Epilogue

"Uncle Pang Pang dan aunty Yaya nak bawa Qiqi ke mana? Nape ayah dan ibu tak ikut sekali?" Mata Rifqi melihat taman permainan yang penuh dengan orang ramai. Taman permainan itu sebenarnya adalah sebuah theme park. Pelbagai mainan yang mereka boleh naiki tetapi Rifqi masih kecil lagi. Jadi dia terpaksa naik mainan untuk kanak-kanak sahaja

"Uncle Pang Pang kamu tu nak bawa Qiqi pergi bermain!" kata Yaya sambil memimpin tangan Rifqi

"Oh.. ibu dan ayah tak nak main sekali ke?"

"Ibu dan ayah Qiqi tu tahu nak berdating aje" balas Fang dengan nada bosan dia "Jadi dia orang suruh kita orang bawa Qiqi ke sini. Boleh kita main-main dekat sini. Jom kita pergi beli cotton candy"

"Qiqi nak ice cream, Qiqi tak nak cotton candy" Rifqi mengheret Yaya ke arah sebuah gerai kecil yang menjual ice cream "Qiqi nak ice cream panda! Ayah selalu belikan untuk Qiqi ice cream panda!"

"Ok ok, tapi kita kenalah beratur dulu. Qiqi sabar ok" kata Yaya sambil berdiri di belakang seorang kanak-kanak lelaki. Tidaklah ramai orang yang beratur di situ tetap Rifqi tidak sabar untuk dapatkan ice cream dia. Yaya melihat Rifqi sudah melompat-lompat kegembiraan

"Hyper betul budak ni" kata Fang sambil bersilang tangan "Masa dia tahu dia bakal dapat adik, 24 jam dia nak berkepit dengan ibu dia"

"Hehehe.. mestilah. Dia tak sabar nak dapat adik tapi nanti takdelah dia kesunyian dekat rumah tu. Bolehlah dia bermain-main dengan adik dia nanti, macam kau dan abang kau dulu-dulu"

"Aku tak berapa ingat sangat semasa aku kecil lagi tapi abang aku ingatlah" Fang rasa sedikit sedih tetapi dia gembira kerana dia sudah mempunyai banyak memori bahagia bersama abang dia "Walaupun aku tak berapa ingat sangat, tapi masa aku tengok gambar-gambar semasa aku kecil bersama ibu bapa aku, buatkan diri aku lebih dekat dengan ibu bapa aku"

"Kadang-kadang uncle Pang Pang menangis seorang diri" Rifqi menyampuk juga. Dia ketawa kecil di situ dan muka Fang sudah naik merah "Hehehe.. uncle Pang Pang jangan marah tapi uncle Pang Pang nampak comel bila menangis"

"Sabar ajelah dengan budak kecik ni" Fang menggenggam tangannya. Mereka sudah pun berada di hadapan gerai

"ICE CREAM PANDA SATU!" Rifqi dengan muka kecomelannya. Pak cik jual ice cream itu terus berikan ice cream panda kepada Rifqi "Terima kasih pak cik! Pak cik nak tahu tak, uncle Pang Pang saya ni selalu kena buli dengan ayah saya. Lepas selalu kena marah-marah.. heheheee.. dah besar panjang pun masih kena marah dengan abang dia sebab degil sangat tapi ayah tak marah uncle Pang Pang keluar ber-" Fang terus tekup mulut anak buah dia

"Hehehe.. maaf yea pak cik, dia ni suka sangat bercerita. Kami pergi dulu" kata Fang sambil tersengih di situ

"Takpe takpe, pak cik faham"

Fang heret anak buah dia pergi ke tempat lain dan jauh dari pak cik jual ice cream itu. Yaya ketawa kecil melihat Rifqi cuba hendak lepaskan tangan dia dari pegangan Fang. Rifqi mahu lari ke sebuah tempat permainan iaitu Ferris Wheel tetapi pak ciknya tidak mahu. Mata Rifqi sudah berkaca, dia hampir hendak menangis di situ sehinggalah Yaya terpaksa memujuk Rifqi

"Qiqi, kita main benda lain dulu. Lagipun Qiqi tengah makan ice cream" Rifqi angguk sambil jilat ice creamnya "Qiqi budak baik"

"Betul tu!" Yaya melutut di hadapan Rifqi untuk lap mulut Rifqi yang comot itu tetapi Rifqi pergi tonyoh ice cream di bibir Yaya "Hehehehee... aunty Yaya comot!"

"Isk budak ni, suka betul kenakan orang" kata Fang yang sudah bersilang tangan

"Biarkanlah dia, Fang. Qiqi hanya bergurau sahaja" Yaya lap mulut dia dan Riqfi "Kau nak pergi ke mana dulu?"

"Hmmm.. kita ke permainan 4D adventure dulu. Bolehlah Qiqi main sekali dengan kita orang"

"WAH! QIQI NAK MAIN!"

"Ok ok tapi Qiqi kena habiskan ice cream panda tu dulu"

"Baik uncle Pang Pang!" Rifqi dengan gelojohnya, dia menghisap dan jilat ice cream pandanya sehingga terkena baju dia "Uncle Pang Pang, baju Qiqi kotor"

"Hmm.. takpelah, asalkan Qiqi gembira" Fang senyum sedikit tetapi di dalam hati dia memang rasa geram dengan sifat comel anak buah dia "Qiqi makan elok-elok. Nanti terkena baju Qiqi lagi"

"Tapi Qiqi memang makan elok-elok cuma ice cream ni dah cair" Memang betul kata Rifqi, chocolate ice cream itu sudah mengalir di tangan Rifqi. Ianya menyebabkan tangan Rifqi melekit "Qiqi tak nak makan dah"

"Jom, aunty Yaya basuhkan tangan dan mulut Qiqi"

"Lepas tu kita main game ok!" kata Fang. Dia pergi ikut mereka berdua ke tepi tandas. Di situ ada beberapa sinki yang ada di luar tandas. Rifqi bermain air di situ dan berikan beberapa percikan air kepada pak cik dia dan juga Yaya "Nakal betul budak ni"

"Qiqi nakal sebab uncle Pang Pang pun nakal juga. Aunty Yaya dulu-dulu nakal tak?"

"Tak, aunty tak nakal pun. Yang nakal pun, uncle Pang Pang kamu sahaja" Yaya tutup paip sinki itu "Ok, jom pergi main game. Qiqi nak main game apa?"

"Hmmm... Qiqi nak uncle Pang Pang dan aunty Yaya main game bola jaring. Lepas tu nanti dapat tiket banyak-banyak! Kita kumpul banyak-banyak, boleh dapat hadiah nanti!" Rifqi tepuk tangan dia kerana dia terlampau teruja sangat "Jomlah jomlah! Qiqi tak sabar nak menang hadiah!"

"Ok ok.. jom" Fang pimpin tangan Rifqi untuk menuju ke sebuah bangunan

Di dalam bangunan itu, terdapat banyak sangat permainan yang mereka boleh main. Ramai kanak-kanak, remaja dan juga dewasa sedang berseronok di situ dengan ahli keluarga mereka atau dengan kawan-kawan mereka. Rifqi terus bawa pak cik dia dan Yaya ke sebuah permainan bola jaring. Mereka hanya perlu masukkan beberapa bola ke dalam jaringan gol itu sahaja. Yaya pergi tukarkan duit dia untuk dapatkan duit syiling yang boleh mereka gunakan untuk bermain di dalam taman tema permainan tersebut. Selepas itu, mereka mula bermain permainan bola jaring itu. Rifqi bertepuk tangan setiap kali pak cik dia dapat jaringkan gol. Yaya hanya sekali sekala sahaja dapat jaringkan gol dia

"Aunty Yaya jangan sedih sangat. Aunty Yaya pun hebat juga macam uncle Pang Pang"

"Tapi uncle kamu lagi hebat daripada aunty. Masa sekolah dulu, uncle kamu selalu main bola keranjang dekat sekolah. Semua gadis jatuh hati dekat uncle kamu tu"

"Tapi cuma ada seorang sahaja gadis yang berjaya menawan hati dia! Dan dia adalah aunty Yaya!" Rifqi terus peluk Yaya di situ. Yaya rasa malu sedikit sambil melihat Fang "Hehehehe... muka aunty Yaya nampak merah"

"Qiqi, jangan buli aunty Yaya.. nanti lagi merah muka dia" Fang melemparkan bola terakhir dia dan terus mendapat gol terakhir dia "Hehehehee... tapi Qiqi jangan tanya pula macam mana uncle Pang Pang boleh terpikat dekat aunty Yaya"

"Ala.. Qiqi nak tahu! Bagitahulah dekat Qiqi!"

"Sibuk aje budak kecik ni. Uncle Pang Pang sekeh kepala Qiqi nanti" Rifqi lari di belakang Yaya sambil ketawa di situ "Hehehee... tahu takut budak ni tapi Qiqi masih kecil lagi. Nanti-nantilah uncle Pang Pang cerita ok. Tunggu Qiqi dah besar"

"Ok" Rifqi pegang tangan kanan Yaya dan terus ke tepi "Nanti uncle Pang Pang ceritakan macam mana ibu dan ayah bertemu.. hehehe... Qiqi nak tahu! Mesti sweet kan! Macam uncle Pang Pang dan aunty Yaya, SWEET SANGAT!" Rifqi tarik Yaya menuju ke arah sebuah mesin permainan iaitu permainan tembak-tembak "Qiqi nak main ni! Qiqi tahu uncle Pang Pang handal dalam tembak orang"

"Errr.. bila masa uncle Pang Pang pandai tembak orang?" Fang garu-garu kepala dia sambil rasa pelik dengan anak buah dia

"Uncle Pang Pang tembak-tembak orang jahat dengan kuasa hantu tu. Uncle Pang Pang memang hebat! Aunty Yaya pun hebat juga! Pandai tumbuk orang" Yaya tergelak melihat telajah Rifqi

"Tak habis-habis dengan kuasa hantu aku" bisik Fang "Qiqi nak tengokkan kehebatan uncle Pang Pang tak?"

"NAK NAK! QIQI SUKA SUKA! QIQI SUKA BILA UNCLE PANG PANG HEBAT MACAM AYAH DAN IBU!" Rifqi buat gaya aksi seperti ayah dia. Muka dia berubah serius tetapi pada diri Yaya, anak kecil itu sangat comel. Yaya cubit pipi Rifqi kerana terlampau comel sangat. Rifqi tergelak di situ kerana pipi di cubit oleh Yaya tadi "Hehehee... aunty Yaya suka betul cubit pipi Qiqi tapi Qiqi tak kisah! Qiqi lagi suka adalah"

"Ok! Uncle Pang Pang sudah bersedia!" Fang telah pun pegang dua pistol mainan. Mata dia sudah bersinar-sinar melihat permainan video game itu "Aku akan pastikan, aku menang di dalam permainan ini!"

"GO UNCLE PANG PANG! YOU CAN DO IT!" Yaya dukung Rifqi supaya anak kecil itu boleh melihat kehebatan pak cik dia di dalam permainan tembak menembak itu "Aunty Yaya rasa, uncle Pang Pang menang ke tak"

"Tak tahu tapi aunty yakin, uncle kamu pasti menang!"

"Hehehee! Uncle Pang Pang hebat!"

Fang sudah bersedia untuk menembak musuh-musuh dia di dalam permainan video game tersebut. Setiap kali musuh dia muncul, Fang terus berikan tembakan padu. Kesemua tembakan dia memang tepat pada sasaran dia. Rifqi bertepuk tangan sambil menjerit-jerit nama pak cik dia. Yaya seronok melihat Rifqi terhibur dengan pak cik dia yang sedang berseronok bermain di situ

"Uncle Pang Pang! Uncle Pang Pang tembak mereka lagi!"

"Uncle Pang Pang nak tembaklah ni... hehehee.. tengok markah uncle Pang Pang makin lama makin tinggi" Fang berusaha keras untuk kalahkan markah tertinggi di dalam permainan video game itu "Ambik kau ambik kau! Rasakan tembakan dari aku.. HAHAHAA!"

"Fang ni.. makin lama makin nampak macam orang gila pulak"

"Uncle Pang Pang memang macam tu. Kalau dia dapat kalahkan ayah, dia mesti ketawa macam orang gila"

"Qiqi jangan terlalu ikut perangai uncle kamu ok"

"Ok aunty Yaya!" Rifqi terus peluk leher Yaya "Qiqi akan jadi diri Qiqi sendiri dan Qiqi tak nak jadi jahat"

"Qiqi baik bukan jahat. Aunty yakin ibu dan ayah kamu dapat mendidik Qiqi untuk menjadi anak yang baik" Rifqi lepaskan pelukan di leher Yaya. Lalu dia cium pipi Yaya "Hehehee... comel sungguh Qiqi ni!"

"TIDAKKKKK!" Fang tidak dapat menerima kekalahan dia "Kenapa! why why why why! KENAPA AKU KALAHH! TIDAKKKK!"

Pengunjung-pengunjung yang lalu lalang atau sibuk bermain, mereka berhenti seketika untuk melihat gelagat Fang. Mereka ketawa kecil sambil melihat Fang cuba mengamuk di depan permainan video game tersebut. Selepas itu, mereka sambung bermain semula. Rifqi pula, dia hanya menepuk dahinya sendiri

"Uncle Pang Pang, kalau kalah pun.. tap perlulah menjerit"

"Tapi.. tapi..."

"Hehehee.. uncle Pang Pang mula nak menangis! Qiqi suka!"

"Amboi! Suka betul kau tengok aku menangis yea" Fang cuit hidung Rifqi. Mereka tergelak di situ "Jom kita pergi main benda lain pula tapi kali ini aunty Yaya kamu pula yang pilih"

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir 2 jam mereka bermain di bangunan permainan itu. Lama kelamaan, Rifqi tertidur di dalam dukungan Fang. Dia sudah terlampau penat sangat bermain tadi bersama pak cik dan mak cik dia. Mainan-mainan yang Rifqi mahukan tadi, semuanya di pegang oleh Yaya

"Kau nak balik dah ke?"

"Boleh juga.. aku dah penat melayan budak kecik ni.. hehehee.. penat penat pun, aku tetap rasa seronok" Yaya belai rambut Rifqi sedikit "Terima kasih sebab bawa aku sekali"

"Sama-sama" jawab Fang "Aku sebenarnya rancangannya, aku memang nak bawa kau ke sini.. hanya kita berdua sahaja tapi abang aku tu, suruh aku bawa Qiqi sekali. Kalau aku tak bawa, nanti aku kena hukuman dari dia. Ingat aku takut sangat dengan hukuman dia tu"

"Hmmm.. dari dulu sampai sekarang, abang kau suka sangat bagi hukuman dekat kau yea"

"Itu adalah salah satu hobi kegemaran dia iaitu menghukum aku.. kenapalah aku dapat abang macam tu tapi apa-apa pun, aku tetap sayangkan dia seperti mana dia sayangkan aku"

"Heehehee.. aku suka tengok keakraban korang berdua. Memang manis sangat dipandang" kata Yaya sambil tersenyum di situ

"Manis manis pun, kadang-kadang ada juga yang pahit dan masinnya. Aku tak pernah rasa benci dekat abang aku sebab dialah satu-satunya abang yang aku ada tapi sekarang ni, aku ada kakak dan anak buah. Makin berkembanglah keluarga ni. Agaknya, Qiqi boleh ke menjadi seorang abang yang baik kepada adik dia nanti"

"Mestilah boleh" balas Yaya "Tak sabar nak melihat reaksi Qiqi bila adik dia sudah keluar"

"Uncle Pang Pang..."

"Qiqi nak apa?" Fang melihat Rifqi tidak angkat kepala dia "Qiqi mengigau ke ni?"

"Uncle Pang Pang... bila nak kahwin dengan aunty Yaya?"

"ERK?" Muka Fang dan Yaya terus menjadi merah kerana malu dengan soalan tadi. Yaya melihat sedikit muka Rifqi. Anak kecil itu masih lagi tidur

"Dia mengigaulah ni.. Qiqi qiqi.." kata Yaya sambil gelengkan kepala dia

"Maaf sebab anak buah aku tanya soalan yang bukan-bukan pulak"

"Takpe"

Lalu mereka berdua diam sahaja sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Mereka berdua sudah berasa sedikit kekok tetapi sampai sahaja di rumah, sebuah senyuman terukir di wajah masing-masing. Mereka berbalas dengan senyuman tersebut. Mereka seperti memahami isi hati masing-masing. Apa yang jadi seterusnya, mereka akan berbincangkan tentang hubungan mereka untuk melangkah masuk ke alam yang seterusnya. Rifqi tentu akan gembira apabila mendapat berita baik dan apa terjadi kepada Boboiboy dan Lily? Mereka berdua boleh dikatakan akan bertunang tidak lama lagi... hahahahaaaa! Dimana Rizu di dalam cerita ini? Dia sebenarnya berada di luar negara untuk sambung belajar. Jadi dia hanya dapat mendengar kisah pengembaraan mereka di dunia fantasy dari abang angkat kesayangan dia iaitu Fang

-THE END-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top