Alam Fantasy

"Lynna... bangun" Lynna membuka matanya sedikit demi sedikit dan lalu dia nampak wajah Kaizo yang sedang melihat dirinya. Muka dia agak risau sekali "Kau ok ke?" Lalu Kaizo periksa kepala Lynna jikalau ada kecederaan apa-apa

"Kepala aku sakit sedikit sahaja" Lynna bangun dan usik kepala dia. Selamat kepala dia tiada kecederaan yang serius "Kita dekat mana ni?" Lynna melihat sekeliling dia. Dia rasa dia kenal tempat itu. Baru dia tersedar, yang dia sebenarnya berada di dunia lain. Dunia di mana terletaknya istana dia sendiri. Lynna menepuk dahinya dan dia rasa begitu geram sekali

"Kenapa dengan kau?" tanya Kaizo. Dia hulurkan tangannya kepada Lynna dan lalu Lynna mencapai tangan itu dan terus bangun dari tempat yang dia jatuh tadi

"Aku kenal tempat ini" kata Lynna sambil bersihkan baju dia yang ada sedikit kekotoran "Dunia ini dipanggil Unseen World tapi dunia ini bukan seperti dunia yang kita pernah masuk dulu" Lynna berjalan ke depan sambil diikuti oleh Kaizo "Kita perlu mencari jalan pulang ke istana aku"

"Istana kau?"

"Yea, cermin yang terletak di dalam bilik aku. Cermin itu dapat kembalikan kita ke dunia asal kita tapi kena portal tadi bawa kami ke sini. Entah-entah ini mesti musuh aku punya kerja. Nahas lah dia orang nanti" Kaizo melihat Lynna yang sedang marah-marah itu. Terasa sangat comel pula tetapi dia tidak gelakan Lynna. Dia hanya diam sahaja dan ikut Lynna dari belakang "Tak tahulah berapa lama kita akan berada di sini. Dunia ni luas, nak cari pulang ke istana aku, bukannya sesuatu kerja yang mudah" kata Lynna sambil berjalan di tepi sungai yang sedang mengalir. Sungai itu begitu jernih, Kaizo dapat melihat beberapa jenis ikan sedang berenang-renang di dalamnya. Di tepi-tepi sungai, terdapat bunga-bunga kecil. Lynna hanya teruskan berjalan, ke arah mana dia pergi, dia sendiri tidak tahu. Mereka menyeberangi sungai itu dengan cara memijak di atas batu-batu besar yang ada di dalam sungai. Kaizo memegang tangan Lynna supaya dia tidak jatuh ke dalam sungai

"Kau tahu ke nak cari jalan pulang?"

"Hmmm... aku ingat-ingat lupa tapi aku tak kan mengalah untuk mencari jalan pulang. Aku tahu dekat sini ada sebuah perkampungan kecil. Kita mungkin dapat berehat di situ sekejap" kata Lynna. Mereka berdua ternampak satu jalan berbatu-batu yang berada di dalam hutan yang tidak begitu tebal. Lynna dan Kaizo ikut jalan itu dan teruskan perjalanan mereka. Keadaan hutan itu tidak menakutkan, mereka boleh dengar beberapa bunyi serangga yang berterbangan di sekeliling mereka. Ada juga beberapa kupu-kupu lalu di hadapan mereka dan mereka terdengar burung sedang bernyanyi di atas pokok. Lynna rasa sangat bahagia sekali dapat kembali ke dunia ini kerana semuanya kelihatan aman dan tenang. Tiada kesibukan lalu lintas, atau bunyi-bunyi yang amat membisingkan. Udara di situ sangat segar sehingga membuatkan Lynna dapat menarik nafas dengan lega. Kaizo melihat gelagat gadis itu, dia tersenyum sedikit

"Kenapa kau tak duduk sana di sini? Sini lebih tenang daripada dunia asal kita"

"Sebab aku masih ada lagi keluarga di sana. Kau mesti rasa pelikkan, macam mana aku ada istana dekat sini dan kenapa keluarga aku dekat dunia lain. Kalau aku cerita pun, kau akan keliru nanti dan mungkin juga tidak akan faham" Lynna pusingkan dirinya kebelakang dan berjalan kebelakang. Dia tersenyum melihat Kaizo "Aku jarang datang ke sini. Kalau aku datang ke sini pun sebab tertentu. Lagipun, aku mempunyai kehidupan aku tersendiri di dunia asal kita" Lalu Lynna pusingkan badan dia balik "Dekat sini kau bebas gunakan kuasa tapi dekat sini lain daripada dunia kita. Sini mana ada elektrik, semuanya seperti zaman medieval dulu tapi aku suka!" Mereka sudah menghampiri sebuah perkampungan kecil. Mereka nampak anak-anak kecil sedang bermain berlari-lari sekeliling ibu mereka yang sedang sidai kain. Ada beberapa pekerja sedang membersihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan mereka. Kaizo dan Lynna masuk ke dalam perkampungan itu. Mereka lalu di tepi-tepi perumhanan kecil penduduk perkampungan tersebut. Penduduk di situ tidak rasa hairan dengan kehadiran Lynna. Mereka hanya tunduk sebagai tanda hormat

"Mereka semua kenal kau?"

"Yup! Mereka tahu aku ni puteri" kata Lynna sambil melihat seorang anak lelaki kecil datang ke arah dia dan berikan sebuku roti kepada dia "Terima kasih tapi ini roti kamu, tidak perlu bagi saya"

"Jangan risau, ibu suruh berikan kepada Puteri Lynna" kata budak itu dan lalu lari kegembiraan

"Puteri Lynna datang ke sini kenapa?" tanya seorang lelaki tua di situ "Dan ini siapa?"

"Ini adalah Kaizo. Dia-"

"PUTERI LYNNA! MARILAH MAIN BERSAMA KAMI!" Sekumpulan kanak-kanak kecil perempuan menarik-narik tangan Lynna untuk pergi bermain bersama mereka. Lynna melihat Kaizo dan tunjukkan muka maaf kepada Kaizo. Dia pergi ikut kanak-kanak kecil itu. Kaizo melihat sahaja Lynna pergi dari situ dengan senyuman gembiranya terukir di wajahnya

"Hmmm... kalau kau sayangkan dia, jaga dia dengan baik" kata lelaki tua tadi itu kepada Kaizo

"Erkk?!"

"Walaupun dia jarang datang ke sini tapi kami sudah tahu dengan cara percakapan dia, senyuman dia kepada kamu. Dia sayang dan cintai kau" Lelaki tua itu sentuh bahu Kaizo "Matahari akan terbenam tidak lama lagi, apa kata kamu berehat sahaja di sini sebelum kamu dan tuan puteri teruskan perjalanan esok. Kebetulan malam ini, kami mengadakan jamuan makan"

"Terima kasih" kata Kaizo "Boleh saya bantu apa-apa untuk jamuan tersebut"

"Tak perlu" lelaki tua itu tersenyum kepada Kaizo "Kau pergilah berhibur dahulu" Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu Kaizo dan lalu beredar dari situ. Kaizo melihat balik Lynna yang kini sedang menari-nari kegembiraan bersama kanak-kanak kecil. Muzik telah dimainkan oleh penduduk-penduduk kampung. Iringan muzik tadi membuat Lynna berseronok menari dan tiba-tiba sahaja, budak-budak kecil itu menari Lynna masuk ke dalam sebuah rumah kecil untuk menyalin pakaian Lynna. Kaizo pun turut di tarik ke dalam rumah yang berlainan. Mereka juga turut menyuruh Kaizo menyalinkan pakaian dia dan Kaizo ikut sahaja permintaan mereka tanpa membantah. Dia menukar pakaiannya tetapi dia mengikat jaket biru dia di pinggang. Pakaian dia seperti penduduk-penduduk lelaki di situ. Selepas itu, dia keluar dari rumah itu dan lalu ternampak Lynna sudah pun menyalin pakaian dia. Lynna kelihatan begitu cantik dengan pakaian gaun labuh dia yang berwarna kuning. Kanak-kanak kecil tadi meletakkan mahkota yang diperbuat daripada bunga-bungaan, di atas kepala Lynna. Rambut dia sudah diikat begitu rapi. Lynna bangun dan ternampak Kaizo sedang memerhatikan dia. Kanak-kanak kecil tadi menolak Lynna pergi ke arah Kaizo

"Nampaknya, kau pun kena salin pakaian kau juga" Lynna tergelak kecil melihat Kaizo. Secara tidak langsung, Kaizo betulkan mahkota bunga itu di kepala Lynna "Kaizo?" muka Lynna sedikit merah kerana malu

"Kau kelihatan cantik sekali" kata Kaizo dengan nada serius dia. Lynna ketawa sedikit dan lalu dia tarik tangan Kaizo untuk pergi bersuka ria bersama penduduk-penduduk kampung tersebut. Lynna lepaskan tangan Kaizo dan terus menari sambil memegang gaun dia. Dia berpusing-pusing menari dengan kanak-kanak yang ada di situ. Lynna sempat lagi memetik sekuntum bunga yang ada di tepi sebuah rumah dan lalu berikan kepada seorang kanak-kanak perempuan. Dia berkata sesuatu kepada kanak-kanak itu dan lalu kanak-kanak perempuan itu berlari ke arah Kaizo. Dia berikan sekuntum bunga itu kepada Kaizo

"Abang Kaizo, menarilah dengan saya" kata kanak-kanak perempuan itu. Tanpa membantah, terus Kaizo mengikut kanak-kanak perempuan itu menari tetapi dia rasa kekok menari kerana dia sebelum ini mana pernah menari. Lynna ketawa sedikit melihat Kaizo yang tidak reti menari tapi dia gembira melihat Kaizo cuba sesuatu yang baru bagi diri dia

Malam itu, Kaizo dan Lynna duduk di atas bangku sambil memerhatikan bulan penuh yang di kelilingi oleh bintang-bintang berkelipan di langit. Mereka rehatkan diri selepas sahaja mereka habis bersuka ria bersama penduduk-penduduk di situ. Jamuan makan di perkampungan itu masih diteruskan tetapi ramai penduduk sudah masuk ke dalam rumah untuk beristirehat bersama keluarga. Hanya segelintir sahaja yang masih lagi bergelak ketawa bersama rakan-rakan mereka atau keluarga mereka sendiri

"Lynna"

"Yea Kaizo"

"Kenapa kau tidak memerintah kerajaan kau sendiri di sini. Penduduk-penduduk di sini semuanya sayangkan kau dan melayan kau dengan baik" Lynna menoleh ketepi untuk melihat wajah Kaizo

"Sebab memerintah bukan benda kesukaan aku. Aku ingin bebas bergerak ke sana sini seperti dunia asal kita. Aku ingin menjadi seorang manusia biasa tetapi apa boleh buat kalau aku sudah ditakdirkan dengan kuasa yang aku ada tapi aku tak merungut atau mengeluh dengan kuasa ini. Aku rasa seperti diri ini menjadi insan terpilih. Kau pun apa kurangnya, seorang pahlawan terkuat di galaxy dan juga seorang kapten yang garang, tegas dan ganas. Itu mengikut kata adik kau"

"Aku memang garang, tegas dan ganas. Aku begitu kerana ada sebabnya. Aku ingin melindungi Pang daripada ancaman musuh" kata Kaizo sambil memerhatikan lagi bulan di langit. Dia ternampak Lynna sedang menggigil kesejukan, lalu dia bangun dan tanggalkan jaket biru dia. Dia letak di atas bahu Lynna

"Terima kasih Kaizo" Kaizo duduk balik di tempat asal dia. Mereka berdua tidak berkata apa lagi, hanya memerhatikan sahaja gelagat penduduk-penduduk di situ dan lama kelamaan, Kaizo dapati bahu kirinya terasa berat. Dia menoleh ke kiri dan nampak Lynna sudah tertidur, kepalanya terbaring di atas bahu dia

"Selamat malam, tuan puteri"

-------------------------------------

Fang rasa bebas pula pada malam itu kerana tiada gangguan daripada abang dia. Jadi dia bebas lakukan apa sahaja yang dia mahukan, termasuklah memanggil dua kawan lelaki dia dan juga Rizu untuk bermalam di rumahnya. Mereka bergembira di situ sambil menonton television. Hari ini Fang telah memasang beberapa movie untuk mereka menonton bersama kecuali movie hantu kerana Rizu takut dengan cerita hantu. Fang telah siapkan popcorn, potato chips dan juga air untuk mereka makan sambil menonton movie tersebut

"Fang, apasal kau tak risau sangat dengan abang kau dan kak Lynna?" tanya Boboiboy. Mereka sudah tahu dengan kisah Kaizo dan Lynna termasuk ke dalam portal dan terus dicampakkan ke alam fantasy. Faye tiada dengan mereka pada malam itu. Dia pergi bermalam di rumah Bella bersama dengan Lily

"Mula-mula aku memang risau tapi setelah aku hubungi kawan kak Lynna. Baru aku berhenti risaukan mereka. Kawan kak Lynna kata, dunia itu tidaklah bahaya sangat cuma musuh-musuh kak Lynna sahaja yang ada. Aku yakin kak Lynna dan abang aku dapat berlawan dengan mereka. Dia orang kan kuat" kata Fang dengan penuh keyakinan "Esok nanti dia orang pulanglah ke dunia ni. Jadi aku bersuka ria di sini selama mana yang boleh! Hehehehee" dia ketawa sinis

"Tapi.. bagaimana kalau abang Paizo dan kakak Lynna nak duduk dekat sana selama-lamanya" tanya Rizu secara tiba-tiba

"Mana adalah, tak kan abang Kaizo nak tinggalkan abang Fang dekat sini sorang-sorang"

"Hehehehe... tapi kalau abang Paizo tinggalkan abang Fang sorang-sorang dekat sini, abang Fang boleh tinggal dengan Pizu! Kita jadi adik beradik lain ibu lain ayah selama-lamanya!" Fang terus sekeh kepala Rizu. Mereka gelak ketawa di atas sofa. Boboiboy juga turut ketawa bersama. Hanya Gopal sahaja yang serius menonton movie itu, tangan dia tidak henti-henti suapkan diri dia dengan popcorn

"Serius betul kawan aku sorang ni. Kalau pasal belajar aje, terus tak serius" kata Fang

"Dey! Mestilah kena serius. Kalau tak, macam mana kita nak tahu jalan cerita dia" kata Gopal secara tiba-tiba "Cuba kau tengok tu, dia orang dapat tahu orang tu bukannya orang baik pun. Sebenarnya orang jahat. Penipu punya kawan"

"Hmmm.. yelah kena serius tapi bila nak serius masa belajar?" Gopal tersengih

"Hehehehe... itu esok-esok aku serius"

"Cheh, esok konon.. esok-esok main game, bukannya belajar" Fang bermasam muka sambil sambung menonton movie tersebut tetapi pemikiran dia asyik fikirkan abang dia dan Lynna sahaja. Dia fikirkan apa yang mereka sedang buat sekarang ini. Mesti sedang mencari jalan pulang atau berlawan dengan musuh-musuh dekat dunia sana ataupun mereka bersuka ria dekat sana. Dia pula rasa cemburu sebab tak dapat nak ikut penggembaraan mereka berdua

----------------------------------

Lynna bangun pada keesokan paginya, dia melihat sinaran matahari menyinari bilik tidurnya. Malam tadi dia tertidur di bahu Kaizo, sampai dia tidak sedar Kaizo mengangkat dia dan letak dia di atas katil. Kaizo tiada di dalam bilik tidur itu. Lynna hanya tidur seorang sahaja di atas katil yang besar itu. Pintu bilik dia terbuka dan masuk seorang penghuni rumah tersebut. Perempuan itu membawa sarapan pagi untuk dia

"Selamat pagi, Tuan puteri. Saya ada bawakan sarapan untuk puteri Lynna" kata perempuan itu dengan nada ceria dia "Maaf kalau sarapan pagi tuan puteri tidak begitu indah seperti di istana" Lynna dudukkan dirinya di atas katil. Perempuan itu berikan dia sepiring pinggan besar dan di dalam pinggan itu terdapat dua keping roti, telur dadar dan sebiji apple merah

"Terima kasih" Lynna berikan senyuman kepada perempuan itu

"Oh yeah, kawan tuan puteri semalam yang hantar puteri ke sini dan dia hanya tidur di luar rumah sahaja. Dia cakap dia ingin mengawasi rumah ini tapi tuan puteri jangan risau, saya sudah pun berikan dia sarapan pagi"

"Mesti dia sejuk tidur dekat luar rumah" kata Lynna sambil mengigit roti itu

"Saya sudah berikan dia selimut malam tadi" kata perempuan "Tuan puteri makanlah dulu, saya keluar dari bilik ini. Saya tidak mahu menganggu tuan puteri makan" Lynna melihat perempuan itu keluar dari bilik itu dan lalu menutup pintu tersebut. Dia tersenyum keseorangan dan lalu makan sarapan pagi dia. Selepas sahaja dia sudah bersarapan pagi, Lynna bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan mereka. Dia keluar dari rumah tersebut dan ucapkan terima kasih kepada tuan rumah itu kerana sudi menumpang dia tidur di bilik untuk satu malam sahaja. Dia terus mencari Kaizo dan nampak Kaizo sedang mengusap-usap tepi kepala sebuah kuda putih

"Selamat pagi, Kaizo"

"Pagi" kata Kaizo dengan nada serius dia "Tuan ini memberikan kita pinjam dua ekor kuda kepada kita. Jadi kita dapat mencari jalan pulang dengan lebih cepat"

"Kalau macam itu, kita tidak boleh lengahkan masa lagi" Lynna mengambil kuda perang dia dan kuda putih itu di tunggang oleh Kaizo. Sebelum mereka berangkat pergi, ramai yang berikan makanan dan minuman kepada mereka berdua. Ada juga yang berikan pedang kepada Lynna untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh. Lynna dan Kaizo menerima semua hadiah yang diberikan oleh penduduk di situ. Lynna panjat ke atas kuda perangnya, manakala Kaizo pula. Ini baru pertama kali dia menunggang kuda, jadi dia rasa agak gementar. Lynna tergelak sedikit. Kaizo tidak mengalah dan terus dia panjat kuda itu. Mereka berdua melambai-lambai ke arah penduduk perkampungan itu dan teruskan perjalanan mereka

Mereka menunggang kuda itu dan menaiki sebuah bukit yang tidak begitu tinggi dan terus berehat sebentar di tepi sungai. Mereka berikan kuda-kuda tersebut minum air di sungai "Lynna, aku nak tanya" tanya Kaizo yang sedang duduk di tepi sungai. Lynna pula mengeluarkan sebuku roti yang diberikan oleh kanak-kanak semalam dan belahkannya kepada dua. Satu dia berikan kepada Kaizo dan satu lagi, untuk diri dia

"Kau nak tanya apa, Kaizo?"

"Kenapa kau tak gunakan kuasa kau sahaja? Kau kan boleh terbang. Boleh pergi ke sana sini dengan sekelip mata sahaja" Kaizo gigit roti itu sambil melihat Lynna

"Aku sebenarnya lebih selesa berjalan jauh daripada menggunakan kuasa aku. Apa gunanya kalau kita berada di sini dan tidak menggunakan peluang kita untuk menggembara bersama. Lagipun, tiada siapa yang sibuk atau masuk campur dalam hubungan kita di sini tapi kalau kau nak aku gunakan kuasa aku untuk pulang dengan lebih cepat, aku boleh hantar kita berdua pulang dengan segera. Aku tidak mahu memaksa kau"

Kaizo simpan lebihan roti dia di dalam sebuah beg kecil yang diberikan oleh penduduk tadi "Tak, kau tidak memaksa aku tapi aku suka dengan rancangan kau. Lagipun kita memang tidak pernah menggembara hanya kita berdua sahaja" Lynna nampak senyuman Kaizo. Kenapa wajah dia kelihatan tenang sekali, fikir Lynna. Mungkin perasaan aku sahaja, kata dihati Lynna

"Adik kau macam mana?"

"Si Pang tu pandai mempertahankan diri dia. Kalau ada ancaman musuh, aku yakin dia dan kawan-kawan dia dapat menghapuskan musuh-musuh mereka. Seperti tahun lepas, mereka kalahkan Borara. Musuh terkuat mereka" kata Kaizo

"Kalau macam tu, mari kita teruskan perjalanan kita" Lynna simpan lebihan roti dia, sementara Kaizo pula membasuh muka dia di sungai yang jernih itu. Tanpa disedari mereka, ada sekumpulan musuh sedang asyik memerhatikan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka, menembak sebatang anak panah ke arah Lynna. Dia sedikit lagi nak terkena bahunya. Anak patah itu termasuk ke dalam air. Lynna terkejut dan terus dia memerhati persekitaran dia "Kaizo, ada musuh dipersekitaran kita" Lynna keluar pedang yang dia terima tadi

"So, care a little adventure with me?" tanya Lynna dengan senyuman manis dia. Kaizo ambil pedang di tangan Lynna dan mereka bersiap sedia untuk berlawan "Jangan risau, musuh ini tidak mempunyai kuasa seperti kita berdua" kata Lynna

"Kalau macam tu, kita lumba siapa dapat mengalahkan musuh paling banyak sekali"

"OK!" Lynna terima cabaran itu. Mereka menunggang kuda masing-masing untuk pergi berlawan dengan musuh mereka yang sudah berlari keluar dari hutan. Kaizo di menunggang kudanya dengan lebih laju. Nampaknya dia sudah yakin menunggang kuda itu. Pada awalnya, dia nampak begitu gementar tetapi lama-lama, dia sudah terbiasa. Kaizo berlawan pedang dengan mereka. Lynna cuba menggelakkan dirinya daripada terkena tikaman musuh. Dia sempat menumbuk salah seorang musuh dia dan lalu merampas pedang dari tangan musuh dia. Mereka berlawan sampai musuh-musuh mereka terpaksa patah balik dan lari ke dalam hutan dan pemenang dalam cabaran mereka adalah seri. Dua-dua tidak mahu mengalah

"Kenapa musuh kau di sini tidak mempunyai kuasa? Maaf kalau aku banyak sangat bertanya" mereka teruskan perjalanan mereka selepas sahaja mereka berjaya menghalau musuh mereka

"Sebenarnya ada musuh aku yang mempunyai kuasa di sini tetapi mereka tidak muncul pula hari ini" kata Lynna "Dia orang sibuk sangat sampai tak perasan aku ada dekat sini"

"Mungkin mereka takut dengan kau"

"Tak mungkinlah" kata Lynna sambil membuka penutup bekas air dia "Setiap kali aku datang ke sini, mesti mereka akan muncul. Mereka akan gunakan segala-galanya untuk merampas kuasa aku tapi ada satu tahap, ada juga yang terkorban" Lynna pegang sahaja bekas air minuman itu kerana terkenang dengan kenangan pahit dia dulu "Dia seorang ahli pahlawan yang terkuat juga, seperti kau tapi dia terbunuh kerana ingin melindungi aku. Aku pada masa itu melindungi dia juga tapi aku gagal" Mereka berdua menunggang kuda itu begitu pelahan sekali. Kaizo melihat Lynna mengalirkan air matanya

"Tapi itu semuanya sudah berlalu. Dia sudah pergi buat selama-lamanya, jangan nak dikenang balik Lynna. Mungkin sekarang dia rasa bahagia melihat kau kembali ceria balik"

"Mungkin" Lynna lap air matanya dan lalu minum air dia "Terima kasih Kaizo kerana sudi mendengar kisah sedih aku"

"Takpe. Aku juga mempunyai kisah memori sedih aku tersendiri" kata Kaizo dengan suara dia yang pelahan "Kita semua mempunyai kisah sedih" Lynna senyum kembali. Lalu mereka berdua terus menunggang kuda mereka dengan begitu laju sambil gelak ketawa di sepanjang sungai itu. Mereka sempat berhenti untuk rehat seketika di tepi sungai dan lalu rendamkan kaki mereka di dalam sungai itu. Lynna ada bawa Kaizo ke tempat tersembunyi yang musuh dia tidak pernah lalui, mereka ikut laluan itu daripada diketahui musuh. Sepanjang perjalanan mereka, Kaizo nampak daun-daun di situ semua tergantung panjang di pokok-pokok hutan itu dan ada juga haiwan-haiwan yang jinak tidak menganggu perjalanan mereka. Lynna sempat lain bermain dengan anak-anak arnab yang keluar dari lubang. Mereka ternampak seekor ibu itik dan anak-anak itik senang berenang-renang di kolam. Kaizo terfikirkan tentang Lily yang suka sangat panggil dia itik, lalu dia ketawa sedikit. Lynna mengambil seekor anak itik dan lalu berikan kepada Kaizo. Dia mengusap-usap kepala itik itu dan Kaizo pula pegang anak itik itu dengan lembut sekali. Kaizo lepaskan anak itik itu di kolam dan terus anak itik itu berenang kembali kepada ibu dia. Mereka terpaksa sambung balik perjalanan mereka kerana hari semakin gelap

------------------------------------------

Fang hari ini tak sabar hendak menunggu kepulangan abang dan kak Lynna dia. Dia terfikir, hari ini ke mereka pulang atau esok? Mungkin esok, kata dihati Fang. Dia duduk sambil bernyanyi-nyanyi lagu melodi. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying rasa pelik melihat kelakuan kawan mereka pada hari ini. Mungkin dia terlampau seronok sangat dapat duduk sorang-sorang di rumah atau seronok sangat yang abang dia bersama dengan Lynna, atau kedua-duanya sekali. Mereka kini berkumpul di kedai Tok Aba seperti biasa

"Fang, kau ni ceria semacam kenapa? Selalunya kau akan rindu dekat abang kau kalau dia tak balik lagi dari semalam" tanya Boboiboy

"Hehehehe... buat apa aku nak rindu. Kan Bella, Lily dan Faye beritahu aku hari itu. Mereka pergi sehari sahaja tapi tak tahulah bila mereka akan sampai. Samada esok atau hari ini"

"Yelah Fang tapi kalau kau rasa sunyi, rindu, pura-pura ceria ke.. jangan nak cari pasal dengan kita orang pula"

"Ha ah! Kau dengar cakap Boboiboy tu!" Gopal pula menyibuk "Jangan nak marah-marah dengan kita orang pulak, kalau tidak, nahas kau nanti"

"Ermm... yelah" Dia hirup sedikit air Ice Chocolate Blended Special dia "Tapi.. aku takut pula kalau dia orang tak balik ke sini"

"Kau takut dia orang kahwin lari ke" Gopal angkat-angkat kening dia kepada Fang

"Wei! Kau cakap elok-elok sikit! Yang kau tu tak habis-habis dengan kahwin lari apasal. Kalau kau nak sangat kahwin lari, pergilah!" Mood Fang mula bertukar menjadi mood tak baik. Mereka nampak wajah kemarahan Fang sedikit

"Kau ni Gopal, yang kau buat dia marah apasal" marah Boboiboy

"Entahnya kau ni! Tadi dia elok sahaja maaa.. sekarang kau buat dia marah-marah pula" marah Ying pula

"Sudahlah, jangan nak tambah kemarahan dekat sini. Nanti rasa tak seronok pula kalau asyik nak marah-marah. Gopal tu hanya bergurau sahaja, betul tak?" kata Yaya

"Errr... aku gurau aje, Fang. Maaf yea" Gopal tersengih sambil ketawa sedikit. Dia pusingkan badan dia dan nampak trio huru-hara iaitu Faye, Bella dan Lily "Datang dah dia orang" kata Gopal dengan nada bosan dia

"Siapa?" tanya Yaya. Dia pun pusingkan badan dia dan nampak mereka bertiga bergelak ketawa sambil berjalan menuju ke kedai Tok Aba "Mereka rupanya" kata Yaya "Hai Faye, Hai Bella, Hai Lily!"

"Hai semua!" kata mereka serentak. Faye nampak Fang masih lagi dengan wajah masam dia

"Haih Fang, kau masih lagi nak bermasam muka dengan aku dari semalam?" tanya Faye "Janganlah marah dengan kita orang. Kita orang cuba nak membantu sahaja"

"Aku tak marah korang pun" kata Fang dengan nada marah dia "Aku cuma marah dekat si Gopal ni, suka sangat sebut pasal abang aku dan kak Lynna kahwin lari"

"So, kalau betul.. kau suka ke tak?" kata Bella secara tiba-tiba. Dia berikan senyuman sinis dia kepada Fang tetapi Fang hiraukan sahaja. Dia hirupkan sahaja air minuman dia tanpa pedulikkan Bella "Senyap pula budak ni" Bella malas nak kacau Fang lagi

"Tapi tak baik tau korang bertiga buat begitu dekat Kapten Kaizo dan kak Lynna. Nanti tak pasal-pasal, korang juga kena kejar dengan mereka berdua. Lagipun tak baik kacau hubungan mereka berdua"

"Yolah, betul kata Yaya tadi" kata Ying "Yang korang pergi hantar mereka ke sana kenapa?"

"Sebab aku tahu si penyibuk akan sibuk dalam hubungan dia orang" kata Lily sambil tunjuk ke arah Fang yang sedang menahan kemarahan dia

"Tapi.. korang pun sibuk jugakan. Huru-harakan hubungan mereka. Nanti dia orang dah balik, korang nak huru-harakan lagi ke?" tanya Boboiboy dengan nada tegas dia

"Hmmm... mungkin yea" kata Bella "Tapi mungkin tak kot tapi... aku ikut sahaja ratu huru-hara kita" Lily tersenyum lebar dan bangga di gelar sebagai ratu huru-hara

"Yelah tu, entah-entah ada aje idea korang nak tambahkan lagi huru-hara kisah percintaan mereka" kata Fang sambil menggenggam kedua belah tangannya "Korang bertiga tu, memang sesuai sangat sahabat baik huru-harakan keadaan"

"Sudahlah Fang, jangan nak marah sangat" pujuk Boboiboy "Apa kata aku belanja kau donut lobak merah, nak tak?" Boboiboy cuba untuk redakan kemarahan Fang supaya dia tidak mengamuk tak tentu pasal di kedai Tok Aba. Lebih-lebih lagi dengan keadaan Kaizo yang tiada sekarang ini

"Ermm... bolehlah" Boboiboy menarik Fang keluar dari bangku kedai Tok Aba dan mereka semua pergi ke bandar Pulau Rintis untuk bersuka ria dan juga untuk tenangkan Fang

"PIZU NAK IKUT!" Muncul Rizu sambil berlari ke arah mereka. Dia sempat pegang tangan Fang dan terus mereka sambung berjalan menuju ke bandar "Pizu nak makan ice cream! ABANG BOBOIBOY BELANJA OK!"

----------------------------------------

Hari sudah pun gelap. Kaizo dan Lynna terpaksa berehat dan mencari tempat teduh untuk mereka rehatkan diri. Lynna mencari sesuatu dan akhirnya dia jumpa sebuah tempat yang tidak jauh dari situ. Kaizo melihat serangga kelip-kelip sedang mengelilingi mereka berdua

"Kita dekat mana ni?"

"Ini adalah perkampungan Fairy" Lynna tadahkan tangan dan lalu seekor Fairy mendarat di atas tangan dia "Kita boleh berehat di sini. Kau tidak perlu risau tentang serangan musuh kerana Fairy ini mempunyai kuasa untuk melindungi kita berdua" Kaizo melihat beberapa ekor Fairy menggunakan kuasa mereka untuk menyinari sekeliling Kaizo dan Lynna. Mereka berdua hanya perlu membuat unggun api untuk panaskan badan mereka sahaja. Malam itu memang sejuk tapi selamat mereka ada sehelai selimut untuk melindungi badan mereka daripada kesejukan. Lynna menyelimutkan diri dia. Kaizo pula melindungi diri dia dengan jaket biru dia sahaja. Mereka berdua duduk di depan unggun api sambil makan dengan makanan yang diberikan oleh penduduk siang tadi. Malam itu kelihatan indah sekali. Bintang-bintang menjadi peneman mereka berdua. Fairy-Fairy tadi keluarkan pelbagai jenis bunga untuk di sekeliling mereka. Bunga-bunga itu mengeluarkan satu cahaya yang berwarna warni, ia seperti mereka bukan lagi berada di dalam hutan. Mereka hanya duduk senyap sambil kunyah makanan mereka dan tersenyum satu sama lain. Tiada apa yang mereka ingin katakan kerana mereka sudah kelihatan letih dan mengantuk. Lynna menjadi orang pertama tidur. Lynna baring sambil selimutkan diri dia. Kaizo tidak rasa dia ingin tidur pada malam itu, dia hanya duduk sahaja sambil bermain dengan api menggunakan ranting kayu

"Kamu tidak mahu tidur?" kata salah seorang fairy di situ

"Aku tidak rasa mengantuk" kata Kaizo "Lagipun aku perlu melindungi dia" kata Kaizo lagi sambil memerhatikan Lynna yang sedang nyenyak tidur

"Tapi kamu perlukan berehat. Tidurlah wahai sang putera. Kamu perlukan tenaga untuk meneruskan perjalanan kamu. Jangan risau tentang dia, kami akan sentiasa melindungi puteri kami dan putera dia" fairy itu hembuskan debu-debu tidur ke atas Kaizo dan lau Kaizo tertidur di situ. Fairy tadi menggunakan kuasanya untuk tidak biarkan Kaizo kesejukkan. Mereka hanya melindungi mereka berdua pada malam itu

Keesokannya, Lynna bangun dari tidurnya. Unggun api sudah pun dipadamkan dan Kaizo masih lagi tidur dengan lena. Lynna duduk sekejap sambil melihat Kaizo tidur "Puteri tidur dengan lena malam tadi?" datang salah seorang fairy

"Yea, terima kasih kerana melindungi kami malam tadi"

"Sama-sama... kami di sini sentiasa sanjungi tuan puteri. Perjalanan kamu hampir tiba sang puteri. Biar kami kejutkan sang putera untuk puteri" Lynna tersenyum sahaja sambil melihat fairy itu kejutkan Kaizo. Dia bergerak sedikit dan lalu membuka matanya. Lynna sudah pun berdiri untuk lipatkan selimut itu "Selamat pagi sang putera. Kami telah menyediakan sarapan pagi untuk kamu berdua" Fairy itu menarik tangan Lynna dan Kaizo. Walaupun badan mereka kecil tetapi mereka mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa. Mereka menarik mereka berdua ke sebuah tempat iaitu sebuah taman yang dikelilingi dengan bunga-bunga putih. Kelopak-kelopak bunga putih berterabur di atas rumput hijau. Ada meja dan kerusi kecil yang diperbuat daripada kayu di tengah-tengah taman itu dan ianya berbentuk bunga

"Tempat apa ni?" tanya Kaizo

"Ini adalah taman dicipta khas oleh kami" kata fairy itu "Duduklah sang putera" Kaizo duduk di kerusi kecil itu. Di atas meja tersebut terdapat pelbagai makanan yang enak-enak. Ada juga sebuah teko berbentuk bunga. Dia dapat bau teh hijau di dalam teko itu. Ada roti bun berbentuk bunga, buah-buahan yang segar, ada juga beberapa bunga tersedia di dalam mangkuk besar. Bunga itu adalah untuk di makan bersama dengan susu. Kaizo tidak mengusik bunga tersebut, dia hanya mengambil beberapa buah dan letak di dalam pinggannya

"Terima kasih semua" kata Lynna

"Sama-sama tuan puteri. Kalau tuan puteri, ingin apa-apa lagi. Panggil sahaja kami" semua fairy itu hilang dan tinggalkan Lynna dan Kaizo sahaja di dalam taman itu

"Dunia ini memang ada fantasy nya" kata Kaizo. Lynna tuangkan teh hijau di dalam cawan Kaizo dan juga cawan dia

"Ada banyak lagi kau belum tengok tetapi kita perlu balik ke istana aku. Kita sudah semakin hampir dengan istana. Kau mesti sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah" Lynna letak teko tersebut dan lalu mengambil roti bun itu "Bagaimanalah keadaan si Fang dekat Pulau Rintis tu"

"Hmm... mesti tengah seronok sebab ketiadaan aku" kata Kaizo dengan nada serius dia "Tapi..."

"Tapi apa Kaizo?" Lynna melihat Kaizo kunyah anggur. Dia senyap seketika, dia tidak berkata apa kepada Lynna "Kaizo? Apa yang kau sedang fikirkan?"

"Takde apa" Lynna rasa sedikit kecewa tetapi dia tidak mahu memaksa Kaizo. Jadi mereka hanya senyap sahaja. Selepas itu mereka teruskan perjalanan mereka. Istana Lynna tidak berada jauh dari situ. Mereka menunggang kuda itu dengan laju sekali dan akhirnya sampai di hadapan istana tersebut. Pengawal di situ terkejut dengan kehadiran Lynna. Mereka cepat-cepat membuka pintu yang besar untuk membenarkan Lynna dan Kaizo masuk ke dalam perkarangan istana itu

"Tuan puteri? Bila masa tuan puteri sampai ke sini?" tanya salah seorang pengawal di situ apabila Lynna turun dari kuda perangnya. Salah seorang pengawal mengambil kuda itu dan juga kuda Kaizo untuk simpan ke dalam bangsal kuda

"Saya telah di hantar ke sini secara mengejut tapi jangan risau, saya selamat. Tuan putera ini telah melindungi saya sepanjang perjalanan kami"

"Terima kasih" kata pengawal itu kepada Kaizo. Lynna nampak kawan baik lelaki dia sedang turun dari tangga secara cepat. Dia juga terkejut dengan kehadiran Lynna

"LYNNA!"

"KIDDI!"

"Ini siapa?" tanya Kiddi

"Ini sahabat baik aku dan juga teman istimewa aku" kata Lynna sambil melihat wajah Kaizo "Kaizo, ini Kiddi. Penjaga istana ini" Kaizo dan Kiddi berjabat tangan "Jom Kaizo, aku tunjukkan istana aku yang besar ni" Lynna tarik tangan Kaizo dan lalu berlari di tangga. Kiddi hanya tersenyum sahaja melihat Lynna dengan keceriaan dia, dia tahu Lynna dilamun cinta. Lynna tunjukkan kawasan di dalam istana itu dan dia juga membawa Kaizo ke tempat dia selalu pergi. Dia turun ikut pintu rahsia dan keluar di sebelah tepi bangunan istana itu

"Aku selalu ke sini, ini tempat aku untuk tenangkan diri aku" kata Lynna sambil melihat sungai yang begitu luas. Angin di situ sungguh mendayu-dayu, Lynna pejamkan mata dia sambil menikmati kesegaran udara di situ. Seberang sungai itu terdapat sebuah hutan dan sebuah pergunungan yang sangat indah. Di tepi sungai itu terhadap sepohon pokok yang sangat besar. Ia juga terdapat buai yang telah digantungkan di pokok itu dan juga ada sebuah gazebo putih yang tidak jauh daripada buai itu. Di dalam gazebo itu terdapat sebuah kerusi besi panjang yang bercorakkan bunga dan juga sebuah meja besi. Lynna pergi duduk di atas buai itu dan lalu menghayunkan dirinya. Kaizo hanya berdiri sahaja di tepi sungai

"Kau sudah bersedia untuk balik?" tanya Lynna yang masih lagi buaikan diri dia

"Hmm.. aku tak tahu. Banyak benda aku ingin lihat di dunia ini tapi aku tidak mahu tinggalkan adik aku sorang-sorang di dunia sana" kata Kaizo sambil masukkan kedua belah tangan dia ke dalam poket jaketnya "Tapi aku ikut sahaja keputusan kau" kata Kaizo sambil melihat Lynna

Lynna berhenti menghayunkan buai tersebut dan bawa Kaizo masuk balik ke dalam istana balik. Dia menuju ke bilik dia bersama Kaizo dan tunjukkan cermin untuk pulang ke dunia mereka

"Apa keputusan kau, Kaizo?"

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top