Kawan Baik Ku

https://youtu.be/HgZHwR4Ny8M

Kaizo

Do you hear me?
I'm talking to you
Across the water
Across the deep
Blue ocean
Under the open sky,
Oh my
Baby I'm trying

Lynna
Boy I hear you
In my dreams
I feel you whisper
Across the sea
I keep you with me
In my heart
You make it easier
When life gets hard

Lynna & Kaizo
Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh

Lynna (Kaizo)
They don't know how long it takes (They don't know how long it takes)

Lynna & Kaizo
Waiting for a love like this

Lynna (Kaizo)
Every time we say goodbye (Every time we say goodbye)

Lynna & Kaizo
I wish we had one more kiss
I'll wait for you
I promise you,
I will

Kaizo
I, I, I!

Lynna & Kaizo
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Kaizo (with Lynna)
And so I'm sailing
Through the sea
(To an island where we'll meet)
You'll hear the music
Fill the air'
I'll put a (flower)
In your hair

Lynna
Though the breezes
Through the trees
Move so pretty
You're all I see
As the world keeps
Spinning 'round
You hold me
Right here, right now

Lynna & Kaizo
Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooh ooh ooh
Ooh ooh ooh, ooh

"HAH! KORANG NYANYI LAGU CINTA YEA!" Terkejut Lynna dan Kaizo melihat Faye dan Lily muncul di muka pintu bilik karaoke. Mereka tersengih besar di situ

"Apa korang buat dekat sini?" tanya Lynna yang muka sudah merah padan

"Hehehe... kita orang pergi buat siasatan! untuk melihat korang berdua dating atau tidak?" Lily buat peace dekat mereka berdua "Tapi jangan risau, Fang tak tahu pun. Betul lah korang berdua tengah bercinta yea!" Lily berpusing-pusing masuk ke dalam bilik karaoke itu "Tak sangka pula, itik bercinta dengan kak Lynna"

"PEDANG TENAGA!" Lily berlari keluar dari bilik itu. Dia mengintai sedikit dengan wajah ketakutan dia "YANG KAMU BERDUA SIBUK KENAPA?"

"Hehehe.. janganlah seksa dia orang Kaizo" kata Lynna "Hah, apa kata korang join kita orang berkaraoke sekali, nak tak?"

"MESTILAH NAKKKKK!" Jerit Faye dan Lily. Mereka terus duduk dan ambil satu buku yang penuh dengan lagu. Mereka mencari lagu yang sesuai untuk mereka nyanyi

"Lily, kita kenakan dia orang nak tak?" bisik Faye kepada Lily. Kaizo perhatikan mereka berdua sambil minum kosong dia. Lynna pula sedang periksa handphone kalau dia ada mesej atau miss call dari sesiapa

"Ada ke lagu yang sesuai untuk dia orang?" bisik Lily balik. Mereka teruskan mencari lagu untuk kenakan Kaizo dan Lynna. Kaizo masih lagi memerhatikan mereka, dia pandang sahaja tetapi mereka berdua buat-buat tidak tahu dan tidak nampak "Takut pula aku tengok si itik tengok kita orang macam tu. Nak makan orang ke apa si itik tu" Faye ketawa sedikit

"KENAPA LAMA SANGAT?!"

"Maaf abang Kaizo, kita orang tengah cari lagu yang sesuai" Faye tersengih "Wei wei, cepatlah cari lagu"

"Sabar lah. Aku tengah carilah ni..." Kaizo sudah hilang kesabarannya, lalu dia merampas buku tersebut. Lily dan Faye terus berpelukan kerana takut melihat wajah Kaizo yang sungguh menakutkan "Ka-Ka-Kaizo nak buat apa dengan kita orang? Latihan tempur ke?" tanya Lily sambil menggigil

"Bukan" kata Kaizo "AKU MAHU KAMU BERDUA KELUAR DARI SINI!" Faye dan Lily terus lari dari situ. Lynna gelengkan kepalanya dengan perangai Kaizo yang teramat garang itu

"Kaizo, Kaizo.. tak boleh ke kau berlembut sikit dengan dia orang?" Lynna bangun dan berdiri di sebelah Kaizo "Jomlah Kaizo, kita habiskan lagu terakhir kita" Lynna berikan microphone kepada Kaizo dengan senyuman manis dia. Terus lagu rock yang keluar. Kaizo nyanyi sorang-sorang dan Lynna melihat sahaja sambil menghirup air juice apple dia

------------------------------------------

"Dia orang masih lagi tak nak mengaku! Aku Lily! akan membuat sesuatu untuk mereka mengaku juga!" Faye rasa malu pula tengok kawan dia berdiri sorang-sorang dekat meja makan depan orang ramai yang sedang lalu lalang. Mereka berdua telah pun lari dari pusat karaoke dan terus ke sebuah cafe yang berdekatan. Entah kenapa Lily nak juga untuk mengetahui status hubungan Kaizo dan Lynna. Adakah untuk mengejek mereka nanti atau nak menyindir mereka nanti?

"Lily, duduklah... malu orang lain nampak kau berperangai pelik" kata Faye sambil menarik kawan baik dia untuk duduk. Terus Lily duduk dengan senyuman sengih dia kepada orang ramai tanda minta maaf dengan kelakuaan dia tadi

"Aku tak puas hati lagi lah"

"Kenapa kau tak puas hati lagi? Kan kita sudah dengar dia orang dengar lagu cinta tadi. Mestilah dia orang tengah bercinta" kata Faye. Seorang pelayan telah datang ke meja mereka dengan makanan yang mereka pesan tadi. Pelayan itu meletakkan ice cream sundae di hadapan Lily dan chocolate lava cake with ice cream di hadapan Faye

"Selamat menjamu selera" kata pelayan itu dan terus dia beredar

"Aku tak puas hati sebab dia orang mana pernah nak beritahu apa status kedudukan mereka" Lily makan ice cream dia "Macam tadi, aku tanya aje.. mesti kena pedang tenaga dia tu. Kak Lynna pun sama juga, langsung tak nak beritahu kita. Dia orang ni nak berahsia pula. Tapi.. apa yang kita perlu lakukan untuk bagi dia orang mengaku" Lily mula berfikir. Faye melihat kawan baik dia berfikir selama 10 minit

"HAH! AKU TAHU!"

"Apa yang kau tahu?" tanya Faye yang baru sahaja selesai makan chocolate lava cake dia "Kau nak suruh si Adudu bagi dia orang ubat formal untuk dia orang mengaku ke?"

"Bukanlah.. kita panggil seseorang" terus Lily tergelak setan di situ. Faye gelengkan kepala dia sahaja "MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!"

Faye menepuk dahinya "Kawan baik aku sudah gila rupanya"

--------------------------------

Bella melihat kedua orang budak perempuan tersengih kepada diri dia "Korang datang ke rumah aku, nak apa?"

"Kami nak minta pertolongan dari kau lah. Kau kan suka merancangan sesuatu yang jahat dan nakal. Bolehlah bantu kita orang" kata Lily sambil berkelip-kelip mata "Lagipun kita orang sudah anggap kau sebahagian daripada kumpulan kami! Lily, Faye dan Bella! kumpulan kawan sejati selama-lamanya"

"Bila masa aku jadi kawan sejati korang? pelik aku" kata Bella. Dia cuba untuk menutup pintu rumah dia tetapi Faye menghalang Bella buat begitu "Wei, carilah orang lain. Sepupu kau ke, si Fang tu"

"Dia buat apa.. dia tu berharap sangat kalau abang dia dan kak Lynna bercinta. Baik tak payah panggil si landak tu"

"Hmm.. yelah Lily" Bella menarik nafas dan terus berkata "Baiklah, aku akan tolong korang tapi dengan satu syarat! Bagi aku belasah si Fang tu puas-puas! MUAHAHAHAHAHAHAAA!"

"Ehem.. tiada syarat lain ke" kata Faye dengan nada marah dia

"Lupa pula sepupu dia ada dekat sini. Yelah, aku tolong korang tanpa syarat" kata Bella

"YEAHHHHHH!" Faye dan Lily terus memeluk Bella dengan bersuka ria. Bella terima sahajalah pelukan dari mereka tapi dia rasa sedikit seronok dapat berkawan dengan mereka berdua. Rasa seperti mereka adalah Powerpuff girl. Dia adalah Buttercup, Lily Blossom dan Faye adalah Bubbles "Jadi, apa rancangan kau?" tanya Faye dengan penuh harapan

"Kita buat begini" Bella telah mendapat satu idea

Lynna sedang melihat sehelai kertas nota yang telah dihantar oleh seorang budak kecil. Nota itu berkata pergi ke taman bunga yang berdekatan dengan taman permainan di bandar Pulau Rintis. Jadi Lynna pergi ke situ tanpa rasa ragu-ragu. Dia tidak terfikir tentang benda lain, dia terus sahaja ke taman bunga tersebut dan nampak sebuah tikar telah dibentangkan dengan sebuah bakul yang ada di atas tikar tersebut

"Eh? Siapa pula ajak aku berkelah?" tanya Lynna. Dia melihat sekeliling dia untuk melihat siapa yang suruh dia datang ke sini. Lynna rasa geram pula kerana tiada siapa yang ada di situ jadi dia berpatah balik. Dia pusingkan dirinya dan terkejut melihat Kaizo ada di belakang dia "Kaizo?"

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Kaizo

"Bukan aku ke sepatutnya tanya kau soalan itu"

"Aku ke sini sebab ada orang letak nota dekat atas meja makan aku. Nak kata kan si Pang tu, bukan juga sebab bukan tulisan dia" Kaizo keluarkan nota tersebut dan berikan kepada Lynna

"Hmm.. tulisan dia sama sahaja dengan tulisan nota yang aku dapat" kata Lynna

"Jadi ada orang kenakan kami berdua untuk berkelah di sini?" Kaizo melihat di bahu belakang Lynna. Tempat perkelahan mereka tersangatlah romantik, ia dikelilingi dengan pelbagai jenis bunga dan ada dua bantal berwarna biru di atas tikar itu. Bakul besar itu belum dibuka lagi "Mesti adik aku punya kerja ni"

"Sudahlah Kaizo, jangan salahkan dia sahaja. Entah-entah bukan dia"

"Kau mana tahu, dia tu berharap sangat dari dulu lagi. Ingat aku tak tahu ke" kata Kaizo. Mereka berdua pergi ke tempat perkelahan tersebut untuk berborak sebentar. Mereka rasa tidak baik dibiarkan begitu sahaja. Lynna duduk di atas bantal biru itu dan lalu membuka bakul tersebut. Mereka nampak ada dua pinggan plastik, dua cawan plastik dan dua bekas makanan. Kaizo keluarkan bekas makanan itu dan lalu membukanya

"Sandwich buah? Macam adik aku yang buat sahaja" kata Kaizo. Dia buka satu lagi bekas makanan "Hmmm... sepotong kek matcha? sah, ini adik aku punya kerja. Dia tahu sangat aku suka dengan teh hijau selain daripada lobak merah. Aku akan berikan dia latihan tempur nanti"

"Sudah sudahlah tu Kaizo. Apa kata kita berseronok dekat sini sebelum dia kita berikan denda dekat Fang" Lynna tuangkan air lobak merah ke dalam cawan Kaizo "Tapi kenapa dia perlu buatkan semua ini untuk kita berdua? Kenapa dia tidak cakap sahaja"

"Mana aku tahu, dia tu kalau ada sahaja dengan rancangan nakal dia. Dia mana nak beritahu sesiapa" Kaizo mengambil cawan dia selepas sahaja Lynna habis tuang. Dia minum sedikit air juice itu dan lalu mengambil sandwich buah itu. Dia belahkan kepada dua dan lalu berikan Lynna. Kaizo selalu buat begitu, dia selalu kongsikan makanan dia kepada Lynna walaupun mereka hanyalah kawan sahaja

"Fang.. Fang.. apa nak jadi dengan dia tu. Suka sangat berharap" Lynna mengambil sebahagian sandwich buah itu dan lalu makan "Tapi aku tak nak lah dia terlampau sangat berharap. Aku takut dia akan kecewa nanti" Lynna meletak sandwich buah dia yang tidak habis dimakan itu "Aku takut dia akan benci aku pula"

"Pang tak kan bencikan kau" kata Kaizo dengan nada lembut "Kau jangan nak sedih sangat tentang si Pang tu. Lama-lama nanti dia akan faham juga yang kita berdua hanyalah kawan sahaja" Lynna tersenyum sedikit "Mungkin dia mahukan seorang kakak ipar seperti kau tapi aku sudah ulang banyak kali kata-"

"Buang masa sahaja bercinta" kata Kaizo dan Lynna serentak. Mereka ketawa sesama sendiri. Lily, Faye dan Bella yang berada tidak jauh dari situ, mereka sorokkan diri disebalik semak. Lily dengan teropongnya, dia melihat Kaizo dan Lynna gelak ketawa. Lily tersenyum sinis

"Kau dekat KL memang tiada teman istimewa ke?" Lynna hanya gelengkan kepala sahaja

"Dulu aku ada tapi... dia sudah pergi buat selama-lamanya" kata Lynna dengan nada sedih "Semenjak itu, aku berhenti mencari sebab selepas sahaja pemergian dia, ramai yang hadir dalam hidup aku tetapi semuanya tidak boleh menerima tentang rahsia aku. Jadi aku terpaksa padam memori mereka tentang diri aku" Lynna menangis sedikit. Kenangan pahit itu membuatkan Lynna tidak mahu lagi bercinta. Dia berhenti berharap "Bila kawan-kawan aku usik dan bertanya tentang hubungan aku dan kau, aku hanya jawap hanya kawan sahaja bukan lebih daripada itu"

"Betul kau fikirkan seperti itu?"

"Jujur aku katakan Kaizo. Kalau aku tipu, sudah lama aku tipu diri aku sendiri... sudah lama aku tak kan datang ke sini balik" kata Lynna. Dia pandang sahaja sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan "Jadi aku lebih rela hidup keseorangan daripada mencari cinta lagi. Kawan-kawan aku semuanya sudah mempunyai pasangan masing-masing kecuali aku. Aku gembira melihat mereka bahagia, aku juga turut bahagia dengan mereka. Aku tahu, kehidupan aku memang menyedihkan, tapi apa boleh buat. Itu memang aku mahukan"

"Tapi kau nampak lebih bahagia setiap kali kau datang ke sini"

"Sebab aku bebas dekat sini. Bebas untuk gunakan kuasa aku dan bebas untuk bercakap tentang kuasa. Bukannya aku tidak dapat gunakan kuasa dekat tempat aku, tapi terhad kerana orang lain tidak tahu tentang aku dan kawan-kawan aku, terutama sekali keluarga kami. Siapa yang kami nak percayai, memang susah. Kami terpaksa berhati-hati, tidak mahu percayai dengan orang yang salah" Air mata Lynna mengalir keluar. Kaizo lap air mata Lynna dengan ibu jarinya dan mereka berdua bertentang mata. Semuanya seperti berhenti seketika. Lynna terus sedarkan diri

"Aku... aku balik dulu" Lynna cepat-cepat tinggalkan tempat itu dan terus berjalan dengan cepat. Faye, Lily dan Bella pandang sesama sendiri. Mereka dapat rasakan sesuatu telah berlaku sebentar tadi. Mereka bertiga tersenyum kambing di situ

"Hehehehee... rancangan kita berjaya!" Lily menjerit sedikit

"Rancangan aku ke rancangan kau?" tanya Bella dengan nada bosan dia

"Rancangan kau lah! Terima kasih Bella kerana bantu kami berdua" Lily tergelak sorang-sorang "Kalau betul-betul dia orang telah jatuh cinta, lepas tu dua-dua setuju nak kahwin.. aku akan tawarkan diri aku menjadi flower girl mereka!"

"Ehem" Faye pandang kawan baik dia

"Hehehe... dengan kau sekali Faye" Lily tersengih "Kau pun sekali, ok Bella!" Bella tersenyum sedikit. Dia nampak keikhlasan mereka berdua untuk berkawan dengan dia. Lalu mereka berpelukan di dalam semak

"JADI INI MEMANG KERJA KORANG BERTIGA LAH YEAAA!" Lily, Faye dan Bella pandang kebelakang dan terkejut dengan muka Kaizo yang menakutkan "Baik korang mengaku cepat sebelum aku menghukum kamu bertiga!"

"Ini rancangan dia" kata Lily secara tiba-tiba sambil menunjuk ke arah Bella

"WEI! KAU YANG AKU SURUH BUAT RANCANGAN NI KAN!" Marah Bella

"Saya ikut sahaja dengan rancangan dia orang, abang Kaizo" Faye tersengih

"Hmmm... PEDANG TENAGA!" Mereka bertiga berlari lintang pukang dan Kaizo terus mengejar mereka, lebih-lebih lagi si Lily sebab dia sentiasa tidak puas hati dengan Lily. Akhirnya Lily, Bella dan Faye dikenakan latihan tempur selama 2 hari. Fang dapat tahu berita tersebut, dia rasa senang hati kerana selama 2 hari tiada latihan tempur daripada abangnya dan 2 hari itu juga dia pergi bawa Rizu berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Gopal pun rasa hairan melihat kepelikan Fang sebab selama 2 hari ini dia asyik belanja semua kawan baik dia pergi keluar makan dekat bandar. Nak pesan makanan banyak-banyak pun dia tidak kisah

"Kawan baik aku ni sudah buang tabiat ke apa. Tiba-tiba ceria semacam 2 hari ni" tanya Boboiboy sambil pandang Fang sedang suap Rizu makan pasta

"Mana aku tahu, Boboiboy. Entah-entah dia tengah menahan kemarahan dia, lepas tu terus jadi tak betul" kata Gopal

"Hmmm.. yea ke.. nampak macam betul lebih daripada yang tak betul" Boboiboy perhatikan sahaja si Fang. Tiada wajah masam dia atau wajah serius dia ataupun wajah kenakalan dia "Pelik betul aku"

"Haiyaa... biarkan ajelah si Fang tu. Biar dia ceria daripada asyik nak marah orang sahaja"

"Ha ah, betul kata Ying" kata Yaya "Oklah tu selama 2 hari dia tak marah-marah orang. Takde siapa nak bermasam muka atau kecik hati dengan dia"

"Yelah.. esok-esok datang balik perangai panas baran dia tu" kata Gopal. Fang tidak dengar perbualan mereka kerana terlalu asyik suapkan si Rizu. Dia asyik tersenyum sahaja sepanjang hari

---------------------------------------------

Selepas sahaja tamat latihan tempur untuk Lily, Bella dan Faye selama 2 hari. Kaizo rasa pelik kerana Lynna tidak datang ke Pulau Rintis. Ada sesuatu yang terjadi ke? Tapi Kaizo hiraukan sahaja perasaan dia itu. Dia teruskan dengan kehidupan dia seperti biasa

Seminggu sudah berlalu, Lynna masih lagi tidak datang ke Pulau Rintis. Kaizo rasa sunyi pula tanpa kehadiran Lynna di Pulau Rintis. Mungkin Lynna sibuk sekarang ini tetapi kenapa pada hari itu dia terburu-buru pulang, fikir Kaizo. Dia sambung balik dengan latihan tempur seorang diri di dalam kapal angkasanya

Seminggu bertukar menjadi sebulan. Lynna langsung tidak kembali ke Pulau Rintis dan Kaizo langsung tidak menerima apa-apa panggilan daripada Lynna. Dia menjadi risau tetapi dia ingatkan dirinya, bahawa Lynna ada kehidupan dia tersendiri, mungkin dia sibuk dengan hal-hal tersendiri sehingga terlupa untuk berhubung dengan dia tapi yang peliknya, setiap kali Kaizo menghubungi Lynna, dia langsung tidak menjawab panggilan dia. Apa yang terjadi sebenarnya? Kaizo mulai rindu dengan kawan baik dia. Faye, Bella dan Lily rasa, mereka patut betulkan balik keadaan. Jadi mereka membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur dan bertanya kepada Lynna sendiri tapi mereka terpaksa bawa Fang sekali kerana dia tahu dimana tempat tinggal Lynna. Jadi mereka berempat bertolak ke Kuala Lumpur secara senyap-senyap

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top