Misi
"Lepaskan aku!" Lynna cuba untuk memecahkan dinding kaca penjara tetapi kuasa dia tiba-tiba sahaja hilang "APA KAU SUDAH BUAT DENGAN KUASA AKU!" Lelaki bertopeng sebelah, dengan matanya kemerahan, ada parut sedikit di pipi kanannya dan senyuman sinisnya diberikan kepada Lynna "Apa kau nak dengan aku?" Lynna cuba lagi untuk memecah dinding kaca itu tetapi tidak berjaya
"Penjara ini bukanlah penjara biasa. Penjara ini dapat menghalang kau menggunakan kuasa. Aku sudah cipta lama penjara ini kerana penjara ini khas untuk kau" Lynna terkejut
"Penjara khas untuk aku?"
"Betul tu" Lelaki itu tersenyum sinis lagi dan lalu dia ketawa sedikit "Aku sebenarnya sudah lama perhatikan si Kapten Kaizo. Aku juga menghantar perisik-perisik aku ke bumi untuk mendapatkan maklumat tentang Kapten Kaizo dan juga semua yang dia rapat, termasuklah kawan-kawan adik dia sekali. Aku tahu kau dan kawan-kawan kau mempunyai kuasa yang sangat luar biasa tapi aku tertarik dengan kau sahaja"
"Aku? Apa istimewa sangat dengan aku?" tanya Lynna
"Istimewannya ialah persahabatan kau dengan Kapten Kaizo tetapi sekarang sudah berubah perhubungan kamu berdua. Kau adalah teman istimewa dia tetapi bukan itu sahaja, aku mahu kuasa kau" Lelaki itu keluar satu crystal putih dari poket bajunya dan tunjuk kepada Lynna. Dia tersenyum sinis lagi. Lynna berundur kebelakang, muka dia menjadi pucat "Dengan crystal ini, aku dapat keluarkan semua kuasa kau dan masukkan ke dalam crystal ini dan aku pasti, kapten aku akan gembira menerima hadiah istimewa daripada aku"
"Aku tak kan benarkan kau mengambil kuasa aku! AKU TAK KAN BENARKAN KAU MENGGUNAKAN KUASA AKU UNTUK KEJAHATAN!"
"Jangan risau tuan puteri. Kuasa kau hanya digunakan untuk kebaikkan kapten aku sahaja dan kau juga salah satu hadiah kepada kapten aku" Lelaki itu pergi ke sebuah mesin dan lalu menekan satu butang. Asap-asap gas keluar dari penjara Lynna "Oh yeah, aku lupa pula. Kalau kau berjaya keluar dari penjara itu. Kau tak mungkin dapat menggunakan kuasa kau juga.. hehehe..." Lynna batuk-batuk dan cuba untuk menahan nafasnya "Jangan risau, itu hanyalah gas tidur sahaja. Aku harap kau dapat tidur dengan lena, tuan puteri" Dia berikan tunduk hormat kepada Lynna yang sudah mulai pening. Lelaki itu terus beredar dari bilik penjara itu. Lynna mengetuk-getuk penjara itu tetapi semakin lama semakin dia rasa mengantuk. Dia terduduk dan lalu dia jatuh terbaring kerana asap gas tidur itu. Mata Lynna sudah terlelap dan tertidur di dalam penjara kaca itu
Lelaki tadi kembali balik dan pergi melihat Lynna yang sudah pun tertidur di dalam penjara kaca. Dia menekan satu lagi butang untuk mengeluarkan gas-gas tidur tadi. Apabila gas itu sudah dikeluarkan, lelaki itu membuka pintu penjara itu dan menyentuh tangan Lynna "Kau memang seorang yang luar biasa. Bukan kekasih kau sahaja yang tertarik dengan diri kau tetapi kapten aku juga. Maafkan aku kerana terpaksa mengambil kau dari Kapten Kaizo" Lelaki itu bangun dan lalu menutup balik pintu penjara itu. Dia keluar dari bilik penjara. Dia tinggalkan Lynna yang terlena tidur
-----------------------------------
"Kenapa dengan kamu semua ni?" Tok Aba hairan dengan muka kemurungan cucunya dan kawan-kawan cucunya sekali "Kejutan tadi tak menjadi ke?" Mereka semua menghela nafas dengan perasaan sedih
"Kejutan tadi memang menjadi tapi..." Boboiboy terdiam sebentar "Ada sesuatu yang buruk terjadi dekat kak Lynna"
"Ha ah atok, dia kena culik dengan musuh Kapten Kaizo" kata Yaya
"KENA CULIK?!" terkejut Tok Aba "Sekarang ni Kaizo tengah pergi selamatkan Lynna lah yea?"
"Ha ah atok tapi mengikut kata Fang, musuh mereka sudah lari jauh. Jadi mereka terpaksa mencari. Tak tahulah berapa lama mereka akan dapat jumpa kak Lynna" kata Boboiboy "Kami semua nak tolong tapi kami tiada kapal angkasa untuk pergi"
"Takpelah Boboiboy, kamu berdoa sahajalah agar Lynna dapat diselamatkan oleh Kaizo. Jangan berhenti berdoa" Tok Aba letakkan satu pinggan yang penuh dengan cekodok chocolate "Makanlah semua. Atuk tak nak tengok kamu duduk kesedihan sahaja. Atuk yakin Kaizo dan Fang dapat selamatkan Lynna"
"Saya pun yakin atuk!" Tiba-tiba sahaja Lily kembali ceria "SAYA YAKIN DENGAN KEYAKINAN SAYA-" Lily panjat bangku kedai Tok Aba dan lalu sambung balik berkata "SI PUTERA ITIK AKAN DAPAT PERGI SELAMATKAN PUTERI ANGSA PUTIH! INI SUDAH MENJADI SEBUAH KISAH PENGGEMBARAAN MENCARI PUTERI ANGSA PUTIH DI ANGKASA!" Lily terus buat posing superhero
"Lily, kamu duduk elok-elok" kata Tok Aba. Lily turun dari bangku itu dengan tersengihnya
"Maaf atuk" kata Lily sambil mengambil cekodok chocolate. Dia rasa malu pula sebab ditegur oleh Tok Aba tadi. Rizu dari tadi muram sahaja, dia duduk di gazebo sorang-sorang sambil pegang hadiah Lynna
"Siapa nak pergi ceriakan Rizu?" tanya Bella
"Biar aku yang buat!" Gopal mengambil pinggan cekodok chocolate itu dan bawa ke gazebo. Bukan dia sahaja yang pergi, Boboiboy, Yaya dan Ying juga turut ikut pergi ke Gazebo. Mereka semua duduk di gazebo untuk ceriakan Rizu sedikit "Nah Rizu! Tok Aba yang buatkan, makan lah!" Rizu gelengkan kepalanya. Mereka boleh nampak Rizu menangis sambil melihat hadiah itu
"Rizu, jangan menangis. Kak Lynna mesti ok punya, dia kan kuat macam abang Kaizo dan Fang" Boboiboy cuba tenangkan Rizu
"Tapi... tapi... Pizu takut kalau orang jahat buat sesuatu yang buruk dekat kakak Lynna. Pizu takut nanti selepas ini kita semua tidak dapat berjumpa dengan kakak Lynna lagi" Rizu mengelap air matanya "Pizu beli hadiah ni khas untuk kakak Lynna. Pizu belikan crystal berbentuk angsa sebab kakak Lily selalu panggil kakak Lynna angsa putih. Pizu takut kakak Lynna tak kan dapat tengok hadiah yang Pizu berikan" Yaya membelai kepala Rizu
"Akak pasti kak Lynna akan dapat melihat hadiah Rizu berikan" kata Yaya
"Yolah, jangan sedih sangat ok.. mungkin tidak lama pencarian mereka. Kapten Kaizo tu hebat dan kuat, mana lah tahu dia dapat mencari kak Lynna dalam masa satu hari sahaja"
"Mungkin juga" Rizu tersenyum sedikit "Terima kakak Yaya, terima kasih kakak Ying sebab cuba ceriakan Pizu"
"Sama-sama!" kata mereka berdua serentak. Boboiboy rasa gembira sedikit melihat Rizu sudah mulai senyum. Gopal pula makan sorang-sorang cekodok chocolate itu
"Abang Boboiboy, abang rasa abang Paizo dan abang Fang sedang buat apa? Mereka mesti tengah berlawan dengan orang jahatkan. Lepas tu kakak Lynna pun pergi berlawan dengan dia orang sekali. Mesti abang Paizo, abang Fang dan kakak Lynna dapat kalahkan orang jahat tu! Dia orang kan hebat-hebat macam abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya dan juga kakak Ying!"
"Mestilah! Abang Kaizo dan Fang sayangkan kak Lynna. Mestilah dia orang akan berlawan berhabis-habisan untuk dapatkan kak Lynna balik"
"Lepas tu, mesti kak Lynna belasah orang jahat tu dengan kuasa api dia. Mesti dasyat berlawanan mereka! Tapi tak seronoklah sebab kita orang tak dapat melihat pertarungan mereka" kata Gopal. Rizu tergelak, hati dia sudah mula ceria. Kerisauaan dan kesedihan dia mulai hilang. Tiba-tiba sahaja gazebo itu bergoyang-goyang. Mereka semua takut gazebo itu akan roboh pula, mereka berlari keluar tetapi bukan sahaja gazebo itu bergoyang-goyang. Debu-debu tanah mulai ditiup angin. Daun-daun melayang ke sana sini. Boboiboy pandang ke langit dan terkejut dengan sebuah kapal angkasa datang ke arah mereka
"BORARA YANG DATANG KE TU?!" Menjerit Gopal sambil menyorok di belakang kawan baik dia "Boboiboy, dia datang nak balas dendam!" Boboiboy sudah bersiap sedia untuk berlawan. Yaya dan Ying melindungi Rizu, Bella, Lily, Tok Aba dan juga Ochobot
"Gopal, kita kena kalahkan dia!" kata Boboiboy. Dia keluarkan keris petir dia
"EH! NANTI- NANTI! Itu kapal angkasa ayah aku!" Faye berlari ke arah mereka "Aku suruh ayah aku datang ke sini!"
"Untuk apa? untuk bawa kau pulang ke?" tanya Boboiboy. Dia hilangkan keris petir dia dan nampak pintu kapal angkasa itu terbuka. Seorang lelaki yang tidak terlampau tua, keluar dari situ dengan muka bengis dia
"Hehehehe..." Faye tidak menjawab pertanyaan Boboiboy kerana dia takut melihat muka ayahnya "DADDYYYY!" Faye berbuat baik kepada ayah dia
"APA DADDY DADDY! KAMU NI! SUKA SANGAT NAK LARI KE SINI! RUMAH DEKAT SANA SUDAH ADA, DEKAT SINI JUGA KAU NAK PERGI! KAU NAK MENYUSAHKAN ABANG SEPUPU KAU KE HAH!" Suara jeritan ayah Faye boleh didengari dalam satu taman itu. Mereka semua menggigil melihat kegarangan ayah Faye, sampai Gopal pun hampir nak pengsan
"Garang betul ayah dia, macam Kapten Kaizo" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Janganlah marah saya daddy. Faye panggil daddy sebab nak minta tolong sahaja" Faye cuba bermanja dengan ayahnya yang masih lagi dengan muka bengis dia
"Minta tolong apa?" tanya ayah Faye
"Sebenarnya..." Faye melihat kawan-kawan dia, selepas itu dia pandang ke arah ayah dia "Sebenarnya kami nak pergi tolong abang Kaizo sebab salah seorang rakan kami kena culik"
"Apasal kamu nak pergi pula, biarkan sahajalah si Kaizo tu uruskan. Kamu tu masih kecik lagi!"
"Tapi.. kawan kami tu kawan abang Kaizo juga dan dia adalah seseorang paling istimewa dalam hidup abang Kaizo!" kata Faye sambil tersenyum lebar
"APA?! KAIZO SUDAH MEMPUNYAI SESEORANG! Kalau macam tu, daddy akan tolong kamu! Mari kita naik ke dalam kapal angkasa" Faye menari-nari sambil naik ke kapal angkasa. Bella dan Lily pun ikut sekali "Ini kena beritahu atuk dan nenek kamu, tentu mereka akan gembira mendengar berita ini! Tak lama lagi, adalah cicit nanti"
Faye rasa nak tergelak tetapi dia menahan gelakan dia "Daddy ni, dia orang baru sahaja berdating. Tak kan nak fikirkan tentang kahwin pula"
"Baru ke lama ke, atuk dan nenek kamu perlu tahu juga! Mereka sudah lama menunggu si Kaizo tu mempunyai pasangan pilihan hidup dia, daripada asyik fikirkan tentang misi dia sahaja! Daddy tahulah misi dia tu penting tapi sampai bila! TAPI KENAPA KAU RAHSIAKAN PERKARA INI DARIPADA KAMI SEMUA!" terus ayah Faye membebel sambil mengajak Bella dan Lily masuk ke dalam kapal angkasa. Boboiboy berhenti berjalan dan pusing kebelakang
"Wei, aku rasa.. kita tak patut pergi beramai-ramai" kata Boboiboy kepada Gopal, Yaya, Ying dan Rizu "Aku takut nanti Adudu mengambil kesempatan semasa ketiadaan kita nanti"
"Kalau macam tu, biar aku dan Ying sahaja yang tinggal"
"Aku nak ikut boleh?" tanya Gopal
"Hmmm.. kau tunggu sahaja di sini dengan dia orang. Kalau ramai-ramai nanti, aku takut terjadi apa-apa" Boboiboy terus pandang ke arah Rizu "Rizu pun tak boleh ikut abang"
"Tapi... Pizu nak tolong abang Paizo dapatkan kakak Lynna"
"Rizu" Yaya melutut di tepi Rizu "Rizu tak boleh ikut kerana misi ini mungkin misi yang sangat bahaya. Lagipun Rizu tiada kuasa dan Rizu masih kecil lagi" Rizu mulai menangis "Rizu jangan menangis ok"
"Kita tunggu sahaja kepulangan mereka nanti. Kami akan tunggu mereka bersama dengan Rizu" kata Ying. Rizu datang dekat kepada Boboiboy dan berikan hadiah Lynna kepada Boboiboy
"Nanti berikan kepada kakak Lynna" kata Rizu "Abang Boboiboy jaga diri elok-elok tau!" Rizu terus pergi ke arah Yaya dan Ying. Mereka turun ke bawah dan Boboiboy pula masuk ke dalam kapal angkasa tersebut "Tapi kakak Yaya... kenapa kakak Lily dan kakak Bella boleh ikut?"
"Dey, dia orang tu mana boleh terpisah. Trio huru hara akan sentiasa bersama"
"Oh! Nanti musuh abang Paizo mesti pening dengan dia orang bertiga. Lepas tu mesti dia kena lepaskan kakak Lynna sebab tak tahan sangat dengan dia orang" Yaya dan Ying tergelak dengan cerita Rizu yang begitu comel. Mereka berempat terpaksa berundur kebelakang kerana kapal angkasa itu sudah mula bergerak untuk menuju ke angkasa lepas. Rizu melambai-lambai ke arah kapal angkasa itu "Semoga berjaya!" Rizu menangis sedikit sambil pegang tangan Yaya
------------------------------------
"Kapten, saya masih belum jumpa lagi kapal angkasa itu" Lahap terkejut dengan bunyi hentakkan tangan dari kaptennya "Maaf kapten, saya akan cuba lagi sekali" Lahap tahu kaptennya sudah hilang sabar. Dia sendiri nampak kaptennya tidak boleh tidur dengan lena kerana asyik fikirkan dimana Lynna dibawa lari. Lahap sudah berusaha keras untuk mendapatkan koordinasi kapal angkasa itu dari semalam lagi tetapi masih lagi gagal "Jangan risau kapten, aku tak kan berputus asa" bisik Lahap. Sudah dua hari mereka mencari Lynna di angkasa lepas
"Abang, abang pergilah tidur. Adik tahu abang tak boleh tidur dengan lena. Abang pergi berehat ok" pujuk Fang kepada abangnya tetapi Kaizo tidak pedulik dengan pujukan adiknya. Dia hanya memerhatikan skrin di depannya dengan muka dia yang serius itu. Tangan kanannya asyik genggamkan rantai berlian bunga itu. Dia tidak mahu lepaskan gelang itu. Fang tidak tahu apa yang dia patut lakukan untuk memujuk abangnya. Dia mengalah dan terus keluar dari bilik kawalan
"Abang.. adik risau tentang kesihatan abang. Adik takut abang akan jatuh sakit nanti kalau abang tidak berehat" kata Fang seorang diri. Dia terus ke bilik dia untuk rehatkan diri dia dan minda dia. Jam kuasa dia berbunyi dan terus dia menekan butang. Lalu keluar hologram Boboiboy "Boboiboy?"
"Fang! Kau dekat mana? kita orang dalam perjalanan ke kapal angkasa kau" Fang terkejut
"Macam mana korang boleh dapat kapal angkasa pula? Korang beli ke?"
"Bukanlah, ini kapal angkasa ayah Faye. Dia yang minta tolong daripada ayah dia" kata Boboiboy "Abang kau macam mana, dia ok ke?" Fang hanya gelengkan kepala
"Dia tak nak berehat, aku bagi makan pun dia tak nak. Dia tidur pun tak lena sangat. Aku takut abang aku akan jatuh sakit sahaja" kata Fang dengan suara sedih dia "Aku risau. Aku risau kalau kita langsung tak jumpa kak Lynna, aku takut nanti abang aku akan berubah pula. Aku takut dia akan patah hati, patah semangat dan keganasan dia akan berluasa" Fang terus duduk di atas katil sambil berborak dengan Boboiboy
"Aku pasti kak Lynna akan dapat dijumpai. Abang kau kan hebat, dia mesti dapat jumpa punya. Oh yea, aku sudah beritahu kawan-kawan kak Lynna dan mereka akan cuba memberikan alasan yang terbaik dekat keluarga kak Lynna tapi aku kasihan dengan kak Lynna dan kawan-kawan dia sebab rahsiakan tentang kuasa mereka semua"
"Samalah dengan aku Boboiboy" kata Fang dengan nada pelahan "Boboiboy, nanti aku hantar koordinasi kita orang dekat kau"
"Baik! eh eh.. eh... FANGGG! KAMI DATANG NAK TOLONG!" Muncul Faye bersama dengan Lily dan Bella
"KORANG BERDUA PUN ADA SEKALI?!"
"Yelah, kita orangkan mana boleh terpisah dan kita orang sebagai trio huru-hara, mesti bertanggungjawab untuk satukan Kaizo dan Lynna semula!" kata Bella dengan penuh semangat "No matter what happen, true love will always find a way!"
"True love konon" bisik Fang
"WUUUU! BESARNYA PLANET TU!" Lily terus hilang dari hologram tersebut sebab terlampau teruja sangat
"Sudahlah, aku tutup hologram ni. Jumpa lagi!" Terus Fang tamatkan panggilan mereka dengan Fang. Dia terus menghantar koordinasi kedudukan mereka sekarang ini. Pintu dia terbuka dan nampak abang dia berdiri di muka pintu "Abang?"
"Pang" Kaizo masuk ke dalam bilik Fang "Pang, abang nak minta maaf kerana abang tidak mendengar nasihat dari kau"
"Takpe abang, adik tahu abang terlampau risaukan kak Lynna" Fang terus peluk abangnya
"Pang, aku nak kau simpan gelang ini dengan elok" Fang lepaskan pelukan abangnya dan mengambil gelang itu daripada abangnya "Bila Lynna sudah di selamatkan, kau bagi balik gelang itu kepada dia"
"Baik abang tapi kenapa bukan abang yang simpankan gelang ini. Inikan pemberian abang kepada dia"
"Sebab abang tidak mahu pemikiran abang bercelaru. Setiap kali abang melihat gelang itu, abang teringat kenangan abang bersama dia. Jadi abang perlu fokuskan diri untuk mencari dia dan menyelamatkan dia" Kaizo keluar dari bilik adiknya "Abang pergi berehat, kau pergi lah tolong Lahap semampu mana yang kau boleh"
"Abang, nanti adik buatkan makanan untuk abang. Abang makan tau"
"Terima kasih adik" Kaizo terus pergi ke bilik dia sendiri untuk berehat. Fang rasa lega sedikit kerana abang dia sudah mulai sedar. Dia terus simpan gelang kepunyaan Lynna di dalam sebuah kotak dan simpannya di dalam laci yang berkunci
--------------------------------
Lynna telah sampai ke sebuah planet yang dia tidak kenali. Planet itu seperti planet yang sudah dicemari dengan debu-debu asap yang sangat kotor. Langit planet itu berwarna merah, tiada tumbuhan yang dapat hidup dengan sempurna. Semua bangunan di situ sedang dibina begitu tinggi dan Lynna tidak nampak sebarang kehidupan lain seperti haiwan. Air di situ juga berwarna merah, Lynna rasa takut melihat air di planet itu. Dia sedang berjalan dengan tangannya di gari dan diri dia di kelilingi oleh pengawal-pengawal yang bersenjata. Lynna tidak dapat menggunakan kuasanya untuk melepaskan diri kerana semasa dia sedang tidur di dalam penjara kaca, lelaki yang tangkap dia tadi, sudah pun menyerap semua kuasanya dan masukkan ke dalam crystal putih
Lynna telah dibawa ke dalam sebuah bangunan seperti istana. Di dalam istana itu terdapat pelbagai barangan mewah. Dia di suruh terus ke depan dan berhadapan dengan ketua mereka iaitu Kapten Chaos
"Selamat datang ke planet aku" Kapten Chaos bangun dari tempat duduk dia "Aku harap perjalanan kau ke sini tidak membawa sebarang masalah"
"Masalah? Kau sudah pun bagi diri kau masalah kerana aku yakin, Kapten Kaizo dapat mencari aku!"
"Carilah kalau dia dapat" Dia turun dari tangga untuk berhadapan dengan Lynna. Chaos datang dekat kepada Lynna dan angkat sedikit dagu Lynna untuk melihat dia dengan lebih dekat tetapi Lynna tidak mahu memandang wajah Chaos "Selama ini aku dapat melihat kau dengan jauh sekali tapi sekarang kau sudah pun berada di depan aku. Kau nampak begitu cantik sekali di depan mata aku. Tak sangka Kaizo tu boleh dapat manusia yang cantik seperti kau"
"Kapten, terimalah hadiah dari saya untuk kapten" lelaki itu keluarkan crystal putih yang bercahaya dari poket jaketnya dan lalu berikan kepada kaptennya
"Terima kasih Erebus, kau memang pengikut aku yang setia" Chaos mengambil crystal putih itu "Dan kau tuan puteri, kuasa ini akan menjadi milik aku selama-lamanya"
"Itu bukan kuasa kau, itu kuasa aku! AKU AKAN RAMPAS BALIK KUASA AKU! ITU HAK AKU BUKANNYA KAU!" Chaos terus tutup mulut Lynna dengan tangannya dan lalu tenung mata Lynna lama-lama
"Kau ingat kau akan dapat balik kuasa kau?" Dia tergelak sedikit "Tapi bukan kuasa ini sahaja yang aku mahukan. Aku juga mahukan kau" Dia lepaskan mulut Lynna "Kau tinggal sahaja di sini. Di sini, kau bebas untuk melakukan apa sahaja. Yea, aku tahu apa yang kau inginkan selama ini dan aku akan membantu kau. Kau inginkan kebebasan, bebas dari serangan musuh dan kau juga tidak mahu hati kau dilukai lagi, jadi aku berikan kau peluang untuk tinggal di sini selama-lamanya dan aku janji tidak akan membuat kau kecewa"
"JANGAN HARAP! Yea, aku ingin bebas tetapi kuasa itu adalah sebahagian daripada kehidupan aku! ITU SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB AKU! Dan aku pasti, Kaizo tak kan lukai hati aku sendiri. Walaupun aku kecewa dengan dia tetapi aku tahu dia akan betulkan balik keadaan" Lalu Lynna tenung mata Chaos dengan perasaan kemarahan dia "Aku tak kan mengalah! Tanpa kuasa pun, aku masih boleh lagi berlawan! dan aku akan pastikan kau akan hancur selama-lamanya!"
"Begitu berani sekali" Chaos pusing kebelakang "Bawa dia masuk ke dalam bilik dia! DAN KUNCI PINTU ITU SUPAYA DIA TIDAK DAPAT LARIKAN DIRI" Pengawal-pengawal itu menyuruh Lynna mengikut Erebus dan dia pula, melihat crystal putih itu dengan penuh kekejamannya "Dengan kuasa ini, aku dapat kalahkan musuh-musuh aku! terutama sekali Kapten Kaizo! Datanglah ke sini Kaizo, kalau kau ingin mati di depan tuan puteri kau sendiri.. HAHAHAAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHAHAAAAA!"
Lynna menoleh kebelakang dengan perasaan marah dia "Kau tak kan menang, Kapten Chaos" bisik Lynna. Dia telah dibawa ke sebuah bilik khas yang sudah tersedia lama. Bilik itu hanya menunggu kehadiran Lynna sahaja dan sekarang ini, masa menunggu sudah pun tamat kerana Lynna sudah di humban masuk ke dalam bilik tidur itu. Gari di tangannya sudah pun di buka. Lynna memegang tangannya kerana ada sedikit kesan luka, sambil itu, dia melihat bilik tersebut. Bilik itu cantik, bersih dan susunannya begitu kemas sekali. Terdapat sebuah cermin besar di dinding berhadapan dengan katil tidurnya. Ada sebuah meja berserta dengan dua kerusi kayu di tepi balkoni. Lynna cuba untuk membuka pintu bilik itu tetapi ia sudah dikunci. Dia pergi ke balkoni dan terus pandang ke bawah. Memang tiada jalan keluar kerana di luar biliknya adalah satu curam yang amat dalam sekali. Dia melihat sekeliling bilik itu untuk mencari jalan keluar, dia perlu fikirkan sesuatu. Lynna terdengar satu ketukan pintu dan seorang perempuan masuk ke dalam dengan makanan
"Makanan untuk puteri Lynna" kata perempuan itu sambil meletakkan dulang makanan itu di atas meja "Saya keluar dulu" Perempuan itu terus keluar dari bilik. Lynna melihat makanan itu dan selera dia sudah hilang. Ianya bukanlah jenis makanan yang dia sudah biasa makan di planet bumi tetapi makanan yang begitu aneh sekali. Dia terus buang makanan tersebut di luar balkoni
"Aku akan lepaskan diri dari sini!" kata Lynna dengan perasaan marah dia
-----------------------------------------
"Pang, ada sebuah kapal angkasa sedang menuju ke sini" kata Lahap sambil melihat signal kapal angkasa yang lain "Kita kena mempertahankan kapal angkasa kita"
"Nanti dulu! Itu mesti kawan-kawan aku kerana Boboiboy ada menghubungi aku dan aku ada beri koordinasi kita kepada dia" Fang menekan beberapa butang di mesin kawalan itu dan terus satu skrin keluar "FANG! KAMI NAK SAMPAI DAH!" Faye menjerit sekuat hati "Nanti bawa kami masuk ke dalam kapal angkasa abang kau yea"
"Berapa ramai yang nak datang ke kapal angkasa kapten aku ni?" tanya Lahap kepada Fang
"Entahlah" kata Fang "Faye, nanti aku suruh Lahap bawa korang masuk ke sini"
"SIAPA YANG NAK MASUK KE SINI?" Fang terkejut dengan kemunculan abangnya "Faye? Kau dekat kapal angkasa siapa ni?"
"Kapal angkasa uncle lah" Ayah Faye muncul di sebelah Faye "Oh, dalam diam kau sudah ada seseorang yea. Tak beritahu atuk dan nenek kamu" Kaizo terus bermasam muka "Takpe Kaizo, jangan risau. Uncle faham kenapa kau nak rahsiakan sebab hubungan kamu berdua terlalu awal lagi tapi lain kali, janganlah berahsia daripada uncle dan aunty kamu. Mungkin kami dapat menasihati kamu ke" Boboiboy yang ada di belakang ayah Faye, dia terus menepuk dahi. Kaizo sudah berkerut dahi, dia tidak perlukan bebelan tentang hubungan dia dengan Lynna. Dia cuma perlukan ketenangan untuk pergi selamatkan Lynna "Nanti lepas habis selamatkan dia, bawalah dia ke planet asal kamu. Bolehlah kamu memperkenalkan dia kepada kami semua" Faye menahan gelakan dia, Fang pun sama. Kaizo menahan kemarahan dia. Lahap sudah lari keluar untuk ketawa sepuas-puasnya
"Kasihan abang Kaizo" bisik Faye
"Uncle nak tahu tak, Lynna tu sebenarnya seorang puteri!" muncul si Lily "Kalau dia orang kahwin, mesti Kaizo jadi seorang raja"
"PUTERI?! FAYE! KENAPA TAK BERITAHU DADDY TENTANG PERKARA ITUU! Atuk dan nenek kamu mesti lagi suka. Cucu mereka akan berkahwin dengan seorang puteri.." terus Kaizo padamkan skrin itu. Fang nampak muka abannya yang masam itu
"Abang ok ke?" tanya Fang
"Aku ok sahaja" Kaizo terus duduk di atas kerusinya "Tapi aku akan hukum si Faye tu! Kenapa dia bocorkan rahsia ini! KENAPA DIA BERITAHU AYAH DIA! SEKARANG ATUK DAN NENEK AKAN TAHU NANTI!"
"Tapi.. kenapa abang nak rahsiakan?"
"Sebab hubungan aku dengan dia masih lagi awal. Belum tiba masanya untuk memberitahu mereka" Kaizo mengurut dahinya kerana pening dengan situasi sekarang "Nampaknya mereka akan datang ke bumi untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lynna"
"Tapi abang.. nanti lama-lama juga, kak Lynna akan memperkenalkan keluarga dia dekat abang juga tapi adik tak tahulah kak Lynna rahsiakan juga seperti abang"
"Hmmm.. itu biarlah masa yang menentukannya. Yang penting sekarang kita perlu mencari Lynna tapi sebelum itu.. berapa ramai yang ikut dengan misi kita?"
"Errr.. apa yang adik nampak.. Boboiboy, Faye, Bella, Lily.. itu sahaja kot" Kaizo sabar sahaja dengan kehadiran trio huru hara nanti "Abang, nampaknya kapal angkasa mereka sudah sampai" Kaizo melihat skrin itu dan terus menekan satu butang untuk mengambil rakan-rakan adiknya. Makin peninglah Kaizo selepas ini
"Eh" Skrin di hadapan Kaizo muncul semula dan dapati mereka telah dapat kesan dimana Lynna di bawa lari "Pang, panggil Lahap. Kita akan ke planet itu dengan segera"
------------------------------
Lynna mengikat selimut dan beberapa baju yang lain untuk dijadikan tali. Dia terus bawa ke balkoni dan lalu ikat di tiang balkoni. Dia lemparkan bahagian yang lain ke luar balkoni. Dia yakin, apabila pengawal itu nampak, mereka pasti ingatkan diri dia sudah berjaya melepaskan diri. Dia sebenarnya melihat-lihat di tempat curam itu. Dia ada nampak sebuah tingkap kecil tidak jauh daripada biliknya. Tingkap itu berada di bahagian bawah. Sekarang dia hanya perlu tunggu dan sorokkan diri di belakang pintu
Pintu biliknya di buka oleh salah satu pengawal "Puteri! Kami di arah-" Dia terkejut melihat ikatan selimut di balkoni dan terus berlari ke balkoni. Dia pandang ke bawah "DIA SUDAH MELARIKAN DIRI! CEPAT BERITAHU KAPTEN DAN KAWAL SEMUA KAWASAN!" Pengawal itu terus keluar dari bilik dan langsung tidak menutup pintu bilik itu. Lynna secara pelahan, dia menjenguk keadaan di luar. Semuanya sudah berlari untuk mencari diri dia. Lynna terus berlari keluar untuk mencari jalan keluar dari rumah agam seperti istana itu. Dia berhenti dan terus sorok di belakang tiang kerana ada beberapa pengawal sedang berjalan menuju ke arah dia. Lynna berdiri diam dan biarkan pengawal itu lalu tanpa sedari yang dia ada di tepi. Selepas sahaja mereka sudah pergi, Lynna teruskan berlari dan sambung mencari pintu keluar. Dia sudah sampai di sebuah jambatan batu yang panjang. Di bahagian hujung jambatan itu terdapat sebuah taman yang tidak begitu indah tetapi dia perlu berlari kerana pengawal-pengawal rumah agam itu sudah nampak dia
"KEJAR DIA!" Lynna berlari dan berhenti kerana diri dia sudah di kepung. Lynna pandang ke depan dan kebelakang. Dia tidak akan membenarkan mereka menangkap diri dia balik. Pengawal itu datang lebih dekat tetapi Lynna melompat dan membuat split untuk menendang kedua-dua pengawal yang sedang mencuba menangkap dia. Kedua pengawal itu jatuh dan Lynna pula menumbuk dan menendang pengawal yang seterusnya. Dia melompatkan dirinya dan terus pusingkan dirinya untuk memberikan tendangan kepada pengawal yang sedang cuba menikam dia
"Siapa lagi nak kena dengan aku?" Mereka tidak berganjat dari situ. Lynna keluarkan pedang dari salah seorang pengawal yang sudah pun terbaring di atas jambatan. Lynna pusingkan pedang itu dengan penuh gaya dan lalu dia pusingkan badan dia untuk mempertahankan dirinya ditikam oleh pengawal yang ada di belakangnya. Lynna ternampak kapal angkasa Kaizo sedang mendarat yang tidak jauh dari dia. Lynna menjadi lebih semangat, terus dia berjuang untuk diri dia. Lynna terus pegang tangan pengawal itu dan menendang dia
"Kau boleh kalahkan mereka tapi kau tak mungkin dapat kalahkan aku" Erebus muncul di belakang Lynna "Kapten aku sudah berikan kebebasan kepada kau tetapi ini balasan yang dia terima"
"Kebebasan? Kebebasan apa kurung aku di dalam bilik itu. Kapten kau hanya mahukan hiburan sahaja dan aku bukan mainan dia" Lynna berlawan dengan Erebus di jambatan itu. Kedua-dua mereka sama kuat dan sudah beberapa kali Lynna hampir ditikam oleh Erebus tapi Lynna begitu cekap sekali
"Dasyat juga kemahiran kau"
"Aku memang dasyat tapi kau belum tengok kedasyatan aku yang seterusnya" Lynna melompat untuk mengelakkan hayunan pedang dari Erebus. Mereka terus berlawan sehingga mereka sampai di taman yang penuh dengan toksik itu. Kaizo, Fang, Boboiboy, Faye, Bella, Lily dan Lahap sudah berada di taman itu. Lahap menjadi suka pula melihat toksik-toksik yang ada di dalam taman itu tetapi dia perlu fokuskan untuk pergi menyelamatkan Lynna
"Kak Lynna!" Fang berlari ke arah Lynna "PENGIKAT BAYANG!" Belum sempat dia dapat mengikat Erebus sebuah letupan telah berlaku berdekatan Lynna. Fang sempat di tarik oleh Kaizo untuk menggelakkan adiknya terkena dengan letupan itu. Erebus terlempar tidak jauh dari situ dan Lynna pula, terjatuh dan beberapa timbunan batu jambatan itu terjatuh ke atas diri Lynna. Kepala Lynna berdarah, kaki dan tangan dia luka dan ada benda tajam terkena bahu dan kaki Lynna
"LYNNNAAAA!"
"KAK LYNNAAAAA!"
Mereka semua berlari ke arah Lynna tetapi mereka telah dihalang oleh Kapten Chaos "Kau tak kan dapat memiliki dia" Chaos keluarkan pedang dia dan Kaizo juga turut mengeluarkan pedang tenaga dia
"Kau akan kalah, Chaos! Aku pernah kalahkan kau beberapa kali sebelum ini, kau tak kan dapat menang kali ini juga" Chaos tersenyum sinis dan keluarkan rantai dia dan dia tunjuk crystal putih bercahaya itu kepada Kaizo
"Ini adalah kuasa tuan puteri kau dan sekarang ini, kuasa ini adalah milik aku dan aku akan pastikan kau mati di depan tuan puteri kau!" Chaos keluarkan kuasa api milik Lynna di sekitar diri dia "Marilah bertarung dengan aku, kau akan kalah nanti"
"Faye, Lily, Bella, Lahap.. kamu berempat pergi selamatkan Lynna dan bawa dia masuk ke dalam kapal angkasa. Biar aku, Pang dan Boboiboy uruskan dia" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Baik!" kata mereka semua. Faye, Lily dan Bella ikut Lahap ketepi untuk pergi dapatkan Lynna. Kapten Chaos tidak kisah tentang mereka berempat kerana dia tahu Erebus akan uruskan mereka berempat
"Lynna!" Lahap mengangkat batu bata yang ada di atas badan Lynna dan tidak berani untuk keluarkan benda tajam yang ada di bahu dan kaki Lynna kerana dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku "Dia perlukan rawatan dengan segera" kata Lahap. Dia mengangkat Lynna dan terus mereka semua pusingkan badan. Mereka terkejut melihat Erebus berada di situ. Dia kelihatan teruk tetapi tidak seterus Lynna. Kaki sebelah dia cedera dan menyebabkan dia berjalan tidak begitu sempurna. Tangan dia masih lagi pegang pedang
"Lahap, kau kena berlawan dengan dia. Kita orang mana ada kuasa" kata Bella. Erebus datang dekat kepada mereka dengan senyuman sinis dia. Mereka berundur sedikit tetapi terpaksa berhenti kerana di belakang mereka adalah bukit curam
"Kuasa?" Lalu Lily fikirkan sesuatu. Erebus datang dan berlari ke arah mereka. Lily keluarkan sesuatu dari beg kecilnya iaitu alat menukar pakaian pemberian Faye "TUKARAN PAKAIANNNNNNN!" Lily meniru gaya Gopal dan dia berjaya menukar pakaian Erebus kepada pakaian puteri. Seluar dia tadi bertukar menjadi gaun labuh dan lalu Erebus terpijak gaun yang labuh itu dan menyebabkan dia terjatuh "YEAHHH! BERJAYA!" Bella mengambil pedang yang berat itu yang terlepas dari tangan Erebus
"Korang lari dulu, aku akan halang dia buat seketika" Bella nampak Erebus bergerak-gerak untuk bangunkan diri "LARI CEPATTT!" Lahap, Faye dan Lily lari dari situ. Bella mengacukan pedang itu ke arah Erebus
"Kau ingat kau dapat kalahkan aku?" kata Erebus "Aku tahu kau bukannya seseorang yang mahir dalam bermain pedang. Kau cuma ingin selamatkan kawan-kawan kau dari dikejar oleh aku tapi kau juga akan mati di tangan aku sendiri"
"Aku akui, aku memang tidak mahir tapi aku tak kan benarkan kau menyentuh kawan-kawan aku" Bella cuba untuk menikam Erebus tetapi Erebus pegang pedang itu dengan kedua belah tapak tangannya. Dia tidak kisah dengan kesakitan ditangannya "Aku tidak akan mengalah" Erebus tergelak besar di situ. Lalu dia menggenggam pedang itu dan menarik pedang itu ke arah diri dia. Bella terlepas dari pegangan pedang itu. Walaupun tangan dia terluka kerana terkena ketajaman pedang itu tetapi dia hiraukan sahaja
"Hahahaha! kau hanyalah budak mentah sahaja!"
"TOLAKAN BAYANGGG!" Sebuah bayang tangan muncul dan menolak Erebus ke arah curam itu dan lalu terjatuh bersama dengan pedang tersebut "Kenapa kau cuba nak berlawan dengan dia?" marah Fang
"Itu sebab aku perlu menghalang dia daripada mengejar kawan-kawan aku!"
"Kau pergi masuk ke dalam kapal angkasa dan tunggu kami datang!" Bella terus berlari tanpa berkata apa. Dia menoleh sedikit dan nampak Kaizo dan pecahan Boboiboy berlawan dengan Kapten Chaos
-----------------------------
"Lahap, macam mana dengan dia?" tanya Faye
"Hmmm.. alatan untuk merawat dia, memang tidak mencukupi. Kita perlu menghantar dia ke hospital dengan segera tetapi planet bumi sangat jauh daripada kita sekarang" kata Lahap sambil membersihkan luka-luka Lynna
"Tapi planet yang paling dekat adalah?"
"Planet asal kau dan kapten" kata Lahap "Mungkin kapten tidak akan suka kerana keluarga ada di situ tetapi itu sahaja pilihan yang kita ada sekarang"
"Maknanya kita dapat melihat planet asal itik dan landak lah ni!" kata Lily dengan mata dia bersinar-sinar
"Yea Lily, nanti kamu dapat melihat dan juga keluarga itik dan landak" Lahap ikut sahaja dengan perangai pelik Lily "Tapi aku kena tunggu 10 minit lagi, kalau kapten tidak muncul bersama Boboiboy dan Pang. Kita terpaksa pergi dulu kerana nyawa Lynna dalam bahaya sekarang"
10 minit kemudian..
Lahap sudah habis menunggu selama 10 minit tetapi Kaizo, Fang, Boboiboy dan Bella akhirnya berjaya masuk ke dalam kapal angkasa dan mereka dapat mengalahkan Kapten Chaos. Lahap rasa sangat gembira dan terus dia pergi ke bilik mengawal untuk membawa mereka semua keluar dari planet bertoksik itu. Kaizo juga berjaya merampas crystal putih itu dari genggaman Chaos tetapi dia tidak rasa ingin pulangkan kepada Lynna. Bukan sebab kuasanya, ini adalah sebab dia juga ingin Lynna hidup bebas tanpa berlawan dengan musuh-musuh dia ataupun musuh diri dia sendiri. Dia inginkan Lynna hidup sebagai manusia biasa dan tiada siapa yang akan mencari dia lagi untuk merampas kuasa dia. Kaizo menyimpan crystal putih itu di dalam poket jaketnya. Tiada siapa tahu tentang crystal itu sudah berada di dalam tangan Kaizo
"Lahap, terus pulang ke bumi" kata Kaizo
"Maaf kapten, Lynna perlukan rawatan dengan segera dan saya sudah pun terbang pergi ke planet kapten kerana itu adalah planet paling dekat" kata Lahap. Kaizo tidak membantah dan dia setuju sahaja. Dia inginkan Lynna selamat dan apa yang berlaku seterusnya, dia akan terima sahajalah. Setelah sampai di planet asal Kaizo, Fang dan Faye. Mereka semua dengan segera menghantar Lynna ke pusat rawatan yang ada di planet itu. Nyawa Lynna dapat di selamatkan dan dengan menggunakan teknologi yang tinggi yang ada di planet itu. Pada hari itu juga Lynna boleh pulang ke rumah tetapi memerlukan masa untuk berehat. Faye telah menghubungi atuk dan neneknya untuk membenarkan mereka semua berehat di rumah mereka. Kaizo rasa geram dengan Faye kerana dia mahu balik terus ke planet bumi tetapi atuk dan neneknya sudah pun tiba di pusat rawatan hospital itu. Mereka memeluk Kaizo dan Fang begitu erat sekali tetapi mereka ingin tahu lebih lanjut tentang hubungan Kaizo dan Lynna
Lynna di bawa pulang tapi masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Nenek Kirana telah menyediakan bilik khas untuk Lynna berehat. Atuk Kenji pula mengadakan sesi soal jawab bersama dengan Kaizo kerana dia ingin tahu semua tentang Lynna. Faye pula membawa kawan-kawan dan juga sepupu dia pergi berjalan-jalan di bandar planet itu
Selama 2 jam Kaizo terpaksa menjawab dan bercerita bagaimana dia berkenalan dengan Lynna dan akhirnya dia dapat juga lepaskan diri dari atuknya. Dia terus pergi ke bilik Lynna dan lalu masuk ke dalam bilik tersebut. Kaizo duduk di atas kerusi yang sudah pun tersedia di sebelah katil Lynna. Dia menggengam tangan Lynna dan berharap sangat Lynna akan terjaga pada hari itu juga. Kaizo melihat kesan-kesan luka di bahagian tangan Lynna dan juga kesan balutan di bahu Lynna. Kalau dia ada kejutan hari jadi Lynna di bumi sahaja, semua ini tidak akan berlaku dan Lynna mungkin dalam keadaan selamat dan ceria pada ketika ini
"Maafkan aku Lynna" bisik Kaizo. Dia terasa gerakan jari Lynna "Lynna?" Mata Lynna terbuka secara pelahan-lahan "Lynna, kau sudah bangun" Kaizo tersenyum melihat Lynna yang sudah mula sedarkan diri. Lynna dudukkan dirinya dan melihat Kaizo dengan wajah kepelikan dia
"Siapa kau?" Lynna sudah hilang ingatan
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top