Chapter Terakhir

Para adiwira sudah menghampiri istana Lynna tetapi Boboiboy menyuruh helang-helang itu mendarat jauh daripada istana itu. Dia tidak mahu mengambil risiko kerana dia tahu para askar demon sedang menunggu untuk menyerang mereka dengan anak panah

"Tuan Boboiboy tidak mahu turunkan mereka di tepi atau bahagian belakang istana?"

"Tak perlu cik helang. Tugas kamu hanya untuk bawa kami ke sini sudah pun selesai. Sekarang sudah masanya untuk kami selesaikan masalah kami pula. Lagipun kami semua tidak mahu kamu semua tercedera kerana serangan daripada musuh. Kami mahu kamu semua selamat. Terima kasih kerana bawa kami ke sini walaupun perjalanan kita ada gangguan daripada Dark Fairy"

"Sama-sama tuan Boboiboy"

Helang-helang tadi telah pun mendarat di sebuah kawasan hutan yang tidak jauh daripada istana itu. Gopal, Ying, Bella, Faye dan Lily turun dari belakang helang masing-masing. Manakala Boboiboy, Fang dan Yaya mendarat di hadapan kawan mereka. Suasana hutan itu sangat sunyi. Ianya seperti tahu peperangan akan berlaku sebentar tadi. Haiwan-haiwan yang ada di kawasan itu, telah pun larikan diri ke tempat yang lebih selamat

"Semoga berjaya, semua" kata salah seekor helang tersebut. Lalu mereka terbang pergi dan meninggalkan para adiwira di situ. Boboiboy sudah kembali menjadi Boboiboy biasa

"Sekarang, apa rancangan kita?" tanya Ying. Di hadapan mereka adalah kawasan lapang dan di belakang itu ada sebuah sungai. Istana itu tidak terletak jauh dari sungai. Mereka hanya perlu merintasi sebuah jambatan batu besar untuk sampai ke istana itu tetapi penghalang mereka adalah musuh mereka

"Hmm... kita perlu pergi selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna tapi.. halangan terbesar kita adalah askar-askar demon tu" balas Boboiboy

"Boboiboy, aku rasa biar aku sahaja yang pergi cari abang dan kakak aku"

"Tapi Fang.." Boboiboy rasa mereka semua perlu masuk dalam istana bersama. Dia tidak mahu terpisah dengan kawan-kawan dia lagi

"Ha ah, betul juga cakap Fang tu" Mereka pandang ke arah Bella "Kita berikan masa kepada Fang. Kita alihkan perhatian demon-demon tu, sementara Fang menyelinap masuk ke dalam istana itu. Tak perlu masuk secara beramai-ramai"

"Hmm.. aku ikut sahaja tapi kalau kau perlukan bantuan, hubungi aku, Fang" kata Boboiboy sambil melihat musuh mereka yang begitu ramai

"Ok"

"Hati-hati tau Fang" kata Boboiboy lagi "Kau tunggu dekat sini dan tunggu isyarat daripada kita orang"

"Ok tapi korang semua hati-hati. Lebih-lebih lagi Bella, Faye dan Lily. Korang sudah tiada kuasa dan alat memanah kau sudah dimusnahkan" Fang mula risau dengan keselamatan mereka bertiga tetapi dia lebih yakin dengan keganasan Bella yang sentiasa mengganas "Faye, kau ikut aku"

"Aik, apasal pulak?

"Sebab kau tiada kuasa tapi aku yakin Bella dapat melindungi Lily seorang ataupun Boboiboy melindungi dia" Mata Lily terus bersinar-sinar sambil melihat Boboiboy. Senyuman dia bagaikan dapat sesuatu yang istimewa "Errr.. bagi ajelah si Boboiboy lindungi si pelik yang sudah angau ni" Fang hanya memandang Lily dengan perasaan bosan dia

"Hehehee... dia memang sentiasa angau dengan buah hati dia tu" Bella tergelak sedikit melihat Lily masih lagi berbunga-bunga melihat kekasih hati dia iaitu Boboiboy

"Ok, jadi ra-" Boboiboy terdengar suara Dark Fairy yang sedang naik marah itu. Mereka terdiam di situ seketika. Suara Dark Fairy bagaikan bergema di situ

"Aku tahu korang berada di sini sekarang. Tunjukkanlah diri kamu semua sebelum aku sendiri cari kamu.. korang ingat korang dapat masuk ke dalam istana ni. Jangan harap! ASKAR-ASKAR AKU AKAN HAPUSKAN KAMU SEMUA DI SINI JUGA! HAHAHAAAAAA!" Boboiboy melihat Fang dan lalu dia angguk kecil

"Hati-hati semua" kata Fang. Dia melihat kawan-kawan dia keluar dari tempat persembunyian mereka. Faye tidak ikut mereka, dia hanya berdiri di sebelah Fang

"Fang, kau pun jaga diri kau" kata Yaya sambil menoleh kebelakang. Dia melihat wajah Fang seketika dan terus pandang ke depan. Yaya terbangkan diri dia dan tinggalkan tempat itu bersama kawan-kawan dia

"Kenapa kau tidak mahu luahkan perasaan kau kepada dia?" tanya Faye kepada Fang. Mereka berdua perhatikan kawan-kawan mereka yang sudah memasuki kawasan medan perang

"Sebab aku takut kalau persahabatan aku dan dia terjejas. Aku dan dia sudah lama berkawan. Kalau aku luahkan, bagaimana kalau selama ini dia hanya fikirkan aku sebagai kawan sahaja, bukan lebih daripada itu. Hati aku juga yang kecewa nanti" Kepala Fang tunduk sedikit kerana dia tidak mahu melihat kawan-kawan dia sedang berlawan dengan askar musuh mereka. Dia menggenggam tangannya kerana dia tidak dapat membantu mereka kerana dia ada misi lain iaitu pergi selamatkan abang dan kakak dia. Lalu dia terasa sesuatu di bahunya. Fang menoleh ke kiri dan nampak tangan Faye di bahunya

"Takdelah, dia tidak akan kecewakan hati kau. Baik kau luahkan selepas sahaja tamat pengembaraan kita. Aku nak melihat sepupu aku bahagia dengan orang yang dia sayang"

"Terima kasih Faye" Fang tersenyum sedikit "Jomlah kita pergi sebelum musuh kita tahu kita berada di sini"

"Ok" Faye mengikut Fang dari belakang

Mereka melalui jalan hutan untuk pergi ke tepi istana. Rancangan Fang adalah untuk memasuki melalui tempat Lynna yang selalu pergi iaitu sebuah taman kecil yang mempunyai sebuah buaian yang dia suka bermain. Mereka bergerak secara perlahan dan tersorok supaya musuh mereka tidak dapat mengetahui rancangan mereka. Fang melihat Ying sedang menggunakan kuasa dan selepas itu dia melihat Gopal menukar beberapa pedang musuh mereka menjadi pedang plastik mainan. Kaki dia tergerak untuk pergi menolong kawan-kawan dia tetapi Faye berjaya hentikan dia

"Jangan Fang, kita harus tabah. Kita harus selamatkan abang dan kakak kau" pujuk Faye

"Aku tahu Faye tapi.. kawan-kawan kita.. mesti mereka perlukan bantuan daripada aku" Fang berjalan dan jauhkan diri dia daripada medan perang itu

"Aku dapat rasakan apa yang kau sedang rasai. Aku sekarang ni rasa lemah tanpa alat memanah aku tapi.. aku yakin, kita pasti menang" Faye berikan senyuman sedikit kepada Fang "Kau tengok.. Boboiboy sudah bertukar menjadi tujuh. Dia tidak akan menyerah kalah"

"Yea, dia memang begitu. Semangat perjuangan dia tidak pernah pudar di dalam diri dia" Fang melihat lagi kawan-kawan dia dari jauh. Yaya sedang bertungkus lumus menumbuk musuh-musuh mereka yang begitu ramai itu "Hmmm... aku harap Bella dan Lily ok"

"Aku pun begitu, Fang. Sudahlah mereka sudah tiada kuasa.. tapi aku yakin Bella dapat membantu rakan kita yang lain. Dia ada kuasa ke, takde kuasa ke, tetap ganas seperti biasa. Dialah rakan aku paling ganas. Dia tak tahu nak berlawan pun tapi dia tetap akan mencuba dan aku kagum dengan sifat keberanian dia"

"Dia memang seseorang yang berani" Fang melangkah sedikit kerana ada akar pokok besar di depan. Dia berhenti seketika untuk pastikan tiada siapa yang mengekori mereka atau tiada musuh di hadapan mereka. Selepas itu mereka bergerak semula

"Itu suara Lily sedang menjerit" Faye berhenti untuk melihat apa yang sedang berlaku. Apa yang dia nampak sebuah golumn tanah sedang memijak beberapa musuh mereka sehingga menjadi leper seperti lempeng "Tapi aku tak nampak pula si Lily tu"

"Mesti ada dengan Boboiboy Gempa dia tu ataupun dengan Bella" kata Fang tanpa menoleh kebelakang. Dia mahu teruskan daripada berhenti dan melihat perlawanan di antara kawan-kawan dia dan musuh meraka di medan perang itu. Akhirnya mereka sampai ke sebuah sungai yang agak besar. Air sungai itu agak deras

"Kalau aku gunakan kuasa aku, agaknya dia orang akan nampak ke tak?"

"Guna ajelah Fang. Tak kan kau nak suruh kita berenang pulak. Kau gunakan ajelah helang bayang kau"

"Tak boleh! Aku tak nak sesiapa tahu tentang kita masuk ke dalam istana secara senyap tapi aku akan ciptakan jambatan bayang. Kau dan aku kena cepat sebelum mereka nampak kita"

"Ok" kata Faye sambil perhatikan sekeliling dia

"JAMBATAN BAYANG!" Sebuah jambatan bayang tercipta di depan mata Fang "Ok, jom!" Dia dan Faye berlari di atas jambatan itu. Fang berharap tiada siapa yang menyedari tentang kehadiran mereka berdua di istana itu nanti. Sampai sahaja di hujung jambatan, Fang hilangkan jambatan bayang dia

"Fuh, kita sudah menghampiri istana kak Lynna" kata Faye yang rasa sangat lega

"Kau jangan terlalu yakin, Faye sebab kita ada halangan di depan kita" Fang sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan 3 ekor demon yang menjadi pengawal istana itu. Muka demon-demon itu amat mengerikan. Gigi mereka seperti terkena lumpur-lumpur tanah "Faye, kau berdiri di belakang aku"

"Ok" kata Faye yang sudah berserius itu

"Mereka tidak boleh menghalang aku untuk memasuki istana kak Lynna.. TUSUKAN JARI BAYANG!" Ketiga-tiga demon itu musnah tetapi askar demon yang lain pula muncul

"Fang! Cepat kalahkan dia orang"

"Faye, apa-apa yang berlaku.. kau lari masuk ke dalam istana tu dan biar aku uruskan mereka"

"Tapi.."

"Jangan tapi tapi... asalkan salah satu daripada kita dapat masuk ke dalam istana kak Lynna! SERANGAN BAYANG!" Demon-demon it terpelanting kebelakang "CEPAT! LARI MASUK!"

"Tak, aku tak kan biarkan kau berlawan seorang disini!" Faye menarik tangan Fang dan lalu mereka berdua berlari untuk pergi ke pintu istana yang terdapat di tepi istana itu "Cepat! Serang mereka sambil kita lari dari sini"

"ISK! Kau ni degil betul! TOLAKAN BAYANG!" Demon-demon yang cuba menyerang mereka, telah ditolak dan dicampak ke dalam sungai besar. Demon itu telah dihanyutkan ke dalam air sungai yang deras itu "Sebelum mereka kembali, cepat kita masuk ke dalam istana dengan segera!"

"Ok"

Mereka berdua sudah pun sampai di pintu istana. Pintu kayu itu dibuka oleh Fang dan lalu mereka masuk secara senyap. Faye perhatikan di sekeliling dia supaya tiada siapa yang mengikuti dia. Demon-demon tadi sudah tidak kelihatan. Lalu dia masuk ke dalam dan tutup pintu itu secara perlahan. Fang menaiki tangga untuk pergi ke bahagian atas. Dia dan Faye naik secara senyap. Lalu mereka berhenti di anak tangga kerana mereka terdengar bunyi orang sedang berjalan

"Syhh.. kau tunggu sekejap, biar aku pergi periksa" Faye angguk dan melihat Fang naik ke atas sedikit demi sedikit. Fang tundukkan diri dia dan nampak tiga pengawal demon sedang mengawal di kawasan itu

"Macam mana?"

"Ada pengawal demon. Aku kena hapuskan mereka secara senyap" Fang pergi ke tepi anak tangga dan lalu dia berikan serangan dia secara senyap "Tusukan jari bayang" Serangan bayang dia menusuk tepat ke arah jantung pengawal demon yang ada di situ. Ketiga-tiga demon itu terkena tusukan bayang Fang dan lalu mereka rebah ke atas lantai. Demon-demon itu tidak membuat bising dan terus Fang berlari naik ke atas

"Fang, semua ok ke?" Faye sudah naik ke atas secara berhati-hati. Dia melihat sepupu dia sedang melutut di tepi demon itu untuk periksa

"Ok, dia orang dah mati. Jom" Fang teruskan berjalan. Mereka lalu di tepi-tepi koridor yang penuh dengan pintu-pintu yang sudah ditutup rapi. Fang boleh lihat dari tingkap, kawan-kawan dia masih lagi bertarung dengan musuh-musuh mereka

"Fang, kau tahu tak dekat mana penjara?"

"Aku tidak pasti tapi kita kena cepat. Kawan-kawan kita mungkin perlukan pertolongan kita sekarang ni" Fang sampai di sebuah sudut. Dia melihat ke kiri dan ke kanan dia. Ada dua laluan dan dia tidak tahu laluan mana dia patut ambil

"Istana kak Lynna besar, aku pernah sampai ke beberapa tempat sahaja"

"Aku tahu tapi... aku tak nak kita terpisah sekarang ni" Fang melihat laluan kiri dia. Laluan itu sampai ke penghujung dan dia tidak pasti ada apa di tepinya. Dia melihat di bahagian kanannya. Terdapat sebuah tangga utama istana di situ "Kita ambik kanan tapi kita teruskan sahaja. Jangan turun ke bawah"

"Kau pasti? Selalunya penjara istana terletak di bahagian bawah istana"

"Takpe.. kita cari sampai dapat" Fang pergi terlebih dahulu sebelum Faye ikut dia

Fang periksa di sekitar itu. Lalu dia pergi ke tepi penghadang koridor. Dia pandang ke bawah untuk melihat apa yang berlaku. Ada lagi pengawal demon di bahagian bawah. Dia melihat salah seorang pengawal demon sedang menaiki tangga utama. Fang terus sembunyikan diri dia di sebalik tiang istana. Dia mengintai sedikit. Demon itu sudah pun berada di tingkat atas dan dia sedang berjalan ke arah dia. Faye melihat apa sepupu dia ingin lakukan. Dia tidak begitu cemas kerana dia tahu Fang dapat lakukannya dengan baik

"Tusukan jari bayang!" Demon itu terus terkena serangan dari Fang. Lalu ianya jatuh di atas lantai "Ok Faye.. jom bergerak dengan cepat sebelum yang lain datang" Mereka berdua berlari dan merintasi di tangga utama itu

"Kita ke mana? Terus sahaja?"

"Terus sahaja" kata Fang. Mereka teruskan berjalan sehingga mereka ternampak sebuah bilik untuk beristirehat. Seorang gadis sedang mengemas bilik itu. Muka dia ada perasaan takut dan pakaian dia agak kotor sedikit. Lalu Fang masuk ke dalam bilik itu untuk bertanya kepada gadis itu "Maaf, saya ingin bertanya" Gadis itu terkejut melihat Fang

"Tuan Fang, kamu sepatutnya tidak patut berada di sini. Dark Fairy sedang mencari kamu dan kawan-kawan kamu"

"Yea, saya tahu tapi.. boleh tak beritahu dimana penjara istana?"

"Penjara istana tidak jauh dari sini tapi kamu harus berhati-hati. Kamu terus sahaja, belok ke kiri dan cari pintu besi dan dari situ, kamu akan nampak sebuah tangga untuk turun ke bawah. Di situlah permaisuri dan raja telah dikurungkan. Hati-hati kerana pengawal demon ada di mana sahaja" kata gadis itu dengan sopan sekali "Baik kamu pergi dari sini sebelum mereka sampai"

"Terima kasih" balas Fang sambil berjalan keluar dari bilik itu. Gadis itu tersenyum sedikit dengan harapan penuh yang istana itu akan kembali kepada keadaan asalnya. Fang ikut arahan dari gadis itu tadi. Mereka bergerak secara berhati-hati. Semasa mereka belok ke kiri, Fang nampak pengawal demon sedang berdiri di depan sebuah pintu besi

"Itulah pintu ke bilik penjara"

"Kita cuma perlu hapuskan demon seekor tu. Kacang aje ni" Fang tersenyum sinis. Bahu dia diusik-usik oleh sepupu dia "Wei, janganlah sentuh aku"

"Fang.. baik kau tengok belakang kita" kata Faye dengan nada takut. Tiba-tiba Fang terdengar suatu suara yang amat menggerunkan. Lalu dia menoleh kebelakang. Dua ekor demon sedang menghayun pedangnya kepada mereka. Pengawal demon tadi terus tersedar dengan kehadiran Fang dan Faye di situ. Dia juga mengikut kawan-kawan demon dia untuk hapuskan Fang dan Faye

"PELINDUNG BAYANG!" Pedang demon itu sedikit lagi hendak terkena Faye tetapi pelindung bayang Fang sudah terbentuk di situ. Demon-demon itu tidak mahu mengalah. Mereka tetap menyerang pelindung bayang itu

"Sekarang macam mana?"

"Bagi aku fikir" Fang melihat kiri dan kanannya "Aku kena serang mereka secara serentak. Kau duduk di sini, biar aku uruskan mereka" Lalu dia melompat keluar dari pelindung bayangnya "SERANGAN BAYANG!" Serangan itu terus berbahagi kepada tiga. Ketiga demon itu terus terkena tusukan dari serangan Fang. Demon-demon itu jatuh dan terus musnah sehingga menjadi pasir. Pelindung bayang Fang hilang dan lalu dia mendarat dengan penuh gaya

"Woah, tak pernah pulak aku nampak demon tadi musnah dan jadi pasir" kata Fang

"Demon jenis lain kot. Tadi masa kau lawan, takde pulak dia orang jadi pasir"

"Entahlah.. tapi ini bukan masanya untuk bincangkan spesis demon yang kita sudah hapuskan. Jom pergi selamatkan kak Lynna dan abang aku" Fang berlari ke pintu besi itu. Dia pegang pemegang pintu itu. Dia cuba hendak menarik buka pintu tersebut tetapi gagal

"Nampaknya dia orang kuncikan pintu ni"

"Hmm.. menyesal pulak aku pergi matikan demon tadi tu. Mesti dia kunci pintu" Fang bermundar mandir sambil fikirkan sesuatu

"Ala, kau ni.. tak payah nak fikirkan sangat. Gunakan sahaja kuasa bayang kau tu"

"Heheehe..." Fang tersengih kepada Faye. Lalu dia berhenti di depan pintu besi itu dan dia berundur sedikit. Faye turut berundur juga "SERANGAN BAYANG!" Serangan dari Fang itu membuat pintu itu meletup sekuatnya. Berkecai pintu besi itu "Aku harap tiada siapa yang dengar letupan tadi tu. Jom masuk sebelum pengawal demon yang lain nampak kita ada di sini"

Fang dan Faye bergegas masuk ke dalam bilik penjara. Di depan mereka terdapat satu lagi tangga untuk turun ke bawah. Mereka teruskan sahaja untuk turun dari situ. Setelah sampai sahaja di bawah, mereka boleh nampak beberapa penjara kosong di situ. Tiada Kaizo dan Lynna di situ. Mungkin mereka berada di penjara yang jauh dari situ, fikir Fang. Dia berjalan dan perhatikan di setiap penjara yang ada di situ. Ada beberapa ekor haiwan telah dikurungkan ke dalam satu penjara. Muka mereka kelihatan sedih dan paling sedih sekali, anak-anak haiwan yang masih kecil lagi, menangis di dalam dakapan seekor beruang. Mereka dalam keadaan ketakutan dan mahu pulang ke pangkuan ibu bapa mereka

"Kejamnya dia orang ni" kata Faye "Kita kena lepaskan haiwan-haiwan ini semua"

"Selamatkan kami" kata seekor anak itik yang sedang menangis di hadapan Fang dan Faye "Kami tidak buat salah, kenapa mereka perlu tangkap kami? Apa salah kami?" Faye melutut di depan penjara itu

"Jangan risau, kami akan selamatkan kamu semua. Anak itik pergi belakang, biar abang ni bukakan pintu ini" Faye bangun dan berundur kebelakang. Dia dan Fang pandang satu sama lain dan lalu Faye angguk kepalanya kepada Fang

"JARI JEMARI BAYANG!" Kedua belah tangan Fang hasilkan dua buah tangan dan pegang pintu penjara itu. Anak itik tadi sudah lari dan sorok di dalam dakapan beruang. Lalu Fang terus menghayunkan tangannya dan pintu penjara itu tercabut dari situ "CEPAT KELUAR SEMUA!" Dia baling pintu itu jauh daripada mereka

"Fang, aku kena bawa mereka ke tempat yang selamat"

"Tapi kau tiada kuasa. Macam mana kau nak keluar dari istana ini secara selamat?" Fang melihat beberapa anak ekor haiwan pergi memeluk kaki sepupunya "Hehehe.. dia orang suka kau nampaknya"

"Terima kasih kerana keluarkan kami dari sini" kata anak-anak haiwan itu yang rasa sangat bersyukur. Satu demi satu haiwan-haiwan yang ada di dalam penjara itu keluar

"Aku tahu aku tiada kuasa tapi aku harus bertanggungjawab ke atas mereka. Aku tidak boleh biarkan mereka keluar dari sini secara bersendirian"

"Jangan risau cik Faye, saya akan bantu kamu" Fang dan Faye menoleh ke kiri. Gadis yang tolong tunjukkan jalan ke arah penjara, ada di situ "Saya akan bawa mereka keluar dari sini"

"Macam mana? Maafkan saya, tapi kamu tiada kuasa untuk melindungi haiwan ini semua"

"Takpe tuan Fang. Saya memang tiada kuasa tapi saya selok belok tentang istana ini. Di dalam bilik penjara ini terdapat laluan rahsia. Pintu rahsia yang tersorok di dalam bilik ini. Saya akan bawa mereka keluar dari sini menggunakan laluan rahsia itu. Laluan itu akan bawa mereka keluar terus di dalam hutan"

"Kalau begitu, saya akan serahkan kepada kamu" Gadis itu tersenyum kepada Fang "Haiwan-haiwan semua, kamu ikut gadis itu. Dia akan bawa kamu ke laluan rahsia"

"Mari ikut saya" Haiwan-haiwan itu terus ikut gadis berkenanan. Salah seekor anak harimau, di angkat oleh gadis itu. Lalu dia peluk anak harimau itu "Oh yea, penjara permaisuri dan raja terletak di sebelah kanan. Di hujung sekali"

"Terima kasih. Kami sangat berhutang budi kepada kamu" kata Fang

"Jangan risau, saya di sini ingin mahu melihat semuanya kembali kepada yang asal" Gadis itu berikan senyuman ikhlas kepada Fang dan Faye. Lalu dia beredar dari situ dengan haiwan-haiwan tadi

"Ok, jom" Fang teruskan berjalan dan belok ke kanan. Dia terus ke penghujung bilik penjara itu. Setelah sampai di akhir penjara, Fang sangat gembira dapat melihat abang dan kakak dia balik "ABANG! KAKAK!" Kaizo dan Lynna terkejut dengan jeritan dari adik mereka

"Fang!"

"PANG!"

"Abang ok? kakak ok? Adik nak keluarkan abang dan kakak dari sini"

"Yang lain main?" tanya Lynna

"Dia orang terpaksa berlawan dengan askar demon untuk alihkan perhatian. Jadi adik dan Faye menyelinap masuk ke dalam istana. Abang dan kakak berdiri kebelakang, adik nak buka pintu ni" Lalu Kaizo dan Lynna pergi kebelakang penjara sambil melihat Fang menggunakan kuasa bayangnya untuk musnahkan pintu penjara itu. Pintu itu telah pun berjaya dimusnahkan oleh Fang "Ok, jom kita keluar dari sini"

"Terima kasih Pang" kata Kaizo sambil keluar dari penjara itu. Lalu dia peluk adiknya "Masa kau ditarik masuk ke dalam sungai, abang sangat risaukan tentang diri kau. Abang tidak henti-henti mencari kau. Sekarang kau sudah berada di depan mata aku, aku rasa sangat lega"

"Abang tidak perlu risau lagi. Adik telah diselamatkan oleh penduduk ni tapi adik hilang ingatan. Adik tak ingat apa-apa, sehinggalah kawan-kawan adik munculkan diri" Lalu Fang berhenti seketika. Dia teringat sesuatu yang membuatkan diri dia berapi-api sedikit "Baru adik ingat, macam mana ingatan adik pulik balik... nahaslah si Gopal nanti"

"Cheh, sempat lagi si Fang ni" bisik Faye

"Mari kita pergi tolong kawan-kawan kamu" kata Lynna sambil melihat keakraban adik beradik itu

"Qiqi macam mana kak Lynna?" tanya Fang yang sudah lepaskan pelukan dari abangnya

"Yea, kita selamatkan Qiqi sekali" Lynna terus berjalan bersama mereka "Kita perlu ingatkan dia balik bersama. Akak tidak akan berdiam diri sahaja kali ini"

"Macam mana? Kakak dan abang mesti tiada kuasa sekarang ni sebab terperangkap dalam penjara biasa. Mana kuasa abang dan kakak?"

"Kuasa kita orang telah dirampas oleh Rifqi sendiri" Lalu Kaizo berhenti dan pegang lengan Lynna

"Kaizo?" Lynna menoleh kebelakang untuk melihat suaminya

"Aku rasa kita patut hapuskan Dark Fairy terlebih dahulu. Kalau kita cuba ingatkan Rifqi balik, mesti Dark Fairy itu akan kacau dan ganggu pemikiran dia. Itu sahaja cara yang kita ada sekarang ini"

"Aku pun rasa begitu, Kaizo tapi kita perlukan bantuan dari adik kita si Fang ini untuk tolong kita hapuskan Dark Fairy itu" Fang terus berikan tabik hormat kepada Lynna "Heheee.. jom kita berjuang!"

"YEAH!" jerit Fang dan Faye secara serentak

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keadaan diluar istana masih lagi dalam keadaan huru hara. Para adiwira terpisah di sana sini untuk pastikan musuh mereka musnah tetapi setiap kali musuh-musuh mereka musnah, datang lagi musuh mereka yang lain. Semakin lama, mereka semakin penat tetapi mereka tidak akan mengalah di situ

Ying berlari ke sana sini sambil berikan tendangan laju dia "LARIAN LAJU!" Dia sempat rampas salah satu tombak dari askar demon itu dan lalu dia menikam askar-askar itu sambil berlari ke sana sini

Pecahan Boboiboy juga terpisah di sana sini. Halilintar pergi hapuskan askar demon itu dengan pedang halilintarnya, Taufan berikan serangan dari udara, Gempa hasilkan golumn tanah, Ice bekukan setiap demon yang cuba mendekati atau cuba menyerang kawan-kawan dia, Blaze berikan serangan berapi dia yang terbaik, Thorn bergayut ke sana sini sambil menyerang musuh-musuh dia dan Solar pula, dia tembak askar demon itu dengan tembakan solarnya

Jauh dari situ, Gopal keadaan takut-takut tapi masih lagi berjuang bersama rakan-rakan dia "TEMBAKAN SNIPPER!" Beberapa pedang askar demon bertukar menjadi pedang mainan ataupun menjadi roti panjang "HAHAHAA! Rasakan tembakan dari aku!" Dia terus berikan serangan kuasa hijau serangan anak panah dan tombak, dia tukarkannya kepada makanan atau benda lain

Yaya pula, serang musuh mereka dari udara. Bella dan Lily menggelakkan diri mereka daripada terkena serangan dari askar demon "GRAVITY PEMBERAT! YAHHHHH!" Yaya terus tumbuk musuh-musuh dia yang tidak dapat bergerak. Lalu dia berikan serangan lain pula

"MAMPATAN GRAVITY!" Demon-demon yang ada di bawah, terus melekat di bola kuasa pink Yaya "TUMBUKAN PADU! YAHHH!" Yaya berikan tumbukan dia ke arah askar demon itu. Selepas itu dia angkat demon-demon tersebut menggunakan kuasa gravitynya dan lalu dia melempar mereka ke tempat lain. Tanpa disedari oleh Yaya, pasukan demon yang ada istana, menghantar beberapa anak panah dan juga tombak ke arah para adiwira. Salah satu tombak terkena lengan Yaya sedikit tetapi tombak itu begitu tajam dan berbisa. Ianya menyebabkan Yaya jatuh dari situ

"YAYA!" Menjerit seseorang sambil melihat Yaya jatuh di atas permukaan bumi. Fang berlari ke arah Yaya bersama Faye, Kaizo dan Lynna "Yaya, kau tak apa-apa ke?"

"Aku.. ok.." Yaya bangunkan diri dia. Kesan darah di bahagian lengan dia "Kak Lynna dan abang Kaizo.. selamat" Dia gembira melihat mereka berdua ada di situ. Lalu beberapa hantaran anak panah lagi menghala ke arah mereka "HATI-HATI!"

"TETAKAN HALILINTAR!" Halilintar melibas-libas beberapa anak panah itu. Taufan turut membantu di situ

"PUSARAN TAUFAN!" Taufan sempat melindungi mereka dan melindungi kawan-kawan dia dengan sebuah puting beliung untuk mengumpul kesemua anak panah ke dalam puting beliung itu "TOLAKAN TAUFAN!" Lalu dia melempar balik anak-anak panah itu ke arah demon tersebut

"Yaya, kau boleh lawan lagi tak?" tanya Gempa yang baru munculkan diri dia di situ

"Boleh kot.." jawab Yaya sambil pegang legang dia

"Aku rasa aku patut bawa kau ke tempat yang selamat. Mari ikut aku" kata Fang

"Fang, kau lindungi Yaya dan aku akan halang beberapa demon yang cuba menyerang kau. Kak Lynna, abang Kaizo.. korang macam mana?" tanya Gempa sambil melihat dua orang dewasa di depan matanya. Yaya dan Fang sudah lari dari situ

"Jangan risau tentang kami" Kaizo keluarkan pedang dia yang ada di tepi tali pinggangnya "Tanpa kuasa, aku masih lagi boleh berlawan. Mari Lynna, kita cari Rifqi. Dia mesti ada dekat sini" Kaizo berikan pedang dia kepada Lynna dan dia pula tumbuk musuhnya di belakang dan rampas pedang itu dari tangan musuhnya. Selepas itu, dia tikam demon itu

Memang betul kata Kaizo, Rifqi ada di dalam pertarungan itu. Dia sedang cuba hendak berlawan dengan pecahan Boboiboy yang lain. Gempa terkejut apabila nampak Thorn tercampak dan jatuh di tepi tebing sungai. Musuh mereka semakin banyak dan Gempa rasa seperti peperangan ini tiada penghujungnya

"Jangan mengalah. Peperangan ini akan berakhir nanti" bisik Gempa bersendirian di situ. Dia melihat sekeliling dia, Kaizo dan Lynna sudah pergi untuk mencari Rifqi. Bella dan Lily tidak kelihatan di situ "TANAH TINGGI!" Beberapa askar demon terkena tumbukan tanah. Lalu dia lari dari situ untuk mencari Bella dan Lily. Dia berharap mereka berdua dalam keadaan selamat

Jauh dari situ, Bella sedang melibas-libas pedangnya ke arah seorang demon yang amat besar dari diri dia. Lily berada di belakang badan Bella. Mereka kelihatan ketakutan tetapi Bella tetap mahu berlawan juga walaupun sudah tiada kuasa. Lily masih lagi kehilangan suara. Dia tidak dapat menjerit untuk meminta tolong dari rakan-rakan dia

"Lily, kalau aku tewas dengan demon ni. Kau lari dari sini" kata Bella dengan nada serius. Lily hanya mengangguk sahaja "Aku.. tidak.. akan.. kalah!" Bella melibas dan tendang kaki demon itu tetapi kaki dia pula yang merasa kesakitannya

Demon itu masih lagi berdiri teguh di depan mata dia. Demon itu menampar kepala Bella sehingga menyebabkan Bella tercampak jauh sedikit. Lily berundur kebelakang apabila demon itu tidak pergi ke arah Bella. Dia menjadi takut apabila demon itu maju ke depan dengan gigi dia yang taring, sambil keluarkan bunyi yang menggerunkan. Jauh dari situ, Bella bangunkan diri dia sambil mengambil pedang dia untuk pergi selamatkan kawan baik dia

"JANGAN KAU DEKATI KAWAN BAIK AKU!" Bella melempar pedang itu ke arah sasarannya. Pedang itu tepat terkena belakang badan demon tersebut. Lalu demon itu terus hancur dan berubah menjadi pasir "Lily!" Dia lari ke arah Lily "Kau ok tak?" Lily hanya membalas satu pelukan serta dengan tangisan dari dia "Jangan menangis Lily"

"Sini pun rupanya kau" Mereka berdua menoleh ke kiri dan terkejut dengan kehadiran Dark Fairy "Kau yang pergi tikam aku tadikan. Jadi aku akan balas dendam apa yang kau buat terhadap diri aku tadi" Dia keluarkan kuasa dia yang gelap dari tangannya. Terus Bella ke depan untuk melindungi Lily

"Aku tak kan benarkan kau buat begitu!" Mata mereka bertentangan. Muka Bella begitu marah dan perasaan geram dia membuak-buak di hatinya

"Yea ke.. kau tu hanya manusia biasa sahaja. Kuasa kau, aku telah ambil semula. Boleh ke kau melindungi kawan baik kau tu?"

"Ada kuasa ataupun tidak, aku akan tetap melindungi dia KERANA AKU BUKAN SEPERTI KAU! Kau tiada perasaan, tidak mempunyai sahabat baik, mempergunakan Qiqi sahaja untuk ambil kuasa dia. Hati kau gelap! Kau hidup seorang diri di dalam dunia ini. Dunia kau penuh dengan kesunyian" Dark Fairy terlampau marah dengan kata-kata Bella tadi, lalu dia menampar Bella sehingga membuatkan diri Bella tercampak dari situ. Lily menjerit tanpa suara dia keluar

"Hmm... buat apa aku perlukan seorang kawan. Aku hanya perlukan kuasa untuk menguasai dunia ini dan mungkin juga dunia lagi satu.. HAHAHAA! Sekarang sudah tiba masanya giliran kau pula" Kali ini Dark Fairy tidak gunakan kuasa kegelapan dia. Dia keluarkan pedang dia untuk hapuskan Lily. Lalu dia menghayunkan pedangnya itu tetapi pedang dia dihalang oleh pedang Bella "KAU LAGI!"

"Kau ingat aku akan lari? Kau ingat aku akan biarkan kawan aku mati di depan mata aku sendiri. KAU INGAT AKU AKAN MENGALAH! AKU AKAN TETAP LAWAN DENGAN KAU!" Dark Fairy menolak pedang dia dan pedang Bella tetapi Bella menahan pedangnya buat begitu "LILY! LARI DARI SINI CEPAT!" Lily tidak membantah, dia terus larikan diri. Dia akan meminta bantuan daripada kawan-kawan dia untuk pergi menolong Bella

"Aku akan hapuskan kau!" Dark Fairy gunakan kuasa kegelapan dia dan lalu Bella tercampak dari situ "Hahahaaa!" Dia berjalan ke arah Bella yang terbaring di atas tanah. Bella undur kebelakang dengan tangannya meraba-raba di atas permukaan bumi. Tangan dia sedang mencari sesuatu

"Kau terlampau lemah.. kau sendiri tidak mampu untuk hapuskan aku"

"Yea ke.. lemah macam mana pun, aku tidak akan mudah berputus asa" Tangan Bella mencapai sesuatu tapi dia tunggu dulu untuk menyerang Dark Fairy

Jauh dari situ, Kaizo dan Lynna berlawan dengan beberapa demon sambil mencari anak mereka. Lynna asyik memanggil namanya tetapi tiada sahutan dari Rifqi. Dia tidak mahu mengalah. Sambil berlawan, sambil itu dia pandang ke arah sini sini supaya dia tidak terlepas pandang. Tiba-tiba Lynna berhenti kerana dia nampak anaknya jauh dari situ. Anak dia sedang bertindak ganas terhadap Boboiboy Halilintar. Rifqi letupkan pedang Halilintar dan lalu dia hayunkan tangannya untuk menolak Halilintar sejauh mungkin

"QIQI!" Lynna berlari sambil mencantas laluan dia untuk hapuskan demon yang menghalang perjalanan dia ke anak dia

"Lynna! Hati-hati!" Kaizo terpaksa melindungi isterinya dari belakang. Rifqi nampak kedua ibu bapanya sedang datang ke arah dia. Rifqi hanya tersenyum sinis sahaja dan dia biarkan merek datang. Dia berdiri di situ sambil melihat ibu bapanya berlawan dengan askar demon. Semangat mereka tidak pernah pudar, mereka akan lawan untuk selamatkan anak mereka

"QIQI!" Lynna sudah semakin hampir dengan anaknya

Tangan dia sudah capai untuk sentuh anaknya tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku ke atas Lynna. Sebatang anak panah terkena Lynna. Bukan satu, tetapi 2 3 anak panah terkena badan Lynna. Kaizo menjerit dan melindungi isterinya daripada terkena libasan pedang dari demon. Diri dia yang terkena pedang itu. Tiba-tiba Rifqi mengangkat tangannya untuk menyentuh ibunya. Jari dia dan ibunya tersentuh sedikit sebelum Lynna jatuh di atas permukaan bumi. Secara tidak langsung, Rifqi berhenti bergerak kerana dia terlihat kehidupan dia sewaktu dia kecil lagi. Kuasa Lynna yang telah dirampas oleh Rifqi, aktif pada saat itu

"Qiqi! Ibu sayangkan Qiqi!" Rifqi muncul di ruang tamu bersama teddy bear kesayangan dia

"Qiqi pun sayangkan ibu! Bukan ibu sahaja, Qiqi sayang ayah juga" Rifqi peluk kedua ibu bapanya bersama dengan teddy bearnya "Qiqi tak nak terpisah dengan ibu dan ayah. Ibu dan ayah sentiasa ada di hati Qiqi. KASIH SAYANG QIQI DENGAN IBU DAN AYAH ADALAH SELAMA-LAMANYA!"

"Ibu pun tak nak terpisah dengan Qiqi. Kasih sayang dari ibu dan ayah kepada Qiqi, tidak pernah pudar. Walaupun apa-apa terjadi dekat Qiqi, ibu dan ayah akan berusaha untuk selamatkan Qiqi kerana Qiqi anak ibu dan ayah" Lynna cium pipi anaknya

"Terima kasih ibu" bisik Rifqi sambil mengesat air matanya di baju ibunya "Ibu dan ayah adalah yang terbaik di hati Qiqi"

"Rifqi jangan nakal-nakal ok"

"Baik ayah! Qiqi akan jadi budak baik! Heheheee.. tapi uncle Pang Pang nakal"

"Uncle Pang Pang kau tu nak kena marah selalu" kata Kaizo dengan nada serius dia. Rifqi dan Lynna tergelak di sedikit. Keluarga mereka sangat bahagia dan juga penuh dengan kasih sayang

"QIQI!" Rifqi menoleh kebelakang nampak pak cik dia bersama kawan-kawan baik dia iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily. Semuanya datang membawa hadiah untuk Rifqi "Kami ada belikan sesuatu untuk Qiqi!"

"WAH! HADIAH HARI JADI QIQI KE?" Rifqi berlari ke arah pakciknya

"Bukanlah Qiqi, ini hadiah sebab kami rindukan Qiqi" kata Yaya "Memang susah nak jumpa Qiqi sebab kita orang terlampau sibuk sangat. Jadi kami belikan hadiah ini sebagai tanda rindu kami kepada Qiqi. Bukan rindu sahaja, kami juga sayangkan Qiqi"

"Ha ah, betul tu" kata Ying "Qiqi suka dengan hadiah daripada kami?"

"SUKA SUKA! Terima kasih semua" Rifqi terus ambil sebuah hadiah dari tangan Boboiboy "Mari kita buka sama-sama" Rifqi menarik tangan Boboiboy untuk pergi duduk di ruang tamu rumah. Rifqi duduk bersila di atas lantai sambil koyakkan pembalut hadiah itu. Semuanya melihat gelagat comel Rifqi yang sedang membuka hadiah itu

"Itu? Memori.. semasa aku kecil lagi" Air mata Rifqi mengalir keluar. Dari memori itu sahaja dia dapat merasai kasih sayang daripada mereka. Kuasa kegelapan di hatinya, sedikit demi sedikit memberikan cahaya baru. Cahaya kesucian Rifqi yang selama ini ada di dalam hatinya, cuma Dark Fairy menghalang cahaya itu keluar

Pada masa yang sama, Bella bertindak cepat dengan menikam ke arah jantung Dark Fairy. Suatu letupan berlaku apabila jantung Dark Fairy terkena tikaman itu dan begitu juga dengan demon-demonnya. Semuanya hancur dan bertukar menjadi pasir. Bella terdampar di atas rumput hijau kerana dia sudah penat dan pada masa yang sama, peperangan mereka sudah pun berakhir. Diri dia rasa lega sangat dan juga gembira kerana dia dapat kalahkan musuh utama mereka iaitu Dark Fairy. Lalu dia bangun untuk pergi melihat apa yang berlaku

"Ibu.. ayah" Rifqi terduduk di situ sambil melihat kedua ibu bapanya terbaring di depan matanya "IBU! AYAH!" Dia merangkak pergi ke arah mereka. Badan Rifqi berubah menjadi kanak-kanak 4 tahun. Dia sudah pun kembali kepada yang asal. Dia berasa menyesal dengan perbuatan dia. Hati dia hancur kerana kelakuan dia menyebabkan ibu bapa dia tidak lagi bergerak dari situ. Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily berdiri di situ sambil melihat Rifqi menangis sayu. Mereka menangis bersama dengan Rifqi, terutama sekali Fang kerana tidak sanggup kehilangan abang dan kakak dia. Rifqi duduk di tengah di antara ibu bapanya. Lalu dia memeluk badan ibunya. Badan Lynna masih lagi terasa hangat

"Ibu.. Qiqi minta maaf.. Qiqi buat hati ibu kecewa. Qiqi buat ibu sedih.. Qiqi jahat sebab buat ibu begitu.. Qiqi tak nak kehilangan ibu dan ayah. Bangunlah ibu.. BANGUNLAH IBU!" Rifqi menangis di badan Lynna. Dia goyang-goyangkan badan ibunya "Bangunlah ibu!" Rifqi melihat ayahnya terdampar di sebelah ibunya "Ayah.. ibu.. Qiqi sayangkan kamu berdua" Tangan Rifqi pegang tapak tangan ayahnya

"Sedihnya.. kasihan Qiqi" Lily mulai menangis di bahu Faye

"Lily, suara kau sudah kembali"

"Ha ah Faye tapi... adakah mereka akan kembali?" Lily melihat Kaizo dan Lynna dengan penuh sayu

"Mereka akan selamat" Mereka menoleh kebelakang dan nampak Sarah baru tiba di situ bersama pasukannya "Cuba lihat tapak tangan Rifqi" Tangan Rifqi mengeluarkan sebuah pancaran cahaya putih. Rifqi terkejut dengan kejadian dia. Riak wajah dia berubah menjadi takut

"Ke-kenapa ni?" Rifqi melihat kedua tapak tangannya "Qiqi takut! Qiqi tak nak apa-apakan ibu bapa Qiqi"

"Jangan takut Rifqi" Sarah pegang bahu Rifqi "Itu adalah kuasa healer, Rifqi. Kuasa itu aktif adalah kerana kasih sayang Rifqi kepada ibu bapa Rifqi. Mereka masih hidup lagi dan cuma kuasa Rifqi sahaja dapat pulihkan mereka berdua"

"Betul ke ni?"

"Betul. Lagipun Rifqi pernah gunakan kuasa ini untuk pulihkan ibu kamu semasa kamu masih bayi lagi. Cuba pegang tangan mereka berdua dan biarkan kuasa kasih sayang Rifqi pulihkan mereka" Rifqi terus pegang tangan ibu bapanya. Kuasa healer dia mengalir dan pulihkan segala luka di badan ibu bapanya. Dia pejamkan matanya dan ingatkan balik kasih sayang ibu bapanya kepada diri dia. Anak panah di badan Lynna, terus terkeluar dan jatuh di atas tanah dengan sendirinya "Dia orang.. sudah.. kembali.. pulih" Sarah tersenyum kepada Rifqi. Pancaran cahaya itu terus hilang

"Ibu? Ayah?" Panggil Rifqi "Ibu! Ayah! Bangunlah!"

"Qiqi" Badan Lynna tergerak sedikit. Lalu dia membuka matanya secara perlahan "Qiqi.. ibu ada dekat sini"

"IBU!" Rifqi terus peluk leher ibunya

"Rifqi" Bahu Rifqi dipegang oleh seseorang "Kau sudah kembali" Kaizo gembira melihat anaknya sudah kembali kepada biasa

"AYAH!" Lalu Rifqi memeluk ayahnya pula "Maafkan Qiqi, ayah"

"Ayah maafkan, Rifqi"

"Ibu pun maafkan, Qiqi juga" Lynna bangun dari situ bersama Kaizo. Rifqi sudah didukung oleh Kaizo sendiri "Qiqi jangan lupa minta maaf dekat uncle kamu dan juga kawan-kawan dia"

"Takpe Qiqi, kita orang semua sudah maafkan Qiqi. Lagipun bukan salah Qiqi, salah si Dark Fairy itu" kata Boboiboy sambil berikan senyuman dia kepada Rifqi

"Tapi salah Qiqi. Salah Qiqi kerana termakan kata-kata dia. Salah Qiqi kerana ikut dia ke dunia ini dan percayakan dia sangat.. semuanya salah Qiqi" Rifqi terus peluk leher ayahnya dan menangis di situ "Qiqi jahat.. Qiqi buat ibu dan ayah hampir mati. Qiqi tak nak kehilangan ibu dan ayah"

"Qiqi, semuanya orang buat silap. Jadi Qiqi kenalah belajar dari kesilapan Qiqi dan jangan salahkan Qiqi. Ibu dan ayah pun tidak salahkan Qiqi kerana Qiqi masih kecil lagi. Qiqi jangan sedih ok" Lynna belai kepala anaknya "Lepas ni, kita mulakan kehidupan baru di tempat lain"

"Apa maksud akak?" tanya Fang. Rifqi pula, melihat ibunya dengan wajah pelik dia

"Abang dan akak sudah berbincang yang kami akan pindah ke tempat baru. Tempat di mana mereka tidak tahu tentang identiti kita semua. Akak dan abang cuma mahukan yang terbaik untuk Qiqi. Ini bukan larikan diri tapi tempat untuk mulakan kehidupan baru supaya Qiqi mempunyai kehidupan yang sempurna dan juga mempunyai kawan-kawan sebaya dia. Akak tidak mahu lihat Qiqi dibuli lagi"

"Betul ibu kita akan pindah?"

"Betul Qiqi" kata Lynna dengan nada lembut dia

"Ayah akan cari rumah baru kita dan mungkin tempat itu dekat dengan university pak cik Pang Pang kau tu" Mata Rifqi membulat besar. Dia tidak berkata. Dia terus balas dengan pelukan lagi "Rifqi suka?"

"Qiqi suka! QIQI SUKA! QIQI SUKA!" Mereka tergelak melihat kegembiraan Rifqi. Lalu dia lepaskan leher ayahnya "Tapi kita kena celebrate sesuatu!"

"Celebrate apa Qiqi?" tanya Lily dengan penuh harapan dapat menyambut hari jadinya yang tidak lama lagi. Mata dia sudah bersinar-sinar melihat Rifqi

"CELEBRATE AUNTY BELLA KALAHKAN DARK FAIRY TU! YEAHHH!" Mata Bella terus bersinar-sinar "Oh yeah, nanti ibu dan ayah ambil balik kuasa ibu dan ayah dari badan Qiqi. Qiqi tak nak kuasa ibu dan ayah kerana Qiqi ada kuasa tersendiri"

"Terima kasih, Qiqi. Mari kita balik semua" Lynna ambik Rifqi dari tangan Kaizo "Qiqi nak makan apa nanti? Ibu akan masakan untuk Qiqi nanti"

"Nak PANCAKE!" Kaizo dan Lynna tergelak melihat anak mereka yang comel itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily hanya tersenyum melihat keluarga kecil itu kembali bahagia. Mereka berharap, tiada lagi yang cuba pecah belahkan di antara anak dan ibu bapanya

Setelah mereka pulang ke dunia asal, hubungan Fang dan Yaya berubah dari persahabatan kepada sesuatu yang istimewa. Fang telah pun luakan perasaan dia yang dia pendam selama ini. Dia telah dipaksa oleh kawan-kawan dia sendiri juga dan akhirnya dia mengaku kepada Yaya. Kaizo dan Lynna tidak kisah dengan hubungan mereka, janji mereka tidak akan putus persahabatan mereka sekiranya hubungan mereka sebagai pasangan tidak menjadi

"QIQI SAYANG IBU DAN AYAH! UNCLE PANG PANG PUN QIQI SAYANG! NANTI UNCLE PANG PANG KAHWIN DENGAN AUNTY YAYA YEA!" Berkerut-kerut dahi Fang dan pada masa yang sama, muka dia menjadi merah sedikit kerana malu

-TAMAT-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top