Rancangan
Fang bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Dia menjadi resah kerana abang dia dan juga kak Lynna tidak pulang-pulang lagi dari semalam. Dia tidak dapat tidur dengan tenang semalam, mata dia asyik terjaga sahaja. Dia juga ada menghubungi abang dia tetapi signal tidak lepas. Dia membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur dan mencari abang dia dan kak Lynna di alam fantasy itu
"Abang Fang, janganlah risau sangat. Mereka pasti akan pulang punya" kata Rizu sambil kunyah kerepek pisang
"Maaf Rizu, tapi abang tak sedap hati kalau mereka tak nak pulang ke sini atau ada orang jahat serang mereka ke atau sesuatu yang buruk terjadi dekat mereka berdua" Fang fikirkan macam-macam benda buruk terjadi dekat abang dia dan kak Lynna "Abang rasa, abang perlu ke Kuala Lumpur hari ini juga"
"Tapi abang Fang... hari sudah gelap. Tak kan abang Fang nak pergi sorang malam-malam begini"
"Jangan risau, abang Fang kan ada kuasa. Tahulah macam mana abang Fang mempertahankan diri kalau ada apa-apa terjadi dekat abang" Rizu tidak rasa terlalu yakin dengan kata-kata Fang tadi. Muka dia berubah menjadi risau. Fang duduk di sebelah Rizu dan lalu peluk dia "Abang terpaksa buat begini kerana abang terlalu risaukan abang Kaizo dan kak Lynna"
"Kalau begitu, abang Fang jangan pergi sorang-sorang. Abang Fang pergi sahaja esok" kata Rizu dengan nada sedih dia
"Ok, abang akan pergi esok sahaja" kata Fang sambil lepaskan pelukan dia "Awal pagi esok abang akan bertolak"
"Kalau macam tu, aku ikut sekali!" muncul Faye belakang sofa "Tak kan aku nak biarkan kau pergi sorang-sorang. Aku kan sepupu abang kau juga"
"Kau nak ikut sekali apasal. Sibuk sahaja" Faye selerakkan rambut Fang yang cacak itu "WOI!"
"Hehehehe... aku nak ikut sebab aku pun risau juga. Yelah, kawan kak Lynna cakap sehari sahaja tapi ini sudah masuk dua hari" Faye lalu pergi ke depan dan duduk di sebelah kiri Rizu "Tapi Rizu tak boleh ikut esok"
"Kenapa pula kakak Faye? Pizu pun nak ikut juga"
"Rizu kecik lagi, nanti ibu Rizu risau pula. Kalau ada abang Kaizo, bolehlah Rizu ikut. Ini masalahnya, tiada orang dewasa untuk melihat kita nanti" kata Fang sambil memujuk Rizu
"Tapi abang Fang dan kakak Faye pun masih kecik lagi"
Fang menghela nafas "Maaf Rizu, Rizu tidak boleh ikut. Lagipun kita orang pandai jaga diri dan abang takut nanti abang Kaizo marah kita pula kalau Rizu ikut. Rizu dengar cakap abang ok" Rizu terpaksa mengalah daripada merajuk dengan abang kesayangan dia. Rizu terus peluk Fang
"Abang jaga diri elok-elok tau nanti. Kakak Faye pun sama" kata Rizu "Abang Fang balik cepat tau. Jangan lupa bawa balik abang Paizo dan kakak Lynna sekali" Fang dan Faye tersenyum melihat Rizu yang tidak malu lepaskan pelukan dia dekat Fang
"Abang akan jaga diri abang elok-elok" bisik Fang sambil membelai kepala Rizu
----------------------------------------
"Apasal korang berdua ikut sekali?" marah Fang apabila melihat Bella dan Lily berdiri disebelah Faye dengan senyuman nakal mereka "Isk! Korang ni memang nak huru-harakan lagi keadaan ke?"
"Mana ada, kami nak tengok macam mana dia orang berdua" Lily sudah mula dengan drama dia dekat station keretapi "Adakah cinta mereka sudah berputik di taman fantasy. Mesti si itik sudah pun melamar si puteri angsa putih. BESTNYAAAA!" Lily tiba-tiba rasa malu pula, dia siap menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya "Malu pula aku bayangkan keadaan mereka berdua"
"Sudahlah! Baik aku pergi dulu daripada tengok kau berdrama dekat sini" Fang terus membeli tiket keretapi dan terus naik ke atas untuk menunggu keretapi sampai. Dia terasa ada orang usik-usik bahu dia. Fang menoleh kebelakang dengan muka masam dia. Faye, Bella dan Lily tersengih kepada dia
"Janganlah marah Fang, kami bergurau aje tadi" kata Faye "Lagipun kau tahukan perangai Lily ni pelik-pelik"
"Hmmm.. yelah" Fang terus pandang ke depan dan buat-buat mereka tidak wujud di situ. Fang malas hendak berborak dengan mereka bertiga. Dia sendiri tidak tahu apa yang mereka sedang berbualkan sampailah dia terdengar suatu suara yang dia kenal
"Fang!" Fang menoleh kebelakang sedikit dan nampak kawan baik dia sedang berlari-lari ke arah dia
"Kau buat apa dekat sini, Boboiboy?"
"Aku nak temankan kau pergi KL lah" kata Boboiboy "Kau jangan risau, aku akan pastikan mereka bertiga tidak akan membuat kau mengamuk tak tentu pasal" Fang tersenyum sedikit. Dia rasa lega dengan kehadiran kawan baik dia "Oh yea, yang lain tak dapat nak datang sebab ibubapa dia orang tak bagi ikut"
"Takpe, asalkan aku ada kawan daripada layan trio huru hara tu" kata Fang. Keretapi sudah pun sampai dan mereka tunggu sehingga keretapi itu berhenti dan membuka pintu tersebut. Fang tidak sabar untuk pergi ke dunia lain untuk mencari abang dia dan juga kak Lynna. Apalah mereka berdua sedang lakukan, fikir Fang
----------------------------------------
"Apa keputusan kau, Kaizo?" tanya Lynna. Dia memerhati Kaizo yang sedang berfikir sambil melihat cermin itu "Kalau kau nak pulang, kita pulang sahaja" Dia tidak rasa kecewa ataupun sedih, semua keputusan terletak di tangan Kaizo sahaja
"Kita tinggal di sini untuk beberapa hari" kata Kaizo
"Betul kata kau? Aku tidak mahu adik kau yang jadi risau nanti" Kaizo memberikan sedikit senyuman kepada Lynna
"Takpe, kalau dia risau. Dia akan mencari kita di sini" Kaizo pegang tangan Lynna "Apa kata kau bawa aku ke tempat-tempat yang menarik lagi di sini" Lynna tersenyum lebar melihat Kaizo
Lynna rasa gembira apabila Kaizo membuat keputusan tinggal di situ untuk beberapa hari. Dia berdiri di balkoni bilik dia sambil melihat kawasan yang terbentang luas di hadapan istana dia. Pagi tadi, dia mengajak Kaizo pergi berlatih berlawan pedang di tepi istana dia, di situ ramai juga askar-askar istana sedang berlatih pedang. Ada yang ingin bertarung dengan Kaizo. selepas itu mereka bersarapan pagi di tepi tasik tetapi dia mulai rasa tidak mahu pergi balik ke dunia asal dia. Lynna menghela nafas dan lalu masuk balik ke dalam bilik dia. Dayang-dayang di dalam bilik dia, terus siap-siapkan Lynna dengan pakaian menunggang kuda dia. Selepas ini mereka akan pergi menunggang kuda di tepi sungai. Dia ingin membawa Kaizo ke tempat rahsia yang dia sendiri tidak pernah beritahu kawan-kawan dia
"Semuanya sudah siap tuan puteri" kata dayangnya. Lynna mengambil topi putih dia dan lalu memakainya
"Terima kasih" kata Lynna dengan senyuman manis dia dan lalu keluar dari biliknya. Dia nampak Kaizo sudah pun bersandar di tepi pintu biliknya "Kenapa kau tidak tunggu aku dekat bawah sahaja?"
"Kenapa? tidak boleh ke aku temankan kau turun ke bawah"
"Boleh sahaja Kaizo" Lynna tersenyum kepada Kaizo yang asyik dengan muka serius sahaja. Mereka turun ke bawah bersama. Dua ekor kuda yang diberikan oleh penduduk hari itu, sudah pun berada di perkarangan istana itu. Kaizo menolong Lynna memanjat kuda itu dan selepas itu dia pula memanjat kuda dia yang berwarna putih. Pengawal istana itu membuka pintu gerbang dan terus Kaizo dan Lynna keluar dari kawasan istana. Lynna membawa Kaizo ke tempat yang tidak jauh daripada situ
"Ke mana kau nak bawa aku pergi?"
"Kau ikut sahaja aku. Mesti kau akan suka dengan tempat ini" kata Lynna dengan suara ceria dia "Tapi aku rasa, adik kau lebih suka tempat ini daripada kau"
"Jangan kata kau nak bawa aku pergi ke taman donut lobak merah" Lynna tergelak di situ. Mereka menunggang kuda bersebelahan "Kenapa? bukan taman donut lobak merah?"
"Bukanlah Kaizo. Ini lebih indah daripada taman donut lobak merah" kata Lynna. Mereka menunggang kuda mereka ke tepi sebuah air terjun dan lalu turun dari kuda mereka. Lynna masuk ke dalam sebuah gua yang berada di belakang air terjun tersebut. Kaizo mengikat tali kuda mereka di pokok supaya mereka tidak lari dan lalu ikut Lynna masuk ke dalam gua itu. Di dalam gua itu terdapat sebuah lorong yang mereka boleh berjalan tetapi agak gelap sedikit. Lynna masuk ke dalam dan membuka sebuah pintu yang ada di lantai gua itu. Di dalam itu ada sebuah tangga untuk turun ke bawah. Api-api di tepi dinding tangga itu menyala secara automatik. Mereka turun dari situ secara pelahan
"Kau nak tunjuk aku gua bawah tanah ke?" kata Kaizo yang berada di belakang Lynna
"Bukan" kata Lynna dengan nada nakal dia "Aku nak tunjuk kau sebuah taman perpuskataan yang terletak di bawah gua ini" Setelah mereka sampai, Kaizo tergamam melihat taman perpuskataan itu. Boleh dikatakan perpuskataan itu agak luas dan selesa untuk mereka yang mahu membaca. Lantai perpuskataan itu terdapat rumput hijau, ia seperti sebuah permaidani yang telah dibentangkan. Tiada kerusi atau meja yang ada di dalam perpuskataan tersebut tetapi terdapat sebuah air terjun kecil di tepi dinding. Kaizo melihat buku-buku di tepi dinding gua tersebut. Semuanya di dalam bahasa lain. Kaizo mula terfikir tentang adik dia, kalau adik dia nampak perpuskataan ini, mesti dia nak duduk di sini dan baca buku-buku yang ada di sini, fikir Kaizo.
"Ini adalah tempat persembunyian aku" kata Lynna sambil mengambil sebuah buku yang terletak di tengah-tengah perpuskataan itu "Aku selalu datang ke sini untuk membaca buku tanpa di ganggu oleh orang lain. Kawan-kawan aku tidak tahu dengan tempat ini, aku tidak mahu mereka tahu kerana kadang-kadang aku suka bersendirian"
"Tempat ini memang istimewa untuk kau" kata Kaizo
"Terima kasih Kaizo" Lynna meletak balik buku tadi "Aku seperti adik kau juga, suka membaca"
"Tapi buku-buku dekat sini, semuanya dalam bahasa yang aku tidak kenali" Lynna datang dekat kepada Kaizo dan lalu berikan senyuman
"Sebab itu aku perlu belajar untuk faham dengan bahasa-bahasa yang ada dekat dunia ni" Lynna cubit pipi Kaizo yang asyik dengan muka serius sahaja "Kau selalu dengan muka serius tapi itu memang sifat kau. Bagi aku, kau nampak comel" Terus Lynna lari keluar dari perpuskataan itu. Kaizo mengejar Lynna yang sedang gelak ketawa nakal itu. Mereka berlumba naik ke atas
Mereka naik ke atas balik dan keluar dari gua itu. Seterusnya mereka menunggang kuda mereka untuk pergi mendaiki bukit dan mereka berhenti ditepi lereng bukit. Mereka duduk di situ sambil melihat permandangan istana Lynna dari jauh. Ia kelihatan berdiri tegak begitu gah sekali. Hutan-hutan hijau mengeliling istana tersebut. Di sebelah kiri istana itu, terdapat sebatang sungai yang begitu luas "Kau tak rasa bosan ke duduk dekat sini" tanya Lynna. Dia membuka topi dia dan lalu letakkan di tepi kaki dia. Kaizo duduk disebelah Lynna
"Tak, aku rasa dunia ini begitu menarik sekali bagi aku. Aku dapat mengenali kau lebih dekat lagi"
"Tapi aku belum mengenali dunia kau macam mana. Yang aku tahu, dunia kau penuh dengan musuh-musuh kau, misi kau, latihan tempur kau dan juga buli adik kau" Kaizo tergelak sedikit
"Itu memang dunia aku tapi mungkin satu hari nanti, aku akan bawa kau mengembara di angkasa lepas"
"Mesti seronok dapat pergi ke planet lain"
"Memang seronok" kata Kaizo dengan nada serius dia. Mereka duduk di situ untuk seketika untuk menikmati keindahan semulajadi di dunia itu "Lynna.."
"Hmmm.. yea Kaizo"
"Takde apa" Kaizo terus bangun dari situ. Lynn melihat Kaizo seperi dia ingin mengatakan sesuatu kepada diri dia "Kita pergi ke tempat lain pula" kata Kaizo. Lynna terus bangunkan dirinya. Dia terus mengambil topi dia dan lalu memakainya
"Kaizo, kalau kau ingin katakan sesuatu. Katakanlah, jangan sembunyikan dari aku"
"Aku cakap tadi tiada apa-apa yang ingin aku katakan" nada Kaizo ada sedikit bunyi kemarahan. Lynna terasa sedikit
"Maaf kalau aku memaksa kau" Lynna terus memanjat kudanya dan terus mereka ke tempat lain yang seterusnya. Mereka tidak tegur satu sama lain. Kaizo rasa bersalah pula memarahi Lynna tadi tetapi memang salah dia juga kerana tidak bersikap jujur. Dia memang ingin katakan sesuatu kepada Lynna tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk bercakap dengan Lynna. Semua ini adalah satu perkara yang baru kepada dia. Sebelum ini dia mana pernah merasai perasaan suka kepada seseorang. Lebih-lebih lagi orang yang dia suka adalah orang yang paling dia sayangi. Lalu dia pergi ke sebelah Lynna
"Kau kecik hati dengan aku ke?" tanya Kaizo. Lynna hanya menggelengkan kepalanya "Maaf aku termarah kau tadi. Aku memang sebenarnya ingin mengatakan sesuatu tetapi aku tidak tahu caranya"
"Takpe.. aku faham" kata Lynna dengan nada pelahan dia
"Aku rasa kau patut ikut aku. Aku sebenarnya ada sesuatu yang istimewa untuk kau"
"Sesuatu yang istimewa? dekat mana?" tanya Lynna dengan rasa hairan. Kaizo bukannya tahu semua tempat di sini, fikir Lynna. Jadi ikut sahaja Kaizo sehinggalah mereka berhenti di tempat Lynna selalu tenangkan diri. Tempat hari itu yang Lynna tunjukkan kepada Kaizo. Dia turun dari kudanya dan melihat di dalam gazebo itu. Terdapat sebuah kek buah dan pudding chocolate yang ada di atas meja tersebut dan dua cawan berisikan teh bunga
"Kau bawa aku ke sini kenapa?" tanya Lynna. Kaizo tidak berkata apa dia cuma bawa Lynna ke buai dan lalu dudukkan dia. Kaizo pergi kebelakang dan lalu menghayunkan Lynna. Kaizo hanya tersenyum gembira sambil melihat Lynna dengan wajah keceriaan dia. Lynna tidak lagi rasa kecil hati dengan Kaizo "Kaizo, kenapa kau tidak menjawab pertanyaan aku tadi?" kata Lynna yang masih lagi dihayunkan oleh Kaizo
"Aku bawa kau ke sini sebab aku nak buat sesuatu yang istimewa untuk kau" kata Kaizo dengan suara pelahan dia "Aku memang tak reti nak buatkan sesuatu kejutan untuk sesiapa, termasuklah kau sekali. Kalau ada pun sebelum ini, itu semua rancangan dari kawan adik aku sendiri. Aku hanya ikut sahaja" Kaizo berhentikan menghayun Lynna
"Tak, kau buat begini sudah cukup buat aku gembira. Terima kasih Kaizo" Lalu Lynna menoleh kebelakang dan nampak wajah Kaizo sedang tersenyum serius sambil melihat Lynna. Dia tergelak melihat senyuman itu dan lalu Kaizo turut tergelak bersama. Kaizo sambung balik menghayunkan Lynna
-----------------------------------------
Fang telah pun berada di Unseen World bersama dengan rakan baik dia dan juga, tiga orang yang suka huru harakan keadaan. Mereka tidak kelihatan penat kerana mereka kagum melihat bilik istana itu "Jangan sentuh barang-barang Lynna dekat dalam bilik ni" kata Juria dengan nada tegas dia "Akak kena kembali ke dunia asal. Semoga kamu semua dapat mencari Kaizo dan Lynna" terus Juria masuk balik ke dalam cermin itu
"Wah! Ini ke bilik kak Lynna" Lily terus pergi ke almari baju Lynna dan lalu membukanya "LAWANYA BAJU SEMUA NI!" Menjerit Lily sekuat hati
"WOI! Jangan sentuh barang kak Lynna boleh tak?" marah Fang tetapi mereka tidak dengar kemarahan Fang. Bella terus terjun ke atas katil Lynna dan dia rasa sangat selesa baring di atas katil itu
"This bed is so freaking awesome!" Bella pula menjerit kegembiraan. Dia langsung tak nak bangun dari situ
Faye pula pergi ke balkoni bilik itu "Besar betul balkoni ni" kata Faye "Dunia ni memamg sungguh cantik dan indah sekali" Lalu dia bayangkan diri dia di jemput oleh seorang putera untuk pergi ke majlis tari-menari. Dia menari-nari di balkoni itu sambil berangan putera kacak dia sedang menari bersama dia. Lily pula mencuba beberapa helaian pakaian Lynna dan juga beberapa tiara yang ada di situ. Dia mula berangan dia adalah seorang puteri "I'M A PRINCESS!" Lily berpusing-pusing dengan sebuah tiara yang ada di atas kepala dia. Manakala Bella pula, dia berguling-guling di atas katil sambil memeluk bantal seperti katil itu kepunyaan dia. Boboiboy menepuk dahinya
"Aduh, memamg huru hara" kata Boboiboy. Fang menahan kemarahan dia dan terus keluar dari bilik tersebut "Fang! Tunggu!" Boboiboy mengejar Fang
"Dia orang tu, memang nak kena dengan aku" kata Fang dengan suara marah dia "Kalau abang aku tahu, mesti dia orang akan dikenakan hukuman"
"Sabar ajelah Fang. Dia orang memang macam tu"
"Selamatlah kau ada dekat sini" Fang teruskan berjalan. Dia tidak tahu ke mana dia ingin pergi mencari abang dia dan kak Lynna "Aku sendiri boleh pening dengan perangai dia orang. Entah macam mana si Bella tu boleh join geng dua orang tu"
"Hehehehe... aku pun rasa pelik tapi kalau dia orang sudah ditakdirkan menjadi kawan, kita tak kan nak jadi penghalangnya" Mereka terus ke sebuah koridor yang agak luas dan lalu di depan sebuah pintu kayu yang bercorakkan floral. Fang membuka pintu bilik itu dan melihat bilik itu dari muka pintu sahaja "Besar juga bilik tidur ni" kata Fang sambil melihat bilik tidur yang luas itu
"SIAPA KAMU BERDUA?" terkejut Fang dan Boboiboy. Fang cepat-cepat menutup pintu bilik itu "Kamu berdua dari mana? cepat jawab!" Kiddi, penjaga istana, berjalan ke arah mereka dengan muka marah dia. Boboiboy dan Fang tidak lari dari situ kerana mereka ingin bertanya kepada orang itu
"Maaf.. kami ke sini sebenarnya nak cari abang saya dan juga kak Lynna" kata Fang. Kiddi berhenti di depan Fang dan memerhatikan dia. Terus dia tersenyum melihat Fang
"Abang kamu si Kaizo tu?" Fang dan Boboiboy angguk bersama "Dia dan Lynna sudah lama sampai di sini. Saya tahu mereka berada di mana sekarang. Mari ikut aku" Kiddi bawa mereka berdua ke suatu tempat. Mereka turun ke bawah dan ikut tangga rahsia dan keluar di tepi bangunan istana itu. Fang terkejut melihat abang dia sedang tergelak mesra dengan Lynna di dalam gazebo. Dia tidak pernah nampak abang dia gelak seperti itu. Lynna cuba suapkan pudding chocolate kepada Kaizo tetapi Kaizo terus buat muka serius. Dia usik sedikit pipi Kaizo untuk cuba membuat Kaizo senyum sedikit tetapi gagal. Boboiboy rasa bahagia melihat mereka berkelakuan begitu, seperti mereka berada di dalam dunia mereka sendiri. Fang pula ingin pergi ke arah mereka tetapi Boboiboy pegang tangan Fang
"Aku rasa, kita tidak patut menganggu mereka berdua" kata Boboiboy tetapi apa Fang kisah. Dia dari semalam lagi sudah tunggu abang dia balik, tapi rupanya abang dia sudah lama sampai di istana Lynna dan tak reti-reti nak balik ke rumah. Fang mula berapi-api dengan abangnya. Dia lepaskan pegangan Boboiboy tadi dan terus dia berjalan ke arah abang dia dan kak Lynna dengan perasaan marah dia
"ABANGGGGGGGGGG!" Kaizo dan Lynna terkejut. Mereka menoleh kebelakang dan terkejut melihat muka Fang yang sedang marah itu "Kenapa abang tak balik ke rumah? Kalau abang nak duduk dekat sini, abang beritahulah adik!" Lalu Kaizo bangun dari kerusi panjang itu
"Fang, maafkan kita orang sebab tak beritahu Fang" kata Lynna tetapi Fang tidak dengar kerana dia asyik melihat abang dia dengan perasaan marah
"PANGG! BOLEH TAK KAU JANGAN GANGGU KITA ORANG! KALAU KITA BALIK KE SANA PUN, KAU MESTI NAK GANGGU! SIBUK DENGAN URUSAN KITA ORANG! DATANG KE SINI PUN, SAMA SAHAJA!"
"ADIK TAK GANGGU PUN TAPI KALAU ABANG TAK NAK BALIK PUN, BERITAHULAH ADIK LAIN KALI!"
"BUAT APA ABANG NAK BERITAHU KAU! NANTI KAU AKAN DATANG KE SINI JUGAKAN!"
"MANA ADA! Tapi sebenarnya memang betul cuma Fang tidak mahu mengaku
"AKU AKAN HUKUM KAU NANTI! LATIHAN TEMPUR 24 JAM!"
"TAK HABIS-HABIS NAK HUKUM ADIK!"
"Sudahlah tu! Janganlah nak bergaduh dekat sini" Lynna pun rasa marah dengan mereka berdua "Lynna pergi dulu. Kamu berdua sambunglah bergaduh" Lynna terus mengambil kuda dia dan terus menunggang pergi ke tempat lain. Kaizo tergaman melihat Lynna meninggalkan mereka berdua
"Ini kau punya pasal!" marah Kaizo. Dia pergi menunggang kudanya untuk mengejar Lynna. Fang tidak berkata apa
"Kau ni! Kan aku sudah cakap tadi. Jangan ganggu mereka!" Boboiboy pula rasa marah dengan gangguan Fang tadi "Sekarang kak Lynna merajuk. Aku masuk dulu daripada aku bergaduh dengan kau" Fang tidak berkata apa. Dia hanya berdiri di situ sahaja melihat abang dia sudah pergi jauh untuk mengejar Lynna
-------------------------------------------------
"Kau kenapa Boboiboy?" tanya Faye. Mereka kini berada di meja makan istana. Faye, Bella dan Lily telah dilayan begitu baik dengan dayang-dayang istana itu. Mereka telah diberikan makanan untuk menjamu selera tetapi mereka memang dalam kelaparan pun. Boboiboy tarik keluar kerusi dan lalu duduk. Muka dia seperti muka seseorang sedang marah dan ada juga seperti seseorang sedang kesedihan
"Si Fang tu lah" kata Boboiboy dengan nada malas dia
"Sibuk dalam hubungan dia orang?" Boboiboy angguk sahaja dengan pertanyaan Faye tadi
"Lepas tu dia orang bergaduh dan kak Lynna lari?" Boboiboy angguk lagi sekali dengan pertanyaan Bella pula
"Lepas tu kapten itik mengejar puteri angsa putih?" Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy yang sedang menggangguk lagi "Hehehehe! Tekaan yang tepat!" kata Lily dengan nada ceria dia
"Yang kau ceria semacam, kenapa?" tanya Boboiboy
"Hehehehehe..." mereka bertiga gelak nakal sambil melihat Boboiboy. Faye, Bella dan Lily datang dekat dengan Boboiboy dan lalu katakan sesuatu
"Sebenarnya, kita orang ada buat satu rancangan" kata Lily. Boboiboy menepuk dahinya "Kita orang ingin mengadakan majlis tari menari di istana ini! Bolehlah si itik menari bersama dengan puteri angsa putih! Best! Macam Fairytale came to life!"
"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya lagi "Korang ni memang suka huru harakan hubungan dia orang yea"
"Tapi ini bukan huru hara pun, ini cuma nak bagi tolong sahaja" kata Faye sambil urut kepala Boboiboy supaya dia tenang "Kau jangan bimbang sangat. Kami akan uruskan semuanya nanti"
"Ha ah, lagipun Bella sudah buat research dekat sini dalam masa yang singkat" Lily suap Boboiboy makan buah anggur "Jadi kau tenang dan relax sahaja di sini dan bagi kami untuk buat kerja kami"
"Yup! Don't worry, we won't mess it up" kata Bella sambil urut tangan Boboiboy "Seperti Faye katakan tadi, kami cuma ingin membantu si Kaizo yang sememangnya tak reti nak ber romantic macam prince charming dekat puteri kak Lynna. Jadi kita orang buat semua ini khas untuk mereka berdua. Aku tak dapat nak bayangkan mereka menari dekat dewan besar dengan alunan muzik yang begitu sedap di dengar" Bella mula berangan
"Aku dapat bayangkan tapi kenapa aku bayangkan seekor itik dan seekor angsa putih menari" kata Lily dengan imaginasi dia yang pelik. Lepas itu dia berimaginasi seekor landak sedang mengamuk tak tentu pasal. Dia suapkan Boboiboy makan vanilla pudding pula
"Tapi.. macam mana korang nak adakan majlis tari menari tu? Korangkan kena minta kebenaran dulu" Faye, Bella dan Lily tersenyum sinis kepada diri masing-masing. Rancangan mereka berjaya untuk memujuk Boboiboy supaya setuju dengan rancangan mereka. Ini semua Bella punya rancangan, dia yang suruh mereka berdua memberikan layanan yang baik kepada Boboiboy sebab itu mereka urut kepala dan tangan dia dan juga suap dia makan, supaya dia setuju sahaja tanpa fikirkan apa-apa
"Jangan risau, aku kan sudah buat research. Aku tahu tentang penjaga istana ini" kata Bella yang masih lagi urut tangan Boboiboy "Kita minta kebenaran dari dia"
"Hmmm.. itu pun kalau korang berjaya" Bella tak rasa rancangan mereka tidak akan gagal, dia yakin rancangan dia akan berjaya juga kerana dia adalah Bella! Yang tidak pernah gagal dengan apa-apa jenis rancangan nakal dia
--------------------------------------------
Kaizo turun dari kudanya. Dia melihat balik tempat yang dia dan Lynna di lindungi Fairy semasa mereka berhenti berehat. Dia tahu Lynna ada di situ kerana kuda perang dia ada di situ "Lynna?" Kaizo masuk ke dalam perkampungan Fairy itu dan bunga-bunga di situ terus membuka kelopaknya. Fairy-fairy tersebut keluar dari bunga itu dan lalu terbang di sekeliling Kaizo
"Sang putera sedang mencari sang puteri?"
"Yea, di mana dia?" tanya Kaizo
"Maaf tapi sang putera tidak boleh menganggu sang puteri sekarang ini" kata salah seorang fairy itu
"Takpe, dia tidak menganggu aku" Dua helaian daun besar yang seperti langsir terbuka. Kaizo nampak Lynna sedang duduk sambil dihiasi diri dengan bunga-bunga oleh fairy-fairy tersebut. Di tepi Lynna ada beberapa banyak perhiasan yang lain seperti subang bunga, gelang bunga, tiara bunga dan juga sebuah cincin yang mempunyai berlian berbentuk bunga. Ada beberapa Fairy sedang menyarungkan rantai bunga di leher Lynna. Kaizo pergi ke arah Lynna dan duduk di hadapan dia
"Maaf sebab tadi" kata Kaizo
"Aku faham tapi kau tak patut marahi adik kau begitu. Kau patut bercakap lembut kepada dia"
"Jadi, kau marah ke?" Lynna hanya gelengkan kepala. Dia mengambil sekarung bunga dan lalu menyarungkan di leher Kaizo "Kalau kau tak marah, kau merajuk dengan aku?"
"Takdelah, aku tak marah ataupun merajuk" kata Lynna "Aku cuma kecewa sedikit dengan sikap kau yang suka marah-marahkan adik kau tapi aku tidak mahu kau berubah sikap kerana aku sebab itu adalah diri kau. Diri kau yang aku kenali" Lynna masukkan rambut Kaizo di belakang telinga "Aku terpikat dengan kau sebab sikap kau yang sangat menyayangi adik kau. Kau selalu cerita dekat aku kalau dia ada masalah tapi bukan itu sahaja, semuanya apa yang dia buat, kau akan cerita juga. Kau sebenarnya seorang abang yang baik walaupun kau seorang yang garang, tegas dan boleh dikatakan ganas tapi aku cukup tertarik dengan sikap kau. Kau juga bukan jenis yang tidak banyak cakap tapi aku tidak kisah kalau kau bukan jenis seorang yang romantis dan kau juga seorang yang suka melindungi yang orang-orang yang kau sayangi.. your're funny in your own way" Kaizo tersenyum sedikit, dia mengambil gelang bunga yang ada di tepi kaki dia dan lalu memakaikannya di tangan Lynna
"Apa kata kita balik ke dunia kita esok" kata Kaizo
"Esok? kau pasti kau sudah bersedia untuk pulang esok"
"Aku pasti" kata Kaizo dengan suara serius dia "Aku sudah cukup gembira duduk di sini walaupun sekejap sahaja tapi perjalanan kita sebenarnya di dunia asal kita bukan di sini. Pengembaraan baru kita akan bermula di sana" Mereka tidak berkata apa lagi, hanya senyuman sahaja yang terukir di wajah mereka. Kaizo pegang tangan Lynna dan mengajak dia pulang ke istana. Setelah sampai sahaja di istana, kedua-dua mereka turun dari kuda dan nampak Fang sedang duduk di tangga dengan muka dia yang begitu serius tapi pada masa yang sama, ada sedikit kesedihan di matanya. Lynna dan Kaizo naik ke atas tangga untuk menegur Fang
"Fang? kenapa Fang duduk dekat sini sorang-sorang" Lynna duduk di sebelah Fang. Kaizo hanya bersandar sahaja di tepi pemegang tangga sambil bersilang tangga
"Kak Lynna" terus Fang peluk Lynna "Kak Lynna, Fang nak minta maaf sebab ganggu kak Lynna dan abang tadi. Fang sebenarnya marah dengan abang tapi Fang tak sengaja ganggu kak Lynna tadi. Maafkan Fang"
"Takpe, akak marah cuma salah kami sahaja kerana tidak beritahu Fang yang kami berdua selamat" Fang lepaskan pelukan dia dan terus dia tersenyum "Tapi apa Fang buat dekat sini sorang-sorang?"
"Tunggu abang dan kak Lynna balik lah" Lynna hulurkan tangan dia kepada Fang
"Jom kita masuk ke dalam istana" kata Lynna. Fang pegang tangan Lynna dan lalu mereka berdua bangun dari tangga itu. Kaizo ikut mereka naik ke atas "Fang nak bermalam di sini ke hari ini?"
"Nak! tapi... kenapa ada hiasan lawa-lawa dekat situ?" Lynna rasa pelik dengan pertanyaan Fang. Dia memandang ke depan dan nampak sebuah langsir berwarna putih dan biru yang labuh telah dipasangkan di tiang-tiang istana. Ada beberapa dayang-dayang sedang meletakkan bunga-bunga segar di sekitar istana. Semuanya sedang berkemas untuk membuat persediaan sesuatu "Kak Lynna ada buat majlis apa-apa ke?"
"Tak" kata Lynna "Ini bukan kejutan istimewa kau ke, Kaizo?"
"Bukan" kata Kaizo dengan nada serius dia "Aku sendiri tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan" Mereka terus masuk ke dalam istana. Lalu mereka nampak Kiddi sedang melihat-lihat perhiasan di situ
"Kiddi! Apa yang berlaku ni?" tanya Lynna
"Oh, kau ada majlis tari menari nanti. Jemputan khas untuk Lynna dan Kaizo di dewan istana. Kamu pun boleh datang juga, Fang" kata Kiddi kepada mereka bertiga "Aku rasa korang bertiga patut pergi bersiap-siap" Kiddi memanggil seorang dayang untuk pergi siapkan Lynna dan dia menyuruh Kaizo dan Fang pergi bersiap-siap juga. Fang ikut abang dia masuk ke dalam bilik yang luas. Semua perabot di dalam bilik itu, tersusun rapi. Fang nampak jaket biru abangnya tergantung di pintu almari. Dia melihat bilik itu dan terus berlari dan terjun ke atas katil abang dia
"Seronoklah abang dapat tidur dekat istana ni" kata Fang sambil berguling-guling "Abang kalau nak duduk selama-lamanya dekat sini, adik izinkan"
"Bila masa abang nak duduk dekat sini selama-lamanya. Esok abang dan kak Lynna akan pulang ke dunia asal kita" Kaizo membuka karung bunga di leher dia dan terus membuka bajunya "Kau ingat kau boleh hidup bebas daripada aku!" suara garang Kaizo mulai keluar
"Hehehe.. mana adalah! Adik lebih suka kalau abang tinggal bersama adik"
"Hmmm... yelah adik. Abang tahu adik akan rindukan abang kalau abang tinggalkan kau tapi.." Kaizo terdiam sebentar "abang tak pergi majlis tari menari itu nanti"
"Kenapa abang? Nanti kak Lynna tunggu abang" kata Fang. Lalu dia bangun dan duduk di atas katil "Abang janganlah kecewakan kak Lynna. Abang kalau sayangkan dia, abang akan tunjukkan sesuatu yang mengejutkan atau yang paling istimewa untuk kak Lynna tapi abang bukan jenis begitukan. Takpelah, nanti adik sampaikan dekat kak Lynna. Mungkin dia akan faham kenapa abang tidak mahu hadirkan diri" Kaizo hanya senyap sahaja. Dia terus mengambil tuala dia untuk pergi bersihkan diri dia. Fang terus baringkan diri dia balik sambil fikirkan sesuatu, tapi apa yang dia perlu lakukan?
Fang bangun dan keluar dari bilik abang dia. Dia pergi ke bilik Lynna untuk memberitahu berita buruk kepada Lynna. Dia sendiri tidak ada rancangan untuk memujuk abang dia. Dia tahu abang dia itu hati keras tapi kalau sudah masuk bab-bab cinta ni, dia sendiri tidak tahu macam mana nak buat sebab dia mana pernah bercinta. Dia hanya budak kecil sahaja. Fang sampai di hadapan pintu bilik Lynna dan terus mengetuk pintu tersebut
"Masuk!" Fang terdengar suara Lynna di dalam bilik itu dan lalu dia membuka pintu bilik itu. Fang nampak Lynna kelihatan begitu cantik seperti, seolah-olah puteri yang baru keluar dari buku fairytale tapi Lynna memang seorang puteri pun. Baju Lynna berwarna biru lembut, lace di bajunya bercorak floral dan gaun yang bergemerlapan. Lynna masih lagi memakai gelang bunga yang dipakai oleh Kaizo tadi. Faye, Bella dan Lily ada di situ untuk siap-siapkan Lynna. Mereka sedang mengikat rambut Lynna dengan begitu cantik dan sebuah tiara sudah tersedia di atas meja cermin
"Wah! Landak pun nak jadi princess juga ke? Lily ada baju yang sesuai untuk Fang!" kata Lily dengan nada sindiran dia. Fang merenung tajam ke arah Lily tetapi Lily tengah bayangkan bagaimana rupa Fang menjadi tuan puteri. Dia tergelak sorang-sorang di situ
"Wei, apasal kau datang ke sini?" tanya Bella "dan kenapa kau tak siap lagi?"
"Suka hati akulah nak datang ke sini. Sibuk aje kau ni" kata Fang dengan nada marah dia
"Fang datang ke sini kenapa? Fang ada masalah ke?" tanya Lynna. Fang datang dekat ke arah Lynna "Ada sesuatu yang berlaku ke?" Dia nampak muka kesedihan Fang "Fang?" Fang sendiri tidak sampai hati nak beritahu Lynna macam mana sebab Lynna sudah kelihatan cantik, tak kan dia nak musnahkannya dengan berita buruk
"Fang datang ke sini sebab nak tanya, mana bilik Boboiboy" Tetapi Lynna tahu ada benda lain yang dia ingin katakan tapi dia hanya senyap sahaja dan tidak memaksa Fang
"OH! Aku tahu mana bilik dia" kata Lily "Bilik putera kacak ku bersebelahan dengan bilik abang kau tapi.. tak kan kau tak tahu. Kata kawan baik, pelik aku" Lily meletakkan tiara di atas kepala Lynna dan lalu membetulkannya
"Kak Lynna nampak cantik" Fang tersenyum sedikit
"Terima kasih, Fang"
"Fang keluar dulu.. jumpa lagi" Fang terus ke pintu bilik dan menoleh kebelakang sedikit "Maaf kak Lynna kalau abang tak dapat nak hadirkan diri" bisik Fang. Dia membuka pintu bilik tersebut dan terkejut melihat abang dia berdiri di luar bilik "Abang buat apa dekat sini?"
"Kau ikut aku"
-------------------------------------
Lynna muncul di dewan istana bersama dengan Faye, Bella dan Lily. Mereka bertiga melihat dewan istana penuh dengan orang ramai memakai pakaian cantik, orang lelaki memakai pakaian seperti seorang putera. Alunan muzik di dalam dewan istana itu membuat sebahagian tetamu menari dengan pasangan mereka masing-masing. Bella mencari-cari lelaki kacak di dalam dewan istana itu. Faye pula asyik memandang ke arah meja makan. Perut dia sudah berbunyi dan dia terus ke meja makan tanpa berkata apa kepada kawan dia yang lain. Lily pula mencari-cari Boboiboy di dalam dewan itu. Lynna pergi berbual-bual dengan tetamu yang hadir tapi pada masa yang sama, dia menunggu kemunculan Kaizo
"BOBOIBOYYYY!" Lily nampak Boboiboy di sebalik tetamu perempuan yang ada di situ. Orang yang lalu lalang di situ melihat gelagat Lily yang pelik-pelik "Boboiboy!" panggil Lily lagi sambil melambai-lambai ke arah Boboiboy. Boboiboy seperti mahu lari daripada Lily tetapi dia tidak boleh lari dari situ kerana terlampau ramai sangat tetamu yang ada "Boboiboy! Jom menari dengan Lily" Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy dengan senyuman lebar dia
"Errr..." Boboiboy tak tahu nak cakap apa. Lalu Bella muncul di belakang Boboiboy dan berikan dia amaran
"Baik kau menari dengan kawan aku. Kalau tidak, aku akan buli si Pang tu dekat sekolah. Mana kau nak, kawan kau kena buli atau menari dengan kawan baik aku?" Boboiboy terpaksa mengalah
"Yelah, aku menari lah dengan Lily" Mata Lily terus bersinar-sinar
"Bagus! Lepas ni aku tidak akan menganggu si Pang tu lagi" terus Bella beredar dari situ. Boboiboy membawa Lily ke tempat tari menari dan lalu mereka menari di situ. Lily rasa sungguh bahagia. Kalau Ratu Lily tahu tentang ini, dia akan rasa cemburu. Lily tergelak seorang diri dan Boboiboy rasa pelik dengan perangai dia
"Kau gelak sorang-sorang kenapa?" tanya Boboiboy
"Aku tengah bayangkan muka Ratu Lily tengah cemburu. Mesti macam pontianak belum mandi lagi dengan kuku dia yang tak reti nak potong"
"Korang berdua bila nak habis berebutkan aku?"
"BILA KAU MENJADI KEKASIH HATI KU!" Menjerit Lily di dalam dewan itu. Tetamu yang ada dekat situ, semuanya berhenti dan melihat Lily "Hehehe.. maaf semua" Lily tersengih dan lalu sambung menari bersama Boboiboy
"Sudahlah Lily, aku anggap kau sebagai kawan sahaja"
"Takpe, aku tak kisah tapi rasa seronok pula bergaduh dengan ratu pontianak tu. Rasa ianya sudah menjadi sebahagian kehidupan aku" Boboiboy tersenyum sahaja mendengar cerita dari Lily "Tapi kau memang hebat Boboiboy sebab kau dapat ubahkan ratu yang kejam itu menjadi ratu yang baik tapi tak sangka pula, musuh ketat aku adalah hantu pontianak. Macam manalah aku tak rasa seram dengan dia. Mungkin aku nampak dia bukan hantu tapi manusia seperti kita. Walaupun dia musuh ketat aku, aku tetap kagum dengan dia sebab dia tidak henti-henti meminta kemaafan daripada Fang"
"Wah! mesranya kamu berdua" muncul Lynna dengan air juice apple dia
"Kak Lynna nampak cantik malam ni" kata Boboiboy "Tapi abang Kaizo tak muncul lagi ke?" Lynna hanya gelengkan kepala
"Takpelah kalau dia tak nak hadirkan diri dia. Akak faham, majlis begini bukan sesuatu untuk diri dia" Boboiboy dan Lily dapat dengar nada kekecewaan Lynna. Mereka cuba untuk ceriakan hati Lynna pada malam itu. Mereka bergelak ketawa dengan dia, Bella siap membawa putera kacak untuk menari bersama Lynna dan Faye pula ceriakan Lynna dengan makanan yang sedap-sedap. Lynna rasa terharu melihat mereka berempat cuba sedaya upaya mereka untuk ceriakan hati dia. Dia tersenyum sedikit dan terus duduk di balkoni dewan istana untuk melihat bintang-bintang di langit. Dia hanya duduk di situ sepanjang majlis itu sehinggalah majlis itu tamat. Boboiboy, Faye, Bella dan Lily melihat Lynna duduk keseorangan dengan perasaan sedih dia. Lynna tidak menangis, dia hanya duduk diam sahaja. Dia faham kenapa Kaizo tidak datang dan dia bukanlah terlampau harap sangat
"Rancangan aku tidak berjaya" kata Bella secara tiba-tiba "I HATE YOU KAPTEN KAIZO!" Dia menangis di bahu Faye
"Sudahlah tu Bella" Lily cuba memujuk Bella. Dia peluk kawan dia yang sedang menangis itu "Lepas ni, kalau kau nak aku cari pasal dekat si itik tu, aku akan tunaikan permintaan kau"
"Aduh, begitu pula" Boboiboy sabar sahaja dengan Lily "Tapi nanti kau juga yang kena hukuman latihan tempur"
"Takpelah, aku cakaplah Bella yang suruh aku buat" Bella memberikan jelingan maut kepada Lily "Hehehehe.. tapi betul lah kan, kau yang suruh. Aku buat, lepas tu kita kena hukuman latihan tempur sama-sama!" Boboiboy menepuk dahinya "Eh, Faye nak pergi pujuk kak Lynna ke?" Lily memandang ke arah Faye
"Kak Lynna, mari ikut Faye" Faye tarik tangan Lynna dan bawa dia ke bilik tidur Lynna. Boboiboy, Bella dan Lily turut ikut mereka berdua dan lalu melihat Faye berhenti di depan cermin bersama Lynna
"Kenapa Faye bawa akak ke sini?" Faye hanya tersenyum sahaja. Lalu Fang keluar dari cermin itu dan tarik Lynna masuk ke dalam dunia asal mereka. Boboiboy, Bella dan Lily rasa pelik
"Jom korang, kita balik" kata Faye
--------------------------------------------
Lynna menggunakan kuasa dia untuk menghantar mereka semua pulang ke Pulau Rintis "Kak Lynna kena ikut Faye ke rumah Fang dan Kaizo"
"Kenapa? Akak kena kembali balik ke dunia sana. Nanti Kaizo cari akak pulak"
"Tak perlu" kata Fang "Sebab ada sesuatu sedang menunggu akak dekat rumah adik" Lynna tidak bertanya apa. Mereka semua berjalan ke lorong jalan rumah Fang dan Kaizo. Mereka nampak Yaya dan Ying sedang menunggu mereka di depan rumah Fang. Mereka sedang memegang bunga mawar berwarna putih
"Kamu berdua buat apa dekat sini?" tanya Lynna. Dia rasa semakin pelik dengan kelakuan Faye, Fang, Yaya dan Ying "Ada sesuatu yang terjadi ke?"
"Bukanlah kak Lynna" Yaya berikan bunga mawar putih itu kepada Lynna, Ying pun sama. Lynna mengambil dua kuntum bunga mawar itu. Lalu Yaya membuka pintu pagar rumah Fang "Akak masuklah ke dalam" Lynna masuk ke dalam halaman rumah dan nampak Rizu sedang pegang sekuntum bunga mawar berwarna merah
"Rizu?"
"Kakak Lynna! Hari ini Pizu akan menjadi putera Pizu! Khas untuk kak Lynna!" Rizu terus berikan sekuntum bunga mawar itu kepada Lynna "Kak Lynna terimalah bunga ini"
"Terima kasih Rizu" Lynna cium kedua belah pipi Rizu "Terharu akak tapi kamu semua buat begini untuk ceriakan hati akak ke?"
"Bukan itu sahaja kak Lynna!" Fang pegang tangan Lynna dan Rizu pegang tangan Lynna lagi sebelah. Terus mereka berdua di bawa masuk ke dalam kapal angkasa Kaizo. Sampai sahaja di kapal angkasa, Gopal sudah menunggu mereka
"Gopal?" Lynna rasa semakin pelik "Gopal buat apa dekat sini?"
"Saya ada dekat sini sebab nak berikan kak Lynna sekuntum mawar" Gopal terus keluarkan tangan dia dari belakang dan berikan sekuntum mawar berwarna ungu "Kak Lynna terimalah bunga ini dengan seikhlas hati" Lynna mengambil bunga itu dan dia tersenyum sedikit
"Terima kasih Gopal" kata Lynna. Lalu dia ditarik oleh Rizu dan Fang untuk pergi ke tempat latihan tempur. Gopal tidak ikut, dia hanya ucapkan semoga berjaya sahaja dan terus dia mesej kawan-kawan dia di bumi untuk naik ke kapal angkasa. Rizu dan Fang membawa Lynna ke tengah-tengah latihan tempur. Tempat itu kosong sahaja kecuali ada satu sebuah meja kecil dan sebuah balang kaca. Lynna masukkan bunga-bunga yang dia dapat tadi ke dalam balang itu
"Korang bawa akak ke sini kenapa?"
"Sebab aku yang suruh mereka bawa kau ke sini" Lynna pusing kebelakang dan nampak Kaizo dengan sekuntum bunga mawar berwarna biru "Maaf sebab aku tidak hadirkan diri di majlis tari menari tadi" Kaizo berikan bunga mawar terakhir kepada Lynna
Fang dan Rizu sudah pun larikan diri dan terus memerhatikan mereka di tingkap bersama kawan mereka yang lain
"Takpe, aku tahu kau bukannya suka sangat pun dengan majlis begitu" Lynna rasa terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh Kaizo. Bunga mawar itu di masukkan ke dalam balang kaca tadi bersama dengan bunga mawar yang lain "Jadi, kau buat semua ini untuk meminta maaf kepada aku?"
"Boleh dikatakan begitu tapi aku buat ini sebab kau kawan baik aku dan juga orang paling aku sayangi selain daripada adik aku tak betul tu" Lynna tergelak sedikit. Kaizo mengambil tangan Lynna dan lalu cium tangan itu "Sudikah kau menari dengan aku, tuan puteri"
"Hmm.. bagi aku fikir dulu" Lynna tersenyum nakal kepada Kaizo "Wahai sang putera ku yang garang, aku sudi menari dengan kamu" Lynna letakkan kedua belah tanganya di bahu Kaizo dan terus sebuah melody Potter waltz di mainkan. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Bella, Faye, Lily dan juga Lahap melihat mereka berdua menari di tempat latihan tempur dengan bintang berkelip-kelipan di angkasa. Suasana sungguh romantik sekali, Lahap telah pun malapkan sedikit cahaya lampu di tempat latihan tempur
"Macam fairytale, prince of the galaxy and princess of fantasy land" kata Bella yang rasa sangat terharu. Dia menangis sedikit
"So sweetttt!" kata Lily. Dia berpura-pura menangis di situ "Tak sangka pula si itik garang dapat buat sesuatu yang romantik walaupun tidak seromantik mana tapi agaknya, hobi dia menghukum orang masih ada lagi ke?"
"Kau ingat kapten aku akan berhenti menghukum orang sebab dia sudah bersama dengan Lynna. Dia akan tetap menghukum orang dengan keganasan dia!" Lily tersengih kepada Lahap. Mereka tergelak melihat perangai pelik Lily
"Nampaknya, perjalanan baru untuk abang aku dan kak Lynna" Fang asyik melihat mereka berdua menari di tempat latihan tempur dengan hati yang senang. Dia tersenyum melihat mereka berdua
Hmmm... to be continued? xD
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top