Ingatan

"Macam mana dengan dia doktor?" tanya nenek Kirana sambil melihat seorang doktor lelaki memeriksa Lynna. Boboiboy, Fang, Lily, Faye dan Bella mengintai-intai dari luar untuk mendengar keadaan Lynna. Kaizo tiada di situ, dia kini berada di luar rumah kerana terlalu marah dengan diri dia tetapi atuk dia cuba nasihatkan dia, semua ini bukan salah dia

"Semuanya ok, Puan" kata doktor itu "Cuma ingatan dia sahaja yang perlu dipulihkan dan dia perlukan berehat lagi. Kalau Puan perlukan apa-apa lagi, panggil saya sahaja" Doktor itu mengemas alatan dia dan terus keluar dari bilik tersebut. Nenek Kirana ikut doktor itu keluar dari bilik. Boboiboy dan rakan-rakannya masuk ke dalam bilik untuk melihat Lynna

"Kak Lynna" panggil Fang

"Saya kakak kamu ke? Saya mempunyai adik lelaki?" Lynna melihat Fang dengan wajah keliru dia. Lalu dia melihat wajah-wajah kawan Fang "Kamu semua siapa?"

"Kak Lynna, ini Fang. Saya bukan adik akak tapi akak selalu layan saya seperti adik akak sendiri" Fang pegang tangan Lynna tetapi wajah Lynna seperti tidak mengenali sesiapa di dalam bilik itu "Kak Lynna kenal dengan Fang tahun lepas, ingat tak kak Lynna?"

"Ha ah, masa itu kak Lynna ada menggunakan kuasa secara tak sengaja. Kita orang kak Lynna ingat musuh kami, rupanya bukan" kata Boboiboy

"Kuasa? Akak ada kuasa ke?" Lynna cuba ingatkan sesuatu tetapi satu benda tiada yang timbul "Maaf semua, akak memang tak tahu. Akak tak tahu siapa diri akak tapi nama Lynna tu memang nama akak ke?"

"Yea kak Lynna, nama akak memang nama Lynna tapi saya suka panggil akak angsa putih sebab akak cantik macam angsa putih! Saya adalah Lily!"

"Saya pula Bella, kawan baru Lily dan Faye" kata Bella sambil senyum kepada Lynna

"Saya pula Faye" Faye berikan senyuman kepada Lynna "Fang adalah sepupu saya dan yang pakai topi oren ini adalah Boboiboy. Kak Lynna sekarang berada di rumah saya"

"Rumah kamu? Kenapa saya berada di sini? Ada sesuatu yang berlaku menyebabkan akak lari ke sini ke?"

"Bukan kak Lynna" Fang rasa susah hati pula dengan Lynna dan dia melihat Lynna dengan perasaan kasihan dia "Kak Lynna ada-" mulut Fang kena tutup oleh Bella

"Kami keluar dulu" kata Bella. Mereka keluar dari situ sambil mengheret Fang keluar. Lynna rasa pelik dengan kelakuan mereka. Dia ingin bangun tetapi kaki dia rasa sakit, jadi dia baring sahaja dan pejamkan mata. Pemikiran dia cuba ingatkan sesuatu tapi gagal. Dia rasa sedikit kecewa dan sedih, kerana dia tidak tahu siapa diri dia dan siapa diri mereka itu. Di luar bilik Lynna, Bella lepaskan mulut Fang

"WOI! Yang kau pergi tutup mulut aku apasal"

"Aku tutup mulut kau sebab aku tak nak kau beritahu apa yang telah berlaku ke atas diri dia. Aku rasa kita perlukan sesuatu yang gembira untuk ingatkan dia balik, bukan sesuatu yang buruk" kata Bella

"Tapi kita sendiri tak pernah melihat kehidupan kak Lynna di Kuala Lumpur" kata Boboiboy. Mereka semua duduk di atas kerusi ruang tamu untuk memikirkan cara-cara memulihkan ingatan Lynna. Nenek Kirana nampak mereka berlima duduk di atas kerusi dengan muka serius masing-masing. Dia hanya tersenyum sahaja dan terus mencari Kaizo. Dia sedang pegang sebuah mangkuk berisikan bubur. Dia nampak Kaizo duduk berseorangan di veranda rumah sambil memikirkan sesuatu

"Kaizo" Kaizo terus tersedar dan menoleh ketepi "Kaizo, mari sini" Kaizo bangun dan terus bergerak ke nenek dia

"Nenek nak apa?" tanya Kaizo

"Kamu pergi berikan bubur ini kepada Lynna. Berboraklah dengan dia, ingatkan dia balik. Pulihkan ingatan dia balik, Kaizo. Nenek yakin yang kamu boleh kembalikan ingatan dia" Kaizo mengambil mangkuk itu di tangan neneknya "Kamu sayangkan dia, jangan abaikan dia dalam waktu begini. Dia perlukan kau untuk pulihkan ingatan dia. Tunjukkan kasih sayang kau kepada dia" ujar nenek Kirana

"Tapi nek.. saya..."

"Jangan tapi tapi.. dengar nasihat nenek. Nenek tahu yang Lynna tidak boleh duduk di sini lama-lama kerana dia juga mempunyai keluarga di planet bumi" Kaizo terpaksa mendengar nasihat neneknya. Mereka berlima yang ada di ruang tamu, terdengar nasihat nenek Kirana kepada Kaizo dan lalu Bella terus mendapat satu idea tapi dia perlu perhatikan keadaan Kaizo dan Lynna terlebih dahulu sebelum dia jalankan rancangan dia. Bella terus tersenyum tersendiri. Kaizo masuk ke dalam rumah dan pergi ke bilik Lynna

"Lynna?" Lynna sedang baringkan diri, dia tidak tidur. Dia cuma keliru sahaja "Lynna?" panggil Kaizo lagi. Lalu dia masuk ke dalam bilik dan duduk di atas kerusi "Kau tidur ke?"

"Tak" Lynna pusingkan badan dia dan nampak wajah Kaizo yang begitu serius "Kau siapa?"

"Nama aku adalah Kaizo. Aku adalah Kapten dan juga penjaga galaxy" Lynna tergelak sedikit dan terus dia dudukan dirinya "Kenapa kau gelak?"

"Penjaga galaxy? Kau mesti banyak sangat tengok tv ni" Kaizo tidak tahu hendak menjawab apa, jadi dia hanya berikan senyuman manis kepada Lynna. Dia rasa Lynna nampak begitu comel sekali dengan muka dia serba tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas diri dia "Kau masuk ke bilik aku kenapa?" tanya Lynna dengan lemah lembut sekali

"Aku nak bagi kau bubur, kau perlu makan" Lynna cuba hendak mengambil mangkuk tetapi bahu kiri dia terasa amat sakit. Dia pegang bahu kirinya "Kau ok ke?"

"Bahu aku cuma sakit sahaja. Aku tidak dapat bergerak sangat"

"Biar aku suapkan kau" Kaizo mengambil sedikit bubur di dalam sudu itu dan terus menghalakannya ke arah mulut Lynna. Tiba-tiba sahaja Kaizo teringatkan Lynna cuba suapkan dia dengan sup lobak merah tetapi dia menolak kerana dia boleh suapkan diri dia dengan sendiri. Lynna membuka mulutnya untuk makan bubur itu. Kaizo tersenyum sedikit

"Kenapa aku rasa aku pernah buat begini dekat seseorang?" Lynna mula teringatkan sesuatu tapi dia tidak pasti apakah memori itu

"Kau pernah cuba suapkan aku sebelum ini tetapi aku menolak" Kaizo suapkan Lynna lagi "Kerana aku pada masa itu tidak mahu menyusahkan kau tapi kau tidak membantah. Kau hanya temankan aku ketika itu. Kau tunggu aku sampai aku habis makan sup lobak merah. Masa itu aku demam panas, kau yang jaga aku sepanjang hari dan pada hari itu juga adalah hari jadi kau"

"Maaf kerana aku tidak mengingati tentang semua itu"

"Takpe, aku faham. Aku akan cuba untuk pulihkan ingatan kau balik kerana kau kawan baik aku" Kaizo mengangkat sudu itu untuk suap kepada Lynna tetapi tangan kanan Lynna pegang sudu itu dan lalu dia mengambil sudu itu. Dia suap bubur itu kepada Kaizo dan Kaizo membuka mulutnya dan lalu makan bubur tersebut. Lynna tersenyum melihat Kaizo. Mereka berdua bertentang mata, semuanya seperti sudah terhenti. Kaizo masukkan sedikit rambut di belakang telinga Lynna. Mereka tidak beralih pandangan. Lynna letakkan sudu itu di dalam mangkuk tersebut

"Aku rasa, kau patut keluar. Aku ingin berehat" kata Lynna. Terus dia tundukkan kepalanya. Kaizo rasa sedikit kecewa tapi dia perlukan kesabaran dan juga masa untuk pulihkan ingatan Lynna

"Maaf kalau aku menganggu kau" Kaizo bangun dari kerusi tersebut dan terus meninggalkan Lynna yang ingin bersendirian. Dia tidak sedar bahawa adiknya dan juga kawan-kawan adiknya telah menjadi saksi kejadian tadi. Mereka semua tersenyum lebar dan terus Bella memanggil mereka semua ke tempat yang sunyi. Mereka pergi ke luar rumah dan duduk di bawah pokok yang besar dan lebat dengan daun-daun hijau

"Kenapa kau panggil kita orang ke sini?" tanya Boboiboy

"Korang nampak tak tadi? Kak Lynna macam teringatkan sesuatu tapi tak tahu apa. Aku rasa kita patut bangkitkan ingatan kak Lynna semasa dia bersama dengan Kapten Kaizo tapi kita perlu lalukan dengan cepat sebab kamu semua tahukan, kita tidak boleh duduk dekat sini lama-lama. Apatah lagi kak Lynna, mesti keluarga dia akan risau dan mencari dia nanti"

"Ha ah, betul juga kata kau, Bella tapi.. apa yang kita patut buat?" tanya Boboiboy

"Hmmm..." Bella fikirkan sesuatu sekejap "Masa dia orang bertemu dulu, dekat mana?"

"Dekat kedai Tok Aba. Itu pun abang aku yang mulakan dulu tapi kalau nak diikutkan, mereka pernah bertembung sebelum ini. Masa tu kak Lynna masuk ke dalam masa silam abang aku dan pada masa itu jugalah mereka bertemu buat pertama kali tapi kak Lynna kena masuk balik ke lohong hitam" kata Fang "Kau nak suruh kita orang balik ke bumi dan bawa ke tempat yang mereka pernah pergi?"

"Tak, itu bukan rancangan aku" Bella berfikir sebentar, yang lain menunggu sahaja rancangan dari dia "Disebabkan kita semua tidak tahu kehidupan kak Lynna di KL macam mana, jadi aku gunakan memori kamu semua ketika bersama kak Lynna. Aku baru sahaja mengenali kak Lynna, jadi korang punya memori akan membantu dia"

"Jadi, apa rancangan kau Bella?" tanya Faye

"Begini" Mereka semua duduk dekat untuk mendengar rancangan Bella

------------------------------------

Keesokannya, Lynna berehat di dalam bilik sambil membaca sebuah novel yang diberikan oleh nenek Kirana tetapi Faye, Bella dan Lily menganggu dia yang sedang terlalu asyik membaca itu "Kak Lynna! Jom kita pergi bersiar-siar!" kata Lily sambil mengambil novel itu dari tangan Lynna dan menyuruh Lynna keluar dari katil tersebut. Kaki Lynna tidak terasa sakit sangat seperti semalam tetapi dia masih lagi boleh berjalan dengan sempurna. Cuma dia tahan sedikit kesakitan di kakinya

"Tapi... akak nak baca novel itu"

"Ala, novel ini akan tetap akan ada dekat sini tapi kak Lynna perlukan udara yang segar. Ia juga dapat membantu memulihkan ingatan kak Lynna" kata Faye sambil keluarkan alat menukar pakaian dari beg Lily "Sebelum itu, kak Lynna kena tukar pakaian yang lebih cantik! Barulah tak nampak seperti orang sakit" Faye memilih pakaian yang sesuai untuk Lynna dan terus dia menekan butang di alat itu. Baju Lynna serta merta menukar kepada dress labuh kuning bercorakkan polka dot hitam. Dia juga memakai jaket lace berwarna putih dan sebuah topi yang mempunyai bunga matahari sebagai perhiasan

"Lawanya kak Lynna!" kata Bella "Ok! Jom kita pergi!" Mereka menarik tangan Lynna. Nenek Kirana melihat gelagat tiga orang kawan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk pulihkan ingatan Lynna. Mereka membawa Lynna ke sebuah taman bunga yang tidak jauh dari rumah Faye. Sampai sahaja di sana, mereka sudah pun sediakan tikar dan beberapa makanan untuk berkelah di taman bunga itu. Tempat perkelahan itu kelihatan sungguh romantik

"Kak Lynna duduk sebentar ok" kata Faye

"Eh, kamu nak pergi ke mana?" tanya Lynna yang sudah pun duduk di atas tikar itu tetapi mereka tiga menjawab kerana sudah berlari jauh dari situ. Lynna rasa takut pula duduk di situ sorang-sorang kerana dia tidak tahu dimana dia berada sekarang dan dia juga tidak kenal orang-orang di situ. Lynna rasa hendak balik ke rumah, dia bangunkan dirinya dan terus ternampak Kaizo dengan sejambak bunga mawar merah. Kaizo berada di situ kerana dia telah disuruh oleh adiknya dan juga kawan adiknya iaitu Boboiboy. Fang sempat berikan bunga itu kepada Kaizo dan juga gelang yang abang dia suruh simpankan

"Kaizo?" Lynna terkejut melihat Kaizo "Ini semua rancangan kau ke?"

"Sebenarnya bukan aku yang buat" Kaizo berikan sejambak bunga itu kepada Lynna "Ini semuanya rancangan dari kawan-kawan adik aku. Mereka ingin pulihkan ingatan kau sahaja" Kaizo pegang tangan Lynna dan lalu mereka berdua duduk di atas tikar kelah itu "Tentang semalam, maaf kalau aku ada buat kau rasa tersinggung"

"Tak, kau tak buat aku rasa tersinggung cuma aku sedih kerana tidak mengingati apa-apa. Aku yang sepatutnya minta maaf dekat kau" Lynna mengambil sandwich chocolate yang sudah tersedia di atas tikar itu. Dia membahagikan kepada dua sandwich tersebut dan lalu bagi satu bahagian kepada Kaizo. Dia seperti sudah terbiasa berkongsi makanan dengan Kaizo

"Kau tidak ingat?" tanya Kaizo

"Ingat tentang apa?" Lynna gigit sandwich chocolate itu

"Kau dan aku selalu berkongsi makanan. Aku selalu bagi bahagian aku kepada kau seperi kau buat tadi" kata Kaizo "Semasa kita bertemu dulu, aku yang mulakan dulu dengan bercakap dengan kau dekat kedai Tok Aba. Kau begitu setia mendengar cerita tentang aku dan juga adik aku" Lalu dia bersambung lagi "Adik aku dapat tahu tentang kau pada keesokan harinya. Dia yang ikut kau sampai ke rumah kawan kau dan dari situ kamu berdua kenal. Kau selalu menjaga dan menasihati adik aku dengan baik. Dia selalu dengar kata-kata kau. Aku pula, selalu bersikap garang dan tegas dengan dia"

"Kenapa aku tidak nampak kau seorang yang garang dan tegas?"

"Sebab aku tidak pernah bersikap begitu dekat kau. Walaupun kau kadang-kadang marah dekat aku kerana selalu seksa dan buli adik aku, aku tetap tidak akan bersikap garang dengan kau"

"Terima kasih Kaizo" Lynna tuangkan apple juice di dalam dua cawan "Jadi, kita sebelum ini pernah berkelah ke?"

"Pernah, sekali" Kaizo mengambil cawan itu "Pada masa itu juga kawan-kawan adik aku yang rancangkan perkelahan kita seperti sekarang ini" Kaizo tersenyum sedikit apabila teringatkan perkelahan mereka pertama kali

"Nakal juga kawan-kawan adik kau tapi adik kau tidak pernah rancangkan sesuatu untuk kita sebelum ini?" Kaizo hanya gelengkan kepala "Kenapa dia tidak buat begitu?"

"Kerana dia inginkan sesuatu dari kita berdua tetapi dia tidak mahu terlalu berharap sangat tapi kawan-kawan dia, terutama sekali si Lily tu. Mereka ingin tahu apa status hubungan kita berdua" Lynna melihat sahaja Kaizo ceritakan kisah mereka berdua walaupun dia sendiri tidak ingat apa-apa "Bukan itu sahaja yang mereka lakukan, mereka juga telah menghantar kita ke dunia lain"

"Dunia lain? Ada dunia lain selain daripada bumi?"

"Hmm... aku tak patut cerita tentang itu kerana aku hanya merumitkan ingatan kau sahaja. Aku tidak mahu melihat kau menderita" kata Kaizo. Suara dia terus bertukar menjadi serius "Tapi aku terpaksa untuk memcuba pulihkan memori kau, memori kita bersama" Kaizo ternampak sebuah basikal yang ada di situ. Itu adalah salah satu rancangan dari Bella juga. Dia tahu tentang mereka pergi menunggang kuda di dunia lain tetapi di situ tiada haiwan kuda, jadi mereka gantikan dengan basikal. Kaizo bangun dan menghulurkan tangannya kepada Lynna "Mari ikut aku" Lynna pegang tangan Kaizo dan terus bangunkan diri. Lynna rasa bingung, ke mana Kaizo ingin bawa dia pergi? Kaizo naik ke atas basikal itu dan Lynna duduk di belakang sambil pegang sedikit baju Kaizo. Lalu Kaizo menunggang basikal itu dan membawa Lynna pergi bersiar-siar di sekitar taman perumahan dan juga di bandar

Boboiboy, Fang, Faye, Bella dan Lily keluar dari tempat persembunyian mereka dan terus tersenyum lebar. Mereka pasti, rancangan mereka akan berjaya memulihkan ingatan Lynna "Aku berharap rancangan aku tidak gagal" kata Bella

"Sama lah dengan aku Bella" kata Fang. Mereka ternampak Faye sudah berada di atas tikar sambil makan makanan yang ada di situ "WOI! YANG KAU PERGI MAKAN APASAL?"

"Dah dia orang tak habis makan, jadi aku makanlah. Tak elok bazirkan makanan ni" kata Faye sambil kunyah sandwich chocolate

"Cheh, kau ni sama sahaja macam si Gopal tu" kata Fang dengan muka masam dia. Mereka pun turut pergi sertai perkelahan Faye dan terus bergelak ketawa sambil menikmati makanan di situ. Fang hanya fikirkan tentang abang dia dan juga Lynna. Apalah mereka buat sekarang ini, fikir Fang

-------------------------------------------------

Kaizo kayuh basikalnya selaju-lajunya sehingga membuatkan topi Lynna terbang ke tempat lain "Kaizo! Hehehe... lajunya kau bawa basikal ni" Kaizo rasa senang hati apabila dia mendengar gelak ketawa dari Lynna "Kau nak bawa aku pergi ke mana?"

"Ke bandar, aku sebenarnya jarang datang ke sini tetapi bandar di planet ini amat menarik sekali. Aku pasti, kau akan suka dengan bandar ini" Kaizo pelahankan basikalnya apabila sudah sampai di bandar tersebut. Bandar itu tidaklah begitu besar, ia seperti sebuah pekan kecil. Bangunan-bangunan di situ seperti english-house yang lama-lama tetapi ia kelihatan menarik sekali. Lynna rasa sangat teruja melihat bandar itu

"WAH! Kita berhenti makan ice cream nak tak?" kata Lynna sambil tunjuk kedai ice cream yang mereka sedang lalu. Kaizo ikut sahaja kehendak Lynna. Terus dia berhentikan basikalnya dan letak di hadapan tingkap kedai ice cream tersebut. Lynna masuk ke dalam dan dapati pelbagai perisa yang dia tidak pernah dengar. Semuanya perisa yang sangat aneh tetapi dia ingin mencuba perisa-perisa yang ada di kedai itu. Lynna memilih satu perisa yang agak pedas dan manis pada masa yang sama. Kaizo tidak membeli apa-apa ice cream. Jadi mereka terus sambung bersiar-siar di bandar itu. Lynna duduk di belakang Kaizo sambil menikmati ice creamnya

"Udara dekat sini segar dan nyaman. Aku suka sangat!" kata Lynna dengan perasaan gembira dia "Udara di sini mengingatkan aku tentang satu tempat" Ingatan dia mula mengingatkan dia tentang Pulau Rintis "Aku selalu datang ke situ tapi aku tak ingat sebab apa"

"Maknanya ingatan kau semakin pulih" kata Kaizo

"Mungkin" Lynna tersenyum sedikit "Kita ke mana pula selepas ini?"

"Hmmm... aku tidak pasti tapi aku dengar ada sebuah tasik besar yang tidak jauh dari sini" Kaizo terus membelok basikalnya dan mereka lalu di depan kedai-kedai bunga. Lynna ternampak bunga-bunga yang pelbagai warna. Lalu dia teringat tentang bunga-bunga mawar berwarna putih, merah, ungu dan biru. Dia pegang sedikit kepalanya kerana kepala dia terasa sedikit sakit. Kaizo perasan dan lalu hentikan basikal mereka. Dia menoleh sedikit

"Kau ok ke? Kau mahu pulang ke rumah?"

"Aku ok. Jangan risau tentang aku, kita teruskan sahaja perjalanan kita" kata Lynna. Kesakitan itu sudah hilang dan dia dapat berfikir dengan normal "Aku tidak mahu rosakkan masa kita bersama"

"Tapi kalau kau rasa sakit lagi, kita terpaksa balik" Lynna angguk sahaja tanda setuju. Kaizo terus sambung menunggang basikalnya. Mereka tidak berkata apa sepanjang perjalanan mereka ke tasik. Lynna terlalu asyik perhatikan persekitarannya dan Kaizo dengan muka serius dia. Sampai sahaja di tepi tasik, mereka membuka kasut dan terus rendamkan kaki mereka di dalam air tasik itu. Lynna pandang ke arah langit dan nampak beberapa ekor burung sedang berterbangan ke sana sini. Awan-awan putih menghiasi langit biru itu

"Bahu kau bagaimana? sakit lagi?"

"Bahu aku masih sakit lagi tapi aku sudah boleh buat kerja dengan sempurna cuma aku tidak boleh mengangkat benda berat" kata Lynna "Terima kasih kerana bertanya" Lynna bermain-main dengan air itu dengan menggunakan kakinya. Dia menghayun-hayunkan kakinya di dalam air tersebut dan menyebabkan air itu terpercik sedikit. Kaizo nampak Lynna kelihatan tenang dan dia teringat tentang gelang adik dia berikan. Dia keluarkan gelang itu dari poket jaketnya

"Apa yang kau keluarkan itu?" kata Lynna. Kaizo tidak berkata apa, dia cuma mengambil tangan Lynna dan menyarungkan gelang berlian bunga itu di tangan Lynna. Dia berharap Lynna akan ingat semula selepas sahaja dia pakaikan gelang itu "Terima kasi Kaizo tapi.. untuk apa kau berikan gelang ini?" Ternyata, dia gagal pulihkan ingatan Lynna

"Sebab gelang itu ada keistimewaannya. Ia mempunyai memori tentang kita berdua" suara Kaizo terus bertukar menjadi serius "Tetapi kalau kau tidak ingat juga, aku tidak akan berhentikan mencuba tapi kau perlu balik ke planet bumi kerana aku tidak mahu keluarga risaukan tentang diri kau"

"Planet bumi? Kita berada di planet lain ke? Kaizo, beritahu aku yang sebenarnya.. kita berada di mana?" Lynna menjadi cemas "Aku sedang bermimpi ke ni? Kaizo, beritahu aku" Air mata dia mula mengalir keluar kerana dia berasa sangat takut "Kaizo... jangan mempermainkan aku" Lynna terus bangun dari situ. Dia larikan diri dan terus jauhkan dirinya daripada Kaizo

"Maafkan aku Lynna" Kaizo terpaksa pergi mencari Lynna. Dia naik basikalnya dan terus mengayuh untuk mencari Lynna. Tak mungkin Lynna dapat berlari jauh dari sini, fikir Kaizo. Dia kayuh basikalnya sehingga dia ternampak Lynna sedang memeluk lututnya sambil menangis seorang diri. Dia berhentikan basikalnya dan lalu turun. Kaizo pergi ke arah Lynna dan duduk di sebelah dia

"Lynna, kau berada di planet ini kerana kau di culik oleh musuh aku sendiri" kata teruskan bercerita "Jadi aku pergi mencari kau untuk selamatkan kau tetapi semasa aku dapat mencari kau, ada satu letupan telah berlaku dan menyebabkan kepala kau terkena batu-bata yang terjatuh di atas kepala kau dan juga badan kau. Disebabkan itu, ingatan kau hilang"

"Maksud kau. Kau adalah alien dalam bentuk manusia?"

"Boleh dikatakan begitu" kata Kaizo "Aku dan adik aku duduk di bumi kerana pada tahun lepas, aku hantar adik aku ke bumi untuk menjalankan misi"

"Misi? Aku tidak faham Kaizo" Tiba-tiba sahaja kepala Lynna menjadi sakit balik. Dia mengurut dahinya yang sakit itu "Aku rasa, kita patut pulang. Kepala aku kembali sakit" Kaizo menolong Lynna bangun dan lalu memimpin dia ke basikal. Kaizo dudukkan Lynna di belakang basikal dan dia pula duduk di bahagian depan untuk menunggang basikal itu. Dalam perjalanan pulang, Lynna tertidur sambil berpeluk sedikit belakang badan Kaizo. Kepala dia baring di belakang badan Kaizo. Sepanjang perjalanan mereka, Lynna bermimpi tentang memori dia tetapi bagi Lynna, itu semuanya hanyalah mimpi sahaja

---------------------------------------

Malam itu, sedang mereka semua sudah tidur nyenyak. Kaizo berada di dalam biliknya sambil duduk di tepi katilnya. Dia keluarkan crystal putih dan lalu melihat crystal itu. Fang yang berkongsi bilik dengan abangnya, lalu masuk ke dalam bilik. Kaizo perasan dengan kehadiran adiknya, dia cepat-cepat masukkan crystal itu ke dalam poket seluarnya

"Abang, apa terjadi tadi? Kak Lynna nampak senyap sahaja masa makan malam tadi"

"Tiada apa-apa yang berlaku" kata Kaizo "Kau tidak perlu tahu. Kita sudah tiada masa lagi, kita terpaksa pulang ke bumi dengan segera. Aku tidak mahu keluarga Lynna risaukan tentang diri dia"

"Tapi abang, tak kan kita nak hantar dia balik dengan ingatan dia macam tu. Kasihan kak Lynna, kita kenalah berusaha pulihkan ingatan dia" Fang terus duduk di atas katil

"Aku tahu, tapi abang sudah cuba sedaya upaya abang untuk pulihkan ingatan dia tapi masih gagal juga! SUDAH! ESOK SAHAJA KITA BERBINCANG!" Kaizo terus baringkan dirinya di atas katil "Jangan lupa tutup lampu" kata Kaizo

"Abang.. boleh adik cakap sesuatu"

"Hmm.. apa dia?"

"Adik tahu abang ada crystal itu" Kaizo terkejut tetapi dia hanya senyap sahaja "Adik cadangkan abang pulangkan sahaja kuasa kak Lynna. Mungkin selepas sahaja abang kembalikan kuasa kak Lynna, mungkin ingatan dia kembali pulih" Kaizo tidak bercakap apa, dia hanya perhatikan siling rumah itu sahaja "Adik tahu abang tak nak kembalikan kuasa kak Lynna kerana abang nak kak Lynna hidup bebas tanpa adanya kuasa dekat dalam diri dia tapi abang, itu sudah menjadi sebahagian diri dia. Abang pulangkan sahajalah kuasa dia. Adik nak tengok kak Lynna kembali ingat balik"

"Kau pergi sahajalah tidur. Biar abang sendiri sahaja uruskan tentang dia" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Hmm.. baiklah abang" Fang menutup lampu bilik itu dan terus dia tidur di sebelah abangnya. Mata Kaizo masih lagi terbuka, dia sedang berfikir tentang kata-kata adiknya. Mungkin apa yang adik aku katakan tadi, mungkin ada betulnya tapi bagaimana kalau dia gagal? fikir Kaizo. Tapi dia perlukan berehat, mungkin pagi nanti dia dapat berfikir dengan betul

---------------------------------------------

Pagi esoknya, Lynna sedang sibuk menolong nenek Kirana mengemas dapur. Dia angkat pinggan-pinggan yang telah digunakan oleh budak-budak tadi iaitu Boboiboy, Fang, Faye, Bella dan Lily. Mereka berlima sudah keluar bermain di taman permainan tetapi sebenarnya mereka sedang bincangkan rancangan yang seterusnya. Lynna membasuh pinggan-pinggan itu tetapi nenek Kirana menyuruh Lynna pergi sahaja berehat di veranda rumah

"Tapi nek, saya boleh membantu nenek. Nenek yang perlu berehat"

"Tak usah Lynna, nenek masih bertenaga lagi" Nenek Kirana mengambil pinggan itu dari tangan Lynna "Pergi berehat dan bawakan air itu di atas meja itu dan berikan kepada atuk Kenji" Lynna tidak membantah lagi dan terus menghantar air tersebut kepada atuk Kenji yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu

"Terima kasih Lynna. Apa kata kamu duduk berborak dengan atuk" Lynna duduk di atas kerusi "Lynna, kamu suka duduk di sini?"

"Suka tapi Kaizo kata semalam, saya dari planet lain"

"Yea, kamu memang dari planet lain iaitu planet bumi. Mesti Kaizo sudah beritahu kamu kenapa kamu ada di sini?"

"Sudah atuk tapi saya tidak faham, kenapa musuh Kaizo ingin menculik saya?" Atuk Kenji minum sedikit airnya dan lalu bercakap sesuatu kepada Lynna

"Sebab kamu adalah seseorang paling istimewa dalam hidup Kaizo. Mungkin musuh dia menculik kamu kerana ingin membalas dendam tapi itu hanya tekaan atuk sahaja tapi kau janganlah abaikan dia. Atuk nampak kamu tidak menegur dia dari malam semalam. Ada apa-apa yang berlaku ke?" Lynna tidak mahu bercerita "Takpelah kalau Lynna tidak mahu bercerita. Atuk tidak memaksa kamu"

"Terima kasih atuk"

"Sama-sama" Atuk Kenji memberikan senyuman kepada Lynna "Atuk nampak dia sangat sayangkan kamu. Dia mahu melindungi kamu daripada musuh-musuh dia" Kepala sakit Lynna datang kembali. Perkataan melindungi itu membuatkan kepala dia sakit. Kesakitan itu amat perit sekali. Atuk Kenji nampak muka Lynna berubah "Lynna? Kenapa? Kamu sakit ke?"

"Kepala sakit... melindungi..." Lynna pegang dahinya "Jangan... tinggalkan... " Lynna terus jatuh pengsan di atas kerusi panjang itu. Atuk Kenji menjadi cemas, dia cepat-cepat memanggil isterinya. Kebetulan Kaizo baru sahaja balik dari latihan tempur dia dan terkejut melihat Lynna sudah terbaring di atas kerusi. Dia cepat-cepat mengangkat Lynna dan bawa dia masuk ke dalam bilik

"Apa yang terjadi atuk?" tanya Kaizo

"Atuk cuma berborak sahaja dengan dia, tiba-tiba sahaja kepala dia rasa sakit. Kamu jagalah dia" Atuk Kenji terus keluar dari bilik tersebut. Nenek Kirana meletakkan air di atas meja kecil

"Berikan air kepada dia selepas sahaja dia sedarkan diri" kata nenek Kirana. Dia terus keluar dari bilik itu. Kaizo duduk di atas kerusi dan membelai rambut Lynna dan lalu mengenggam tangan Lynna. Dia tersenyum sedikit apabila dia nampak Lynna masih pakai lagi gelang yang dia berikan semalam

"Lynna, maafkan aku kerana aku tidak kembalikan balik kuasa kau. Aku hanya mahu kau hidup bebas sebagai manusia biasa. Aku tidak mahu kau berlawan lagi dengan musuh-muush kau dan musuh aku juga. Aku hanya mahu melindungi diri kau sahaja. Cukuplah dengan kesedihan kau pernah mengalami sebelum ini" Kaizo pegang tangan Lynna dengan kedua-dua belah tangannya. Dia cium tangan itu "Maafkan aku Lynna"

"Jadi kuasa aku sekarang berada di tangan kau?" Kaizo terkejut melihat Lynna sudah sedarkan diri "Kuasa itu sudah menjadi sebahagian tanggungjawab aku, Kaizo"

"Lynna? Ingatan kau sudah pulih"

"Yea, ingatan aku sudah pulih selepas sahaja atuk kau sebut tentang kau ingin melindungi aku.. Aku teringat balik tentang kisah lama aku tapi itu bukan untuk dibincangkan sekarang ini!" Lynna terus lepaskan pegangan tangannya dari Kaizo "Kenapa kau buat begitu dekat aku? Aku memang mahu hidup bebas tapi bukan dengan cara berahsia dengan aku. Bukan cara itu Kaizo. Kau sudah kecewakan aku sebelum ini, sekarang kau tambahkan lagi kekecewaan aku terhadap kau" Lynna terus keluar dari katil itu dan lari dari situ. Dia ingin balik ke planet bumi dia, dia tidak mahu melihat Kaizo lagi. Lynna lari dari rumah tersebut. Boboiboy, Fang, Faye, Bella dan Lily nampak Lynna berlari keluar dari rumah

"Kak Lynna?" bisik Fang "Kenapa dengan kak Lynna?" Fang lari masuk ke dalam rumah untuk mencari abang dia tetapi abang dia berlari keluar dari rumah pula. Dia ingin pergi mengejar Lynna

"WOW! Macam ada benda terjadi di antara tuan puteri dan prince charming dia" kata Lily "Ini mesti kes tak boleh nak terima kenyataan"

"Atau kes Kaizo tak boleh nak katakan tiga perkataan, lapan huruf" kata Bella

"Perkataan apa tu?" tanya Boboiboy

"Ala Boboiboy, perkataan yang itu... kalau tak tahu, cuba kau fikirkan perkataan pertama sekali aku cakap dekat kau" kata Lily

"OHHHH! Perkataan itu" Boboiboy angguk "Faham.. faham"

"Perkataan apa wei?" tanya Fang yang sedang blur. Dia tidak faham apa yang mereka cakapkan

"Kasihan sepupu aku" Faye tergelak sedikit "Takpe.. lama-lama nanti, kau akan tahu juga" Mereka ketawa di situ kecuali Fang kerana dia tidak puas hati dengan mereka semua

------------------------------------

Lynna duduk di atas buai sambil hayunkan dirinya. Lalu Kaizo duduk diatas buai sebelah dan hayunkan dirinya "Kau ikut aku kenapa?" tanya Lynna dengan nada marah dia

"Aku ingin kembalikan kuasa kau" Kaizo keluarkan crystal itu dari poket jaketnya "Aku juga ingin meminta maaf"

"Hmmm.. tapi kau jangan buat begitu lagi" kata Lynna "Kerana itu semuanya keputusan dari aku sendiri bukan kau dan kalau aku ingin hidup bebas tanpa kuasa, aku perlu berbincang dengan kawan-kawan aku dan kau juga" Lynna mengambil crystal itu "Tapi aku ingin ucapkan terima kasih kerana menjaga kuasa aku dengan baik" Lynna genggam crystal itu dan dia dapat rasakan kuasa-kuasa dia sudah mengalir keluar dari crystal itu dan terus masuk ke dalam badannya. Dia melihat cahaya crystal itu sudah pun pudar

"Lynna, mari ikut aku" Kaizo menghulurkan tangannya dan Lynna mencapai tangan Kaizo. Mereka menunggang basikal seperti semalam untuk pergi ke satu tempat iaitu ke kawasan lapang yang penuh dengan bunga-bunga daisy. Kaizo membawa Lynna pergi ke kubur ibubapanya. Di situ mereka hanya berdiri senyap sahaja, tidak berkata apa dan Lynna lentokkan kepalanya di bahu Kaizo dan melihat dua kubur ibubapa Kaizo. Lynna sempat meletak bunga daisy diatas kubur ibubapa Kaizo dan dia memperkenalkan diri dia sedikit di situ. Kaizo tersenyum serius sahaja. Selepas itu mereka pulang ke rumah bersama

"Lynna, esok kita pulang ke planet kita, planet bumi" kata Kaizo

"I would love that"

to be continued? xD hahahahaa...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top