Sibuk

"Kamu ada nampak tak adik aku?" tanya Kaizo kepada kawan-kawan adiknya yang sedang sibuk bersembang di kedai Tok Aba "Satu hari aku mencari dia, langsung tak jumpa. Dia dan Faye entah pergi ke mana"

"Err.. maaf abang Kaizo. Kita orang tak tahu mana dia orang pergi" kata Boboiboy yang sedang mengelap cawan

"Ha ah, semalam kita orang nampak Lily ada dekat sini tapi hari ini dia takde pula. Entah-entah dia orang pergi merayap dekat bandar tiga orang tu" kata Yaya

"Dey! Kau tak rasa pelik ke kalau Fang merayap dengan dia orang berdua. Lily kan selalu ada dekat sini kalau Boboiboy ada. Faye tu akan ikut sahaja ke mana Lily pergi. Fang tu mesti ada dengan kita.. entah-entah, dia ada idea nakal dia tu lagi" Gopal lihat ke kanan dan ke kiri. Mana tahu tiba-tiba Fang muncul dengan idea tak betul dia

"Haiyaaa! lu boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan. Dia tu kan sudah berhenti jadi nakal"

"Ha ah, betul kata Ying" kata Boboiboy "Abang Kaizo cubalah hubungi dia, mesti dia akan angkat panggilan abang Kaizo"

"Aku sudah hubungi dia tapi dia langsung tak nak angkat. Budak ni memang betul-betul nak kena denda dengan aku" Kaizo tenangkan diri dia sebelum dia mengamuk tak tentu pasal. Dia duduk di atas bangku kedai Tok Aba "Kamu rasa, adik aku selalu pergi ke mana?"

"Pantai?" kata Boboiboy

"Aku sudah cari dia dekat sana, dia tiada di situ" Boboiboy berikan cekodok pisang kepada Kaizo "Terima kasih tapi tak kan dia ada masalah lagi sampai nak sorokkan diri daripada aku" Kaizo kunyah cekodok chocolate itu sambil fikirkan sesuatu "Maaf, aku rasa aku perlu mencari dia. Entah mana budak ni pergi. Awal-awal pagi lagi sudah nak merayap aje kerja dia" Kaizo mengambil lagi cekodok pisang itu dan terus masukkan ke dalam mulut dia

Boboiboy terus hantar mesej kepada Fang untuk bertanyakan dia berada di mana?

-----------------------------------------

Fang menerima mesej daripada Boboiboy tetapi dia tidak membalasnya. Dia terus mengetuk pintu club-house kepunyaan Lynna tetapi yang membuka pintu itu bukan Lynna tetapi kawan Lynna iaitu Juria "Fang? Apa Fang buat dekat sini? Siapa mereka ni?"

"Maaf kak Juria. Kami datang sebab nak cari kak Lynna" kata Fang

"Ha ah, kita orang risau pula dia tak datang ke Pulau Rintis selama sebulan. Ada apa-apa terjadi dekat dia ke?" Juria tidak menjawab pertanyaan Faye tadi. Dia hanya mengambil jaket dia dan kunci kereta dia "Akak nak pergi mana?"

"Kamu semua ikut akak" kata Juria sambil menutup pintu rumah itu. Mereka pandang satu sama lain dan terus sahaja ikut Juria tanpa berfikir panjang. Semasa mereka di dalam kereta Juria, mereka tidak berkata apa sehinggalah Fang membuka mulutnya

"Kak Juria, apa yang terjadi sebenarnya dekat kak Lynna?" Fang memandang Juria yang sedang serius memandu kereta disebelahnya. Muka dia ada sedikit kerisauaan. Juria tidak menjawab pertanyaan Fang tadi, dia terus membelok keretanya ke kiri. Fang tidak tahu ke mana Juria ingin membawa mereka "Kak Juria?" panggil Fang lagi

"Maaf Fang, akak sebenarnya rasa berat hati nak beritahu apa yang berlaku sebenarnya tapi disebabkan kamu berempat datang ke sini. Akak tidak boleh menipu kamu berempat tapi kalau boleh, jangan beritahu Kaizo"

"Kenapa akak?" tanya Faye

"Sebulan lepas, masa Lynna baru sahaja balik dari Pulau Rintis. Akak nampak dia begitu cemas dan tidak berkata apa-apa" Juria mulai bercerita apa yang berlaku "Akak tahu dengan perangai Lynna. Dia tidak akan bercerita kalau dia tahu diri dia sudah mulai jatuh cinta"

"WHATTTT?!" Menjerit Faye, Bella dan Lily di belakang kereta. Fang pandang kebelakang dengan muka marah dia dan lalu dia pandang ke depan balik

"Maksud akak, kak Lynna jatuh cinta dengan abang ke?" tanya Fang lagi. Dia ingin tahu adakah benar atau Lynna jatuh cinta dengan orang lain. Fang tersenyum sedikit dan Faye nampak senyuman sepupu di cermin. Lalu dia tolak sedikit kepala Fang supaya tidak senyum sangat, kalau tidak, nanti dia akan kecewa. Mereka tahu dengan perangai Fang, dari dulu lagi dia berharap sangat abang dia dan Lynna akan bersama

"Yea Fang" kata Juria "Selama ni dia dan abang kamu nampak sahaja mesra tapi dalam diam, mereka sebenarnya sudah lama mencintai satu sama lain cuma... mereka tidak perasan dengan perasaan itu sahaja. Akak perasan dengan perubahan itu semenjak dia kerap sangat pergi ke Pulau Rintis. Dia nampak lebih ceria daripada sebelum ini. Dua minggu lepas, Lynna diamkan diri kerana dia nak fikirkan dulu. Yelah, dulu dia kecewa, sedih, patah hati, tiap-tiap hari asyik nak cari nahas dengan musuh-musuh dia sahaja. Akak juga rasa kasihan kerana sebelum ini, ramai yang tidak boleh terima dia seadanya. Walaupun rahsia kami perlu dirahsiakan tetapi dia ingin lihat, sejauh mana cinta mereka tapi semuanya berakhir dengan kekecewaan. Sampai akak sendiri jadi risau dengan dia tapi semenjak dia kenal abang kau tahun lepas, dia kembali ceria. Pada mulanya, dia memang anggap Kaizo sebagai kawan sahaja"

"Abang pun selalu beritahu Fang yang mereka adalah kawan sahaja tapi tak tahu apa perasaan abang sebenarnya. Yang Fang tahu dia asyik fikirkan tentang misi misi misi misi dan buli adik dia" kata Fang. Dia terdengar gelakan tiga orang perempuan di belakang. Fang hiraukan sahaja "Tapi rasa pelik pula kalau abang bercinta. Mesti kelakar. Abang tu bukannya lelaki romantis. Dia tu tahu hukum orang sahaja, lepas tu garang, ganas, sadis dan tegas. Nak kata gila tu, entahlah"

"Hehehe... orang macam abang Fang tu pun ada juga hati dan perasaan. Hati dia akan lembut dengan orang yang dia sayang. Cuma bila hati dia sudah terpikat, orang lain akan rasa pelik" Juria mula memandu keretanya masuk ke dalam perkarangan kawasan hospital

"Lembut apa kebendanya, asyik tahu buli aku sahaja" bisik Fang "Eh, kita dekat hospital? Kak Lynna sakit ke?" tanya Fang

"Hmm.. minggu lepas sepatutnya Lynna nak beritahu abang awak perkara yang sebenarnya tapi ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dia di serang oleh musuh dia sendiri tapi jangan risau, dia selamat dan musuh dia tu, kami semua dapat hapuskan dia" Juria parking keretanya di tepi bangunan hospital "Kita sudah pun sampai" Mereka semua keluar dari kereta tersebut dan terus ikut Juria ke tingkat 3. Mereka melihat pesakit-sakit lain yang ada di situ. Fang sebenarnya rasa takut nak jumpa Lynna kerana dia takut kalau dia melihat Lynna koma atau patah kaki ke, patah tangan ke atau apa-apa yang lebih teruk daripada itu tetapi Juria hanya berikan dia senyuman untuk nyatakan tiada benda buruk yang berlaku. Juria membuka pintu wad dan lalu memberikan mereka semua masuk dulu

"KAK LYNNA!" jerit Faye, Bella dan Lily sambil berlari ke arah katil Lynna. Lynna terkejut dengan kehadiran mereka berempat. Juria tinggalkan mereka untuk berbual, sementara dia pergi ke kantin hospital untuk makan

"Kak Lynna ok ke?" tanya Lily sambil melihat Lynna terbaring di atas katil dengan muka pucat dia

"Akak ok sahaja" Lynna kelihatan ceria sedikit dengan kehadiran mereka "Fang pun ada dekat sini?"

"Ha ah" kata Faye "Kami ke sini sebenarnya risau dengan kak Lynna tak datang ke Pulau Rintis. Kami bawa Fang ke sini pun sebab dia tahu rumah kak Lynna tapi kak Lynna jangan risau, abang Kaizo tidak tahu kami ke sini"

"Kalau dia tahu, mesti dia akan marah kamu berempat" Lynna bangunkan diri dia untuk duduk "Terima kasih kerana risaukan tentang diri akak. Akak tidak datang ke Pulau Rintis sebab akak perlukan masa untuk berfikir" Lynna rasa pelik pula melihat muka Faye, Bella dan Lily tersenyum lebar kepada diri dia tapi kenapa Fang senyap sahaja? fikir Lynna. Fang hanya bersandar di dinding sambil melihat Lynna "Fang, kamu ok ke?"

"Fang ok" Fang datang ke arah katil Lynna "Kak Lynna..." kaki dia kena pijak oleh Faye. Fang melihat Faye dengan wajah marah dia "Yang kau pijak kaki aku apasal"

"Syhhh! kau janganlah tanya kak Lynna tentang perkara tadi" kata Faye

"Perkara tadi?"

"Maaf kak Lynna. Sebenar-" Mulut Fang kena tutup dengan tangan Bella. Dia lepaskan tangan Bella dengan begitu kasar sekali "Yang korang ni apasal? Nak kena kejar dengan harimau bayang aku ke?" marah Fang

"Wei Fang, apa kata kau jangan sebut tentang tadi dalam kereta. Biarkan perkara itu diselesaikan oleh mereka sendiri" kata Bella dengan suara marah dia. Fang tidak pedulik dengan kata-kata Bella, dia nak juga katakan perkara yang sebenarnya tapi dia akan janji dengan diri sendiri dia tidak akan beritahu abang dia

"Suka hati aku lah! Ini pun ada kena mengena dengan aku juga kan!" Fang terus bermasam muka

"Wei wei.. janganlah bergaduh dekat hospital" kata Lily "Maaf kak Lynna sebab kita orang bawak si panas baran ni. Lagipun kita orang perlukan dia sebab kita orang tak tahu kak Lynna tinggal dekat mana"

"Takpe tapi Fang jangan marah-marah lagi" Lynna pegang tangan Fang "Fang, akak tahu apa yang kamu semua katakan tadi. Akak tahu apa yang kak Juria ceritakan dekat kamu berempat" Fang tidak lepaskan tangan Lynna dan lalu dia tersenyum sedikit "Jadi Fang ok kalau akak beritahu abang tentang perasaan kak Lynna?"

"MESTILAH OK!" Terus dia kena ketuk dengan Lily "Hehehe.. maaf" Fang tersengih "Tapi Fang tak tahu dengan perasaan abang, kalau dia selama ini anggap kak Lynna sebagai kawan sahaja macam mana? Nanti kak Lynna akan kecewa juga lagi"

"Itu kamu tidak perlu risau. Akak tahulah bagaimana untuk menghadapi kekecewaan akak nanti" Lynna terbatuk sedikit "Walaupun apa yang terjadi nanti, dia tetap kawan baik akak"

"Kak Lynna cepat sembuh tau" kata Fang. Lalu dia peluk Lynna "Bila kak Lynna sudah sembuh, kak Lynna datang balik ke Pulau Rintis. Abang sebenarnya rindukan kak Lynna. Dia rindu dengan sahabat baik dia. Setiap hari Fang nampak dia menjalani latihan tempur sorang-sorang" Lynna hanya mendengar sahaja kata-kata Fang itu sambil membelai rambut Fang "Kak Lynna, Fang sebenarnya gembira dapat tahu yang- WEI! APASAL KORANG BERTIGA HERET AKU!" Faye, Bella dan Lily heret kaki Fang jauh daripada Lynna. Mereka heret dia keluar dari bilik itu. Lynna sabar sahaja dengan gelagat mereka, dia tergelak sedikit

"Sudahlah tu Fang. Bagi lah kak Lynna berehat daripada dengar luahan kau yang merapu tu" kata Bella "Jom balik! Esok-esok kau boleh bermanja balik dengan kak Lynna"

"Kami pergi dulu!" kata Lily dan Faye. Fang terus bermasam muka

"Korang ni! Memang suka cari pasal dengan aku" Fang menghentak-hentak kaki dia keluar dari hospital itu dan terus tunggu di tepi kereta Juria. Pada hari itu juga mereka balik ke Pulau Rintis dan Kaizo sudah menunggu Fang dan Faye pulang ke rumah. Muka dia amat menakutkan apabila Fang dan Faye membuka pintu rumah. Malam itu juga mereka berdua dikenakan hukuman latihan tempur tetapi Fang tidak kisah kerana dia tahu abang dia suka sangat bagi hukuman

-------------------------------------

Tiga hari selepas itu, Lynna berdiri di depan pintu rumah Kaizo. Dia tidak tahu samada hendak pusing sahaja dan balik ke KL atau ketuk pintu rumah itu. Dia tahu dia sedang mengambil risiko yang tinggi tapi dia kata kepada diri dia, yang dia adalah seorang yang tabah dan berani. Jadi dia ketuk pintu rumah itu tetapi tiada siapa yang menjawabnya. Dia ketuk lagi sekali, masih juga yang sama. Lynna rasa sedikit kecewa dan terus dia pusing kebelakang dan nampak Kaizo dan Fang sedang mengangkat sebuah kotak yang penuh dengan lobak merah

"KAK LYNNA!" Fang menjerit kegembiraan

"Err.. hai Fang" Lynna tersenyum sedikit. Fang dan Kaizo berjalan menuju ke arah Lynna "Kamu berdua dari pasar tani ke tadi?"

"Ha ah! Abang ajak Fang pergi ke pasar tani. Semua lobak merah yang ada dekat pasar tadi, semua kita orang borong" Lynna tergelak melihat dua beradik yang suka makan lobak merah "Kak Lynna, jom masuk ke dalam!"

"Selamat kembali, Lynna" kata Kaizo. Fang nampak abang dia tersenyum sedikit melihat Lynna sudah kembali ke sini

"Terima kasih Kaizo" Lynna senyum malu "Mari aku tolong angkatkan"

"Tak perlu, biar aku yang angkat kotak ni. Kau tolong bukakan pintu" kata Kaizo dengan nada serius sahaja. Lynna ambil kunci rumah tangan Kaizo dan terus dia bukakn pintu untuk Fang dan Kaizo. Mereka masuk ke dalam rumah tersebut

"Kak Lynna nak tolong Fang masak tak hari ini?" kata Fang sambil berjalan menuju ke dapur "Hari ni Fang masak sup lobak merah untuk abang tapi kalau kak Lynna ada idea lain, kita bolehlah masak sama-sama" mereka bertiga masuk ke dalam dapur

"Ermmm... akak tiada idea nak masak apa" Lynna melihat Fang dan Kaizo letakkan kotak itu di atas meja makan "Tapi akak tak menganggu ke?"

"Tak! Fang sudah terbiasa dengan kak Lynna ada dekat sini.. betul tak abang?" Fang tersenyum lebar dekat abang dia tetapi Kaizo buat-buat tidak nampak. Dia sibukkan diri dengan mengemas lobak merah itu di dalam peti sejuk "Abang ni, buat-buat tak dengar pulak"

"Biarkan lah dia" kata Lynna "Mari akak tolong Fang kemaskan"

Mereka bertiga kemaskan lobak merah itu dan terus keluarkan bahan-bahan untuk masak pada hari itu tetapi Kaizo menyibuk dekat dapur. Kadang-kadang dia halau adik dia keluar dari dapur, dia suruh adik dia pergi bermain dekat luar. Kadang-kadang dia pergi marah adik dia sebab sibuk sahaja tapi Fang tak kisah sangat dengan kemarahan abang dia. Fang asyik tersenyum sahaja melihat abang dia cuba dekatkan diri dengan Lynna. Secara senyap, Fang keluar dari rumah tersebut dan terus kedai Tok Aba sambil bersiul kegembiraan

Kembali ke rumah Kaizo

"Hmm.. adik aku sudah keluar pulak" kata Kaizo melihat keadaan rumah sunyi sahaja

"Yea ke, entah-entah dia tengah belajar" Lynna potong lobak merah itu

"PANGGGGGG!" Kaizo menjerit nama adiknya tetapi tiada sahutan dari Fang "PANGGGGG!" Kaizo dapat rasakan adik dia sudah pun keluar. Dia terus sahaja sambung memotong kentang "Aku nak tanya boleh?"

"Hmm.. tanya apa?" Lynna tidak alihkan permandangan dia kerana tekun sangat memotong lobak merah

"Mana kau pergi bulan lepas?"

"Fang tak beritahu kau?"

"Tak" kata Kaizo dengan nada serius dia. Shadow dan Pikachu duduk di muka pintu dapur sambil melihat Kaizo dan Lynna berdiri bersebelahan, memotong lobak merah dan kentang sambil berbual-bual "Si Pang tu langsung tak beritahu aku apa-apa"

"Aku sebenarnya masuk hospital sebab aku kena serangan musuh tapi kau tak perlu risau"

"Baguslah kau selamat" kata Kaizo "Aku cuma fikirkan kau hanya sibuk dengan hal kau sahaja"

"Takdelah.. aku sebenarnya tidak datang ke sini sebab aku perlukan ruang untuk berfikir. Kejadian tempoh hari dekat taman, buatkan aku tersedar dengan perasaan aku" Makin lama makin pelahan Lynna memotong lobak merah itu. Dia tidak tahu samada dia perlu terus beritahu tentang perasaan dia yang sebenarnya atau simpan sahaja di dalam hatinya "Aku.. aku.."

"Yang kau sebenarnya sukakan aku" Kaizo tidak alihkan perhatian dia. Dia teruskan sahaja memotong kentang itu. Lynna tidak berkata apa, dia hanya berhenti memotong "Aku tahu tentang itu. Sewaktu kau terburu-buru pulang ke KL. Aku nampak kelainan sedikit di mata kau" Lynna diam sahaja "Kau tak perlu risau, hati kau tak kan kecewa lagi"

"Terima kasih" Lynna hanya menjawab dengan nada yang pelahan. Terus dia sambung balik memotong lobak merah. Mereka berlumba siapa dapat siapkan dulu dan akhirnya Kaizo yang menang. Mereka tidak sedar yang Fang sudah pun pulang dari kedai Tok Aba. Dia dengan air minuman Ice Blended Chocolate Special, perhatikan sahaja gelagat mereka berdua, lalu dia tersenyum kambing di situ. Lynna bernyanyi-nyanyi sedikit sambil masukkan beberapa bahan ke dalam sup tersebut. Kaizo pula sedang sediakan juice lobak merah. Mereka berdua hanya senyap sahaja, tidak mahu berkata apa lagi. Lalu Fang senyap-senyap naik ke dalam bilik dia. Terus dia mesej Faye, Lily dan Bella untuk memberitahu tentang Kaizo dan Lynna

---------------------------------------------

"HAH! AKU SUDAH AGAK DAH! SI ITIK TU SUKA DEKAT SI ANGSA PUTIH!" kata Lily selepas sahaja dia menerima mesej dari Fang. Dia dengan Faye berada di bandar Pulau Rintis, keluar berjalan-jalan sambil membeli belah

"Kau kalau tak panggil abang sepupu aku si itik boleh tak?"

"Hehehe... maaf Faye. Aku sudah terbiasa tapi kita perlu buatkan sesuatu yang romantic. Lebih romantic daripada berkelah hari itu!"

"Aduh" Faye menepuk dahinya "Sudah sudah lah tu Lily, dia orang kan sudah bersama. Tak kan kau nak kacau dia orang lagi"

"Bukan nak kacau sahabat baik ku! Tapi ini semuanya untuk kebaikkan si itik yang garang tu juga. Dia perlu tunjukkan cinta dia kepada si angsa putih! Kau tahu sahajalah perangai si itik tu macam mana. Muka asyik serius sahaja, suara asyik nak pakai suara garang aje. Macam mana dia nak jadi lelaki yang ingin meluahkan segala-galanya kepada puteri angsa putih" Lily berpusing-pusing di tepi jalan dan lepas itu dia pegang tiang lampu dan lalu peluk. Dia berdrama di situ "Jangan risau kak Lynna, Lily akan bantu kak Lynna dan semoga kamu berdua bahagia selama-lamanya. Lepas tu kahwinlah korang, pergilah mengembara ke angkasa lepas. Jangan lupa bawak si landak tu sekali. DAN AKU BEBAS UNTUK MENGEJAR BOBOIBOY! TANPA DI KEJAR OLEH KAPTEN ITIK!"

"Kawan aku sudah tak betul rupanya" Faye terpaksa menarik tangan Lily dari pelukan tiang itu "Jomlah Lily, kau sambung ajelah idea kau tu dekat rumah. Kita ni pun belum habis shopping lagi"

"Yoshhh! Aku nak beli baju yang lawa-lawa! Khas untuk Boboiboy ku! Mesti dia suka" Tiba-tiba mood Lily bertukar "I'm coming for you my dear!" Lily masuk ke dalam sebuah kedai pakaian dan terus mencari baju yang cantik. Faye melihat sahaja gelagat sahabat baik dia sehinggalah Lily panggil dia untuk menolong memilih baju yang sesuai untuk memikat hati Boboiboy

--------------------------------------------

Lynna mengambil bau sup lobak merah itu. Bau dia memang menusuk kalbu, sehingga membuat Kaizo tersenyum sinis melihat sup tersebut. Dia sebenarnya perut dia sudah berbunyi apabila dia terhidu dengan sup lobak merah itu. Lynna mengambil dua mangkuk dan dua cawan. Serta merta Kaizo tuangkan juice lobak merah yang dia buatkan tadi. Lynna pula letakkan sebuah mangkuk besar yang penuh dengan sup lobak merah. Mereka bukan makan begitu sahaja, Lynna sudah sediakan nasi untuk makan bersama dengan sup tersebut. Fang mengintai mereka berdua. Dia tersenyum sahaja melihat Lynna dan abang dia duduk di kerusi meja makan. Lalu dia pun menyibuk sekali

"ADIK NAK MAKAN SEKALI BOLEH?" Terkejut Kaizo dan Lynna tiba-tiba sahaja melihat Fang melompat masuk ke dalam dapur. Mereka ingat, hanya mereka berdua sahaja di rumah rupanya bukan

"Boleh" Lynna bangun untuk mengambil mangkuk Fang

"Kak Lynna tak perlu ambilkan, biar adik sendiri yang pergi ambil" Kaizo rasa pelik melihat adiknya memanggil dirinya adik kepada Lynna "Kak Lynna duduk dan sambung makan dengan abang" Fang tersenyum sahaja. Kaizo perhatikan sahaja adik dia yang senyum semacam itu. Dia dapat rasakan yang adik dia tahu tentang dia dan Lynna. Fang mengambil mangkuk, sudu dan cawan dia, dan terus dia duduk disebelah Lynna "Kak Lynna! Kalau kak Lynna datang sini setiap hari.. mesti abang lagi suka!" Kaizo perasan perangai adik dia berubah menjadi macam Rizu

"Boleh, akak boleh datang ke sini setiap hari tapi itu pun kalau akak tak sibuk" kata Lynna sambil letakkan sedikit nasi di dalam mangkuk Fang

"Adik sebenarnya suka kalau kak Lynna datang sini. Rasa aman sedikit sebab abang pun tak marah-marah adik" Kaizo menggenggam sudunya. Dia rasa geram pula dengan adik dia tetapi dia tetap dengan muka serius dia "Kak Lynna bolehlah jadi kakak ipar yang terbaik untuk adik!" Muka Lynna merah sedikit dan Kaizo buat-buat tidak dengar

"Fang"

"Yea kak Lynna" Fang tersenyum sahaja melihat Lynna, dengan matanya bersinar-sinar seperti dia meminta sesuatu harapan daripada Lynna

"Fang, hubungan akak dengan abang kamu masih lagi awal" kata Lynna secara lembut "Fang janganlah anggap pula yang kami akan berkahwin tidak lama lagi. Manalah tahu, tiba-tiba kami berpisah tapi kami berdua akan tetap menjadi kawan baik"

"Betul ni kak Lynna?"

"Betul" Fang peluk Lynna "Jom kita makan sementara masih lagi panas"

"Pang! Boleh tak kau jangan menyibuk sangat dengan abang dan kak Lynna. Abang nak berbincang dengan dia pun tak boleh" kata Kaizo secara tiba-tiba "Kau pergi makan dekat dalam bilik!" Fang terus bangun dari kerusi dan ambil mangkuk dia. Dia dengan muka masam, terus keluar dari dapur "JANGAN NAK DENGARKAN PERBUALAN KITA ORANG PULA!" Fang lari lintang pukang ke dalam bilik dia

"Kaizo.. Kaizo.. kasihan si Fang tu"

"Maaf, sebab aku memang ada sesuatu untuk bercakap dengan kau"

"Kau nak cakap apa, Kaizo?" Kaizo diam sekejap dan lalu berkata sesuatu sambil melihat Lynna menghirup sup lobak merah

"Aku sebenarnya sudah lama sukakan kau tapi aku cuma pendamkan sahaja perasaan itu. Semenjak pertama kali kita bertemu di kedai Tok Aba. Entah kenapa pada waktu tu aku tertarik dengan kau dan aku cerita segala-galanya tentang diri aku dan adik aku juga" Lynna rasa nak tergelak melihat Kaizo katakan suka kepada diri dia kerana selama ini dia melihat Kaizo seorang yang serius dan garang tapi dia sebenarnya rasa bahagia setiap kali bersama dengan Kaizo

"Bagi aku, kau nampak pelik sangat bila dalam hal bercinta but... we can take it slow on our new relationship" kata Lynna. Dia sentuh sedikit jari Kaizo dan terus berikan senyuman kepada Kaizo. Senyuman kegembiraan dia

"Aku janji aku akan buat kau gembira"

"Thank you Kaizo tapi kalau aku tak gembira macam mana? Kau nak bagi aku latihan tempur ke?" Lynna ketawa sedikit dan lalu Kaizo turut ketawa juga "Baiklah Kapten Kaizo, aku juga akan gembirakan kau dan adik kau yang suka sangat menyibuk tentang hal kita"

"Dia memang suka menyibuk pun"

"ABANG PAIZOOOOOOOOOOO!" Lynna memandang ke pintu rumah Kaizo. Rizu sedang mengetuk-getuk pintu rumah sambil menjerit nama Kaizo "ABANG PAIZOOOOOOO!"

"Aku pergi buka pintu sekejap" Kaizo bangun dan tinggalkan Lynna bersendirian di dapur. Kaizo membuka pintu rumahnya dan nampak Rizu di dalam pakaian pelik "Rizu nak apa?"

Rizu buka gulungan sehelai kertas dan lalu membaca "SAYA PIZU! SI COMEL PENGUIN INGIN MENJEMPUT KAPTEN KAIZO DAN PUTERI LYNNA KE KAPAL ANGKASA!"

"Kapal angkasa? Rizu jemput abang ke kapal angkasa sebab apa? ada apa dekat sana?"

"Pizu tak tahu tapi masa Pizu buka pintu, ada orang suruh pakai pakaian ni dan bacakan surat ni dekat abang Paizo dan kakak Lynna"

"Hmmm... Rizu masuk sekejab" Kaizo terus naik ke atas dan ketuk bilik adiknya. Rizu pula masuk ke dalam dapur dan lalu makan bersama Lynna "PANGGGG! APA YANG KAU BUAT DEKAT KAPAL ANGKASA ABANG?" Fang membuka pintu biliknya dengan muka masam dia

"Abang kalau tak menjerit dekat adik tak boleh ke?" kata Fang

"Abang menjerit sebab abang nak tahu. Apa yang kau telah lakukan dekat kapal angkasa abang? Siap kau suruh Rizu pakai pakaian pelik-pelik, lepas tu jemput abang dan Lynna ke kapal angkasa"

"Mana ada adik buat apa-apa, entah-entah si Lahap punya kerja. Baik abang pergi periksa" Kaizo tidak berkata apa lagi, dia terus keluar dari rumah untuk pergi ke kapal angkasanya. Dia tidak bawa Lynna, Rizu ataupun adiknya ikut dia sekali. Dia hanya hubungi Lahap untuk bawa dia masuk ke dalam kapal angkasa. Setelah dia sampai ke kapal angkasa, dia terkejut melihat Lahap memakai bow-tie

"Kau kenapa?"

"Errr.. hehehehe.. mana Lynna, kapten?" tanya Lahap

"Kenapa aku perlu bawa dia sekali. Aku datang ke sini sebab nak tengok apa yang sudah terjadi dekat kapal angkasa aku" Kaizo periksa semua tempat tetapi semuanya dalam keadaan asal kecuali tempat latihan tempur. Dia terkejut melihat sebuah piano besar berada di tepi dinding kapal angkasa "Apa semua ni?"

"Sebenarnya ini semua rancangan dari Faye, Lily dan Bella. Saya membantah sebenarnya tapi dia orang nak buat juga"

"Tiga orang tu memang tak serik-serik nak kena latihan tempur dengan aku" kata Kaizo dengan nada marah dia "Apa tujuan mereka letak piano di situ?"

"Errr.. dia orang nak bagi kapten berdating dengan Lynna dekat kapal angkasa. Menari-nari dekat kapal angkasa" Lahap tersengih "Kapten marah ke?"

"Kau ingat aku tak marah. Kau buang sahaja piano tu dan hantar aku terus ke bumi"

"Baik kapten" Lahap terus hantar kaptennya ke bumi. Kaizo memang cukup marah apabila ada orang yang suka sibuk dalam hal hubungan dia dengan Lynna. Terus mood dia menjadi tidak baik. Selepas sahaja dia sampai di bumi, Kaizo masuk ke rumah dengan perasaan marah dia

"Kaizo? kenapa? apa yang berlaku?" tanya Lynna. Dia berada di ruang tamu untuk temankan Rizu dan Fang menonton cerita kartun "Kau tak apa-apa ke?"

"Abang Paizo nampak marah" kata Rizu sambil makan kerepek pisang dia. Mereka bertiga melihat Kaizo naik ke atas dan terus masuk ke dalam biliknya tanpa berkata apa. Lynna rasa risau pula. Fang tak suka kalau abang dia bad mood begitu sebab yang jadi mangsanya, adalah dia "Kakak Lynna pergilah pujuk abang Paizo" Lalu Lynna tinggalkan mereka berdua di ruang tamu dan terus naik ke bilik Kaizo. Dia ketuk bilik Kaizo dan lalu membukanya

"Kaizo?" Lynna masuk langkah ke dalam bilik Kaizo dan tiba-tiba sahaja muncul satu lubang dari lantai bilik Kaizo. Lubang itu menarik Lynna masuk ke dalam tetapi Lynna sempat memegang tepi lubang itu untuk keluarkan dirinya dari lubang tersebut tetapi tarikan lubang itu begitu kuat sekali. Lynna menjerit dan Kaizo keluar dari bilik airnya "KAIZO!"

"LYNNA!" Kaizo pegang tangan Lynna untuk tarik keluar dari lubang itu tetapi kedua-dua mereka termasuk ke dalam lubang yang bercahaya itu. Fang dan Rizu muncul di pintu bilik Kaizo dan lubang bercahaya itu hilang

"Abang?! Kak Lynna?!" Fang berlari dan duduk di tengah-tengah bilik abangnya. Dia memegang lantai bilik itu "ABANGGGG! KAK LYNNAAAAAA!"

"Abang Paizo! Kakak Lynnaaaaaa!"

"Fang, jangan risau. Kita orang cuma hantar dia ke alam fantasy sahaja" Fang menoleh kebelakang dan nampak Faye, Lily dan Bella

"Apa maksud kau?" tanya Fang yang masih lagi terduduk di atas lantai

"Well, since I'm a genius.. aku tahu abang kau mesti marah sebab panggil dia dan kak Lynna pergi ke kapal angkasa. Kacau hubungan dia orang berdua dan jangkaan aku memang tepat! Lepas tu mesti kak Lynna akan tenangkan prince charming dia and kita orang telah meminta bantuan daripada kawan kak Lynna untuk hantar mereka ke dunia fantasy!" kata Bella dengan bangganya. Dia terlalu bangga sangat dengan rancangan dia tadi

"Yang korang pergi hantar dia orang ke sana buat apa?" Fang bangun dari tempat dia duduk tadi "Takde kerja lain ke korang nak buat"

"Ala Fang, bagi lah dia orang berfeeling-feeling sekejap dengan fantasy adventure dia orang. Lagipun dia orang pergi untuk satu hari sahaja. Jangan lah risau sangat, nanti dia orang akan datang balik punya" kata Lily "Lagipun kau kan suka sangat menyibuk dalam hubungan dia orang"

"Tapi korang pun sibuk juga dengan hubungan dia orang!"

"Janganlah marah, nanti dia orang akan datang balik dengan hubungan mereka yang telah tercipta di dalam alam fantasy" Lily bayangkan si itik sebagai prince charming kepada tuan puteri angsa putih. Mesti mereka akan lebih loving-loving lagi selepas ini dan si kapten itik tidak akan ganggu dia lagi selepas ini

"Hmmm.. kalau dia orang tak datang balik, nahas korang!" Fang keluar dari bilik dengan menolak mereka bertiga. Rizu ikut sahaja Fang kemana dia nak pergi. Fang mulai risau, kalau dunia fantasy itu penuh dengan raksasa ganas ataupun orang jahat. Macam mana mereka berdua tidak dapat pulang ke dunia asal mereka? Adakah mereka akan kekal selama-lamanya di sana, serabut pemikiran Fang "Harap abang dan kak Lynna selamat" bisik Fang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top