiba-tiba ini. Duduk di hadapan aku tanpa dipinta. Apa la mamat ni buat dekat perpustakaan pada hari sabtu ni? Aku tengok muka dia pun aku tau yang dia ni bukan 'muka perpustakaan'. Entah-entah ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke perpustakaan ini.

"You ni garang la. I suka," bisik Adam perlahan seraya itu menggigit bibir bawahnya.

Euw... Dia tengah menggoda aku ke sekarang ni?

Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampah. Hilang mood aku sebab kena layan perangai tak semenggah dia ni.

Aku mengetap gigiku kuat cuba bersabar dengan karenahnya. Ada sahaja idea dia untuk mengusikku sehingga membuatkan pipi aku kemerahan. Jujur, aku katakan yang aku agak 'cair' dengan kata-katanya. Dasar mamat sweet talker! Hilang sudah konsentrasi aku nak study kalau begini la nasibnya.

"Adam..."

"Ya, sayang," sahutnya laju. Dia tersenyum segaris sambil memutar pen di jarinya penuh ligat.

"Awak nak apa sebenarnya daripada saya? Saya tahu yang awak datang sini bukannya nak study pun. Tapi, awak nak ganggu saya."

Adam menyebak rambutnya hitamnya ke belakang penuh bergaya sebelum dia melonjakkan badannya ke depan. Merapat ke meja, sekaligus merapatkan jarak di antara kami.

Mata kami saling bertemu secara tak sengaja.

Mata biru dia... Melemaskan aku. Aku tenggelam di dalam khayalan mata biru itu.

Wajah kami pada saat ini benar-benar rapat, hanya meja sahaja memisahkan jarak kami.

"I tak tahu kenapa dengan I sekarang, Hawa. I dah mabuk..."

Jeda.

"Mabuk?"

Adam mengangguk kepala sekali. Kemudian, kepalanya menggoyang ke kiri dan kanan. Entah mengapa pemandangan itu cukup seksi di mata aku. Aipp aipp aipp...

"Mabuk cintakan you. I tak perlukan arak untuk mabuk kerana you telah mampu memabukkan I sekarang, sayang."

Lidah aku terkelu. Okay, wajah aku terasa membahang sekarang.

"I suka you. Dan, I nak you jadi milik I. Boleh tak, sayang?"

Tap!

Serentak itu, hujung pen yang berputar di jari-jemari panjang Adam tadi berhenti dan mengetuk pucuk hidung mancungku.

Aku tersentak.

"You're mine."

"You tak rasa ke kita ni memang ditakdirkan bersama?Sebab nama kita... I Adam. Dan, You Hawa."

"Adam dan Hawa..."

"Ditakdirkan bersama."












.











.











.














"I love you."

"I love you too,sayang."

"I love you more."

"Eeee tak... Abang lagi cintakan Hawa. Cinta abang pada Hawa tak pernah berkurangan. Hari demi hari makin bertambah."

Aku tersengih suka lalu menyondol kepala aku di celah ketiaknya. Kita suka bila abang cakap macam tu!

Aku meletakkan kepala aku di atas ribanya. Kepala aku mendongak memandang wajah mamainya itu. Dengan rambut serabai... Mengancam! Sengaja aku mengganggu lenanya dengan memberikan bisikan-bisikan cinta di telinganya.

Dia pula hanya melayan sahaja perangai manja aku ni walaupun kantuknya masih tersisa.

"Cuba abang beritahu sebesar mana cinta abang dekat Hawa... Hawa nak tahu," rengekku manja. Aku sengaja meniup perutnya yang terdedah itu.

"Stop, Hawa," tegah Adam keras apabila aku makin galak mengusiknya. Renungannya mula berubah.

"Biarlah la la la..." Aku menjelir lidahku kepadanya kemudian aku mula menggeletek perut ratanya itu pula tanpa henti.

"Sayang!" Pecah ketawa Adam. Kuat. Terbahak-bahak dia ketawa sambil bergulingan di atas katil ini.

"Geli tak abang?"

"Ya Allah... Gel... Geli la sayang." Semput nafas Adam dibuatnya.

Cekap tangannya mengunci pergerakan aku sehingga menyebabkan aku terkunci di bawahnya. Sekarang posisi kami berubah. Dia menindih aku di atas dengan ketawa yang masih tersisa. Aku menelan air liur sekali kerana aku tahu sebentar lagi ada hukuman yang menanti untuk kenakalan aku sebentar tadi.

"Cinta abang buat Hawa sebesar..."

Kening kanan aku terangkat tinggi, menanti jawapan Adam.

"... perut Hawa sekarang."

Bahagian abdomen aku yang sudah menunjukkan bentuk ini, Adam ciup sekilas. Matanya terangkat merenungku.

"Abang tak sangka yang tak lama lagi abang akan jadi daddy."

"Hawa lagi tak sangka Hawa akan jadi mommy..." Aku menepuk tangan gembira. "Tak nak la... Mommy and daddy. Hawa tak nak anak-anak kita panggil dengan panggilan tu."

"Habis tu Hawa nak anak-anak kita panggil kita apa nanti?"

"Babah dan umi! Kan cute..."

Adam mengganguk kepala sekali. Bersetuju.

"Awak... Kita mengantuk la. Kita nak lelap sekejap boleh tak? Kita ni tak cukup tidur tau sebab kena layan perangai manja awak semalam."

Aku mencebikkan bibir ke depan. "Alaaa... Jangan la tidur awak. Kita nak main dengan awak." Aku menggoyangkan pula tangannya seperti anak kecil merengek.










.












.












.














"SAYA tak boleh terima lamaran awak, Muhammad."

Aku memulangkan kembali sebentuk cincin permata itu kepada Muhammad. Aku menolak lamarannya secara baik. Sudah puas aku memikirkan tentang lamaran Muhammad yang ingin memperisterikan aku.

Jujur, aku tak mahu membohongi diriku dengan menerima lamaran Muhammad.

Aku tidak mencintai Muhammad. Aku hanya menganggap dirinya sebagai seorang abang sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Muhammad tidak berkata apa hanya kepalanya mengganguk sekali mendengar kata putusku itu. Riak wajahnya yang kecewa itu tidak dapat disorokkan lagi.

Lambat-lambat Muhammad mengambil cincin itu dan mengukir senyuman pahit. Dia melepaskan tawa hambar.

"Maafkan saya." Aku serba salah kerana telah mengecewakan Muhammad. Tapi, aku tidak boleh membohongi diriku dengan menerima lamarannya jikalau cinta aku masih utuh pada Adam.

Hanya kepada Tuan Muhammad Adam Ferhad.

"Aku faham." Perit. "Bodoh kan aku kerana masih menaruh harapan yang kau akan terima aku walaupun dia dah tak ada..."

Aku memeluk kemas tubuhku mengharung angin kuat yang bertiup kencang. Aku membuang pandangan aku pada lautan biru yang terbentang luas itu.

"Saya tak boleh nak tipu diri saya dengan terima awak, Muhammad. Cinta saya hanya untuk Adam. Walaupun dah tiga tahun berlalu, bayangan wajah Adam masih lagi segar di ingatan saya. Saya masih tak boleh nak lupakan apa yang terjadi. Walaupun Adam dah tak ada, dia masih ada di hati saya. Buat selamanya."

"Adam suami saya. Dan, selamanya akan jadi suami saya. Satu-satunya lelaki yang saya cintai. Tiada orang mampu menggantikan tempat dia."

"Awak berhak untuk mendapatkan kebahagiaan awak sendiri. Tapi, bukan dengan saya. Maafkan saya, Muhammad."

Usai, aku membicarakan kata putus itu...Aku terus berjalan meninggalkan Muhammad tanpa berpaling lagi. Aku berjalan keseorangan di gigi pantai sambil memuji keindahan ciptaan Allah. Bunyi hembasan ombak diikuti bunyi burung berkicauan menjadi latar bunyi.

Selamanya cinta aku buat Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Dia pemilik hati aku.

Tiga tahun sudah berlalu sejak suamiku meninggalkan aku buat selamanya. Bukan mudah untuk aku menerima kehilangan dia. Hampir dua tahun aku mengalami kemurungan yang teruk dan aku selalu berhalusinasi bahawa Adam masih hidup.

Juga, kehilangan Tuan Ian Al - Fattah sehingga kini meninggalkan tanda tanya. Ian hilang tanpa jejak. Hakikatnya Ian tiada bersama Adam. Sudah banyak ikhtiar yang kami lakukan dalam pencarian Ian namun, sehingga kini tiada hasil.

Kisah hidupku memang menyedihkan. Aku diuji dengan ujian yang besar. Kehilangan satu-persatu insan yang aku sayang.

"Allah tak kejam, dia ambil apa yang kita sayang sebab dia nak gantikan dengan yang lebih baik. Allah uji sebab Allah sayang, sebab dia tau kau kuat. Bersujudlah kepadanya, angkat tangan memohon kepadanya kerana dia rindukan rintihan hambanya."

Aku selalu mengharapkan yang ianya hanyalah sekadar mimpi. Bila mana mata aku terbuka dan si dia ada di sisi. Melihat senyumannya saja sudah membuatkan hati ini bahagia. Tapi, rupanya ianya hanyalah bayangan mimpi kerana dia telah pergi dari dunia ini. Buat selamanya.

"Bidadariku..."

Bisikan itu...

"Jaga hati Hawa untuk abang."

Aku melekapkan tangan aku di dada.

"Abang tunggu Hawa."

Kepala aku mendongak ke atas, menatap dada langit yang mulai berubah warna itu.

Dan, saat itu mata aku bertemu dengan sepasang mata biru yang sedang merenung aku dari kejauhan.

Susuk tubuhnya yang sangat aku kenali. Berdirinya di sana sambil tersenyum lebar pada aku.

Aku rindukan senyuman itu.

Air mata aku mengalir laju. Tanpa henti.

"Tunggu Hawa, abang..." bisikku lelah. "Hawa akan cari Ian, anak kita. Itu janji Hawa sebelum Hawa menghembuskan nafas terakhir Hawa."

Aku tidak tahu bagaimana untuk aku noktahkan kisah hidup aku ini. Kerana , kisah ini belum menemui penamat. Masih ada rahsia yang belum terungkap.

Hawa Arlani.

Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Adam dan Hawa. Mereka yang ditakdirkan bersama.

Tuan Muhammad.

Dia la, Kekasih Bayangan.

Cintakan bunga akan layu,

Cintakan manusia akan mati,

Cintakan Allah kekal abadi,

Itulah cinta yang hakiki...

***

_TAMAT_

START : 13 OCTOBER 2020
END : 17 JUNE 2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top